Isnin, 27 September 2010

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


Penawar kepada yang resah!

Posted: 26 Sep 2010 05:27 PM PDT


Dari Ibnu Abbas ra berkata:Semasa ALLAH SWT menjadikan Arsy dan menyuruh malaikat memikulnya dan lalu malaikat cuba memikulnya terasa sangat lah berat.Kemudian ALLAH SWT menyuruh malaikat membaca SUBHANALLAH.Setelah malaikat membacanya maka terasa ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama lamanya.
Ketika ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yg dikeluarkan dari mulut Adam ia lah bersin lalu ALLAH SWT mengilhamkan kpd Adam membaca ALHAMDULILLAH setelah dibaca ALLAH SWT menjawab ""Yarhamuka Rabbuka""(kerana rahmat itulah aku jadikan engkau) dan malaikat menjawab YarhamukALLAH. Sebaik mendengar kalimah itu berkata lah malaikat ini adalah kalimah mulia dan baik dan mengabungkan kalimah tersebut dengan membaca ""SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH. Setelah membaca kalimah tersebut maka terasa lagi ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama lamanya.
Tatkala pengikut nabi Nuh as ramai yg menyembah berhala maka ALLAH SWT mewahyukan kpd nabi Nuh supaya membaca ""LAA ILAAHA ILLALLAH bagi mendapat keredhaan ALLAH. Setelah mendengar kalimah tersebut lalu malaikat berkata ini adalah kalimah ketiga yg besar dan baik lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi ""SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH dan membacanya menjadikan Arsy semakin ringan serta malaikat membaca selama lamanya.
Semasa peristiwa nabi Ibrahim menjalankan korban anaknya nabi Ismail as dan digantikan dengan seekor kibas oleh ALLAH SWT dan nabi Ibrahim as menyebut ""ALLAHU AKBAR""kerana terlalu gembira nikmat yg di kurniakan ALLAH kepadanya.Berkata para malaikat inilah kalimah keempat yg sangat baik dan besar lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi ""SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHUAKBAR"' menjadikan Arsy semakin ringan setelah membacanya dan terus membaca selamanya.
Ketika malaikat Jibrail menceritakan kesah ini kepada RASULULLAH SAW dan baginda menjawab ""LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ALIYIL AZIEM"". Setelah malaikat mendengar kalimah tersebut maka digabungkan sehingga menjadi""[b]SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHUAKBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ALIYIL AZIEM[/b]"". Bertambahlah ringan arsy setelah membacanya seolah olah memikul kapas yg kecil dan ringan.

Tangisan seorang anak....sekadar berkongsi.

Posted: 26 Sep 2010 05:13 PM PDT

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota
besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.


Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.
Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan
kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.


Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.
Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat
kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"


Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar. ..
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"

"Saya tak tahu Tuan..! "

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata
"Ita buat ayahhh.. cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.


Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.


Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.
Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.


Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.


Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik.
Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.


Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.
Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."
katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis....

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji
tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana?
Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....lepaskan marah anda

Ada mata pandang, ada telinga Pulas!

Posted: 26 Sep 2010 05:05 PM PDT

Sehari dua ni aku malas nak layan politik…lebih baik aku layan bisnes aku yang tengah dipukul rebut ni.. Tapi kalau dah tangan tu gatal dan otak dan berdenyut, aku terpaksa juga le bukak laptop aku ni… Tak de isu lain yang lebih menarik selain isu Bangsa dan PERKASA… dikaitkan pulak dengan isu jenayah Sosilawati…

Aku dapat angin PERKASA dan beberapa NGO melayu kononnya akan bergerak ke Putrajaya minta agar siasatan pasal pembunuhan kejam itu diadili segera. Paling syok aku dengor dikaitkan pembunuhan itu dengan India… Kononnya yang dibunuh adalah melayu dan membunuh adalah India. Apa punya baghal la bangsa aku sepsis katak ni???

Polis dah sahkan bahawa tiada kes perkauman dalam isu ini. Termasuk yang dibunuh tu orang India daro India…Pure punya India… nak kaitkan bangsa lagi…???Apa punya turrr?? Ni le masalahnya bile asyik main duit… Tak Nampak kebenaran …

Ikut kata kawan aku…cuba hang tengok…dulu isu Datuk Mazlan dibunuh katam 18…. Maju sikit… lepas bunuh di bom plak…lagi maju….lepas bunuh bakar dan campak abu mayat merata tempat… Lepas ni agaknya mayat tu akan dileburkan jadi gas kut…macam mana nak cari bukti..

Tindakan Pendawaraya menyerahkan kembali kepada polis agar siasatan terperinci dan menyeluruh sedikit mengecewakan… Takkan pendakwaan tak tahu yang Hisham auwww dah puji polis… Pendakwaraya ni malukan Hisyam je… yang hang tolak kerja yang dipuji Hisyam buat pe??

Penolakan semula ni sedikit meresahkan..Apakah pembunuh sebenar akan dapat melepaskan hukuman… Biasanya yang akan jadi mangsa ialah budak suruhan… tauke senyum je…..dunia dunia… akhirat pasti kena…

BAWAK LE BERTOBAT..

Posted: 26 Sep 2010 08:52 AM PDT

Baru baru ni kartunis terkenal Zunar telah diheret polis ke balai gara gara kartun. Semua tahu bukan polis yang takut kartun tu... bukan apa pun... Yang takut ialah umNO.

Punya le teruknya spesis yang nak jahannam ni...sampai kartun pun takut... Aku tak heran le jika takut hantu tantuya... sebab sami cina dah semua sokong Pakatan Rakyat...tak de orang nak tampal stiker kat hantu tantuya tu... Tapi kalau dengan kartun pun takut...apa punya teruk daaaa..

Semakin umNO nazak semakin umNO menendang kiri kanan. Hari tu habis pegawai kerajaan termasuk guru ditukor... tak pasal pasal menyusahkan orang... dengornya dah reda... Tak de lagi deme kacau kakitangan kerajaan...

Mungkin deme dah pikir...lepas bersara aku pun belum tentu nak sokong BN. Aku ingat kisah sorang bekas pengarah (kalau tak silap bekas pengarah Pendidikan) yang istihar sokong PAS masa PR memerintah Perak... Kalau pengarah pun sokong PAS aku rase ramai lagi guru guru yang sokong PAS...

Pegawai lain pun sama...masa aku pegi idup roadtax..pegawai JPJ tegur aku pasal pakai topi dengan lambang PAS...aku ingat dia marah..rupenye siap nak minta lagi...aku kata kalau nak kena tukor ke Sarawak ambil le,....

umNo tengah ni menendang kiri kanan... mungkin sebelum menghembus nafas terakhir... ade lagi ke yang nak cium bontot umNo ni??? Bawak bawak le bertobat.. macam lagu indon tu... TOMAT...

MAKAN...MAKAN...MAKAN...

Posted: 26 Sep 2010 08:16 AM PDT

Petang tadi sempat juge aku singgah kat Klebang Restu jengok jamuan PAS Tambun... Buat kat Padang tepi masjid lagi... Cuma tak boleh masuk masjid je... Kalau umNo mungkin di Masjidil Haram pun boleh...kalau masjid haram tu ade kat malaysia..yang penting bawa cap dacing... Tahniah PAS Tambun..lain kali ketua pemuda jangan lupa jemput aku lagi...sayangnya dia tak bungkus untuk aku...

Ketua pemuda tengah berceramah ke kempen tu???

YDP Tambun... ada gaya tu...

Siapa tak kenal muka ni??? kalau tak kenal sah orang ulu... bukan ulu kuang...ulu afrika..

Menandatangani ... walaupun bukan lagi Menteri Besar... tetap tak sempat rehat.


Ni yang ditunggu tua muda, kecil besar.... makan... sayangnya takde yang nak tolong ambik gambor aku makan...

Tiada ulasan: