Fakulti Siyasah Syar'iyah |
- Tak gamak siar gambarnya ...
- Hapus Semua Gangster, Bukan India Sahaja
- Gambar ini: Cuba perhatikan .....
- Pemimpin Umno Kritik TV Selangor Hanya Tunjuk Kebodohan Sendiri
| Posted: 21 Sep 2010 04:59 AM PDT Oleh Edi Suleiman PULAU PINANG 21 Sept - Thaek Jho Lo, individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur adalah antara 800 pengunjung yang disaring polis dalam satu serbuan disebuah pusat hiburan di Pulau Pinang. Sebuah akhbar tempatan melaporkan, beliau berada di pusat hiburan terbabit bersama beberapa rakannya ketika sebuan itu dijalankan pada awal pagi Ahad lalu. Pusat hiburan yang dikunjunginya adalah antara pusat hiburan yang diserbu oleh polis pada jam 1.30 pagi dalam operasi cegah jenayah yang dilancarkan oleh sepasukan anggota polis yang diketuai oleh ASP Fauzi Mohd Yusof. Bagaimanapun beliau dilaporkan tidak terbabit dengan kumpulan 101 pengunjung yang di bawa ke balai polis untuk tujaun ujian air kencing dan seterusnya menyaksikan lima lelaki dan enam perempuan ditahan kerana didapati positif dalam ujian dadah yang dijalankan manakala seorang lagi turut ditahan di bawah seksyen 147 kerana merusuh. Turut ditahan dalam serbuan tersebut ialah 14 remaja bawah umur. Ketua Polis George Town OCPD ACP Gan Kong Meng berkata pemilik pusat hiburan terbabit disaman kerana tidak memenuhi syarat-syarat pelesenan dan serbuan tersebut adalah operasi biasa memerangi jenayah dan penyalahgunaan dadah." Sepenuhnya di sini. |
| Hapus Semua Gangster, Bukan India Sahaja Posted: 21 Sep 2010 03:30 AM PDT Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jika pihak polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangsterisme tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja. "Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang menteri," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, gejala gangsterisme ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli politik yang melindungi mereka. Kumpulan gangster, katanya ada di mana-mana dalam negara kita termasuk dalam pilihan raya seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanr Raya Kecil Bagan Pinang. Menurutnya, beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan ah long." Sepenuhnya di sini. |
| Gambar ini: Cuba perhatikan ..... Posted: 20 Sep 2010 08:59 PM PDT |
| Pemimpin Umno Kritik TV Selangor Hanya Tunjuk Kebodohan Sendiri Posted: 20 Sep 2010 05:15 PM PDT Beliau merujuk kepada desakan Abdul Shukor dalam akhbar Utusan Malaysia yang mahu polis menyiasat laporan yang disiarkan dalam TV Selangor berhubung kenyataan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengenai kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau. "Saya rasa apa yang dinyatakan oleh TV Selangor dan media alternatif merupakan perkara-perkara yang dipersoalkan oleh rakyat jelata, dan memang ada empat laporan polis dibuat tetapi sehingga kini tiada siasatan. Ini yang menjadi tanda tanya," jelas beliau. Khalid berkata media berfungsi sebagai jurucakap bagi pihak rakyat secara umumnya, maka itu persoalan media perlulah dilihat sebagai persoalan dari rakyat yang mengharapkan satu jawapan yang bermakna. Tambah beliau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar bahawa polis akan mengambil berat segala aduan dan laporan yang diterima selepas ini hanya membuktikan sebelum ini tiada perhatian serius diberikan kepada aduan dan laporan yang dibuat." Sepenuhnya di sini. |
| You are subscribed to email updates from Fakulti Siyasah Syar'iyah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan