Anak Sungai Derhaka |
- Tak Boleh Lesen Judi Sukan.. Kasino pula yang nak dibina..
- Sidang kemuncak "First Ladies" pertama di Malaysia
- Kes Bunuh Sosilawati : Suspek Utama dibawa ke pejabat.
- Bukti Penyelewengan Pemilihan PKR Indera Mahkota sedang dikumpul..
- Tanah KTMB RM400 juta, dijual dengan harga RM50 juta
- Nik Nazmi! Nak bodek tu.. agak-agak la...
- Mari Sertai UMNO!! Kami ada Projek bernilai RM1.4 Trillion!
- Pemilihan PKR : Ini barulah kenyataan yang PROFFESIONAL..
- PERKASA tiada hak pengaruhi UMNO - KJ
- Kes Bunuh Sosilawati: Kertas siasatan diserah kepada AG esok
- Perbicaraan kes DSAI diteruskan 14 Oktober untuk pemeriksaan balas
- Anwar - Azmin, Cakap Tak Serupa BIKIN?
- Masalahnya dengan PKR...
| Tak Boleh Lesen Judi Sukan.. Kasino pula yang nak dibina.. Posted: 21 Sep 2010 08:29 AM PDT Biarpun cadangannya untuk mengeluarkan lesen judi bolasepak mendapat tentangan dari segenap lapisan masyarakat terutamanya dari Pakatan Rakyat beliau telah menarik balik cadangan tersebut biarpun ada pihak yang mendakwa kelulusan telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan..Kini kedengaran pula berita yang mengatakan bahawa Sebuah Kasino telah dicadangkan untuk dibina Karambunai IR Sabah disamping pembinaan taman tema air untuk memastikan pulangan dari pelaburan (ROI)yang dilakukan dapat diperolehi semula dengan kadar segera.. Jika benar sebagaimana yang didakwa Malaysia akan mempunyai Kasino yang kedua di Sabah.Bagaimanapun ianya bergantung kepada penerimaan masyarakat Malaysia.. Aduh... tak serik-serik Najib ni.. seterusnya korang bacalah kat bawah ni... Casino option on table for Sabah under Najib's ETP By Yow Hong Chieh KUALA LUMPUR, Sept 21 — Malaysia appears to have jumped on the integrated resort (IR) bandwagon with the unveiling today of a proposed 500-acre "eco-nature" resort in Sabah by Pemandu at the Economic Transformation Plan (ETP) open day here. Sources told The Malaysian Insider that the option to build a casino is on the table for the Karambunai IR — alongside a mangrove centre, water theme park and waterfront properties — to ensure a higher return on investment (ROI). Although the presentation panels for the development made no mention of any casino, they repeatedly referenced Singapore's highly successful Marina Bay Sands as well as Resort World Manila in the Philippines and Vietnam's Ho Tram Strip — all of which are casino-anchored IRs. One illustration, entitled "Case for Change", argued that Malaysia lagged behind regional competitors in tapping into the strong demand for IRs from countries like China, Indonesia and Thailand, and pointed out that Singapore had already seen a 21 per cent increase in tourist arrivals since opening Marina Bay Sands and Resort World Singapore. The Malaysian Insider also understands that if a casino is built as part of the Karambunai IR, international players such as The Sands might be roped in to run it rather than local operator Genting. However, it remains to be seen how the public will take to what would be Malaysia's second official casino given the strong popular opposition shown earlier this year to Tan Sri Vincent Tan's abortive attempt to introduce football betting. Berjaya Corp reported on May 12 that the government had re-issued the licence to Tan-owned Ascot Sports Sdn Bhd after the original licence was cancelled by the previous Abdullah administration. The gaming, property and hospitality group told Bursa Malaysia in a filing that it intended to acquire Tan's 70 per cent stake in Ascot for RM525 million. The tycoon's son — Datuk Robin Tan Yeong Ching — would have retained control of his 30 per cent stake. Vincent Tan's attempt to legalise punting on the beautiful game was spun by the Najib administration as the best way to increase government revenue while reining in illegal bookmaking activities, estimated to be worth up to RM20 billion a year. However, a concerted anti-gambling campaign run mainly by opposition coalition Pakatan Rakyat (PR) stirred up moral sentiment against any widening of legalised gambling and torpedoed any chances the gaming tycoon had of renewing his licence. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak finally capitulated to popular public opinion when he announced on June 25 that the government would not issue a football betting licence, weeks after Tan said Ascot had received approval for an old licence. The Malaysian Insider |
| Sidang kemuncak "First Ladies" pertama di Malaysia Posted: 21 Sep 2010 04:26 AM PDT Perasan sungguh perempuan ini.. dia tak tahukah First Lady di Malaysia ini ialaha Raja Permaisuri Agong? Oleh Qayum Rahman Menurutnya, sidang kemuncak itu akan membincangkan perancangan secara bersama dengan wanita-wanita pertama dunia mengenai agenda penting dalam memperkasakan kanak-kanak yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Beliau berkata, lebih daripada 20 wanita pertama dari seluruh dunia dijangka hadir untuk mewujudkan satu platform baru dalam meningkatkan kesedaran dunia global bagi menceburi bidang pelaburan, pembangunan, kebajikan dan pendidikan. Sidang Kemuncak ini akan diadakan selama tiga hari di Hotel Palace Of Golden Horses Kuala Lumpur. Rosmah berkata, sidang ini adalah satu signifikan kerana wanita-wanita pertama merupakan penyokong perubahan strategik untuk membantu pemimpin lelaki ke arah kejayaan. "Kita telah menerima jawapan positif daripada 24 wakil negara luar yang mengesahkan kehadiran untuk bersama-sama melaksanakan program ini. Kepimpinan wanita masa kini "Sidang ini diadakan untuk menyakinkan umum mengenai kepimpinan wanita pada masa kini," katanya ketika sidang media di kediaman Perdana Menteri Jalan Duta di sini hari ini. Antara 'First Ladies' yang terlibat adalah dari negara Afghanistan, Chile, Sri Lanka, Albania dan 20 negara lain. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Sharizat Abdul Jalil yang turut hadir berkata, kementeriannya berbangga dengan inisiatif Datin Seri Rosmah yang mampu merancang sidang kemuncak seperti ini. "Kita patut berbangga kerana Malaysia adalah negara pertama berjaya mengelolakan sidang kemuncak "Wanita Pertama" bersama lebih dari 45 negara yang akan mengambil bahagian. "Perbincangan secara bersama ini akan dimanfaatkan oleh semua 'Wanita Pertama' untuk membantu kepimpinan dan pendidikan wanita lain di negara masing-masing," katanya. Sharizat berkata, sidang kemuncak ini akan menjadi satu sejarah dunia untuk mendorong pelapis 'Wanita Pertama' akan datang meneruskan perjuangan kepimpinan wanita. "Deligasi yang akan wujud hasil kemuncak ini mampu menjadikan 'Wanita Pertama' lebih bergerak maju mengikut peredaran semasa," katanya. Free Malaysia Today |
| Kes Bunuh Sosilawati : Suspek Utama dibawa ke pejabat. Posted: 21 Sep 2010 04:21 AM PDT Suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, sekali lagi dibawa ke pejabat firma guamannya di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.Suspek berusia 41 tahun itu kemudian turut dibawa ke kunci air Kampung Sungai Lang di sini, kira-kira tiga kilometer dari pejabatnya, dipercayai bagi mencari petunjuk baru kes pembunuhan itu. Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu itu dibawa oleh sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) pada pukul 2.25 petang dan 35 minit selepas itu, dua wanita dipercayai kakitangan peguam terbabit dilihat keluar dari pejabat berkenaan dengan memegang beberapa dokumen. Pada jam 3.05 petang, suspek dibawa keluar dari pejabatnya dan terus dibawa menaiki sebuah kereta polis. Turut kelihatan seorang pegawai polis membawa keluar beberapa fail mengandungi dokumen dipercayai berkaitan dengan kes terbabit. Sosilawati, 47; pemandu peribadinya, Kamarudin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk peguam terbabit bagi membantu siasatan kes itu. Pada 14 September lalu, polis menggeledah pejabat suspek dan mengambil beberapa peralatan seperti CPU serta beberapa dokumen lain. BERNAMA |
| Bukti Penyelewengan Pemilihan PKR Indera Mahkota sedang dikumpul.. Posted: 21 Sep 2010 04:03 AM PDT Oleh Muda Mohd Noor PETALING JAYA: Setiausaha PKR Pahang, Razali Alias sedang mengumpul bukti penyelewengan yang berlaku dalam mesyuarat pemilihan Cabang Indera Mahkota di Kuantan, Ahad lalu. Dalam mesyuarat itu, Azan Ismail mengekalkan jawatan ketua cabang setelah mendapat 135 undi manakala Razali sebanyak 99 undi."Saya memerlukan kira-kira dua minggu untuk mengumpul bukti tersebut. Ada lima kesalahan besar dalam mesyuarat tersebut. "Dan kira-kira 20 orang akan menjadi saksi," katanya hari ini. Razali berkata, antara penyelewengan yang berlaku ialah kehadiran pengundi hantu yang dibawa oleh Azan untuk mengundi beliau. Semalam, Azan dilaporkan mencabar Razali supaya mengemukakan bukti penyelewengan mesyuarat tersebut dan Razali turut mendakwa Azan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dalam mesyuarat tersebut. Kata Azan, "kamu dan penyokongmu balik kerana ini majlis aku, mari semula jam 2 petang. Kata Razali, Mujur aku tidak balik. Kalau aku balik, Azan akan menang percuma kerana rupa-rupanya beliau hendak mengadakan mesyuarat itu lebih awal. Azan berkata begitu kerana mesyuarat itu diadakan di pejabatnya (pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota)." Razali juga meminta Azan supaya insaf tentang kedudukannya sebelum menjadi ketua cabang dan ahli parlimen Indera Mahkota. Ini kerana menurut Razali, beliau yang membawa Azan ke Indera Mahkota beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2008. "Orang suruh aku bertanding kawasan parlimen Indera Mahkota tetapi aku mencadangkan nama Azan. Kalau Azan kata dia ahli PKR cabang Dungun atau kawasan lain, ia bohong belaka," katanya lagi. Razali mendakwa sebelum ini beliau mendapat tahu Azan merupakan ahli cabang Dungun. Free Malaysia Today |
| Tanah KTMB RM400 juta, dijual dengan harga RM50 juta Posted: 21 Sep 2010 03:53 AM PDT Oleh Stephanie Sta Maria KUALA LUMPUR: Isu terbaru berhubung penjualan tanah yang sangat berharga milik Keretapi Tanah Melayu (KTMB) menerima kritikan pedas daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata tanah seluas lapan hektar itu di belakang ibu pejabat Unilever di Jalan Bangsar mempunyai nilai pasaran RM400 juta telah dijual dengan harga terlalu rendah, hanya RM50 juta kepada Pelaburan Hartanah Bhd (PHB).PHB merupakan anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang ditubuhkan pada 2006 untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera. Nurul Izzah, yang juga timbalan ketua PKR Wilayah Persekutuan mempersoal sama ada hartanah yang akan dibangunkan di atas tanah itu nanti akhirnya dijual kepada Bumiputera dengan diskaun yang tinggi. "Siapa yang akan menerima faedah dari diskaun 80% yang dinikmati oleh PHB?" soal beliau. "Adakah para pemaju atau diskaun itu disalurkan kepada rakyat apabila mereka ingin menyewa atau membeli hartanah tersebut?" katanya dalam satu kenyataan media semalam. Beliau juga ingin tahu sama ada PHB akan menghadkan pertukaran hak milik supaya hartanah itu kekal di tangan Bumiputera. "Selain itu, bolehkah tanah milik kerajaan dan institusi digunakan untuk menambah kekayaan beberapa individu? Saya berharap dasar hartanah Bumiputera tidak dimanipulasi sepertimana yang terjadi dalam modus operandi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," ujar beliau. Tanah itu boleh membawa hasil kepada KTMB Nurul Izzah berkata, tanah itu boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan yang berterusan (recurring income) kepada KTMB. KTMB boleh membangunkan tanah itu dan memiliki syer ekuiti hasil dari pembangunan itu. "Hasil dari sewa hartanah itu sendiri boleh menyediakan pendapatan yang berterusan untuk KTMB. Beginilah caranya perkhidmatan MRT di Hong Kong, Singapura dan keretapi bawah tanah di London dapat mengekalkan perkhidmatan mereka untuk faedah orang ramai. "Hasilnya, bukan sahaja boleh mendatangkan keuntungan kepada KTMB tetapi juga mengurangkan kadar harga tiket dan menyediakan perkhidmatan yang lebih efisyen kepada rakyat." Merujuk kepada tanah KTMB di Tanjung Pagar, beliau berkata, urusniaga ini menimbulkan pelbagai persoalan yang tidak terjawab dan merupakan satu bentuk subsidi secara terus kepada golongan minoriti. Sambil mengharapkan bahawa dakwaannya adalah salah, Nurul Izzah berjanji bahawa beliau akan memantau perkembangan ini secepat dekat untuk memastikan rakyat mendapat jaminan ketelusan dan kebertanggungjawaban daripada kerajaan. "Saya juga akan mencadangkan supaya dibentuk sebuah kautus yang bebas pada sidang parlimen yang akan datang untuk memantau dasar-dasar melibatkan Bumiputera. "Kaukus ini mampu menyediakan laporan tahunan mengenai keputusan dan senarai penerima faedahnya untuk pengetahuan rakyat," tambahnya. Free Malaysia Today |
| Nik Nazmi! Nak bodek tu.. agak-agak la... Posted: 21 Sep 2010 03:44 AM PDT Dalam tindakannya yang jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang penyokong setia kepada calon Timbalan Naib Presiden PKR, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad telah berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata.Nik Nazmi juga telah menyindir Datuk Zaid melalui di Twitter "Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas." Tidakkah tindakan Nik Nazmi ini boleh dikatakan keterlaluan dengan menyerang peribadi Zaid? Atas platform apa Nik Nazmi mengeluarkan kenyataan itu? Atas jawatan Pengarah Komunikasi PKR atau sebagai Nik Nazmi sahaja? Sebagai Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sewajarnya menunjukkan sikap berkecuali bukannya menyebelahi mana-mana pihak yang bertanding bagi jawatan Timbalan Naib Presiden PKR tersebut. Dan jika sebagai Nik Nazmi beliau sepatutnya mengistiharkan diri keluar dari PKR agar beliau bebas mengkritik Zaid Ibrahim yang menentang Azmin Ali bagi jawatan tersebut agar beliau tidak terikat dengan mana-mana etika yang telah dirangka untuk pemilihan yang kini sedang rancak berlangsung. Amat memalukan bagi aku sendiri kerana Pengarah Komunikasi PKR sendiri dalam menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi atau lebih sesuai dikatakan mengampu atau membodek Azmin Ali beliau telah bertindak memburuk-burukkan Zaid Ibrahim yang juga ahli PKR.. Pengarah Komunikasi PKR itu sewajarnya sedar atau peka bukannya pekak akan ujudnya etika yang telah dirangka dalam pemilihan ini… Etika atau Tatalaku Pemilihan Parti yang keempat telah mengatakan 'Setiap anggota tidak boleh memfitnah, mengeji, menghina, menjalankan kempen atau serangan berupa cacian terhadap calon lain atau kehidupan peribadi calon atau keluarganya. Apa yang jelas dilihat disini ialah tindakan Nik Nazmi yang yang menyerang peribadi Zaid itu adalah sifat UMNO yang sebenar . Mungkin juga ini adalah antara sebabnya beliau digantikan dengan Faekah… Kembali kuasa presiden hanya gimik, kata Nik Nazmi Sep 20, 10 6:07pm Kongsi 0Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata. "Sekarang, gimik terbaru untuk mengembalikan kuasa presiden. Harapnya beliau (Zaid) lebih mengamalkan disiplin dalam berorganisasi dan tanggungjawab bersama," kata Nik Nazmi (kanan) yang juga ADUN Seri Setia. Zaid hari ini berikrar, beliau akan membela kuasa Wan Azizah selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti. Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata Tidak berapa lama selepas itu, Nik Nazmi yang dilihat antara orang kuat Naib Presiden Azmin Ali - pesaing utama Zaid (kiri) - menulis pesanan di Twitter, penyelaras Pakatan Rakyat itu patut merujuk kepada kongres PKR pada 2007. "Jika beliau semak dengan anggota parti di Kongres Keadilan 2007, fahamlah kenapa pengecualian jawatan itu diperkenalkan," katanya. Bagaimanapun, Nik Nazmi kemudiannya memperli lagi: "Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas." Malaysiakini |
| Mari Sertai UMNO!! Kami ada Projek bernilai RM1.4 Trillion! Posted: 21 Sep 2010 12:39 AM PDT Rungsing kerana setiap bulan duit tak cukup kerana gaji ciput? Bimbang memikirkan akan harga barangan yang semakin meninggi sedangkan gaji naik setahun sekali? Penat kerana dah berpuluh tahun bekerja tapi tidak juga kaya? Jangan bimbang!! Kami ada jalan penyelesaiannya.. Sebuah badan pemikir kerajaan berkata, ia telah mengenalpasti pelaburan bernilai AS$444 bilion (RM1.376 trilion) dalam tempoh 10 tahun di mana 60 peratus akan datang dari sektor swasta, 32 peratus dari syarikat berkaitan kerajaan dan 8 peratus dari kerajaan. Dengan jumlah sebesar itu maka kita akan melihat lebih ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang akan bertambah kaya.. Semakin kaya kerana menurut seorang sahabat yang pernah berurusan dengan pelabur dari luar ini.. setiap pelabur dari luar yang ingin melabur di Malaysia perlu menyediakan beberapa peratus dari saham mereka untuk Bumiputera.. yang dimaksudkan dengan bumiputera disini ialah VVIP UMNO.. Oleh itu jadilah ahli UMNO yang sanggup menjilat pemimpin-pemimpin UMNO agar akhirnya tersenarai juga sebagai VVIP UMNO.. M'sia dedah rancangan besar RM1.4 trilion Sep 21, 10 2:57pm Kerajaan hari ini mendedahkan rancangan hebat untuk memacu ekonomi dengan memobilisasi ratusan bilion dolar pelaburan swasta dalam dekad akan datang.Rancangan itu merangkumi sistem transit baru bagi mengurangkan kesesakan di ibunegara Kuala Lumpur, membina kemudahan simpanan minyak yang besar bersebelahan Singapura bagi mewujudkan hub serantau pusat perdagangan hasil minyak. Sebuah badan pemikir kerajaan berkata, ia telah mengenalpasti pelaburan bernilai AS$444 bilion (RM1.376 trilion) dalam tempoh 10 tahun di mana 60 peratus akan datang dari sektor swasta, 32 peratus dari syarikat berkaitan kerajaan dan 8 peratus dari kerajaan. Malaysia bersaing untuk menarik pelaburan dengan negara-negara yang cepat berkembang di Asia Tenggara dan negara jiran Indonesia yang baru-baru ini turut mengumumkan rancangan untuk meningkatkan infrastrukturnya. "Bagi Malaysia untuk mempertahankan pertumbuhan menjangkau kepesatan pertumbuhan sementara ini, pembaharuan dasar fundamental adalah amat kritikal. Risiko kedua melibatkan kecepatan dan tahap pelaksanaan, "kata Philip Schellekens, pakar ekonomi kanan Bank Dunia bagi Malaysia. Dalam 10 tahun lalu, syarikat swasta hanya melabur AS$172.4 bilion (RM535 bilion), menurut perangkaan rasmi dan kadar pelaburan swasta Malaysia di sekitar 10 peratus Kadar Domestik Negara Kasar (KDNK) adalah antara yang terendah di Asia. Kerajaan, yang pada 2009 mencatatkan bajet defisit yang terbesar dalam 20 tahun, sebagai peratusan KDNK, menyumbang sekitar separuh pelaburan di Malaysia. "Saya tidak berfikir kerajaan akan menerbitkan sebuah dokumen setebal itu jika tidak ada kemahuan politik. Ini adalah strategi yang berisiko bila mendedahkan diri anda secara terbuka apabila anda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk berbuat demikian," kata Datuk Seri Idris Jala, menteri yang bertanggungjawab menyediakan cadangan tersebut. Pakar-pakar ekonomi, bagaimanapun memberi amaran, bahawa tanpa sebuah kerangka dasar baru untuk menggalakkan pelaburan, maka rancangan itu akan sukar direalisasikan. "Ini akan sukar untuk mencapai sasaran pertumbuhan pelaburan swasta yang ditetapkan oleh kerajaan jika tidak ada insentif cukai tambahan yang diberikan kepada sektor tumpuan," kata Gundy Cahyadi, pakar ekonomi serantau di bank pelaburan OCBC. Malaysiakini |
| Pemilihan PKR : Ini barulah kenyataan yang PROFFESIONAL.. Posted: 20 Sep 2010 10:11 PM PDT Ini barulah dikatakan tindakan yang professional.. siasat dahulu sebelum menafikan dari atas katil hospital.. Kalau semalam kita telah melihat dan membaca kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasuttion yang dalam masa kurang dari 24 jam telah menafikan segala dakwaan atau tuduhan yang dilemparkan terhadap Pemilihan 2010 yang sedang berlangsung kini oleh bekas Timbalan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jenapala Perumal Subaan. Kenyataan Media oleh Saifuddin itu agak meragukan kerana begitu banyak tempat atau kawasan yang dinamakan oleh PS Jenapala berlakunya penyelewengan tetapi Saifuddin menafikannya dengan kadar yang agak segera. Hari ini pula Yusmadi Yusoff penyelaras MyDemocracy Watch dalam kenyatannya yang disiarkan oleh Sinar Harian telah meminta yang mendakwa terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti kali ini supaya membuat laporan dan mengemukakan semua bukti yang ada kepadanya. Dan diharap andaikata laporan dibuat dan ada siasatan dijalankan terbukti adanya kesalahan, hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka-mereka itu hendaklah dijalankan tanpa mengira siapa mereka itu.. Jangan wujudkan dua set undang-undang didalam PKR..Satu set bagi kita ahli biasa yang ingin bertanding dalam apa yang diwar-warkan sebagai 'pilihan raya bebas dan adil' dan satu set lagi hanya untuk untuk golongan elit yang mencaturkan PKR. Kerana sebelum ini kita telah mengkritik Barisan Nasional dan SPR atas amalan mereka dalam pilihanraya yang tidak adil. Ini bukan hanya pemilihan untuk ahli PKR. Seluruh Malaysia sedang memperhatikan kita. Jangan juga ambil mudah perasaan ahli-ahli yang kecewa kerana berlakunya penyelewengan tersebut kerana Pemimpin-pemimpin UMNO sedang memerhatikan mereka.. Sila kemuka semua bukti Mengulas kenyataan bekas Timbalan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jenapala Perumal Subaan yang mendakwa terdapat beberapa pemimpin dalam PKR yang dikatakan bermain taktik kotor, Yusmadi menjelaskan beliau tidak menerima sebarang aduan daripadanya mengenai perkara tersebut. Menurutnya, Jenapala seharusnya mendedahkan bukti dan bukannya membuat dakwaan secara sebarangan kerana tuduhan seperti itu boleh dilakukan sesiapa sahaja dan boleh merosakkan proses demokrasi dalam parti. "Bila bertanding untuk parti, setiap pemimpin harus bertanggungjawab. Mereka harus bersikap terbuka, bukannya berlawan dengan parti, tetapi berlawan untuk memantapkan parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Yusmadi, yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, setakat ini beberapa aduan sudah diterimanya berhubung pemilihan pimpinan dan semua aduan tersebut akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Disiplin parti untuk tindakan lanjut. Semalam, Jenapala mendakwa Anwar dan Azmin bermain taktik kotor dan mencabar beberapa pemimpin parti itu menafikan secara terbuka tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam elemen-elemen kotor yang didakwa berlaku untuk meraih sokongan sepanjang pemilihan diadakan. Badan sukarela Mydemocracy Watch diwujudkan oleh ahli PKR mahu pemilihan parti November ini benar-benar bersih serta anggotanya tidak terpilih untuk bertanding. Badan sukarela ini juga adalah pemantau urustadbir pemilihan PKR, terutama yang melibatkan amalan penyalahgunaan kuasa dan sumber kerajaan dan amalan-amalan yang tidak demokratik seperti kronisme, rasuah dan nepotisme.Badan itu berjanji akan membela golongan yang dinafikan hak demokrasi semasa pemilihan partinya tanpa menyebelahi mana-mana kelompok berkepentingan pada pemilihan parti tersebut. Sinar Harian |
| PERKASA tiada hak pengaruhi UMNO - KJ Posted: 20 Sep 2010 10:01 PM PDT Oleh Shazwan Mustafa Kamal KUALA LUMPUR, 21 Sept — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan bela orang Melayu itu tiada hak untuk menentukan hala tuju perjuangan Umno ataupun mendesak membuang mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.Khairy, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang secara konsisten mendesak agar parti itu menjauhkan diri daripada Perkasa mengulangi pendirian beliau tentang keperluan untuk beralih daripada 'kebergantungan' pada pertubuhan bukan kerajaan itu. "Pendirian saya dalam isu ini sangat jelas dan tidak berubah. Umno tidak harus mempunyai sebarang kaitan dengan Perkasa," kata Khairy . Bagaimanapun Ahli Parlimen Rembau ini enggan mengulas dakwaan berubahnya pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam isu berkaitan dengan keperluan menjauhkan diri daripada Perkasa. "Mereka (Perkasa) terus-menerus berkata bahawa mereka tiada apa-apa motif politik, jadi mengapa mereka harus mengugut parti-parti politik, parti komponen terbesar (Umno) dalam kerajaan (BN) yang memerintah? "Mengapa menggesa agar Presiden Umno memecat Ku Nan (Tengku Adnan)? Ku nan adalah pemimpin kanan parti dengan mempunyai rekod prestasi yang baik. Mengapa minta ketua Umno menyingkirkan setiausaha agung?" katanya. Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung BN. "Jika anda konsisten dengan pendirian anda, tak mengapa. Tetapi anda terus meniupkan retorik ekstremisme apabila anda mengikat kerjasama dengan beberapa pemimpin Umno... anda sebenarnya menyusahkan perdana menteri," kata Khairy yang juga Ketua Pemuda BN. Beliau memberi amaran kepada kumpulan itu agar berhenti daripada mempengaruhi Umno dari segi arah tuju parti. "NGO tiada hak atau kedudukan politik untuk berbuat demikian," katanya. "Berhenti daripada mengatakan kami apa yang kami perlu lakukan dalam menentukan hala tuju politik kami. Saya akan terus dengan pendirian saya," kata Khairy. Semalam, Perkasa melahirkan pandangan agar Najib mempertimbangkan untuk memecat Tengku Adnan daripada jawatan setiausaha agung Umno dan BN. Dalam gesaannya, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa Presidennya Datuk Ibrahim Ali sudah tentu telah memecat beliau jika membuat kenyataan yang menjatuhkan imej badan berusia dua tahun itu. "Saya setiausaha agung agung Perkasa kalau buat kenyataan menyusahkan Perkasa, sudah tentu Presiden saya Datuk Ibrahim Ali akan pecat saya serta-merta. "Tak tahulah Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) kalau dia masih nak simpan setiausaha agung macam ini," kata Syed Hassan berpendapat kenyataan Tengku Adnan bahawa BN memutuskan untuk menjauhkan Perkasa bukan kecil telah menjejakan imej perikatan itu dan juga Umno. Malah, semalam Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga mendesak Umno agar bekerjasama dengan Perkasa dan badan-badan bukan kerajaan Melayu lain yang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera. Keputusan itu diambil oleh Dewan Tertinggi Penawar semalam di sebalik pandangan bahawa Umno dan BN harus menjauhkan diri daripada Perkasa jika tidak mahu sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 terhakis. Presiden Penawar Tan Sri Adam Kadir berkata, pihaknya juga duka cita dengan kenyataan Tengku Adnan dan mahu beliau memohon maaf atau dipecat. Sebelum ini, Perkasa dalam siri kenyataan berkontroversi membabitkan Khairy beberapa bulan lalu pernah meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno kerana menyokong pendirian rakan sejawatannya dari MCA dalam berkaitan soal biasiswa. Dalam pada itu, beberapa pemimpin Umno menegaskan parti itu sebenarnya tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan Perkasa meskipun pemimpin-pemimoin kanannya memperlihatkan perubahan pendirian dalam isu kontroversi menjauhkan diri daripada Perkasa. Pemimpin-pemimpin Umno menekankan bahawa parti itu sebenarnya beralih daripada Perkasa, meskipun Najib tidak secara terbuka memperlihatkan pendirian tidak memihak kepada pertubuhan itu. Malah kata mereka, dasar-dasar Perdana Menteri adalah "inklusif" dan kerajaan persekutuan adalah berdasarkan merit dan menuju ke arah liberasi ekonomi. "Tindakan-tindakan adalah berkesan daripada perkataan. Umno bukannya, saya mengulangi Umno tidak tunduk kepada tuntutan Perkasa dalam erti kata tindakan. "Dalam tindakan, Perdana Menteri sebenarnya bergerak jauh daripada Perkasa. "Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh pentadbiran semasa, menerusi konsep 1 Malaysia, dari segi liberalisasi ekonomi, tindakan ke arah sistem berasaskan merit, kesemua ini dan semua yang ditentang oleh Perkasa," katanya. "Umno, BN tidak memberi mereka (Perkasa) apa yang mereka mahukan," kata Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed. Ketua Umno Pulai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib selaku Presiden Umno tidak mengarahkan partinya menyisihkan diri daripada Perkasa sebab beliau tidak mahu mendiskriminasikan mana-mana parti ataupun NGO. "Dalam kenyataan-kenyataan ya, kerana beliau mahukan sifat inklusif. Beliau tidak mahu mendiskriminasi mana-mana pihak atau organisasi," kata Nur Jazlan. Pengerusi UDA itu berkata tindakan Tengku Adnan "berubah pendirian" tidak bermaksud Umno sudah tunduk kepada tuntutan Perkasa. "Berapa banyak yang Perkasa telah lakukan? Meskipun mereka telah menyebabkan pemimpin-pemimpin membetulkan kenyataan mereka, ia tidak digambarkan dalam tindakan kerajaan semasa. "Perkasa tidak memperoleh apa yang mereka mahukan. Dalam tindakan, kami tidak mendengar apa yang mereka lakukan," kata beliau. "Perkasa, (Datuk) Ibrahim Ali tidak penting, tetapi mereka dijadikan penting dengan cara pemimpin kita dan media memberi respons kepada kenyataan-kenyataan mereka," kata Nur Jazlan lagi. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mempertahankan pendirian Najib mengenai Perkasa dengan berkata, tidak kisah sama ada Perkasa menyokong Umno atau tidak setuju dengan Umno dalam isu-isu yang berkaitan dengan hak orang Melayu. "Saya tidak menolak Perkasa. Tetapi bagi saya Umno perlu berubah dalam caranya memperjuangkan agenda orang Melayu. "Ia perlu mencari cara baru. Saya tidak membangkang mereka, tetapi Perkasa menggunakan rangka kerja lama dalam mengetengahkan isu orang Melayu, Perkasa mewakili cara pemikiran lama, dan kami di Umno perlu merangka pendekatan baru. "Jika Perkasa menyokong kami, OK. Jika tidak pun OK," kata Ahli Parlimen Temerloh ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini menambah Umno perlu melihat kumpulan pendesak Melayu sebagai satu cabaran, dan parti memerlukan "bahasa politik yang baru" apabila menangani isu-isu berkaitan dengan hak orang Melayu, yang boleh diterima oleh bukan Melayu, tanpa dilihat sebagai rasis atau ketuanan Melayu. The Malaysian Insider |
| Kes Bunuh Sosilawati: Kertas siasatan diserah kepada AG esok Posted: 20 Sep 2010 08:52 PM PDT KUALA LUMPUR, 20 Sept – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail esok.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata satu perbincangan juga akan diadakan bersama peguam negara bagi menilai sebarang perkara yang perlu dilaksanakan berhubung kes tersebut. "Sekiranya peguam negara perlukan kita untuk menyiasat lagi kes tersebut, berkemungkinan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap kesemua suspek," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab PDRM di sini malam ini. Dalam pada itu, beliau berkata laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu akan dikeluarkan selewat-lewatnya minggu depan. "Kalau boleh kita nak tahu keputusan laporan DNA keempat-empat mangsa itu secepat yang mungkin ... bagaimanapun, kita akan tunggu, kalau tidak minggu ini, mungkin minggu depan, dan akan kita sertakan dengan kertas siasatan (jika diminta untuk dikemaskini semula oleh Peguam Negara)," katanya. Sosilawati, 47, (gambar) bersama pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah. Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Sementara itu, Bakri mengesahkan kematian pengasas produk kecantikan Aveer, Sarina Jaafar, di rumahnya di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain. "Mangsa ada masalah kesihatan, keluarga dan perniagaan... kematiannnya tidak ada kena-mengena dengan kes pembunuhan Sosilawati," katanya. Sarina, 45, ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidur di rumahnya 8.30 pagi Sabtu lepas. Dia juga dilaporkan memberitahu keluarga berasa tertekan dan sedih dengan tragedi yang menimpa Sosilawati, yang juga sahabat baiknya. Bernama |
| Perbicaraan kes DSAI diteruskan 14 Oktober untuk pemeriksaan balas Posted: 20 Sep 2010 08:40 PM PDT KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini, yang akan diteruskan pada 14 dan 15 Okt akan menyaksikan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga menetapkan 25 hingga 29 Okt, 22 hingga 26 Nov dan 6 hingga 10 Dis bagi meneruskan perbicaraan seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes hari ini. Pasukan pembelaan diketuai peguam Karpal Singh dijangka membuat pemeriksaan balas ke atas saksi kedua pendakwa, seorang pakar bedah HKL Dr Mohd Razali Ibrahim. Beliau adalah di antara sepasukan doktor yang memeriksa, pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, saksi utama dalam kes ini, telah memberikan testimoninya. Anwar, 63, yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Sementara itu, seorang daripada peguam Anwar, S.N.Nair memberitahu pemberita bahawa pihak pembelaan akan memfailkan satu rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat ke atas di Mahkamah Persekutuan, tengah hari ini. Semasa menolak rayuan Anwar, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa permohonan Anwar dibuat ketika perbicaraan sedang dijalankan dan oleh itu ia tidak boleh dirayu. Sinar Harian |
| Anwar - Azmin, Cakap Tak Serupa BIKIN? Posted: 20 Sep 2010 09:50 AM PDT Warga Permatang Pauh sila baca dengan teliti.. Dalam masa tidak sampai 24 Jam setelah Jenapala Perumal Subaan yang mendakwa dirinya ialah Calon bagi Timbalan Presiden PKR mengadakan sidang akhbar yang mengatakan berlakunya penyelewengan dan salahguna kuasa oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang kanannya, Naib Presiden Azmin Ali dalam pemilihan parti pada ketika ini.E-mail dari Jenapala Perumal Subaan aku terima dari seorang sahabat pada sekitar jam 3.00 petang tadi, kandungan e-mailnya sila lihat di SINI.Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah mengeluarkan kenyataan media bagi menafikan dakwaan Jenapala Perumal Subaan tersebut. Menurut Saifuddin dakwaan oleh PS Jenapala itu adalah amat tidak berasas, palsu dan bohong. Ianya bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan PS Jenapala telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan, memandangkan beliau telah dipecat dari PKR pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti.. Hebat… dalam masa tidak sampai 24 jam segala tuduhan yang didakwa oleh PS Jenapala berlaku semasa Pemilihan 2010 ini telah dinafikan oleh Saifuddin Nasution yang kini menurut beberapa orang sahabat berada di Hospital… Dibawah ini ialah artikel yang memaparkan segala dakwaan oleh PS Jenapala tersebut.. Team Anwar-Azmin main kotor Mon, Sep 20, 2010 KUALA LUMPUR: Calon timbalan presiden PKR P S Jenapala hari ini mendakwa berlakunya penyelewengan dan taktik kekerasan yang digunakan oleh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang kanannya, Naib Presiden Azmin Ali dalam pemilihan parti pada ketika ini. Permainan kotor ini kata Jenapala termasuk menyalah guna jentera kerajaan negeri Selangor, memberi tekanan kepada para pencabar terhadap calon-calon yang condong kepada Anwar-Azmin supaya menarik diri dan dengan menawarkan jawatan-jawatan kepada para penyokong mereka. Beliau memberi contoh pemilihan peringkat cabang di Permatang Pauh pada hujung minggu lalu, di mana Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr Mansor Othman menang tanpa bertanding selepas dua pencabarnya, termasuk penyandang Che Mat Hashim dan Roselai Muhamad, menarik diri. "Selepas mengemukakan namanya, Roselai secara tiba-tiba menarik diri pada hari penamaan calon selepas diberi tekanan kuat supaya berbuat demikian. Dalam kes Che Mat, beliau menarik diri pada hari sebelum pemilihan dan para penyokongnya mendakwa terdapat tekanan daripada Anwar supaya berbuat demikian," katanya pada satu sidang media di sini hari ini. "Macam mana mereka boleh menyuruh Che Mat menarik diri sebelum namanya disenaraikan dalam kertas pengundian,?" soal Jenapala yang juga bekas timbalan setiausaha agung parti. Beliau mendakwa Azmin menyalah guna jentera kerajaan negeri Selangor untuk berkempen sebagai calon timbalan presiden parti. "Ahli-ahli exco kerajaan negeri yang menyokong beliau (Azmin) menggunakan pejabat mereka untuk pemilihan parti sementara pegawai-pegawai penerangan negeri memancing dan memujuk ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk menyokong beliau. "Ini merupakan satu penghinaan kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat DAP dan PAS serta rakyat Selangor yang melantik mereka," tambah beliau. Beliau juga mendakwa Azmin ketika melakukan lawatan ke Tuaran, Sabah telah memberitahu ahli-ahli dalam satu perjumpaan bahawa Ansari Abdullah, ketua Cabang PKR di kawasan itu, akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang sekiranya beliau menang. Azmin juga menawarkan beberapa jawatan kabinet kepada mereka yang menyokong beliau dan memastikan beliau menjadi timbalan presiden. Manipulasi di Sabah Dalam satu perkembangan yang memeranjatkan, beberapa cabang di Sabah telah mencalonkan Azmin untuk pertandingn sengit merebut jawatan timbalan presiden walaupun terdapat sentimen anti-Azmin yang kuat di negeri di bawah bayu itu. Naib Presiden PKR itu terpaksa melepaskan jawatan Ketua PKR Sabah berikutan "pemberontakan kecil" oleh beberapa pemimpin cabang yang rapat dengan naib presiden Dr Jeffrey Kitingan. Berikutan itu, Ansari dilantik sebagai ketua PKR negeri yang baru ditengah-tengah desakan pemimpin-pemimpin tempatan supaya pemimpin dilantik di kalangan rakyat peribumi dan bukannya seorang Melayu, dilantik sebagai ketua PKR Sabah. Sabah terkenal sebagai kubu kuat ahli majlis pimpinan tertinggi Datuk Zaid Ibrahim, pencabar utama Azmin untuk merebut jawatan timbalan presiden parti. Perubahan yang berlaku secara tiba-tiba oleh cabang-cabang di Sabah untuk mencalonkan Azmin disifatkannya sebagai manipulasi. Beliau mengambil contoh berlakunya kepincangan dalam pemilihan di cabang Kudat dan Silam pada hari mengundi. "Di Kudat, lebih 800 orang hadir dengan penyandang Mursalim Tangul, kebanyakan mereka hanya mempunyai kad pengenalan sementara dan dikenalpasti sebagai pendatang tanpa izin. Di Silam, nama penyandang ketua AMK Silam yang juga timbalan ketua AMK negeri Johan bin Nul tidak dapat ditemui dalam senarai keahlian walaupun penamaan mereka sebagai calon telah diterima lebih awal. "Johan kemudian diisytihar terbatal dan tidak boleh bertanding. Pemenang, Johani Abdul Halim, dikenali sebagai penyokong Azmin," dakwa Jenapala. Beliau juga mendakwa terdapat insiden pengiraan semula undi pada pemilihan di cabang Bandar Indera Mahkota dan Raub yang beliau dakwa dilakukan oleh kem Azmin. Calon-calon yang rapat dengan Zaid pada mulanya diisytihar sebagai pemenang tetapi selepas pengiraan semula undi dibuat dan beberapa ahli mendakwa mereka belum lagi mengundi, memberi kemenangan kepada Azmin. Anwar dan Azmin mesti sah atau nafi secara terbuka "Saya kini mahu mencabar Anwar dan Azmin untuk mengesah atau menafi secara terbuka penglibatan mereka dalam insiden-insiden yang akan saya tonjolkan ini," kata Jenapala. Selain itu, beliau juga mendakwa seorang pemimpin kanan parti menggelar seorang pemimpin India sebagai "pariah" dan ingin tahu sama ada permohonan maaf telah dibuat kepada pemimpin itu. Beliau juga menuduh Dr Molly Cheah, pengerusi jawatankuasa pilihan raya adhoc pusat, pilih kasih. Cabang dari tujuh negeri telah bermesyuarat hujung minggu lalu untuk melantik pemimpin cabang dan bakinya dijangka mengadakan pemilihan dalam tempuh tiga minggu. Azmin kini sedang mendahului dengan mendapat 39 pencalonan berbanding Zaid mendapat 15. Jenapala tidak mendapat sebarang pencalonan setakat ini. Pilihan raya parti peringkat nasional akan berlangsung pada penghujung Oktober dan awal November di mana kira-kira 400,000 ahli akan mengundi calon-calon secara terus untuk 25 jawatan pusat, termasuk presiden dan timbalan presiden. Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang setakat ini menerima 36 pencalonan, tidak akan dicabar pada pemilihan parti.- freemalaysiatoday Ini pula adalah kenyataan Media dari Saifuddin Merujuk kepada kenyataan Sdr Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan dirinya untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru. Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010. Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan. SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Setiausaha Agung ~~~~~~~~~ BIRO KOMUNIKASI PARTI KEADILAN RAKYAT A-1-09, Merchant Square FIKIR FIKIRKAN!! |
| Posted: 20 Sep 2010 09:04 AM PDT Menawan Putrajaya - satu misi yang mungkin terlalu mencabar untuk sebuah parti politik yang hanya berusia 11 tahun. Lebih-lebih lagi, parti ini mula dibebani dengan pelbagai masalah sebelum ia sempat menjejak langkahnya ke Putrajaya - perbezaan pendirian sehingga tercetusnya perbalahan terbuka, arus "keluar parti" yang menderas, perebutan kuasa dalaman dan sebagainya. Sementara Anwar Ibrahim menjulang harapan anggota parti dan penyokong di luar parti untuk merampas kuasa kerajaan persekutuan daripada regim Barisan Nasional (BN), Ketua Umum PKR ini juga tidak terelak daripada menjadi sasaran pertama yang dituding jari, apabila situasi parti menjadi seolah-olah di luar kawalannya. Bermula daripada pertikaian isu agama Islam yang dicungkil Zulkifli Noordin, disusuli pula pemimpin yang keluar parti seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Wee Choo Keong dan sebagainya; sehinggalah apa yang berlaku di Selangor antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dalam Kongres Nasional Tahunan pada Mei 2010, PKR memberi persepsi yang semakin tercalar di khalayak ramai. Kelemahan, juga keistimewaan Anwar Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008. Namun demikian, isu ini dikendalikan secara "berhati-hati", malah lebih tepat secara "senyap-senyap", memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan "kembalinya Anwar secara rasmi" ke dalam parlimen. Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12. PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah. "Adakah ini kelemahan, atau keistimewaan Anwar? Pada dasarnya Anwar seorang demokrat. Jadi beliau selalu menyimpan 'sangka baik' terhadap kritikan yang dilontarkan terhadapnya. 'Dia kritik saya, ok-lah, sabarlah, saya bincang dengannya kemudian selesai' (sikap Anwar)." Tian Chua membela Ketua Umumnya, sambil memberi contoh bagaimana Anwar mempertemukan Zulkifli Noordin dengan tokoh agama, Yusof Al-Qaradawi, untuk membincangkan isu penggunaan kalimah Allah. Tian Chua berkata, ramai orang yang menganggap bahawa Anwar kedudukan yang tidak tercabar dalam parti, tetapi pada hakikatnya, Anwar jarang menggunakan kewibawaan ini untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya beliau tetap dengan "sangka baiknya", dan beliau tidak percaya, seandainya diberitahu, misalnya "Wee Choo Keong telah bertemu dengan pemimpin UMNO". "Semestinya ia (sikap Anwar ini) ada baik dan buruknya. Ini bermakna apabila berdepan dengan masalah, maka orang di sisi Anwar perlu memikirkan cara untuk mengurangkan bahaya dan ancaman masalah tersebut," katanya. Antara disiplin dengan perbezaan pandangan Ketika mengulas siri kejadian yang berlaku, sehingga PKR dilihat "kecoh", Tian Chua mengakui bahawa partinya masih dalam proses untuk mengimbangkan diri, antara "disiplin" dengan "ruang perbezaan pendapat". "Adakah kami perlu mengetatkan disiplin ke satu tahap, di mana kesemua daripada kami mencapai muafakat, 'tiada masalah' (no problem), ataupun kami dibenarkan untuk mengakui bahawa kami mempunyai pendapat yang berbeza?" Tian Chua menyedari bahawa "demokrasi yang membenarkan ruang perbezaan pendapat kadang-kala menimbulkan riuh-rendah yang membingitkan, sehingga rakyat hilang yakin terhadap parti", tetapi menganggap situasi ini tidak semestinya sesuatu yang buruk seandainya PKR-Pakatan Rakyat telah mengambil alih kuasa kerajaan. Lantaran daripada itu, Tian Chua menafikan tuduhan bahawa Anwar mempunyai kedudukan tertinggi yang tidak boleh dicabar dalam parti. "Jikalau semuanya diputuskan Anwar, maka kami tidak akan mempunyai katak, tidak ada riuh-rendah, tiada lagi orang yang kata 'saya nak ikut halatuju ini dan ada pula yang mahu ikut halatuju itu di Selangor'." Bagaimanapun, Tian Chua mengakui kelemahan PKR yang selama ini beroperasi berdasarkan "idealisme". Mekanisme 'puji dan hukum' (power of reward and punishment) dalam PKR masih lemah, dan perlu diperkasa untuk kepentingan jangka panjang parti, katanya. Keluar parti: Pengaruh budaya UMNO? Kebangkitan semula PKR selepas 8 Mac 2008 mungkin cukup memberangsangkan buat reformis yang lebih satu dekad bergelut dalam perjuangan ini. Namun, keghairahan ini surut tidak lama kemudian, lebih-lebih lagi selepas kegagalan rampasan kuasa pada 16 September 2008. Ada yang menuduh bahawa arus keluar parti ini dibayangi "pengaruh budaya UMNO" yang masih kuat di kalangan anggota, malah pemimpin PKR. Tian Chua menyangkal analisa sedemikian, "padahal PAS mempunyai lebih ramai bekas anggota UMNO daripada PKR". Tian Chua meminjam istilah Marxisme, untuk menjelaskan bahawa kebangkitan sesebuah parti yang menganjurkan revolusi (perubahan) biasanya dimulakan dengan golongan "Lumpenproletariat", iaitu mereka yang tidak memiliki apa-apa untuk dihilangkan (nothing to lose). Golongan pertengahan seperti peguam, ahli korporat biasanya hanya menyusul di belakang. Menurut Tian Chua, PKR mempunyai ramai anggota seperti itu (golongan Lumpenproletariat), yang tidak semestinya bekas ahli UMNO. Bukan semua daripada mereka mempunyai "agenda reformasi" untuk dimainkan dalam otak. Jadi, apabila PKR memegang kuasa (kerajaan negeri), orang yang tidak mempunyai idealisme reformasi mula merungut. "Sesetengah akan berkata, untuk 10 tahun saya berkorban, kini tibalah masa saya mengecapi kekayaan dan kemewahan." Golongan ini akan meninggalkan PKR dengan penuh kekecewaan, apabila parti ini gagal memenuhi kemahuan mereka, jelas Tian Chua. Golongan kedua pula, dilambung ke atas kerana ombak tsunami politik PRU ke-12, biarpun tidak masak dengan dasar mahupun selok-belok pentadbiran kerajaan negeri. Mereka menyedari bahawa diri mereka tidak layak untuk tempat itu, malah tidak mungkin dipilih semula untuk menyandang jawatan tersebut. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan PKR, memandangkan orang yang baru masuk PKR memiliki kelebihan daripada diri. Tian Chua mengambil ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim sebagai contoh untuk golongan ketiga, iaitu ahli korporat proksi UMNO. Golongan ini dipinggirkan semasa perbalahan dalam UMNO, kerana "tersilap" pilih sekta. Oleh itu, mereka pun menyertai PKR. Selepas PKR menguasai kerajaan negeri, maka mereka pun mendesak agar mereka dilantik sebagai pengarah syarikat tertentu, untuk mengembalikan kemegahan mereka seketika dahulu. Selain tiga golongan di atas, Tian Chua menganggap suara berbeza yang muncul dalam parti disebabkan corak pimpinan yang berbeza. Tian Chua selanjutnya mengulas perbezaan yang timbul antara Menteri Besar Selangor, dengan Azmin Ali, Naib Presiden yang baru-baru mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor dari Khalid Ibrahim. Khalid vs Azmin "Saya tidak boleh secara ringkasnya, melabelkan Khalid sebagai golongan progresif, dan Azmin sebagai golongan konservatif. Untuk saya, perbezaannya sebegini, langkah pembaharuan dalam sistem kakitangan awam dan korporat terlalu perlahan. Dasar parti gagal diterapkan sepenuhnya. Ini kerana kami terlalu beri muka kepada kakitangan kerajaan ini, dan kami terlalu ikut prosedur. Tapi prosedur ini ditetapkan UMNO. Tan Sri (Khalid) tidak mahu menyentuhnya pada kebanyakan masa," kata Tian Chua. Tian Chua menjelaskan, Khalid Ibrahim enggan mengubah model yang lama kerana khuatir menyinggung pegawai kerajaan ini. Inilah punca kekecewaan anggota parti. Bagaimanapun, Tian Chua menganggap niat Khalid mungkin baik, iaitu orang yang melaksanakan dasar bukan datang dari parti. "Masalahnya apabila kami berdepan dengan tekanan, anda menyerahkan jawatan ini kepada ahli profesional dan pegawai kerajaan. Ia menyebabkan satu situasi tersekat (jam), dan menjadi rintangan kepada diri kita." Tian Chua bersambung, maka orang dalam parti tertanya-tanya, "mengapa orang ini bekas penyokong BN, dan kini hanya dengan menukar topinya (sokong BN), dia masih memegang jawatan dalam kerajaan kami?" "Caranya mengolah isu ini, atau penyampaiannya memberi gambaran seakan-akan dialah yang mahukan jawatan tersebut, tetapi pada hakikatnya bukan semestinya begitu," jelas Tian Chua. Tian Chua seterusnya memberi contoh masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim, yang akhirnya menjurus kepada penyerahan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor kepada Azmin Ali. "Dalam mesyuarat, seorang Ketua Cabang mengetengahkan masalahnya. Hutang bil air dan elektrik pejabat cabang telah tertunggak untuk tiga bulan, dan akan dipotong jika tidak dijelaskan. Khalid tidak mungkin memberi satu projek kepadanya, dan berkata 'nah, kamu pergi selesaikan masalah ini'. Maka ketua cabang pun mencadangkan jamuan kutipan derma, dan meminta agar Tan Sri (Khalid) hadir." "Sudah tentu Tan Sri (Khalid) bosan dengan perkara remeh temeh ini, kerana beliau sebagai Menteri Besar nak uruskan hal pentadbiran negeri. Jadi, beliau akan mengambil sikap 'jangan kamu bangkitkan isu ini kepada saya, kamu cakap dengan orang lain'... Masalahnya, Tan Sri ialah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pemimpin akar umbi akan tertanya-tanya, siapa lagi yang harus selesaikan masalah bil bekalan air dan elektrik, kalau bukan beliau?" Tian Chua menambah, "Ini masalah yang benar wujud, dan bukan soal Ketua Cabang tamakkan wang, merungut kerana tidak mendapat projek. Parti pada peringkat pusat kini memberi arahan, menggariskan matlamat pendaftaran pemilih pada 6000 orang setiap cabang. Tetapi ketua cabang berkata, bil air dan elektrik belum dijelaskan, saya gagal mencapai matlamat yang digariskan." Dalam situasi sedemikian, Tian Chua tidak menolak bahawa timbulnya rungutan daripada segelintir anggota parti, yang mahukan Khalid Ibrahim dijatuhkan, tetapi agak keterlaluan untuk dikatakan bahawa wujud satu komplot yang terancang agar Khalid digulingkan. Tian Chua, yang mengakui dirinya bukan menyetujui Azmin Ali dalam semua isu,bagaimanapun sanggup membela Azmin Ali dalam isu ini. Pada tanggapan Tian Chua, adalah kurang adil untuk Azmin Ali apabila ditonjolkan dengan imej negatif dalam media. Tian Chua, pemimpin yang sama taraf dari segi senioritinya dengan Azmin Ali, berkata "veteran" seperti mereka akan menerima arahan bos, Anwar untuk menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya di Sabah. "Tetapi untuk sesetengah orang, kami akan dianggap sebagai 'wakil dari pusat untuk campur tangan' dalam isu tempatan, atau negeri," katanya. Merdeka Review |
| You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |










Tiada ulasan:
Catat Ulasan