Selasa, 21 September 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


PESTA MENTERTAWAKAN POLITIK ANWAR

Posted: 21 Sep 2010 07:37 AM PDT

Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan ditangguhkan ke 14 Oktober ini bagi pihak pembelaan menyoal balas saksi pendakwa kedua, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Razali Ibrahim. - Utusan

ORANG UMNO MAHU PIMPIN PKR:HA HA HA

Posted: 20 Sep 2010 11:45 PM PDT

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaklumkan bahawa Jenapala Perumal Subaan yang menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden PKR, bukan lagi ahli parti itu selepas dipecat pada Februari 2009.

Pemakluman itu dibuat Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution lewat petang tadi sekaligus menafikan dakwaan Jenapala yang mendakwa dirinya masih anggota PKR dan merupakan ahli PKR seumur hidup.

"Kami ingin memaklumkan bahawa Sdr Jenapala Perumal sebenarnya telah tidak lagi menjadi anggota Parti Keadilan Rakyat setelah beliau dipecat dari keanggotaan Parti pada Februari 2009 kerana mengkritik pimpinan parti secara kasar dan bertindak menubuhkan parti baru.

"Oleh itu, Sdr Jenapala tidak boleh dicalonkan untuk apa-apa jawatan dalam Pemilihan KEADILAN 2010," kata Saifuddin dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily.

Sebelum ini Jenapala membuat satu sidang media mengumumkan kesediaannya menawarkan diri bertanding kerusi panas iaitu calon Timbalan Presiden PKR.

Terbaru, beliau sekali lagi mengadakan sidang media hari ini mengkritik jawatankuasa Pemilihan PKR setelah borang pencalonan beliau ditolak.

Ekoran statusnya bukan lagi anggota PKR, Saifuddin berkata Jenapala tidak boleh menawarkan diri untuk apa-apa jawatan dalam PKR.

Selain itu, tindakan mengkritik jawatankuasa pemilih PKR 2010 juga jelas Saifuddin hanya akan mempamerkan sikap sebenar Jenapala yang pernah mengkhinati perjuangan PKR.

"Justeru, tindakan Sdr Jenapala mempertikai dan mengkritik kewibawaan Pemilihan 2010 dengan melontarkan pelbagai tuduhan yang amat tidak berasas, palsu dan bohong dilihat bukanlah perkara yang luar biasa memandangkan beliau telah terbukti sebagai suatu watak yang khianat pada perjuangan," katanya.

EZAM DAN ZULKIPLI NORDIN BIMBANG PKR AKAN KUAT

Posted: 20 Sep 2010 08:24 PM PDT

PEMILIHAN kepimpinan dalam PKR yang sedang berlangsung kini mendapat perhatian semua pihak. Bukan saja ahli parti itu serta para pemerhati politik tanah air, tetapi ia juga mendapat perhatian dan intipan berterusan dari bekas-bekas ahli parti berkenaan.

Beberapa orang dari mereka turut sama mengulas dan mencaturkan keputusan pemilihan itu. Antara bekas anggota parti berkenaan yang sudah berkokok termasuklah Ezam Mohammad Noor, Nalakarupan, Zulkifli Nordin, Anuar Shaari dan beberapa yang lain. Mereka juga jadi panas punggung dan tidak sedap duduk. Kenapa?

Jawabanya mereka perlu mencapuri urusan bekas parti mereka itu kerana bimbang parti mereka itu akan kuat seterusnya dapat membentuk kerajaan bersama Pas dan DAP. Jadi untuk memastikan kedudukan mereka tidak terancam maka PKR perlu dikucar kacirkan. Mereka yang berjiwa kecil sangat takut kepada perkembangan itu. Jadi dengan apa cara sekalipun mereka akan menganggui PKR.

Dari sudut lain kepedulian dan keperihatinan mereka itu memberi gambaran yang PKR kini semakin sihat dan gamuk. Ada petunjuk rakyat menerima PKR dan akan bersatu menyokong Pakatan Rakyat. Mereka perlu kucar kacirkan atau memberi imej buruk kerana pangkal perjuangan Pakatan Rakyat berada dalam PKR
http://msomelayu.blogspot.com/2010/09/susupan-pagi_21.html

NAJIB TERSUNGKUR DIKAKI SINGAPURA AKIBAT AL TANTUYA?

Posted: 20 Sep 2010 06:20 PM PDT


KENA PERANGKAP SINGAPURA




NAJIB MUNGKIN TERUS TUNDUK PADA SINGAPURA
– haraklah daily

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan bahawa Singapura akan mendapat lebih banyak manfaat dalam rundingan dengan Malaysia
.
Beliau membuat andaian demikian ekoran melihat tindakan pentadbiran Najib Razak pada 24 Mei lalu menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar pada republik itu yang baginya merugikan negara.

"Apakah kemungkinan Lee Hsien Loong (Perdana Menteri Singapura) mempunyai gambar pembunuh sebenar Altantuya menyebabkan Najib akan kalah dalam rundingan kedua hari ini," ujarnya pagi tadi pada Harakahdaily.

Beliau mengulas lawatan Najib hari ini ke Singapura hari ini bagi meneruskan siri perbincangan seterusnya berhubung beberapa perkara yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Najib sebelum ini dikaitkan dengan wanita Mongolia itu biarpun beliau beberapa kali menafikannya.

Altantuya dibunuh menggunakan bahan peledak C4 di Bukit Raja, Shah Alam pada 19 Oktober empat tahun lalu.

"Yang didapati bersalah Koperal Sirul Azhar Umar dan (Cif Inspektor) Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sedangkan motif pembunuhan tidak dikenal pasti.

"Apabila mahkamah membebaskan setiausaha politik (Abdul Razak Abdullah Baginda) Perdana Menteri tanpa terlebih dahulu menjelaskan motif pembunuhan dasyat itu, seolah-olah ada pemimpin politik tertinggi tertentu dilindungi," ujar Mahfuz lagi.
Sebelum ini, penyiasat persendirian, P.Bala Subramaniam dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib ada bersama Altantuya pada pameran intan berlian di Singapura.
Sehubungan itu, ada pihak mendakwa Siangapura mempunyai rakaman tetamu yang menghadiri pameran tersebut.

Mereka juga mendakwa pembahagian 60:40 tanah KTMB di Tanjong Pagar kepada republik itu ada kaitan dengan bukti rakaman tersebut.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
ini adalah kenyataan yang paling jelas
kenyataan datang dari seoarang ahli parlimen
kenyataan dari naib presiden sebuah parti politik
dari kenyataan ini amat jelas bahawa najib
sedang di peras ugut oleh singapura.

cerita najib kena peras ugut ini bukan
lagi cerita laman web dan blog – kini
pasti akan sampai ke parlimen
persoalan sekarang apakah negara kita
sanggup dipimpin oleh seorang yang
akan terus diperas ugut kerana dikatankan
terlibat dalam satu kes pembunuhan.

sampai bila 27 juta warga negara ini
berlagak buat buat tak faham tentang
pembunuhan ganas minah cun dari mongolia.

telah sampai masa muhyiddin yassin
yang selalu mimpi mimpi nak jadi pm tampil
ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan
negara ini - isteri muhyiddin cun dan slim
cuma muhyiddin sendri pulak yang gedebab kah kah kah


nota:
desas desus telah
kedengaran yang madey
juga sependapat dengan mahfuz kah kah kahhttp://tukartiub.blogspot.com/2010/09/singapura-ada-gambar-najib.html

PAS TERGILA GILA PERPADUAN DENGAN UMNO

Posted: 20 Sep 2010 04:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata perpaduan Umno dan Pas tidak akan menjamin kekuatan bangsa, sebaliknya tiga parti utama pengasas Barisan Nasional (BN) iaitu Umno, MCA serta MIC perlu memulihkan jati diri dengan tegas dan berani menerusi pendekatan baru, untuk menjamin masa depan negara.

"Umno seharusnya melupakan sahaja perpaduan Melayu menerusi Pas yang sejarahnya berakar umbi perkauman dan keagamaan dogmatik, sebaliknya bersama-sama dengan rakan-rakan sejatinya dalam BN menolak sentimen kaum masing-masing," katanya dalam temubual eksklusif kepada umno-online.com.

Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam berkata Umno, MCA, MIC dan parti komponen BN yang lain sewajarnya meneruskan kerjasama membina dan seharusnya tidak membicarakan isu sensitif secara terbuka kerana ia tidak akan memulihkan kekuatan parti.

"Sebaliknya akan tambah meluaskan perasaan tidak puas hati apabila sesuatu tuntutan tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan dengan segera, ataupun menghadapi halangan," katanya.

Beliau berkata BN juga harus menampakkan pemisahan identiti daripada golongan mencari kekuatan menerusi sentimen perkauman dan keagamaan dan di luar daripada formula serta nilai sosial yang telah diasaskan oleh parti Perikatan sejak sebelum merdeka.

Katanya, Umno dan BN mesti berani dan tegas mengimbangi kehendak yang munasabah serta realistik, selain tidak terikut-ikut dalam kerakusan pendemokrasian baru sehingga melupakan ancaman musuh sebenar.

Bagaimanapun, beliau berkata kekeliruan rakyat dalam hala tuju negara akan dapat diperbetulkan sekiranya semua parti komponan BN kembali kepada keperibadian asal dan jati diri, dengan hanya membuat pembaharuan pendekatan tanpa mengetepikan nilai asal serta kawalan sosial yang telah dibangunkan.

Zainuddin berkata perjuangan berasaskan ideologi, terutamanya agama, tidak mengenal tolak-ansur, bersifat keras serta wajah manis mereka adalah bersifat sementara dalam menunggu kesempatan dan kuasa.

"Ketika itu, tentu sudah terlewat untuk rakyat, kerana yang sesal dahulu pendapatan, dan sesal kemudian tak ada gunanya," kata beliau.

-- BERNAMA

ZAI SILAP STRATEGI ATAU SENGAJA DIBENCI?

Posted: 20 Sep 2010 09:39 AM PDT

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata.

"Sekarang, gimik terbaru untuk mengembalikan kuasa presiden. Harapnya beliau (Zaid) lebih mengamalkan disiplin dalam berorganisasi dan tanggungjawab bersama," kata Nik Nazmi (kanan) yang juga ADUN Seri Setia.

Zaid hari ini berikrar, beliau akan membela kuasa Wan Azizah selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti.

Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata

Tidak berapa lama selepas itu, Nik Nazmi yang dilihat antara orang kuat Naib Presiden Azmin Ali - pesaing utama Zaid (kiri) - menulis pesanan di Twitter, penyelaras Pakatan Rakyat itu patut merujuk kepada kongres PKR pada 2007.

"Jika beliau semak dengan anggota parti di Kongres Keadilan 2007, fahamlah kenapa pengecualian jawatan itu diperkenalkan," katanya.

Bagaimanapun, Nik Nazmi kemudiannya memperli lagi:

"Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas."

Tiada ulasan: