Sabtu, 18 September 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Hipokrit itu ialah Munafiq

Posted: 18 Sep 2010 12:33 AM PDT

Adapun antara tanda-tanda Munafiq:
1. Apabila bercakap, dia berbohong.
2. Apabila berjanji, dia tidak menunaikannya.
3. Apabila diamanahkan, dia berlaku curang.
(Maksud Hadits)

Isu semasa sini.

Nik Aziz tak tolak ada ulama, wartawan upahan

Posted: 17 Sep 2010 08:30 PM PDT

"Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu wartawan dan ulama memainkan peranan yang seiring untuk menjamin keselamatan ummah di dunia dan akhirat.

Mursyidul Am PAS itu berkata tanggungjawab kedua-dua golongan ini adalah sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah.

"Tinggal lagi, ulama menyampaikan dakwah melalui lisan manakala wartawan menyebarkan maklumat melalui mata pena.

"Oleh itu, mereka hendaklah bergerak seiring untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah dunia dan akhirat," katanya berucap di majlis dialog Menteri Besar Kelantan dengan wartawan anjuran Urusetia Penerangan Negeri, di Kota Bharu, malam tadi."

Sepenuhnya sini.

M Rajoli Meninggal Dunia, Dikebumi Hari ini

Posted: 17 Sep 2010 08:21 PM PDT

"KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam semalam akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik berkata Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya."

Sepenuhnya sini.

Semoga ustaz Kamal dapat Taufiq serta Hidayah...? Kah kah kaahhh ....

Posted: 17 Sep 2010 02:58 PM PDT

"Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu."

Sedutan dari sini.

Tiada ulasan: