Sabtu, 18 September 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


BEBERAPA PEMIMPIN PKR BANKRAP ISU:NIK NAZMI ZAID ANTARANYA

Posted: 18 Sep 2010 07:32 AM PDT

Walaupun nampak tenang di permukaan, tetapi di dunia maya, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan penyokongnya kini dilihat lebih agresif 'menyerang' pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.


Semuanya bermula apabila pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi (kiri) Nik Ahmad tengah hari tadi dipercayai menyindir Zaid dengan berkata:

"Kalau yakin boleh menang janganlah kata akan dilayan seperti arwah (bekas timbalan perdana menteri) Tun Ghafar (Baba). Kempen secara positif, dengan yakin. Alangkah baiknya."

Walaupun tidak menyebut nama Zaid, ia dipercayai jelas merujuk kepada bekas menteri itu ekoran kenyataannya yang menjangkakan terdapat kemungkinan beliau "dikuburkan" seperti Ghafar itu setelah ada "wira baru yang handal" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menulis dalam blognya awal September lalu, Zaid berkata, sejak mengumumkan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR, beliau dianggap "sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno", berbeza dengan keadaan ketika disambut masuk sebagai wira tahun lalu.

Malah beliau juga mendakwa, ada yang cuba mengupah penulis blog popular bagi memburukkan namanya, antaranya dengan menulis kononnya beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.

Menulis dalam laman Twitter tengah hari ini, Nik Nazmi - dilihat antara pendokong Azmin - juga menulis dalam bahasa Inggeris bahawa "drama" seperti itu tidak diperlukan dalam PKR.

Sementara itu, membalas tulisan Nik Nazmi itu, Azmin (kanan) pula menyifatkannya sebagai "hujah yang mantap dari anak muda"

"Malangnya ada orang yang bankrap dan guna gutter politics (politik murahan)," balas Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Anwar.

Serangan terhadap Zaid juga dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataannya semalam yang secara sini menyifatkan tindakan Azmin menawarkan diri bertanding dibuat dengan penuh "gaya" semalam.

Malah, Zaid - kini penyelaras Pakatan Rakyat - juga menyifatkannya sebagai 'pertunjukkan' yang mengagumkan" dan "amat mengejutkan".

PEMBUNUHAN SOSILAWATI:AKANKAH PERKAUMAN TERHERET SAMA?

Posted: 18 Sep 2010 02:10 AM PDT

Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah.

Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

Sejurus selepas tamat sidang media itu, kelihatan beberapa orang yang hadir membakar kain rentang bertulis "Presiden majlis peguam mesti letak jawatan" tanda tidak puas hati mereka.

MEMERHATI UNTUK APA MUHAMMAD TAIB...

Posted: 18 Sep 2010 12:06 AM PDT

SHAH ALAM, 18 SEPT: Walaupun tidak lagi memegang jawatan dalam parti atau kerajaan, bekas Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berkata beliau masih lagi memerhatikan perkembangan semasa politik dan Umno di Selangor.

Muhammad menafikan dakwaan bahawa beliau kecewa atau merajuk dan menjalani kehidupan biasa selepas tidak memegang jawatan penting setelah pilihan raya umum Mac 2008.    
   
"Kita tengok, kita perhati. Saya kini lebih banyak berehat," katanya kepada petugas media yang ditemui ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya di sini, malam tadi.

Pertemuan semalam membolehkan media mendengar ulasan daripada Muhammad, yang
merupakan Ketua Bahagian Umno Kelana Jaya, mengenai kedudukannya selepas menyepikan diri kira-kira dua tahun.

Mengenai percaturan masa hadapan politiknya selepas 40 tahun bergelumang dalam dunia politik, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmmad Badawi, berkata biarlah masa menentukannya.

(Bernama)

MURUGIA SIMENTERI DAN SUSPEK PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Posted: 17 Sep 2010 10:13 PM PDT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah hari ini membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang beliau terima mengaitkannya dengan suspek utama pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.

Beliau berkata laporan itu dibuat di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh berikutan SMS yang dihantar melalui telefon bimbit yang berbaur fitnah.

"SMS ini adalah fitnah terhadap saya yang sengaja mengaitkan saya dengan suspek utama pembunuhan kejam Sosilawati di mana SMS berkenaan tidak benar sama sekali," katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata antara kandungan SMS itu berbunyi: "peguam yang kena tuduh dalam kes Sosilawati bercadang sertai MIC kata Murugiah yang juga kawan baik beliau. Peguam ini juga adalah salah seorang penasihat timbalan menteri berkenaan dalam kes ROS (Pendaftar Pertubuhan). Murugiah adalah rakan kongsi peguam dalam perniagaan di mana Murugiah dapat RM3 juta dalam urusan itu".

Murugiah berkata suspek tersebut bukan peguam yang mengendalikan kes ROS seperti yang dinyatakan dan SMS itu sengaja dihantar bagi menjejaskan imej dan kedudukannya dalam politik dan sebagai timbalan menteri.

"Saya yakin SMS berkenaan kemungkinan dihantar oleh orang yang mempunyai kepentingan politik dan mendapat manfaat sekiranya karier politik saya dibunuh.

"Perkara ini amat serius bukan sahaja ia SMS fitnah terhadap saya tetapi juga penyebarannya boleh menjejaskan penyiasatan kes Sosilawati yang merupakan kes berprofil tinggi," katanya.

Sebelum ini Murugiah ketika menziarahi keluarga Sosilawati mendedahkan pernah bertemu dengan suspek utama pembunuhan tersebut, iaitu peguam bergelar Datuk itu dalam satu majlis penyampaian sumbangan hari raya di Banting, Selangor pada 8 September lalu.

Pada majlis itu suspek turut menyatakan hasratnya kepada Murugiah untuk menyertai MIC.

Sementara itu pemangku ketua polis daerah Ipoh, Superintendan Ibrahim Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berkenaan daripada Murugiah.

Beliau berkata setiausaha timbalan menteri berkenaan membuat laporan di Balai Polis Pekan Baru 10 pagi tadi.

"SMS berkenaan diterima ketika timbalan menteri itu menghadiri satu program di Teluk Intan (Perak) semalam," katanya.

Selain itu, menurutnya satu laporan polis berkaitan perkara itu turut dibuat oleh setiausaha beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan semalam.

- Bernama

KEGIATAN DAKWAH DIKAWASAN ORANG ASLI WAJIB DIPANTAU

Posted: 17 Sep 2010 09:05 PM PDT

Sebuah lagi pembinaan gereja Orang Asli di Kelantan diarahkan dihentikan oleh pihak berkuasa, kali ini oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA)

Arahan henti pembinaan itu dikeluarkan di kampung Temiar, Pos Pasik Kelantan kerana tiada kebenaran diberikan bagi membina gereja di situ.

Pada awal 2007, pihak berkuasa Gua Musang juga mengarahkan penutupan gereja Orang Asli di situ. Namun tindakan pihak berkuasa itu dicabar di mahkamah atas dakwaan merobohkan gereja mereka.

Dalam kes di perkampungan Temiar itu, ketua penolong pengarah jabatan itu, Nisra Nisran Asra Ramlan dalam sepucuk surat bertarikh 9 Ogos berkata permohonan membina sebuah gereja di lokasi berkenaan telah ditolak.

Sehubungan itu, arahan dikelaurkan supaya semua kerja-kerja binaan dihentikan segera.

Surat itu bagi menjawap surat ketua kampung Temiar, Setmen Belungei yang pada 20 Mei lalu menulis untuk memaklumkan kepada JHEOA mengenai hasrat Orang Asli bagi membina sebuah gereja untuk menggantikan gereja mereka sekarang yang diperbuat daripada buluh.

Hampir separuh daripada penduduk kampung itu telah menganut agama Kristian sejak beberapa tahun lalu.

Namun menurut penyelaras bagi Centre for Orang Asli Concerns, Colin Nicholas, kelulusan JHEOA tidak pernah dipohon dan surat sebelum itu adalah hanya surat makluman.

"Orang Asli tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana mereka tidak pernah meminta kebenaran JHEOA," katanya .

Menurut beliau, Orang Asli Pos Pasik berpendapat adalah menjadi hak mereka bagi membina struktur berkenaan di tanah mereka seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Colin (kiri) berkata peguam Lum Chee Seng yang mewakili ketua kampung Temiar itu kepada ketua pengarah JHEOA pada 13 September lalu untuk memaklumkan bahawa kebenaran jabatan itu tidak pernah dipohon.

"Beliau juga menuntut penjelasan berhubung penolakan pembinaan gereja itu," katanya.

DIPLOMASI DAN BERHEMAH UNTUK LARI DARI DUIT HANTARAN? BETULKAH NORMAN UII

Posted: 17 Sep 2010 08:09 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Duit hantaran dan duit untuk buat majlis kenduri kahwin kami lapan tahun lalu adalah dua perkara yang berbeza. Dia sendiri tahu mengenai hal ini. Jika hendak tahu siapa bercakap benar atau tidak, saya mahu mengajak Norman Hakim ke masjid dan angkat sumpah depan al-Quran.
"Apapun yang berlaku , saya akan tetap menuntut hak saya termasuk beberapa perkara lagi yang belum selesai. Sehingga ke lubang cacing sekalipun, saya akan terus berusaha mendapatkannya semula," tegas Abby Abadi, 32, berkenaan tuntutan hutang duit hantaran RM11.111.11.


Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, dia terpaksa mendedahkannya di akhbar kerana tiada jalan lain lagi menuntut segala yang menjadi haknya daripada bekas suami, Norman Hakim atau pemilik nama sebenar, Mohamed Nor Hakim Zaidon, 34.


"Saya sudah sampai pada satu tahap tiada cara lagi untuk mendapatkan hak saya semula. Saya juga sudah lama beri ruang kepadanya untuk menyelesaikan apa yang tertunggak selepas dua tahun kami bercerai.


"Sudah ratusan kali saya cakap dengannya tapi dia buat tak tahu saja. Mungkin ada yang mempertikaikan saya macam seronok hendak bercerita keaiban bekas suami tapi saya tak ada cara lain. Dia selalu cakap tak serupa bikin. Dengan saya dia cakap lain tapi dalam akhbar dia kata lain. "Kenapa dia suka meletakkan kesalahan dirinya pada orang lain. Selama ini saya minta dengan baik kenapa dia tidak memberi maklum balas. Kenapa apabila sudah tersiar dalam akhbar baru hendak bagi respons," katanya.


Tambah Abby dalam nada kecewa, dia agak ralat dengan kenyataan Norman yang disiarkan akhbar ini kelmarin. "Dia sendiri buka pekung di dada. Duit hantaran dan duit kenduri kahwin dua cerita berbeza. Dia juga sebut perbelanjaan anak. Saya tak kata dia tidak beri belanja anak langsung tapi dia bagi bila dia rasa perlu.


"Apabila kami bercerai, yang terputus hubungan suami isteri tapi tanggungjawabnya terhadap anak-anak masih seperti biasa. Saya memang mampu menyara tiga anak tapi sebagai bapa dia tak boleh lepas tangan. "Dari satu segi memang tidak elok bercakap pasal keaiban orang tapi saya kena selalu beri amaran padanya. Saya nampak dia semakin berubah setahun sebelum kami bercerai dan perangainya yang sebenar terus terserlah. "Apa yang saya boleh cakap, apa yang saya dedahkan dalam akhbar ini benar. Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa tetapi dalam telefon, dia cakap dengan saya lain, dia beritahu pada media lain. Saya penat hendak melayan caranya yang kononnya berdiplomasi dan berhemah itu," katanya

SABAH UNTUK SABAH:AUTONOMI AKAN TENDANG BN UMNO KELUAR

Posted: 17 Sep 2010 06:56 PM PDT

Impak ikrar Pakatan Rakyat untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika mereka membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya umum akan datang hanya berkesan jika mereka meletakkan calon berwibawa mewakili mereka.

Penganalis politik James Chin percaya faktor calon amat penting, khususnya bagi PKR kerana sejarah silam yang dikongsi oleh rakyat negeri itu dengan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semasa menjadi timbalan perdana menteri ketika pentadbiran Tun Dr Mahthir Mohamad, Anwar dilihat sebagai dalang yang menumbangkan kerajaan negeri pembangkang pimpinan PBS pada 1994.

Meskipun memenangi pilihan raya negeri Sabah buat kali ketiga berturut-turut, walaupun dengan majoriti mudah, kerajaan PBS terus tumbang apabila pemimpin dan ADUNnya berpaling tadah ke BN.

"Rakyat mempunyai perasan berbelah-bahagi terhadap Anwar tetapi jika PKR boleh mengemukakan calon berwibawa, saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu," kata Chin ketika dihubungi hari ini.

Ketika melancarkan Pakatan Sabah di Kota Kinabalu pada malam Rabu lalu, Anwar bersama penasihat DAP Lim Kit Siang dan timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berikrar bahawa Sabah akan diberikan autonomi penuh jika Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Hal ehwal Sabah akan ditentukan oleh Sabah," kata Anwar yang dipetik The Borneo Post hari ini.

Pemimpin nasional dan negeri Pakatan daripada ketiga-tiga parti - PKR, PAS dan DAP - menghadiri majlis itu tetapi parti bebas SAPP tidak hadir.

Menurut Chin yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Monash, ketidak-hadiran SAPP tidak memberi kesan asalkan semua mereka sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ikrar autonomi itu agak signifikan di Sabah kerana sentimen tersebut masih kuat berhubung perjanjian 20 perkara yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia antara Malaya, Sarawak dan Singapura pada 1963 yang terus diketepikan oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun perkara itu kurang berkesan di Sarawak kerana ketua menterinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya mengurangkan campur tangan persekutuan di negeri itu pada tahap minimum.

"Terdapat lebih banyak campur tangan persekutuan di Sabah kerana kerajaan pembangkang," katanya yang merujuk kepada PBS

ZULKIFLI NORDIN DAN AMNO:DIMANA KEMUNAFIKAN KAMU!!!?!!!!!!!

Posted: 17 Sep 2010 05:50 PM PDT

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Umno tanpa syak lagi "berkura-kura", berpura-pura dan memutarbelitkan fakta berhubung isu bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid.

Beliau yang juga anggota biro politik PAS juga malah mendakwa pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pula terus menjadi "kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara"

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid memuatkan kembali beberapa keping gambar, antaranya menunjukkan pemimpin Umno memberikan 'tazkirah'.

Terdapat juga gambar Kamalanathan - yang didakwanya digelar 'Ustaz Kamal' oleh perayu undi Umno semasa kempen pilihan raya kecil lalu - menyampaikan sumbangan dalam sebuah masjid.

Dimuatkan juga sekeping gambar Kamalanathan dalan sebuah progam gotong royong di Masjid Felda Soeharto, Hulu Selangor yang mana pengerusi MAIS didakwa turut hadir.

"Lebih hebat, 'Ustaz Kamal' bersama pengerusi MAIS menyerahkan khat tulisan kalimah Allah kepada salah seorang peserta.

"Ke mana perginya ahli parlimen berkopiah dan mereka-mereka yang lantang bersuara tempohari kononnya umat Islam telah dihina?" soalnya.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang daripada DAP memasuki sebuah surau di Kajang mencetuskan perasaan tidak puas hati banyak pihak, terutamanya oleh pemimpin Umno dan BN.

MAIS malah memberikan amaran keras kepadanya ekoran tindakan itu.

Tiada ulasan: