Khamis, 2 September 2010

.

.


Rilesk Sore

Posted: 02 Sep 2010 02:34 AM PDT

Gamabar Jantan Dan Betina Sudah Ada, Nak Jumpa Saya!

SEMINGGU lalu saya posting satu berita dalam siasatan mengenai ketua Umno sebuah bahagian Umno di Kelantan dikatakan melakukan atau menerima rasuah sex. Berita itu sempat menggemparkan banyak pihak di Kelantan. Beberapa ketua bahagian atau wakilnya juga telah menghubungi saya untuk memastikan siapakah 'si coplek' itu.

Terus terang dinyatakan gambar perempuan yang mengakui terlibat dalam kes itu ada dalam sipanan saya. Begitu juga dengan ketua bahagian berkenaan. Saya dikirimkan kedua gambar itu menerusi SMS. Tetapi seperti saya kata selagi siasatan tidak sampai 100% saya tidak mahu mendedahkan identitinya. Bagaimana pun kepada berhajat boleh jumpa saya untuk menatap wajah perempuan dan ketua bahagian berkenaan. Gratis.

Lagipun tujuan berita dalam siasatan itu disiarkan ialah untuk memberi kesedaran. Sudah saya katakan orang politik kena tegur menerusi media massa, atau di hadapan publik. Ia tidak boleh dicakap secara baik dan diam-diam. Itulah keadaah atau pun senjata ampuh. Orang politik senantiasa bergelumang dengan hipokrasi. Tidak kira siapa mereka.

Walaupun ada kalanya kita menghadapi risiko kena saman, kena ugut dan sebagainya, itu adalah tribulasi bagi seorang penulis bebas seperti saya. Zaman sekarang ini ugutan ataupun pengawasan bukan lagi dari kalangan polis, SB saja tetapi ada juga pengawal-pengawal peribadi yang bermakan gaji atau penyokong fanatik kepada seseorang tokoh.

Tetapi tidaklah pula bermakna saya diugut bila saya tidak mendedahkan apa yang berlaku ke atas salah seorang ketua Umno bahagian itu. Maklumat mengenai itu bila-bila masa akan terdedah. Tetapi apabila ada perkembangan positif, maksudnya ekoran pendedahan berita yang masih dalam siasatan itu ada tanda-tanda membawa kebaikan, biarlah saya tangguh dulu.

Mudah-mudahan juga dia menjadi ingatan dan signal kepada ketua bahagian lain yang juga ada masalah. Selepas berita dalam siasatan dipostingkan banyak malumat saya terima mengenai keburukan dan kebejatan ketua bahagian Umno di Kelantan. Ada yang membuntingkan anak orang, ada juga yang bercinta senyap senyap-senyap dan sebagainya. Yang main sms waktu malam dan ketika berada di rantau, usah ceritalah.

Apabila sudah ada perubahan, sudah ada penghijrahan, maka kita kena bagi peluang biarlah ketua bahagian berkenaan taubat. Dia masih ada ruang untuk melakukan kebaikan. Saya sebagai penulis masih ada perikemanusiaan tidak akan mendedah sesuatu yang tidak kena pada tempatnya apa lagi sehingga menganiayaannya. Apa-apa pendesahan yang saya lakukan sebelum ini tak kira ke atas siapa, baik dari Umno maupun Pas tidak sampai mengaibkan.

Ada juga mula menuduh saya sudah mendapat habuah kerana tidak mendedah kisah ketua bahagian berkenaan. Tuduhan itu sebagai satu gurauan nakal yang tidak patut atau dilakukan oleh pengerak kuku raja saja. Saya tidak mahu membela diri, tetapi masa dan keadaan akan menentukan. Saya cabar sesiapa yang tahu mengenai balada (skandal) ketua bahagian Umno berkenaan dedahlah. Mudah-mudahan mana tahu akan dapat angpau hari raya daripadanya. Bukan begitu.

Dipetang yang murni dan baru dilumuri hujan ini saya ucapkan selamat berubah dan membaiki diri kepada ketua bahagian Umno berkenaan. Dan kepada penjenguk yang suka kepada berita-berita sedemikian tunggulah pula mana tahu akan ada pula kisah ketua bahagian ataupun Pas kawasan yang boleh dijadikan cerita selepas raya ini. Tunggulah. Mat Maslan tentu tersenyum petang ini. [wm.kl.6:45 pm 02/09/10]

Rencana Khas

Posted: 01 Sep 2010 07:16 PM PDT

Sijil Halal Haram
Tahniah Jakim, Bertindaklah Secara Berterusan


PEMANTAUAN dan tindakan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) terhadap premis perniagaan khasnya kedai dan barangan makanan yang tidak mempunyai sijil halal patut dipuji. Tindakan Jakim bersama berberapa agensi nampaknya mula memberi kesan positif.

Para perniaga yang sebelum ini bebas menghidangkan apa saja jenis makanan tanpa mengira halal dan haram sudah mula mengambil perhatian. Para pelanggan juga sudah mula memberi perhatian dan ada yang sudah mula memulaukan kedai-kedai yang tidak halal statusnya.

Misalnya selepas Jakim menyenaraikan nama hotel-hotel yang memiliki sijil halal yang sah, orang ramai yang sebelum ini suka makan dan berbuka di hotel bulan Ramadhan sudah berkurangan. Atau nampak jelas hotel yang hanya ada sijil halal yang menjadi tumpuan.

Penyenaraian itu benar-benar memberi kesan kepada hotel yang tidak mempunyai sijil halal yang sah. Apabila Jakim membuat penyeranaian itu menyebabkan orang ramai - yang pentingkan kesucian makanan, mula memulaukan hotel berkenaan. Baiknya, hotel berkenaan akan berusaha untuk memastikan makanan yang dijual terjamin suci dan bersih.

Hendaknya Jakim akan terus bertindak tegas bagi memastikan umat Islam negara ini tidak terjebak dan subahat memakan makanan haram. Jakim jangan hangat-hangat tahi ayam dalam hal ini. Pemantauan dan tindakan tegas hendaklah dilakukan sepanjang masa. Kalau Jakim hanya hangat-hangat tahi ayam menyebabkan peniagaan yang babil ini tidak akan mempedulikan tuntutan itu dan takut kepada kesalahan yang mereka lalukan.

Selalunya beginilah terjadi. Tindakan tegas hanya diawal saja, atau secara bermusim selepas itu ia akan kembali kepada asalnya. Amalan inilah juga menyebabkan para peniaga tidak serius ataupun merasa satu tanggungjawab untuk memastikan makanan mereka suci dan bersih.

Selalaunya untuk meneruskan pemantauan ini Jakim akan berdepan dengan masalah kaki tangan untuk membuat siasatan dan penyerbuan. Rasanya ini tidak boleh dijadikan alasan. Jakim perlu menambah kakitangan penguatkuasanya. Tambahan pegawai perlu diadakan.

Sebenarnya masih banyak kedai yang degil dan terus menjual makanan yang bersuhabat. Tidak mungkin untuk Jakim mengawal semua sekali dengan kapasiti pegawainya yang sedikit. Bagaimana pun buat masa ini Jakim boleh menumpukan kepada kedai atau premis yang kerap dikujungi oleh umat Islam.

Salah satu ialah kopitim. Hari ini kopitiam wujudi di mana-mana sahaja. Percambahan kopitiam seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir 90% pengusahanya orang bukan Islam yang tidak tahu akan kewajiban menyediakan makanan suci dan bersih. Manakala pengujunginya pula lebih 60% kalangan orang Islam terutamanya anak-anak muda. Kalau di pinggir bandar pengujungunya dimonopoli oleh orang Melayu.

Jika ditinjauan semua kedai kopi ini tidak mempunyai sijil halal sedangkan penyediaan makanan sangat diragui kesuciannya. Sebagai contohnya di kawasan saya, di sekitar Wangsa Maju, Danau Kota, Taman Melawati saja mempunyai 10 buah kopitiam. Dari 10 kopitiam ini hanya tiga saja diusahakan oleh orang Islam. Selebihnya milik bukan Islam dimana pekerja (pelayan) juga bukan Islam.

Jika diperhatinkan semua kedai ini ada sijil halal yang ditampal di diding kedai berkenaan. Tetapi bila diselidiki semuanya sijil halal berkenaan adalah sijil halal yang haram. Saya mempersilakan pihak penguatkuasa Jakim untuk meneliti satu persatu kopitiam ini. Jumlah itu tidak termasuk kopitiam yang terdapat di komplek membeli belah yang ada di sekitar ini.

Jelas apa yang berlaku di kopitiam itu yang memperagakan sijil haram menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pemilik premis berkenaan. Daripada yang wujud juga menunjukkan mereka menipu pelanggan hidup-hidup. Mustahil kalau mereka tidak mengetahui apa yang diwar-warkan oleh Jakim. Saya kedai-kedai ini terus akan memperagakan sijil halal haram itu selagi tidak ada tindakan.

Sementara Jakim mengesahkan status halal haram makanan di kopitiam berkenaan, umat Islam boleh memufarakahkan kedai berkenana buat seketika. Inilah cara terbaik bagi mengelakkan diri, bini dan anak-anak terjebak dengan makan yang bersubahat.

"Wahai manusia makanlah dari apa yang ada di atas muka bumi ini yang halal lagi baik dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu." [wm.kl. 10:30 am 02/09/10]

Melintang Rasa

Posted: 31 Aug 2010 11:23 PM PDT

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

PEMBERIAN wang ehsan kepada rakyat Kelantan dibuat bukan secara membuta tuli, tetapi atas nasihat Peguam Negara. Begitulah kata Mustapa Mohamed, (foto) Tok 4 Umno Kelantan itu. Beliau membuat penjelasan itu setelah Kerajaan Kelantan mengemukakan writ saman terhadap Petronas semalam menuntut agar membayar royalti kepada kerajaan Kelantan seperti mana mengikut perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974..

Apa yang hendak dinyatakan Mustapa ialah tindakan pemberian wang ehsan itu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang. Sekaligus ia menafikan tuduhan pemimpin kerajaan Pas Kelantan yang menuduh keengganan melunasi royalti minyak itu sebagai pencabulan undang-undang dan penganiyaan secara melanun terhadap harta rakyat Kelantan.

Penjelasan Mustapa ini memperlihatkan siapa Mustapa sebenarnya. Sejauh itu sajalah politik Mustapa. Ia tidak lebih dari sempadan kampungnya di Badak, Bachok atau kawasan dimenanginya di Jeli saja. Peluang menjadi menteri kabinet tidak membawa apa-apa perubahan kepada Mustapa. Beliau masih utuh kekal sebagai pekerja ala pegawai kerajaan dan bukannya pemimpin jauh sekali seorang pejuang.

Mustapa hanya mengikut general order yang dikemukakan kepadanya tanpa langsung berani membuat sesutau di laur general order itu meskipun untuk kebaikan.

Beliau tersalah pilih profesyen sebenarnya. Mustapa bukan sepatut menjadi menteri atau ketua Umno Kelantan, tetapi dia patut menjadi gebenur atau DO. Memang gebenur akan menjalankan tugasnya mengikut undang-undang tanpa menunjukkan kecenderongan melampau kepada mana-mana pihak. Mustapa seorang yang baik tetapi bukan politician yang bijak.

Mustapa tidak dapat membaca apaklah implikasi dari nasihat Peguam Negara itu kepada politik Umno dan dirinya sendiri di Kelantan. Mungkin apa yang dinyatakan Peguam Negara itu betul dari segi perundangan. Tidak salah dengan apa yang dilakukan itu bahkan ia tepat mengikut undang-undang. Tetapi beliau kena faham bahawa politik tidak ada undang-undang dan sering melanggar undang-undang. Politik mengnyahkan undang-undang, adat dan agama.

Peguam Negara mungkin betul memberi 'kebenaran' wang ehsan itu diagihkan tetapi rakyat Kelantan mungkin marah. Sebab rakyat Kelantan mahukan wang royalti bukan wang ehsan. Rakyat Kelantan tidak akan melihat undang-undang itu betul dalam konteks ini. Seharusnya sebagai ahli politik yang inginkan kuasa Mustapa memahami realiti itu. Nampaknya beliau tidak mempedulikan itu dan masih terus mentadbir dalam bingkai kepegawaian yang sempit.

Sebab itulah krisis yang timbul di Kelantan beliau gagal menyelesaikannya. Mustapa tidak berani atau pun pandir untuk menggunakan kuasa yang ada kepadanya. Contoh klasik ialah di Tanah Merah dan Rantau Panjang. Sampai ke hari ini Umno didua bahagian itu berkucah.

Kalau Mustapa bijaksana dalam politik beliau tidak bercakap menggunakan nasihat Peguam Negara itu. Beliau juga tidak perlu mengambil nasihat Peguam Negara yang menyebabkan rakyat Kelantan membencinya. Beliau harus faham mengenai politik. Orang kampung tidak akan dapat menerima nasihat itu walaupun benar kerana tindakan meleyapkan royalti dan digantikan dengan wang ehsan itu menganiayakan mereka dan memberi alamat buruk kepada BN Kelantan.

Percayalah penjelasan Mustapa itu tidak mampu untuk mengurangkan rasa 'murih' rakyat Kelantan atas tindakan Umno. Usaha Mustapa 'membawa' Penguam Negara dan menjustifikasikan usaha beliau hendak meredakan perasaan marah rakyat Kelantan terjadi sebaliknya. Rakyat akan ketawa dengan cara itu kerana mereka merasakan Mustapa ingin memperbodohkan mereka. Cara Mustapa itu benar-benar tidak cerdik. [wm.kl. 9:50 pm 01/09/10]

Tiada ulasan: