| Pejabat Peguam Negara Pulangkan Semula Kertas Siatasatan Kes Sosilawati yang Tidak Lengkap Posted: 22 Sep 2010 12:15 AM PDT Seriau! Jangan silap sehingga memberi ruang dan peluang kepada penjenayah meringankan hukuman atau membebaskan diri daripada pertuduhan yang dihadapi. Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara, mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kerana berpendapat siasatan dalam pelbagai aspek perlu dijalankan, menurut Ketua Bahagian Pendakwaannya, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, polis diarahkan untuk melengkapkan siasatan tersebut sebelum menghantar semula ke pihaknya. Beliau berkata, pihaknya telah mengembalikan kertas siasatan itu semalam setelah menerimanya pada hari yang sama kerana banyak lagi perkara yang memerlukan siasatan lebih lanjut. Katanya, Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-supek berkenaan.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara dan memberi jaminan laporan lengkap kes pembunuhan berprofil tinggi itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.
Laporan itu termasuklah laporan lengkap DNA yang kini giat dilakukan oleh sekumpulan pakar forensik Jabatan Kimia bagi membolehkan pendakwaan dilakukan secepat mungkin.
Selain Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38. Polis kini turut menyiasat empat kes yang melibatkan tiga kes orang hilang dan seorang wanita yang mati dibunuh di hadapan rumahnya di Banting yang di percayai ada kaitan dengan dua peguam yang adalah suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.
Antara kes tersebut melibatkan seorang kontraktor, Shafik Abdullah, 37, dan seorang rakannya yang dilaporkan hilang oleh keluarganya lima bulan lalu selepas dipercayai menemui peguam tersebut di ibu negara bagi urusan perniagaan.
Kehilangan Shafik dan rakannya dirujuk di Ibu pejabat Daerah Brickfileds.
Selain itu, ia turut membabitkan kes kehilangan usahawan batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India yang tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu.
Allal yang mempunyai perniagaan restoran, hartanah dan barang kemas dilaporkan hilang selepas dijemput kedua-dua suspek terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sebelum Ini:* Kertas siasatan kes Sosilawati diserah kepada Peguam Negara |
| Si Lahanat, Pembunuh Syafiah Humaira, Dihukum Mati Posted: 21 Sep 2010 11:29 PM PDT Saya petik: [Mstar] SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil,28, Rabu dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia bersalah menyebabkan kematian anak kepada teman wanitanya. Kanak-kanak perempuan itu, Syafiah Humaira Sahari berusia tiga tahun.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohtarudin Baki selepas mendengar perbicaraan yang berlangsung selama tujuh bulan itu.
Tertuduh yang merupakan kekasih kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz didakwa membunuh mangsa dengan cara menendang dan memijak perut kanak-kanak tidak berdosa itu kerana dikatakan enggan memakai selipar.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola di Jalan Utama, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.
Pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Syafiah Humaira yang manja dipanggil "Pia' merupakan anak kedua Siti Nurhanim, 25, seorang bekas pelayan kelab malam hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul.
Sahari kini berada dalam tahanan reman kerana sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh.
Siti Nurhanim juga mempunyai seorang lagi anak, Syakimie Iqbal hasil hubungannya bersama tertuduh. Syafiah Humaira disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian perut, kepala dan juga abdomen. |
| Betulkah Artis Cun Ini Kahwin dengan Menteri? Siapa Menteri "Bertuah" Itu? Posted: 21 Sep 2010 07:58 PM PDT Selepas Bung, ada lagi Pak Menteri "makan" pucuk muda? Saya petik: [BN] Gosip angin sepoi-sepoi bahasa menyatakan yang si Zahida Rafik ini sudah pun berkahwin dengan seorang menteri di London sebelum bulan puasa hari tue. Khabarnya bukan sebagai isteri pertama. Mungkin kedua, mungkin ketiga.
Kalau betullah dah berkahwin, tahniah kami ucapkan kepada Zahida Rafik. Nampaknya menteri-menteri kita tersangatlah femes di kalangan artis. Dulu Bung berjaya mengorat Zizie, kini giliran Zahida Rafik pulak dingorat oleh menteri. Taste tinggi jugak yek menteri Malaysia nie.
Satu je yang menjadi kemusykilan kami dari dulu sampai sekarang, apa sebenarnya si Zahida nie buat sampai layak digelar artis. Berlakon pun macam tak ada. Menyanyi lagi lah kan? Ada sesiapa boleh terangkan kepada kami?
Apa pun tahniah kepada si menteri yang mendapat gadis secun Zahida Rafik untuk dijadikan isterinya. Semoga kekal bahagia. Siapa Pak Menteri itu? Ada blog menulis: [MctHeory] ...Aduhh.. betul ke gossip ni?? Amboihh laa.. pak pak menteri boleh tahap jugak tastenya.. risik-risik khabar, menteri tu menteri kemajuan luar bandar dan wilayah siapa lagi kalau bukan Shafie Apdal. Tak kisah pun kalau nak kawin muda, cuma.. kerja dan rakyat tu janganlah lupa. DS Najib suruh tambah cawangan UMNO, tapi pak pak menteri tambah cawangan sendiri. Salah faham nampaknya.. adehh la... FUH! (Kredit: Manjung Mari) |
| [Kemas Kini] Hilang di Kampar Jumpa di Pulau Pinang. Menginap di Hotel Bajet dan Mengaku Lakukan Seks! Posted: 21 Sep 2010 07:00 PM PDT  Saya tidak menyiarkan laporan awal tentang kehilangan kembar dan rakan mereka. Kehilangan ketiga-tiga remaja berusia awal belasan tahun ini sedikit kecoh sehingga rintihan ibu mereka disiarkan oleh stesen televisyen. Si ibu merayu kepulangan si anak. Selang sehari, si anak mengirimkan SMS dengan meminta si ibu tidak bimbang dan akan pulang apabila tiba waktunya. Berita di bawah ini mengatakan bahawa ketiga-tiga remaja ini menaiki bas ke Pulau Pinang dengan mengikut dua orang lelaki berusia 19 dan 20 tahun. Sampai di Pulau Pinang, mereka menginap di sebuah hotel bajet selama tiga hari sebelum menumpang di sebuah rumah selepas kehabisan wang. Saya ulang MENGINAP DI HOTEL BAJET SELAMA 3 HARI. Bayangkan kemungkinan yang berlaku! Saya petik: [HM] GEORGETOWN: Tiga remaja perempuan termasuk dua beradik kembar yang dilaporkan hilang selepas beraya di rumah rakan pada Aidilfitri kedua lalu berjaya ditemui sepasukan polis di sebuah rumah pangsa di Taman Green Garden, Paya Terubong, di sini, semalam.
Nurulashiqin Kamarazmi dan kembarnya, Nurulain bersama rakan mereka, Suhaily Abdul Razak, masing-masing berusia 14 tahun berasal dari Taman Sentosa, Kampar, Perak ditemui bersama dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun dipercayai kekasih pasangan kembar itu di rumah berkenaan dipercayai milik kenalan seorang daripada dua lelaki berkenaan. Ketua Balai Polis Ayer Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Mohd Napiah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada pemilik rumah yang menumpangkan lima individu terbabit kelmarin sebelum bertindak menyerbu rumah itu, kira-kira jam 8.20 pagi semalam.
Menurutnya, selepas diserbu, pihaknya menemui tiga remaja perempuan itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sentosa bersama teman lelaki Suhaily dan Nurulashiqin di rumah berkenaan yang ditumpangi mereka sejak 18 September lalu.
Katanya, selepas disoal siasat, lima individu itu didapati menaiki bas ekspres dari Batu Gajah, Perak pada 14 September lalu dan menginap di sebuah hotel bajet berdekatan Lorong Kulit selama tiga hari sebelum menumpang di rumah berkenaan selepas kehabisan wang.
Beliau berkata, hasil siasatan lanjut terhadap dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja itu mendapati seorang daripadanya masih berada di bawah pengawasan Balai Polis Jejawi kerana kesalahan mengambil dadah selain gagal memaklumkan tindakannya untuk pergi ke luar kawasan kepada pengurusan balai polis terbabit.
Menurutnya, dua lelaki itu juga diarahkan untuk menjalani ujian air kencing dan jika didapati positif dadah, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sementara menunggu hasil ujian itu, mereka kini ditahan di lokap balai berkenaan.
Katanya, tiga remaja perempuan yang masih bawah umur itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Beliau berkata, polis sudah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan berikutan penemuan semua remaja itu, kes aduan orang hilang itu dianggap selesai.- Kalidevi Mogan Kumarappa Kemas Kini:Sah kembar dan rakan mereka menjadi "mangsa" rogol. Semasa menyiarkan kiriman ini tadi, saya tidak merujuk kepada laporan di Berita Harian. Menurut akhbar itu: GEORGETOWN: Pasangan kembar, Nurulain dan Nurulashiqin Kamarazmi, bersama teman mereka, Suhaili Abd Razak, masing-masing berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak hari raya kedua, ditemui di sebuah flet di Green Garden, Paya Terubong di sini, pagi semalam.
Ketiga-tiga remaja terbabit ditemui tinggal bersama seorang lelaki 20 tahun dipercayai teman lelaki pasangan kembar itu dan seorang lelaki 19 tahun, jam 8.30 pagi. Mereka yang ditemui selamat, dibawa ke Balai Polis Ayer Itam di sini, bersama dua lelaki terbabit untuk diambil keterangan. Remaja perempuan terbabit dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 4.30 petang bagi pemeriksaan lanjut kerana mereka mengaku mengadakan hubungan seks ketika menghilangkan diri dan juga pernah melakukannya sebelum ini.
Ketua Balai Polis Ayer Hitam, Cif Inspektor Mohd Fadzli Mohd Napiah berkata, pihaknya mendapat maklumat remaja perempuan itu berada di flet berkenaan selepas menerima aduan seorang lelaki.
Seorang daripada lelaki itu dipercayai teman lelaki pasangan kembar dan siasatan awal mendapati semua remaja terbabit mengaku melakukan hubungan seks. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, katanya.
Mohd Fadzli berkata, siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu yang bekerja sendiri, bersama remaja berkenaan datang ke negeri ini dengan menaiki bas di Batu Gajah pada 14 September lalu sebelum menyewa dua bilik di sebuah hotel di Lorong Kulit di sini, selama tiga hari. Jadi saya tukarlah tajuk kiriman ini kerana perkara itu sudah disahkan oleh mangsa. Saya menyiarkan gambar mangsa tanpa selindung kerana sebelum ini, ketika mereka dilaporkan hilang, pihak media menyiarkan gambar mereka tanpa selindung. Apabila muncul berita bahawa mangsa mengaku melakukan seks bukan sahaja pada tarikh mereka hilang, malah sebelum itu, maka sudah tentu seluruh kampung dan negara mengetahuinya. Di mana hendak disorokkan muka lagi, baik mangsa mahupun ahli keluarga yang lain? Semoga ketiga-tiga remaja ini tidak menjadi pelajar Sekolah Harapan Ali Rustam! Malah kejadian ini wajar menjadi pengajaran yang berguna kepada remaja mahupun ibu bapa atau penjaga yang diamanahkan untuk membesar dan mendidik zuriat yang dianugerahi oleh Allah SWT. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum kelapa ditebuk tupai, ambillah tindakan yang sewajarnya!
|
| Tiada Lagi Amaran Google di DUNIACACAMARBA Posted: 21 Sep 2010 06:00 PM PDT Alhamdullilah, tiada lagi amaran "Reported Attack Page" daripada Google apabila membuka DC. Saya cuba membuka beberapa blog sahabat yang lain, namun masih ada yang memaparkan amaran tersebut. Saya petik kiriman GB dan panduan lain yang mungkin dapat membantu pemilik blog. Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.
Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.
Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.
Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.
Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.
Cara Mengatasi.
Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".
Pergi ke Dashboard anda pilih Design -> Page Elements -> My Blog List
Kemudian pastikan anda tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).
Setelah itu barulah anda klik "Save".
Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.
Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.
Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.
Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.
Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1
Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang. Selain itu, beberapa kiriman di blog menasihati pemilik blog agar membuang semua iklan/kod Mangga Online yang menyiarkan iklan daripada Innity.com yang dikatakan sebagai punca amaran itu dipaparkan di blog dan portal berita. Selain itu, ada juga kiriman yang menasihati pemilik blog agar menukar template bagi memastikan blog mereka bebas daripada serangan tersebut. Tindakan pantas perlu diambil bagi mengelakkan blog atau laman sesawang disenaraihitamkan oleh Google.Saya ikuti semua panduan itu dan Alhamdullilah pagi ini (setakat ini) DC dapat dibuka tanpa tanda amaran daripada Google. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan