Rabu, 22 September 2010

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Jam tangan petunjuk mungkin suami senasib Sosilawati

Posted: 22 Sep 2010 06:10 AM PDT

BERNAMA

SUNGAI PETANI: Seutas jam tangan yang disahkan milik seorang kontraktor yang dilapor hilang April lalu, Mohd Shafiq Abdullah, 37, menjadi petunjuk kemungkinan lelaki itu senasib dengan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.

Isteri kontraktor itu, Samson Nahar Mohamed Dali, 35, berkata dia dipanggil oleh polis untuk mengenalpasti jam tangan berkenaan ketika ke Banting minggu lepas bagi membantu siasatan.

"Saya tak pasti macam mana polis jumpa jam itu tapi yang saya ingat jumpa di ladang, saya cam jam itu sebab suami ada banyak jam berjenama tapi satu itu saja yang bertali kulit jenama Puma," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini, hari ini.

Samson Nahar berkata, beliau dipanggil oleh polis kerana dalam kenyataannya mengenai kehilangan suami di balai polis Petaling, Kuala Lumpur April lalu, beliau memberitahu telah menghubungi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati untuk mencari Mohd Shafiq.

Beliau berkata, laporan polis mengenai kehilangan suaminya dibuat pada 13 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini dan kes itu kemudian dipindahkan ke balai polis Petaling kerana suaminya hilang di Kuala Lumpur.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat.
Samson Nahar berkata. Mohd Shafiq yang berasal dari Perak tinggal di sebuah rumah sewa di Kuchai Lama, Kuala Lumpur kerana bekerja di sana dan hanya pulang ke rumah mereka di Sungai Petani setiap hujung minggu.

Beliau berkata, selepas menyedari ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap Mohd Shafiq, beliau menghubungi semua rakan-rakan serta pihak-pihak yang pernah berurusan dengan suaminya termasuk suspek.

"Semua orang jawab tak tahu, tapi dia (suspek) seorang saja yang bagi jawapan ada jumpa suami dan beritahu suami saya ke luar negara dan akan balik lima enam hari lagi.

"Tapi bila saya tanya pergi mana, dia kata rahsia dan dari situ saya rasa pelik dan terus pergi ke rumah sewa suami di Kuchai Lama untuk mencari pasport suami saya," katanya.

Samson Nahar berkata, beliau menemui pasport suaminya di rumah sewa itu dan ketika itu beliau menyedari bahawa kehilangan suaminya ada kaitan dengan suspek.

Kali terakhir Samson Nahar berhubung dengan suaminya melalui telefon ialah pada 7 April lalu dan gagal menghubunginya sehari selepas itu.

Beliau berkata, polis juga telah mengambil sampel untuk ujian DNA daripada ibu Mohd Shafiq yang kini menetap di Dengkil, Selangor.

"Polis juga ada meminta barang-barang peribadi suami, saya ada serahkan kasut suami minggu lepas kerana itu sahaja yang ada untuk membantu siasatan dan saya dimaklumkan keputusan DNA akan siap dalam dua minggu," katanya.

Mengimbas kenangan bersama suami sejak 14 tahun lalu, Samson Nahar berkata, Mohd Shafiq seorang yang sangat bertanggungjawab dan tidak pernah lupa untuk memaklumkan destinasinya sekiranya mahu ke mana-mana.

Beliau berkata, walaupun ingin ke sesuatu tempat dalam tempoh yang singkat, suaminya akan tetap memberitahu dan pulang bertemu dengan keluarganya terlebih dulu.

"Dia memang selalu ke luar daerah dan ada juga pergi ke luar negara, tapi setiap kali sebelum pergi mana-mana dia mesti balik sini dulu sehari atau dua hari untuk bersama saya dan anak-anak," katanya.

Samson Nahar berkata, selepas dimaklumkan 95 peratus kemungkinan suaminya adalah antara mangsa jenayah kejam itu pada malam Hari Raya lepas, keluarganya mengadakan solat ghaib serta majlis tahlil untuk suaminya.

"Namun saya masih menaruh harapan suami selamat selagi belum ada pengesahan dan sekiranya disahkan dia sudah meninggal, kami kena terima dan saya harap dapat mengkebumikan tulangnya di sini (Sungai Petani)," katanya.

Samson Nahar berkata, beliau dan anak-anak akan berpindah ke rumah yang baru dibeli suaminya di kawasan perumahan berhampiran tempat tinggalnya sekarang dalam tempoh terdekat.

"Tapi saya tak tahu macam mana nak teruskan hidup lepas ini sebab hilang tempat bergantung, saya pula tiada kerja tetap," kata surirumah yang mengajar kelas tambahan kepada pelajar sekolah secara sambilan di rumah.

Kes Sosilawati: Seorang Kontraktor Dan Rakannya Tak Pulang-pulang

Posted: 22 Sep 2010 05:31 AM PDT

KELAB GREENBOC

Kes bunuh Sosilawati: Kontraktor tak pulang-pulang

SUNGAI PETANI: "Hati saya terdetik mengatakan suami akan pulang pada Aidilfitri lalu menyebabkan saya membeli sepasang baju Melayu biru untuknya," kata Samsonnahar Mohd Dali, 35, isteri kepada kontraktor, Shafik Abdullah (gambar), 37, dipercayai turut menjadi mangsa peguam yang kini suspek utama kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain.

Menurut Samsonnahar, walaupun pada hakikatnya dia sedar suaminya mungkin tidak pulang, gerak hati itu menyebabkan dia tetap menaruh harapan berlaku keajaiban dan menunggu kemunculan suaminya pada pagi 1 Syawal lalu.

"Bagaimanapun, impian itu hanya tinggal angan-angan kosong," katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, suaminya keluar dari rumah mereka di Taman Bunga Raya, di sini, pada 5 April lalu, kira-kira jam 5 pagi menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream warna emas menuju ke Kuala Lumpur dipercayai berurusan dengan peguam terbabit.

"Sehingga kini, suami tidak pulang ke rumah dan apabila menghubungi telefon bimbitnya, ia diputuskan. Kali terakhir saya bertemu suami pada hari itu manakala pada 7 April antara jam 10.30 malam dan 11 malam, suami menelefon saya memberitahu dia akan pulang pada 9 April.


"Dia juga berharap dapat pulang ke Sungai Petani secepat mungkin kerana mahu memasuki rumah baru yang dibeli di Taman Cemara, kira-kira satu kilometer dari rumah sekarang, tetapi dia sedikit pun tidak mengadu dan bercerita mengenai masalah dihadapinya," katanya.

Samsonnahar yang mempunyai tiga anak berusia lima hingga 13 tahun berkata, dua hari selepas itu, dia ada menelefon peguam terbabit dan dimaklumkan suaminya ke luar negara dan akan pulang selepas lima atau enam hari lagi.

"Saya terkejut dengan jawapan peguam terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

"Akibat tidak berpuas hati dengan penjelasan peguam itu, saya ke rumah sewa suami di Meadow Park 2, Jalan Kuchai Lama terkejut apabila menemui pasport antarabangsanya dalam beg, tetapi keretanya tiada di situ,"
katanya.

Menurutnya, kereta milik suaminya ditemui tersorok di tempat letak kereta di Pelabuhan Klang selepas sistem penggeranya berbunyi akibat perbuatan khianat.

Katanya, suaminya dipercayai mengenali peguam terbabit sejak setahun lalu selepas diperkenalkan seorang rakan dan sejak itu, suaminya sering berhubung dengan lelaki berkenaan.

Samsonnahar berkata, dia terkejut apabila Balai Polis Banting, baru-baru ini, memaklumkan bahawa 95 peratus siasatan polis mengesahkan suaminya seorang daripada mangsa peguam terbabit yang kini ditahan polis.

"Saya masih berharap menerima berita gembira. Apapun, saya bersedia menerima sebarang kemungkinan yang menimpa suami dan reda dengan kejadian menimpanya.

"Sejak kehilangan suami, saya banyak melakukan solat tahajud dan hajat. Alhamdulillah selepas lima bulan kehilangannya, saya dapat menerima kenyataan walaupun tidak tahu di mana kubur dan jasadnya," katanya.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, sumber polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai kehilangan Shafik Abdullah dan seorang lagi rakannya sejak April lalu.

Sumber itu berkata, polis mengklasifikasikan kes kehilangan mereka sebagai kes orang hilang dan siasatan lanjut sedang dijalankan sama kehilangan mereka ada kaitan dengan suspek utama kes Sosilawati. -hmetro

Rumah Norhisham Disimbah Cat Merah. Kerja Siapa Pula & Apa Motifnya?

Posted: 22 Sep 2010 04:12 AM PDT

KELAB GREENBOC

Rumah Noorhisham disimbah cat merah

KUALA LUMPUR: Kediaman Noorhisham Mohammad, 38, seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, disimbah cat merah semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru itu tiada di rumah. Isteri dan anak-anak Noorhisham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lalu. Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka.

"Seorang lelaki membuat laporan dan memberitahu rumah tiga tingkat Allahyarham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Jalil berkata polis percaya kejadian itu bukan disebabkan dendam tetapi tersilap sasaran dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat.

Noorhisham, 38, dilapor hilang bersama Sosilawati, 47, pemandu Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Keempat-empat mangsa kemudian disahkan polis dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat. - BERNAMA

Ulasan GB

Cat merah... ada kaitannya samada dengan gangster atau along. Kejadian yang menyerupai kes kediaman YB Manickavasagam sedikit masa lalu.

Sekali lalu ia seperti mencabar kewibawaan polis yang sedang menyiasat kes pembunuhan ini dan kedua mencabar rakyat yang sedang marah dengan pembunuhan itu.

Polis perlu menjelaskan hal ini. Kejadian ini berulang-ulang. ada kaitankah dengan gangster atau ia satu perencanaan pihak tertentu untuk tujuan tertentu?

Rumah siapa lagi yang bakal disimbah cat merah selepas ini sepertimana soalan siapa lagi yang akan mati selepas Sosilawati?

Komited Untuk Bangunkan Kampung – Tan Sri Khalid Ibrahim

Posted: 22 Sep 2010 04:06 AM PDT

Oleh Mohd Ezli Mashut

SUNGAI BULOH: Kerjasama yang erat akan dilakukan dengan semua ketua-ketua kampung bagi meneruskan pembangunan di Selangor, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sewaktu meraikan majlis Aidilfitri di Dewan JKKK, Kampung Pasir Tuntung, Sungai Buloh, semalam.

"Saya akan bekerja dengan ketua-ketua kampung untuk membangunkan negeri Selangor dan bercadang untuk menyenaraikan semua permintaan dan memberi keutamaan kepada mereka," katanya pada majlis yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat itu.

Tan Sri Khalid menjelaskan lagi, perkara ini akan diberi keutamaan dalam merangka Bajat 2011 negeri Selangor yang bakal dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada November ini.

"Saya telah minta Tuan D.O untuk menyenaraikan kehendak-kehendak kita supaya kita dapat tolong bangunkan demi kesejahteraan rakyat di negeri Selangor," ujar Tan Sri Khalid lagi.

Pada majlis yang turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzuelkefly Ahmad itu, Tan Sri Khalid turut menyampaikan 'duit raya' kepada kanak-kanak yang bersalaman dengan beliau.


ECER keretapi sudah ter'cecer'

Posted: 22 Sep 2010 04:03 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/KKRS1.JPGBULETIN ONLINE

- Minta siasatan dijalankan segera.

KUALA TERENGGANU – Belum pun siap kajian kemungkinan laluan Rel Pantai Timur yang dicadangkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi meningkatkan sistem pengangkutan keretapi di kawasan berkenaan, perkhidmatan keretapi sedia ada dari Kerteh Ke Kuantan telah pun 'tidur'.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MILS (MISC Integrated Logistics Services management) syarikat induk logistik milik Malaysia International Shipping Coporation (MISC) telah memberi notis penamatan khidmat Operasi dan Penyelenggaraan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Menurut notis yang dikeluarkan oleh Ketua Operasi Wilayah Timur MILS, notis penamatan perkhidmatan Operasi dan Penyelenggaraan KTMB dibuat berdasarkan minit mesyuarat pada 17 ogos, 2010.

Penamatan tersebut adalah kerana MILS telah membuat keputusan untuk 'mentawakufkan' Perkhidmatan Keretapi Kuantan Kerteh (Kuantan Kerteh Raiway System – KKRS) kepada 'mode bersiap siaga' (standby mode) bermula 1 September lalu dan menamatkan perkhidmatan tersebut sepenuhnya pada 1 November depan.

Nampaknya kerajaan Malaysia dan Petronas benar-benar menghadapi masalah!

Respon kepada pemberhentian khidmat keretapi tersebut, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat menggesa supaya satu siasatan dilakukan segera bagi mengenal pasti, apakah punca sebenarnya khidmat keretapi tersebut terpaksa dihentikan.

Beliau yang dihubungi melalui laman sosial 'face book' turut menggesa pihak penerangan PAS Terengganu supaya mengikuti perkembangan isu terbaru ini dan menyebarkan kepada seluruh rakyat.

"Bukan sikit duit rakyat (dibelanjakan) takkan (lepas ni) nak jual rel jadi besi buruk sahaja,"ujarnya.

Terdahalu, dalam laman blognya, Ustaz Satiful yang juga bekas ADUN Paka melahirkan rasa kesal kerana perkhidmatan keretapi yang bau berusia enam tahun itu telah dihentikan.

"Baru 6 tahun beroperasi sekarang dah dihentikan, amat malang landasan keretapi yang dibina dan beroperasi di zaman pemerintahan PAS di Terengganu akan ditamatkan operasinya pada 1 November 2010 ini,

"di zaman pemerintahan Umno-BN yang (kononnya) hebat dengan pembangunan yang tak pernah dilihat,"tegasnya

Pembinaan landasan keretapi sepanjang 86km (atau 72km) dibiaya oleh Petronas dengan kontrak pembinaannya telah diberi kepada beberapa buah syarikat kroni dengan harga RM800 juta.

Selepas Malaysia International Shipping Coperation (MISC) di selamatkan (bail-out) oleh Petronas dalam tragedi krisi ekonomi 1998, Petronas menngembangkan MISC kepada perkhidmatan pengangkutan dilautan kepada bersepadu termasuk pengangkutan daratan.

Oleh kerana pembinaan landasan keretapi Kerteh ke Kuantan menggunakan wang Petronas, setelah siap dibina ia memulakan roperasi mulai 1hb.April 2004.dibawah kendalian MISC Trucking & Warehousing Services Sdn. Bhd. (MTW) anak syarikat kumpulan MISC Integrated Logistics (MILS).

Pada masa yang sama, beberapa kakitangan Jabatan Fleet dan Penyelenggaraan KTMB telah ditugaskan berkhidmat dan bertanggungjawab melaksanakan pengurusan operasi dan penyelenggaraan ke atas dua unit lokomotif dan 52 unit gerabak untuk MISC Trucking and Warehousing Sdn Bhd

1Malaysia bercanggah perjuangan UMNO

Posted: 22 Sep 2010 03:57 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita33/nikzawi.jpgBULETIN ONLINE

KUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai bercakap mengenai 1Malaysia, termasuk cadangan Ujian 1Malaysia kerana beliau adalah Presiden UMNO.

Menurutnya, UMNO jelas memperjuangkan nasib Melayu dan menganggap 1Malaysia bercanggah dengan perjuangan parti itu.

"1Malaysia bercanggah dengan perjuangan UMNO sedangkan UMNO menentang kaum lain. Bila beliau buat polisi kenaikan pangkat, itu dia boleh buat tetapi dia tidak akan berjaya wujud 1Malaysia.

"Dasar 1Malaysia itu sendiri tidak sesuai dengan roh 1Malaysia. Beliau juga boleh buat ujian 1Malaysia tetapi tidak akan berjaya," katanya, semalam.

Najib sebelum ini mencadangkan setiap individu, kumpulan dan institusi berpengaruh dalam masyarakat menjalani Ujian 1Malaysia bagi memastikan masing-masing bebas daripada bersikap perkauman.

Perdana Menteri berkata, ujian itu memerlukan mereka bertanya diri sendiri bagaimana pendirian masing-masing dalam isu etnik tertentu yang memberi impak kepada kaum atau agama lain.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat berkata, jika Najib mahu bercakap mengenai 1Malaysia, beliau perlu membaiki sistem dalam UMNO terlebih dahulu.

Pada masa sama, 1Malaysia dilihat tiada hala tuju dan melihat pemimpin UMNO terpaksa mewujudkan slogan sedemikian kerana bangsa lain berasa terpinggir akibat perhatian terhadap Melayu.

"Apabila nasi sudah menjadi bubur, baru mereka mahu buat 1Malaysia sedangkan bangsa lain sudah mula memberi undi dan perhatian kepada pembangkang," katanya.-SinarHarianOnline

Pemancing jumpa tengkorak, rangka

Posted: 22 Sep 2010 03:56 AM PDT


SINAR HARIAN ONLINE


PORT DICKSON – Seorang pemancing terkejut selepas menemu:i rangka manusia di kawasan bekas lombong di sini, dua kilometer dari jalan utama Sua Betong-Linggi, petang kelmarin.

Pemancing berumur 53 tahun yang enggan dikenali itu berkata, pada Ahad lalu, jam 4 petang, dia bersama seorang rakan pergi memancing di salah satu bekas lombong di sini.

"Kami terkejut apabila menemui tengkorak dan rangka manusia di gigi air lombong berkenaan.

"Saya terus tanam tengkorak itu di kawasan semak berhampiran lombong. Saya sebenarnya masih ragu dengan apa yang ditemui, sama ada ia tengkorak manusia atau haiwan," katanya.

Menurutnya, disebabkan itu dia tidak terus membuat laporan polis.

"Semalam (Isnin), ketika saya memaklumkan penemuan tengkorak itu kepada rakan sekerja, dia kemudiannya menyuruh saya melaporkannya kepada polis.

"Kami membuat laporan sekitar jam 7.40 malam semalam," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh berkata, siasatan awal mendapati rangka manusia yang ditemui itu berada di dalam keadaan diikat dengan wayar serta diselubung dengan selimut tebal.

Menurutnya, keseluruhan mayat sudah reput dan hanya tulang yang dapat dikesan di kawasan berkenaan.

"Polis juga yakin, mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan lombong ini.

"Sehingga kini identiti mangsa masih belum dapat diketahui dan hanya disahkan sebagai orang dewasa," katanya.

Baljeet berkata, rangka manusia itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya dan identiti lengkap.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan membabitkan semua sudut termasuk laporan seorang wanita hilang tiga bulan lalu di Rantau," katanya.

Shahir Juara AF8 Terlibat Kemalangan, Nissan Fairlady Barunya Remuk Teruk

Posted: 22 Sep 2010 03:49 AM PDT

SEDAKA SEJAHTERA

Shahir terselamat dalam kemalangan jalan raya pada pukul 6.30 petang, Isnin di lebuh raya Bidor ke Sungkai semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi laguKebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program terbitan Astro.

Menurut ibunya, Mahanum Osman, 45, tiada apa yang mampu diluahkan selain bersyukur ke hadrat Ilahi setelah mendengar berita anak sulungnya itu selamat daripada kemalangan tersebut.

Dia turut bersyukur kerana insiden berkenaan tidak melibatkan kenderaan dan orang lain.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir pada bulan Ramadan baru-baru ini.

"Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.

"Shahir cuma mengadu sakit-sakit badan dan bengkak sedikit di bahagian kepalanya akibat terhantuk. Dia sudah mendapatkan rawatan doktor dan membuat laporan polis. Alhamdulillah doktor kata dia okey dan memberikan ubat tahan sakit.

"Tetapi dia belum membuat rawatan x-ray. Bagaimanapun, saya berharap supaya dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Sekarang, dia sedang berehat di rumah dan menghantar keretanya ke bengkel," kata Mahanum ketika dihubungi mStar Online, Selasa.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.

"Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi jalan.

"Selepas itu terus dia berhenti ke tepi jalan sebelum mendapatkan bantuan. Nasib baik kereta yang lalu-lalang di situ sempat mengelak dan tidak terlibat sama dalam kemalangan tersebut. Walaupun keretanya rosak teruk, tetapi pada saya yang penting Shahir dan kawannya selamat. Saya anggap semua yang berlaku ada hikmahnya," ujarnya lagi.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam hidupnya.

Isteri Jutawan India Ke Malaysia Bersama Bukti Rakaman Perbualan Telefon Lelaki Mengaku Pengawai Polis Malaysia

Posted: 22 Sep 2010 03:46 AM PDT

1 usharani_250_220Oleh Stephanie Sta Maria

KUALA LUMPUR: Isteri ahli perniagaan India yang hilang tiba di Malaysia pagi ini untuk membantu siasatan tetapi beliau membawa bersamanya bukti yang boleh mendatangkan kesusahan kepada polis.

S Usharani, 24, membawa rakaman perbualan telefon di antara beliau dan seorang lelaki yang didakwa sebagai pegawai polis Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen PKR Kapar Manikavasagam, "pegawai polis" itu menelefon Usharani di Chennai dan menuntut sebanyak RM1 juta untuk pembebasan suaminya.

Muthuraja, pembiaya panggung wayang, dikatakan mempunyai hubungan dengan suspek-suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lowiya dan tiga yang lain. Beliau dilaporkan hilang Januari tahun ini selepas menemui peguam dua beradik itu.

Manikavasagam memberitahu FMT hari ini bahawa apabila beliau menemani Usharani ke ibu pejabat polis daerah Kuala Langat, pihak polis meminta bukti rakaman itu tetapi beliau enggan memberi kepada mereka.

"Saya tetap tidak mempercayai mereka. Jadi saya mahu memberi rakaman ini kepada pihak media terlebih dahulu sebelum memberinya kepada polis," katanya, menambah beliau akan melakukannya pada sidang media esok.

7. Mengenai perbualan telefon, Manikavasagam berkata, ia dalam bahasa Tamil dan "pegawai polis" itu menyebut namanya sebagai "ASP Suresh".

Ditanya adakah ini menunjukkan bahawa suspek-suspek utama itu (peguam-peguam yang hidup mewah), mempunyai hubungan dengan polis, beliau menjawab, "sudah tentu, kemungkinan mereka turut terlibat."

"Malahan firma peguam suspek (di Banting) terletak betul-betul di hadapan di seberang jalan dengan ibu pejabat polis daerah itu," tambah beliau.

Isteri melawat tempat kejadian

Manikavasagam berkata polis memberitahu Usharani bahawa mereka yakin suaminya telah dibunuh dan kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302.

Usharani dibawa ke Ladang Gadong di mana pembunuhan itu berlaku dan juga ke sungai di mana tulang-tulang manusia yang tidak dikenali ditemui.

Meskipun demikian, Manikavasagam berkata Usharani enggan mempercayai suaminya telah mati.

"Usharani kelihatan tenang apabila bercakap dengan polis tapi menangis di tempat kejadian. Beliau sungguh sedih tapi berjanji untuk memberi kerjasama penuh kepada polis dalam usaha mencari suaminya," tambah beliau.

Sementara itu, pihak polis meminta salah seorang anggota keluarga Muthuraja datang ke Malaysia untuk memberi bukti DNA bagi mempercepatkan penyiasatan.

Ditanya kenapa Usharani meminta pertolongannya, Manikavasagam menerangkan bahawa beliau telah diperkenalkan oleh rakan-rakan di India.

"Ramai orang di India mengenali saya melalui tugas saya," jelas beliau. "Orang ini secara kebetulan merupakan salah seorang daripada mereka dan memberinya (Usharani) nombor saya. Beliau (Usharani) menelefon saya meminta tolong dan saya setuju."

Manikavasagam memuji pihak polis kerana berjaya menjalankan tugas dengan baik dan menekankan bahawa ini berhubung dengan keadilan untuk para mangsa dan bukan hanya untuk Muthuraja.

Usharani, yang menginap di sini bersama saudaranya, akan berada di Malaysia selama seminggu untuk membantu siasatan.

MAAF MPS, KAMI BUKAN IKAN!

Posted: 22 Sep 2010 03:43 AM PDT

BAHAYA…..Suriati menunjukan soket elektrik dan suis utama yang turut dibasahi air.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEBOCORAN batang paip besar (main pipe) yang sekian lama tidak diperbaiki oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) mengakibatkan ruang tamu sehingga ke ruang bilik tidur digenangi limpahan air paip.

"Maaf, kami bukan ikan yang memerlukan air berlebihan untuk hidup," ujar seorang penduduk yang menyewa di Lot 5B, Blok 24, Taman Mesra, Sandakan.

Suriati Mohd Yusof, 31, yang mempunyai dua anak dan suaminya bertugas sebagai anggota polis Marin mengadu kepada Sabahkini.net mengenai masalah kebocoran paip tersebut yang menghubungkan tangki air yang diletakkan di atas bumbung rumah dengan paip di dalam dinding rumah milik MPS.

Katanya kebocoran seumpama itu pernah belaku pada 2007 dan telahpun dibaiki, namun kebocoran tersebut berulang lagi pada 2008 sehinggalah kini dan tidak pernah dibaik pulih.

"Sudah beratus-ratus kali mengadu dan pergi ke MPS berjumpa sendiri dengan pegawai terbabit, tapi hanya janji saja diberikan dan tiada sebarang tindakan diambil, sehinggalah kebocoran semakin parah," ujar Suriati dengan nada kesal kerana terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa akibat limpahan air berkenaan.

Tegas Suriati, pada mulanya beliau tidak bermaksud untuk mendedahkan perkara ini ke laman web sensasi seperti Sabahkini.net, namun beliau tidak mempunyai pilihan kerana sudah penat berurusan dengan MPS dan tiada satupun tindakan yang diambil.

BASAH…."Lantaipun basah, banjir sepanjang masa?"

"Saya yakin Sabahkini.net sahaja yang boleh mendedahkan kelemahan-kelemahan pentarbiran MPS yang tidak memperdulikan masalah rakyat dan sekaligus menghina Perdana Menteri yang baru sahaja melancarkan Program Juara Rakyat dan menyambut Ulang Tahun hari Malaysia di Sandakan," kata Suriati yang kesal jika pihaknya terpaksa menderita sedangkan pegawai MPS boleh tidur lena.

Kata Suriati, beliau sudah menemui beberapa wartawan untuk meminta masalah ini disiarkan di akhbar mereka, tetapi semuanya takut dibelasah oleh pihak berkenaan.

"Saya tabik dengan wartawan Sabahkini.net dan editornya atas keberanian menyiarkan mengenai hal-hal kesusahan dan penderitaan serta keperitan rakyat. Walaupun saya dengar wartawannya sering menerima pelbagai ugutan demi ugutan, termasuk ugutan bunuh oleh beberapa orang yang Anti-Sabahkini.net, namun mereka tigak gentar," keluh Suriati yang mengkagumi peranan yang dimainkan Sabahkini.net dan semua krew yang cekal menjalankan tugas mereka demi kepentingan rakyat jelata.

Sehubungan itu, Suriati memohon jasa baik MPS agar segera mengambil tindakan drastik memperbaiki kebocoran tersebut yang kini benar-benar mendatangkan masalah besar kepada beliau sekeluarga.

"Bagaimana kalau terjadi litar pintas dan rumah terbakar?," tanya Suriati yang meminta belas ehsan Ketua Menteri Sabah agar campurtangan kerana kecuaian kakitangan MPS menyebabkan pihaknya terpaksa mendedahkan keburukan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang kononnya sebagai 'Juara Rakyat'.

GOLONGAN MUALAF DINAFIKAN HAK?

Posted: 22 Sep 2010 03:35 AM PDT

NAZRI ABDULLAH

SAYA tujukan surat terbuka ini kepada semua pihak khususnya para pemimpin Islam tidak kira parti, badan NGO, orang perseorangan dalam semua peringkat jawatan atau di kalangan yang tidak berjawatan wajar memberi jawapan terhadap persoalan yang dikemukakan.

Apa jua jenis jawapan dari anda, bakal kami terima dengan hati terbuka. Namun, sebagai mualaf, selagi persoalan ini tidak dijawab mengikut fakta dan alasan-alasan yang munasabah, selagi itulah pihak kami tetap dalam keadaan tertanya-tanya dengan pelbagai andaian dan tidak mustahil jika sebilangan besar di kalangan kami terguris hati apabila ada segelintir umat yang manganggap kami sebagai kelompok yang selalu mendatangkan masalah dalam dunia Islam.

Persoalannya, mengapa permintaan kami terhadap seorang senator tidak penting pada pandangan anda? Bukankah jelas ia kelihatan tidak penting pada umum kerana sejak merdeka hingga kini, belum pernah dalam pengetahuan kami seorang senator khas untuk kelompok mualaf dilantik sebagaimana kelompok OKU, artis, orang asli dan lantikan untuk bahagian-bahagian lain yang secara khusus lantikan-lantikan ini sebagai mewakili sebahagian dari kelompok yang berkeperluan walaupun ia juga berkepentingan bagi pihak kerajaan.

Jika ini jawabnya, barangkali kelompok kami sememangnya dilupakan walhal kami juga punya potensi lebih besar dan menguntungkan agenda kalian, jika untung yang jadi ukuran mereka yang berkaitan.

Namun, kalau melihat secara tulen wajah Islam itu sendiri, amat jelas kewujudan seorang senator di kalangan kami bakal memberi impak dan kekuatan Islam, sebenarnya. Atau mungkin kalian tidak melihat perkara ini? Jika demikian, apa kata kalau kami dipanggil duduk dalam meja bulat kalian dan biar kami bentangkan keuntungan-keuntungannya.

Rasanya, cukup dahulu persoalan pertama ini kami ajukan. Kepada anda yang sedang membaca tulisan ini, sila berikan respon mengikut perhitungan anda dengan jujur dan ikhlas beserta fakta dan alasan yang membolehkan pertanyaan kami ini terjawab sama ada tidak layak bersenator atau sebagainya.

Namun, jika di sudut hati anda menyatakan permintaan ini ada kebenaran dan kelayakannya, maka, tinggalkanlah komen tanda setuju, atau seumpamanya. Selain itu, kami juga sangat-sangat mengharapkan agar tulisan bisu ini anda salin, war-warkan, simpan dalam blog anda atau kongsikan di facebook anda agar segenap lapisan masyakaat Islam dapat mengambil bahagian untuk memikirkannya.

Sekian, Terima kasih.

Bagi Pihak Suara Mualaf Sabah.

NAZRI ABDULLAH

Zamil Berdepan Risiko Muflis Gagal Jawab Surat Tuntutan Saman

Posted: 22 Sep 2010 03:28 AM PDT


Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Bekas Exco Angkatan Muda KEADILAN, Zamil Ibrahim berhadapan risiko diisytiharkan muflis oleh mahkamah selepas gagal hadir serta menyerahkan notis pembelaan berhubung saman malu yang difailkan Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali.

Tuntutan saman malu RM10 juta difailkan terhadap Utusan Malaysia dan editornya serta Zamil pada 20 Mei lalu ekoran daripada kata-kata fitnah yang dikeluarkan oleh beliau kononnya Dr Syed Husin telah menerima RM500,000 dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang mana beliau adalah presiden dan kemudiannya menyertai KEADILAN.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memasukkan penghakiman terhadap Zamil atas saman malu yang telah difailkan oleh Dr Syed Husin terhadapnya.

Zamil didakwa seringkali membuat dakwaan yang tidak berasas ke atas parti serta pemimpinannya sejak meninggalkan Parti Keadilan Rakyat(KEADILAN).

N Surendran, peguam yang mewakili Dr Syed Husin dari Tetuan Edwin Lim, Suren & Soh berkata, pihak pembelaan telah menyerahkan writ saman terhadap Zamil tetapi tidak ada sebarang jawapan balas dari beliau berhubung tuntutan tersebut.

"Mahkamah akan menetapkan jumlah yang perlu dibayar selepas Zamil ingkar dan gagal memasukkan kehadirannya berhubung saman tersebut.

"Mahkamah telah memerintahkan bahawa gantirugi yang perlu dibayar kepada Dr Syed Husin akan ditaksirkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi.

"Jika jumlah gantirugi tersebut besar, Zamil bakal berdepan dengan risiko diisytiharkan muflis," ujar beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Dr Syed Husin berkata artikel dalam Utusan Malaysia berjudul 'RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis' pada 6 Mac adalah berunsur fitnah.

Beliau mendakwa Zamil pada atau sebelum 6 Mac bercakap kepada seorang wartawan Utusan Malaysia, dan artikel berkenaan membayangkannya bersalah dengan kegiatan rasuah.

Timbalan Presiden KEADILAN itu juga mendakwa artikel berkenaan membawa maksud beliau telahmelakukan kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada hukuman penjara.

Selain menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta ganti rugi teladan, Dr Sued Husin turut memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut kata-kata fitnah lisan dan libel yang serupa terhadapnya, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang dianggap wajar dan saksama oleh mahkamah.

Sementara itu tuntutan Dr Syed Husin terhadap Utusan Malaysia dan editornya, Mohd Hassan Mohd Nor telah ditetapkan untuk pengurusan kepada 4 Oktober depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Nurul Izzah Tolak Usaha Media Lagakan Dengan Ayah

Posted: 22 Sep 2010 03:27 AM PDT


Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membidas usaha laporan media arus perdana dan juga beberapa laman web yang dilihat cuba mewujud suasana tidak selesa antara beliau dan keluarganya berhubung isu perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti November depan.

Beliau dengan tegas menolak segala tohmahan media yang mengatakan terdapat pergeseran pendapat antara beliau dan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu tersebut sambil berkata usaha seperti itu tidak akan berjaya.

Kata Nurul beliau sebagai ahli parlimen muda dan ayahnya selaku Ketua Pembangkang sentiasa mengadakan perbincangan mengenai pelbagai isu berkenaan politik dan pentadbiran negara.

Perbezaan pendapat sedikit sebanyak adalah lumrah dunia hatta sekali pun antara anak dan ayah tetapi yang penting ikatan kasih sayang kekeluargaan tetap utuh dan tidak mungkin digugat oleh mana-mana pihak, kata beliau.

"Pada saya, mereka cuba menggunakan cara itu untuk menyerang pucuk pimpinan parti di samping menimbulkan pelbagai isu untuk mewujudkan suasana ketegangan pemilihan pucuk pimpinan yang berlangsung sekarang ini.

"Apa yang didakwa media itu tidak benar sama sekali dan saya menafikan sebagaimana yang dilaporkan media kononnya berlaku perselisihan faham," kata beliau kepada Suara Keadilan.

Kata Nurul Izzah anggota KEADILAN yang berjumlah kira-kira 400,000 orang adalah sebahagian daripada 11 juta pengundi yang menggunakan hak mereka untuk memilih pemimpin di dalam satu proses bebas dan telus.

Mereka yang tidak ingin melihat KEADILAN muncul sebagai parti masa depan dan rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat akan berusaha melalui bermacam-macam cara untuk melemahkan parti.

KEADILAN yang mempunyai 218 Cabang seluruh negara akan mengadakan dua pemilihan berasingan iaitu di peringkat Cabang dan pemilihan di peringkat Pusat.

Pemilihan bermula dari 17 September hingga 21 November ini.

Tahun lepas, KEADILAN meminda perlembagaannya untuk membolehkan ahli mengundi memilih secara terus barisan pimpinan tertinggi parti.

PAS Mungkin Ikut Jejak Langkah KEADILAN Gunapakai Sistem Undi Terus

Posted: 22 Sep 2010 03:22 AM PDT


Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM - Melihat kepada keberanian pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membuat perubahan drastik dengan memberi hak memilih secara langsung kepada ahlinya dalam Pemilihan 2010 kali ini, PAS juga akan menimbang menggunakan pendekatan sistem pemilihan undi yang sama bagi pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sistem ini tidak pernah dicadangkan dan dibincangkan dalam PAS kerana ia amat berpuas hati dengan kaedah yang digunakan sehingga kini iaitu sistem delegasi yang juga diguna pakai oleh hampir kesemua parti politik di negara ini.

"Setakat ini kita (PAS) belum bincangkan sejauh mana sistem ini boleh diguna pakai di dalam pemilihan PAS kerana sistem undi terus merupakan satu proses yang rumit dan sukar dilaksanakan dengan baik.

"Selama ini itulah yang dijangkakan oleh PAS, dan sejauh mana PKR berjaya melaksanakannya akan mempengaruhi pendirian PAS pada masa akan datang," jelas beliau kepada Suara Keadilan.

Katanya lagi PAS akan mengkaji keberkesanan sistem undi terus berdasarkan kepada kejayaan dan kelemahan yanng dihadapi oleh KEADILAN sebelum, semasa dan selepas pemilihan serta reaksi ahli secara keseluruhannya berkenaan sistem undi terus.

"Sistem undi terus ada kebaikan dan keburukannya, dan ini merupakan satu perkara yang boleh dibincang dan boleh dinilaikan dengan melihat kepada pencapaian PKR," jelas Khalid.

PAS mengadakan Muktamar Tahunan ke-55 dan juga pemilihan parti dari 5 hingga 7 Jun 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Badrul Muhayat Kini Sah Bercerai

Posted: 22 Sep 2010 03:18 AM PDT



Badrul Muhayat enggan ditemuramah selepas prosiding berakhir. - Foto THE STAR Oleh AZLINA ABDULLAH

KAJANG: Pelakon kontroversi Badrul Muhayat Ahmad Jalani, pada pagi Rabu, sah melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya, Julia Daud, di Mahkamah Syariah di sini.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Julia, 29, setelah mendapat persetujuan daripada Badrul, 42.

Abdul Halim membuat keputusan tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 selepas mendengar pengakuan Julia bahawa dia tidak menyayangi Badrul, lagi yang dikatakan sering memukulnya.

Selain itu, Julia memberitahu mahkamah bahawa nafkah yang diterima daripada suaminya tidak mampu menyara dirinya dan anak-anaknya.

"Saya lihat perkahwinan ini tidak wajar diteruskan. Ini kerana simbolik sesuatu perkahwinan adalah kasih sayang. Jadi dengan ini mahkamah meluluskan permohonan cerai dengan talak satu.

"Plaintif perlu beredah selama tiga kali suci," kata Abdul Halim.

Badrul yang berbaju batik berwarna biru gelap dan berbintik-bintik hadir bersama seorang kenalannya manakala Julia berbaju kurung dan bertudung serba putih. Masing-masing tidak diwakili peguam.

Julia dalam keterangannya kepada mahkamah memberitahu, dia membuat permohonan cerai itu pada 14 Julai lalu. Dia turut memberitahu dia dan suaminya tidak lagi tinggal bersama serta menjalin hubungan kelamin sejak itu.



Julia Daud akan mencari kerja selepas ini untuk mencari nafkah.

Ketika ditanya sama ada terdapat persetujuan bersama, mutaah, dan nafkah antara mereka berdua selepas perceraian termaktub, Julia berkata, mereka belum membuat apa-apa persetujuan mengenai perkara tersebut.

Sehubungan itu, Abdul Halim menasihatkan mereka berbincang terlebih dahulu selepas ini dan sekiranya tidak ada penyelesaian, mereka boleh merujuk perkara tersebut ke mahkamah.

Sementara itu, Badrul pula meminta mahkamah membenarkannya berjumpa dengan anak-anaknya.

Hakim berkata, mahkamah membenarkannya kerana dia tetap bapa mereka dunia dan akhirat.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Badrul enggan ditemuramah sambil keluar dari mahkamah dengan cepat.

"Tak boleh. Saya tidak berapa sihat." katanya ringkas.

Sementara itu, Julia yang turut ditemui selepas prosiding berakhir melahirkan rasa lega berikutan permohonannya telah selesai.

Kata Julia, perasaannya kini berbaur sedih dan gembira kerana masalah itulah yang sangat membebankannya selama ini.

"Siapa tak sedih apabila rumah tangga kita tidak berkekalan tetapi ia bukan kehendak kita," katanya yang akan mencari kerja selepas ini untuk menyara anak-anaknya.

Sultan Muhammad Kelima Gelaran Tuanku Muhammad Faris Petra

Posted: 22 Sep 2010 03:16 AM PDT

BERNAMA

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran Al-Sultan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept lalu.

"Al-Sultan Kelantan telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ianya akan menjadi nama rasmi bagi gelaran Baginda untuk sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media bagi mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata baginda berkenan untuk menggunakan nama itu atas kehendak sendiri dan untuk mendapatkan berkat kerana nama Sultan Muhammad telah digunakan oleh keturunan baginda sejak dahulu lagi.

Katanya penggunaan gelaran Sultan Muhammad I bermula pada 1800 hingga 1835 oleh Sultan Kelantan pada ketika itu dengan nama asal baginda ialah Long Muhammad dan merupakan putera sulung kepada baginda Long Yunus yang memerintah Kelantan sejak 1765 hingga 1795.

Abdul Halim berkata baginda Long Senik Long Tan menggunakan gelaran Sultan Muhammad Kedua (Sultan Muhammad Mulut Merah) pada 1836 hingga 1886.

Katanya, baginda Long Kundor iaitu putera sulung kepada Sultan Ahmad menggunakan gelaran Sultan Muhammad Ketiga sejak 1890 hingga 1891.

Beliau berkata gelaran Sultan Muhammad Keempat telah digunakan oleh baginda Tuan Long Senik yang memerintah Kelantan pada 1900 sehingga 1920.

"Kita akan memaklumkan kepada seluruh jabatan kerajaan negeri penggunaan nama Al-Sultan dan ianya telah diwartakan untuk kegunaan rasmi," katanya.

Sementara itu, mengenai pemashyuran baginda yang berdepan dengan petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, beliau berkata Al-Sultan Kelantan tetap menjalankan tugas baginda sebagai ketua negeri seperti biasa.

"Kita telah merujuk perkara pemasyhuran itu kepada pakar undang-undang kita termasuk Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. Kita akan memberi respons terhadap petisyen itu mengikut prosedur mahkamah.

"Ini bukanlah kali pertama dan kita yakin Setiausaha Majlis Perajaan Negeri akan memberikan penjelasan. Namun tugas dan aktiviti baginda berjalan seperti biasa," katanya mengulas petisyen yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya 20 Sept lepas bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah berkenaan bahawa pemasyhuran anakanda sulung baginda, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai sultan baru, tidak mengikut perlembagaan.

Tuanku Muhammad Faris Petra telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Istana Balai Besar, di sini pada 13 Sept lepas.

Berhubung laporan polis yang dibuat Istana Kelantan semalam berhubung beberapa salinan dokumen palsu berkaitan pengurniaan darjah kebesaran negeri oleh pihak tidak bertanggungjawab, Abdul Halim berkata pihak terbabit telah memalsukan namanya dan tandatangannya untuk menipu mangsa kononnya mereka mempunyai hubungan dengan saya untuk mendapatkan darjah tertentu daripada Istana Kelantan, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

"Saya tidak pernah berbuat demikian dan tidak mempunyai kuasa untuk mengurniakan darjah," katanya.

Anggota Keluarga Muthuraja Akan Diminta Datang Untuk Pengesahan DNA

Posted: 22 Sep 2010 03:15 AM PDT

BERNAMA

BANTING: S.Usharani, 24, isteri ahli perniagaan warga India A. Muthuraja yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, melawat ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Datuk SosilawatiLawiya dan tiga lelaki lain di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini, Rabu.

Usharani, yang juga warganegara India, diiringi Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam semasa lawatan itu.

Manikavasagam dan Usharani yang tiba di ladang itu pada pukul 11.35 pagi bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki kawasan ladang itu oleh pihak polis yangmasih berkawal di pintu utama.

Ketika ditemui pemberita, Manikavasagam berharap anggota keluarga Muthuraja terutama bapa atau adik beradiknya dapat datang ke Malaysia pada minggu depan untuk membantu pihak polis dalam proses pengesahan DNA Muthuraja.

Manikavasagam berkata semasa beliau menemani Usharani bertemu dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Supritendan Rizani Ismail, beliau dimaklumkan bahawa tulang-tulang kecil ditemui semasa siasatan yang melibatkan peguam yang merupakan supek utama kes pembunuhan Sosilawati. Laporan sebelum ini berkata tulang-tulang itu ditemui di Sungai Panchau oleh unit forensik polis semasa siasatan ke atas kes kematian Sosilawati dijalankan.

Manikavasagam turut membawa Usharani melawat Sungai Panchau dan Sungai Kanchong Laut yang masing-masing terletak satu dan dua kilometer dari Ladang Gadong, selepas melawat ladang milik peguam itu.

Beliau berkata tujuan beliau membawa Usharani ke ketiga-tiga tempat itu danmenemui polis ialah bagi mengetahui perkembangan siasatan kehilangan suaminyayang dilaporkan oleh Usharani kepada pihak polis dua minggu lepas.

Manikavasagam juga berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Kapar pukul 11 pagi esok untuk memberi beberapa maklumat atau bukti berkaitan dengan peguam itu.

Bila diminta memberi penjelasan lanjut, beliau berkata: "Keterangan yang ada padanya (Usharani) yang diperoleh semasa dihubungi peguam (suspek) semasa (suaminya) hilang, kami akan dedahkan dan berikan salinannya kepada polis."

Beliau berkata Usharani berhasrat untuk berada di sini selama seminggu tetapi tempat penginapan beliau dirahsiakan bagi tujuan keselamatan.

Pesawat TUDM Tergelincir Di LTSM

Posted: 22 Sep 2010 03:14 AM PDT

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) DA90 (Falcon) terkandas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), disebabkan tayarnya pecah ketika melakukan pendaratan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TUDM di sini Rabu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.25 pagi tadi, ketika pesawat dari No 2 Skuadron itu menjalani latihan penerbangan.

Juruterbang telah bertindak pantas memberhentikan pesawat berkenaan yangberjaya mengelak berlakunya sebarang kerosakan lain, katanya.

Akibat kejadian itu, landasan telah ditutup sehingga pukul 1 petang.

Pasukan Teknikal yang tiba di lokasi kejadian telah berjaya menukar tayar tersebut dan pesawat akan diterbangkan kembali ke Pangkalan Udara Subang, menurut kenyataan itu.

Khalid Belum Buat Keputusan Bertanding Timbalan Presiden PKR

Posted: 22 Sep 2010 03:12 AM PDT

BERNAMA

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibuat selepas 3 Oktober ini, iaitu setelah semua cabang parti itu selesai bermesyuarat.

"Saya belum tahu lagi, pencalonan mesti sekurang-kurangnya dua. Saya akan umumkan nanti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, di sini, Rabu.

Abdul Khalid yang setakat ini menerima satu pencalonan bagi jawatan tersebut ditanya sama ada akan turut berentap bersama Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang telah mengumumkan hasrat masing-masing untuk merebut kerusi nombor dua parti, pada pemilihan yang dijadual November ini.

Azmin yang juga Naib Presiden PKR kini memperoleh 43 pencalonan, manakala Zaid yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menerima 21 pencalonan.

Turut dicalonkan untuk jawatan tersebut ialah seorang lagi Naib Presiden parti Mustafa Kamil Ayub dengan 10 pencalonan, Pengarah Strategik parti Tian Chua (dua pencalonan) dan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang mendapat satu pencalonan.

Pihak pengurusan parti itu menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh akhir untuk mereka yang bakal bertanding menerima pencalonan daripada setiap cabang.

Sidang Khas DUN Kelantan Ditunda 30 September

Posted: 22 Sep 2010 03:08 AM PDT

BERNAMA

KOTA BHARU: Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang pada mulanya dijadualkan pada Isnin depan ditunda kepada 30 September ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub berkata penundaan tarikh itu sebagai perkara biasa dan ia hanya masalah teknikal.

Persidangan khas itu adalah khusus untuk meminda Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan kerajaan negeri meluluskan peruntukan elaun kepada bekas Sultan dan Raja Perempuan serta kerabat diraja Kelantan.

Katanya, semua surat rasmi sudahpun dihantar kepada semua anggota dewan, termasuk enam anggota pembangkang Barisan Nasional (BN).

DUN Kelantan kini mempunyai 45 kerusi, termasuk 38 PAS, enam BN dan satu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pindaan rang undang-undang itu perlu berikutan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru, menggantikan ayahanda baginda berkuatkuasa 13 September lepas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata Kelantan tetap tidak membenarkan peserta permainan tomoi mengamalkan kaedah yang bercanggah dengan agama Islam, walaupun ia melibatkan bukan Islam.

Beliau berkata penggunaan tangkal dan persembahan yang membawa unsur-unsur syirik yang bercanggah dengan Islam tidak dibenarkan dalam pertandingan itu walaupun pesertanya melibatkan bukan Islam. "Peraturan yang dikuatkuasakan itu lebih kepada usaha mendidik rakyat Kelantan, khasnya peserta sukan lasak itu untuk disesuaikan dengan kehendak Kerajaan Negeri yang berlandaskan ajaran Islam, secara beransur-ansur," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai syarat baru terhadap sukan tomoi itu yang didakwa oleh beberapa pihak bahawa langkah tersebut akan menjejaskan perkembangan sukan itu. Katanya, menerusi peraturan baru dalam sukan itu, kerajaan negeri mencadangkan peserta memakai seluar pendek dari aras pinggang ke bawah lutut bagi mengelakkan ia menampakkan anggota aurat lelaki.

"Kita juga menyediakan pakaian itu kepada Persatuan berkenaan untuk digunakan peserta tomoi dan menggalakkan mereka memakai baju nipis seperti singlet sebagaimana dipakai oleh pesilat tradisional untuk memberi keselesaan kepada peserta," katanya.

Pemandu Teksi Bunuh Syafiah Humaira Dihukum Mati

Posted: 22 Sep 2010 03:06 AM PDT



Mohd Fazli Azri (tengah) dibawa ke lokap mahkamah selepas tamat prosiding. Foto: THE STAR/IBRAHIM MOHTAR

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil menerima 'hadiah ulang tahun kelahiran' paling memilukan apabila dia dihukum gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Syafiah Humaira Sahari pada Februari lalu.

Ironinya, hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wira Mokhtarudin Baki pada Rabu, serentak dengan ulang tahun kelahiran ke-28 Mohd Fazli Azri yang merupakan teman lelaki ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, 25, seorang bekas pelayan kelab malam.

Pada penghakimannya, Mokhtarudin merumuskan bahawa pembelaan tertuduh tanpa bersumpah dari kandang pesalah yang diuji bersama keterangan saksi pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Secara keseluruhan beliau mendengar keterangan 33 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan.

Mokhtarudin menolak dakwaan tertuduh bahawa kecederaan Syafiah Humaira, 3 tahun 4 bulan, adalah disebabkan terjatuh dalam keadaan tidak memakai topi keledar daripada motosikal kerana tersentak bonggol selepas keterangan dua doktor termasuk Pakar Perunding Kanan Forensik, Dr Shahidan Mohd Noor mengatakan kecederaan itu tidak selari dengan dakwaan tersebut.

Bagi dakwaan kepala Syafiah Humaira yang manja dengan panggilan 'Pia' cedera kerana terhantuk dinding tandas pula, Mokhtarudin berkata, perkara itu tidak pernah diberitahu oleh tertuduh kepada mereka yang mengenali dirinya.

Beliau turut menolak dakwaan tertuduh bahawa dia tidak mengingati kejadian di padang bola kerana khayal dan lalok akibat ganja dan dua botol minuman keras Guiness Stout. Berdasarkan keterangan empat saksi remaja, mereka melihat tertuduh telah menendang dan memijak perut Syafiah Humaira dengan menggunakan kasut bola.

"Saksi-saksi tidak disoal balas sekiranya kelakuan tertuduh adalah konsisten dengan pelakuan orang mabuk. Saksi jelas melihat tertuduh adalah waras. Fakta bahawa tertuduh memandu teksi dari rumah ke padang bola dan pulang semula ke rumah jelas tidak konsisten dengan orang mabuk," ujar Mokhtarudin.

Mengenai hujahan peguam Gurbachan Singh supaya tuduhan membunuh diturunkan kepada tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat, Mokhtarudin bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh peguam itu berbeza faktanya dengan kes tertuduh.

"Kes yang dirujuk peguam melibatkan orang dewasa yang mempunyai ketahanan fizikal berbeza daripada seorang kanak-kanak seperti dalam kes ini. Kes yang dirujuk juga mempunyai unsur pergaduhan yang mana, dalam kes ini tiada unsur provokasi.

"Perbuatan tertuduh menghempas pintu teksi sehingga terkena kepala, menendang dan memijak perut Syafiah Humaira dengan menggunakan kasut bola tidak boleh diterima dalam menunjukkan tertuduh tidak mempunyai niat untuk membunuh," tambah Mokhtarudin.

Justeru itu, beliau memutuskan tertuduh bersalah seperti pertuduhan iaitu membunuh Syafiah Humaira pada pukul 6.30 petang, 25 Februari lalu di padang bola, Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mokhtarudin juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan dan peguam atas kerjasama yang diberikan sehingga kes dapat diselesaikan dalam tempoh kira-kira tujuh bulan.



Siti Nurhanim hadir di Mahkamah Tinggi pada Rabu. Foto: THE STAR/IBRAHIM MOHTAR

Syafiah Humaira adalah anak kedua Siti Nurhanim, hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi kesalahan membunuh. Anak sulung mereka bernama Shafiq Haikal.

Siti Nurhanim juga mempunyai seorang lagi anak, Shakimie Iqbal bersama tertuduh.

Walaupun baru dijatuhkan hukuman paling berat itu, Mohd Fazli Azri masih mampu tersenyum, berbeza dengan ibunya, Norhaziah Yusof, 52, yang terus meraung.

"Dia (Mohd Fazli Azri) tak salah. Biar mama yang mati," raung Norhaziah sebelum rebah dan pengsan.

Norhaziah kembali sedar selepas nenek tertuduh yang dikenali sebagai Siti, 82, mengusap mukanya dengan air.

Siti juga didengari berkata: "Sabar. Dia tak gantung hari ini. Masih ada rayuan. (Mahkamah) Rayuan ada tiga hakim. Kita usaha lagi. Pantang ajal sebelum maut."

Tertuduh dalam keadaan bergari juga meminta Norhaziah untuk mengawal emosi. Semasa ini, suasana mahkamah dipenuhi dengan tangisan keluarga tertuduh.

Norhaziah yang pengsan buat kali kedua kemudiannya memaklumkan hasrat mahu menyuapkan pulut kuning yang dibawanya kepada Mohd Fazli Azri sebaik sahaja sedar.

Dia dipapah oleh seorang anaknya dan Siti Nurhanim untuk berjumpa Mohd Fazli Azri yang telah dibawa ke lokap mahkamah.

Sebelum meninggalkan mahkamah, tertuduh sempat mencium dahi Siti Nurhanim dan mengucapkan terima kasih kasih kepada media dalam nada yang sinis.

Sementara itu, Siti Nurhanim ketika ditemui berkata, dia tidak pernah marah kepada tertuduh yang disifatkan sebagai seorang yang sangat penyayang.

"Saya tidak pernah marah kerana dia tidak berniat untuk bunuh Syafiah Humaira."

Ditanya sekiranya dia masih sayang kepada tertuduh, Siti Nurhanim berkata: "Sebab dia terlampau sayang pada anak saya, maka saya sayang padanya."

Gurbachan pula memberitahu, pihaknya telah mendapat arahan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Syed Husin Ali: Anwar berbeza daripada Razaleigh

Posted: 21 Sep 2010 11:26 PM PDT

Lim Hong Siang

Dalam politik, musuh kepada musuh adalah kawan. Semua puak dan sekta akan disatu-padukan sebaik mungkin untuk menentang musuh yang utama. Pendekatan sedemikian menjadi salah satu pilihan kepada politik berhaluan kiri, yang sering dilabel sebagai fahaman anti-agama dalam politik tanahair.

Jika diimbas zaman pasca penjajahan Jepun, konsep "kerjasama" ini terjelma dalam bentuk draft Perlembagaan Rakyat, yang dikemukakan oleh gabungan Putera-AMCJA. Kemudian, usaha disusuli dengan cubaan untuk menggabungkan pengikut tiga orang tokoh Ahmad Boestaman (dari Parti Rakyat), Burhanuddin Helmi (dari PAS) dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako, dari Parti Buruh Malaya).

Bagaimanapun ia berakhir dengan ketidakhadiran PAS, apabila Parti Rakyat dan Parti Buruh membentuk Barisan Sosialis (Socialist Front, SF) pada tahun 1958. Kuku besi regim Perikatan (dan Barisan Nasional kemudiannya) terus mencengkam perluasan pengaruh sosialis - untuk beberapa dekad perjuangan sosialis disamakan dengan pengorbanan, seolah-olah perjuangan yang tidak menemui kemenangan...

Apa kata jikalau gerakan Reformasi tidak tercetus pada tahun 1998? "Tidak tahulah..." jawab Syed Husin Ali (gambar kanan), bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang mengambil keputusan penting pada zaman yang bergelora itu.

Sesungguhnya, tiada "jikalau" dalam sejarah. Tiada sesiapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku "jikalau" sejarah berlaku sebegini dan bukan sebegitu pada detik saat tertentu. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, Syed Husin Ali mengimbas faktor yang mencantumkan PRM dengan Parti KeADILan Nasional; dan berkongsi penilaian dan pandangannya terhadap Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), sebelum beliau berundur dari jawatan Timbalan Presiden yang disandang sejak tahun 2003.

Anwar nyatakan hasrat dalam surat

Dalam negara seperti Malaysia, ruang demokrasi kadang-kala hanya berkembang di celah-celah retakan parti pemerintah. Pembangkang melalui zaman paling sukar untuknya setelah berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Bukan sahaja Barisan Sosialis berpecah dan terbubar, malah PAS menyertai Barisan Nasional pada awal tahun 1970-an.

Harapan pembangkang akhirnya muncul dari celah retakan UMNO pada tahun 1987. Tengku Razaleigh Hamzah pada ketika itu keluar dari UMNO, dan menubuhkan parti Semangat 46, yang seterusnya menjuruskan pembentukan Gagasan Rakyat, satu perikatan politik yang turut melibatkan PRM.

Belum genap 10 tahun kemudian, sejarah yang agak mirip dengan babak ini berulang. Anwar Ibrahim (gambar kiri) dipecat dari UMNO Baru. Parti KeADILan Nasional ditubuhkan, menjurus kepada pembentukan Barisan Alternatif (BA). Bagaimanapun, seperti tahun 1990, UMNO-BN berjaya mempertahankan majoriti dua pertiga dalam parlimen pada PRU ke-10 tahun 1999, tetapi...

Sesuatu yang luar biasa berlaku. BA biarpun tidak terelak daripada nasib keretakan, tetapi menyaksikan percantuman antara Parti KeADILan Nasional dengan PRM untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat pada 3 Ogos 2003.

Siapakah sebenarnya yang mula-mula mengutarakan cadangan ini? Soalan yang menjangkakan hanya dua kemungkinan jawapannya, iaitu Anwar Ibrahim atau Syed Husin Ali.

"Tidak pasti," jawab Syed Husin Ali, "Tetapi dalam satu surat Anwar sebut..." Beliau mula menceritakan bagaimana Anwar menyatakan hasratnya dalam surat yang diseludup keluar dari penjara.

"Jadi, pada Dr. Syed (gambar kanan), apakah pertimbangan Anwar ketika mencadangkan pencantuman ini?" tanya wartawan MerdekaReview.

"Sebenarnya dia (Anwar) jelaskan, lebih kurang beginilah. Dia melihat bahawa kebanyakan anggota dalam PKN, bukan tak ada, tetapi kebanyakan anggota biasa, terdiri daripada pelbagai golongan..."

Syed Husin Ali bersambung, "Satu golongan UMNO, satu golongan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ), satu golongan JIM (Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ), satu golongan NGO. Dan kebanyakan anggota biasa ini masih belum ada pengalaman politik, belum ada pandangan politik yang jelas, dan beliau mengharapkan kerjasama daripada Parti Rakyat untuk memberikan misalnya, sedikit... pendirian yang lebih bermakna."

PRM pula, pada ketika itu berdepan dengan masalah perkembangan organisasi yang terbantut, bilangan ahli aktif yang berkurang, meskipun mencatat bilangan 30,000 ahli yang mendaftar pada waktu itu. Syed Husin Ali mengakui realiti bahawa kekuatan PRM semakin menyusut jikalau dibandingkan dengan zaman Barisan Sosialis.

Oleh yang demikian, PRM melihat cadangan pencantuman ini sebagai satu peluang untuk mengembangkan idea kepada massa. Untuk tiga tahun berturut-turut kongres PRM membincangkan agenda ini, dan akhirnya kongres meluluskan usul agar PRM dibubarkan dan bercantum dengan Parti Keadilan Nasional, dengan sokongan majoriti dua pertiga, kata Syed Husin Ali.

Tentangan dalaman kedua-dua parti

Bagaimanapun, pertikaian tidak berhenti di situ. Percantuman ini berdepan dengan tentangan segolongan kecil anggota, termasuk beberapa orang pemimpin dari ABIM. Dalam satu warkah dari penjara berjudul "Pakatan Pembangkang Digeruni Kerajaan" pada Ogos 2003, Anwar sengaja mengungkap lembaran sejarah perjuangan PRM menentang penjajahan dan imperialisme, "untuk memperlihatkan aspek relevan dalam perjuangan kini terutama dalam konteks penggabungan KeADILan dan PRM".

Untuk beberapa tahun yang berikutnya, Anwar perlu mempertahankan bekas gurunya daripada prejudis dan tanggapan negatif terhadap "orang kiri", malah menyatakan kesanggupan untuk berkempen mempertahankan Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden dalam PKR, kerana menganggap ia sesuatu yang tidak beretika untuk menendang Presiden PRM selepas pencantuman, dengan bilangan ahli yang majoriti.

Sementara itu, keputusan Syed Husin Ali dan parti untuk mengambil risiko dengan membubarkan PRM dan bercantum dengan PKN, turut dipertikaikan oleh beberapa orang rakan seperjuangan dalam partinya. Sesetengah pemimpin PRM tetap meragui keikhlasan Anwar, yang dijangkakannya akan kembali ke pangkuan UMNO.

"Saya pasti dia (Anwar) tak masuk UMNO," tegas Syed Husin Ali dengan yakin, biarpun pendirian Anwar agak "kabur" untuk seketika, sebaik dibebaskan dari penjara pada tahun 2004. Apakah punca keyakinan bekas profesor Universiti Malaya terhadap anak muridnya ini? Soalan ini diajukan kerana Syed Husin Ali memaklumkan kepada wartawan, bahawa Rafidah Aziz (bekas Ketua Wanita UMNO) juga salah seorang anak muridnya.

"Pertama, komunikasi saya dengan dia (Anwar, gambar kiri). Sesetengah surat dia masih saya simpan..." Syed Husin Ali meneruskan, "Kedua, mereka (UMNO) sudah begitu menghina dia dengan keluarga dia, tak mungkin dia kembali ke situ."

"Saya kenal dia dah lama, sebagai student (pelajar), sebagai kawan, sebagai orang tahanan sama, sebagai orang yang sama-sama berjuang..." Dengan kata lain, hubungan yang merentasi kira-kira empat dekad inilah yang menjadi benteng kepercayaan Syed Husin Ali terhadap Anwar.

Razaleigh bersifat feudal

Malah, beliau sendiri menyebut nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perbandingan. "Saya bekerjasama rapat dengan Tengku Razaleigh (bekas Presiden Semangat 46) dulu, saya tak begitu yakin dengan perjuangan Tengku Razaleigh (gambar kanan bawah). Tak begitu yakin..."

Beliau turut ketawa dengan luahan dirinya yang berterus-terang, "Ada dua sebab, satu dia bersifat feudal yang kuat. Anda boleh jadi Tengku tetapi pada masa yang sama tak feudal sangat. Misalnya, dalam mesyuarat, orang selalu tunjukkan penghormatan feudal kepadanya. Dan dia macam tak ada benda. Kadang-kadang macam biasa sahaja. Kalau orang yang ada sikit sifat yang tak feudal, dia tak mahu menerima cara-cara begini."

"Dan bezanya dengan Anwar. Anwar you boleh kritik dia. Anggota biasa boleh kritik dia. Dia akan dengar. Terutama sekali seperti sekarang," kata Syed Husin Ali.

"Yang keduanya, Semangat 46 dengan Tengku Razaleigh, mereka tak pernah mahu mengakui diri sebagai pembangkang. Tak pernah mahu menentang kuat pihak polis atau pihak kerajaan. Kalau misalnya dia pergi ceramah, polis datang suruh henti, terus henti. Tak ada lawan tak ada apa... Kalau misalnya sebelum ceramah, tak ada permit, dia tak pergi."

"Anwar tidak, orang-orang PKR tidak. Kalau lagi disekat, lagi mereka lawan. Kalau tak lama pun sekejap (mereka lawan). Tetapi ini semangat yang saya anggap berbeza dengan Semangat 46." Jiwa inilah sebenarnya yang dihayati Syed Husin Ali, yang mungkin ramai di kalangan anggota PKR tidak menyedarinya. Beliau seterusnya mendedahkan, "Tengku Razaleigh pernah minta PRM bersama (Semangat) 46, saya terus tolak."

Anwar berjiwa kerakyatan

Sememangnya, Anwar Ibrahim seorang pemimpin politik yang kontroversial, sepanjang perjuangannya menggunakan wadah ABIM, UMNO dan kini PKR. Tetapi, Syed Husin Ali menemui unsur "kerakyatan" yang sebati dalam jiwanya.

"Saya tahu dia prihatin terhadap orang yang miskin, setinggan. Dalam tahanan, saya nampak dia memang tak ada prejudis terhadap orang Tionghua, atau orang bukan Melayu. Bahkan kadang-kadang, mereka menganggap dalam beberapa aspek, saya lebih melayu (bersifat kemelayuan) daripada dia," katanya sambil ketawa.

"Saya rasa dia seorang yang ikhlas, dan tidak berdendam." Demikianlah jawapannya ketika diminta untuk menilai Anwar Ibrahim. Beliau mengamati perubahan yang berlaku dalam diri anak muridnya ini, "Saya sendiri sangka dia akan masuk PAS waktu itu (selepas dibebaskan dari tahanan ISA tahun 1970-an). Tapi hubungannya dengan Mahathir cukup rapat. Terutama sekali selepas 13 Mei...bila Mahathir dikeluarkan (disingkirkan) daripada UMNO. Dia memang rapat dengan Mahathir. Dan saya percaya Mahathir lebih kuat pengaruhnya ke atasnya."

Bagaimanapun, Syed Husin Ali mengakui, "Dari segi perwatakan, bila dia (Anwar) jadi menteri, ada sifat orang besar sikitlah. Tapi pada hakikatnya saya tahu, pendirian politiknya tak berubah. Sebab tu mudah saja bagi dia kembali kepada yang asal, sekarang ini."

Sejauh mana unsur "kerakyatan" diterapkan?

Penilaian Syed Husin Ali terhadap pencantuman ini setelah tujuh tahun merumuskan bahawa PKR telah memulakan satu tradisi yang amat penting untuk menjadi sebuah parti yang multi-etnik. Pemimpin Melayu telah berani untuk mengetengahkan dasar parti yang bukan bercorakkan kemelayuan dan keagamaan, tetapi kerakyatan.

Wartawan menyusul dengan menyenaraikan Agenda Ekonomi Baru, konsep "Ketuanan Rakyat", slogan "Merakyatkan ekonomi", yang diterapkan ke dalam pentadbiran PKR-Pakatan Rakyat selepas tsunami politik. Syed Husin Ali yang rendah diri bagaimanapun enggan mengundang jasa dalam hal ini. Namun, wartawan melanjutkan persoalan dengan merujuk kepada orang-orang di keliling Anwar, yang kebanyakannya berhaluan kanan, atau liberal.

Sejauh manakah unsur "kerakyatan" ini diterapkan dalam dasar parti pada masa depan, apabila Syed Husin Ali tidak berada pada tempat nombor dua ini?

"Saya yakin dari dua segi. Satu, dasar parti sudah jelas. Keduanya, kalau kita perhatikan, ucapan dan kenyataan pemimpin utama kita, terutama sekali Anwar, juga Wan Azizah, dan Khalid Ibrahim misalnya, mereka menekankan aspek-aspek kerakyatan ini. Dan Khalid Ibrahim, walaupun dia seorang dari latar belakang korporat, tetapi sentimennya untuk menolong rakyat, walaupun pada mula-mulanya, rakyat Melayu terutama sekali, adalah sangat kuat."

Beliau menambah, "Jadi saya yakin, mereka tidak akan lari dari teras perjuangan." Namun, siapakah "pengganti" Syed Husin Ali yang bukan sahaja mewarisi jiwa "kepedulian rakyat"-nya, tetapi memiliki kewibawaan untuk mengetengahkan pandangan dalam Majlis Pimpinan Pusat pada masa depan?

"Saya nak tegaskan bahawa, perubahan dalam parti, dasar dalam parti, masa depan parti, tidak ditentukan oleh satu orang. Tetapi ditentukan oleh organisasi seluruhnya," tekannya, setelah enggan menyebut nama khusus pemimpin baru yang berkongsi idealisme bersamanya, seperti yang diminta wartawan.

Zaid, Azmin...

Syed Husin Ali pada mulanya enggan mengulas secara spesifik calon Timbalan Presiden yang bakal menggantikannya. Tetapi apabila wawancara menyentuh beberapa kenyataan yang dibuat Zaid Ibrahim baru-baru ini, beliau kelihatan terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan.

Biarpun bersetuju bahawa "musuh parti" seharusnya dirujuk kepada "musuh yang lebih besar", iaitu "segelintir perompak yang merampas harta negara di luar parti", tetapi beliau jelas terusik apabila nama Soh Chee Wen dikaitkan dengan Anwar, oleh Zaid Ibrahim. Perbualan kemudian dilanjutkan kepada Zaid Ibrahim...

"Tidak semua jawatan yang disebut media, yang kononnya dipegang oleh Zaid, benar. Sebenarnya dasar Pakatan (Rakyat) dibuat satu kumpulan, bukan seorang. Memang dia ditugaskan untuk daftarkan Pakatan (Rakyat), tapi tidak bererti dia coordinator for Pakatan," Syed Husin Ali cuba memperbetulkan.

Berhubung dasar Pakatan Rakyat, Syed Husin Ali berkata, "Dia (Zaid) ada buat first draft. Akan tetapi bila dia berada di luar negara, dasar pakatan itu telah disiapkan oleh sebuah jawatankuasa yg terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti. Apa yang disiapkan oleh jawatankuasa inilah yang dikemukakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat dan diterima sebagai agenda perubahan Pakatan Rakyat."

Syed Husin Ali secara jujur mengakui bahawa dirinya mungkin menyimpan prejudis terhadap Zaid (gambar kanan, tengah), calon PRU yang nyaris ditentang oleh dirinya ketika PRU ke-10 pada tahun 2004 di kawasan parlimen Kota Bahru. Beliau mengungkit zaman Zaid ketika menjadi Presiden Persatuan Peguam Islam, apabila wartawan mengajukan pandangan bahawa "Zaid dilihat lebih kuat dari segi idea untuk memimpin".

"Nak katakan sarat dengan idea, tidak juga..." Pemimpin veteran ini bagaimanapun memberi nasihatnya, "Dia perlu jadi team player. Ketika beliau dilantik masuk Biro Politik, bila suka datang (hadir mesyuarat). Bila tak suka, tak datang. Macam mana anda menjadi pemimpin seperti itu?"

Bagaimana pula dengan Azmin Ali (gambar kanan)? "Azmin Ali ada juga kekurangan... Misalnya dia dilihat sombong dan berpuak-puak oleh sesetengah orang..." Beliau enggan mengulas lanjut, "Tapi secara ikhlas daripada saya, orang yang memimpin parti haruslah orang yang komited kepada asas-asas perjuangan Parti seperti termaktub dalam Perlembagaannya, menghormati disiplin organisasi Parti, sudah teruji merentas duri dan ranjau perjuangan, bergerak secara pemain berpasukan (team player), menentang amalan korupsi dalam segala bentuk dan mendukung nilai akhlak yang tinggi."

Adakah Azmin Ali memenuhi syarat tersebut? "Ada dia penuhi, ada tidak..." Wartawan menyusul dengan soalan bahawa Azmin dilihat kurang menyentuh soal dasar. "Dari segi idea, dia ada idea. Dia harus lebih cakap pasal dasar, mulai sekarang..." katanya.

Wartawan terus menguji, menyebut nama Sivarasa Rasiah, Naib Presiden sekarang. "Dari politik, dia matang sebenarnya...."

Tian Chua? "Tian Chua (gambar kanan) saya rasa dia lebih efektif on the street (ketawa), imej dia di situ. Tapi dia disiplin juga...dia datang mesyuarat, taklah bersikap 'suka datang, tak suka tak datang'. Lagipun dia tak condemn (mempersalahkan) parti di luar..." Syed Husin Ali, menambah "Nak condemn, datang dan condemn dalam mesyuarat..."

Syed Husin Ali melihat secara positif generasi pemimpin muda dalam PKR, meskipun mengakui bahawa sayap pemuda, iaitu Angkatan Muda Keadilan ini lemah dari segi organisasi. Beliau mempersalahkan pengaruh yang ditinggalkan bekas Ketua AMK, yang disifatnya sebagai "self-centered" (berpusatkan diri).

Syed Husin Ali secara terus-terang dengan kritikannya terhadap budaya tidak menepati masa dalam parti, "Perpaduan organisasi tak begitu mantap, kerana disiplin tak kuat."

10 Soalan Lisan MP Kuala Selangor

Posted: 21 Sep 2010 11:23 PM PDT

Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)...

1. minta Menteri Kewangan menjelaskan kedudukan dakwaan bahawa projek Hidro Elektrik Bakun yang telah menelan RM7.3 bilion akan menjadi "gajah-putih" kerana tidak ada ketentuan di segi pembelinya tenaga 2,400 MW yang dijana (no takers). Apakah yang telah dipelajari oleh kerajaan dari pengurusan projek mega dari pengalaman kegagalan projek Hidro Bakun yang tidak wajar diulangi lagi?

2. meminta Menteri Kewangan mengesahkan apakah benar bahawa pada 21 Oktober 2003, Pentadbiran di bawah Mahathir Mohamad telah menawarkan keseluruhan kontrak membina Landasan Berkembar Elektrik Ipoh- Padang Besar dan Seremban-JB kepada syarikat MMC-Gamuda dengan harga RM14.448 bilion melalui kaedah "Swiss Challenge". Mengapakah setelah projek ini dibatalkan oleh Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi pada 17 Disember 2003, harga yang ditawarkan kepada tawaran MMC-Gamuda apabila projek diteruskan kembali pada 13 Disember 2007 untuk pakej Ipoh-Padang Besar sahaja adalah pada harga RM12.485 bilion?

3. meminta Menteri Kewangan menjelaskan apakah perhitungan kritikal yang menjadikan kerajaan kembali kepada regim mengizinkan Ringgit diniagakan di luar negara atau dengan izin "internationalisation of ringgit" sementara kerajaan wajar sedar akan risiko "hotmoney" serta ketidakstabilan (volatility) dan kesan-kesan negatif yang lain terhadap sektor pembuatan tempatan dan pelabur jangka panjang langsung (FDI) yang mementingkan kestabilan nilai matawang.

4. meminta Menteri Kewangan menjelaskan aspek pengurusan korporat dan tanggungjawab fudisiari kepada rakyat tentang hal kedudukan Dana 1-Malaysia Development Berhad (IMDB) yang didakwa mempunyai pelbagai "inconsistencies" dalam Laporan Kewangan Tahunan berakhir Mac 2010 sehingga tidak mahu ditandatangani oleh pihak auditor.

5. meminta Menteri Kewangan menjelaskan pendirian kerajaan Pusat tentang pengenalan dinar dan dirham yang diterbitkan oleh kerajaan negeri Kelantan Darul Naim?

6. meminta penjelasan Menteri Pengangkutan samada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit (EMU)-6 koc untuk KTMB dari China South Locomotive yang memilikki Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd of China, setelah pihak SPRM mengesahkan memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.

7. meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep "1-Malaysia" meskipun masih dalam tahap "work in progress" seperti yang didakwa beliau kerana telah mencetuskan pelbagai pertentangan fahaman dan perbalahan seperti yang diutarakan oleh Perkasa dan mantan PM Mahathir.

8. meminta penjelasan Perdana Menteri tentang langkah-langkah konkrit yang bakal diambil oleh kerajaan bagi menjana pelaburan swasta U$410 bilion dalam 10 tahun bagi menggerakkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) memandang penurunan FDI negara sebanyak 81% dalam World Investment Report (WIR, 2010) dan kejatuhan Malaysia sebanyak 2 tangga dalam "Global Competitive Report" (World Economic Forum).

9. meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan apakah langkah-langkah konkrit yang kementerian perlu dilakukan bagi mengelakkan fenomena "property bubble" khususnya di lokasi-lokasi "hotspot" sementara berlaku adil dan mesra kepada pembeli rumah pertama yang "genuine".

10. minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerangkan apakah Bahagian Penguatkuasa Kementerian KPDNKK memantau kenaikan dan puncanya beberapa barang runcit, bawang putih, cili merah, ikan bilis, telur, ayam, 30%-80% sejak penarikan subsidi 5 barang asas yang dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini?

*Tulisan ini dipetik daripada blog Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat, juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Masalah Dalam Gerakan Semakin Mengakar (BERITA PENUH)

Posted: 21 Sep 2010 11:13 PM PDT

*
TV SELANGOR

KUALA LUMPUR : Tindakan sekumpulan ahli akar umbi Gerakan yang menamakan diri mereka sebagai 'suara dari akar umbi' membuat mesyuarat Agong tergempar pada 10 Okt lepas dengan tujuan menjatuhkan kedudukan Pengerusi Negeri Datuk ketua Teng Hock Nan bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bagi kebanyakan pemerhati politik di Pulau Pinang, mesyuarat seumpama itu adalah ekoran dari masalah-masalah tertunggak dan kekecewaan ahli yang sudah berlaku sejak sebelum pilihanraya umum 2008 lagi.

Permasalahan yang dikatakan bermula setelah Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon beralih dari kerusi Dun ke kerusi parlimen itu meruncing apabila tiada jalan penyelesaian diperolehi untuk menentukan pengganti beliau di antara tiga calon berpotensi - Datuk Dr Teng Hock Nam, Datuk Seri Chia Kwang Chye dan Teng Chang Yeow .

Sumber dalam parti berkata, permasalahan tertunggak yang melibatkan dua 'Teng 'dan Chia yang juga turut digelar *'Three Musketeers'* itu telah kembali muncul. Beliau berkata demikian merujuk pada cadangan mesyuarat Agong tersebut.

"Pada waktu itu, sepatutnya pemimpin di peringkat nasional mengambil pendekatan campur tangan untuk menyelesaikan masalah ini dengan cuba memujuk Dr Teng (Hock Nan) agar merestui Chia menjadi pengerusi negeri dan tidak merebutnya," kata beliau.

Dalam pada itu, menurut beliau lagi seorang lagi calon Chang Yeow telah akur dengan kepimpinan Chia Hock Nan memenangi pemilihan Gerakan itu dengan majoriti hanya 10 undi tetapi selepas itu beliau dituduh pula memanipulasi keadaan dengan menempatkan kroninya sebagai penyelaras pemilihan di bahagian dan kerusi parlimen di mana Gerakan telah kalah di tangan pembangkang pada tahun 2008.

Tindakan Dr Teng (Hock Nan) memutuskan untuk menempatkan orang-orang-Nya (sebagai penyelaras) tanpa perbincangan terlebih dahulu menimbulkan kemarahan Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan.

Menurut seorang pemimpin akar umbi di negeri tersebut yang tidak mahu namanya disebut, hal itu akhirnya mencetuskan perang dingan antara keduanya dan seterusnya Huan mengambil langkah untuk keluar parti sebulan kemudian.

Terdapat ura-ura bahawa Huan, yang kini Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) telah bekerja di belakang tabir dengan beberapa pemimpin Gerakan untuk mengusir Hock Nan.

Seorang lagi pemimpin akar umbi Pulau Pinang yang juga tidak mahu dikenali berkata jangan memandang rendah keupayaan Huan .

Beliau berkata demikian merujuk kepada senarai 67 orang untuk mengelola (requisitionists)
mesyuarat Agong tersebut yang kebanyakan mereka adalah orang Huan menyifatkan ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan beliau berkata Huan adalah seorang yang digemari dan mempunyai skor tinggi dikalangan ahli Gerakan.

Namun bagi Huan, beliau menafikan penglibatan beliau dan membantah keras kenyataan tersebut.

Beberapa ahli lain parti juga mengesahkan bahawa hubungan Chang Yeow Hock Nan tidak begitu mesra selepas pilihanraya umum pada tahun 2008 ekoran dari perbezaan pendapat kedudukan dan hala tuju dalam parti.

Menurut mereka Chang Yeow berpendapat beliau sebagai seorang pemimpin harus diberikan kerusi selamat untuk dalam pilihanraya umum akan datang tetapi Hock Nan berpendapat siapa pun yang ingin menjadi pemimpin, harus bertanding di kerusi panas.

"Ini merupakan rahsia umum, " kata seorang pemimpin parti.

Walau bagaimanapun Chia dan Chang Yeow menafikan penglibatan mereka untuk menjatuhkan Hock Nan melalui mesyuarat agung tersebut.

MP Sabah mahu bangkit isu projek mega RM2.4b SOGT di Parlimen

Posted: 21 Sep 2010 11:11 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Abdullah dikatakan pernah menjamin bahawa sumber gas Sabah tidak akan disalurkan ke Sarawak. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR — Projek mega RM2.4 bilion untuk membina terminal minyak di Kimanis telah mencetuskan rasa tidak senang mendalam di Kota Kinabalu dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari negeri itu dijangka secara terbuka membawa isu berkenaan ke Dewan Rakyat bulan depan.

Mereka dijangka membangkitkan keputusan memberi kontrak kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

Pada 1 September lalu, Naim Holdings Bhd mengumumkan bahawa Samsung-Naim JV, syarikat usaha sama antara subsidiarinya NCSB

Engineering Sdn Bhd dan Samsung Engineering Co Ltd, telah mempeorleh kontrak bernilai AS$766.39 juta (RM2.4 bilion) daripada Petronas Carigali Sdn

Bhd untuk menyediakan perkhidmatan projek Sabah Oil and Gas Terminal, salah satu projek infrastruktur terbesar negara ini.

"Tiada sebab mengapa bidaan dari Sabah tidak diberi peluang kerja ini. Mengapa sebuah syarikat dari Sarawak diberikan projek di Sabah?

"Ini bermakna lebih banyak hasil kekayaan akan beralih keluar dari Sabah," kata seorang MP Umno dari Sabah kepada The Malaysian Insider.

Wakil rakyat itu menegaskan, beliau dan rakan-rakannya bercadang untuk membawa isu berkenaan ke Parlimen apabila ia mula bersidang bulan depan.

Beberapa wakil rakyat juga mengesahkan bahawa mereka tidak gembira dengan perkembangan itu selain mendapati sukar untuk mempertahankan BN daripada serangan dan kritikan Pakatan Rakyat.

Pentadbiran Najib mahu mengelakkan suasana tidak senang seperti itu daripada negeri tersebut yang dianggap sebagai "simpanan tetap" BN dalam usaha perikatan tersebut kekal di Putrajaya.

Dalam pilihan raya 2008 BN menang kurang undi berbanding parti-parti PR BN di Semenanjung tetapi mengekalkan penguasaan di Parlimen ekoran sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Aspek simpanan tetap itu juga ditekankan oleh Datuk Seri Najib Razak ketika berada di Sabah sempena sambutan Hari Malaysia Khamis lalu.

Perdana Menteri diipercayai sedang mempertimbangkan kemungkinan memanggil pilihan raya awal tahun depan.

Difahamkan firma usaha sama Sabah telah menjalin kerjasama dengan sebuah syarikat dari China untuk membida projek berkenaan.

Sumber-sumber memberitahu harga bidaan syarikat Sabah-China itu kurang AS$50 juta berbanding dengan syor Naim Cendera.

Rasa tidak puas hati di Sabah juga muncul di sebalik spekulasi bahawa kos akhir kemungkinan RM4 bilion.

Syarikat minyak negara mengeluarkan bidaan awal tahun ini selepas terhenti tiga tahun bagi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan penugasian.

Undangan bidaan pada 2007 ditarik balik ekoran "sebab-sebab teknikal."

Difahamkan Ahli Parlimen Kimanis Datuk Anifah Aman, yang juga Menteri Luar dan seoranga anggota utama dalam Kabinet Najib berhadapan dengan tekanan politik ekoran pemberian projek berkenaan kepada Naim.

Anifah merupakan antara wakil rakyat yang menjadi tumpuan dalam kontroversi membangkitkan sikap tidak ambil berat kerajaan pusat terhadap Sabah — isu yang timbul selepas pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Pada 15 Ogos lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berkata terpeluang kepada kerajaan negeri Sabah untuk memastikan sumber gas kekal di negeri itu dan tidak disalurkan ke Sarawak menerusi projek pembinaan saluran gas dari Kimanis-Bintulu.

Beliau mengulangi bahawa di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan pusat bersetuju supaya projek itu diteruskan dengan Sabah diberi keutamaan jika negeri itu memerlukan bekalan gas.

"Ada jaminan bahawa bekalan gas tidak disalurkan ke Bintulu di Sarawak menerusi saluran gas itu jika terdapat keperluan bekalan itu di Sabah. Abdullah cakap jaminan ini dari Petronas sendiri.

"Jadi ini bukanlah sama ada Petronas enggan menjalankan apa yang diwajibkan kerajaan, tetapi kerajaan negeri sendiri perlu pastikan bekalan gas ini dapat digunakan di Sabah," katanya.

Pandangan itu diberikan ekoran Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Melaine Chia berkata kerajaan negeri tidak harus bersetuju atau membenarkan Petronas menyalurkan gas asli dar luar persisiran Sabah ke Bintulu jika ia benar-benar serius untuk membangunkan industri gas dan minyak tempatan.

Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah pernah berkata Petronas akan hanya setuju untuk membenarkan Sabah menyimpan sebahagian daripada gas yang dilsaurkan ke Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, jika ia mampu membina infrastruktur dan tenaga kerja bagi menyokong industri minyak dan gas di Sabah.

Chia mendesak Tan, yang juga Naib Presiden Gerakan, untuk memujuk presiden partinya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Petronas menghentikan projek pembinaan saluran gas Kimanis-Bintulu.

Malah, pada akhir bulan lalu beberapa ahli politik dan industri dari Sabah memberitahu The Malaysian Insider bahawa Petronas Carigali bertindak tidak adil kepada Sabah jika betul ia memenganugerahkan projek mega SOGT di Kimanis kepada sebuah syarikat Sarawak.

Ahli politik dan industri berkata tindakan itu seolah-olah membelakangkan kepentingan kontraktor tempatan dan penduduk Sabah secara keseluruhannya yang berharap untuk turut meraih manfaat daripada projek yang dibuat di atas tanah mereka sendiri.

Tiada ulasan: