| Dua-dua Berada di Rumah Ibadat Islam, Yang Mana Satu Lebih Dimurkai Allah? Posted: 02 Sep 2010 07:47 AM PDT  Dua-dua wanita ini berada di dalam rumah ibadat Islam ketika gambar tersebut diambil. Dua-dua wanita ini tidak menutup aurat dengan betul. Bezanya, seorang bukan Islam, seorang Islam. Yang mana satu lebih dimurkai oleh Allah? |
| "Kunci" Rumah Allah di Selangor Ada Pada MAIS Posted: 02 Sep 2010 05:00 AM PDT Rumah Allah ada di mana-mana di muka bumi ini. Rumah Allah tidak menghalang sesiapa sahaja untuk memasukinya jika adab dan susila yang ditetapkan dipatuhi. Isu ini sudah disiarkan berkali-kali dalam blog ini baik ulasan oleh empunya blog mahupun ulasan tokoh agama yang layak membicarakan isu ini. Jika masih ada yang mahu membacanya, cari sahaja di Senarai Kiriman Bulan Ogos. Hari ini diberitakan bahawa ADUN/MP bukan Islam yang mahu menghadiri program di surau atau di masjid perlu mendapatkan kebenaran ("kunci") daripada MAIS. Perlukah Rumah Allah yang sejak zaman Nabi memainkan pelbagai peranan bukan sekadar tempat ibadat "dikongkong" sedemikian rupa? Walhal cukuplah sekadar menerangkan adab dan susila memasuki rumah ibadat orang Islam kepada mereka bukannya "menyusahkan" mereka mendekati Islam! Saya petik: [TS] PETALING JAYA: Serdang MP Teo Nie Ching has received a letter from the Selangor Islamic Religious Council (Mais) barring her from entering any prayer hall in surau or mosques without permission.
She received the letter via fax at 1.32pm yesterday.
"In the letter, it was stated that the Sultan of Selangor has directed that non-Muslims were not allowed to enter the prayer hall without approval from Mais.
"The letter added that, after an investigation was conducted, Mais found that I had indeed entered the surau. "I was told not to repeat such action again," she said.
Teo said as this was an order from the Sultan, she would abide by it.
Teo's visit to Surau Al-Huda in Kajang on Aug 22 to present Ramadan aid caused a stir when it was reported in a local Malay daily, accompanied with a photograph of her delivering a speech in the prayer hall without covering her head.
It was also reported that her actions had angered the Sultan. She had openly apologised to the Sultan on Aug 28. |
| Suami Orang, Isteri Orang Dicekup Selepas Berbulan-bulan Berselingkuh! Posted: 01 Sep 2010 11:10 PM PDT  | | DITAHAN...wanita yang ditangkap khalwat bersama suami orang. |
 | | INSAF...lelaki terbabit memeluk isterinya kerana menyesali perbuatannya ditangkap khalwat dengan isteri orang. |
Kesucian Ramadan tercemar lagi. Dua "masjid" pula berkemungkinan runtuh gara-gara berahi tidak bertempat. Apabila berlaku tangkapan melibatkan kesalahan khalwat tambahan pula kedua-dua suspek sudah berumah tangga, maka sudah tentu impaknya sangat besar bukan sahaja kepada diri mereka, malah melibatkan mahligai perkahwinan kedua-dua suspek. Sanggupkah suami wanita yang ditangkap khalwat itu menerimanya semula? Jika berlaku perceraian, bagaimana dengan nasib anak-anak? Bayangkan jika lelaki di atas terjatuh dari apartmen setinggi 14 tingkat itu?
Saya petik: [HM] PUTRAJAYA: Seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 14 sebuah apartmen kerajaan didudukinya di Presint 15, di sini, selepas perbuatannya berselingkuh dengan isteri orang sejak beberapa bulan lalu dibongkar penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tengah hari, semalam.
Sebelum kejadian, lelaki berusia 40-an yang juga kakitangan sebuah sekolah, di sini, dikatakan berada dalam apartmen 15 tingkat itu bersama 'kekasih gelapnya' yang juga kakitangan di sekolah sama selepas menghantar isterinya ke tempat kerja di kawasan berhampiran, kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Keasyikan lelaki terbabit bersama pasangannya yang berusia 20-an dan mempunyai dua anak memadu kasih dalam rumah itu terganggu apabila dikejutkan dengan kehadiran sepasukan kira-kira lima penguat kuasa Jawi pada kira-kira jam 2 petang.
Penguat kuasa Jawi dipercayai sudah memantau kegiatan pasangan itu lebih empat bulan lalu mengetuk pintu beberapa kali dan berada di depan pintu selama lebih 15 minit sebelum dibuka seorang wanita berbaju kurung dan bertudung merah jambu.
Serbuan mulanya dianggap gagal selepas pemeriksaan mendapati pasangan wanita itu tidak ada dalam apartmen itu, akhirnya mendapati kelibat seorang lelaki tanpa baju sedang berdiri di luar beranda apartmen jirannya.
Lelaki terbabit dipercayai sanggup menyabung nyawa bersembunyi di beranda tanpa penghadang dan boleh tergelincir, tanpa mempedulikan beberapa penguat kuasa yang terpaksa berpaut di antara satu sama lain di beranda bagi memujuk lelaki terbabit memasuki semula rumahnya.
Mujur lelaki itu lembut hati selepas diberi 'tazkirah' pendek penguat kuasa Jawi, lalu memasuki semula apartmennya dan segera ditahan.
Selepas beberapa minit disoal, dia meminta kebenaran 'menjemput' isterinya di sebuah pejabat kerajaan berhampiran bagi memaklumkan insiden menimpa dirinya, tetapi tidak dibenarkan kerana dia sudah berada dalam tahanan Jawi.
Bagaimanapun, isteri lelaki terbabit rupa-rupanya berada di tingkat bawah apartmen dipercayai dihantar rakan sebelum aksi memilukan dapat disaksikan apabila lelaki terbabit yang bergari dan diiringi penguat kuasa Jawi memeluk serta memohon maaf kepada isterinya sambil menitiskan air mata. Sumber Jawi berkata, hasil soal siasat mengesahkan pasangan itu bukan saja tiada sebarang ikatan, malah kedua-duanya sudah berumah tangga dan isteri lelaki terbabit kini sarat mengandung.
"Kami memang sudah lama memantau kegiatan pasangan 'gelap' ini di apartmen itu berdasarkan maklumat dan siasatan yang dilakukan.
"Serbuan hari ini (semalam) dibuat selepas maklumat tepat mendapati pasangan terbabit sudah berada dalam apartmen berkenaan dan pintu hanya dibuka seorang wanita selepas kira-kira 15 minit diketuk. "Malah, wanita itu juga sudah berpakaian lengkap apabila pintu dibuka, manakala pasangannya lesap seketika sebelum ditemui bersembunyi di beranda apartmen jirannya," katanya. - Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
Lepas baca, kliklah sekali: |
| Wow, Rambut Lelaki Ini Bernilai RM3.5 Juta! Posted: 01 Sep 2010 09:55 PM PDT Lelaki ini ialah Troy Polamalu. Dia ialah pemain American Football untuk Kelab Pittsburg Steelers dan ikon bagi jenama syampu Head & Shoulders. Baru-baru ini, syarikat Procter & Gamble yang memiliki jenama syampu tersebut telah membeli polisi insurans bernilai USD1 juta untuk melindungi rambut Troy. Menurut Troy, rambut sepanjang 3 kaki itu disimpan sejak 10 tahun lalu dan tidak pernah dipotong. Lanjut di sini. |
| Apa Salahnya Bayi Itu Dipijak dan Didera Sehingga Mati? Posted: 01 Sep 2010 06:00 PM PDT Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia didakwa memijak dan mendera anak majikannya yang berusia 15 bulan sehingga menyebabkan kematiannya. Berita tentang hal itu boleh anda baca di bawah ini. Persoalannya, benarkah perbuatan itu dilakukan oleh pembantu rumah itu? Jika benar, apa punca dia melakukan perbuatan sekejam itu terhadap bayi yang tidak berdosa? Setiap perbuatan negatif itu mesti berpunca daripada sesuatu. Adakah pembantu rumah itu meluahkan kemarahannya terhadap majikan dengan mendera bayi tersebut? Atau sememangnya wanita itu "sakit jiwa" sehingga sanggup berbuat demikian. Realitinya, hanya orang yang "hilang kewarasan" (sama ada sakit jiwa atau didorong rasa marah) yang sanggup berbuat demikian. Saya petik: [TS] SERDANG: An Indonesian maid allegedly stomped a 15 month-old-infant to death in Puchong and then disappeared.
It is learnt the incident occurred at 4pm last Friday when the only child was found unconscious at his home by a relative.
It is learnt the 25-year-old Indonesian maid from Majalingka, West Jawa had called the victim's father to inform his son had fallen ill and was unconscious.
The victim's father, Tang Meng Kiang, 40, a businessman asked his relative who lived nearby to rush his son to a nearby private hospital.
However, the infant, Tan Jin Yang was pronounced dead on arrival.
Serdang OCPD Supt Abdul Razak Elias said that, initially, the case was classified as sudden death.
However, the post mortem from the Serdang Hospital revealed numerous elements of fould.
It is learnt the child had strangulation marks on his neck, internal brain haemorrhage, bruises believed to be from being stepped on and lung infection.
"In light of the post mortem results, we re-classified the case as murder and have been on the lookout for who could help shed light on the child's death," he said.
Further investigations revealed that the maid had been working with the businessman's family for nearly two years.
"At one point, the parents suspected their son was abused when one of his legs was fractured, but they did not follow through their suspicions", he said. - Steven Daniel |
| Fuh, Gila! Dua Kumpulan Pelajar Bergaduh Guna Pistol! Posted: 01 Sep 2010 04:31 PM PDT Bukan berlaku di Malaysia tetapi di Thailand. Namun jangan pula yakin hal sebegini tidak mustahil berlaku di sini. Saya petik: Budak jadi mangsa pergaduhan pelajar dua sekolah vokasional di Thailand [BH] BANGKOK: Satu kumpulan samseng pelajar sekolah menengah di sini mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah bas awam semalam, membunuh seorang murid lelaki berusia sembilan tahun yang sedang turun dari bas untuk ke sekolah.
Keganasan di kalangan pelajar sekolah vokasional memang sudah lama menjadi masalah besar di Thailand dengan pergaduhan kerap meletus di dalam bas dan di kompleks beli-belah.
Namun kejadian semalam agak tragik dengan kematian murid Tahun Tiga, Jatuporn Ponpaka, yang tidak terbabit langsung dalam pertikaian pelajar sekolah vokasional itu.
Jatuporn yang memakai seragam senaman sedang turun dari sebuah bas apabila sekumpulan 20 pelajar dari Sekolah Teknologi Bangkapi muncul dari sebuah lorong dan melepaskan tiga tembakan ke arah bas itu, kata Leftenan Kolonel Prasit Taprasitjit dari balai polis Min Buri.
Tembakan itu mengenai murid lelaki itu di kepala dan di dada. Jatuporn dikejarkan ke hospital tetapi mati sejam kemudian, kata Rattikarn Jaroenmon, seorang pegawai di unit kecemasan Hospital Kasemrad.
Tembakan itu sebenarnya ditujukan ke arah enam pelajar dari sekolah vokasional lain yang turut berada dalam bas itu. Saksi berkata kumpulan pelajar yang sama kemudian membaling botol bir dan batu bata ke atas sebuah bas yang lain, kata Prasit.
"Kedua-dua sekolah vokasional terbabit terletak di jalan yang sama dan selalu menyaksikan pergaduhan di antara pelajar mereka. Kami masih berusaha mengenal pasti kumpulan pelajar yang bertanggung jawab," kata Prasit.
Stesen televisyen PBS Thai melaporkan pemeriksaan polis di sekolah terbabit menemui beberapa pisau dan peralatan lain yang boleh digunakan sebagai senjata. – AP |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan