Khamis, 2 September 2010

Biaqpila

Biaqpila


Laporan polis dakwa PM hina mahkamah

Posted: 02 Sep 2010 03:00 PM PDT

Seorang pemimpin PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mengandungi unsur menghina Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan kes saman peneroka Felda kemahang Tiga di Kelantan.

Turut dinamakan dalam laporan polis itu ialah Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Nor.

Laporan tersebut dibuat oleh yang dipertua PAS Jempol, Abd Rahman Ramli di balai polis Dang Wangi di ibunegara pada kira-kira jam 10.45 pagi.

police report against pm najibBeliau diringi oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman serta pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar dan tiga peneroka Felda jempol.

Dalam laporannya, Abd Rahman mendakwa, Najib membuat ucapan tersebut ketika berbuka puasa dengan peneroka Felda Gugusan Serting, Negeri Sembilan pada 26 Ogos di Masjid Bandar Seri Jempol.

Beliau mendakwa perdana menteri dilaporkan oleh media sebagai berkata keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah kerana peguam yang mewakili Felda tidak hadir, dan bukan disebabkan olen penipuan.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya mengarahkan Felda membayar RM11 juta kepada 354 peneroka Felda Kemahang Tiga kerana menipu mereka berhubung gred buah kelapa sawit.

Dalam laporan polis itu, Abd Rahman mendakwa kenyataan Najib bahawa beliau akan pastikan perbicaraan kes yang serupa di masa akan datang bakal dimenangi Felda adalah "suatu campurtangan dan ugutan kepada badan kehakiman kerana beliau adalah perdana menteri".

Dalam aduannya juga, Abd Rahman turut memetik laporan kenyataan Ahmad yang mendakwa "keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ini bukan disebabkan oleh wujudnya penipuan, konspirasi dan sebagainya di pihak Felda seperi yang didakwa oleh sesetengah pihak".

Sehubungan itu, Abd Rahman mendakwa kenyataan ahli parlimen Pontian itu adalah "ungkapan melampau, biadap dan tidak menghormati keputusan mahkamah".

"Keputusan hakim akan dibuat berasaskan fakta kes dan tidak wajar dipertikaikan. Bahkan perbicaraan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, barisan peguam Felda hampir 10 orang yang hadir.

"Jadi tidak timbul sama sekali Felda kalah kerana peguam mereka tidak hadir," laporan polis itu dipetik.

MK

18 cedera bas terbalik di Km35.1 Lebuhraya Karak

Posted: 02 Sep 2010 10:27 AM PDT


KUALA LUMPUR, 2 Sept — Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di Km 35.1 Lebuhraya Karak-KualaLumpur hari ini.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor Supt Che Hussin Omar berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan lebat.

Bas itu yang dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Batu Pahat dan membawa 25 penumpang terbabas akibat jalan licin ketika menuruni jalan di laluan tersebut, katanya kepada Bernama di sini.

Che Hussin berkata mangsa yang cedera dirawat di Hospital Selayang manakala yang tidak mengalami kecederaan meneruskan perjalanan ke destinasi dengan menaiki bas lain.

Tujuh yang cedera mengalami patah dan retak tulang manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar, katanya.

Beliau berkata antara yang mengalami cedera agak teruk itu ialah seorang wanita warga China dan seorang lelaki rakyat Indonesia.

Bas tersebut katanya, membawa tujuh rakyat tempatan manakala bakinya adalah warga asing.

Sementara itu, pemandu bas Atan Mohamad, 44, berkata dia tidak memandu laju kerana keadaan hujan lebat serta jalan yang licin.

"Semasa saya memandu tiba-tiba air melimpah di atas jalan menyebabkan saya tidak dapat mengawal bas lalu melanggar penghadang jalan dan terbalik," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Atan, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Seorang penumpang, Manja Kasim, 28, yang mengalami cedera ringan berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila menyedari bas tersebut sudah terbalik. — Bernama

Pemuda PAS Buat Laporan Polis Terhadap Zam

Posted: 02 Sep 2010 09:00 AM PDT


KUALA LUMPUR 2 Sept - Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin aka Zam berhubung kenyataan fitnah bahawa parti itu merupakan parti ekstrem.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pukul 2 petang tadi, di sini.

Sebelum itu, PAS memberikan tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zam agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ianya ekoran kenyataan beliau yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969.
PAS juga didakwa menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

SK

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Posted: 02 Sep 2010 07:00 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar


PEMBERIAN wang ehsan kepada rakyat Kelantan dibuat bukan secara membuta tuli, tetapi atas nasihat Peguam Negara. Begitulah kata Mustapa Mohamed, (foto) Tok 4 Umno Kelantan itu. Beliau membuat penjelasan itu setelah Kerajaan Kelantan mengemukakan writ saman terhadap Petronas semalam menuntut agar membayar royalti kepada kerajaan Kelantan seperti mana mengikut perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974..

Apa yang hendak dinyatakan Mustapa ialah tindakan pemberian wang ehsan itu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang. Sekaligus ia menafikan tuduhan pemimpin kerajaan Pas Kelantan yang menuduh keengganan melunasi royalti minyak itu sebagai pencabulan undang-undang dan penganiyaan secara melanun terhadap harta rakyat Kelantan.

Penjelasan Mustapa ini memperlihatkan siapa Mustapa sebenarnya. Sejauh itu sajalah politik Mustapa. Ia tidak lebih dari sempadan kampungnya di Badak, Bachok atau kawasan dimenanginya di Jeli saja. Peluang menjadi menteri kabinet tidak membawa apa-apa perubahan kepada Mustapa. Beliau masih utuh kekal sebagai pekerja ala pegawai kerajaan dan bukannya pemimpin jauh sekali seorang pejuang.

Mustapa hanya mengikut general order yang dikemukakan kepadanya tanpa langsung berani membuat sesutau di laur general order itu meskipun untuk kebaikan.

Beliau tersalah pilih profesyen sebenarnya. Mustapa bukan sepatut menjadi menteri atau ketua Umno Kelantan, tetapi dia patut menjadi gebenur atau DO. Memang gebenur akan menjalankan tugasnya mengikut undang-undang tanpa menunjukkan kecenderongan melampau kepada mana-mana pihak. Mustapa seorang yang baik tetapi bukan politician yang bijak.

Mustapa tidak dapat membaca apaklah implikasi dari nasihat Peguam Negara itu kepada politik Umno dan dirinya sendiri di Kelantan. Mungkin apa yang dinyatakan Peguam Negara itu betul dari segi perundangan. Tidak salah dengan apa yang dilakukan itu bahkan ia tepat mengikut undang-undang. Tetapi beliau kena faham bahawa politik tidak ada undang-undang dan sering melanggar undang-undang. Politik mengnyahkan undang-undang, adat dan agama.

Peguam Negara mungkin betul memberi 'kebenaran' wang ehsan itu diagihkan tetapi rakyat Kelantan mungkin marah. Sebab rakyat Kelantan mahukan wang royalti bukan wang ehsan. Rakyat Kelantan tidak akan melihat undang-undang itu betul dalam konteks ini. Seharusnya sebagai ahli politik yang inginkan kuasa Mustapa memahami realiti itu. Nampaknya beliau tidak mempedulikan itu dan masih terus mentadbir dalam bingkai kepegawaian yang sempit.

Sebab itulah krisis yang timbul di Kelantan beliau gagal menyelesaikannya. Mustapa tidak berani atau pun pandir untuk menggunakan kuasa yang ada kepadanya. Contoh klasik ialah di Tanah Merah dan Rantau Panjang. Sampai ke hari ini Umno didua bahagian itu berkucah.

Kalau Mustapa bijaksana dalam politik beliau tidak bercakap menggunakan nasihat Peguam Negara itu. Beliau juga tidak perlu mengambil nasihat Peguam Negara yang menyebabkan rakyat Kelantan membencinya. Beliau harus faham mengenai politik. Orang kampung tidak akan dapat menerima nasihat itu walaupun benar kerana tindakan meleyapkan royalti dan digantikan dengan wang ehsan itu menganiayakan mereka dan memberi alamat buruk kepada BN Kelantan.

Percayalah penjelasan Mustapa itu tidak mampu untuk mengurangkan rasa 'murih' rakyat Kelantan atas tindakan Umno. Usaha Mustapa 'membawa' Penguam Negara dan menjustifikasikan usaha beliau hendak meredakan perasaan marah rakyat Kelantan terjadi sebaliknya. Rakyat akan ketawa dengan cara itu kerana mereka merasakan Mustapa ingin memperbodohkan mereka. Cara Mustapa itu benar-benar tidak cerdik

http://msomelayu.blogspot.com/

Biaq banyak belajaq dari kurang ajaq

Posted: 02 Sep 2010 05:00 AM PDT


Salam semua...

Pak Long nak sebut nama budak ni pun pi jadi keliru. Nama macam bodoh tapi perangai lagi hodoh. Pak Long mintak maap la kalau sesapa peminat budak Namewee ni yang termasuk ke blog Pak Long ni... hihi...

Memang tak guna pun kalau Pak Long seligi budak tak cukup akai ni teruk teruk pun, Pak Long cuma nak tegoq sikit saja. Biaq dia banyak belajaq daripada kurang ajaq.

Dok diam diam...

Budak ni memang kreatif, Pak Long tau kalau bagi serunai batang padi pun akan jadi sedap. Dulu sekali budak Namewee ni atau nama penuh dia Wee Meng Chee dah buat perangai pi ubah senikata lagu negaraku yang ada sikit unsur unsur perkauman. Tapi nasib baik la dia diselamatkan MCA masa tu... hihi...

Tapi budak ni macam tak serik, macam tak belajaq kali pertama dulu. Kali ni dia buat lagi satu lagu yang agak keras yang sedikit rasis walaupun dia kata dak. Mungkin kot tak rasis tapi dia tuju teruih pi kat pengetua Melayu kat Johor tu. Lagu tak sedap tera mana pun, memang tak ngam la ngan telinga Pak Long. Tapi kesan dari senikata yang ala "warta berita" tu yang panaih. Pak Long tau la, surat habaq Umno yang tambahkan panaih tu... hihi... Tapi Pak Long rasa tak patut la jugak budak ni dok buat kalut, kebebasan bersuara pun tak kan sampai lagu tu. Kreatif hang tu guna kot belah elok tak boleh ka?

Kalau silap sekali orang kata kurang belajaq tapi kalau dok silap lagi orang akan kata kurang ajaq. Ni susahnya ngan budak Cina ni. Dia dah bagi terkilan orang ramai, ataupun silap silap bagi keliru habih orang yang tak tau apa. Hangpa kena ingat, dia boh dalam u tiub, satu dunia boleh menyanyi sama. Haru Umno... haha...

Buat budak Namewee tuh, Pak Long harap hormatilah kebebasan tu dengan sopan. Kebebasan tak bermakna kita bebas untuk tidak bersopan dan melanggar sensitiviti umat yang lain. Dok bagi elok elok la, luah perasaan cara bijak dan tertib... cewaahh... dia paham ka Pak Long cakap ni, hihi...

Tapi puak puak Pakatan jangan dok syok tak ketahuan hala pulak. Pak Long tau sedikit sebanyak dia bagi laba kat Pakatan dan terima kasih jugak la kat pengetua lulusan BTN kat Johor tu yang tunjuk kaler sebenaq, tapi Pak Long tak suka benda kurang asam macam ni masuk campoq pencapaian Pakatan. Biaq kita jatuhkan Umno cara jantan...

Ha! dah, budak budak Pakatan pi kerja. Jangan dok rap saja yang hangpa tau... haha...

Wassalam...

paklongonline.blogspot.com


Malaikat Turun Ke Atas Kaabah

Posted: 02 Sep 2010 03:00 AM PDT

Satu penipuan


Dakwaan karut dalam klip video "Malaikat Turun Ke Atas Kaabah" melalui laman Youtube.


Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid

KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakwaan karut dalam klip video "Malaikat Turun Ke Atas Kaabah" melalui laman Youtube di Internet yang dikesan kembali rancak disebarkan sepanjang Ramadan ini.

Pemantauan Harian Metro mendapati ada dua video masing-masing bertajuk 'Subhanallah!! Cahaya (Malaikat) Turun Di Atas Kaabah dan Kuasa Allah/Bukti Malaikat Di Kaabah' dipercayai dirakam sekitar 2008, namun kini muncul semula selepas dimuat turun ke laman sosial Facebook.

Video pertama sepanjang 3.35 minit menunjukkan seolah-oleh cahaya turun sehingga ke atas Kaabah, manakala video kedua sepanjang 3.03 minit pula hanya menunjukkan gambar cahaya itu sudah berada di atas Kaabah.

Bagi meyakinkan penonton, bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan sepanjang rakaman itu berjalan.

Bagaimanapun, kesahihan dua video itu boleh dipertikaikan, malah mendapat reaksi negatif daripada penonton yang melihat ia hanya pantulan cahaya yang disalah tafsir kononnya malaikat.

Rakaman video kedua turut dipertikaikan kerana dilihat seperti diubah suai menggunakan perisian komputer dan dianggap mengarut.
Mengulas penyebaran rakaman video itu, Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac) dan pen syarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid menyifatkan ia dilakukan orang sedang berkhayal.

"Ia dilakukan orang yang lemah jiwa tapi disebabkan bermimpi sesuatu yang istimewa datang bergolek, dia membuat perkara sedemikian.

"Jadi kita tidak perlu mempedulikan perkara sedemikian yang sememangnya dilakukan orang yang kerdil jiwanya," katanya yang dihubungi semalam.

Sementara itu, Pensyarah Pengajian Islam Bahagian Hadis Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perbuatan individu terbabit tidak lebih daripada mahu menarik perhatian dengan menimbulkan perkara khurafat.

"Sebelum ini pun kita pernah dengar mengenai mayat menjadi khinzir, sejadah berdiri atau bola api dalam rumah untuk menarik perhatian orang ramai terutama mereka yang suka perkara pelik dan khurafat.

"Saya tidak nafikan kejadian itu boleh berlaku dengan izin Allah, tetapi kita kena faham, Islam bukan berdiri berasaskan perkara ini sebaliknya keimanan wujud hasil keyakinan terhadap kebenarannya selepas menggunakan akal yang waras bukannya dipengaruhi khayalan," katanya.

Katanya, perkara sedemikian boleh wujud hasil khayal individu termasuk penipuan bagi meyakinkan orang mereka mengalami pengalaman pelik.

"Contohnya rakaman suara dari kubur yang juga dimuatkan di Youtube yang kita tahu palsu demi menarik perhatian orang ramai terhadap perkara tahyul dan khurafat," katanya.


HM

Isu Masjid: usaha musuh Pakatan Rakyat Gagal

Posted: 02 Sep 2010 01:00 AM PDT

Oleh Abd Shukur Harun


Usaha beberapa ulama dan para pemimpin PAS mengemukakan hujah Al-Quran danSunnah yang mengharuskan orang bukan Islam memasuki masjid, setelah mendapat izin pihak berkenaan, telah dapat membersihkan imej Islam yang dikotori golongan tertentu.

Malah telah mempererat lagi hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat serta menggagalkan usaha mereka memecah belahkan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai isu yang bersifat fitnah, tuduhan dan rangkaian kata-kata karut marut yang disebarkan dalam media tradisional yang dikuasai golongan itu.

Tokoh ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain serta para tokoh pemimpin PAS, Haji Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan lain-lain telah benar-benar membantu menjernihkan keadaan, di samping memperlihatkan wajah Islam sebenar kepada anggota Pakatan Rakyat.

Dengan itu, gagallah usaha musuh politik Pakatan Rakyat – Umno/BN – untuk memporakperandakan Pakatan Rakyat dengan menaburkan isu karut marut yang sangat berbau perkauman dan kebencian.

Malah kita terkesan juga bahawa umat Islam sendiri kebanyakannya faham hal ini dan tidak terpedaya dengan isu palsu yang ditimbulkan. Masjid dan surau, kuliah-kuliah, tazkirah tidak lansung membangkitkan isu ini bahkan melawan balik – suatu isyarat bahawa umat Islam sedar isu ini hanya 'permainan' golongan politik sekular yang bangkrap idea.

Bahkan susana Bazaar Ramadan sendiri – tempat rakyat biasa pelbagai kaum dan agama – tetap harmonis, dengan pelbagai golongan rakyat membeli pelbagai juadah dengan wajah ceria, seperti tidak terkesanpun dengan berita palsu yang karut marut.

PAS telah berdiri gagah menampilkan kebijaksanaannya dengan mengemukakan pandangan Islam yang sebenar mengenai isu palsu yang dibangkitkan itu, iaitu seperti isu khatib dikatakan berdoa kepada pemimpin bukan Islam, isu wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid dan surau untuk menyampaikan bantuan dan berucap pendek.

Pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat dari kalangan Islam dan bukan Islam mendapat fahaman Islam yang cukup jelas mengenai isu ini dengan penerangan para tokoh in. Sementara ulama seperti Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Dr. Muhd Nur Manuty, Dr. Asri Zainal Abidin dan lain-lain telah menjernihkan imej Islam yang dikotori oleh golongan tertentu. Tokoh ulama berwibawa ini telah mengemukakan hujah ilmu mereka berdasarkan hujah Al-Quran, sunnah dan hadis.

Setakat ini, para tokoh Umno/BN dan penyokong serta 'ulama' mereka tidak mampu mengemukakan hujah ilmu untuk mempertahankan sikap mereka. Kenyataan demi kenyataan mereka hanya berupa rangkaian tuduhan karut marut yang berbau politik kepartaian, perkauman dan prejudis, tidak lebih dari itu.

Ini menunjukkan kedangkalan ilmu Islam mereka, tetapi malangnya pandanga mereka ini benar-benar merosakkan imej Islam.

Saya memetik pandangan tokoh ulama berwibawa, Dr. Muhd Nur Manuty mengenai hal ini. Dalam sebuah kenyataan beliau berkata:

"Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai persoalan orang bukan Islam masuk dalam masjid. Pertama: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

Kedua: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

Ketiga: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki Masjidil Haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah. Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana dharurat kerja."

Menurut Dr. Muhd Nur Manuty lagi, beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan solat mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk menyelesaikan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini.

Hakikatnya, kata beliau, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid biasa dengan syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, tambah beliau lagi, adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al- Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di negara ini.

Lebih jauh lagi, kata Muhamad Nur Manuty, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat yang telah ditentukan.

Menurut beliau, amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Sewajarnya, para wakil rakyat Pakatan Rakyat perlu diberikan pujian kerana kesungguhan mereka dalam menjalankan tugasnya dengan baik kepada masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi ia memang telahpun mendapat kebenaran pihak pengurusan masjid dan dilakukan pula atas tanggungjawab mereka sebagai wakil Kerajaan Negeri Selangor.

"Kekecohan yang digembar-gemborkan hakikatnya akan memakan tuan. Inilah gambaran kegagalan Umno selama ini dalam mendidik rakyat mengenai hakikat Islam. Sikap seperti ini akan menyuburkan pendirian fanatik melulu di kalangan orang Islam yang kurang berilmu," kata beliau.

Lebih-lebih lagi, katanya, berita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai fitnah baru demi mencapai matlamat politik sempit yang diperjuangkan.

Dr. Muhamad Nur sentiasa mengingatkan bahawa umat Islam tidak boleh merelakan diri mereka terus dibelenggu dalam kerangka pemikiran sempit politik perkauman dan agama ala Umno ini. Ini kerana ia akan menjadikan kita semakin lesu sementara masyarakat bukan Islam pula semakin menjauh dari kita.

Hakikatnya, kata beliau lagi, tanpa mereka jangka, krisis yang mereka wujudkan ini akan menjadikan orang Melayu dan masyarakat Islam lebih memahami agamanya secara total dan lebih berkeyakinan bahawa Islam dan masyarakat Melayu akan lebih terjamin di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa depan.

DD

'Ganyang Malaysia' merebak

Posted: 01 Sep 2010 11:00 PM PDT


KUMPULAN dikenali Lumbung Informasi Rakyat mengadakan demonstrasi di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta, semalam.

Rumah jurutera Malaysia bertugas di Kalimantan dilempar batu

Dua kumpulan lancar kempen boikot produk Malaysia

JAKARTA: Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.


Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan 'Ganyang Malaysia' sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.

Kumpulan itu kemudian berjalan dan menunggang motosikal ke pejabat Kedutaan Malaysia pada jam 2.30 petang dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman. Bagaimanapun, tiada kekacauan atau kejadian membaling najis seperti yang berlaku dalam tunjuk perasaan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (BENDERA), baru-baru ini.

Kira-kira 170 pegawai dan anggota Polis Indonesia turut membuat kawalan ketat di luar pintu masuk Pejabat Kedutaan Malaysia sejak jam 10 pagi.
Ketua penunjuk perasaan, Jojo Priosi yang menggunakan pembesar suara mengutuk Kerajaan Malaysia yang didakwa menghina kedaulatan dan rakyat Indonesia, gagal menangani dengan baik isu Tenaga Kerja Indonesia dan melakukan muslihat dalam isu sempadan.

Beliau juga mendakwa tindakan pejabat Kedutaan Malaysia menggaji rakyat Indonesia bekerja dan memanggil Polis Indonesia berkawal di luar pagar kedutaan sebagai menghina rakyat Indonesia.

Jurucakap GERAM yang mahu dikenali sebagai Sheila pula berkata, kumpulan itu mendesak Kerajaan Indonesia menjadikan Malaysia wilayah ke-34 republik itu jika Kuala Lumpur terus menunjukkan sikap tidak menghormati Indonesia.

Malah, katanya, GERAM akan melancarkan kempen memboikot produk Malaysia dan berhenti melawat Malaysia.

Sementara itu, Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, berkata rakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan keselamatan keluarga mereka di negara ini.

Katanya, Kerajaan Indonesia menerusi Kementerian Luarnya dan Polis Indonesia memberi jaminan untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia sama ada yang bekerja, melancong atau belajar di negara ini.

"Kita dimaklumkan oleh pemerintah Indonesia yang mereka tidak berkompromi dalam soal keselamatan rakyat dan harta benda Malaysia di sini.

"Kita harap waris rakyat kita di Malaysia tidak bimbang dengan perkembangan yang berlaku ketika ini kerana tunjuk perasaan di sini dilakukan kumpulan kecil yang diupah pihak tertentu untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua negara," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan rakyat Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan tidak mengunjungi tempat awam yang dikenal pasti berpotensi menjadi sasaran penunjuk perasaan.

Menurut laporan Bernama pula, kejadian mengusir atau 'sweeping rakyat Malaysia' turut berlaku di di daerah Ketapang, Kalimantan Barat.

Dalam kejadian 2 petang Ahad lalu, sekumpulan lima lelaki memakai pelekat di baju dengan tulisan 'Ganyang Malaysia' membaling seketul batu besar ke arah seorang jurutera Malaysia yang ketika itu membuka pintu untuk meninjau keadaan selepas mendengar bunyi bising di luar rumahnya.

BH

Taktik baru elak ditangkap khalwat

Posted: 01 Sep 2010 09:00 PM PDT


SEBAHAGIAN daripada 22 pasangan yang ditahan pegawai JAIS kerana melakukan maksiat dalam Ops Sayang di sekitar Selangor malam semalam.

SHAH ALAM – Sepasang kekasih membayar RM140 untuk menyewa dua bilik berasingan di sebuah hotel bajet di Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini awal pagi semalam bagi mengelak daripada dikesan melakukan khalwat.

Bagi mengaburi pihak berkuasa, pasangan berasal dari pantai timur berusia 20-an itu mematikan pendingin hawa serta lampu bilik dan sanggup membuat maksiat di dalam bilik yang panas.

Bagaimanapun, taktik tersebut terbongkar setelah pegawai dan anggota Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu hotel itu dalam 'Ops Sayang' sempena sambutan Ambang Merdeka ke-53.

Mereka adalah antara 22 pasangan kekasih yang dicekup JAIS di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi mulai pukul 11 malam hingga 4 pagi semalam.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, pasangan yang menyewa dua bilik bersebelahan itu didapati telah mendaftar bilik atas nama masing-masing namun hanya menggunakan sebuah bilik.

kosmo

Khusrin Talam Dua Muka Didakwa Pujuk Nazir Masjid Benarkan Program Umno

Posted: 01 Sep 2010 07:00 PM PDT


SHAH ALAM 1 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini melabelkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai 'talam dua muka' apabila didakwa menggunakan kuasanya untuk memujuk nazir Masjid Nurul Ehsan di Kampung Medan, Petaling Jaya supaya membenar Umno menggunakan masjid itu untuk satu program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Justeru itu, Khalid berkata beliau akan mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mengambil tindakan tegas terhadap Khusrin yang dianggap sebagai ejen Umno dan bekerja demi kelangsungan dan kepentingan parti itu.

Bercakap pada satu sidang media di pejabatnya petang tadi, Khalid memberitahu Badan Perhubungan Umno Selangor telah menghantar satu surat bertarikh 12 Ogos 2010 kepada nazir masjid untuk menggunakan masjid tersebut yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja, Badrul Hisham Badrudin.

Tindakan ini kata beliau melanggar titah perintah Sultan Selangor yang melarang supaya masjid atau surau di negeri ini digunakan untuk tujuan politik.
"Saya menerima salinan surat menggunakan kepala surat Umno yang dihantar kepada nazir Masjid Nurul Ehsan untuk meminta kebenaran menggunakan masjid itu untuk majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri.

"Apa yang saya kesalkan adalah tindakan Pengarah Jais yang dilihat telah menyalahgunakan kedudukkannya untuk memujuk nazir masjid itu agar memberi kebenaran kepada Umno melaksanakan programnya.

"Bagi saya sikap Khusrin ini seperti 'talam dua muka' kerana beliau mempunyai kepentingan politik. Sebelum ini beliau mengecam Pakatan Rakyat apabila ada pemimpin menggunakan surau atau masjid untuk bertemu penduduk atau menyampaikan sumbangan tetapi kali ini beliau pula menjadi orang yang paling beriya-iya mendapat kelulusan masjid.

"Tindakan menggunakan surat parti dan platform Umno jelas melanggar titah Sultan Selangor serta bertentangan dengan etika beliau sebagai penjawat awam," jelas Khalid lagi.

Khalid berkata nazir tersebut bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa itu di masjid tetapi membenarkan ia diadakan di kawasan letak kereta dengan menggunakan surat permohonan baru yang tiada kaitan dengan badan politik.
"Apa yang saya tahu, Khusrin masih lagi berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan agar program itu dapat diadakan juga. Ini menunjukkan beliau ini adalah sebagai ejen kepada Umno untuk kepentingan politik lapok mereka, bila melibatkan Pakatan Rakyat beliau bising tetapi dengan Umno sanggup merayu sedemikian rupa," tegas Khalid.

SK

SELCAT Kesan 136 Ekar Tanah Perkuburan Cina Diusahakan Secara Haram

Posted: 01 Sep 2010 05:00 PM PDT


Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Pengurusan (SELCAT) mendedahkan 136 ekar tanah dibangunkan secara haram sejak 2002 dibawah pentadbiran Umno-Barisan Nasional.

Panel SELCAT terkejut dengan penemuan bahawa tanah di Seksyen U14 Mukim Bukit Raja di Petaling Jaya itu dimajukan sebagai tanah perkuburan Cina tanpa mengikuti ketetapan undang- undang.

Pejabat Tanah Petaling Jaya mengaku bersalah di hadapan panel lima anggota Selcat kerana membenarkan tanah itu dibangunkan tanpa kelulusan.

Majlis Bandaraya Shah Alam pula mengaku bersalah kerana gagal memastikan syarikat pemaju gagal menukar status tanah dari tanah pertanian kepada tanah perniagaan.

Manakala pemaju pula, Premivest Sendirian Berhad mengaku salah kerana menjalankan operasi secara haram tanpa kelulusan dari Pejabat Tanah, dan melanggar notis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selepas Pihak Berkuasa Tempatan itu menyedari ada kesilapan pada status tanah perkuburan.

Kesalahan ketiga- tiga pihak itu menyebabkan rakyat Selangor kerugian cukai tanah yang setakat ini masih belum dikenalpasti jumlahnya, dan sekurang-kurangnya RM25,000 bagi setiap kompaun yang dikenakan keatas Premivest.

Menyedari kesalahan mereka, pemaju dikenakan lapan kompaun, dan telah melunaskan tujuh setakat ini.

"3 pihak mengaku bertanggungjawab dalam perkara ini. Pemaju tak patuhi peraturan tanah, tak pohon tukar tanah," ujar Teng.

Pejabat Tanah didapati gagal meneliti proses permohonan tanah dari pihak pemaju yang terhenti selepas mendapati ada kekhilafan dari segi persempadanan tanah.

"MBSA pula tidak guna akta yg diperuntukkan. Akta Perancang Bandar dan Desa 1974 dan Akta Jalan Perparitan dan Bangunan 1976. PBT boleh bagi notis 30 hari. Kalu pemaju gagal, MBSA boleh runtuhkan bangunan tu," kata Teng.

Premivest memulakan operasi pada tahun 1991 dengan mendapat kebenaran tukar syarat tanah dari pejabat tanah dan daerah petaling daripada pertanian kepada jirat cina. Namun operasi halal ini hanya dijalankan sehingga tahun 1997 sahaja.

Bermula tahun 2002, fasa kedua hingga ke fasa keenam tanah perkuburan ini dimajukan secara haram.

Bahkan pemaju juga didapati bersalah kerana cuba memperdayakan kerajaan negeri dengan membina jirat secara berkelompok di atas tanah-tanah terbabit dengan harapan kerajaan negeri terpaksa memberi keseluruhan tanah haram itu kepada mereka.

MBSA yang diwakili Datuk Bandaraya Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Noor turut mengakui kesilapan mereka yang tidak peka terhadap status tanah perkuburan itu.

Pihaknya hanya menyedari keperluan menukar status tanah tersebut pada 2007.

"Diperingkat awal kita tidak sedar bahawa tanah perlu ditukar status dulu kerana semua kubur yang saya nyatakan tak perlu ditukar. Tapi sejak tahun 2007 kita baru sedar," jelas Datuk Mazalan.

Mazalan menjelaskan jabatan perancangan MBSA telah memberikan notis borang G, F, E disamping telah membuat lawatan tapak secara berkala namun, pemaju masih menjalankan operasinya.

Jabatan Kejuruteraan MBSA turut mengeluarkan notis dibawah peruntukan seksyen 70A(1), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kepada pemaju.

tvs

Tiada ulasan: