Jumaat, 10 September 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


‘Allah akan laknat jika pemimpin agama bakar al-Quran’

Posted: 10 Sep 2010 06:59 PM PDT

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rancangan paderi di Amerika Syarikat untuk membakar al-Quran sebagai sempena ulang tahun kesembilan serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebagai tindakan di luar jangkaan manusia.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Allah Taala akan laknat jika ada pemimpin agama seperti itu.Katanya, cadangan paderi berkenaan tidak masuk akal kerana mereka orang berilmu, yang tahu bahawa Islam bukanlah agama pengganas dan golongan ini boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa

Malah, katanya persoalan siapa yang bertanggungjawab ke atas serangan WTC sehingga hari ini belum dikenal pasti lagi.

"Kalau kata komunis bakar nak bakar al-Quran itu munasabah kerana mereka tiada beragama, sedangkan paderi Kristian adalah orang yang berilmu dan boleh membuat kajian mengenai agama Islam dalam pelbagai bahasa.

Beliau tahu bahawa Islam tidak perlu khianat kepada orang lain, jadi tak ada sebab mereka boleh bertindak demikian.

Nik Aziz berkata demikian kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan Amerika Syarikat membidas rancangan membakar al-Quran.

Menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat di sini, kerajaan negara itu memandang tindakan sengaja memusnahkan sebarang buku suci adalah menjijikkan dan menimbulkan perbalahan, sesuatu yang ditolak oleh majoriti rakyat Amerika.

"Kami mempunyai penghormatan tidak berbelah bagi untuk al-Quran dan Islam sebagai salah sebuah agama teragung di dunia," katanya.

Kenyataan itu menyebut semalam Presiden Barack Obama telah menyatakan cadangan kumpulan itu adalah bertentangan dengan nilai-nilai rakyat Amerika.

Selain itu, pertubuhan Islam Utara Amerika turut mengadakan sidang kemuncak antara agama pada 7 September lalu bagi menyatupadukan masyarakat pelbagai agama bagi menggalakkan toleransi dan menentang retorik anti-Islam. Wakil-wakil pada sidang itu termasuk pemimpin Kristian, Yahudi dan Islam.

Dalam perkembangan terbaru , Paderi Terry Jones dari Dove Outreach Center di Gainesville, Florida — yang mencetuskan kemarahan antarabangsa itu — telah memutuskan untuk menggantungkan rancangannya itu.

Di Johor Baru, Diokese Gereja Katolik Melaka-Johor hari ini mengutuk rancangan gereja di Gainesville itu.

Dalam kenyataannya, Biskop Paderi Tan Chee Ing menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bermoral.

"Kami tidak mempunyai hak mencaci kepercayaan agama lain. Saling menghormati dan penerimaan merupakan langkah ke arah mencapai keharmonian," katanya. — Bernama

Timbalan Presiden: Biar Ahli Tentukan

Posted: 10 Sep 2010 06:57 PM PDT

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden kini semakin sengit sambil mengatakan keputusan terletak di tangan ahli peringkat akar umbi.

"Saya tak dengar pun sengit seperti yang dikatakan. Ini perkara biasa dalam mana-mana proses demokrasi. Biar ahli yang tentukan," kata Anwar ketika ditanya pemberita mengenai desas desus kempen di antara Naib Presiden, Azmin Ali dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Sementara Azmin belum lagi mengumumkan hasratnya mahu merebut jawatan kedua tertinggi parti, penyokong beliau di kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri telahpun mencadang nama beliau serta menyatakan sokongan terbuka kepada Ahli Parlimen Gombak itu.

Zaid bagaimanapun telah menyatakan keputusan beliau mahu bertanding kerusi Timbalan Presiden semasa menghadiri majlis berbuka puasa di Kuantan minggu lalu.

Malaysia Today Digodam Sekat Pendedahan Skandal Umno-BN

Posted: 10 Sep 2010 06:47 PM PDT

Portal berita sensasi, Malaysia Today yang dikendali penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau RPK digodam semalam menyebabkan ia mengalami masalah teknikal sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam.

Ini berlaku setelah laman web tersebut menyiarkan beberapa artikel yang membongkarkan skandal rasuah yang membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional serta kroni mereka.

Antara artikel terbaru yang disiarkan oleh RPK berjudul 'Tajudin Ramli will not be enjoying his Hari Raya this year' berhubung skandal kerugian RM8 bilion yang ditanggung oleh syarikat penerbangan Malaysia, MAS semasa kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli menjadi Pengerusi.

Satu lagi artikel mendedahkan dakwaan bagaimana seorang kenalan kepada Perdana Menteri, Dastuk Seri Najib Razak cuba menggelapkan RM200 juta daripada China Railways Engineering Corporation (CREC) yang melaksanakan projek landasan berkembar kepada keluarga Najib.

RPK dalam satu emel berkata prtal beliau kini diancam godaman yang hebat.

"Kami tidak boleh beroperasi sejak 2 jam yang lalu. Seperti ada pihak yang membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk menyekat kami," kata beliau.

RPK berkata akses kepada laman web Malaysia Today dipulihkan untuk seketika sahaja sebelum ia digodam semula.

"Ia ada hubung kait dengan artikel mengenai skandal MAS. laman web tersebut digodam setelah beberapa jam artikel iu dimuatnaikkan. Kita dedahkan dokumen kepada dan dari mahkamah yang mengkompromikan kes MAS terhadap Tajudin Ramli," tambah RPK lagi.

Setakat ini tidak diketahui identiti pihak yang menyekat laman web RPK tetapi oleh kerana interbet adalah umpama pengayak artikel yang disekat kemudiannya tersiar dalam sebuah blog yang tidak dikenali, 'Malaysians Must Know The Truth'.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, RPK telah menyiarkan siri beberapa artikel berdasarkan dokumen rasmi daln laporan mengenai penyelewengan yang berlaku dalam MAS.

Asia Sentinel memetik dokumen yang sama menyatakan Tajudin yang merupakan kroni kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa menyonglap puluhan juta wang kepunyaan syarikat penerbangan itu sehingga menyebabkan ia hampir muflis.

MAS yang telah diswastakan dan diserahkan kepada Tajudin terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.

Setelah ia rugi sebanyak RM8 bilion, Tajudin mengembalikan semula syarikat itu kepada kerajaan pada harga yang hampir sama ketika beliau mula memperolehinya.

Pada 8 September lalu, RPK menulis mengenai isu MAS dengan mendakwa Tajudin telah diberi imuniti oleh Umno dengan sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana segala laporan oleh penyiasat dan mereka yang menyalurkan maklumat tidak dipedulaikan oleh pihak polis.

Dalam artikel itu RPK berkata beliau telah dikunjungi peguam Tajudin di London yang memberitahunya bekas Pengerusi MAS itu hanyalah kuncu kepada Umno dan 'Umno bukan sahaja terpaksa melindunginya daripada pendakwaan tetapi juga memastikan kerajaan membeli semula saham pada harga yang sama yang telah dijual kepada beliau walaupun nilai saham tersebut hanya tinggal sedikit daripada harga asal.

Artikel itu menyebut,'keadaan ini bukan hanya untuk MAS tetapi juga untuk urusan perniagaan lain'. Ini termasuk penyelewengan dalam UEM/Renong, sebuah syarikat pembinaan yang dikaitkan dengan Umno dan diterajui oleh Hakim Saad, seorang lagi kroni Dr Mahathir. Syarikat itu didakwa merompak perbendaharaan negara melalui kontrak pembinaan yang telah dinaikkan harga secara keterlaluan.

"Ini merupakan sekutu Tajudin yang kini bersepakat untuk mendedahkan segalanya.

Mereka adalah orang upahan dan wakil Umno. Mereka mempunyai denda terhadap Dr Mahathir.

"Tetapi yang lebih penting, nampaknya Perdana Menteri Najib Razak memberikan restu kepada Tajudin Ramli, Rahman Maidin dan Halim Saad untuk membuat pendedahan dan menyalahkan Umno, Dr Mahathir dan Daim Zainuddin sebagai penyangak sebenar yang merompak berbilion wang pembayar cukai," kata RPK lagi.

Sementara itu pada 5 September lalu, RPK juga mendedahkan mengenai Tan Kay Hock yang memegang saham terbesar Johan Holdings Bhd, sebuah syarikat awam dan juga rakan golf kepada Perdana Menteri telah meminta kontraktor projek landasan berkembar sebanyak RM500 juta dan mendakwa sejumlah RM200 daripada itu adalah untuk keluarga Najib.

"Ini menyebabkan kontraktor dari China tersebut amat tidak berpuas hati dan bertanya samada adalah wajar dengan risiko yang ditanggung untuk membayar Kay Hock RM500 juta.

"KTM kini digunakan sebagai kantung duit baru kepada Najib," jelas RPK.

Urusan pembelian gerabak bernilai RM1.4 bilion diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa melibatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor serta dua orang kroninya.

Gerabak yang hanya berharga RM300 juta itu kini dipercayai tidak boleh berfungsi.




Oleh Dzulkarnain Taib

Perkasa pula dihambat seperti anjing kurap?

Posted: 10 Sep 2010 06:32 PM PDT

Antara saat yang paling pedih di dalam hidup kita ialah bila kawan-kawan yang tak berapa kerat membuang kita. Sayyidina 'Ali 'a.s. pernah berkata yang pengajarannya lebih kurang gini: Orang yang miskin ialah orang yang tak ramai kawan. Orang yang lebih miskin pula ialah orang yang kehilangan kawan yang semenangnya tak ramai.

Sekarang ni time Umno buang kawan. Beberapa hari lalu, Tan Sri Musa Hassan menjadi mangsanya. Kini giliran Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa pula.

Perkasa pula tidak ramai kawan. Selain Umno, semua orang termasuk orang-orang Melayu membenci atau sekurang-kurangnya tidak sukakan Perkasa. Malang sungguh, dah la kawan pun tak ramai, dihalau pergi pula oleh kawan yang hanya satu itu sahaja (Tun Dr Mahathir kata, "Perkasa members are Umno supporters").

Perkasa telah berjuang habis-habisan sehingga hampir terputus urat kentut demi mempertahankan kuasa Umno dan Barisan Nasional (BN). Nak kata berjuang Melayu sangat pun, di dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ibrahim dan juak-juaknya berkempen secara terbuka untuk calon BN dari MIC di dalam pilihan raya kecil itu.

Malangnya, bila sudah semakin jelas begitu ramai Melayu yang berjaya dibodohkan demi kepentingan para pemimpin Umno dan juak-juak mereka untuk mempertahankan kesedapan merembat duit dengan kuasa yang mereka ada, Perkasa tiada berguna lagi.

Bukan setakat tiada berguna lagi, sekurang-kurangnya di dalam permainan media, Perkasa juga kelihatan dihambat seperti anjing kurap - nasib yang sama seperti dideritai Musa beberapa hari lalu (lihat posting "Musa Hassan dihambat penuh hina seperti anjing kurap?")

Bagaimanapun, untuk lebih berhati-hati, saya kira eloklah semua itu dilihat sebagai sandiwara di dalam media sahaja. Saya tetap yakin, Umno dan Perkasa berpisah tiada.

Kalau kekasihnya Perkasa pun Umno boleh hambat macam anjing kurap - walaupun mungkin sekadar pementasan dalam media sahaja - sehingga menyalak-nyalak melolong-lolonglah dia keseorangan kerana dinyahkan, bayangkan nasib kita. Itu pengajaran yang jangan sekali-kali kita lupakan!




Berita berkaitan Klip Disini

Dari penarik beca

Tiada ulasan: