DIALOG RAKYAT |
- Tian Chua: Perkara 48 Perlembagaan penghalang politik mobilisasi
- Lawak Mr. Bean dekat Raya
- Inikah sebabnya Malaysia Today diserang DDOS?
- Jualan Utusan Tergugat, Rakyat Gelisah Pemberitaan Propaganda
- Ops SIkap ke-22: 23 terkorban pada hari ketujuh
- Kementerian Kesihatan kaji semula keperluan pengawal bersenjata api
- Ziela Jalil Selepas Tiga Tahun Tanpa Suami
- Hari Raya Aidilfitri Muram Tanpa Sosilawati
- 25 Bayi Lahir Pada 1 Syawal
- Rancangan Untuk Bakar Al-Quran Amat Dikesali, Kata Najib
- Pemaju dan Syabas disaman berhubung tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
- MB K'tan tak terima surat rasmi istiadat pemasyhuran
- Ramadhan dicemari fitnah, pembohongan
| Tian Chua: Perkara 48 Perlembagaan penghalang politik mobilisasi Posted: 10 Sep 2010 04:48 AM PDT
Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2010 membenarkan rayuan Tian Chua terhadap sabitan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi berhubung kesnya, iaitu kesalahan menggigit anggota polis. Ketiga-tiga orang panel hakim sebulat suara menyetujui bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi dibuat tanpa mempertimbangkan semua bukti.
Pertikaian kemudiannya dilanjutkan kepada hukuman denda RM2000, memasuki babak "perkiraan matematik", sama ada hukuman ini memenuhi takrifan "tidak kurang daripada RM2000" dalam Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, yang bakal menjurus kepada kehilangan hak kelayakan Tian Chua sebagai ahli parlimen. Keadaan semakin keruh apabila calon mula dicadangkan untuk menyarung jersi PKR, belumpun dikesahkan sama ada kerusi Batu sudah dikosongkan mahupun tidak, lebih-lebih lagi ia harus ditentukan speaker (dewan perundangan) ataupun mahkamah (sistem kehakiman)? Pertikaian yang hilang fokus Namun demikian, untuk watak utama kes ini, fokus isu telah dikaburi, malah pertikaian dan perbincangan tersebut telah terpesong daripada isu pokok.
Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian Chua melihat Perkara 48 sebagai satu undang-undang yang "menjinakkan politik mobilisasi" di tanahair kita. Lantaran daripada Perkara 48, wakil rakyat tidak berani untuk berdemonstrasi di jalan raya, malah tidak berani untuk berucap dalam ceramah yang tidak mempunyai permit. Mereka sekadar bersuara dalam dewan perundangan, dengan "imuniti" yang diperuntukkan untuk melindungi wakil rakyat.
Tian Chua menjelaskan, "Pendirian PKR adalah untuk mencabar (sekatan) ini. Tiada wakil rakyat yang boleh berkata, 'saya tidak berani untuk hadir ceramah yang tidak mempunyai permit'." Pemimpin politik yang memahat ingatan orang ramai dengan imej "pejuang jalan raya" sejak zaman reformasi tahun 1998 ini menyifatkan Perkara 48 sebagai "undang-undang zalim", kerana menjadikan wakil rakyat pantang untuk muncul di dalam himpunan rakyat, dan melaungkan suara rakyat. Ekoran daripada itu, pembangkang gagal menggembleng sokongan rakyat secara berkesan. Bagaimanapun, Tian Chua menganggap akta ini telah hilang kesannya secara beransur-ansur, apabila pemimpin pembangkang mengambil pendekatan demonstrasi jalan raya untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Pindaan diperlukan... Namun demikian, ia bukan bermakna wakil rakyat kebal daripada pelucutan kelayakan sebagai seorang ahli dewan perundangan. Tian Chua mencadangkan agar Perkara 48 ini dipinda supaya hukuman pelucutan kelayakan wakil rakyat dihadkan kepada kesalahan jenayah seperti pembunuhan, pecah amanah, rasuah, pencurian dan sebagainya.
PPPA, OSA, ISA malah seksyen 27 Akta Polis 1967 telah hangat diperbincangkan, malah dikategorikan sebagai "akta zalim". Secara perbandingannya, Perkara 48 ini jarang dipertikaikan sebagaimana akta tersebut. "Tiada pertikaian (terhadap undang-undang ini) kerana mangsanya ahli dewan perundangan sahaja. Ia tidak memberi kesan kepada orang awam." Pertikaian Tian Chua terhadap Perkara 48 pernah dipersoalkan sebagai "terhantuk baru tengadah". Beliau menjelaskan, undang-undang ini diperbincangkan semasa ia menimpa Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), dan juga Wee Choo Keong (bekas ahli parlimen DAP dan PKR). Menurut Tian Chua, media memberi satu persepsi bahawa Lim dan Wee membincangkan Perkara 48 ini untuk kepentingan diri, kerana mereka ingin bertanding dalam pilihan raya.
Untuk Tian Chua, keadaan ini menunjukkan bahawa masalah pokok dalam isu ini telah diputarbelitkan. "Sebaliknya, kita membincangkan sama ada Barisan Nasional mahu PRK diadakan atau tidak. Kuasa hakim untuk menentukan PRK atau kuasa speaker. Atau (bandingkan dengan) kes Fan Yew Teng (bekas wakil rakyat DAP)... Seolah-olah kita terlupa layanan yang tidak adil ke atas Fan Yew Teng," kata Tian Chua.
Pengerusi DAP, Karpal Singh, yang juga seorang peguam veteran, tampil memberi peringatan dengan merujuk kepada kes Fan Yew Teng, pada saat-saat Tian Chua melegakan nafas setelah dijatuhkan hukuman denda RM2000. Pada tanggapan awal pihak Tian Chua, hukuman denda tersebut tidak cukup untuk melucutkan kelayakannya. Kenyataan Karpal Singh ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan Pakatan Rakyat, khususnya pihak PKR, yang menganggap Karpal sengaja berbuat demikian kerana beliau tidak begitu senang dengan Tian Chua sejak dahulu lagi. Malah, ada yang mengimbas sejarah sehingga lembaran PRK Lunas, yang menyaksikan bagaimana Tian Chua mengugut untuk meletak jawatan, seandainya DAP tidak memberi laluan kepada calon Parti Keadilan Nasional (ketika itu) untuk bertanding.
Tian Chua menambah, "Ini mungkin pendirian beliau. Saya tidak perlu untuk meneka apakah motif di sebaliknya. Saya balik kepada titik asal. Seandainya Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga, atau kami memerintah, kami harus memikirkan cara untuk meminda perlembagaan dalam dewan parlimen, supaya ahli dewan dapat memainkan peranan mereka secara berkesan." "Saya tidak berniat untuk menjelaskan, seandainya hakim menurunkan hukuman denda tersebut kepada RM1999, maka selesailah masalah ini. Betul beliau selesaikan masalah, tetapi jelas, mahkamah telah dipolitikkan. Saya tidak berniat untuk menjadikan ini sebagai fokus," jelasnya. | ||||
| Posted: 10 Sep 2010 04:44 AM PDT Oleh Ustaz Saiful Bahri Cukup terdesak UMNO-BN. Kerana kini terpaksa memakai meriam katak yang lama tak digunakan. Biasanya kalau kat K.Terengganu hanya digunakan untuk letak peluru bedil bagi memaklumkan umat Islam dibandar K.Terengganu bahwa waktu berbuka telah masuk. Di waktu yang lain terpacak atas bukit tu buat perhiasan sahaja. Layak macam museum. Meriam macam ni tak boleh masuk perang lagi. Berat nak mampus dan padan letih bawak pelurunya aje.Tapi dah kepupusan idea. Pimpinan UMNO-BN pun dah kepala karat. Rasa macam takde jalan keluar lagi dalam PRU-13. Nampak tersangat cemas. Dah habis tok bomoh dok tiup dan jampi. Dari tok batin kalangan orang asli Pekan sehingga APCO dari Israel. Nampaknya politik Bung Najib dan Neng Rosmah makin menjunam. Jadi terpaksalah digalas meriam antik untuk membedil PAS-PR. Setelah serangan togel oleh Tan Sri Zainuddin Maidin tak menjadi kudis gatal pun kepada Pas. Terpaksalah recycle semula barang antik untuk buat berlaga semula. Lalu Tun Mahathir pun mula membebel menteranya… Agama, umat Islam jadi mangsa Pas: Tun Mahathir KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin Pas, yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan. Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, katanya, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengetepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam. Beliau berkata, pemimpin Pas pintar memberikan pelbagai pandangan dan penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya. "Kita lihat bagaimana mereka yang kononnya pejuang Islam sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik, kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan kerjasama itu dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa. "Umpamanya, isu ternakan babi dekat kampung Melayu, mereka mengatakan dalam Al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tidak boleh makan babi, kalau nak ternak atau lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran," katanya dalam wawancara khas bersama :UMNO-Online: yang dipetik laman portal itu di sini, semalam. Mahathir berkata, golongan itu akan melakukan apa sahaja demi memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan. Kekadang rasa kesian pun ada. Kalau dah macam Mohamed Ali yang kena penyakit Parkinson, terketar-ketar.. adakah munasabah diheret lagi hamba Allah itu untuk bertinju dan masuk gelanggang. Untuk apa? Untuk memalukannya atau untuk dipertontonkan gelagat dan aksinya? Memang le masa muda dia hebat tetapi sekarang dah tak releven lagi. Dah expired dah. Kalau makan pun boleh bawak keracunan. Kalau pakai pun buat suka dek orang aje. Sepatutnya masa-masa macam ni, ruang untuk Tun Mahathir bertaubat. Bukan meracau dan sibuk untuk kembali dalam wacana agama yang bukan keahlian beliau. Bercakap tanpa nas tetapi berhujah berdasarkan logik tanpa bukti. Sekadar menggunaka kewarasan akal semata. Nanti makin dicakap makin nampak jahilnya dan makin timbul dendam kesumat terhadap perjuangan Islam yang sepatutnya di istighfar. Apa yang dicakap sebenarnya apa yang dia lakukan. Orang yang biasa mencuri dia akan sentiasa menyebut tentang tabiat, prilaku dan tindakan mencuri sebagai peringatan kepada dirinya sendiri kerana dia menyangka orang lain juga mencuri sebagaimana dia mencuri. Mereka yang seperti ini sama dengan pepatah arab " dia pukul saya tetapi dia menangis". Tujuannya adalah untuk melindungi perbuatan buruk yang dilakukan lalu dilemparkan fitnah kepada orang lain. Kesian… apa tugas naqib dan ulama UMNO sepanjang menjadi penasihat kepada Tun Mahathir. Janganlah diharap kepada ulama muda. Tetapi peranan ulama-ulama tua yang diberi jawatan penasihat berstatuskan menteri. Kedudukan dan gaji berpuluh ribu sebulan. Apa yang dinasihat sehingga istiqamah menentang perjuangan Islam sehingga ke penghujung usianya yang panjang itu. Atau memang ia tidak suka mendengar nasihat ulama kerana ia orang yang bijaksana dan tiada siapa berani menasihatinya? Leteran Tun Mahathir terhadap Pas itu macam membebelnya orang yang dah nyanyuk. Tak perlu diambil pusing. Satu serangan untuk melihat kocakan air… hala mana buih akan timbul bagi menghadapi PRU 13. Kata-kata beliau hanya sebagai lawak dekat raya. Macam Mr Bean layaknya sebagai Pak Guard yang kecewa dan menjadi pengawal Royal National Galleri di London. Yelah.. mahir menjaga barang antic & lama di museum. UMNO sejak ditubuhkan telah menjadikan Islam sebagai mangsanya. Sama seperti Indonesia dan kebanyakan Negara jajahan kristian. Sebelum merdeka meskipun para ulama dan pejuang Islam yang berjuang untuk kebebasan maupun kemerdekaan tetapi yang tertegak adalah pancasila. Yang tertegak adalah sekularisme & nasionalisme. Bukan Negara Islam. Umat islam menjadi mangsa diskriminasi dalam mempraktikkan Islam yang syumul yang mencakupi ekonomi, sosial, politik, undang-undang dan sebagainya tetapi dipaksa dalam kepompong ibadah dan berfungsi dalam masjid. Tidak boleh dibawa ketengah medan untuk diarus-negarakan. Siapa yang memangsakan pendidikan Islam? Tulisan jawi dinyahkan yang merupakan khazanah paling berharga bangsa melayu Islam. Siapa yang memartabatkan bahasa penjajah? Siapa yang menyisihkan pendidikan Islam dan memartabatkan pendidikan kebangsaan sekian lama? Siapakah yang menghapuskan perkapita SAR? Siapakah yang menghapuskan kurikulum agama Tinggi dan bahasa arab disekolah-sekolah arab yang dimilik-negarakan. Siapakah yang menghapuskan module pendidikan akhlak dan pengajian Islam diperingkat tinggi dan universiti yang dianggap tidak perlu dan penting? Siapakah yang menghina hukum-hakam & syariat Islam. (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitive - Menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w."Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut." Diucapkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi ketika membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman Syiah. - Menghina amalan memakai purdah/bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu. - Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir". Itu baru sebahagian daripada kata-kata yang menghina Islam oleh beliau dan tidak terdengar sepatah kata taubat dan menarik balik kenyataan beliau. Apakah beliau sudah lupa. Apakah beliau juga melayu yang mudah lupa? Siapakah yang memangsakan PAS, pemimpin dan ahlinya? Apakah dosa-dosa mereka. Ada yang dibunuh seperti Ibrahim Libya & Samad Ghul. Ada yang dipenjara. Ada yang ditukar kerja, dibekukan jawatan, dipecat, didiskriminasikan dan sebagainya hanya kerana mereka itu menyokong PAS. Siapakah yang memangsakan kerajaan Pas. Sepanjang 20 tahun Pas memerintah Kelantan terlalu banyak kezaliman yang dirasai. Ketika Pas memerintah Terengganu dengan penarikan royalty, penubuhan JPPP, pembentukan JKKK sebagai kerajaan dalam kerajaan dan bermacam-macam ada yang tak muat catatan untuk dicatatkan. Kerja Siapakah semuanya ini? Kalau dahulu jawapannya adalah penjajah! Penjajah! Penjajah! Tetapi selepas merdeka semuanya angkara UMNO! UMNO! UMNO! Sebenarnya terlalu banyak noda & dosa UMNO terhadap Islam dan perjuangan PAS. Mereka boleh meneruskan lagi fitnah itu tetapi hari ini rakyat lebih tahu Islam daripada pemimpin-pemimpin UMNO-BN. Mereka tahu siapa yang benar dan siapa yang salah dan Allahlah yang lebih layak untuk menghakiminya. http://ustsaifulbahri.blogspot.com | ||||
| Inikah sebabnya Malaysia Today diserang DDOS? Posted: 10 Sep 2010 04:25 AM PDT Anak Sungai Derhaka Antara artikel yang disiarkan ialah tentang kerugian sebanyak RM8Billion yang dialami oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikaitkan dengan Tajuddin Ramli. Anak Sungai Derhaka Dalam masa 24 jam selepas beliau menyiarkan dua artikel disertai dengan dokumen yang mengaitkan pentadbiran Kerajaan Malaysia dengan salah guna kuasa ataupun rasuah, Website Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin yang kini berada di London telah diserang masaalah teknikal yang misteri atau ada yang mengatakannya serangan DDOS sebanyak dua kali. Dan sebuah lagi artikel mendakwa bahawa Tan Kay Hock, pemegang saham utama Johan Holdings Bhd, sebuah syarikat pelaburan awam berdaftar dan rakan permainan golf Najib telah meminta dari pegawai China Railways Engineering Corporation (CREC)yang mendapat kontrak membekalkan gerabak keretapi bernilai RM1.4 Billion sebanyak RM500 Juta dan RM200 juta pula bagi keluarga Najib.Menurut Raja Petra tindakan ini telah menimbulkan rasa kurang senang bagi pihak China kerana hukuman yang menanti bagi pesalah rasuah di negara China ialah hukuman mati. | ||||
| Jualan Utusan Tergugat, Rakyat Gelisah Pemberitaan Propaganda Posted: 10 Sep 2010 04:16 AM PDT Oleh Taf4 Walaupun dijual pada harga semurah RM1.50 senaskah, angka dari laporan Biro Audit Pengedaran 2009 melaporkan jualan Utusan Malaysia susut dari 213,445 naskah sahaja pada 2006 kepada 169,548 nashkah setakat Disember tahun lalu. "Akhbar arus perdana terus mengalami kemunduran selepas para pembaca beralih ke ruang internet untuk berita-berita terkini, tepat dan adil bagi memuaskan dahaga maklumat mereka. Bahkan, Utusan Malaysia tidak lagi layak mendakwa dirinya penyebar fikiran rakyat selepas penjualan akhbar itu terus corot, dan menjunam 21 peratus sepanjang lima tahun kebelakangan ini. Malah, dalam masa sesingkat enam bulan sahaja, jualan Utusan telah turun sebanyak 11,798 naskah. Meskipun begitu, jualan Utusan Malaysia terhad dalam lingkungan Lembah Klang semata-mata, dengan Selangor dan Wilayah Persekutuan mencatatkan jualan hanya 59,812 nashkah dalam tempoh enam bulan dari 1 Julai 2009 hingga 31 Disember tahun yang sama. Selain dari jualan susut di seluruh negara, Utusan Malaysia tidak mendapat sambutan di luar Lembah Klang, seraya menguja persoalan apakah propaganda Utusan Malaysia sekadar menjadi bahan penghibur hati pemerintah. Turut dirudung malang adalah akhbar Berita Harian, New Straits Times dan The Star. Menurut laporan biro, edaran The Star jatuh 7.4 peratus dari 310,000 kepada 287,000, New Straits Times 20 peratus dari 139,000 kepada 111,000, dan Berita Harian 24 peratus dari 204,000 kepada 155,000 sahaja. Hanya Sin Chew yang mencatatkan lonjakan 18 peratus dari 324,000 kepada 382,000 naskah. Harian Metro dan terbitan Ahad akhbar itu menewaskan semua pencabarnya dengan jualan yang kukuh. Meskipun dijual pada harga RM1.50 dan RM1.80, sudah 358,368 dan 404,994 terjual berbanding 249,575 dan 263, 649 sahaja pada 2006. TV Selangor difahamkan orang-ramai umumnya bosan dengan drama politik dan mengesyaki media arus perdana tidak telus dan dikawal oleh kerajaan. Tinjauan Merdeka Center mendapati 54 peratus orang Melayu dan 55 peratus orang Melayu tidak mempercayai laporan media. | ||||
| Ops SIkap ke-22: 23 terkorban pada hari ketujuh Posted: 10 Sep 2010 04:14 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Hari ketujuh Ops Sikap ke-22 mencatatkan 23 lagi korban jalan raya menjadikan jumlah mereka yang maut sejak operasi dilancarkan pada Jumaat lalu meningkat kepada 118 orang. Pegawai Perhubungan Ops Sikap Polis Diraja Malaysia, Asisten Superintendan Bakri Jainal Abidin, berkata pemandu dan penumpang kereta mencatatkan korban tertinggi dengan 12 kematian diikuti sembilan penunggang dan pembonceng motosikal, serta masing-masing satu pengguna lori dan pejalan kaki. Sebanyak 1,269 kemalangan dilaporkan berlaku semalam, iaitu 578 di jalan persekutuan, 314 jalan bandaran, 192 jalan negeri, 99 di lebuh raya dan 86 di lain-lain jalan, katanya. Sebanyak 10,827 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya melibatkan 6,609 dan 4,218. Ops Sikap ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan berakhir pada 17 September. | ||||
| Kementerian Kesihatan kaji semula keperluan pengawal bersenjata api Posted: 10 Sep 2010 04:12 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula keperluan meletakkan pengawal keselamatan bersenjata api di hospital berikutan kejadian dua pengawal keselamatan ditembak mati rakan setugas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata selain itu pihaknya juga meneliti kemungkinan memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) di fasiliti tersebut bagi mengurangkan kebergantungan kepada pengawal keselamatan. "Kita akan kaji semula keperluan. Kita juga akan pastikan kalau boleh nak tambah CCTV dan kurangkan pengawal. Akan ada pengawal tapi tak perlu terlalu banyak," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan ahli Kabinet di Seri Perdana di sini, hari ini. Bagaimanapun, kata Liow,, pengawal keselamatan bersenjata api di hospital masih diperlukan. "Cuma tidak perlu ramai kerana ini bukan bank, tak ada berlaku rampasan apa-apa," katanya. Pada masa sama, Liow turut meminta masyarakat supaya tidak bimbang dengan kemungkinan pengawal keselamatan di hospital menyalahgunakan senjata mereka kerana setiap mereka telah diselidiki latar belakang selain diberi latihan mencukupi. Dalam kejadian 27 Ogos lalu, seorang pengawal keselamatan di HTAR dipercayai menembak mati dua rakan setugasnya selepas dikatakan marah apabila ditegur oleh salah seorang daripada mereka kerana tidur semasa bekerja. | ||||
| Ziela Jalil Selepas Tiga Tahun Tanpa Suami Posted: 10 Sep 2010 04:09 AM PDT
![]() Ziela Jalil beraya bersama-sama anak-anaknya di Kuala Lumpur dan Teluk Intan, Perak. - Foto oleh AZMAN GHANI MASUK tahun ini, sudah tiga tahun penerbit Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil, 40, beraya tanpa suami. Selepas Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob meninggal dunia pada 24 Januari 2008, Ziela akui semakin kuat dengan sokongan dua orang anaknya iaitu Puteri Julia Nabilah, 18, dan Megat Jufri Nasrullah, 16. Malah dia semakin tabah untuk untuk membela kedua-dua anaknya itu. Dengan rezeki yang dikurniakan Allah, Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil bagaikan terpanggil untuk menggunakan segala kudrat yang ada tanpa mengenal erti bergantung harap kepada orang lain. Begitu juga dengan Hari Raya yang diraikan pada tahun ini, baginya cukuplah sekiranya anak-anak berdampingan dengannya. Bukan sombong dan mahu menjadi kera sumbang, sebaliknya bimbang sekiranya dikecewakan. "Masa mula-mula kehilangan arwah suami, saya pernah rasai keperitan hidup. Saya alami tekanan perasaan yang hebat namun Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya hadapi kehidupan ini dengan kekuatan yang diberikan oleh anak-anak. Dari sehari ke sehari saya belajar menjadi seorang yang tabah. "Terus-terang jika ada yang bertanya adakah saya hendak berkahwin lagi, saya belum terfikir ke arah itu kerana mahu fokuskan kepada ibu dan anak-anak dahulu. Hati saya belum terbuka lagi untuk lelaki lain tetapi macamana pun, saya tak nak cakap habis," katanya kepada mStar Online. Buat masa ini, dia belum bersedia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya kerana bimbang sekiranya dia akan membuat perbandingan antara arwah suaminya dengan lelaki itu. Apa-apa pun, dia hanya manusia biasa yang berserah kepada jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Tinggalkan sementara tentang jodoh kerana ada perkara lain yang lebih mengujakan Ziela sempena Hari Raya ini. Ziela tidak sabar menantikan reaksi penonton tentang telefilem Kabus terbitan syarikat produksinya yang akan disiarkan pada 12 September ini, pukul 2.30 petang di Astro Oasis (saluran 106). "Saya harap semua penonton akan menonton drama itu sebab ia menggabungkan pelakon terbaik Malaysia dan Asia yang berlakon di sebuah hutan di Taiping. Selain itu, garapan ceritanya sangat menarik dari segi teknik kamera dan pengarahan," beritahunya penuh semangat. Selain itu, dia pernah menerbit drama Ceplos, Geng Surau, Janji Kekasih dan telefilem Teh Tarik Kurang Manis. Beralih kepada sambutan Hari Raya, aktres rupawan menerusi filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu itu berkata biarpun sederhana, kemeriahan tetap ada. Pada Hari Raya pertama, dia dan anak-anak akan beraya bersama-sama ibu dan neneknya di Keramat, Kuala Lumpur serta menziarahi pusara suami. Ia adalah aktiviti wajib bagi mereka. Sehari selepas itu pula mereka beraya bersama-sama bekas ibu mertuanya di Teluk Intan. Hendak diikutkan, bukan pada Hari Raya sahaja Ziela dan anak-anak akan pulang ke Teluk Intan tetapi boleh dikatakan setiap bulan semenjak arwah tiada. | ||||
| Hari Raya Aidilfitri Muram Tanpa Sosilawati Posted: 10 Sep 2010 04:08 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Suasana sambutan Aidilfitri bagi keluarga jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang kebiasaannya meriah apabila berkumpul beramai-ramai, hari ini muram berikutan ketiadaan beliau. Adiknya, Masturi, 44, berkata kebiasaannya setiap kali perayaan Aidilfitri mereka sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor. "Hari raya tahun ni rasa lain tanpa dia (Sosilawati)...setiap tahun dia akan mengadakan majlis rumah terbuka di kampung. "Di kediamannya di Gombak, dia akan adakan majlis rumah terbuka pada hari raya kedua atau ketiga," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak di sini. Masturi berkata mereka sekeluarga masih lagi menunggu perkembangan Sosilawati yang telah hilang bersama tiga lelaki sejak 30 Ogos lepas. "Tiada langsung persiapan pada tahun ini dan kami hanya menanti perkembangan kes kehilangannya. "Kami masih tidak menerima apa-apa sebarang panggilan ugutan daripada mana-mana individu...apa-apa pun kami serahkan kepada pihak polis untuk siasat dan mengesan dimana dia berada," katanya. Sosilawati dan pembantu peribadi Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. Isnin lepas, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. | ||||
| Posted: 10 Sep 2010 04:06 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Seramai 25 bayi dilahirkan di beberapa hospital di sekitar Lembah Klang ketika umat Islam menyambut ketibaan 1 Syawal hari ini. Kelahiran bari-bayi Raya itu amat bermakna bagi ibu bapa masing-masing yang menyambut 'hadiah istimewa' itu dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur. Hospital Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kelahiran tertinggi dengan 15 bayi setakat 2 petang ini dengan bayi pertama dilahirkan pada pukul 3.59 pagi. "Seramai lapan bayi lelaki dan tujuh bayi perempuan di mana lapan daripadanya berbangsa Melayu, empat India manakala masing-masing satu Myanmar, Indonesia dan Afrika," kata seorang jururawat dari wad bersalin hospital itu ketika dihubungi. Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), seramai lapan bayi dilahirkan iaitu enam bayi lelaki dan dua bayi perempuan. Hospital Pantai Kuala Lumpur pula mencatat dua kelahiran dengan satu lelaki dan satu perempuan dengan kelahiran pertama pada pukul 6.07 pagi. | ||||
| Rancangan Untuk Bakar Al-Quran Amat Dikesali, Kata Najib Posted: 10 Sep 2010 04:02 AM PDT BERNAMA PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan ekstremis, Padri Terry Jones dari The Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat untuk membakar Al-Quran sebagai amat dikesali. Najib berkata tindakan padri itu merupakan satu keingkaran, tidak bertamadun dan hendaklah dikutuk oleh mereka yang berfikiran rasional. "Ia akan menjadi satu implikasi yang sangat serius. Saya sangat berharap dan berdoa agar presiden Barack Obama dan kerajaan Amerika Syarikat akan berbuat sesuatu untuk menghalang daripada berlaku," tegas Najib. Najib juga berharap agar padri itu akan menukar fikiran kerana tindakan tersebut akan mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan Muslim di seluruh dunia dan beliau bimbang dengan akibatnya yang sangat buruk. "Jadi saya harap setiap orang akan melakukan sesuatu yang terbaik untuk menghalang rancangan ini tidak akan berlaku kerana ia hanya menjadikan hubungan antara Muslim dan bukan Muslim ke arah yang sangat merbahaya dalam hubungan yang sepatutnya terus bertambah baik," tambah beliau. Beliau juga berharap kenyataannya akan diikuti di seluruh dunia oleh semua pemimpin Muslim. Dalam perkembangan berkaitan, media antarabangsa melaporkan bahawa Jones telah "menggantung" rancangan untuk membakar Al-Quran yang pada awalnya beliau akan lakukan sempena ulang tahun kejadian 9/11 pada Sabtu. | ||||
| Pemaju dan Syabas disaman berhubung tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Posted: 10 Sep 2010 04:00 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE KUALA LUMPUR - Keluarga seorang veterinar yang terbunuh semasa kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di Ampang, dua tahun lalu, memfailkan satu saman kecuaian berjumlah RM1.73 juta terhadap pemaju kawasan perumahan dan sebuah syarikat bekalan air. Dua lagi penduduk kawasan perumahan itu, ahli perniagaan Datuk Amanullah Mohamed Yusoof, dan pemilik rumah Harveen Kaur Balbhir Singh juga memfailkan saman yang sama dengan menamakan Superview Development Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas). Mereka menuntut kerugian terhadap harta benda mereka berikutan kegagalan defendan pertama mengambil langkah-langkah secukupnya bagi menghalang tanah runtuh manakala defendan kedua pula atas kegagalan menyelenggara paip air yang aktif di dalam dan di sekitar lereng bukit. | ||||
| MB K'tan tak terima surat rasmi istiadat pemasyhuran Posted: 10 Sep 2010 03:58 AM PDT
Katanya sehingga kini beliau tidak mendapat sebarang khabar mengenai perkara itu daripada mana-mana pihak. "Saya kalau boleh tidak mahu komen sebarang perkara berkaitan istana (Kelantan)," katanya kepada Bernama hari ini. Nik Abdul Aziz berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik sumber bahawa pemangku Raja Kelantan dipercayai akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Isnin ini bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra yang gering sejak setahun lalu. Istiadat pemasyhuran itu dikatakan bakal berlangsung di Balairong Seri Istana Balai Besar di sini bermula pada pukul 11.30 pagi. Sementara itu Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad ketika dihubungi Bernama berkata beliau enggan mengesahkan mengenai istiadat pemasyhuran itu. "Saya tidak mahu mengesahkan dan juga tidak mahu menafikan perkara itu. Saya juga tidak mendapat perintah daripada pemangku Raja untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara itu," katanya. | ||||
| Ramadhan dicemari fitnah, pembohongan Posted: 10 Sep 2010 03:54 AM PDT
|
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Seandainya diteliti Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan, telah dinyatakan mengenai kehilangan hak kelayakan sebagai ahli parlimen - pada klausa 1(e), seseorang telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun, atau denda tidak kurang daripada RM 2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.
"(Mengikut gambaran media) Ia seolah-olah tidak berkaitan dengan pengundi, sebaliknya ia dipersalahkan kepada wakil rakyat kerana tidak berhati-hati, mulut celupar dan turun ke jalan raya..." Tian Chua merungut, sambil mendedahkan bahawa dirinya dinasihati pengundinya agar tidak turun ke jalan raya dan tidak "terlalu berani bersuara", sehingga pengundi "kehilangan seorang wakil rakyat yang baik".
"Pertama, saya tidak tahu apa perbalahan yang pernah berlaku antara diri saya dengan Karpal (gambar kanan). Pada saya, kenyataan ini (Karpal sengaja membangkitkan kes Fan untuk mengheret Tian) sukar diterima. Saya menganggap Karpal mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Beliau berpegang teguh dengan pandangan dirinya. Beliau boleh melihat isu lebih daripada satu perspektif. Beliau melihat masalah dari sudut undang-undang, sebagai peguam, dan bukan semestinya sebagai pembangkang atau perspektif hak asasi manusia, semasa beliau melihat sesuatu isu."
Beliau berharap apa yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani masalah perkauman dengan melaksanakan tugas tanpa pilih kasih jika melibatkan undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan