Selasa, 7 September 2010

D'Perbatasan

D'Perbatasan


Pesanan Hari Raya buat anak-anak Selangor

Posted: 07 Sep 2010 07:52 AM PDT

Hari Jumaat ini insyallah kita akan meraikan Eidul Fitri. Ini bermakna umat Islam dalam negara akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing mulai awal minggu hadapan.

Lajnah Penerangan PAS Pusat mengaturkan program Kempen Balik Kampung bagi membekalkan mereka yang pulang ke kampung bertemu sanak-saudara masing-masing dengan bahan-bahan penerangan untuk menjawab dan menyerang propaganda jahat Umno dan BN yang sering bernain di media arus perdana yang dibolot oleh mereka.

Kiranya saya ada saluran atau ruang untuk berbicara dengan golongan sasaran ini di negeri Selangor, di Sabak Bernam, di Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan lain-lain pelusuk Selangor, saya akan katakana.

PERTAMA: Yakinlah di Selangor ini walaupun media arus perdana menyerang dan memperlekeh kita, rakyat Selangor celek. Mereka dapat mengukur, melihat dan menyukat apa yang telah berlaku dan apa yang sedang berlaku. Hari ini dengan semalam jauh bezanya walaupun semalam itu lebih 50 tahun lamanya sedang hari ini baru 2 tahun 6 bulan.

Dalam tempoh yang singkat hari ini banyak noda dan kepincangan yang lampau telah berjaya dikikis dan diubati.

KEDUA: Kita mampu memperkasakan kedudukan hari ini, menjadi lebih baik, lancar dan licin. Lebih bermakna sehingga tiada lagi gusar dan bimbang Mutiara kecil ditangan ini mampu berkilau mampu menyerlah menerangi dunia, pokoknya adalah pada kita.

Oleh itu bangkitlah anak-anak Selangor di setiap ceruk, mempertahankan kerajaan yang ada ini dan mengembalikan ia dengan kekuatan yang lebih kukuh untuk terus memimpin membawa kebaikan dan kesejahteraan buat semua.

Gabungan PAS,PKR dan DAP memang baru buat negeri ini. Tetapi yang baru ini muncul bukan untuk mengulangi kecurangan mereka yang lampau, ia muncul dengan izin Allah untuk merintis jalan baru, rakyat yang baik di Selangor ini perlukan kepimpinan yang baik dan bermaruah yang memenuhi keperluan dan kebajikan rakyat selain mampu menjelamkan pembangunan yang bermanfaat. Telus, bebas rasuah dan takut pada Tuhan.

PAS, PKR dan DAP memang punya banyak perbezaan, namun juga ada persamaan. Persamaannya yang jelas adalah ia jujur mahu membela dan memperjuangkan nasib rakyat. Ia benci pada penindasan, benci pada kepincangan, benci pada kezaliman. Bersama ia merupakan satu pakatan yang mahu mengurus negeri yang maju dan kaya ini agar hasil-mahsulnya bukan dibolot oleh kelompok atau puak tertentu, tetapi diurus dengan penuh hemah dan dilimpahkannya kembali untuk dirasai oleh segenap rakyat jelata.

Dalam tempuh 2 tahun 6 bulan ini kita telah saksi dan rasai bersama:

1) Menteri Besar dan EXCO Pakatan Rakyat bekerja bersungguh demi rakyat. Sejak 100 hari pertama memerintah, aset dan harta mereka dipamirkan buat tatapan rakyat. Bagaimana dengan MB dan EXCO yang lalu, agak-agaknya berapakah harta dan aset mereka apabila keluar dari Bangunan SUK pada 8 Mac 2008 lalu? Yang kita tahu bekas MB BN Selangor bina mahligai berjuta ringgit sbeaik keluar dari rumah rasmi kerajaan.

MB dan EXCO PR Selangor bekerja sepenuh masa, tiada yang berniaga atau menyalurkan kekayaan untuk disalah-guna anak-isteri dan kaum keluarga seperti mereka yang lepas. Begitu juga para ADUN PR Selangor. Tiada yang lari dari tanggungjawab, tiada yang mencuri kesempatan seperti amalan dimasa-sama lampau.

EXCO dan wakil rakyat PAS contohnya, sebahagian besar ditauliahkan dan mampu memberi kuliah dan berkhutbah depan rakyat. Mereka bukan sekadar datang mengunjungi masjid dan surau, tetapi mampu membimbing jemaah dan mengimamkan solat, sesuatu yang ganjil diperingkat Selangor sebelum ini.

2) Masjid dan surau di Selangor hari ini berjaya dibebaskan dan diserahkan kembali urusannya kepada ahli-ahli kariah. Sebelum ini institusi agama ini dibolot oleh parti politik. Merekalah yang menentukan pimpinannnya. Hak ahli-ahli kariah dinafikan. Masjid menjadi sejuk dan lesu. Mereka menyenarai hitamkan tuan-tuan guru dan para ulamak yang berwibawa.

Almarhum Dato Ishak Baharom, Prof Dato Dr Harun Din, Dato Ismail Kamus adalah antara tokoh-tokoh besar yang digam dan doharamkan dari memberi kuliah dan pengajian. Program ilmu, program pemantapan rohani seperti qiyamullail dipandangn serong dan penuh prasangka.

Kini masjid dan surau di Selangor hidup. Masjid diagendakan menjadi wahana transformasi ummah. Yang mahu dibentuk dan dilahirkan adalah anak-anak Selangor yang cinta Islam dan menjiwai Islam sehingga ia menjadi satu cara hidup mereka. Tiada lagi masalah sosial, tiada lagi keruntuhan akhlak, semua menjadi semakin baik dan berguna buat masyarakat.

3) Di Selangor hari ini rakyat beroleh nikmat langsung dari program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Inilah kerajaan negeri pertama yang memberi air percuma kepada rakyatnya (20 meter padu pertama). Bagi jutawan dan hartawan ia mungkin tidak bermakna tetapi buat rakyat jelata kebanyakkan ia sangat bermakna dan dialu-alukan. Begitu juga Selangor hari ini ada TAWAS Tabung Warisan Anak Selangor, ada skim warga usia emas, ada hadiah buat anak-anak kita yang masuk ke IPTA/IPTS, ada Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang.

Perkara-perkara kecil sebegini (Umno Selangor dakwa ia kecil) tidak dipedulikan malah diabaikan oleh kerajaan sebelum ini. Namun bagi kerajaan PR Selangor inilah yang dikehendaki rakyat jelata, keutamaan yang sewajarnya diberikan oleh kepimpinan yang prihatin pada keluhan dan kemahuan rakyat.

4) Prestasi pimpinan masyarakat kerajaan PR Selangor walau dalam tempoh 2 tahun 6 bulan jauh meninggalkan kepimpinan pincang dimasa lepas. Dahulu jawatan Ketua Kampung dipegang oleh "Little Napoleon" lazimnya Ketua Umno atau MIC atau MCA cawangan. Apa sahaja bantuan dan kemudahan peringkat kampung dipolitikkan. Orang kampung menjadi hamba dan terpaksa akur jika tidak mereka dipulau dan disisihkan.

Hari in Ketua Kampung bagaikan wakil rakyat kecil. Mereka berkhidmat untuk rakyat dan menjadipenghubung antara rakyat dan kerajaan. Bukan orang PAS, PKR dan DAP sahaja, orang Umno yang susah juga dibantu. Demikian juga anggota JKKK yang lain, Nazir dan JK Masjid. Begitu juga ahli-ahli majlis PBT. Di bawah kerajaan PR ahli-ahli majlis PBT juga bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penduduk. Perkhidmatan PBT kepada masyarakat menjadi semakin lancar dan efisyen.

5) Untuk Hari Raya tahun ini kerajaan Pusat mengumumkan bonus RM500 kepada kakitangan Persekutuan. Kerajaan Negeri PR Selangor turut memberi jumlah yang sama kepada kakitangan kerajaan negeri malah ia melangkau selangkah lagi dengan turut memberikan hadiah RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (Kafa) yang akan melibatkan pembayaran sebanyak RM1.3 juta.
Sebelum itu pada bulan November 2008 kerajaan PR Selangor telah mengumumkan kenaikan gaji guru-guru KAFA dari RM738.30 ke RM1000, sementara Penyelia KAFA mendapat kenaikan dari RM1112.00 kepada RM1500.

6) Di bawah kerajaan PR Selangor pengagihan kontrak kerajaan menjadi lebih telus dan membuka peluang kepada semua kontraktor Bumiputera yang layak tidak seperti dahulu apabila tawaran sekadar berligar dikalangan beberapa kerat yang tertentu sahaja.

Isu perlombongan pasir yang dipolitikkan oleh pihak Umno dan BN sebenarnya menyembunyikan fakta bahawa di bawah PR tawaran perlombongan pasir ini adalah melalui proses tender. Kerajaan negeri menerima tawaran yang terbaik, tidak seperti dahulu apabila ia didominasi oleh syarikat kaum keluarga tertentu sahaja.

Segala yang disenarikan di atas adalah nikmat yang diperolehi rakyat Selangor apabila mereka menaikkan kerajaan baru ini.

Tugas kita adalah untuk memperkasakan lagi kerajaan yang baik ini dan mengelakkan sama-sekali dari puak pincang yang terdahulu kembali berkuasa merosakkan apa yang telah dipulihkan.

Oleh itu dari Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat, rakyat Selangor perlu sedar bahawa mutiara yang ada dalam tangan ini perlu dikekalkan. Sama-sama kita bentuk sebuah pengharapan baru yang lebih baik buat semua setelah laluannya telah dibuka oleh kerajaan baru ini. Kita kikis dan buang saki-baki Umno dan BN yang ada yang cuma kemaruk pada kuasa setelah 2 tahun 6 bulan kehilangannya. Kuasa bagi mereka adalah buat kepentingan peribadi dan kelompok mereka semata-mata sedangkan kuasa yang sebenarnya perlu diguna untuk kepentingan rakyat.

PR Selangor tewas tipis di beberapa kerusi DUN di Selangor. Ayuh kita yakinkan ibu-bapa, sanak-saudara dan kenalan kita bahwa kemenangan yang lebih besar penting buat PR untuk menterjemahkan agendanya dengan lebih bermakna buat rakyat. PAS tewas 45 undi di DUN Seri Serdang, Puchong, 117 undi di Sabak, 123 undi di Sg Air Tawar, 404 undi di Morib, 613 di Taman Templer, 642 di Paya Jaras. Begitu juga DAP dan PKR tewas tipis di kerusi tertentu.

Kita mahu tebus semua kekalahan ini kerana kita mahu bina kerajaan yang tidak lagi memberi peluang kepada gangguan mana-mana pihak. Kita mahu meyakinkan kakitangan kerajaan negeri khasnya para pegawai kanannya bahwa "this state government is here to stay", mereka samada memilih untuk taat pada kerajaan pilihan rakyat ini atau mereka ikut senasib dengan BN dan Umno Selangor yang semakin nazak.

Sempena Eidul Fitri ini, kembalikanlah kegembiraan sebenar buat rakyat Selangor. Hakikatnya kita telah buat pilihan yang terbaik pada 2008, dan terbukti ia memang baik sehingga kini. Kekalkan pilihan ini dan tambah perkasakan ia. Moga Selangor kekal bermaruah, maju, bersih dan berkebajikan.

Sports Toto jamu orang dhaif Islam,bermaruahkah kita?

Posted: 07 Sep 2010 07:48 AM PDT

Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dipenuhi umat Islam dengan amal ibadat yang berlipatganda kerana mahu mengejarkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt. Kalau makan dan minum pun wajib dielakkan,inikan pula perkara dan kerja-kerja yang keji dan mungkar serta diharamkan oleh agama. Demikianlah ketahanan umat Islam diuji pada bulan yang besar ini.

Namun demikian dimanakah letaknya maruah kita, usah berbicarlah hal jalur gemilang yang diinjak dan dibakar di seberang, itu perkara kecil, berbanding dengan biadapnya kita sendiri membenarkan anak-anak yatim dan miskin serta ibu-ibu tunggal yang beragam Islam diraikan, diberi makan dan wang raya dari hasil judi oleh syarikat judi tempatan!

Ya Allah ampunkanlah dosa kami.

Dalam The Metro sisipan akhbar The Star hari ini dilaporkan betapa syarikat judi SPORTS TOTO menjamu dan meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dari Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting.

Kita perlu pandang serius perkara ini. Pihak pengurusan kedua-dua persatuan perlu dinasihatkan kerana mereka membenarkan orang yang miskin serta anak yatim di bawah jagaan mereka dijamu oleh sebuah syarikat yang aktivitinya jelas haram disisi Islam! Pihak Sports Toto juga perlu diberitahu bahawa hasil judi mereka yang haram itu jangan diberi makan kepada orang Islam walaupun kononnya atas alasan kebajikan.

Saya sedih melihat masih ada kesempatan diambil oleh syarikat-syarikat ini untuk menjamu orang-orang Islam yang miskin dan dhaif. Dan lebih sedih lagi apabila melihat merekayang diberi amanah menjaga orang susah sanggup menggadaikan maruah dan mengharung dosa semata-mata kerana habuan wang ringgit.




Oleh Roslan SmS

Polis DiRaja KDN !!

Posted: 07 Sep 2010 05:08 AM PDT

Tan Sri Musa Hassan mengakui luahannya berhubung campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, adalah merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau berkata, campur tangan itu yang melibatkan tindakan mengeluarkan sesuatu arahan tanpa pengetahuannya dan tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan ianya terbukti membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Ditanya lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah individu mempunyai kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Katanya lagi, pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan.

"Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan tuduh polis terima rasuah. tetapi pada hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis," katanya.

Menjawab satu soalan, beliau sentiasa bersikap terbuka dan berterus terang selagi percaya tindakannya itu di jalan yang betul.

"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.

"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa," katanya lagi.

Dalam pada itu, Musa turut memberitahu, beliau hanya mengetahui tempoh tamat kontraknya selepas diumumkan melalui satu sidang akhbar dan bukannya dimaklumkan terus kepadanya.

"Saya tidak dimaklumkan apa-apa berhubung penamatan kontrak saya ini dan mengetahuinya selepas satu kenyataan akhbar," katanya.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Menurutnya, mereka cuba memberi tekanan, mungkin kerana kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Musa dalam wawancara itu menegaskan bahawa hanya KPN yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.


p/s:

Terbuktilah sebenarnya pihak polis bukan hanya menjaga keselamatan awam, tetapi menjaga kepentingan politik kerajaan, kepentingan peribadi individu di dalam kerajaan dan memastikan kerajaan terus berkuasa dengan slogan 'by hook or by crook'. Ini menunjukkan pihak polis tidak menjalankan tugasnya dengan amanah kerana telah bertindak bias terhadap parti UMNO yang memerintah.

Maka kita tidak hairan mengapa banyak kes yang tidak disiasat kerana melibatkan individu berprofile tinggi, maka kita juga tidak hairan mengapa berlaku 'case close' apabila diarahkan oleh KDN kerana ia mungkin menjejaskan kredibiliti pihak kerajaan.

Pihak polis sepatutnya menjadi satu badan berkecuali dan bertindak adil sepertimana dalam sumpah setianya. Melindungi orang awam adalah menjadi keutamaan pihak polis, berbanding melindungi pesalah yang bertaraf menteri seperti kes raba bontot Jamaludin Jarjis.

Dengan kenyataan Musa Hasan ini, dapatlah disimpulkan bahawa selama ini rakyat berdepan dengan badan berkuasa yang menyalahi undang-undang serta mempraktikkan sebuah kerajaan yang mengamalkan pemerintahan kuku besi.

Justeru, di manakah rasionalnya untuk kita mempercayai pihak yang berkuasa ?




Dari EDYESdotCom

Umno 'kecutkan' minda Melayu - Hishamuddin Rais

Posted: 07 Sep 2010 04:44 AM PDT

Satu Malaysia menanggung kerugian, apabila pemerintah mengambil langkah memusnahkan institusi pengajian, mengawal media dan memperbodohkan rakyat - lantas memberi laluan kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah untuk berlaku sepanjang puluhan tahun ini.

Pandangan berbeza dicantas, demonstrasi jalan raya dipatahkan setelah dewan dalam universiti untuk pertembungan pandangan ditutup, dan peranan universiti sebagai institusi pendidikan dimusnahkan. Lantaran daripada itu, universiti awam tempatan menghasilkan badut, kaki bodek, malah ahli akademik yang memplagiat kajian orang lain pada hari ini...

Hishamuddin Rais (gambar kanan, kedua dari kiri), yang juga "produk" Universiti Malaya pada tahun 1970-an, gagal menahan kemarahan melihat situasi institut pengajian tinggi tempatan yang diperlakukan sebegini oleh pemerintah, sehingga mengeluarkan kata-kata kasar, "Masa sudah tiba. Masa sudah tiba untuk semua kita kata, F*** you, United Malays National Organisation!"

Luahan Hishamuddin Rais ini disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh daripada lebih 150 orang hadirin, dalam satu forum berjudul "Malays Are Muted Too! - The Importance Of Freedom Of Expression", bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (SCAH), semalam.

Forum ini mempertemukan mereka yang "dibisukan"- Zunar yang diharamkan karya kartunnya; Amir Muhammad yang dirampas buku terbitannya, Jamaluddin Ibrahim yang diarah untuk mengambil cuti setelah rancangannya "Say Hi To Malaysia" dalam stesen radio 98.8 disiasat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), dan Hishamuddin Rais, bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sepanjang ini mencabar sistem yang sedia ada dengan pandangannya yang penuh kontroversi.

Lebih menarik, biarpun keempat-empat ahli panel ini berketurunan Melayu, namun mereka berasal dari dunia yang berlainan bahasa. Jamaluddin Ibrahim, misalnya lebih fasih untuk bertutur dalam bahasa Cina, dan mempunyai peminat dari komuniti Cina. Forum yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Hak Sivil SCAH, 1 Muted Malaysia dan MerdekaReview.com ini dijalankan dengan terjemahan oleh moderator, Chai Chee Fatt.

Guan Eng naik Haji tahun depan?

Hishamuddin Rais bermula dengan analisis bagaimana orang Melayu ditakut-takutkan, dan diperbodohkan agar pemerintah mengambil kesempatan untuk mengaut kepentingan diri. Pawang dan bomoh dalam kampung akan menyebarkan khabar hantu, dan kemudian akan diberikan telur dan beras oleh orang kampung yang telah ditakut-takutkan. Dalam politik moden, Hishamuddin Rais mendakwa model ini terus digunapakai, dan orang Cina dalam konteks hari ini telah dijadikan "hantu" untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Beliau sempat melontarkan jenaka ketika menyindir politik perkauman yang dimainkan dewasa ini, "Sekarang kamu boleh nampak, setiap hari, UMNO kata DAP pergi surau-lah, Lim Guan Eng sembelih lembu-lah...Lepas tu, tahun depan, Lim Guan Eng naik Haji...kemudian, Lim Kit Siang bersunat!"

Malah, Hishamuddin Rais (gambar kanan) mempersendakan kenyataan bahawa orang Cina bakal mengambil-alih kerajaan di Malaysia, "Mengapa orang Cina mahu mengambil alih negara ini? Ini sesuatu yang pelik. Negara ini negara yang paling teruk disalah-urustadbir (mismanaged) di dunia...polisnya rasuah, sistem kehakimannya rasuah. Kalau Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri, dalam tiga hari beliau akan ditendang keluar!"

Budaya perbincangan intelektual di Universiti

Ketika menjawab soalan daripada hadirin, Hishamuddin Rais mengimbas nostalgianya bagaimana suburnya budaya perbincangan intelektual dalam universiti, pada zaman tahun 1960-an dan 1970-an. Menurut Hishamuddin Rais, yang juga pemimpin gerakan siswa ketika itu, persatuan dan pertubuhan dalam kampus akan menempah dewan pada setiap malam Rabu, untuk menganjurkan forum.

Untuk beliau, budaya ini adalah tradisi pengetahuan, menyaksikan bagaimana idea baru dicabar, sementara idea lama disingkirkan. "Ini adalah kegunaan universiti...ini adalah apa yang dikatakan pendidikan!" Pandangan Hishamuddin menerima tepukan dari bawah pentas.

"Kemudian, datang seorang yang bernama Mahathir Mohamad. Beliau musnahkan institusi. Beliau memusnahkan universiti sebagai institusi untuk pembelajaran. Mengapa? Kerana banyak pandangan yang berbeza dari kampus. Banyak demonstrasi, banyak "tidak setuju" (disagreement) datang daripada orang muda!"

Malah, Hishamuddin Rais memperlihatkan kekecewaannya apabila perbincangan intelektual kini terpaksa mengambil tempat di SCAH, atau hotel yang disewa, yang untuknya bukan tempat yang sesuai. "Ia seharusnya berlaku dalam dewan universiti. Apa yang terjadi sekarang adalah semuanya tertutup!"

Beliau yang gagal menahan kemarahan akhirnya mencemuh UMNO, yang dipersalahkan kerana memusnahkan segala-gala ini.

Feudalisme sebati dengan jiwa Melayu

Amir Muhammad, yang pada mulanya "terasa malas untuk hadir" kerana melihat tajuk forum (Melayu juga dibisukan), cuba mengulas isu ini di luar kerangka perkauman, mengambil contoh bagaimana "senarai tahanan ISA dari dulu hingga sekarang" memperlihatkan corak "1Malaysia".

Bagaimanapun, pembikin filem bebas ini berkongsi pengamatannya bahawa "feudalisme adalah satu perkara yang amat sebati dengan jiwa Melayu, yang berkurun-kurun lamanya." Amir Muhammad mengimbas sejarah bagaimana kaum Melayu menyembah kepada raja Hindu sebelum kedatangan Islam, dan bagaimana penyembahan ini dialihkan kepada Raja dan Sultan Islam, seterusnya kepada pemerintah sekarang.

Malah, feudalisme ini tidak terhapus hanya dengan pertukaran sistem politik, misalnya kepada republik. Ketika menjawab soalan dari hadirin, Amir Muhammad mengambil contoh bagaimana ketiga-tiga negara republik termasuk Singapura, Filipina dan Indonesia, yang terjatuh ke dalam neo-feudalisme, apabila rakyatnya masih cenderung untuk mengundi calon yang "dilahirkan daripada sperma seorang tokoh dahulu".

Mengulas isu negara republik, Hishamuddin Rais yang juga pembikin filem seketika dahulu enggan memberi jawapan yang "dramatik", misalnya menganjurkan Revolusi Bolsheviks dan sebagainya, tetapi tetap mengusik hati ramai.

Hishamuddin tidak tertarik untuk hapuskan raja, tapi...

Beliau berkata, "Menukar kepada (sistem) Republik, untuk saya tidak begitu penting. Saya tidak tertarik hati untuk menghapuskan raja-raja. Untuk saya, kamu boleh mempunyai seramai raja yang boleh. Tapi kamu kerja. Kamu boleh mempunyai seorang raja yang memandu teksi, kamu boleh mempunyai Sultan Negeri Sembilan memandu teksi...saya ok. Kamu boleh jadi Raja, Tan Sri, tapi kamu kerja sebagai nelayan...kamu boleh jadi Raja, kamu boleh jadi Sultan, apa masalahnya?"

"Masalahnya, mereka tidak bekerja (they are not working)...Mereka menyalahgunakan wang (they are abusing the money). Itu masalahnya!"

Hishamuddin Rais menegaskan,"...tapi, jangan suruh saya menghormati anda, kerana penghormatan bukan dipaksakan kepada rakyat. Kita memberikan penghormatan, kerana kita wajib berikan penghormatan kepada orang yang seharusnya kita hormati."

Malah, beliau memberi contoh bagaimana negeri India yang juga mengekalkan kerabat dirajanya, telah memperlihatkan perubahan. "Di India, ada raja-raja yang jalankan perniagaan hotel. Mereka masih mempunyai kerabat diraja, kamu nak jual kacang putih, kamu boleh jual kacang putih... Apa masalahnya?"

Amir: Mengapa raja tidak bersatu?

Amir Muhammad yang mengkaji filem tanah air turut berkongsi pengamatan dirinya. Beliau mendapati filem pada tahun 1940-an hanya menjadikan raja sebagai wira, tetapi "revolusi mental" berlaku apabila filem seperti Hang Jebat pada tahun 1950-an, menampilkan raja dengan perwatakan yang jahat, dengan menganjurkan kemungkinan bahawa Sultan boleh berkelakuan jahat, seperti bunuh, rogol dan sebagainya dalam filem.

"Sebenarnya benda yang ditanggap tak boleh disoal, pernah disoal sebelum ini. Padahal benda yang baik berlaku. Kalau orang dahulu sudah menyoal, orang sekarang ada tanggungjawab untuk menyoal dengan lebih..," kata Amir Muhammad (gambar kanan), sambil mengingatkan bahawa kebodohan Utusan Melayu hanya bermula pada tahun 1960, apabila UMNO mengambil-alih akhbar tersebut.

Amir terus mempersoalkan, "Baru-baru ini, Sultan Perak dan Sultan Selangor, dua-dua kata orang Islam kena bersatu. Saya pun bertanya sebagai soalan, hak saya untuk mengutarakan soalan, kalau sultan-sultan ini nak bersatu, kenapa kita ada sembilan ...(Raja/Sultan)? Kenapa kita satu-satunya negara di dunia yang ada sistem rotating (bergilir)? Macam roda rolet..."

"Ini adalah apa yang berlaku semasa kemerdekaan. Dan mungkin ramai tidak diberitahu atau disedarkan bahawa semasa kemerdekaan, institusi raja adalah institusi yang tak nak kemerdekaan. Sebab dia tahu dia akan hilang kuasa!" katanya.

Ketawa pun perlu ambil lesen?

Sebelum mengakhiri ucapannya, Hishamuddin Rais menyeru agar orang Cina memberi lebih simpati kepada orang Melayu, kerana orang Melayu kini telah diperbodohkan, dibonsaikan mindanya sehingga malas untuk berfikir. Beliau sempat mengusik pemimpin UMNO apabila mengeluarkan kata-kata, "Lebih dahsyat, Muhyiddin Yassin (TPM) dan Lokman Adam (yang lompat parti) memikir untuk mereka!"

Zunar (gambar kiri), atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, meneruskan jenaka Hishamuddin Rais, yang berbunyi "nak ketawa pun perlu ambil lesen" apabila memperkenalkan kartunis yang diharamkan koleksi karyanya ini. Zunar menggelakkan hadirin ketika menceritakan pengalaman bagaimana kartunnya diharamkan, dan proses beliau disoalsiasat oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam soal-siasat tersebut, majalah jenaka kartun kelolaan Zunar dituduh bersifat "politikal", namun dinafikan satu persatu, muka depan hinggalah dari muka akhir. Zunar mempertahankan isu gadis Mongolia dibom, isu kematian Teoh Beng Hock yang dibangkitkan dalam majalah tersebut sebagai "isu jenayah", dan orang Malaysia seharusnya mempunyai hak untuk membincangkan isu yang berlaku di Malaysia.

Malah, Zunar menyatakan ketidakpuasannya kerana kelangsungan majalahnya ditentukan hanya seorang Menteri yang berkuasa. Beliau rela berdepan dengan audien di pasaran, dan sanggup menerima nasib seandai karyanya tidak mendapat sambutan di pasaran.

Zunar yang buku dan majalah terbitannya "diganggu" dari setiap lapisan, dari pencetak, vendor sehinggalah pemilik kedai, menuding jari kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Beliau bertegas bahawa pencetak yang tugasnya hanya mencetak, iaitu yang akan menanyakan soalan pertama "buku ini hitam putih atau berwarna, kertas 70 gram atau 80 gram" itu tidak harus dipertanggungjawabkan dalam penerbitan.

Beliau memberi gambaran bagaimana pencetak dan vendor diugut untuk tidak mencetak karya kartunnya, yang dianggap "mengancam keselamatan dalam negeri".

Jamaluddin: Untuk kepentingan diri pemerintah

Jamaluddin Ibrahim melanjutkan kupasan Hishamuddin Rais sebermulanya, bahawa segala "hantu" yang diwujudkan tidak berkaitan dengan nasionalisme, perlembagaan persekutuan dan sebagainya, sebaliknya hanya percaturan politik kelas pemerintah untuk mengekalkan kuasa, lantas menjaga kepentingan diri.

Jamaluddin (gambar kiri) yang disekat beritanya oleh media cetak yang dimiliki Tiong Hiew King dalam tempoh tiga minggu yang lalu, merungut bagaimana Sin Chew Daily memainkan peranan yang menyerupai Utusan Malaysia, iaitu mempermainkan isu yang tidak menyenangkan kalangan komuniti Cina.

Beliau yang bekerja di stesen radio bahasa Cina ini menyahut apa yang dibentangkan ahli panel sebelumnya, iaitu pemerintah sebenarnya tidak mahu rakyatnya dicelikkan, sama ada dalam konteks UMNO dengan masyarakat Melayu, mahupun MCA dengan komuniti Cina.




*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Cabaran debat Nurul Izzah tepat - Syed Husin

Posted: 07 Sep 2010 04:24 AM PDT

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, cabaran Nurul Izzah Anwar (gambar) untuk berdebat berhubung 'hak Melayu' dengan Perkasa dilontar tepat pada sasaran.

Menurutnya, sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegur atau mengecam cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai tersebut.

Pendirian Najib dan menteri itu jelasnya membuktikan dengan jelas bahawa Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya mereka tetap dengan golongan perkauman sempit Melayu.

"Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan," katanya.

Pendirian Nurul Izzah itu juga jelasnya selari dengan pendirian PKR dan Pakatan Rakyat yang mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan.

Ianya termasuk kedudukan Agama Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

"Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia.

"Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," katanya yang juga Ahli Dewan Negara.

Nurul Izzah pada penghujung Ogos lalu mendakwa idea "hak orang Melayu" dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan.

Beliau kemudian mencabar pertubuhan bukan kerajaan Melayu itu agar berdebat dengannya berhubung perkara tersebut.

Perkasa bagaimanapun Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengetepikan cabaran Nurul Izzah dengan alasan aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Beliau juga mendakwa Nurul Izzah bukan lawannya tetapi lawan sebenar beliau adalah bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR.

Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat ! Mana MAIS?

Posted: 07 Sep 2010 04:10 AM PDT

Minggu lepas dan sebelumnya riuh rendah 1Malaysia membicarakan tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.

Hingga mengakibatkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching diberikan amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau perlu mendapatkan kebenaran MAIS jika hendak memasuki ruang solat..

Isunya ialah beliau bukan Islam dan Tidak menutup aurat..

Bagaimana pula dengan gambar-gambar diatas dan juga dibawah.. seorang isteri kepada pemimpin Negara membaca Al-Quran sambil mendedahkan auratnya dalam majlis Khatam Al-Quran yang telah diadakan di Seri Perdana .

Hukum membaca al-Quran tanpa menutup aurat adalah jelas mengatakan yang ianya adalah haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Malang sekali kerana seorang ustaz yang turut kelihatan berada di situ juga takut untuk menegurnya.. mungkin beliau takut elaunnya dipotong atau beliau dipecat.. jadi bagi mengelakkan itu semua menimpanya.. beliau bertukar menjadi Syaitan yang Bisu…

Mana Pengarah MAIS?? Tegurlah kalau berani!!


steri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (empat, kiri)
ketika membacakan surah-surah lazim pada majlis Khatam Al-Quran
di Seri Perdana di sini, hari ini. Turut sama Ustaz Ahmad Shubki Osman.




Hukum membaca Al-Quran tanpa menutup Aurat


SOALAN 1
APA hukumnya membaca al-Quran tanpa menutup aurat?

JAWAPAN: Hukumnya haram. Untuk membaca al-Quran itu sekalipun mesti dengan mengangkat hadas kecil dan besar, inikan pula membacanya dengan membuka aurat.

Al-Quran dibawa oleh malaikat yang suci daripada Allah dari lapisan langit yang pertama. Membaca al-Quran adalah ibadat, maka ibadat itu mestilah dilakukan dalam keadaan menutup aurat.

Ini kerana kebanyakan ibadat dalam Islam menuntut kita supaya menutup aurat, termasuklah amalan yang wajib dan sunat. Jika seseorang itu ingin menunaikan solat fardu, maka wajib dia menutup aurat. Ini bermakna solat sunat juga diwajibkan menutup aurat.

Yang kedua, kita perlu ingat ketika membaca al-Quran si pembaca sedang berinteraksi dengan kalam Allah s.w.t., sedang meneliti perintah-perintahnya serta larangan-larangannya. Justeru mestilah memelihara kesopanan ketika menatap kalam Allah.

Boleh dikira semua ibadat yang khusus dalam Islam dituntut supaya ketika melakukannya dalam keadaan menutup aurat. Di sini ada beberapa perkara yang perlu dipelihara ketika membaca al-Quran supaya maksud tarbiyah melalui bacaan dapat dicapai oleh pembaca:

Adab secara batiniah

* Ambil wuduk dan kemudian duduk menghadap kiblat dengan cara yang penuh sopan.

* Jangan membaca terlalu pantas tetapi bacalah dengan teratur dan betul tentang penyebutnya.

* Cuba berusaha untuk menangis walaupun anda terpaksa memaksa diri anda untuk melakukannya.

* Tindakbalas terhadap ayat rahmat (keampunan) atau azab hendaklah seperti yang telah diterangkan di atas .

* Bacaan hendaklah dilakukan dengan perlahan jika didapati diri anda tidak ikhlas ataupun akan menyebabkan gangguan terhadap orang lain. Jika tidak, bacalah dengan suara yang kuat.

* Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan tentang amalan ini.

Adab secara lahiriah

* Hati kita hendaklah penuh dengan rasa keagungan al-Quran dan menyedari tentang kemuliaannya.

* Hendaklah merasakan di dalam hati bagaimana Maha Halus Maha Agungnya dan Maha Gemilangnya Allah Yang Maha Berkuasa kerana al-Quran ini adalah wahyu daripada-Nya .

* Hati kita mestilah bebas daripada gangguan dan keraguan.

* Selamilah maksudnya dan perolehilah kenikmatan daripada bacaan kita.





Dari Anak Sugai Derhaka

Musa Hassan dihambat penuh hina seperti anjing kurap?

Posted: 07 Sep 2010 03:54 AM PDT

Malay Mail semalam melaporkan berita bertajuk "Outgoing IGP says he was fed up with 3rd party interference" (untuk berita dalam BM sila lihat Malaysian Insider semalam "Musa kecewa ada pihak campur tangan urusan polis").

Bila Musa kata dia fed up, kita baca sajalah berita dia fed up tu. Tetapi, kita pun dah lama fed up dengan sikap berat sebelah polis. Kalau puak Umno Barisan Nasional (BN) terjerit-jerit atas jalan atau dalam masjid, bukan main mesra lagi polis menjadi rakan sekawan mereka. Siap senyum kerang busuk.

Tapi kalau puak yang melawan Umno berhimpun secara aman sekalipun, bukan main bengis polis mengentam dan mengganasi. Oleh kerana kita orang dan bukan plastik, semua itu kian mengapi-apikan rasa fed up kita.

Itu satu hal. Yang lebih menarik dari itu ialah mengapa Musa mengulangi lagi rasa tidak puas hatinya terhadap campur tangan pihak ketiga? Mac lalu, beliau telah membangkitkan perkara itu.

Umum melihat luahan rasa tidak puas hatinya ketika itu ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sehingga memaksa Mamat itu membikin kenyataan akhbar yang menyifatkan dakwaan hubungan beliau dengan Musa sebagai tegang adalah tidak berasas (lihat posting "Siapa percaya Hishammuddin?").

Sukar untuk menolak kemungkinan bahawa kenyataan Musa menjelang persaraannya itu juga ditujukan kepada Hishammuddin. Maklumlah, Musa sendiri mengakui beliau tidak tahu kontraknya tidak akan disambung sehinggalah pengumuman dibuat oleh Hishammuddin.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya.

Kita tidak tahu adakah benar Musa tak tahu. Tetapi apabila Musa memberikan kenyataan sedemikian, ia tidak menggambarkan hubungan yang sewajarnya antara beliau dan Hishammuddin.

Jawatan sebagai Ketua Polis Negara dilihat menyebabkan Musa merasa dirinya hebat sangat. Perbuatan mengumumkan bahawa beliau tidak lagi dikehendaki di dalam sidang akhbar yang turut dihadirinya dalam keadaan beliau tidak pun mendapat hint mengenai perkara itu dari orang yang membuat pengumuman boleh dilihat sebagai tindakan menghambatnya dengan penuh hina.

Adakah Musa dihalau dan dihambat dengan penuh hina seperti anjing kurap yang tidak diperlukan lagi oleh tuannya? Kita tidak tahu. Kita hanya mampu bertanya.

Ah, teringat pula bagaimana kita diperlakukan seperti anjing hampir setiap kali kita berhimpun secara aman.




Dari Penarik Beca

Tiada ulasan: