Selasa, 7 September 2010

Justice For All

Justice For All


Macam2 Zaman Najib..Nak Dekat Raya Pun, Masih Ada Lagi Bayi Dibuang

Posted: 07 Sep 2010 08:31 PM PDT

Tangisan tepi tong sampah

KEPALA BATAS: "Orang yang buang bayi ini bukan manusia, tapi binatang," kata Norhaidah Abu Ahmad, 42, yang menemui bayi lelaki bersama anaknya di tepi tong sampah dekat Sungai Korok, di sini, semalam.

 

DI SINI..Norhaidah menunjukkan tempat bayi ditemui, semalam.

Sebelum menemui bayi berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi, Norhaidah dan anaknya, Nordiana Halidan, 21, sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Pinang Tunggal untuk membeli arang.

Norhaidah berkata, dia memberhentikan motosikal untuk membuang bungkusan sampah dibawanya ke dalam tong di tepi jalan sebelum tiba-tiba terdengar bunyi tangisan bayi.

"Saya terkejut apabila anak saya mengatakan ada bayi dalam bungkusan plastik merah berbalut kain batik dengan uri masih bersamanya.

"Mulanya saya takut kalau orang salah sangka menuduh saya yang buang bayi itu. Oleh kerana kasihan melihat keadaannya, saya membawanya pulang ke rumah dan memberinya minum susu," katanya yang menghantar bayi berkenaan ke Pondok Polis Kampung Selamat jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan seorang bayi lelaki dekat tong sampah sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Selamat.

Katanya, bayi berkenaan seberat 2.9 kilogram dipercayai dilahirkan dalam tempoh satu jam sebelum dibuang dekat tong sampah.

"Dia dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan baik," katanya.

Ahli Falak Yakin Raya Jatuh Hari Jumaat

Posted: 07 Sep 2010 07:45 PM PDT

Pengumuman raya akan dibuat malam ni. Apapun raya dikatakan akan jatuh pada hari jumaat menurut Ahli Falak

Ahli falak yakin raya hari Jumaat

KUALA LUMPUR - Berdasarkan data dan kajian ahli falak, Hari Raya Aidilfitri tahun ini kemungkinan besar disambut pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada perkenan Majlis Raja-Raja.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penerangan dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Che Alias Che Ismail berkata, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1431H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

"Berdasarkan faktor itu kemungkinan anak bulan tidak akan nampak berdasarkan data yang telah dibuat sebelum ini oleh ahli-ahli falak,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau menganggap dakwaan bahawa Aidilfitri akan disambut hari Khamis sebagai tidak berasas dan dilakukan oleh pihak tertentu untuk tujuan kepentingan seperti melariskan perniagaan.

"Mungkin dakwaan raya hari Khamis ini dibuat secara suka-suka tetapi lama kelamaan dipercayai oleh orang lain pula," ujarnya.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Ibrahim Katak Kata Akal Khairy Putus (Gila)

Posted: 07 Sep 2010 07:00 PM PDT

Bergaduh ngko sesama sendiri. Yang penting, dua-dua orang ni menyebabkan undi UMNO terus merosot..

Pendirian terbaru ketua Perkasa puji Najib, terus hentam Khairy

Ibrahim: Umno lagi rosak ada orang akal putus macam Khairy.

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata beliau gembira kerana Datuk Seri Najib Razak "akhirnya mempertahankan" Perlembagaan dan kontrak sosial, sebaliknya beliau terus menyerang Khairy Jamaluddin dengan menyifatkannya sebagai tidak berpegang pada realiti.

"Saya gembira akhirnya Perdana Menteri bersuara dan mengingatkan semua pihak jangan persoal Perlembagaan dan kontrak sosial," kata Ibrahim dalam kenyataan yang disalurkan menerusi SMS lewat semalam.

Ibrahim memberitahu, beliau amat gembira kerana selama ini Perkasa mempertahankan Perlembagaan dan kontrak sosial, tapi ada pihak yang melabelkan pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai rasis.

"Sekarang terbukti Perkasa di pihak yang benar dan malangnya yang mempersoal dan menghina Perlembagaan dan kontrak sosial tidak pula dikatakan rasis," kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas ini.

Ibrahim juga berkata Perkasa akan komited "membujur lalu melentang patah" selain mempertahankan Perlembagaan sehingga titisan darah terakhir.

Oleh itu Ibrahim menambah, Perdana Menteri hendaklah tegas dan menggunakan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap mereka yang menyentuh isu sensitif ini.

"Nyatalah bahawa konsep 1 Malaysia bukan mengatasi Perlembagaan tapi ia telah diputar belit. Siapa yang pertahan I53, maka dikatakan bertentangan dengan 1 Malaysia... ini yang tidak benar dan dikelirukan," kata beliau lagi.

Dalam komennya kelmarin, Najib yang juga Pengerusi BN memberitahu bahawa semua perkara yang sudah disepakati oleh pengasas-pengasas negara terutama sekali Perlembagaan yang berdasarkan kontrak sosial antara kaum tidak seharusnya dipersoalkan.

"Kita hendaklah beringat dan berpegang teguh kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui dan dimaktubkan oleh bapa-bapa kita, generasi yang lalu, sejak sekian lama sehingga kita berada dalam suasana seperti hari ini," katanya.

Perdana Menteri berkata bahawa dalam menjaga hubungan antara kaum pula, setiap rakyat hendaklah peka kepada sensitiviti serta mengelak daripada perbuatan, tindakan atau tutur kata yang boleh melukakan saudara daripada kaum-kaum lain.

Mengenai kenyataan terbaru Khairy, yang melihat Perkasa menjadi asas menurunnya undi kepada BN, Ibrahim sekali lagi membidas dengan menyifatkan Ketua Pemuda BN itu "cakap macam orang tak ada akal dan orang gila."

"Perkasa baru tubuh selepas pilihan raya umum ke-12. Pilihan raya umum ke-12, BN kalah teruk sebab orang membenci beliau (Khairy)," kata beliau merujuk kepada berita bertajuk "KJ: Perkasa punca BN hilang undi".

Ibrahim mengetengahkan hujahnya bahawa Perkasa ditubuhkan sebab tidak mahu Melayu berpecah.

Sambil menyifatkan Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno sebagai pemimpin "bernafsu besar tapi dah hilang taring", Ibahim menambah, "orang membenci Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebab Khairy mengawal Pak Lah... kalau Perkasa tubuh sebelum pilihan raya ke-12 ada logik."

"Umno lagi rosak ada orang akal putus macam Khairy," katanya.

Dalam temu bual dengan sebuah portal berita yang disiarkan semalam, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau masih yakin ahli-ahli Perkasa tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan memberikan undi pada Umno.

"Jadi kesan politik Perkasa kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu," katanya.

Selain itu kata beliau, sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan Perkasa sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan Perkasa, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (Perkasa) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelas Khairy.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Rosmah Langgar Adab Membaca Al-Quran??

Posted: 07 Sep 2010 06:12 PM PDT

Ada soalan kuiz hari ni..ia terbuka pada semua..ini soalannya..adakah gambar-gambar di bawah ini, menunjukkan bahawa Rosmah amat menghormati Al-Quran???

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Di Seri Perdana

Tentu budak tadika PERMATA akan jawAb tidAk. Ye lah. hormati Al-Quran apa kalau tak tutup aurat. Ini lebih bahaya daripada berhadas besar. Tak tutup aurat berdosa besar..hadas besar?? Ada dosa ker??

Memang Rosmah menghina islam secara terang-terangan. Dia ingat dia paling berkuasa. Orang lain pakai tudung tutup rapat je..dia. Dengar kata yang guru mengaji beliau, Ustaz Subki Othman dah nasihat berulang kali minta Rosmah tutup aurat. Tapi dia buat stupid je...tak dengar kata guru. Apapun jangan ikutlah perangai si isteri kedua Najib nih..

Dan ini pula adab-adab membaca Al-Quran. (Diambil dari forum)

Imam Al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin dan juga dalam kitab Al Itqan oleh Al Imam Jalaludin As Suyuthu telah menyebut tentang adab membaca Al Quran itu diperincinya sampai menjadi beberapa bahagian.

Diantara adab-adab membaca Al Quran, yang terpenting ialah:

1. Disunatkan membaca Al Quran sesudah berwudhu, dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.

2. Mengambil Al Quran hendaknya dengan tangan kanan; sebaiknya memegangnya dengan kedua belah tangan.

3. Disunatkan membaca Al Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, di surau, di mushalla dan di tempat-tempat lain yang dianggap bersih. Tapi yang paling utama ialah di mesjid.

4. Disunatkan membaca Al Quran menghadap ke Qiblat, membacanya dengan khusyu' dan tenang; sebaiknya dengan berpakaian yang pantas.

5. Ketika membaca Al Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan, sebaiknya sebelum membaca Al Quran mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.

6. Sebelum membaca Al Quran disunatkan membaca ta'awwudz, yang berbunyi: a'udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dahulu perlindungan Allah, supaya terjauh pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang di waktu membaca Al quran, dijauhi dari gangguan. Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta'awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya hatinya menjadi terang. Doa itu berbunyi sebagai berikut.

"Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

7. Disunatkan membaca Al Quran dengan tartil, yaitu dengan bacaan yang pelan-pelan dan tenang, sesuai dengan firman Allah dalam surat (73) Al Muzammil ayat 4:

"…. Dan bacalah Al Quran itu dengan tartil".

Membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi jiwa, serta serta lebihmendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al Quran.

Telah berkata Ibnu Abbas r. a.:" Aku lebih suka membaca surat Al Baqarah dan Ali Imran dengan tartil, daripada kubaca seluruh Al Quran dengan cara terburu-buru dan cepat-cepat."

8. Bagi orang yang sudah mengerti arti dan maksud ayat-ayat Al Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran tentang ayat-ayat yang dibacanya itu dan maksudnya. Cara pembacaan seperti inilah yang dikehendaki, yaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memperhatikan dan memikirkan arti dan maksud yang terkandung dalam ayat-ayat yang dibacanya. Dengan demikian, ia akan sampai kepada hakikat yang sebenarnya, yaitu membaca Al Quran serta mendalami isi yang terkandung di dalamnya. Hal itu akan mendorongnya untuk mengamalkan isi Al Quran itu. Firman Allah dalam surat (4) An Nisaa ayat 82 berbunyi sebagai berikut:

"Apakah mereka tidak memperhatikan (isi) Al Quran?…"

Bila membaca Al Quran yang selalu disertai perhatian dan pemikiran arti dan maksudnya, maka dapat ditentukan ketentuan-ketentuan terhadap ayat-ayat yang dibacanya. Umpamanya: Bila bacaan sampai kepada ayat tasbih, maka dibacanya tasbih dan tahmid; Bila sampai pada ayat Doa dan Istighfar, lalu berdoa dan minta ampun; bila sampai pada ayat azab, lalau meminta perlindungan kepada Allah; bila sampai kepada ayat rahmat, llau meminta dan memohon rahmat dan begitu seterusnya. Caranya, boleh diucapkan dengan lisan atau cukup dalam hati saja. Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, dari Ibnu Abbas yang maksudnya sebagai berikut: "Sesungguhnya Rasulullah s. a. w. apabila membaca: "sabbihissma rabbikal a'la beliau lalu membaca subhanarobbiyal a'la . Diriwayatkan pula oleh Abu Daud, dan Wa-il binHijr yang maksudnya sebagai berikut:" Aku dengan Rasulullah membaca surat Al Fatihah , maka Rasulullah sesudah membaca walad dholliin lalu membaca aamin . Demikian juga disunatkan sujud, bila membaca ayat-ayat sajadah, dan sujud itu dinamakan sujud tilawah.

Ayat-ayat sajadah itu terdapat pada 15 tempat yaitu:

dalam surat Al-A'raaf ayat 206

dalam surat Ar-ra'd ayat 15

dalam surat An-Nahl ayat 50

dalam surat Bani Israil ayat 109

dalam surat Maryam ayat 58

dalam surat Al-Haji ayat 18 dan ayat 77

dalam surat Al Furqaan ayat 60

dalam surat Annaml ayat 26

dalam surat As-Sajdah ayat 15

dalam surat As-Shad ayat 24

dalam surat Haamim ayat 38

dalam surat An-Najm ayat 62

dalam surat Al-Insyiqaq ayat 21,

dan dalam surat Al-'Alaq ayat 19

9. Dalam membaca Al Quran itu, hendaknya benar-benar diresapkan arti dan maksudnya, lebih-lebih apabila smapai pada ayat-ayat yang menggambarkan nasib orang-orang yang berdosa, dan bagaimana hebatnya siksaan yang disediakan bagi mereka. Sehubungan dengan itu, menurut riwayat, para sahabat banyak yang mencucurkan air matanya di kala membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al Quran yang menggambarkan betapa nasib yang akan diderita oleh orang-orang yang berdosa.

10. Disunatkan membaca Al Quran dengan suara yang bagus lagi merdu, sebab suara yang bagus dan merdu itu menambah keindahan islubnya Al Quran. Rasulullah s. a. w. telah bersabda:

"Kamu hiasilah Al Quran itu dengan suaramu yang merdu"

Diriwayatkan, bahwa pada suatu malam Rasulullah s. a. w. menunggu-nunggu istrinya, Sitti 'Aisyah r. a. yang kebetulan agak terlambat datangnya. Setelah ia datang, Rasulullah bertanya kepadanya:" Bagaimanakah keadaanmu?" Aisyah menjawab :"Aku terlambat datang, karena mendengarkan bacaan Al Quran seseorang yang sangat bagus lagimerdu suaranya. Belum pernah akumendengarkan suara sebagus itu." Maka Rasulullah terus berdiri dan pergi mendengarkan bacaan Al Quran yang dikatakan Aisyah itu. rasulullah kembali dan mengatakan kepada Aisyah:" Orang itu adalah Salim, budak sahaya Abi Huzaifah. Puji-pujian bagi Allah yang telah menjadikan orang yang suaranya merdu seperti Salim itu sebagai ummatku."

Oleh sebab itu, melagukan Al Quran dengan suara yang bagus, adalah disunatkan, asalkan tidak melanggar ketentuan-ketentuan dan tata cara membaca sebagaimana yang telah ditetapkan dalam ilmu qiraat dan tajwid, seperti menjaga madnya, harakatnya (barisnya) idghamnya dan lain-lainnya. Di dalam kitab zawaidur raudhah, diterangkan bahwa melagukan Al Quran dengan cara bermain-main serta melanggar ketentuan-ketentuan seperti tersebut di atas itu, haramlah hukumnya; orang yang membacanya dianggap fasiq, juga orang yang mendengarkannya turut berdosa.

11. Sedapat-dapatnya membaca Al Quran janganlah diputuskan hanya karena hendak berbicara dengan orang lain. Hendaknya pembacaan diteruskan sampai ke batas yang telah ditentukan, barulah disudahi. Juga dilarang tertawa-tawa, bermain-main dan lain-lain yang semacam itu, ketika sedang membaca Al Quran. Sebab pekerjaan yang seperti itu tidak layak dilakukan sewaktu membaca Kitab Suci dan berarti tidak menghormati kesuciannya.

Itulah diantara adab-adab yang terpenting yang harus dijaga dan diperhatikan, sehingga dengan demikian kesucian Al Quran dapat terpelihara menurut arti yang sebenarnya.

Zanbry Haram Fitnah Lagi??

Posted: 07 Sep 2010 05:36 PM PDT

Kalau benar BAPA fitnah, samanlah kat Mahkamah. Macam Felda buat kat Suara Keadilan. Saya pun setuju kalau orang yang memfitnah ni disaman. Tapi Zambry janganlah sengal sangat tuduh orang buat fitnah. Apa fitnahnya pun kita tak tahu. Kot-kot Zambry yang buat fitnah, kata BAPA buat fitnah..kan haru biru namanya tu

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman menafikan dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa pihaknya sedang mengedarkan risalah berunsur fitnah terhadap Felcra di kawasan penempatan peneroka.

Mazlan juga menyangkal dakwaan Zambry bahawa pihaknya sengaja membuat tohmahan terhadap Felcra bertujuan menimbulkan kebencian peneroka terhadap Umno Barisan Nasional (BN) sebaliknya menegaskan mereka mempunyai bukti yang kuat untuk didedahkan.

"Kalau mereka kata kita sengaja membuat fitnah dan tohmahan terhadap Felcra, sebenarnya saya sudah tegaskan beberapa kali kita punyai bukti dan selepas hari raya ini kita akan mendedahkan secara bersiri bukti-bukti yang ada pada kita," katanya.

Dalam satu majlis di Sitiawan semalam, Zambry 'menasihati' peserta rancangan Felcra supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai 'dakyah dan tohmahan' terhadap Felcra yang didakwa giat dijalankan oleh PAS.

Sebelum ini, Pengerusi Felcra Bhd, Datuk Tajuddin Abdul Rahman juga mendakwa PAS kini giat melancarkan "perang saraf" terhadap Felcra termasuk mengedarkan pelbagai risalah yang memburukkan agensi itu ke seluruh tanah rancangan Felcra.

Tambah Mazlan juga, pemimpin Umno BN termasuk Tajuddin mula cemas dengan pendedahan yang dibuat pihaknya setelah melihat kejayaan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat pendedahan mengenai Felda.

"Saya berpendapat bahawa bila kita mula dedahkan isu Felcra mereka rasa cemas sebab mereka tahu berdasarkan pengalaman kita dedahkan isu Felda yang membangkitkan gelombang di kalangan rakyat.

"Mereka takut akan hadapi nasib yang sama dengan Felda dan bimbang segala penyelewengan yang dilakukan akan terbongkar," katanya lagi.

Ujarnya, Umno BN tidak perlu takut berhadapan dengan tuduhan jika mereka tidak bersalah.

"Mereka tdak perlu bimbang jika tidak melakukan apa-apa kesalahan tapi bila mereka rasa bimbang saya kira isu ini mendapat tempat yang istimewa sama ada pada Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Tajuddin sendiri dan Zambry melatah kerana Felcra paling banyak di Perak," ujarnya yang juga pengerusi Anak.

Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan satu lagi NGO iaitu Badan Bertindak Warga Felcra atau singkatannya (Bapa), Mazlan memberitahu, ianya akan dilancarkan secara rasmi selepas hari raya nanti.

Pengerusi penaja NGO itu akan diamanahkan kepada Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria manakala ahli jawatankuasa dan pengerusi NGO itu akan diserahkan kepada peserta Felcra sendiri.

"Selepas pelancaran Bapa kita akan mulakan siri pendedahan kita untuk kita buktikan apa yang kita cakap ini benar.

"Tajuddin pernah cakap ini rekaan semata-mata tapi saya tegaskan ini bukan rekaan dan kita ada bukti dan akan dedahkan satu demi satu," katanya.

Penubuhan Bapa adalah hasil himpunan warga Felcra di Changkat Lada, Perak pada 31 Julai lalu.

Maksiat, Pondan..GRO Berleluasa Di Terengganu Darul Iman

Posted: 07 Sep 2010 04:42 PM PDT

Tatkala menunggu-nunggu waktu berbuka puasa bagi memenuhi jemputan seorang teman di Kuala Ibai, hati tergerak untuk 'round-round' di Taman Rekreasi Masjid Tengku Intan Zaharah atau lebih tersohor dengan nama masjid terapung.

Sampai di pertengahan jalan, bersetentang dengan tasik berdepan masjid tersebut, terlihat seorang lelaki berbaju 'panas' putih berkain pelikat sedang berdepan dengan seorang pemuda.

Gaya lelaki tersebut bercakap dengan pemuda itu menarik perhatian ramai pengunjung di persekitaran itu.

"Buat malu orang Melayu, Islam….. awak puasa ke tidak…. Kalau puasa baik buka dan makan dari awak buat maksiat…..,"kata-kata lelaki itu masih kedengaran di telinga.

Rupa-rupanya, lelaki yang berkain pelikat dan berbaju 'panas' telah menangkap pemuda tersebut yang sedang berdua-duan dalam sebuah kereta Perodua Viva.

Mereka bukan setakat duduk diam-diam, tetapi si pemuda telah berbaring diatas riba si perempuan dalam kereta itu.

Walaupun dalam bulan Ramadhan, ada dikalangan pemuda dan pemudi di negeri Terenganu yang hanyut dengan maksiat.

Itulah satu sketsa di negeri Terengganu yang digelar DarulIman.

Bahkan ia semakin mengejutkan ketika Ramadhan menghanpiri penghujungnya.

Bulan mulia yang dijanjikan keampunan dan terlepas dari api neraka oleh Allah SWT rupa-rupanya penuh dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral.

Pada 5 September, bersamaan 26 Ramadhan, terpampang pula di dada akhbar berita yang panas dibawah;

Polis Tahan 21 Warga Asing Salah Guna Pas Lawatan Sosial

KUALA TERENGGANU, 5 Sept (Bernama) -- Polis menahan 21 warga asing kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini dalam Ops Noda yang dilakukan sepanjang Ramadan ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Zamri Shamsuddin berkata dalam tempoh tesebut 17 serbuan dilakukan dan daripada 21 warga asing yang ditahan itu masing-masing 18 wanita warga Thailand, dua wanita dari Laos dan seorang lelaki dari Myanmar.

"Mereka ditahan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini dan disyaki bekerja sebagai pelayan di pusat-pusat hiburan di bandar raya ini," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Zamri berkata serbuan dibuat ke atas lima pusat hiburan itu adalah hasil maklumat daripada orang awam serta risikan.

Katanya polis juga telah menahan tiga pemilik premis di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1963 atas kesalahan mengambil atau menggaji seseorang yang tidak memiliki pas yang sah.

"Kita akan tahan selama 15 hari untuk jalankan siasatan sebelum mereka dituduh di mahkamah," katanya.

Polis juga telah mengeluarkan saman ke atas empat daripada lima pusat hiburan itu di bawah Seksyen 61 Enakmen Hiburan dan tempat-tempat hiburan di negeri ini kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Zamri berkata selain Ops Noda, polis juga mengadakan Ops Lejang iaitu mencegah curi motosikal, Ops Pintu (pecah rumah) dan juga Ops Rentap (Ragut) pada bulan Ramadan ini.

"Hasil operasi itu kita berjaya membendung peningkatan biasa kes-kes curi motosikal, pecah rumah dan juga kes ragut," katanya.

Beliau berkata, menjelang hari raya ini polis juga telah mengeluarkan notis yang akan diletakkan di peti-peti surat menasihatkan orang ramai supaya menjaga keselamatan harta benda mereka.

"Kita harap orang ramai dapat beri kerjasama dengan memaklumkan kepada polis di balai-balai berdekatan jika ingin bercuti panjang semasa raya ini. Masukkan sekali nombor telefon untuk kemudahan pesanan ringkas (SMS) di dalam notis-notis berkenaan bagi kemudahan polis," katanya.-- BERNAMA

Timbul persoalan, mengapakah berlaku 'bala' sedemikian dinegeri yang terkenal dengan jolokan 'Serambi Madinah' suatu masa dulu.

Negeri yang penuh dengan kisah orang alim yang berjuang seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan Tok Sheikh Duyong mungkin sudah menjadi sejarah.

Bandar Kuala Terengganu yang digelar 'Bandaraya Warisan Pesisir Air' bukan lagi sebuah Bandar yang aman dan tenang sebagaimana mula dikenali 30 tahun lalu.

Semalam, dua hari menghampiri Syawal, ketika ramai umat Islam masih mengejar Lailatul-Qadar, ramai perantau, anak-anak Terengganu yang berhijrah ke luar mencari nafkah, pulang ke kampong halaman.

Agak memalukan, kepulangan anak-anak Perantau ke Bandaraya ini disambut dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral.

Namun, kerana tidak ada pekerjaan lain mungkin, pondan-pondan yang sudah pupus suatu masa dulu, muncul kembali sekitar Jalan Tok Lam!!

Dr Syed Hussin Ali Bakal Lepaskan Jawatan No 2 PKR

Posted: 07 Sep 2010 03:58 PM PDT

Syed Hussin Ali nampaknya bakal mengundurkan diri dari jawatan no. 2 PKR. Tengok daripada ayat di bawah ini, jelas yang Dr Syed Hussin Ali tidak akan pertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini. Apapun, ini cabang demokrasi. Cuma jangan cemarinya dengan fitnah dan politik wang..

Syed Husin belum maklum kepimpinan PKR

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Ketika Azmin Ali terus menerima sokongan sekumpulan wakil rakyat PKR sejak semalam, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, beliau belum mengadakan perbincangan dengan pucuk kepimpinan PKR mengenai pendirian beliau sama ada akan mempertahankan kerusi timbalan presiden ataupun sebaliknya.

"Saya belum mengadakan perbincangan dengan pucuk kepimpinan. Apabila saya membuat keputusan, saya akan memaklumkan mereka," kata Syed Husin ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Ditanya bila akan mengumumkan pendiriannya, Syed Husin memberitahu, beliau akan mengeluarkan kenyataan apabila tiba masa yang sesuai.

"Apabila tiba yang sesuai, saya akan buat kenyataan," kata beliau tetapi tidak menyatakan masa yang sesuai dimaksudkannya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Syed Husin dijangka akan berbuat demikian minggu depan.

Apabila ditanya sama ada kenyataan akan dibuat sebelum 17 September ini, Syed Husin sekadar berkata, "tunggu masa yang sesuai".

Cabang-cabang PKR akan mengadakan persidangan masing-masing mulai 17 September ini.

Menjawab laporan media bahawa beliau telah memaklumkan Biro Politik semalam tentang pendiriannya tidak akan bertanding kali ini, Syed Husin menafikan perkara tersebut.

"Tidak, saya tidak kata begitu," kata Syed Husin yang dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal tahun ini memberitahu beliau akan melepaskan jawatannya jika diterima pucuk kepimpinan.

Azmin yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden tiga tahun lalu menarik diri daripada saingan.

Semalam 20 ahli Parlimen PKR mengumumkan sokongan terhadap Azmin, yang merupakan Naib Presiden, untuk bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu kali ini.

Kumpulan itu yang diketuai oleh Ahli Parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas melahirkan sokongan atas alasan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak adalah layak dan cukup berpengalaman untuk menyandang jawatan nombor dua PKR.

"Berdasarkan itu (kelayakan dan pengalaman), kami ahli-ahli Parlimen dan Senator mengisytiharkan sokongan kami kepada Azmin sebagai timbalan presiden dalam pemilihan parti," kata Kamarul.

Kenyataan mereka menekankan bahawa pemilihan kali ini akan menjadi teras kepada gerakan membawa perubahan baru.

Hari ini majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan menyatakan sokongan kepada Azmin untuk bertanding jawatan nombor dua.

Selain Azmin dan Datuk Zaid Ibrahim, dua lagi pemimpin yang dijangka turun gelanggang ialah Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Dr Muhd Nur Manuty.

Dalam pada itu, sumber memberitahu Azmin hanya akan mengumumkan pendiriannya yang rasmi sebaik sahaja Syed Husin membuat pengumuman.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Teruk Betul Remaja Zaman Najib..Ada Ke Kata Berzina Dengan Ikhlas Dibolehkan

Posted: 07 Sep 2010 03:27 PM PDT

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah:

Dr. Danial yang dihormati.

Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:

Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia.

Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya. Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin

(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)

Doktor Perubatan,

Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy

Khalid Ibrahim Memang Benar-Benar Layak Jadi MB Selangor

Posted: 07 Sep 2010 07:44 AM PDT

Khalid Ibrahim memang bijak dalam pentadbiran negeri. Hanya pihak-pihak yang buta sahaja tak nampak kehebatan beliau memimpin negeri yang paling kuat dikacau UMNO, yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden UMNO iaitu Najib. Syabas Khalid. Teruskan usaha mereformasikan kerajaan PR Selangor.

PR Selangor Beri Hadiah Raya Buat Kakitangan Negeri

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas.

Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka.

 

"Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid.

Air Zam-Zam Pun Nak Ditipunya

Posted: 07 Sep 2010 06:35 AM PDT

Air zam zam dicampur air kosong

SEORANG pengguna menunjukkan dua jenis air zam zam yang dijual di bazar Jalan Penang, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Air zam-zam merupakan antara buah tangan istimewa yang sering dibawa pulang oleh jemaah haji sekembali daripada mengerjakan ibadah haji atau umrah di Mekah namun minuman itu semakin mudah diperoleh di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu.

Air itu mudah didapati ekoran terdapat sebuah syarikat dikatakan telah diberi kebenaran untuk membekalkan air tersebut kepada orang ramai dan ia dijual beberapa peniaga seperti di bazar Jalan Penang, Lorong Kulit, Pasar Tun Sardon, Bayan Baru dan Bayan Lepas.

Bagaiamanapun, sejak kebelakangan ini timbul kebimbangan di kalangan orang ramai kemungkinan ada pihak menjual air zam zam tiruan iaitu yang dicampur dengan air kosong.

Terdapat banyak keraguan yang timbul apabila minuman tersebut diisi di dalam botol lut sinar bersaiz 250 mililiter tanpa tanda perniagaan, sebaliknya hanya menggunakan kertas kosong yang dicetak dengan dakwat komputer.

"Malah, jika diminum, air zam zam tersebut tidak mengeluarkan sebarang rasa berbanding yang asli akan berasa payau," kata seorang pembeli, Zuraini Khadijah Abidin, 38.

Indonesia Buat Demo Lagi Kat Kedutaan Malaysia..Semuanya Salah Najib

Posted: 07 Sep 2010 05:22 AM PDT

Macam-macam zaman Najib..Indonesia dah makin benci kat Malaysia..ye lah, kalaulah orang seperti Ahmadinejad jadi PM Malaysia, sudah tentu rakyat Indonesia tak beraninya ganyang Malaysia. Tapi malangnya Najib jadi PM. Dahla dituduh pembunuh, pastu lembik pulak tuh..

Kedutaan besar M'sia diserang lagi

Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi hari ini.

NONEBerikutan itu Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang oleh anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan itu.

Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin berkata penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia.

Jaminan itu sekali lagi ditegaskan pada mesyuarat Menteri Luar Indonesia dan Malaysia di Kota Kinabalu semalam.

Pada akhir mesyuarat itu semalam, Indonesia menegaskan bahawa ia akan melindungi kedutaan besar dan rakyat Malaysia di negara itu, begitu juga dengan Malaysia yang turut memberi jaminan untuk melindungi kedutaan besar dan warga Indonesia di Malaysia.

Dalam demonstrasi selama sejam mulai pukul 11.40 pagi ini, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama "ganyang Malaysia", telah datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat.

NONESejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.

Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan "Ganyang Malaysia" di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta agar kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia.

Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera merah putih yang panjang di pintu pagar itu namun dihalang oleh Polis Indonesia, yang kemudian meminta mereka turun daripada atas bangunan pos pengawal keselamatan itu.

NONEPasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri tetapi ia tidak direntangkan di hadapan kedutaan besar itu.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota LMP memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan yang sama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Kali pertamanya ialah pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan menggunakan batang buluh serta mengotor plak itu dengan lumpur longkang.

Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia hari ini, kumpulan itu telah berdemonstrasi di hadapan Kementerian Luar Negeri Indonesia dan selepas aksi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia,

mereka meneruskan aksi sama di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia.

NONESelain kumpulan LMP, dua kumpulan lain iaitu Kesatuan Aksi Lintas Mahasiswa (Kalam) dan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) dilaporkan akan turut mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Besar Malaysia hari ini.

-Bernama-

Macam2 Zaman Najib..Lagi Kes Samun

Posted: 07 Sep 2010 03:01 AM PDT

Koma ditetak

SEREMBAN: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun koma akibat kepalanya ditetak dengan parang oleh sekumpulan lima penyamun yang menceroboh rumahnya di Taman Ujong, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, murid tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selepas Aidilfitri ini ditetak dengan parang selepas mangsa menjerit akibat terkejut dengan kehadiran penyamun dalam bilik tidurnya.

Sumber berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan lima penyamun menceroboh masuk ke rumah dua tingkat didiami mangsa bersama ibu dan abang melalui pintu belakang, manakala bapanya tiada di rumah kerana mempunyai urusan kerja.

 

"Selepas menceroboh rumah mangsa, penjenayah dipercayai naik ke tingkat atas sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu tidur bersama ibunya.

 

"Penjenayah dikatakan mengejutkan ibu mangsa lalu mengikatnya manakala murid tahun enam itu yang terkejut dengan kehadiran penjenayah terus menjerit, menyebabkan dia ditetak di kepala," katanya.

 

Menurut sumber itu, ibu mangsa yang terkejut melihat anaknya ditetak, menjerit menyebabkan jiran yang menyedari kejadian itu segera datang memberikan bantuan.

 

"Manakala penjenayah terbabit segera melarikan diri bersama sejumlah wang tunai dan barang kemas, namun mangsa tidak pasti jumlah kerugiannya. "Kanak-kanak malang itu, dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan kecemasan dan masih tidak sedarkan diri.

 

"Penjenayah dipercayai membuang dua parang yang dibawa ke dalam rumah mangsa manakala tiga lagi di sekitar kawasan rumah," katanya.

 

Harian Metro difahamkan, mangsa menjalani pembedahan kerana kecederaan di kepala.

 

Dalam kejadian itu, ibu dan seorang abang mangsa berusia 16 tahun turut diikat, namun mereka tidak dicederakan kumpulan penjenayah terbabit.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin yang dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kumpulan penjenayah terbabit.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Iran Memang Hebat..Malaysia???

Posted: 07 Sep 2010 02:10 AM PDT

Iran : Ya Haq Akan Singkirkan Google Dan Yahoo!

Iran telah berjanji untuk mengganti semua enjin pecari internet dengan mesin pencari buatan dalam negeri, sebagai respon terhadap berbagai keluhan yang dilontarkan pemimpin tertinggi Iran bahwa internet digunakan untuk merosak pemuda Iran.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad selama akhir bulan lalu, dilporkan oleh voanews.com telah memuji perkembangan dan penyebaran internet di dalam negeri, terhadap usaha-usaha pemerintah yang akan semakin meningkatkan kawalan akses warga Iran ke internet.

Presiden menyatakan: Iran harus memulai proses pengembangan asas pengetahuannya sendiri, dan menggunakannya sebagai sebuah cara untuk membahagikan sumber daya dan maklumat. Kemudian, ia menambahkan, Iran dapat memperluas jaringan ke negara-negara tetangga, menjadi pemain global dan penyedia informasi di tingkat global.

TV Iran telah mendemonstrasikan prototpe enjin pencari buatan dalam negeri yang disebut "ya haq" atau "kebenaran", nama yang pengucapannya mirip Yahoo. Ya Haq diharapkan beroperasi penuh pada 2012.

Hadi Malek Parast, pengarah sebuah perusahaan teknologi milik pemerintah menterjemahkan idea presiden Iran kepada langkah yang lebih maju, dikatakan bahawa para peneliti di pejabat berita Iran Mehr kini sedang mengembangkan sebuah intranet setempat, mirip internet, sebagai akses informasi hanya pada website-website rasmi atau yang dibenarkan.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei mengecam Barat dengan tuduhan cuba melakukan memanipulasi pada generasi muda Iran, ungkapnya dalam sebuah pidatonya baru-baru ini, yang disiarkan berulang-ulang setiap hari oleh TV Iran.

Barat kini mempengaruhi generasi muda Iran dan berupaya melakukan manipulasi dan mendorong mereka untuk menyimpang dari apa yang disebutnya sebagai jalan yang "benar".

Pakar internet menyatakan Iran semakin khuatir dengan bentuk-bentuk keamanan yang dipergunakan oleh Yahoo, Google dan website-website internet terkenal lainnya yang memberikan limpahan akses maklumat kepada generasi muda, yang tak dapat lagi dikawal oleh pemerintah.

Meir Javedanfar, penganalisa MEEPAS Center di Tel Aviv yakin bahwa Iran berupaya meningkatkan kawalan terhadap internet dalam negeri, seperti melakukan seperti terhadap Google atau Yahoo.

"Ini soal kawalan. Saya tak fikir rejim Iran akan menghentikan Yahoo dan Google dari fungsinya sebagai enjin pencari, kerana pemerintah juga memerlukannya untuk kepentingan penyelidikan dan perniagaan yang dijalankan oleh pemerinath Iran," ujar Javedanfar.

"Apa yang cuba dilakukan oleh pemerintah Iran adalah melibatkan peranannya dalam pasar enjin pencari dan membawa pengguna Iran ke tapak web yang dikehendaki oleh pemerintah," tambahnya.

 

Iran developing its own search engine

It all began in the early 1990's with Internet search engine startups like Excite, Galaxy, Lycos and Webcrawler.

Then Yahoo and Alta Vista moved in, followed only a few years later by what would become the neighbourhood bully: Google.

Now Iran would like to introduce the new kid on the block: "Ya Haq", a homegrown Iranian search engine.

Hadi Malek-Parast, director general for Research and Development at the Iranian Information Technology Company, told the Iranian Mehr News Agency recently that Iran had started developing a national search engine dubbed 'Ya Haq', a Persian expression meaning truth, truthfulness, birthright, etc.

Speaking of the need for faster search capacity and higher security for the country's online communications, Malek-Parast said Ya Haq would be ready to launch in 2012 and referred to the project as a domestic Intranet, as opposed to an international Internet.

"They are not just developing a search engine, they want to develop an Intranet, instead of an Internet, which would be some kind of local Internet and only give access to state institutions and internally approved sites," Pujan Ziaie, a senior IT strategist in Iran's "green"opposition movement told The Media Line.

"The discussion began a few years ago and is based on a feeling that the Internet is a Western weapon. They are threatened by it but they cannot ignore it so they are trying to imitate what China has done."

"The problem," Ziaie said, "is that the infrastructure, knowledge and technicians are all not there to do this properly, at least not for the next few years."

Niusha Boghrati, an Iranian online journalist, argued that despite the official reasoning, the Iranian Intranet would boost the government's surveillance capacities.

"The official reasons they give for such a project is it's cheap, faster and more secure in terms of data," he told The Media Line. "But they are trying to replace Google and Yahoo and create a parallel Internet in order to have more surveillance on the Internet users of Iran. They are certain to follow this with a launch of a national e-mail service."

Dr Mehrdad Khonsari, a former Iranian diplomat, now senior research consultant at the Centre for Arab and Iranian Studies, argued that the announcement should be seen in light of a larger Iranian attempt to prove the country's independence.

But a source close to the government, who asked not to be identified, said the initiative was simply a matter of providing more locally-relevant content to Internet users.

"In different search engines, different things come up first," he told The Media Line. "There's a certain formula that makes certain things come up first when you use Google whereas when you use Yahoo other things come up first. In Iran, local websites do not appear first in the results, meaning the suggested websites are not necessarily the most valuable sources of information."

"So I don't see this as replacing the Internet or current search engines," he said. "In general the government is just trying to become less and less reliant on Western sources for everything." -gulf-times

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Jijik Zaman Najib..Kerang Digaul Bersama Darah Khinzir

Posted: 07 Sep 2010 01:00 AM PDT

Kerang atas darah babi

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

"Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

"Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan," katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Padan Muka!!!

Posted: 07 Sep 2010 12:19 AM PDT

Gadis 21 tahun dirogol dalam rumah selepas beronok-ronok.

KAJANG – Selepas berseronok di sebuah parti anjuran persendirian dekat sini, seorang pelajar warga Afrika bernasib malang apabila dia dirogol kawan sendiri yang juga berasal dari negara yang sama.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Sakaruddin Che Mood berkata, kejadian berlaku pada hari Ahad malam lepas ketika mangsa berkunjung ke rumah suspek.

"Mangsa, 21, dipercayai mabuk selepas mengambil minuman keras ketika parti diadakan manakala suspek, 27, merogol rakannya itu ketika dia berada di rumah suspek.

"Kedua mereka adalah pelajar kolej swasta dan hanya mempunyai hubungan sebagai kawan sahaja," katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan sumbangan kepada anak istimewa dan saguhati kepada pelajar cemerlang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kajang.

Sakaruddin berkata, mangsa telah melaporkan kejadian di Balai Polis Kajang dan suspek ditahan polis semalam serta disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Gempar!! Azmin Dikatakan Lantik Anwar Sebagai Pengurus Kempennya

Posted: 06 Sep 2010 11:30 PM PDT

Betul ke ni? Atau fitnah UMNO seperti biasa..kalau betul, nampaknya PKR semakin teruk. Kalau salah, sememangnya Utusan layak menduduki takhta akhbar fitnah no. 1 kat negara ni

Apa motif Azmin lantik Anwar pengurus kempennya?

shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini, dipersoalkan oleh bekas Exco kanan parti itu.

Zamil Ibrahim yang juga bekas Setiausaha PKR Kedah melihat pelantikan penasihat parti itu ke jawatan tersebut sebagai sesuatu yang pelik.

"Ia jelas membuktikan Azmin memang mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia Anwar sehingga membolehkannya mempergunakan ketuanya itu bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mendakwa Anwar sedang giat berkempen untuk memastikan Azmin menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu kelak.

"Anwar akan mengecam teruk siapa sahaja yang tidak bersama dan menyokong Azmin. Siapa yang tidak berbuat demikian maka Anwar mengecam mereka sebagai pembelot dan penderhaka yang mahu mensabotaj parti.

"Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Naib Presiden PKR itu mampu 'tarik hidung' Anwar?" katanya.

Baru-baru ini, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, Azmin mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia utama Anwar.

Beliau mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Zamil berkata, di dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP juga terdapat perbezaan dari segi calon yang disokong untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Anwar begitu kuat menyokong Azmin sedangkan DAP menyokong Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim sementara Pas pula memberi sokongan kepada Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub," dakwanya.

Ekoran sokongan penuh Anwar kepada Azmin, Zamil secara peribadi percaya Azmin akan menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Dalam pada itu, Zamil yang juga bekas pengurus kempen Rahman Osman iaitu calon Presiden PKR sewaktu pemilihan lalu turut mendakwa, Anwar bukan seorang pemimpin yang demokratik.

Beliau mengimbau sewaktu pemilihan lalu, apabila Anwar menaiki pentas 10 minit sebelum Pengerusi Tetap parti pada ketika itu memanggil perwakilan memilih calon Presiden, untuk menasihatkan perwakilan supaya memilih isterinya.

"Rahman yang berasa terhina dengan tindakan Anwar itu terus menuju ke pentas berjumpa Pengerusi Tetap parti dan memberitahu beliau menarik diri lalu Wan Azizah menang tanpa bertanding," dakwanya.

Macam2 Zaman Mat Said : 12 GRO Ditangkap Di Terengganu Darul Iman

Posted: 06 Sep 2010 10:51 PM PDT

Hairan bin ajaib..kat terengganu yang 98 percent orang melayu islam pun ada pusat hiburan. Memang Mat Said dok rok cetong..

20 GRO warga asing ditahan

KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Kelicikan pemilik sebuah pusat hiburan yang menggunakan khidmat gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing berjaya mengelakkan diri dalam tiga serbuan polis sebelum ini.

Namun tindakan mereka tidak bertahan lama apabila serbuan sepasukan polis kelmarin dan semalam, akhirnya berjaya menahan 20 GRO berusia 18 hingga 21 tahun di premis tersebut.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, kesemua mereka terdiri daripada 18 wanita Thailand, dua wanita Laos selain seorang pekerja lelaki dari Myanmar.

Katanya, turut ditahan tiga pemilik premis dan mereka disiasat di bawah Seksyen 55(b) akta yang sama kerana menggaji pekerja asing tanpa permit.

"Kesemua warga asing itu ditahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan sosial," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, polis turut mengeluarkan saman kepada empat pemilik premis lain kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Ujarnya, semua mereka akan disiasat di bawah Seksyen 61 Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Terengganu.

Beliau turut memaklumkan, sempena musim perayaan ini, pihaknya akan mengedarkan risalah panduan keselamatan dan peringatan musim perayaan kepada pengguna sebagai langkah berjaga-jaga.

"Kita mahu aktiviti jenayah dielakkan musim perayaan ini. Apa yang penting pengguna perlu memberi kerjasama agar tidak membuka peluang kepada penjenayah melakukan kegiatan mereka," jelasnya.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Pemilihan PKR Lebih Teruk Dari PAU (Pemilihan Agung UMNO)

Posted: 06 Sep 2010 09:47 PM PDT

PKR dah jadi parti politik Bodoh..Maaf cakaplah. Mereka lebih banyak berpolitik budak-budak, dari budaya politik berhemah.

Mereka lebih teruk dari UMNO. Ada ke dalam pemilihan UMNO, ada perwakilan tertentu menyatakan sokongan pada calon ini dan ini. Takde kan. Ada ke Ketua Bahagian buat sidang media kata mereka sokong calon ini dan ini. Takde kan. Tengok masa pemilihan Timbalan Presiden UMNO antara Mat Taib, Muhyiddin dan Ali Rustam, tiada seorang pun MT UMNO yang nyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana calon. Yang ada cuma politik wang..dan mungkinkah akan wujud politik wang dalam PKR tak lama lagi..tengoklah kalau tak percaya

Tapi dalam PKR sekarang ni??? Macam stupid je..maaf cakap. Mereka memang tak layak memimpin Pakatan. Nak dibandingkan dengan PAS, langsung takde kekecohan macam UMNgOk ini..opss, PKR. Haritu ada 20 ahli Parlimen nyatakan sokongan terbuka pada Azmin. Dan hari adun-adun PKR Selangor, negeri dibawah Khalid Ibrahim nyatakan sokongan pada Azmin juga. niat mereka hanyalah satu, tumbangkan Khalid atau Zaid Ibrahim dan raih undi daripada semua ahli PKR. Memang hampeh..

Jawatan Timbalan Presiden PKR: Peluang Azmin semakin cerah

SHAH ALAM: Peluang Naib Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali untuk merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu pada 17 September ini semakin cerah apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Negeri Sembilan hari ini berikrar menyatakan sokongan.

Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari berkata, "pemilihan dan sokongan pada kali ini adalah penting dalam menentukan pemimpin yang akan membawa hala tuju masa depan parti kelak.

"Pemilihan kali ini sebagai teras gerak baru dan penting bagi menentukan siapakah pemandu dan pemimpin yang bakal dipilih bagi mencapati matlamat tersebut," katanya pada sidang media bagi mewakili

Adun yang lain di sebuah hotel terkemuka di sini.

Hadir dalam sidang media itu ialah Dr Xavier Jayakumar (Andalas), Shuhaimi Shafie (Seri Muda), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia) dan Amirudin Shari (Batu Cave).

Sementara Adun dari Negeri Sembilan yang hadir ialah Rashid Latif (Ampangan), Ravi Munusamy (Port Dickson), Chai Tong Chai (Lukut) dan Aminudin Harun (Sikamat).

Bagaimanapun, Adun Selangor yang lain, Rodziah Ismail (Batu Tiga), Lee Kim Sin (Kajang), Gan Pei Nei (Rawang) dan Haniza Talha (Taman Medan) tidak dapat hadir tetapi turut menyatakan sokongan.

Pergilah pemimpin PKR terjun dengan labu labinya...macam kempen pilihanraya lawan UMNO lah pulak. Pastu burukkan calon lain. Bertanding biarlah secara anak jantan, bukannya meniskus duduk bawah ketiak orang lain..

Kelas Sejarah Untuk Zuraida

So… Zaid sudah mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Pasai apa dia buat U-turn? Hari tu dia kata dia tak minat untuk bertanding..tup-tup semalam dia umumkan untuk bertanding. Sudah pasti dia ada jawapan dan alasan. Ada orang kata, ini sebahagian dari Qada dan Qadar. Tapi bagi aku, it's all in numbers.

Aku setuju Zaid bertanding. Kalah menang, mampuih pi kat dia la. Aku setuju Zaid bertanding bukan pasai aku suka dia, tapi pasai aku protes cara berkempen. Zaid kata dia tak mau bertanding, tapi geng Azmin kutuk dia semacam. Dan yang jadi tukang kempen untuk Azmin ialah Ketua Wanita, Zuraida Kamarudin.

Aku tak setuju bila Zuraida kata, kesetiaan Zaid terhadap PKR diragui. Kalau kesetiaan Zaid diragui, walaupun dia banyak melakukan perubahan dalam PKR, terutamanya bila mengambil alih Wilayah Persekutuan…bagaimana pula yang beratus ribu lagi ahli-ahli PKR yang masuk selepas 2008? Apakah kesetiaan mereka juga diragui?

Tambah sumber yang memegang jawatan penting dalam PKR, Mustapha dianggap sebagai calon yang 'tidak dikenali' di kalangan pertarungan gergasi itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersetuju: "Dia (Mustapha) mungkin orang lama tetapi dari segi profail, dia akan kalah kepada Azmin."

Kedua-dua mereka telah berada di PKR untuk tempoh masa yang hampir sama.

Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui, kata Zuraida.

Aku nak imbau balik sejarah lama.

Siapakah orang yang paling dipercayaai oleh Anwar? Mat Ezam Mat Nor.

Saifudin pun lari join Pas, sebab Ezam lebih dipercayaai. Sapa yang buat sumpah keramat? Mat Ezam Mat Nor.

akhirnya, orang yang paling dipercayaai dan tidak diragui kesetiaannya kepada Keadilan dan Anwar…itulah orang yang mengkhianati parti.

Pasai apa Ezam sanggup mengkhianati parti? Pasai gaduh dengan Azmin.

Begitu jugak dengan Ruslan Kassim and the gang. Orang-orang yang paling Kak Zu percaya ini jugaklah yang mengkhianati parti.

Mungkin itu sejarah lama. Kita imbau pulak sejarah yang mungkin masih belum kering dakwatnya.

Siapakah yang membawa Salehudin Hashim masuk dalam parti? Anwar. Siapakah yang mengkhianati parti apabila keluar dan mensabotaj parti? Salehuddin Hashim. Orang yang paling dipercayaai oleh anwar dan tidak diragui kesetiaannya hingga diserahkan jawatan yang paling penting…Setiausaha Agung. Bukan itu saja…ketika mereka yang berjuang untuk parti mati kelaparan, Salehudin Hashim dibayar 10 ribu sebulan. akhirnya, orang yang paling dipercayaai itu..belot.

Siapakah yang membawa Zahrain Hashim sehingga menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang? Anwar.

Malah aku ingat lagi kata-kata Anwar. Semasa kempen di Pulau Pinang, seorang wanita tua berbangsa Cina datang berjumpa Anwar dan memegang tangan Anwar. Wanita tua itu memberitahu Anwar, "You're our hope to save our children." Selepas itu, Anwar ke Bayan Baru untuk berkempen untuk Zahrain. Dan diatas pentas, Anwar memberitahu hadirin, "Kalau Tuan-tuan sokong saya, undilah Zahrain. Sebab Zahrain adalah orang kepercayaan saya untuk memimpin Tuan-tuan di Pulau Pinang." Apa jadi?

Tak payah cakap pasai Zul Nordin. Dah puas orang desak supaya zul disingkir dari PKR, tapi berapa lama masa yang diambil untuk menyingkir Zul? Dan bila Zul keluar, apa dia kata? dia ditawar untuk memerangkap Najib. Itulah balasan dari orang yang cukup dipercayaai.

Masa Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, Jamal dan Osman buat kacau. Depa minta supaya Hj. Mail disingkir. Anwar masih boleh bertahan. Tapi bila Azmin minta Hj. Mail digantikan oleh Hj. Osman, Anwar terus ikut. Apa jadi? Tak sampai enam bulan, Perak lingkup. Pasai apa? Pasai Anwar dengar cakap orang yang paling dipercayaai.

Apakah kriteria untuk menilai kesetiaan seseorang itu? Dalam PKR ada banyak Ketua-Ketua Cabang yang cukup setia. Malah ada cabang yang keseluruhan keluarga cukup setia dengan parti. Suami Ketua Cabang, isteri Ketua Wanita, anak Ketua Pemuda. Tapi…itu sajalah kekuatan PKR.

Aku tak akan menghargai kesetiaan macam ni. Semua jawatan dibolot anak beranak.

Dan aku jugak tak akan setia, kalau kesetiaan itu bergantung kepada ihsan jawatan dalam GLC. -MSK.

Tiada ulasan: