Tukar Tiub |
- JADI LAH ORANG YANG BERANI - BERCAKAP APA YANG BENAR
- SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU
- SAPA TAK PERNAH TENGOK LATAK
- KESIAN MENANTU AYAH
- SELAMAT BERBUKA PUASA
- KETAWA PETANG SELASA
- SUARA KANG KONG
- KENYATAAN MEDIA
| JADI LAH ORANG YANG BERANI - BERCAKAP APA YANG BENAR Posted: 07 Sep 2010 06:53 PM PDT KERING GERING DAN MERING ![]() HISHAMUDIN RAIS: UMNO KECUTKAN MINDA MELAYU -mkini Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agendapolitik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu. Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia. "Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir," kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam. Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka. Mengambil contoh, peranan bomoh atau pawang, Hishamuddin mendakwa Umno menggunakan taktik yang sama untuk menyakinkan orang Melayu bahawa mereka sentiasa berdepan atau berlawan dengan hantu. HISHAM RAIS : UMNO HAS SHRUNK THE ALAY MIND - mkini Renegade artist Hishamuddin Rais declared that the Malay mind has been "bonsified" (shrunk and distorted, like a bonsai plant) by Umno's political agenda in order to perpetuate the culture of fear against non-Malays. The former ISA detainee said that it is typical of Umno to play on racial fears to convince the public that they are the best option for Malays to remain at the forefront of social and economic development in Malaysia. "This process that 'bonsifies', nullifies and stupefies (Malays) goes back to the British time. (Malays) are led by lazy leaders and lazy thinkers," Hishamuddin (middle in photo) said at the 'Malays are muted too!' forum at the KL and Selangor Chinese Assembly Hall last night. The controversial activist noted that Malays have been indoctrinated to fear new ideas and 'ghosts' of Chinese supremacy, to the point that the Malay public believe that the 'ghosts' are real threats to their existence. Taking the example of bomoh or witchdoctors, Hishamuddin claimed that Umno employs the same tactics to convince the Malays that they are constantly battling against hantu (ghosts). "In Malaysia it is very simple. The hantu for the Malays are the Chinese. The Malays are made to believe that there are all sorts ofhantu, to encourage the public to be thankful for Umno (to save them). "It's just like (the tactics of) the bomoh in the kampung, wherekampung folk will be told that there are all sorts of hantu to deal with... Umno uses the same modus operandi," he said. nota: kah kah kah... ALAAAA MAK APA LAGI GUA NAK CAKAP .... kah kah kah |
| SATU LAGI CARA UNTUK TIPU MELAYU Posted: 07 Sep 2010 01:25 PM PDT ADA ANGIN NAK JADI RAJA GOPAL ![]() MADEY : AGAMA ISLAM , UMAT ISLAM JADI MANGSA PAS - minsider Mahathir Mohamad berkata agama Islam dan penganutnya menjadi mangsa pemimpin PAS yang menggunakan agama sebagai senjata kelangsungan hidup dalam politik supaya parti itu terus mendapat sokongan. Walaupun kononnya melaungkan perjuangan Islam sebenar, beliau berkata pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tafsiran, dan ia memang naluri parti itu sejak dahulu akan mengenepikan Islam untuk mendapatkan sokongan bukan Islam. Beliau berkata pemimpin PAS pintar memberikan pelbagai pandangan serta penjelasan mengelirukan dan akhirnya yang menjadi mangsa kepada perbuatan itu adalah Islam dan penganutnya. KAH KAH KAH… woit… YANG JADI MANGSA GEROMBOLAN NAPA TAK CERITA… kah kah kah.. kah kah kah... BERJUTA RAKYAT YANG JADI MANGSA KELENTONG FIRAUN... kah kah kah... woit…. SEKURANG KURANG NYA PAS ADA BERCAKAP NAK LAWAN RASUAH…. kah kah kah.. woit… SEKURANG KURANG NYA PAS ADA CAKAP NAK MENEGAK KAN KEADILAN…. kah kah kah… woit… SEKURANG KURANG NYA PAS ADA CAKAP MAHU HAPUS UNDANG UNDANG ZALIM… kah kah kah.. kah kah kah….MACAM LAH GEROMBOLAN INI PUTEH SUCI ... kah kah kah.. kah kah kah… SELALU MENIPU ORANG MELAYU….. kah kah kah |
| Posted: 07 Sep 2010 01:16 PM PDT I KNOW YOU.... LIDAH YOU PANJANG ![]() NIK AZIZ : ' I KNOW YOU ' IBRAHIM ALI – mkini Dalam kenyataan sebelum ini, Nik Abdul Aziz mempertahankan tindakan Anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching, menyampaikan sumbangan di surau Al-Huda, Kajang Sentral, Selangor baru-baru ini, yang menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam. Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang meminta beliau membuktikan kebenaran dakwaannya dengan nas dan ayat al-Quran, Nik Abdul Aziz dengan nada sinis berkata: "I know you (saya kenal awak)". KAH KAH KAH… woit… NIK AZIZ NI MESTI SALAH ORANG… kah kah kah… kah kah kah… TAK MUNGKIN NIK AZIZ KENAL…. kah kah kah… kah kah kah… BEERAHENG DAH SALIN KULIT….. kah kah kah… kah kah kah…. DULU KATAK HIJAU…. SEKARANG KATAK PURU… kah kah kah |
| Posted: 07 Sep 2010 01:10 PM PDT BILA HUJAN DATANG - BISING SATU LUBUK ![]() KJ: PERKASA PUNCA BN HILANG UNDI - mkini Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno. "Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKASA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau. Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu? "Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil. KAH KAH KAH… woit… TAK KAN TAK TAHU …. KENAPA TAK ADA TINDAKAN… kah kah kah.. woit… PERKASA INI DI TUBUH UNTUK PELEKEH KETUA PEMUDA GEROMBOLAN… kah kah kah.. kah kah kah… SEMUA ORANG TAHU… PERKASA ADALAH LEMBU MENIBAI MENANTU AYAH…. kah kah kah… kah kah kah… TAK PAYAH KETAWA KECIL…. kah kah kah… kah kah kah…. DOA KAN AGAR MAHAFIRAUN PADAM DULU…. kah kah kah |
| Posted: 07 Sep 2010 03:34 AM PDT LAGI EMPAT HARI kota kuala lumpur makin lengang semua mudek balik kampong semua ingin berpesta di kampong yang memandu perlu waspada yang memboceng perlu berjaga jaga yang berjalan kaki melintas berhati hati dalam merayakan pesta jadi diri agar kegembiraan beterusan tak henti henti setahun hanya sekali makan lah tapai bakar lah mercun dan berayalah smabil bercanda canda dengan sanak sudara ! PASAR RAMADAN DI IJOK - TEMPAT AKU MEMBELI PECAL BERBUKA DI SUNGAI BESAR HARI HARI ITU DATANG LAGI nostalgia itu datang. zaman enak dimana aku tidak tahu tentang global warming. aku tidak tahu tentang politk. aku tidak tahu tentang semua. yang aku tahu semuanya indah. paling indah dan paling aku nanti natntikan ialah malam malam hari raya. ketika kanak kanak – aku amat jarang berpuasa – bila masuk belasan tahun maka aku mula bepuasa, bukan kerana ingin mendapat bidadari bermata jeli atau dududk diatas divan yang empok. aku berpuasa kerana ini sebahagian dari budaya kami di kampong. tidak terlintas tentang syurga atau neraka. malah tidak ada sesiapa yang menakut nakut kan kami tentang api neraka. aku bebas bercempera. membesar bercanda canda. tidak ada sibuk sibuk tazkirah. tidak ada politikus datang sibuk sibuk menghulurkan derma. kami di kampong landai dan permai – nyaman dan selesa. mungkin kami miskin. mungkin kami tidak memiliki kereta. mungkin kami tidak menyembelih lembu korban – tapi kami ada harga dirii. kami tidak meminta meminta. kami anggkuh dengan kewujudan kami. hari raya adalah tanda budaya kami. tiadk ada tarikh untuk rumah terbuak. siapa datang duduk bersila. kami tidak bertandang jauh. sanak saudara dikampong yang sama. silaturahim kami bukan dipaksa atau di rancang I atau di buat untuk di rakam - ianya luhur dari budaya kami. betapa indahnya malam malam sebelum raya. lampu lampu minyak di pasang. tidak ada yang mengatakan kami murtad atau kami hindu – malah aku tidka tahu pun bahawa aku ini islam. yang aku tahu kami berpesta dan berhari raya. aku teringat lagi saat menunggu nunggu iman dan kadi pulang dari telok kemang. aku tdak tahu apa itu cap mohor - aku ingin dengar dari lauangan kereta penerangan esok kami berhari raya. dunia itu bagitu indah. entah berapa kali aku membuka kotak kasut. entah berapa kali aku mencuba baju melayu. entah berapa kali songkok dipakai. tak sabar sabar menunggu pagi. tak sabar sabar menunggu murai berbunyi. agama kami adalah budaya kami. tidak ada retrorik. kami juga tidak pernah mengaku bahawa hanya kami yang betul – hanya jalan kami yang lurus. di hari raya bukan politik yang kami kesah kan tapi rendang dan tapai. yang tinggal hanya ingatan. hari raya kini menjadi ritual yang kadang kala membosankan. kegembiran itu di cari cari. ianya tidak datang sendiri seperti dizaman boleh maian mercun dan meriam sendiri. hari ini: apa yang paling membosankan aku ialah apabila aku bertandang tv sedang terpasang. jika ada rumah sedemikian lalu aku berkata: ' takpa tonton lah tv dulu' esok kalau ada masa saya datang kembali'. NOTA : petang ini aku berbuka dirumah aku masak sambal udang aku ada ulam pegaga semua aku beli di ijok siapa suka makan perlu pandai masak kalau tidak kena tipu makan ayam mati direndan aji no moto kah kah kah |
| Posted: 07 Sep 2010 12:03 AM PDT |
| Posted: 06 Sep 2010 11:24 PM PDT KAMPONG PELENTONG JOHOR BAHRU YANG BARU SAHAJA DIROBOH ![]() HAPUSKAN KAMPUNG TINDAKAN BAHAYA - melayau PULAU PINANG 6 Sept. - Tindakan menghapuskan kampung- kampung tradisional semata-mata berkiblatkan wang ringgit sangat berbahaya kerana ia akan melenyapkan identiti sesuatu kaum. Pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, sebarang pembangunan yang hendak dilaksanakan di kawasan tersebut perlu mengambil kira faktor budaya dan warisan. Beliau menambah, kerakusan pihak tertentu merobohkan kampung sedemikian atas nama pembangunan merupakan tindakan berbahaya. "Sepatutnya kampung- kampung tradisional dipelihara. Kalau tidak dapat dielakkan, tidak mengapa tapi sebarang langkah yang diambil perlulah menimbangkan antara budaya dan warisan dengan wang ringgit. Beliau mengulas nasib 52 keluarga dari Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung di sini yang diarah oleh pemaju mengosongkan rumah masing-masing pada 31 Oktober ini. Kampung nelayan yang dihuni sepenuhnya oleh orang Melayu itu telah wujud sejak 70 tahun lalu. KAH KAH KAH woit… INI LAH PELIKNYA PROFESOR KANG KONG INI…. kah kah kah.. woit… MASA KAMPONG BEREMBANG KENA RUNTUH … TAK ADA PULAK CAKAP APA APA?... kah kah kah…. kah kah kah… MASA KAMPONG PELENTONG KENA RUNTUH… KANG KONG INI SENDAWA PUN TIDAK…. SENYAP…kah kah kah.. kah kah kah… MASA KAMPONG CHU BADAK DI RUNTUH…. TAK TERKENTUT PUN KANG KONG INI…. kah kah kah kah kah kah… BILA PULAU PINANG DIBAWAH DAP…..KANG KONG INI MULA MENJALAR…. kah kah kah… kah kah kah… BILA PAKATAN NAIK ....MULA KANG KONG NAIK EKOR…. MULA KEMBANG DAUN… kah kah kah.. nota: jadilah intelektual yang berani berkata benar walau pun tidak di bayar berkata benarlah walau pun tidak ditemui bual oleh utusan berkata benarlah walau pun tidak ada temu ramah dengan tv3 berkata benar lebih senang dari berbohong kerna bila berbohong nampak kang kong nya kah kah kah |
| Posted: 06 Sep 2010 08:34 PM PDT KENYATAAN MEDIA DR. SYED HUSIN ALI TENTANG ISU PERKASA - NURUL IZZAH Sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk PM Najib telah menegur atau mengecam pandangan yang dikemukakan serta cabaran yang dibuat oleh YB Nurul Izzah terhadap pemimpin Perkasa. Nyata sekali pandangan serta cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai itu menyengat dan mengena tepat pada sasaran. Pendirian ketiga-tiga menteri itu membukti kan dengan jelas bahawa pucuk pimpinan Umno hanya bercakap tentang satu Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya berkongsi pendapat dengan golongan perkauman sempit Melayu. Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan. Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia. Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali. Namun begitu Nurul Izzah, selari dengan pendirian yang diambil oleh KEADILAN serta juga PAKATAN mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan seperti yang wujud kini, termasuk fasal-fasal yang mengenai kedudukan Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa. DR SYED HUSIN ALI TIMBALAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





.jpg+PELENTONG.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan