| Selama 4 Tahun, Hampir Setiap Hari, Si Bapa Lahanat Didakwa Merogol Anaknya! Posted: 27 Sep 2010 07:50 AM PDT Seorang bapa berusia 39 tahun dituduh merogol anaknya yang kini berusia 16 tahun selama 4 tahun. Menurut mangsa, bapanya telah merogolnya hampir setiap hari sejak dirinya berusia 11 tahun. Kejadian yang berlaku di Bu Gia Map di daerah Binh Phuoc sedang disiasat oleh pihak berkuasa. Saya petik: [SC] Vietnamese police are investigating a man for allegedly raping his daughter nearly every day for the past four years, authorities said Monday.
The man, 39, was questioned by police Saturday in Bu Gia Map district in southern Binh Phuoc province and is still being investigated by authorities, a local police officer said on condition of anonymity because he was not authorized to speak to the media.
The man's wife and daughter reported the case to police in Hung Long village on Friday, the officer said. Child rape is a serious offense in Vietnam and can result in the death penalty. However, cases involving incest rarely become public.
The girl told police the assaults began in June 2006, when she was 11. She said her father forced himself on her in her bedroom or in the kitchen nearly every day, according to the officer.
The mother told police she caught her husband raping their daughter about a month ago, but the man begged her not to report it and promised not to do it again, the officer said.
As time passed, he became angry with her for shielding their daughter from him and he beat the mother up, prompting her to report the case, she told police.
The girl, who is now 16 and in the 10th grade, was taken to a hospital Saturday for a checkup, and doctors determined that she had been raped, the officer said.
The girl, the eldest of three daughters, is now staying with her grandparents, he said, adding that villagers have become outraged by news of the incident and are demanding that the man be jailed. - AP |
| Pandangan Sir Richard Branson terhadap Drama Liwat II dan Kaitannya dengan Reputasi Negara. Malu Beb! Posted: 27 Sep 2010 04:45 AM PDT Malu beb! Selepas ini, bilionair ini akan menjadi musuh penyokong PM 1Malaysia dan konspirasi liwat. Tokoh perniagaan hebat ini berkemungkinan akan dikutuk oleh Perkasa, blogger UMCO, dan pihak-pihak yang sewaktu dengannya. Pelbagai cerita buruk akan ditulis tentang tokoh perniagaan ini. Tidak mustahil timbul cerita gay yang akan dikaitkan dengannya seperti cerita gay yang dikaitkan dengan tokoh politik antarabangsa yang menyokong DSAI. Saya petik: [MK] Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.
"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia," katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.
"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara," katanya .
Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.
Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga membabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.
Human Rights Watch menggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.
"Jika Malaysia lebih liberal, lebih ramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara," kata Branson.
Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.
Beliau juga berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.
"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yang dilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.
Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.
Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan mereka mempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.
"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada," katanya.
Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.
Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.
Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan. * Berita ini 100% tidak akan disiarkan dalam TV3, Utusan, dan media massa yang sewaktu dengannya. Lepas baca, kliklah sekali: |
| Saya SOKONG 300% Gesaan Karpal Singh! Posted: 27 Sep 2010 02:00 AM PDT Sebagai salah seorang individu yang terlibat dalam penerbitan jurnal undang-undang dalam bahasa kebangsaan beberapa tahun lalu, saya menyokong penuh gesaan Karpal Singh agar hakim menulis penghakiman dalam bahasa kebangsaan. Hal ini penting bagi memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan dalam sistem kehakiman negara dan memastikan penghakiman dalam bahasa kebangsaan menjadi sumber rujukan oleh pengamal undang-undang di Malaysia. Biarpun ada hakim yang menulis penghakiman dalam bahasa kebangsaan, namun bilangannya masih kurang berbanding dengan penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Walaupun ada usaha pihak tertentu menerbitkan penghakiman yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan, namun usaha itu dilihat sia-sia kerana penghakiman tersebut tiada autoriti berbanding dengan penghakiman yang ditulis dalam bahasa asal. Ringkasnya, gesaan Karpal Singh agar semua penghakiman bertulis mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia perlulah disokong oleh semua pihak. Hal ini bertepatan dengan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan yang menyatakan bahawa semua prosiding (selain pemberian keterangan) di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau sebarang mahkamah bawahan, harus dalam bahasa kebangsaan. Saya petik: [MK] Peguam kanan Karpal Singh membangkitkan isu perlembagaan di Mahkamah Persekutuan hari ini dengan menegaskan bahawa semua penghakiman bertulis mestilah dibuat dalam Bahasa Malaysia.
Beliau berkata, para hakim harus memenuhi syarat-syarat Akta Bahasa Kebangsaan, dan bahawa "semua penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris hendaklah diisytiharkan batal dan tidak sah".
Karpal menegaskan demikian dalam bantahan awalnya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung saman fitnah yang difailkannya pada 2006 terhadap mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Karpal meminta mahkamah tertinggi itu mengarahkan Mahkamah Rayuan menulis penghakimannya dalam Bahasa Malaysia, dan selepas itu, permohonan rayuan boleh diteruskan.
Sambil berhujah bahawa penghakiman bertulis dalam Bahasa Inggeris mungkin tidak mengikut perlembagaan, Karpal kemudian memberitahu wartawan bahawa permohonan berhubung bantahan awalnya itu mungkin mempunyai kesan yang serius.
"Sebahagian besar penghakiman bertulis dalam kes jenayah dan sivil adalah dalam Bahasa Inggeris di semua peringkat mahkamah."Oleh kerana itu, ini menimbulkan persoalan terhadap kesahihannya dalam bidangkuasa semua penghakiman yang ditulis dalam bahasa Inggeris," katanya.
Menurut Karpal, Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan bahawa semua prosiding (selain pemberian keterangan) di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau sebarang mahkamah bawahan, harus dalam bahasa kebangsaan.
Peruntukan itu juga, katanya, tertakluk ke atas para hakim, kerana ia tidak menyediakan mereka pengecualian untuk menulis penghakiman dalam bahasa Inggeris.
Seksyen 8 juga menyebut bahawa pihak mahkamah, boleh sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding - dan setelah menimbang kepentingan keadilan dalam prosiding berkenaan - memerintahkan prosiding (selain saksi memberi keterangan), boleh sebahagiannya dibuat dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian lagi dalam Bahasa Inggeris.
Dalam menolak rayuan Anwar sebelum ini, Hakim Datuk Abdul Malik Ishak berkata semua dokumen mahkamah hendaklah dalam bahasa kebangsaan kerana supremasi Bahasa Malaysia terkandung dalam perlembagaan persekutuan.
Ironinya, Malik yang menulis penghakimannya dalam Bahasa Inggeris, berkata Perkara 152 perlembagaan, dibaca bersama dengan Akta Bahasa Kebangsaan, menyebut bahawa semua prosiding mahkamah selain memberi keterangan, hendaklah dalam harus dalam bahasa kebangsaan. - Hafiz Yatim * ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah telah meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur pada 4.30 petang tadi. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dirahmati oleh Allah SWT. |
| Inilah Surat Kontroversi Itu Posted: 27 Sep 2010 12:00 AM PDT Perhatikan kesalahan-kesalahan yang berjaya dikenal pasti. Logikkah surat ini dikatakan surat rasmi kerajaan negeri? Surat ini pula dijadikan bukti tuduhan tersebut. Alahai! Saya petik berita berkaitan dengan isu ini: [MK] Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.
Azhar berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali 'memutar-belitkan katan-kata' sehingga bukti dikemukakan.
Katanya, apabila ketua penerangan Umno negeri itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican memberikan bukti bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber perjudian untuk program membasmi kemiskinan, Lim secara tergesa-gesa mengakuinya tetapi mendakwa wang berkenaan hanya disalurkan kepada penduduk bukan Melayu.
ADUN Penaga itu merujuk kepada pendedahan oleh Reezal Merican di Kepala Batas di mana beliau mengemukakan surat yang dialamatkan kepada pengarah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang berhubung baki sumbangan RM500,000.
Menurut Reezal Merican, surat bertarikh 9 Julai itu ditandatangani oleh setiausaha sulit Lim, - Farida Hani M Yacob yang mengesahkan sumbangan itu telah diterima oleh kerajaan negeri.
Menurut Azhar, beliau menerima surat berkenaan daripada sumber yang tidak diketahui di Kuala Lumpur dan memilih mendedahkannya kerana isu berkenaan menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat Islam.
"Ini gaya dia (Lim); pada mulanya dia akan menafikannya, tetapi apabila kita tunjukkan bukti, dia kemudian akan mengakuinya," kata Azhar kepada Malaysiakini.
"Ingat lagi, Lim juga membuat kecoh dia tidak diberikan kerusi VIP pada majlis di Penang Hill tahun lalu?" soalnya.
"Tetapi apabila gambar menunjukkan dia duduk di kerusi VIP, dia persalahkan media pula," kata Azhar dengan sinis.
Lim dibidas oleh Umno kerana baru-baru ini mengakui bahawa dana kerajaan yang diperolehi dari sumber perjudian ada digunakan bagi membantu golongan miskin di Pulau Pinang.
Tetapi beliau memberi jaminan wang itu hanya disalurkan kepada golongan bukan Islam yang miskin.
"Kita tidak tahupun wang berkenaan datang dari perjudian lumba kuda. Saya tidak tahu kerana kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang lesen judi.
"Hanya kerajaan persekutuan yang meluluskan lesen berkenaan, jadi mengapa tidak tanya mereka," kata Lim pada ucapannya di karnival sukan di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
Sebelum ini, seorang penulis blog memuat-naikkan sebuah artikel di Pisau.net mendakwa wang RM100 yang diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas sebagai penghargaan kepada golongan itu datangnya dari sumber judi.
Lim berkali-kali menafikan dakwaan itu, manakala setiausaha politiknya yang juga ADUN Komtar Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
"RM100 untuk warga emas adalah dividen anti-rasuah. Kerajaan negeri yang ini yang tidak mengamalkan rasuah mampu memberi wang kepada rakyatnya," Lim dilaporkan berkata. |
| “Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi..."- Dr Asri Posted: 26 Sep 2010 11:00 PM PDT  Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.
"Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
"Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi," kata beliau dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
"Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.
"Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan," kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.
Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.
Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai "satu pembohongan."
Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.
Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.
Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.
Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.
"Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
"Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.
"Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber," kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.
"Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan," kata beliau lagi. |
| Jahanam Agama Jika Ibu Bapa Berpendirian Terlalu Terbuka! Posted: 26 Sep 2010 10:29 PM PDT Saya sudah komen situasi seperti ini dahulu. Sila rujuk di Katalog. Saya petik: [HM] JAKARTA: Penyanyi Pinkan Mambo sebelum ini dikatakan bertukar agama kerana terpengaruh dengan kekasihnya. Bapa Pinkan, Youke Mambo pula menafikan khabar itu.
"Berita mengenai Pinkan keluar Islam kerana terpengaruh dengan kekasihnya itu tidak benar," ujar Youke ketika dihubungi melalui telefon, semalam. Youke memberitahu dia sempat berbual dengan anaknya dan Pinkan memang ada memaklumkan yang dia sudah bertukar ke agama lain. Bagaimanapun, Pinkan juga meminta bapanya tidak mempercayai berita yang dipaparkan di media.
"Papa, Pinkan sudah berpegang kepada keyakinan baru dan berita mengenai Pinkan memeluk agama lain kerana terpengaruh dengan kekasih Pinkan itu tidak benar.
"Pinkan memang rela hati mahu memeluk agama baru ini," jelas Pinkan kepada bapanya sebagaimana dituturkan Youke.
Youke berkata, dia tidak kesah dengan keputusan Pinkan itu. Menurutnya, penyanyi lagu 'Kekasih yang tak dianggap' itu sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan dalam hidupnya.
"Saya hormati keputusan anak saya," kata Youke. - Agensi |
| Pelajar Dirompak dan Dirogol di Dalam Keretanya! Posted: 26 Sep 2010 08:20 PM PDT Kaum hawa.Sila ambil perhatian. Berhati-hati jika berhenti di persimpangan lampu isyarat. Pasti pintu kereta anda DIKUNCI.Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan bukan saja dirompak malah, turut dirogol seorang lelaki yang tiba-tiba masuk ke dalam keretanya yang berhenti di satu persimpangan lampu isyarat di Taman Putra, di sini, malam Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa yang berusia 20-an memandu kereta bersendirian sebelum berhenti berhampiran di persimpangan lampu isyarat berkenaan. Namun, tanpa diduga seorang lelaki tidak dikenali meluru masuk melalui pintu belakang keretanya sebelum memukul dan mengugut mangsa supaya mendiamkan diri. Menurut sumber, lelaki terbabit menunjukkan sebilah pisau untuk menakutkan mangsa sebelum memaksanya duduk di bahagian penumpang.
"Lelaki terbabit meminta mangsa mendiamkan diri sebelum dia membawanya berpusing sekitar Ampang.
"Mangsa diperlakukan kejam sebelum lelaki terbabit merogolnya dalam kenderaan itu," katanya.
Difahamkan, selepas merogol, penjenayah terbabit menghantar kembali mangsa ke lokasi dia ditemui sebelum melarikan diri.
"Mangsa yang lemah itu datang ke balai polis membuat laporan kejadian terbabit," katanya. |
| Ahli Politik Sejati? Posted: 26 Sep 2010 08:02 PM PDT Saya suka sikap ahli politik ini. Dengan andaian, beliau memberikan pengakuan/ulasan yang ikhlas tentang kekalahannya. Jika bukan atas sebab merajuk dan sebagainya, layaklah beliau digelar ahli politik sejati. Saya petik: [MK] Datuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan.
Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi. Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.
Berikut adalah kenyataan Kamarul Baharin dalam facebooknya:
"PKR Telok Kemang telah memberi isyarat kepada pengundi Telok Kemang bahawa anggota parti menolak kewibawaan saya sebagai wakil mereka di Parlimen Telok Kemang. Saya menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan akan memikirkan tindakan mengikut hakikatnya bahawa saya perlu memberi laluan kepada sesiapa yang mereka berkenaan secepat mungkin." Terdahulu:* Datuk Kamarul tewas di Teluk Kemang |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan