:: @ AL-BAKISTANI @ :: |
| SEMBELIHAN ORANG ISLAM, DIBACA BISMILLAH ATAU TIDAK? Posted: 24 Sep 2010 01:13 PM PDT Dalam mazhab Hanafi, sembelihan orang islam yang tidak dibacakan 'bismillah', hukumnya dikira sebagai bangkai. Pendapat hanafi ini, bersalahan dengan pendapat Syafie , yang mana syafie berpendapat bahawa sembelihan orang islam yang tidak dibacakan 'bismillah' tidak dikira sebagai bangkai, malahan boleh di makan. Khilaf ini berlaku, berpunca dari berbeda 'turuq istinbat' yang diamalkan oleh kedua-dua mazhab. Menurut mazhab Syafie [malahan jumhur : Hanbali dan maliki], nas ahad dan qias boleh mentakhsiskan nas yang mutawatir. Adapun Hanafi, mereka berpendapat sebaliknya. Lantaran itu, firman Allah SWT; وَلَا تَأْكُلُوا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ Maksudnya; "Jangan kamu makan dari [binatang yang disembelih] tanpa disebutkan nama Allah SWT" [surah Al-An'am : 121] Sepertimana yang diketahui, Al-Quran adalah nas yang disifatkan sebagai mutawatir. Lantaran itu, dari nas ini menjadi dalil oleh mazhab hanafi bahawa sembelihan orang Islam yang tidak dibacakan 'bismillah' dikira sebagai bangkai [tidak boleh dimakan]. Adapun jumhur ulama [Syafie, Hanbali dan maliki], mereka memandang sembelihan orang islam yang tidak dibaca 'bismillah' sebagai boleh dimakan. Mereka memandang kepada satu hadis, bahawa Rasulullah SAW ada bersabda; ذبيحة المسلم حلال ذكر اسم الله أو لم يذكر Maksudnya; "Sembelihan orang islam adalah halal, sama ada dibacakan nama Allah, atau tidak dibacakan" [As-Sunan Al-Kubra ] Hadis ini adalah nas yang ahad. Jumhur ulama berpendapat, nas yang ahad boleh mentakhsiskan nas yang mutawatir. Ekoran itu, dalam mazhab mereka menyatakan bahawa sembelihan orang islam adalah halal, sama ada dibacakan nama Allah ataupun tidak dibacakan. [mazhab jumhur berpendapat, larangan dalam firman Allah sebagai larangan makruh. Dengan maksud, galakkan dalam firman Allah itu, bersifat sunat] Ia bersalahan dengan Hanafi, kerana pada hanafi, nas yang ahad tidak boleh mentakhsiskan nas yang mutawatir. Lantaran mazhab itu berfatwakan dikira bangkai sembelihan yang tidak dibacakan Allah, waima penyembelih itu orang islam sekalipun. Sekian p/s : sedang meneliti kitab 'risalah fi ri'ayah al-maslahah' karangan Imam At-Tufi. Yang mana, ada menyatakan bahawa Imam At-Tufi pendapatnya 'maslahah didahulukan berbanding nas'. Wallahu 'Alam Al-Bakistani - Sri Indah [b] Sg buloh 25 september 2010 * 4:08 pagi |
| You are subscribed to email updates from :: @ AL-BAKISTANI @ :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan