Rabu, 22 September 2010

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


SEKALI TENGOK, TERKEJUT DUA KALI

Posted: 22 Sep 2010 11:22 AM PDT


MUSLIHAT DISEBALIK DERMA RM 4b???

Posted: 21 Sep 2010 05:10 PM PDT

Siapa Pengerusi Eksekutif I'Da World, Abdul Rahim Abdul Wahab??

Dikhabarkan, ramai pelajar IPTA dan IPTS yang mengenalinya. benarkah khabar berita memaklumkan bahawa, sudah ramai orang sudah kena 'goreng' dengannya dalam perkara yang berkaitan dengan wang?

I'Da World mempunyai lamanweb mereka. Didapati, sejak isu derma RM 4b mula dibincangkan dalam media, lamanweb itu sudah tidak boleh dibuka lagi. lamanweb itu adalah http://idaworldgroup.com.my/

Apa cerita sebenar disebalik 'cek RM 4b' yang kononnya didermakan kepada PAS kelantan, tanpa pengetahuan seorang pun pimpinan PAS, kecuali adik Tuan guru, yang beliau pun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PAS dan Kerajaan negeri kelantan?

Sebentar tadi, seorang teman yang pernah berurus dengan Tuan Haji Abdul Rahim, telah menelefonku, dan memaklumkan serba ringkas tentang kerja buat yang pernah dilakukan oleh Tuan haji Abdul Rahim ini. Secara peribadi, aku sudah mencadangkan kepada sebilangan blogger, berjumpa dengan kenalan Tuan haji Abdul Rahim tersebut untuk mendedahkan kisah sebenar disebalik kejadian 'derma RM 4b' itu, menerusi syarikat yang kononnya mempunyai eset sebanyak AS$ 2 Trilion yang ditubuhkan pada bulan april tahun 2008.[lojikkah, sebuah syarikat baru berumur 2 tahun sudah mempunyai eset sebanyak AS $ 2 Trilion?]

tunggu pendedahannya dari beberapa blog tidak lama lagi. Insya Allah.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
22 September 2010 * 8:19 pagi

Tiada ulasan: