DIALOG RAKYAT |
- Koperal Polis, Anak Maut Hari Keempat Aidilfitri
- Kejadian Tragis Menimpa Sosilawati Tidak Boleh Diterima
- Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan
- Nik Nazmi: Pemilihan Langsung PKR Pusing Awal ‘Pilih Calon’ PRU
- Empat Rekod Jenayah Suspek Sosilawati, Mengapa Tiada Tindakan?
- UMNO HANYA MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN PBS?
- Perbalahan UMNO/ PERKASA membunuh diri masing-masing.
- Inikah Datuk yang disyaki Membunuh Sosilawati?
- Kes jenayah meningkat dibimbangi
- UMNO perlu Perkasa untuk raih sokongan
- Tiga remaja perempuan hilang selepas beraya di rumah rakan
- Lajim: Jangan keliru tarikh kemerdekaan
- Pembunuh kejam, kata isteri mangsa bunuh, bakar
- Kematian Guna adalah salah polis, dakwa peguam
- Pejabat Sosilawati lengang
- Pendirian anti-PERKASA hanya gimik Umno, kata DAP
- Bekas SU Pemuda PAS Pusat meninggal dunia
- Blog pro istana Kelantan kesal laporan Utusan
- Puluhan ribu hadiri rumah terbuka Selangor
- PAS ucap takziah, gesa pendakwaan segera
- Tengku Faris dimasyhurkan sultan hari ini
- Sah Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan
- Dr M: Umno tidak mampu berbalah dengan PERKASA
- Prof: Pemangku raja K'tan boleh dimasyhur sultan baru
- Sultan K'tan akan cabar istiadat permasyhuran
| Koperal Polis, Anak Maut Hari Keempat Aidilfitri Posted: 13 Sep 2010 07:06 AM PDT BERNAMA SEREMBAN: Seorang anggota polis dan anak perempuannya maut apabila kereta mereka melanggar belakang sebuah lori sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan lain di Km 327 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tol Pedas, Isnin. Koperal Rubaie Abdul Rahman, 41, yang bertugas di Balai Polis Simpang Tiga di Ijok dan anaknya Nur Aziera, 15, mati di tempat kejadian. Jurucakap polis berkata kemalangan pada pukul 6.15 pagi yang membabitkan kereta Proton Waja yang dinaiki Rubaie bersama isteri dan tiga anak perempuannya, sebuah lori dan sebuah Toyota Avanza serta sebuah bas itu turut menyebabkan lapan yang lain cedera. Beliau berkata ketika kejadian Rubaie bersama anggota keluarganya dalam perjalanan untuk berhari raya dan menghadiri kenduri arwah 100 hari ayahnya di Kampung Sungai Bilah, Muar yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. "Mangsa yang memandu di lorong tengah gagal mengawal keretanya lalu merempuh belakang sebuah lori satu tan menyebabkan kereta mangsa melintang di tengah lebuh raya. Sebuah kereta Toyota Avanza yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kanan (sebelah pemandu) kereta mangsa," katanya ketika dihubungi, Isnin. Beliau berkata lori terbabit pula dilanggar oleh sebuah bas ekpress menyebabkan lori tanpa muatan itu putus dua. Mereka yang cedera ialah isteri Rubaie iaitu Rasidah Abdul Samad, 37, serta dua anak perempuan mereka Fatin Adila, 9, dan Fara Elisa, 5, pemandu serta dua kelindan lori dan pemandu serta seorang penumpang Toyota Avanza. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Tampin. Beliau berkata impak kuat kemalangan itu menyebabkan Nur Aziera yang duduk di kerusi belakang tercampak keluar daripada kereta manakala Rubaie pula tersepit di tempat duduk pemandu. Anggota bomba dan penyelamat dari Balai Rembau mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mayat Rubaie, katanya. | |||||
| Kejadian Tragis Menimpa Sosilawati Tidak Boleh Diterima Posted: 13 Sep 2010 07:02 AM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Kenalan rapat Datuk Sosilawati Lawiya menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang merupakan rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang. "Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia telah menjadi arwah," katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati di sini, Isnin. Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati telah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan. Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Pada Ahad, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang merupakan setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun. Beliau yang merupakan kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lepas, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lepas iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah. "Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos," katanya. Beliau berkata pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab. "Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada 'miss call' dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan," katanya. Beliau berkata pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya tentang tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham. "Beliau merupakan ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain," katanya. Sementara itu adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam Isnin solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat, Ahad. Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan. "Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku," katanya yang enggan namanya disiarkan. | |||||
| Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan Posted: 13 Sep 2010 06:39 AM PDT BERNAMA ![]() Kelihatan anggota polis giat mencari bahan bukti di dalam sungai. - Foto BERNAMA BANTING: Pasukan penyelam Polis Marin pada Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ. Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada pukul 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu. Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan. Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan. Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Pada Ahad, Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. | |||||
| Nik Nazmi: Pemilihan Langsung PKR Pusing Awal ‘Pilih Calon’ PRU Posted: 13 Sep 2010 06:36 AM PDT TV SELANGOR PETALING JAYA – Pemilihan langsung bersejarah PKR tahun ini, yang membolehkan setiap ahli PKR mengundi, akan menjadi platform untuk mengenal pasti calon-calon berpotensi pilihan raya umum ke-13, sekali gus mengelakkan kelemahan dan kesilapan dua tahun lalu. PKR yang mencatatkan prestasi bersejarah pada Mac 2008 sejak kewujudan parti itu lebih sedekad lalu berhadapan dengan tindakan keluar beberapa ADUN dan Ahli Parlimen. Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengakui kesilapan dalam memilih calon pilihan raya umum 2008 tetapi mereka tiada pilihan kecuali mengambil mereka yang bersedia untuk menghadapi cabaran dua tahun lalu. Pemilihan langsung PKR bermula 17 September ini membabitkan 218 cabang manakala pengundian pemilihan pusat akan bermula akhir bulan depan. Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pemilihan langsung ini adalah antara cara terbaik bagi pemimpin-pemimpin yang dipilih membuka laluan untuk menjadi calon pilihan raya umum akan datang. "Kami mengaku kelemahan-kelemahan kami. Sebelum ini kami tidak cukup calon yang terbaik, tetapi ini sudah tidak menjadi masalah kepada kami sekarang," kata beliau. Bagaimanapun ADUN Sri Setia ini memberitahu, berbanding dua tahun yang lalu PKR tidak berhadapan dengan bilangan yang layak dan mencukupi untuk bertanding dalam pemilihan dan mereka yang berpotensi untuk menjadi calon pilihan raya umum ke-13. Nik Nazmi yang akan mempertahankan kerusi timbalan ketua cabang Kelana Jaya berkata, pemilihan langsung akan membolehkan mereka yang dicalonkan untuk membuktikan mereka sememangnya layak untuk memimpin. "Ia seolah-olah pusingan awal... mereka yang dipilih di peringkat akar umbi dan berupaya untuk berkempen di peringkat pemilihan, akan muncul sebagai calon terbaik dalam pilihan raya umum," katanya. PKR merupakan parti politik pertama negara ini mengadakan pemilihan langsung. Parti itu meminda perlembagaannya tahun lalu untuk membolehkan pemilihan langsung membabitkan 400,000 ahli diadakan. Awal tahun ini, Pengarah Pilihan Raya PKR Fuziah Salleh berkata parti itu mempunyai pendekatan 'ajaib' untuk menepis tanggapan kebanyakan pihak bahawa parti itu tidak mungkin dapat mengulangi prestasi Mac 2008. Fuziah juga berkata "perkhidmatan kreatif" akan menjadi kunci utama pihaknya menghadapi BN dalam pilihan raya umum akan datang.-THE MALAYSIAN INSIDER | |||||
| Empat Rekod Jenayah Suspek Sosilawati, Mengapa Tiada Tindakan? Posted: 13 Sep 2010 06:25 AM PDT TV SELANGOR 'Kecekapan' seorang peguam bergelar Datuk - suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati, yang terlepas dari sebarang pendakwaan walaupun terbabit dalam empat kes jenayah sebelum ini, menimbulkan pelbagai persoalan. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hairan mengapa tiada tindakan dilakukan terhadap peguam berkenaan yang memiliki empat rekod berkaitan kes kehilangan individu lain. Bagi beliau, ia menimbulkan persoalan sama ada wujud pertalian hubungan antara suspek dengan pimpinan tertinggi polis atau pentadbiran Polis Diraja Malaysia yang lemah sepanjang kepimpinan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin menyatakan seorang peguam berusia 41 tahun berpangkat 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain itu pernah terlibat dalam empat lagi kes kehilangan orang. "Kita berasa hairan 'Datuk' ini yang dikatakan ada rekod jenayah yang sama, tidak diambil tindakan untuk menghalang daripada berlaku. Datuk ini, apakah ia mempunyai kaitan dengan orang politik atau ada kaitan dengan tokoh tertentu dalam polis. "Saya rasa itu merupakan persoalan yang perlu dijawab oleh pasukan keselamatan sendiri," kata Shamsul Iskandar kepada TV Selangor. Lebih-lebih lagi, PDRM ketika dipimpin Musa Hassan kerap dikritik lantaran dakwaan hubungannya dalam jenayah berprofil tinggi termasuk kegiatan kongsi gelap dan salah laku orang kenamaan. Sehingga tempoh persaraannya, bekas Ketua Polis Negara itu gagal membersihkan namanya dari dakwaan yang tersebar melalui internet, malah tidak mengambil sebarang tindakan perundangan. "Dari segi KPI untuk ketua polis negara, proses pertukaran ini sepatutnya sudah lama dibuat. Saya percaya kerana dari pelbagai sumber, tidak keterlaluan saya katakan sudah menjadi satu rahsia umum mengenai keterlibatan pimpinan kanan polis. "...tidak terkecuali Tan Sri Musa Hassan terlibat dalam kegiatan jenayah berprofil tinggi termasuk melibatkan diri dengan gangster dan kongsi gelap," katanya. Sehubungan itu, Shamsul Iskandar meminta polis kembali kepada asas penugasan iaitu membanteras jenayah dan menjaga keamanan serta ketenteramana awam, bukannya mengekori pemimpin politik pembangkang untuk mencari salah. "Pada saya sudah sampai masanya pasukan polis mengurangkan tumpuan dan fokus mereka daripada menjaga aktiviti politik yang kita lihat sekarang ini pasukan polis menjadi perkakas kepada Umno Barisan Nasional. "Tumpuan sepatutnya diberi untuk menurunkan kadar jenayah di negara kita," katanya. | |||||
| UMNO HANYA MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN PBS? Posted: 13 Sep 2010 06:19 AM PDT Oleh: MAIL MATTHEW (sabahkini)
| |||||
| Perbalahan UMNO/ PERKASA membunuh diri masing-masing. Posted: 13 Sep 2010 06:18 AM PDT ASPAN ALIAS Dengan selaran yang dilemparkan kepada PERKASA dan pemimpinnya Ibrahim Ali, dengan sendirinya PERKASA nampak sebagai satu NGO yang digeruni oleh BN dan UMNO. Jika tidak geruni masakan PERKASA dijadikan 'target' selaran oleh pemimpin UMNO dan MCA. UMNO menunjukkan garangnya dengan kenyataan-kenyataan Ketua Pemudanya, Khairy yang tidak habis waktu dan masa membidas Ibrahim Ali dengan 'name calling' yang saya anggap keterlaluan datang dari seorang yang mempamirkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang hebat. Tindakkan pemimpin UMNO dan BN memutuskan untuk berputus arang dengan PERKASA sudah pasti memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada kejatuhan UMNO dan seterusnya BN. Masalahnya jika kesemua pemimpin-pemimpin UMNO bersatu untuk menjauhkan PERKASA, mungkin UMNO boleh memberikan 'consequence' yang 'negative' terhadap PERKASA, tetapi hakikatnya ada dikalangan pemimpin besar UMNO memainkan jari-jaru kecil mereka dengan memberikan sokongan sencara senyap-senyap kepada PERKASA; baik dari moral dan belanja penyelengaraan badan NGO yang berbau politik itu. Kos untuk bergerak untuk PERKASA bukannya kecil. Tetapi untuk menyalahkan UMNO menyelar PERKASA juga tidak wajar kerana UMNO benar-benar terjejas dengan apa yang dilakukan oleh NGO itu. Akhirnya UMNO ditempatkan diposisi yang tersepit, tetapi UMNO sebagai sebuah parti tentulah terpaksa menentukan sikap dengan kehadziran badan yang dipelopori Ibrahim Ali ini. PERKASA dengan 'attribute' dan penampilan sebagai kumpulan 'ultra', telah menjadikan MCA rakan kongsi pemimpin UMNO dalam politik dan perniagaan itu merasa terancam telah menyalahkan UMNO kerana membiarkan PERKASA menjadi perkasa, maka MCA juga memberikan reaksi yang sama 'chauvinistic' dengan PERKASA untuk mendapatkan dokongan dari bangsa Cina. Seperti UMNO, MCA juga mempunyai masalah yang besar dengan bangsa yang dipimpinnya. Orang-orang Cina lebih cenderung untuk memberikan dokongan kepada DAP. DAP yang selama ini dimomokkan dengan imej negatif oleh media massa sudah tidak lagi mempunyai masalah untuk diterima rakyat terutamanya bangsa Cina. Malahan orang Melayu juga sudah mula menerima parti ini sebagai parti yang tidak seburuk yang dimomokkan oleh pemimpin BN dan media massa sejak berdekad yang lalu. Malahan dalam isu PERKASA yang mana MCA begitu vokal menyebabkan MCA pula dianggap sebagai parti yang sangat 'chauvinistic'; melebihi DAP. Malahan usaha yang dilakukan oleh DAP untuk meletakkan beberapa calun Melayu diperingkat Parlimen dan Dun-Dun diseluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang telah dapat mengambil hati ramai pengundi-pengundi Melayu. Dalam keadaan orang Melayu yang sedang tidak berpuas hati terhadap MCA, sedikit sebanyak kompromi dari DAP mereka (Melayu) akan memberikan dokongan kepada DAP dengan agak mudah. Apa kah kemungkinan yang akan berlaku kepada PERKASA? Didalam sesuatu pergaduhan yang menag juga akan merasakan kesakitannya. Bagi PERKASA ianya akan hanya membantu mengurangkan undi BN dengan pergaduahn secara terbuka ini. PERKASA sedang melakukan apa yang kita tidak terkejut dilakukannya; iaitu untuk berdedia meletakkan calun-calun dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai diantara pemimpin-pemimpin PERKASA sedang membuat 'sampling survey' untuk menilai samada mereka akan mendapat sokongan orang ramai jika mereka meletakkan calun-calun bebas menetang BN dan PR dalam pilihanraya yang akan datang. Dalam politik negara kita selalunya calun-calun bebas hanyalah merupakan calun perosak undi melainkan calun itu ada keistimewaan khusus yang boleh membawa kemenangan kepada mereka. Dalam sejarah adalah nama seperti Cik Gu jabar dari salah satu kawasan DUN yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri diatas keistimewaan nama beliau dan tiket bebas. Beliau hanya boleh menang diatas tiket bebas dan beliau telah tewas dalam pertandingannya buat penggal yang keempat apabila beliau bertanding dengan tiket parti PEKEMAS. Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat tidak akan memilih mana-mana calun bebas kerana calun bebas akan hanya dianggap sebagai pengacau kepada parti-parti yang serius bertanding. Dr Mahathir pun kalah didalam pertandingan untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu walaupun telah menjadai Perdana Menteri selama 22 tahun, apa tah lagi jika beliau bertanding diatas tiket bebas dalam pilihanraya umum misalnya. Jika ada pun yang berkemampuan untuk dipilih sebagai calun bebas dikalangan yang ada pada hari ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah diGuaMusang bagi UMNO dan Anwar Ibrahim diPermatang Pau dari PKR. Jadi jika PERKASA bercita-cita untuk meletakkan calun bebas didalam pilihanraya nanti ianya hanyalah mimpi disiang hari. Bagi saya PERKASA mesti kekal sebagai NGO yang memperjuangkan apa yang sekarang dilalaikan oleh UMNO. Jika itu pendirian kekal PERKASA maka NGO itu akan menjadi NGO yang mempunyai 'consequence' yang penting untuk menentukan siapa yang akan berkuasa selepas ini. Bagi PERKASA ianya patut tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan orang Melayu seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dulu dulunya. Hanya sekarang ini sahaja UMNO dan pimpinan sudah merasa takut untuk memperjuangkan bangsanya. Pemimpin UMNO sekarang penuh dengan kepura-puraan; depan orang Melayu cakap mereka berlainan jika mereka bercakap dihadapan bangsa asing. Ini merupaka 'indication' jelas yang pimpinan UMNO sudah tidak lagi 'berpelir' dan sentiasa berada didalam keadaan was-was dalam menentukan arah tuju perjuangan mereka. Bagaimana tidak was-was jika pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mempunyai isu-isu besar masing-masing. Bagaimana hendak menyuruh anak berjalan betul jika mereka sendiri berjalan benkang bengkok. Masakan seseorang itu mampu berjalan lurus diatas jalan yang bengkok. Sebaliknya tidak ada sesiapa pun boleh berjalan bengkok diatas jalan yang lurus. Kita tunggu sahaja apa yang akan UMNO lakukan kepada ahli-ahlinya yang menjadi orang-orang kuat PERKASA ini. Mungkin UMNO kena tunggu arahan dari MCA dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakkannya terhadap PERKASA. Khairy mungkin terpaksa tunggu arahan Wee Ka Siong dulu. | |||||
| Inikah Datuk yang disyaki Membunuh Sosilawati? Posted: 13 Sep 2010 01:54 AM PDT Anak Sungai Derhaka Ini adalah gambar-gambar suspek yang ditahan oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan Dato Sosilawati.. Berdasarkan laporan oleh The Malaysian Insider di SINI seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar "Datuk", telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka telah ditahan berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi. Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007..
Ini pula berita yang mengaitkan ladang berkenaan dengan seorang penguam yang bergelar Datuk.. Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu Cuba bezakan antara kedua-dua gambar dibawah ini dengan gambar-gambar diatas Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen Surrendren adik Datuk Pathmanabhan Jadi.. Adakah mereka ini, Dato dan Adik lelakinya yang ditahan kerana disyaki membunuh Sosilawati ? Perhatian : Aku sekadar bertanya.. adakah mereka itu yang ditahan oleh pihak Polis berikutan pembunuhan Datuk Sosilawati itu setelah sebuah Blog dengan nama Pengundi Setia Sungai Rapat mengesahkan bahawa kedua-dua mereka itulah yang ditahan oleh pihak Polis. | |||||
| Kes jenayah meningkat dibimbangi Posted: 13 Sep 2010 01:38 AM PDT UTUSAN ONLINE KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memandang serius peningkatan kes jenayah kejam termasuk pembunuhan yang semakin membimbangkan. Naib Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, lebih merisaukan apabila jenayah berkenaan berlaku secara drastik berdasarkan beberapa kes yang dilaporkan kebelakangan ini. "Kes-kes jenayah kejam dan ganas yang dipaparkan melalui media memberi gambaran bahawa negara kita seolah-olah dibelenggu dengan masalah ini. "Pembunuhan merupakan jenayah ganas yang paling berbahaya dan terdapat individu yang berani melakukannya tanpa bimbang kepada pembalasan undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kes jenayah kejam yang semakin berleluasa termasuk kes bunuh. Sehubungan itu kata Lam Thye, punca berlakunya kes jenayah kejam harus dikaji dengan teliti serta langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi menangani keadaan ini. Menurut beliau, jika masalah ini berterusan, ia akan menjejaskan imej negara. "Pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi fenomena jenayah tersebut yang semakin menular. "Hal ini kerana, aspek keselamatan masyarakat perlu diberi tumpuan yang lebih agar rakyat yakin terhadap keadaan keselamatan semasa,'' ujarnya. | |||||
| UMNO perlu Perkasa untuk raih sokongan Posted: 13 Sep 2010 01:37 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam berkata, UMNO tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan banyak sokongan. Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebaliknya UMNO memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi. "Saya berpendapat bahawa UMNO khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah. "Jadi kita nak sokongan seberapa banyak, tak payahlah kita bermusuh dengan orang. Saya fikir, kita perlu dekatkan diri dengan seberapa kumpulan yang boleh," katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini, semalam.: Pada Khamis lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO menjauhi daripada Perkasa yang lantang membuat kenyataan isu perkauman. Dr Mahathir berkata, ahli UMNO ketika ini berpecah antara menyokong atau menjauhkan diri daripada Perkasa, sambil menjelaskan keadaan seperti itu boleh menyebabkan jurang yang lebih parah di kalangan mereka. "Ia menyebabkan rasa serba salah di kalangan ahli UMNO sendiri. Ada yang akan kekal dan ada yang menjauhkan diri... ini akan lebih memisahkan mereka. "Selain itu, pada pilihan raya umum lalu, margin adalah amat tipis sekali. Katakan jika kita kalah sedikit... kita mungkin kalah pada pilihan raya," katanya. | |||||
| Tiga remaja perempuan hilang selepas beraya di rumah rakan Posted: 13 Sep 2010 01:33 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE IPOH - Dua beradik kembar perempuan dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan mereka di Kampar, kira-kira 45 km dari sini, pada hari raya kedua Sabtu lepas. | |||||
| Lajim: Jangan keliru tarikh kemerdekaan Posted: 13 Sep 2010 01:32 AM PDT
Beliau berkata, ia kerana tarikh itulah rakyat negeri ini mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia.
"Inilah masa kita melihat erti kemerdekaan terutama perubahan daripada segi pembangunan yang dilaksanakan di negara ini khususnya di Sabah. "Jelas sekali Sabah kini sudah semakin maju berbanding masa sebelum pembentukan Malaysia," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka beliau sempena Hari Raya di kediamannya di Kampung Klias, dekat Beaufort, hari ini. Lajim yang juga ahli parlimen Beaufort, berkata sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini boleh dijadikan landasan untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini memahami sejarah pembentukan Malaysia.
"Kita harap dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan khususnya Hari Malaysia, tiada lagi pihak yang cuba memutarbelitkan tarikh itu untuk tujuan tertentu," katanya. Mengulas sambutan Hari Raya Aidilfitri berkata, Lajim berkata, amalan kunjung mengunjung semasa musim perayaan sudah menjadi budaya rakyat Sabah, sekali gus membantu memperkukuhkan perpaduan kaum di negeri ini. "Ia amat sesuai dan selaras dengan wawasan Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib Razak) yang mahu rakyat pelbagai kaum di negara ini sentiasa bersatu padu melalui konsep 1Malaysia yang menekankan perpaduan nasional," katanya. | |||||
| Pembunuh kejam, kata isteri mangsa bunuh, bakar Posted: 13 Sep 2010 01:28 AM PDT
Isteri kepada Noorhisham Mohammad, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini yang dipercayai mati dipukul, dibunuh dan dibakar dengan kejam itu berkata, kesedihan dan tekanan yang dialami menyebabkan Suzana hanya mampu mendengar perkembangan terkini melalui anggota keluarga terdekat. "Selepas kejadian, minta maaf saya tak boleh tengok tv atau surat khabar. Segala perkembangan terkini hanya ahli keluarga saya yang akan maklumkan. Saya tak boleh nak tempuh keadaan ini," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui pemberita di rumah beliau di Taman Seraya, Ampang, di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun, Suzana, 38 masih melahirkan harapan tinggi untuk melihat Noorhisham masih hidup selagi masih belum ada pengesahan dari Unit Forensik. "Sehingga kini tiada sebarang pengesahan dari Forensik, mayat suami saya, jadi sehingga itu, saya percaya suami saya masih hidup," katanya.
Bagaimanapun polis semalam mengesahkan kes tersebut semakin hampir kepada penyelesaian berikutan penemuan lokasi tempat mangsa-mangsa dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam orang termasuk pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di Banting bagi membantu siasatan. Suzana menegaskan pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. "Saya boleh terima kalau mereka setakat bunuh suami saya, jika ada mayatnya saya masih boleh lihat saya terima, tetapi cara pembunuhan ini menyebabkan mayatnya tidak sempurna, dan tidak ada kubur untuk saya ziarah. Ibu kepada tiga orang anak, Mohamad Azri Shahzan,14, Mohamad Faiz Ridzmi, 5, dan Nur Aneesa Salbiah, 11, itu berkata, jika benar suaminya dibunuh begitu kejam, beliau berharap polis dapat membawa kesemua yang terlibat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman sewajarnya. | |||||
| Kematian Guna adalah salah polis, dakwa peguam Posted: 13 Sep 2010 01:26 AM PDT
Peguam M Visvanathan, yang mewakili keluarga Gunasegaran mendakwa polis 'mempercepatkan' kematian Gunasegaran dengan membelasahnya ketika dalam tahanan dan gagal memberikan bantuan kecemasan ketika dia pengsan.
"Nampaknya seolah-olah wujud konspirasi di kalangan beberapa pihak untuk menutup kebenaran di sebalik kematian Gunasegaran," katanya semasa inkues. Visvanathan juga mendakwa enam anggota polis yang bertindak sebagai saksi berbohong kepada mahkamah dan memberikan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain berhubung beberapa isu. Beliau mempertahankan bahawa Gunasegaran mati akibat kecederaan parah sepanjang kira-kira satu kaki dan lima sentimeter dalam di dadanya yang dipercayai disebabkan disepak oleh Lans Korporal Mohd Faizal Mat Taib, dan bukannya kerana mengambil dadah berlebihan seperti didakwa oleh timbalan pendakwa raya Shashitah Mohamad Hanifa. Gunasegaran, 31, ditangkap atas kesalahan dadah. Dia pengsan ketika polis mengambil cap jarinya semasa dalam tahanan antara jam 6.45 hingga 7 petang dan diisytiharkan mati pada jam 7.40 petang pada 16 julai tahun lalu di hospital Kuala Lumpur. Pihak polis dalam laporan rasminya berkata Gunasegaran mati kerana menyalah-gunakan dadah. | |||||
| Posted: 13 Sep 2010 01:24 AM PDT
Tertera di pintu masuk pejabat tersebut hanyalah sekeping notis yang memaklumkan bahawa perniagaan ditutup sempena Aidilfitri bermula 10 September dan akan dibuka semula seperti biasa pada 15 September.
Beliau bersama tiga lelaki iaitu pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Misteri kehilangan mereka akhirnya terungkai semalam selepas polis berjaya menahan lapan suspek yang disyaki terbabit dalam pembunuhan yang disifatkan sebagai kejam apabila semua mangsa ditahan, dipukul sehingga mati, dibakar dan abu mayat dibuang ke dalam sebuah sungai di Kampung Kanchong Laut, Banting. Sementara itu, suasana di bank CIMB di Kampung Baru di Kuala Lumpur, iaitu di mana Noorhisham Mohammad, salah seorang rakan Sosilawati yang menemui ajal bekerja, pula kelihatan seperti biasa sejak dibuka jam 8.30 pagi. Seorang kakitangan bank berkenaan yang ditemui berkata, pemergian Noorhisham tetap meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan setugas. Katanya, pemergian Noorhisham adalah satu kehilangan besar kepada bank tersebut kerana beliau adalah seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan komited terhadap pekerjaannya. "Saya percaya jika rakan setugas anda ''pergi'' pun mungkin perasaan sama akan dirasai," katanya. | |||||
| Pendirian anti-PERKASA hanya gimik Umno, kata DAP Posted: 13 Sep 2010 01:22 AM PDT
Nga berhujah ahli PERKASA yang sebahagian besarnya adalah ahli Umno dan penasihat umum NGO Melayu itu yang disandang oleh bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohammad menguatkan lagi dakwaannya. Tambahnya lagi, PERKASA juga mendapat sokongan dari akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. "Dengan hubungan yang intim ini, adalah sukar untuk mempercayai bahawa Umno sekarang ini bercadang memutuskan hubungan mereka dengan PERKASA," katanya.
Setiausaha agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang bercakap bagi pihak parti itu berkata, parti Melayu itu tidak akan mengaitkan dirinya dengan PERKASA selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN, yang bimbang dengan pendirian pertubuhan itu yang didakwa bersifat rasis. | |||||
| Bekas SU Pemuda PAS Pusat meninggal dunia Posted: 13 Sep 2010 01:21 AM PDT
| |||||
| Blog pro istana Kelantan kesal laporan Utusan Posted: 13 Sep 2010 01:17 AM PDT
| |||||
| Puluhan ribu hadiri rumah terbuka Selangor Posted: 13 Sep 2010 01:16 AM PDT
| |||||
| PAS ucap takziah, gesa pendakwaan segera Posted: 13 Sep 2010 01:12 AM PDT
| |||||
| Tengku Faris dimasyhurkan sultan hari ini Posted: 13 Sep 2010 01:10 AM PDT
| |||||
| Sah Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan Posted: 13 Sep 2010 01:07 AM PDT
| |||||
| Dr M: Umno tidak mampu berbalah dengan PERKASA Posted: 12 Sep 2010 07:43 PM PDT
Bekas perdana menteri itu berkata sebaliknya Umno memerlukan seberapa banyak sokongan daripada NGO jika parti induk BN itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi. "Saya berpendapat bahawa Umno khususnya tidak begitu kuat, kita tidak boleh tolak sebarang orang kerana kalau kita hilang 100, 200 orang pun, mungkin kita akan kalah. "Jadi kita nak sokongan seberapa banyak, tak payahlah kita bermusuh dengan orang. Saya fikir, kita perlu dekatkan diri dengan seberapa kumpulan yang boleh," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, hari ini. Khamis lepas, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno menjauhi PERKASA yang lantang membuat kenyataan ekstrem mengenai isu-isu perkauman. Dr Mahathir berkata ahli Umno ketika ini berpecah antara menyokong atau menjauhkan diri daripada PERKASA, sambil menjelaskan keadaan seperti itu boleh menyebabkan jurang yang lebih parah di kalangan mereka. "Ia telah menyebabkan rasa serba salah di kalangan ahli Umno sendiri. Ada yang akan kekal dan ada yang menjauhkan diri...ini akan lebih memisahkan mereka. "Selain itu, pada pilihan raya umum lepas, margin adalah amat tipis sekali. Katakan jika kita kalah sedikit...kita mungkin kalah pada pilihan raya," katanya. Ditanya sama ada Umno akan kerugian jika menjauhkan diri dari Perkasa, Dr Mahathir berkata: "Kita tidak mampu berbalah dengan ramai orang. Jika anda mahu bertengkar, bertengkarlah dengan seorang, bukan semua." Sementara itu, menyokong sentimen ayahnya, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Mukhriz berkata beliau tidak melihat sebarang keuntungan mengapa Umno memilih untuk menjauhkan diri daripada PERKASA di mana perjuangan kedua-dua pihak itu adalah sama iaitu memperjuangkan hak orang Melayu. "Saya tidak nampak bagaimana saya harus tidak menyokong mereka. Saya bukan anggota PERKASA tetapi jika mereka mempelawa saya kepada majlis, saya akan pergi," katanya di majlis itu. Kira-kira 10,000 pelawat dari pelbagai kaum dan kewarganegaan menghadiri majlis rumah terbuka itu. | |||||
| Prof: Pemangku raja K'tan boleh dimasyhur sultan baru Posted: 12 Sep 2010 07:41 PM PDT
Menurut Abdul Aziz, majlis tersebut sama seperti Majlis Raja-Raja yang mempunyai kuasa yang sama untuk melantik dan memecat Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya, prinsip Islam serta pertimbangan perlembagaan berat kepada pelantikan sultan yang baru ketika sultan masih gering dan tidak mampu menjalankan tugas perlembagaan baginda. Bagaimanapun, beliau menyuara keprihatinnya berhubung berita mengenai permasyhuran tersebut, yang disifatkannya sebagai 'agak misteri'. "Prosesnya harus terbuka dan telus," katanya. Jumaat lalu, Utusan Malaysia memetik sumber sebagai berkata, Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai sultan Kelantan yang baru bagi menggantikan ayahandanya, Tuanku Ismail Petra, yang sudah setahun gering. Laporan itu menyebut bahawa istiadat permasyhuran itu akan berlangsung di Istana Balai Istana Besar mulai jam 11.30 pagi. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata beliau tidak tahu mengenai istiadat permasyhuran tersebut, kerana tidak menerima surat rasmi dari pihak istana mengenai hal itu. Manakala pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi oleh Bernama semalam, enggan mengulas tentang perkara itu. | |||||
| Sultan K'tan akan cabar istiadat permasyhuran Posted: 12 Sep 2010 07:39 PM PDT
Menurut kenyataan media oleh peguam Rashid Zulkifli - yang menyatakan firma guamannya bertindak bagi pihak Tuanku Ismail Petra - baginda sultan telah memfailkan dua petisyen di Mahkamah Persekutuan. Rashid berkata, mahkamah telah diminta untuk menentukan tahap kuasa pemangku raja sewaktu baginda sultan tidak berupaya untuk menjalankan tugasnya. Utusan Malaysia melaporkan Jumaat lalu dengan memetik sumber bahawa Tengku Muhammad Faris akan dimasyhurkan sebagai sultan Kelantan yang baru, untuk menggantikan ayahandanya, yang sudah lebih setahun gering.
Menurut Rashid, memandangkan isu tersebut menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan, maka adalah tidak wajar atau sah bagi pemangku raja bertindak mendahuluinya. Rashid berkata, pihaknya telah mengambil langkah luar biasa untuk menulis kepada pihak media memandangkan wujudnya keperluan mendesak yang ditimbulkan oleh laporan Utusan bagi menyatakan pendirian baginda sultan. Beliau turut memberi amaran bahawa percubaan untuk meminda perlembagaan negeri boleh menyebabkan pemangku raja berdepan dengan 'dakwaan mencampuri prosiding dan menghina mahkamah." Menurutnya, sebarang pindaan dan pertabalan, jika diteruskan, akan dicabar kesahihannya oleh baginda sultan. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

KEGEMILANGAN kerajaan USNO suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatan para pengikutnya di seluruh negeri Sabah, malah rata-rata menyatakan hasrat mereka untuk terus berada dalam USNO meskipun pun ia telah terkubur sekian lama dan tidak dapat dipulihkan pendaftarannya oleh ROS, walaupun beberapa usaha telah dilakukan sebelum ini.









SHAH ALAM: Puluhan ribu pengunjung hadir ke rumah terbuka Aidilfitri kerajaan Negeri Selangor 2010 kelmarin yang berlangsung dalam keadaan amat meriah dengan berbagai juadah makanan disediakan.
Kelihatan badan berkanun bawah Kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melakukan persiapan rapi dalam banyak hal sehingga menyerlahkan lagi kemeriahan hari terbuka kali ini.
"Bagi pihak PAS, kita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan harap mereka tabah menerima ketentuan ini.
KOTA BHARU: Pemasyhuran Perlantikan Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan telah selamat disempurnakan pada pagi ini di Istana Balai Besar di sini. 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan