Isnin, 13 September 2010

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Sultan Baru Untuk Kelantan

Posted: 13 Sep 2010 08:07 AM PDT

YTM Tengku Muhammad Faris Petra hari ini di Mahsyurkan sebagai Al Sultan Kelantan yang baru.

Pemahsyuran di umumkan oleh Menteri Besar Kelantan.

Ia di lakukan berdasarkan peruntukan 23A di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri Kelantan yang dikatakan telah diwartakan pada 22 Julai 2010.

Ini merupakan peruntukan baru dalam Perlembagaan Tuboh Negeri.

Sebelum ini tiada peruntukan di dalam Undang-Undang Tuboh Negeri membenarkan seorang Sultan diturunkan dari tahta melainkan dengan kerelaan atau setelah baginda mangkat.

Sebelum ini ura-ura untuk meminda Perlembagaan Tuboh Negeri telah kencang bertiup semenjak awal 2010 lagi. Bagaimanapun adalah disangkakan bahawa sebarang usaha meminda Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri hendaklah dilakukan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan dengan mendapat persetujuan tidak kurang daripada 2/3 ahli Dewan.

Bagaimanapun, sumber blog ini yang berada di Majlis Permahsyuran tersebut memberitahu bahawa, di luar pengetahuan banyak pihak, sebarang bentuk pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri yang melibatkan tahta boleh dipinda menerusi Majlis Penasihat Sultan. Adalah difahamkan badan tersebut telah melakukan pindaan ini.

Menurut The Malaysian Insider pula, pindaan tersebut telah diwartakan pada 22 Julai 2010.

Menurut sumber dalam Kerajaan Negeri Kelantan, pindaan ini dibuat bersesuaian dengan Peruntukan III (2) Bahagian Ke Dua Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri Kelantan seperti di bawah,

III. (1) The following provisions of this article shall have effect with respect to the amendment of this Part of the Constitution of the State.

III. (2) The provisions affecting -

(a) the succession to the throne and Malays customary dignitaries,

(b) the appointment and attributes of an heir or heirs to the throne, of the Ruler's Consort or of the Regent or Members of the Council of Regency of the State,

(c) the removal, withdrawal or abdication of the Sovereign or His heir or heirs,

(d) the appointment and attributes of the Ruling Chiefs or similar Malays customary dignitaries and of members of the Council of Religion and Malay Custom, Council of Succession, Council of Advisers or similar bodies, and

(e) the establishment, regulation, confirmation and deprivation of Malay customary ranks, titles, honours, dignitaries and awards ant the attributes of the holders thereof and the regulation of the royal courts and palaces,

may be amended by His Highness by Proclamation issued with the consent and concurrence of the Council of Advisers but may not be amended by any other means.

Daulat Tuanku!

http://kickdefella.wordpress.com/

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29

Posted: 13 Sep 2010 04:35 AM PDT

PENGISTYHARAN pemasyuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun.

Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A'Ishah Puteri.

Tengku Faris yang dianggap sebagai anak raja yang berjiwa rakyat dan kuat beragama, tidak menghairankan kerana baginda mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi. Sejak kecil lagi baginda diasuh dengan didikan agama di istana dan diajar oleh beberapa ulamak terbilang.

Baginda mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu (1976 - 1981). Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A, baginda dimasukkan di Sekolah Alice Smith School Association Jalan Balemy Kuala Lumpur (1981 - 1983).

Sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Okham School Rutlanda sehingga tingkatan 3. Baginda juga menamatkan A Lavel di sekolah yang sama pada tahun 1987. Sebenarnya sebelum berangkat ke England baginda sudah khatam Quran.

Pemilihan baginda sebagai Sultan Kelantan bagi mengganti ayahandanya, Tengku Ismail Petra Ibni Amarhum Sultan Yahaya Petra dilihat tepat kena pada masanya. Pemilihan baginda juga seperti sireh dipulangkan ke ganggang kerana baginda adalah anakanda Sultan Ismail Petra yang pertama dan baginda juga merupakan Tengku Mahkota Kelantan. Permasyuran hari ini juga dinanti-nanti dan ditunggu sekalian rakyat Kelantan.

Sesungguhnya selain dari pemasyuran hari ini yang dibuat dibawah Kuasa (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), mencatat sejarah tersendiri, ia juga memberi signifiken lain kepada kerajaan Kelantan yang diperintah Pas hari ini. Semasa menjujung duli pada upacara pemasyuran itu perkataan atau laungan lazim didengar, iaitu Daulat Tunaku diganti dengan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali. Kejadian ini belum pernah berlaku pada upcara-upacara persis itu selama ini.

Pertukaran ini menunjukkan betapa Baginda Sultan Kelantan ingin mengubah atau meletak sesuatu yang tinggi nilainya ditempatnya dan menggambarkan kehambaan beliau sebagai seorang hamba Allah dan tidak mahu bersubahat dengan sesuatu yang syirik dan biadaah.

Seperti mana kata Nik Aziz upacara penabalan akan dilakukan tidak lama lagi. Apapun majlis pada hari ini sangat penting kerana ia akan menamatkan kemelut dan pergeserean Istana Kelantan yang berlaku sejak lebih setahun lalu.

Pergeseran berlaku bila mana ada pihak tertentu yang kurang senang sekiranya pengganti kepada kepada Sultan Ismail diambil alih oleh Tengku Fariz Petra. Justeru ada beberapa tindakan mahkamah untuk menghalang taradisi berkenaan. Di mana mengikut perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan, sepatutnya anakanda sulung yang sihat, bersih dan mulia budi pekertinya diangkat menjadi sultan sebagai mengganti ayahanda baginda.

Mengenai perwatakan dan syaksiah Tengku Faris ini ia memang mendapat pujian dan sanjungan rakyat jelata. Kemurahan dan kerajinan baginda berangkat dan mencemar duli, melihat sendiri keadaan hidup rakyat menjadi sebutan dan sanjungan. Baginda juga tidak mementingkan protokol dan senantiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut.

Apa yang pernah saya sendiri saksikan sungguh mengejutkan. Semasa Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman (Pondok Lubuk Tapah) meninggal baginda berangkat menziarahi jenazah kemudian berangkat sekali lagi untuk sama-sama menyembahyangi jenazah Allahyarham. Tok Guru Abdullah Lubuk Tapah dianggap sebagai tok gurunya sendiri.

Baginda datang tanpa ada protokol, dengan berpakaian jubah putih dan kopiah banginda berada di saf hadapan menyembahyangi jenazah bersama orang ramai. Tidak ada kelihatan baginda mengutamakan kedudukan dan darjahnya. Tempat duduknya juga sama seperti makmu lain saja. Baginda juga senang bersalam dengan sesiapa saja.

Begitu juga semasa Ramadhan tahun lalu baginda turut sama bersembahyang tarwaih di Qhariah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamamad ke-IV bersama segenap lapisan rakyat. Kedatangan baginda secara mengejut itu benar-benar memeranjatkan para pegawai istana dan juga pegawai kerajaan dan orang politik Kelantan.

Bayangkan bagaimana gelabahnya para pegawai kerajaan dan pemimpin politik apabila tahu yang baginda sudah berada di Qhariah Ramadhan itu tanpa dibentang apa-apa capert merah untuk lalauan baginda, dan keberangkatan itu pun tidak dihebahkan.

Selain itu baginda juga sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat. Tengku Faris akan membuat kunjungan rambang untuk mendirikan solat tanpa memberi tahu terlebih daulu. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar di masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya.

Misalnya seperti mana dituturkan Datuk Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud, semasa baginda berangkat ke masjid Siram, Pasir Mas, baru-baru ini tidak semena-mena selepas solat Jumaat baginda menziarahi seorang Guru Pondok, Haji Sulaiman yang sakit. Baginda tidak pun ada jadual untuk melawat Haji Sulaiman tetapi sebaik diberitahu baginda terus ke rumah Guru Pondok itu.

Lawatan secara tiba-tiba itu menyebabkan para pegawai istana, pegawai daerah yang menjadi pengiring sedikit kelam kabut dan rasa bersalah. Namun baginda tidak peduli kepada protokol itu dan tidak berkecil hati atas apa yang berlaku. Apa yang penting baginda dapat berjumpa dan melakukan ziarahi tuan guru berkenaan.

"Tuanku tidak sagan silu dan kekok baginda duduk di kerusi buruk saja di samping Tok Guru Haji Sulaiman dan bertanya khabar," begitulah cerita Nasaruddin.

Pada masa lain baginda juga pernah bersama rakyat melakukan korban Aidiadha. Apa yang meruja dan mengejutkan rakyat baginda sendiri yang melalukan penyembelihan. Darah lembu yang mercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai indah dan disitulah kerendahan budi dan kebesaran hati Tengku Faris sebagai seorang raja.

Atas kemurahan, kerajinan dan mesra rakyat Sultan Kelantan itu semua itu menggambarkan kehambaan dan sikap tawaduk yang tinggi yang ada kepada Tengku Muhammad Faris Petra, sultan Kelantan yang baru.

[Sumber]

Live Dari Istana Kubang Kerian 3

Posted: 12 Sep 2010 11:38 PM PDT

Sekarang kelihatan rombongan istana yang dikawal ketat oleh anggota pasukan keselematan memasuki istana besar kubang kerian.

Dapat dilihat daripada plat kereta tertera, kerabat terdekat( tengku faris).

Terima kasih kepada team kerabu bersuara yang melaporkan terus dari kubang kerian.

Live Dari Istana Kubang Kerian 2

Posted: 12 Sep 2010 11:10 PM PDT

Dapat dilihat dengan kehadiran anggota polis pengiring sultan memasuki istana besar kubang kerian.

Terima kasih kepada team kerabu bersuara yang melaporkan dari kubang kerian.

Live Dari Istana Kubang Kerian 1

Posted: 12 Sep 2010 11:00 PM PDT

Keadaan depan istana kelihatan tenang. Di lihat beberapa anggota polis mengawal lalu lintas.

Perbalahan UMNO/ PERKASA membunuh diri masing-masing.

Posted: 12 Sep 2010 09:00 PM PDT

Lanjutan kepada apa yang saya tulis dalam 'posting' saya semalam saya sukacita memberikan pandangan peribadi saya terhadap apa yang sedang berlaku diantara UMNO/BN dengan PERKASA.

Dengan selaran yang dilemparkan kepada PERKASA dan pemimpinnya Ibrahim Ali, dengan sendirinya PERKASA nampak sebagai satu NGO yang digeruni oleh BN dan UMNO.

Jika tidak geruni masakan PERKASA dijadikan 'target' selaran oleh pemimpin UMNO dan MCA. UMNO menunjukkan garangnya dengan kenyataan-kenyataan Ketua Pemudanya, Khairy yang tidak habis waktu dan masa membidas Ibrahim Ali dengan 'name calling' yang saya anggap keterlaluan datang dari seorang yang mempamirkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang hebat.

Tindakkan pemimpin UMNO dan BN memutuskan untuk berputus arang dengan PERKASA sudah pasti memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada kejatuhan UMNO dan seterusnya BN.

Masalahnya jika kesemua pemimpin-pemimpin UMNO bersatu untuk menjauhkan PERKASA, mungkin UMNO boleh memberikan 'consequence' yang 'negative' terhadap PERKASA, tetapi hakikatnya ada dikalangan pemimpin besar UMNO memainkan jari-jaru kecil mereka dengan memberikan sokongan sencara senyap-senyap kepada PERKASA; baik dari moral dan belanja penyelengaraan badan NGO yang berbau politik itu. Kos untuk bergerak untuk PERKASA bukannya kecil.

Tetapi untuk menyalahkan UMNO menyelar PERKASA juga tidak wajar kerana UMNO benar-benar terjejas dengan apa yang dilakukan oleh NGO itu. Akhirnya UMNO ditempatkan diposisi yang tersepit, tetapi UMNO sebagai sebuah parti tentulah terpaksa menentukan sikap dengan kehadziran badan yang dipelopori Ibrahim Ali ini.

PERKASA dengan 'attribute' dan penampilan sebagai kumpulan 'ultra', telah menjadikan MCA rakan kongsi pemimpin UMNO dalam politik dan perniagaan itu merasa terancam telah menyalahkan UMNO kerana membiarkan PERKASA menjadi perkasa, maka MCA juga memberikan reaksi yang sama 'chauvinistic' dengan PERKASA untuk mendapatkan dokongan dari bangsa Cina.

Seperti UMNO, MCA juga mempunyai masalah yang besar dengan bangsa yang dipimpinnya. Orang-orang Cina lebih cenderung untuk memberikan dokongan kepada DAP. DAP yang selama ini dimomokkan dengan imej negatif oleh media massa sudah tidak lagi mempunyai masalah untuk diterima rakyat terutamanya bangsa Cina.

Malahan orang Melayu juga sudah mula menerima parti ini sebagai parti yang tidak seburuk yang dimomokkan oleh pemimpin BN dan media massa sejak berdekad yang lalu. Malahan dalam isu PERKASA yang mana MCA begitu vokal menyebabkan MCA pula dianggap sebagai parti yang sangat 'chauvinistic'; melebihi DAP.

Malahan usaha yang dilakukan oleh DAP untuk meletakkan beberapa calun Melayu diperingkat Parlimen dan Dun-Dun diseluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang telah dapat mengambil hati ramai pengundi-pengundi Melayu. Dalam keadaan orang Melayu yang sedang tidak berpuas hati terhadap MCA, sedikit sebanyak kompromi dari DAP mereka (Melayu) akan memberikan dokongan kepada DAP dengan agak mudah.

Apa kah kemungkinan yang akan berlaku kepada PERKASA? Didalam sesuatu pergaduhan yang menag juga akan merasakan kesakitannya. Bagi PERKASA ianya akan hanya membantu mengurangkan undi BN dengan pergaduahn secara terbuka ini.

PERKASA sedang melakukan apa yang kita tidak terkejut dilakukannya; iaitu untuk berdedia meletakkan calun-calun dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai diantara pemimpin-pemimpin PERKASA sedang membuat 'sampling survey' untuk menilai samada mereka akan mendapat sokongan orang ramai jika mereka meletakkan calun-calun bebas menetang BN dan PR dalam pilihanraya yang akan datang.

Dalam politik negara kita selalunya calun-calun bebas hanyalah merupakan calun perosak undi melainkan calun itu ada keistimewaan khusus yang boleh membawa kemenangan kepada mereka. Dalam sejarah adalah nama seperti Cik Gu jabar dari salah satu kawasan DUN yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri diatas keistimewaan nama beliau dan tiket bebas.

Beliau hanya boleh menang diatas tiket bebas dan beliau telah tewas dalam pertandingannya buat penggal yang keempat apabila beliau bertanding dengan tiket parti PEKEMAS. Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat tidak akan memilih mana-mana calun bebas kerana calun bebas akan hanya dianggap sebagai pengacau kepada parti-parti yang serius bertanding.

Dr Mahathir pun kalah didalam pertandingan untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu walaupun telah menjadai Perdana Menteri selama 22 tahun, apa tah lagi jika beliau bertanding diatas tiket bebas dalam pilihanraya umum misalnya.

Jika ada pun yang berkemampuan untuk dipilih sebagai calun bebas dikalangan yang ada pada hari ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah diGuaMusang bagi UMNO dan Anwar Ibrahim diPermatang Pau dari PKR.

Jadi jika PERKASA bercita-cita untuk meletakkan calun bebas didalam pilihanraya nanti ianya hanyalah mimpi disiang hari. Bagi saya PERKASA mesti kekal sebagai NGO yang memperjuangkan apa yang sekarang dilalaikan oleh UMNO. Jika itu pendirian kekal PERKASA maka NGO itu akan menjadi NGO yang mempunyai 'consequence' yang penting untuk menentukan siapa yang akan berkuasa selepas ini.

Bagi PERKASA ianya patut tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan orang Melayu seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dulu dulunya. Hanya sekarang ini sahaja UMNO dan pimpinan sudah merasa takut untuk memperjuangkan bangsanya. Pemimpin UMNO sekarang penuh dengan kepura-puraan; depan orang Melayu cakap mereka berlainan jika mereka bercakap dihadapan bangsa asing. Ini merupaka 'indication' jelas yang pimpinan UMNO sudah tidak lagi 'berpelir' dan sentiasa berada didalam keadaan was-was dalam menentukan arah tuju perjuangan mereka.

Bagaimana tidak was-was jika pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mempunyai isu-isu besar masing-masing. Bagaimana hendak menyuruh anak berjalan betul jika mereka sendiri berjalan benkang bengkok. Masakan seseorang itu mampu berjalan lurus diatas jalan yang bengkok. Sebaliknya tidak ada sesiapa pun boleh berjalan bengkok diatas jalan yang lurus.

Kita tunggu sahaja apa yang akan UMNO lakukan kepada ahli-ahlinya yang menjadi orang-orang kuat PERKASA ini. Mungkin UMNO kena tunggu arahan dari MCA dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakkannya terhadap PERKASA. Khairy mungkin terpaksa tunggu arahan Wee Ka Siong dulu.

[Sumber]

Pendedahan Panas! Inikah Wajah-wajah Suspek Pembunuhan Datuk Sosilawati?

Posted: 12 Sep 2010 06:00 PM PDT



salah seorang daru suspek kes bunuh dan bakar




Gambar salah seorang lagi suspek pembunuhan datuk sosilawati


Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007..

DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976

PER : EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NO K/P : 690211-10-5525)
EN. SURENDREN A/L NALLIANNEN (NO K/P: 720801-10-5773)
EN. UMAR BAKI BIN ABDUL MAJID (NO K/P : 480805-08-5765)

NOTIS ADALAH DIBERIKAN bahawa Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menjatuhkan perintah-perintah disiplin terhadap peguambela dan peguamcara yang dinamakan di bawah, berkuatkuasa 21 hari dari tarikh perintah-perintah tersebut.

Digantung dari amalan guaman selama satu (1) tahun menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007 dan akan tamat pada 30 Mac 2008

En. Pathmanabhan a/l Nalliannen
En. Surendren a/l Nalliannen

Beramal di :
Tetuan Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor

Dibatal dari daftarai Peguambela dan Peguamcara menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007

En Umar Baki Bin Abdul Majid

Dahulunya beramal di:
Tetuan Umar Baki & Co.
No. 3348, Tingkat 1
Jalan 18/32, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjalankan amalan guaman mereka dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihat mengambil perhatian tentang perkara ini.

Bertarikh : 31 Mac 2007

Lim Chee Wee
Setiausaha
Majlis Peguam

sumber

Cuba bezakan antara kedua-dua gambar dibawah ini dengan gambar-gambar diatas





Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen





Surendren Nalliannen

sumber gambar



1. Jadi, Adakah mereka ini, Dato dan adik lelakinya yang ditahan kerana disyaki membunuh Sosilawati ?

2. anda cuba teliti dan bezakan atau sama kan dari gambar di atas dan di bawah

3. apa-apa kemaskini berkaitan kesahihan berita ini akan dirungkaikan

4. semoga keluarga mangsa yang terbabit bersabar di atas musibah yang menimpa ini.

kerabu bersuara

[Dikemaskini Dan Diedit Dari Sumber ]

Tiada ulasan: