DIALOG RAKYAT |
- Umno Perkudakan Islam Untuk Kepentingan Politik
- Ibrahim Ali: Perkasa tidak perlukan sokongan Umno
- Ops Sikap: 18 terkorban pada hari keenam
- Sabah - contoh terbaik amalan kebebasan media
- Jangan spekulasi kehilangan Sosilawati
- Pemecatan 988FM: Jangan salahkan MCA, kata Chua
- Panggil pulang duta: KJ cari publisiti murahan
- Akar umbi S'gor saran Anwar, Azizah teraju PKR
- Rayakan Syawal, jangan tentang usaha Nabi s.a.w.
- Perluas guna dinar, dirham - Husam
- Kedah salur RM700 ribu bantuan pelajar ke universiti
- Misi Bantuan Berdepan Laluan Sukar, Barangan Bantuan Tidak Dapat Diserahkan
- Jabatan Kesihatan Kelantan Atur Strategi Khas Tangani Denggi Di Musim Perayaan
- Kemalangan: Trafik Laluan Bidor-Tapah Sesak Lebih 10km
- Hak asasi: Lebih ramai rakyat peka, kata Suhakam
- Surat sokongan: Tee langar etika, kata Khalid
- Pemilik muzium mainan label k'jaan P Pinang 'the Joker'
- PERKASA: Bukan kerana kami sokongan BN terhakis
- ISA diguna tatkala penguasa gagal berhujah
- PAS Kelantan jemput 100 ketua agama
- Bantuan Khas Aidilfitri RM1 Ribu , Ujar Khalid
- MB : Penswastaan Gagal Punca Pencemaran Loji Semenyih
- Ibrahim bidas Setiausaha Agung Umno hanya mahukan undi Cina
- BN yakin kekalkan Sarawak tidak kira PRU diterajui Taib atau sebaliknya
- Pemuda PAS ajak orang Islam bersatu sempena Aidilfitri
| Umno Perkudakan Islam Untuk Kepentingan Politik Posted: 09 Sep 2010 07:25 AM PDT USTAZ IDRIS AHMAD Parti Islam Semalaysia PAS mengecam Tun Dr Mahathir yang menuduh Pas menjual agama untuk kepentingan politik. Hakikat yang berlaku umno yang perkudakan Islam untuk mencapai cita-cita politik umno. Tun melahirkan kemarahan kepada Pas kerana insyaallah Pas akan mengganti umno sedikit masa lagi. Beliau sedar generasi baru hari ini mual dengan umno, dan telah menjadikan Pas pilihan mereka dalam perjuangan walaupun bapa mereka berkarat biru macam Tun Dr Mahathir. Kenapa Pas menjadi pilihan mereka, tidak lain dan tidak bukan kerana dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas yang sentiasa segar, berbanding dengan dasar umno yang sudah lapok dan berkulat. Mereka yang sokong umno termasuk anak-anak Tun adalah mereka yang hanya berkepentingan untuk memenuhi tembolok dan perut sahaja. Perjuangan untuk bela agama dan bangsa memang jauh kebelakang. Pas menyangkal tuduhan Tun Dr Mahathir yang menyamakan Pas bekerjasama dengan bukan Islam sama seperti umno dalam Barisan Nasional. Untuk maklumat Tun, Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam bentuk "Tahalluf" yang tidak menggadaikan prinsip Islam yang Pas bawa sejak daripada Pas ditubuhkan. Umno berkawan dengan orang bukan Islam sehingga menggadaikan prinsip Islam.Selama 53 tahun umno dalam kerajaan BN gagal mempertahankan Islam, malah imej Islam semakin buruk pada pandangan orang bukan Islam. Rakan-rakan dalam parti komponen BN makin keliru pemahaman Islam mereka. Walaupun mereka lihat setiap tahun musabaqah al-quran diadakan di negara ini, isteri pemimpin umno daripada muda sampai tua tidak menutup aurat. Kalau perkara yang kecil macam ini pun umno gagal memahamkan rakan-rakan BN, apakah lagi perkara yang lebih besar. Pas ingin menegaskan dalam kerjasama politik yang pernah dilalui oleh Pas sejak kerajaan campuran, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, semuanya mengangkat martabat Islam. Kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat telah berlaku proses Islamisasi yang lebih baik walaupun usia tidak sampai 3 tahun berbanding dengan umno yang berkuasa lebih 53 tahun. Pas mengharapkan Tun masih normal dalam membuat penilaian dan perbandingan kejayaan Pas berbanding dengan umno. Apakah Tun Mahathir sakit hati apabila masjid di bawah kerajaan Pakatan Rakyat penuh dengan majlis ilmu sedangkan masjid di bawah kerajaan umno sudah menjadi kubur. Bukankah masjid zaman Tun berkuasa dahulu masjid dibelenggu. Ahli Jawatankuasa yang aktif dipecat dan diganti dengan AJK yang bukan ahli masjid yang rendah moral dan akhlak. Tun bertindak kerana masjid telah menjadi medan penyebaran ilmu yang merugikan umno terutama selepas keputusan pilihanraya 1999. Tun Mahathir juga pertikai kenapa Pas sokong orang bukan Islam masuk ke masjid dan surau. Pas berpendirian demikian bukan kerana Pas membelakangkan hukum agama. Sebelum satu keputusan hendak dibuat Pas merujuk pada hukum dahulu, bukan menyatakan secara membuta tuli sahaja. Pendirian ini selari dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 1/3/2010. Tun perlu jujur, apakah tidak ada wakil rakyat BN yang masuk ke masjid?. Apakah hukum menjadi halal kalau wakil rakyat bukan Islam daripada BN masuk ke masjid dan berubah menjadi haram kalau daripada DAP, feqah mana yang Tun rujuk. Memanglah Feqah umno bukan sahaja orang bukan Islam daripad DAP tidak boleh masuk, malahan ustaz Pas seperti Datuk Dr Harun Din, Datuk Ishak Baharom, Datuk Ismail Kamus pun tidak boleh masuk masjid atau surau untuk memberi ilmu, kerana ini ulamak politik. Kalau ustaz umno bercakap supaya sokong umno itu tidak politik, kalau cakap sokong Islam maka ini politik. Tun membangkitkan Pas sudah tidak mahu kepada hudud sejak berkawan dengan DAP. Sekarang Pas hendak tanya adakah Tun Mahathir pula sokong hudud. Mungkin Tun sudah lupa surat amaran yang pernah beliau hantar kepada kerajaan Kelantan jangan laksanakan kanun jenayah syariah di Kelantan.Malahan menuduh ini hudud Pas, bila dicabar pula mana hudud umno sampai hari ini tidak timbul-timbul. Bukankah sebagai seorang Islam semacam Tun yang sudah meningkat umur tidak sepatut berfikiran begitu. | ||||||||
| Ibrahim Ali: Perkasa tidak perlukan sokongan Umno Posted: 09 Sep 2010 04:08 AM PDT TERKINI
KUALA LUMPUR — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dalam kenyataan lebih tegas hari ini berbanding semalam berkata, pertubuhan bukan kerajaan pimpinannya tidak memerlukan sokongan Umno termasuk jika pihaknya bertanding dalam pilihan raya umum ke-13. "Perkasa, NGO tidak memerlukan sokongan Umno atau mana-mana parti politik. "Cuma (kami) memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangan Perkasa," kata beliau dalam kenyataan SMS susulan dikeluarkan hari ini. Semalam, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini mendakwa Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hanya berminat untuk mendapatkan undi masyarakat Cina berbanding orang Melayu. "Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini kepada The Malaysian Insider hari ini. Bagaimanapun semalam, Ibrahim (gambar) yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: "Tidak perlu. Ini sudah cukup." Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas. Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim. Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008. "Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN. Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS. "Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno. "Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi. Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang. Ibrahim berkata, Perkasa akan terus berjuang untuk kesejahteraan rakyat dan negara. "Saya percaya, jika Perkasa tidak wujud, sokongan bukan Melayu kepada BN pun sama selepas pilihan raya umum ke-13 kerana komponen BN, terutama pemimpinnya ada macam-macam rekod yang rakyat tolak dan janji PKR kepada mereka... nampak pasti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir," katanya. Ibrahim juga mendakwa Perkasa cuma memerlukan sokongan semua ahli seluruh negara dan rakyat biasa yang menyokong perjuangannya iaitu mempertahankan perlembagaan negara dan kerajaan yang amanah, adil, saksama, tidak rasuah, salah guna kuasa, sistem penyampaian cekap, mesra rakyat dan pemimpin atau wakil rakyat yang amanah, mesra rakyat, tidak rasuah, bermoral, tidak maksiat dan bertaqwa. | ||||||||
| Ops Sikap: 18 terkorban pada hari keenam Posted: 09 Sep 2010 04:04 AM PDT
Laporan menerusi laman web Polis Diraja Malaysia mencatatkan mereka yang terkorban ialah tujuh masing-masing penunggang motosikal dan pengguna kereta, lori (2), dan masing-masing seorang penumpang bas dan pejalan kaki.
Sebanyak 8,772 saman sudah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya setakat ini. Ops Sikap ke-22 sempena Hari Raya Aidilfitri ini akan berakhir pada 17 September. | ||||||||
| Sabah - contoh terbaik amalan kebebasan media Posted: 09 Sep 2010 04:03 AM PDT
"Keghairahan untuk menulis dan melaporkan perlu berdasarkan etika profesional sebagai pemberi maklumat awam, yang dipandu oleh perasaan yang kuat mengenai prinsip demokrasi," katanya di Kota Kinabalu hari ini. Bumburing berkata beliau gembira bahawa kakitangan media tempatan di Sabah telah menunjukkan tahap profesionalime yang tulen semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dan dengan ini memastikan rakyat Malaysia di Sabah terus mendapat maklumat dalam bentuk laporan yang beretika. "Keadaan ini amat baik bagi Sabah kerana sepanjang apa yang berkaitan dengan kewartawanan, tambahan pula, masyarakat kita pada umumnya berpendidikan," beliau berkata sambil menambah Sabah mungkin contoh paling baik dalam amalan kebebasan media di negara ini. Beliau berkata pengaruh media telah berkembang dalam era sains dan teknologi dengan penggunaan meluas Internet. "Parti-parti politik kini amat bergantung dengan penyebaran maklumat untuk menyebarluaskan agenda dan perjuangan mereka dan di dalam kubu ini di mana kakitangan media massa dapati bahawa profesion mereka berada pada tahap terbaik," katanya. Oleh itu, Bumburing, yang juga ahli parlimen Tuaran, berkata kedudukan kakitangan media telah meningkat sebaris dengan seorang selebriti, dihormati dan disayangi oleh orang ramai dan "mungkin kadangkala dibenci dan dimarahi juga". | ||||||||
| Jangan spekulasi kehilangan Sosilawati Posted: 09 Sep 2010 03:59 AM PDT
"Kita masih siasat lagi kes ini. Setakat ini polis masih belum menerima sebarang maklumat terbaru yang boleh membawa kepada penemuan mereka. "Berhubung khabar angin yang mengatakan dia (Sosilawati) telah mati dibunuh, pihak saya langsung tidak mendengar perkara seperti itu. Apa-apa pun biar polis siasat dahulu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya telah menyalurkan maklumat yang diperolehi daripada saksi-saksi berhubung kes terbabit kepada polis Kuala Lumpur (KL). "Kes ini adalah di bawah siasatan pihak polis KL. Namun apa juga bantuan...apa sahaja kerjasama yang diperlukan kita akan beri dan itu memang amalan pasukan polis. "Ada maklumat yang telah disalurkan pada pihak kita dan kita telahpun salurkan (maklumat itu) kepada polis KL termasuk maklumat yang diperolehi dari saksi di Banting berhubung kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota trafik yang bertugas di khemah Ops Sikap di Sungai Buloh. Tinjauan Bernama di perkarangan rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak dekat Kuala Lumpur mendapati rumah itu lengang dan hanya terdapat beberapa individu dipercayai saudara dan kenalan rapat yang berada di rumah berkenaan. | ||||||||
| Pemecatan 988FM: Jangan salahkan MCA, kata Chua Posted: 09 Sep 2010 03:54 AM PDT
Beliau juga menafikan yang dia maklum mengenai aduan dari pegawai kanan RTM Yap Shy Chuan bagi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ke atas rancangan 'Hi Malaysia' yang dikendalikan oleh Jamaluddin. Katanya, beliau tidak terbabit dengan keputusan yang dibuat oleh Yap yang dilantik oleh RTM pada Mei lalu bagi memantau rancangan berbahasa Cina meskipun Yap adalah anggota Pemuda MCA.
"Mereka (Jamaluddin dan Wong) tidak ada kaitan dengan MCA, ia lebih dengan SKMM, jadi jangan tuduh MCA," katanya yang jelas kurang senang dengan dakwaan itu. Semalam, Jamaluddin dan Wong secara rasmi dipecat atas alasan melanggar syarat lesen stesen radio itu yang ditetapkan oleh SKMM padasebuah rancangan yang dikeudara pada 13 Ogos lalu. | ||||||||
| Panggil pulang duta: KJ cari publisiti murahan Posted: 09 Sep 2010 03:52 AM PDT
"Memanggil duta kita pulang adalah langkah terakhir sebelum kita memutuskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Saya tidak pasti sama ada Khairy tahu atau tidak mengenai perkara ini. "Dia mungkin seorang yang pandai, tapi tidak bermakna dia seorang yang bijak," katanya pada sidang media di Wisma Putra, di Putrajaya hari ini. Khairy sebelum ini menggesa agar Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.
Mengulas lanjut, Anifah berkata kenyataan Khairy itu menunjukkan Ketua Pemuda Umno tersebut tidak mengikuti perkembangan isu.
Anifah berkata semua pihak harus memahami bahawa dalam isu 'Ganyang Malaysia' oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut. Beliau juga berkata sudah tidak ada sebarang tunjuk perasaan dilakukan BENDERA di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sejak Selasa lalu, iaitu satu perkembangan baik yang diharap berterusan. | ||||||||
| Akar umbi S'gor saran Anwar, Azizah teraju PKR Posted: 09 Sep 2010 03:47 AM PDT
"Dengan ini calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden hendaklah menarik diri," kata Abdul Kudus ketika membaca kenyataan media bagi pihak pengerusi, Syed Shahir Syed Mahamud. Dasar nepotisme
Bagaimanapun katanya, jika saranan itu tidak diterima, majlis itu menyarankan agar status quo untuk kedua-dua jawatan tertinggi PKR dikekalkan iaitu Azizah sebagai presiden dan Syed Husin Ali sebagai timbalannya.
"Kami tidak menyelar beliau dan tidak nampak dia memporak-perandakan parti cuma kita mahukan satu cara yang lebih teratur dan lebih terpelihara dari sudut sopan dan santun. Bagaimanapun beliau melihat amalan pertandingan merebut jawatan dalam sebuah parti adalah sesuatu yang sihat. "Itu hak mereka. Kita parti yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya tetapi kami berkeyakinan mereka juga adalah tokoh-tokoh yang berpengalaman. Kami pasti mereka akan mengambil keputusan yang bakal memberi keuntungan dan faedah kepada semua pihak terutamanya parti. Kami tahu mereka mementingkan kepentingan parti, mendahulukan parti daripada diri sendiri. Kata putus
"Kalau kita melihat dahulu Dr Syed Husin (kiri) ada memberi petanda mungkin beliau mahu berundur tetapi kebelakangan ini beliau hanya berdiam diri. Ini menunjukkan kematangannya kerana beliau mahu melihat keadaan sebelum membuat keputusan muktamad. Beliau mahu melihat di sekeliling dulu sebelum beri kata putus," kata beliau. Abdul Kudus juga tidak melihat sebarang masalah dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden. "Bagi jawatan naib presiden kami rasa tidak menjadi isu besar kerana calon-calon yang menyandang dan juga yang baru adalah daripada kalangan yang berfikiran dingin, mudah diatur. Tidak ada masalah langsung dan kami yakin mereka berlapang dada apabila menawarkan diri menjadi calon," katanya. Beliau berkata MMKKNS berpendapat usaha strategis perlu dilakukan bagi mmastikan proses pemilihan kepimpinan parti dapat dilaksanakan secara demokratik dan harmonis serta dapat memperkasa perpaduan dan kejituan parti. | ||||||||
| Rayakan Syawal, jangan tentang usaha Nabi s.a.w. Posted: 09 Sep 2010 03:44 AM PDT
| ||||||||
| Perluas guna dinar, dirham - Husam Posted: 09 Sep 2010 03:44 AM PDT
| ||||||||
| Kedah salur RM700 ribu bantuan pelajar ke universiti Posted: 09 Sep 2010 03:38 AM PDT
| ||||||||
| Misi Bantuan Berdepan Laluan Sukar, Barangan Bantuan Tidak Dapat Diserahkan Posted: 08 Sep 2010 10:19 PM PDT BERNAMA KARACHI: Niat murni Kelab Putera 1Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana banjir di kawasan pedalaman Dadu tidak kesampaian apabila pasukan misi gagal memasuki kawasan berkenaan berikutan paras air yang masih tinggi. Dalam keadaan suhu panas mencecah 48 darjah celsius serta perjalanan yang panjang, ditambah pula dengan keadaan jalan yang tidak berturap serta berbatu, sukarelawan yang menaiki van, 'coaster' dan pacuan empat roda begitu tekad mahu menghulur bantuan kepada penduduk di kawasan pedalaman tersebut. Setelah perlu menempuh perjalanan sejauh kira-kira 620 kilometer selama 20 jam bermula 6 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Malaysia), pasukan misi kemudian terpaksa berpatah balik kerana keadaan paras air yang masih belum surut ketika berada tidak jauh dari lokasi "sasaran". "Kita sudah hampir, tetapi air banjir masih tinggi dan kita tak boleh masuk. Kalau Pajero (kenderaan pacuan empat roda) saya rasa lepas, tetapi yang membimbangkan, takut tak lepas keluar kalau paras air terus naik," kata Presiden kelab Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Beliau menganggarkan perjalanan ke kawasan yang hendak dituju hanya memerlukan kira-kira setengah jam sahaja. Ekoran itu, barangan bantuan seperti tepung atta (tepung membuat capati), kuih bahulu dan ubat-ubatan yang dibawa oleh tiga buah lori, gagal diserahkan. "Kita hanya merancang tetapi hanya Tuhan yang menentukan," katanya. Ketika dalam misi ke kawasan pedalaman tersebut, pasukan sukarelawan terpaksa berjemur dalam keadaan cuaca panas yang ekstrem kira-kira sejam apabila tayar sebuah 'coaster' yang membawa mereka, pancit. Sukarelawan juga hanya mengalas perut untuk berbuka puasa dengan biskut dan air mineral ketika dalam perjalanan pulang ke Karachi. Misi pasukan sukarelawan Malaysia itu turut diiringi polis dan disertai Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan. Terdahulu, Abdul Azeez turut melawat kem pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Khidmat-e-Khalq (KKF) yang berpusat di bandar Dadu yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sindh Zubair Ahmed Khan. Misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Pakistan yang diketuai oleh Abdul Azeez memasuki hari ketujuh hari ini, dan ia disertai 68 sukarelawan termasuk 40 doktor dalam pelbagai bidang perubatan serta wakil media massa. Misi yang bermula 3 Sept lepas itu dijadual berakhir pada 12 Sept ini. | ||||||||
| Jabatan Kesihatan Kelantan Atur Strategi Khas Tangani Denggi Di Musim Perayaan Posted: 08 Sep 2010 10:17 PM PDT BERNAMA RANTAU PANJANG: Jabatan Kesihatan Kelantan merangka enam strategi khas jangka pendek bagi menangani wabak demam denggi di negeri ini pada musim perayaan Aidilfitri dari 6 hingga 12 September ini. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Wan Mansor Hamzah, berkata langkah itu bagi membendung wabak penyakit itu yang semakin serius di negeri ini dan dapat dikawal sepenuhnya. Beliau berkata ini juga perlu memandangkan risiko merebaknya penyakit itu semakin tinggi berikutan pertambahan penghuni dalam sesebuah keluarga yang berkumpul sempena hari raya ini, yang menjadi punca pembiakan nyamuk aedes. "Sebab itu, kita sudah mengatur enam strategi jangka pendek bagi mengawal penyakit itu daripada merebak sepanjang musim perayaan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, Khamis. Dr Wan Mansor berkata, antara strategi itu termasuk membekukan cuti semua kakitangan am kesihatan, meningkatkan pendidikan kesihatan di kalangan penduduk, gerakan kempen penerangan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB)dan pengurusan pesakit demam denggi secara berhemah dan rapi. Beliau berkata jabatannya menggunakan pendekatan itu memandangkan ramai penduduk negeri ini, yang baru pulang ke kampung masing-masing tidak mendapat maklumat jelas mengenai kedudukan sebenar wabak penyakit itu. "Dengan cara ini, mereka dapat memahami dengan jelas langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil dan usaha jabatan kami menanganinya dalam tempoh jangka masa pendek di musim perayaan ini," katanya. Dalam kenyataannya sebelum ini, Dr Wan Mansor dilaporkan berkata, wabak penyakit denggi semakin serius di Kelantan dengan peningkatan 136 peratus atau tujuh kes dilaporkan setiap hari dan keadaan ini amat membimbangkan. Katanya, sehingga akhir minggu lepas, sebanyak 852 kes dikesan dengan sembilan kematian dan antara jajahan yang paling serius ialah Kota Baharu (667 kes); Pasir Mas )604) dan Tanah Merah (168). Menurutnya, menerusi rangka strategi itu juga, pihaknya menempatkan dua orang jururawat di sekatan jalan raya Polis/JPJ di dua pintu masuk utama Jalan Gua Musang-Kota Baharu dan Kota Bharu Grik untuk memberi penerangan ringkas dan risalah kepada pemandu kenderaan. "Selain itu, kita juga dengan kerjasama MPKB memasang papan iklan digital di pusat bandar ini mengenai maklumat terkini wabak penyakit demam denggi serta langkah-langkah pencegahannya," katanya. | ||||||||
| Kemalangan: Trafik Laluan Bidor-Tapah Sesak Lebih 10km Posted: 08 Sep 2010 10:10 PM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Km 334 arah utara dari Bidor ke Tapah mengalami kesesakan lalu lintas sepanjang 10 km pagi ini berikutan kemalangan membabitkan dua buah lori. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kemalangan di lorong kanan di laluan itu pada pukul 4.30 pagi tadi menyebabkan trafik bergerak perlahan selama hampir lima jam. "Kemalangan ini melibatkan sebuah treler membawa sayur dengan lori kelas A berdekatan dengan Ladang Bikam. Ia menyebabkan treler terbabas dan melintang ke arah selatan menyebabkan berlaku kesesakan. "Namun begitu ia tidak menjejaskan aliran trafik menghala ke selatan," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata walaupun kepala treler itu dialihkan kira-kira pukul 8.30 pagi oleh pihak PLUS, keadaan trafik masih perlahan kerana jumlah kenderaan yang banyak. "Selain itu trafik juga turut bergerak perlahan arah Nilai ke Seremban dan Bidor ke Tapah. Bagaimanapun keadaan trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di persimpangan Bentong Barat pagi ini masih terkawal," katanya. Pengguna yang ingin mengetahui maklumat trafik sebelum merancang perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri esok boleh menghubungi LLM di talian 1800-88-7752. Plus Ekspressways Bhd sebelum ini berkata jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan semalam dan hari ini dijangka meningkat kepada 1.4 juta berbanding 1.1 juta pada hari biasa. | ||||||||
| Hak asasi: Lebih ramai rakyat peka, kata Suhakam Posted: 08 Sep 2010 10:09 PM PDT
Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata ini terbukti dengan lebih ramai rakyat negara ini tampil untuk menggunakan kaedah Suhakam.
Dalam kenyataan bagi memperingati Hari Suhakam hari ini, Hasmy berkata antara aktiviti yang dilaksanakan oleh suruhanjaya itu termasuk siasatan awam berhubung penahanan peguam Biro Bantuan Kuala Lumpur pada 7 Mei tahun lalu. Selain itu, Suhakam juga telah menanjurkan latihan mengenai hak asasi manusia untuk pegawai polis dan anggota RELA serta Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Katanya aduan kepada Suhakam itu termasuk kegagalan polis mengambil tindakan, tangkapan dan penahanan, penggunaan kekerasan yang keterlaluan oleh pegawai penguatkuasa, siasatan terpilih dan penafian hak untuk berhimpun secara aman dan kebebasan bersuara. "Satu lagi isu yang menjadi kebimbangan Suhakam adalah berhubung soal mmemeluk agama Islam," katanya.
Hasmy berkata suruhanjaya itu akan meneruskan usaha yang dicapai sebelum ini sejak badan itu ditubuhkan pada 9 Sept, 1999 dengan memuji tindakan positif kerajaan bagi melindungi dan mendokong hak asasi manusia.
Hasmy berkata selain mengadakan proses dialog dengan agensi kerajaan berkaitan, suruhanjaya itu akan terus menjalinkan hubungan kerja yang baik dengan ahli-ahli Parlimen, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan media. | ||||||||
| Surat sokongan: Tee langar etika, kata Khalid Posted: 08 Sep 2010 09:56 PM PDT
Abdul Khalid berkata, "Adalah amat jelas terdapat konflik kepentingan dan beliau sepatutnya membuat deklarasi untuk mengelak pelanggaran etika tatacara memberi sokongan untuk mendapatkan kontrak." Apabila seseorang ahli majlis menulis surat sokongan, beliau perlu mengisytiharkan jika pihak yang terlibat adalah pihak daripada keluarga yang terdekat, iaitu isteri, anak-anak ataupun adik-beradik.
Selain menyemak dakwaan salah guna kepala surat dalam pengeluaran surat sokongan yang melibatkan ahli majlis di MPK, laporan itu bertujuan menilai sejauh mana penggunaan surat sokongan di MPK memberi kesan terhadap pengurusan perolehan MPK, katanya. Abdul Khalid berkata beliau telah menggunakan budi bicara beliau sebagai Menteri Besar mengikut Seksyen 2c Akta Rahsia Rasmi 1972 untuk mengklassifikasikan semula laporan audit ini agar boleh diedar kepada orang ramai. Beliau berkata secara keseluruhannya semakan audit mendapati surat sokongan tidak menjadi asas kepada pertimbangan dalam pemilihan kontraktor syarikat bagi menjalankan kerja yang dikeluarkan MPK." Semakan audit terhadap 54 fail sebutharga dan tender di Jabatan Taman dan Rekreasi serta 45 fail sebutharga di Jabatan Kejuruteraan MPK mendapati pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan prosedur sebut harga dan tender yang ditetapkan, katanya.
Jabatan Audit turut membuat beberapa cadangan kepada MPK antaranya sentiasa mematuhi garis panduan tindakan ke atas sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan negeri, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia, katanya. Beliau berkata para exco, ADUN dan ahli majlis hendaklah mengelak daripada mempengaruhi atau memberi tekanan kepada pengurusan MPK bagi membolehkan keputusan dibuat secara telus. Laporan audit itu juga mencadangkan supaya ahli majlis tidak dilantik sebagai ahli lembaga perolehan pihak berkuasa tempatan, katanya.
Empat belas syarikat yang disokong oleh Liu dan Tee Boon Hock telah mendapat kontrak kerja MPK bermula 2008 hingga 2010, manakala tiga syarikat yang disokong Tee pula mempunyai alamat berdaftar yang sama. Terdapat 16 surat sokongan telah dikeluarkan oleh Liu dan tujuh kontrak kerja bernilai lebih RM700,000 telah diperoleh oleh syarikat yang disokong beliau sepanjang 2008 hingga tarikh semakan, katanya. | ||||||||
| Pemilik muzium mainan label k'jaan P Pinang 'the Joker' Posted: 08 Sep 2010 09:52 PM PDT
Loh berang kerana usahanya mencari sebidang tanah untuk memindahkan muziumnya yang didakwa menarik minat ribuan pengunjung setiap bulan tidak diendahkan. Katanya, muzium itu menempatkan 40,000 mainan yang dipamerkan manakala 30,000 lagi dalam simpanan kerana kekurangan ruang. Justeru, beliau memohon bantuan kerajaan negeri bagi mendapatkan tapak yang sesuai tetapi diberi layanan dingin. Layanan istimewa
Katanya kerajaan negeri mempunyai senarai 12 tempat popular untuk dilawati di Pulau Pinang tetapi kriteria yang digunakan adalah kurang jelas. Dakwanya, tempat terkenal seperti patung Budha dan Tokong Ular juga tidak termasuk dalam senarai itu. Kemarahannya memuncak apabila dia digagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan pengerusi jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri, Danny Law untuk mendapatkan penjelasan. "Saya telah menulis 50 surat apabila masalah ini bermula tetapi tiada jawapan yang diberikan. Saya juga tidak berjaya berjumpa Law, meskipun telah ke pejabatnya berkali-kali untuk mendapatkan temu-janji," kata Loh yang menguruskan muziumnya itu untuk lebih lima tahun. Bercakap dalam nada yang marah, Loh berkata jika rungutan dan masalahnya itu tidak ditangani beliau akan mempamerkan partung-patung termasuk 'Terminator', bagi memaparkan semua tindakan negatif yang membabitkan kerajaan negeri. | ||||||||
| PERKASA: Bukan kerana kami sokongan BN terhakis Posted: 08 Sep 2010 09:36 PM PDT
Katanya, kehilangan sokongan Umno adalah tindakan parti itu sendiri yang tidak mahu berubah. "Saya ingatkan Tengku Adnan bahawa sesetengah tindakan Umno dan BN sendiri sekarang semakin menjauhkan pengundi kepada mereka. Mereka sendiri yang membuatkan diri mereka hilang sokongan. "PERKASA hanya menegur supaya mereka (Umno dan BN) sedar akan tindakan-tindakan mereka yang tidak betul. Tetapi kalau nak anggap ia (teguran PERKASA) sebagai semakin menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno dan BN terpulanglah," kata Syed Hasan.
Pada wawancara itu, Tengku Adnan berkata tidak ada sebab bagi Umno menyokong Ibrahim dan mendakwa tindakan pergerakan itu adalah punca sokongan bukan Melayu kepada BN terhakis. Pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim yang tidak mempunyai parti memenangi kerusi Pasir Mas atas tiket PAS tetapi beliau kemudiannya berpaling tadah dan menyerang parti Islam itu. Ibrahim kemudiannya menubuhkan PERKASA yang didakwanya mempunyai lebih 50,000 ahli dan kebanyakan mereka adalah ahli Umno.
"Sebelum itu saya nak tanya kepada Tengku Adnan, bila masa PERKASA minta kerusi Parlimen Pasir Mas diberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali dengan tiada calon BN diletakan bersaing sama.? " soalnya. | ||||||||
| ISA diguna tatkala penguasa gagal berhujah Posted: 08 Sep 2010 09:34 PM PDT ANWAR IBRAHIM
| ||||||||
| PAS Kelantan jemput 100 ketua agama Posted: 08 Sep 2010 09:29 PM PDT
| ||||||||
| Bantuan Khas Aidilfitri RM1 Ribu , Ujar Khalid Posted: 08 Sep 2010 09:27 PM PDT Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI). Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas. Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam. Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka. "Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid. Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan semua kakitangan kerajaan negeri bakal menerima bantuan khas hari raya RM500 sebelum 1 Syawal sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan ini. Sekalipun berdepan pelbagai sekatan peruntukan, bantuan RM500 ini setara dengan jumlah yang diberi kerajaan Persekutuan kepada kakitangan kerajaan. Kerajaan negeri mahu kerjasama dan mempertingkat hubungan baik dengan pengamal media supaya rakyat mendapat maklumat perkembangan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, khususnya pembaharuan di negeri ini. | ||||||||
| MB : Penswastaan Gagal Punca Pencemaran Loji Semenyih Posted: 08 Sep 2010 09:18 PM PDT Kegagalan penswastaan bekalan air. Itu punca mengapa Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terganggu dan menjejaskan 1.2 juta pengguna di sekitar lembah klang. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sudah tiba masanya pengurusan bekalan air diserahkan semula kepada kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup sementara awal pagi semalam berikutan sumber air mentah dari Sungai Kembong, Selangor tercemar dengan sisa buangan dari pusat pelupusan sampah. Sehingga kini Syabas masih mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan ERP Kod Merah sehingga keadaan pulih sepenuhnya bagi kemudahan pengguna-pengguna mendapatkan bantuan dan maklumat. Pengguna di empat wilayah Syabas iaitu Sepang Kuala Langat Hulu Langat dan Petaling Jaya yang terjejas bekalan air sejam pukul 10 pagi semalam telah mula menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat mulai pukul 5 petang hingga selewat-lewatnya pukul 2 petang selamalm bergantung kepada lokasi. "saya rasa ini menunjukkan penswastaan air tidak berhasil, tidak menghasilkan satu penjagaan punca-punca air dan juga pengkoordinasi antara operator-operator air dan pemilik-pemilik harta mengenai paip-paip air, jadi ini kelemahan penswastaan" kata Khalid kepada media. "oleh sebab itu kenapa air perlu dijaga oleh kerajaan negeri, jadi senang di mana kerajaan negeri boleh jaga punca air, di mana banyak yang mesti dijaga, di mana tempat saluran paip dan seterusnya," kata Khalid. Isu ini akan di bawa perhatian kepada Perdana Menteri agar satu penyelesaian yang lebih baik dapat dicapai. | ||||||||
| Ibrahim bidas Setiausaha Agung Umno hanya mahukan undi Cina Posted: 08 Sep 2010 05:23 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER
"Beliau (Tengku Adnan) mahukan undi orang Cina. Beliau tidak mahukan undi orang Melayu," kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas (gambar) ini kepada The Malaysian Insider hari ini. Bagaimanapun pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang lantang bersuara ini enggan mengulas lanjut sambil berkata: "Tidak perlu. Ini sudah cukup." Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, Tengku Adnan menegaskan partinya tidak akan menyokong Ibrahim jika bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon Bebas. Sebaliknya kata beliau, Umno akan meletakkan calonnya seperti yang dilakukan masa-masa lalu di kawasan Parlimen Pasir Mas, Kelantan. Malah beliau juga menolak tanggapan kebanyakan pihak bahawa Umno menjalin kerjasama ataupun memihak perjuangan Perkasa pimpinan Ibrahim. Perkasa ditubuhkan dua tahun lalu, selepas pilihan raya umum Mac 2008. "Mengapa Umno harus sokong dia? Umno patut meletakkan calon di Pasir Mas. Kami akan bertanding di Pasir Mas," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN. Ibrahim yang dipecat dari Umno pada 2004 memenangi kerusi Parlimen pada 8 Mac 2008 menggunakan lambang PAS. "Sebagai Setiausaha Agung (Umno) saya boleh memberitahu anda, kami tiada apa-apa kaitan dengan Perkasa dan sesetengah perkara yang dilakukan oleh Perkasa, kami tidak gembira kerana mereka menghakis sokongan kepada kami," kata Tengku Adnan apabila diajukan soalan bahawa kebanyakan ahli Perkasa adalah dari Umno. "Apabila mereka bercakap mengenai kawan-kawan saya kalangan Cina atau kawan saya orang India, mereka menyebabkan kami kehilangan lebih banyak undi," katanya lagi. Sebelum ini Perkasa pernah mengatakan bahawa sesiapa yang memusuhi pertubuhan ini tidak akan menerima sokongan dalam pilihan raya umum akan datang. | ||||||||
| BN yakin kekalkan Sarawak tidak kira PRU diterajui Taib atau sebaliknya Posted: 08 Sep 2010 05:22 PM PDT
Bagaimanapun Tengku Adnan mengingatkan bahawa pemimpin-pemimpin komponen BN di Sarawak perlu peka dengan sentimen di luar perikatan itu dan menilai situasi politik dengan rapi. "Sama ada beliau (Taib) berada di sana (menerajui negeri) ataupun tidak, ia tidak akan membawa apa-apa perbezaan, BN tetap akan menang dalam pilihan raya negeri akan datang. "Tetapi sebagaimana anda tahu, baru-baru ini PBB telah keluar dengan kenyataan bahawa beliau harus kekal terajui negeri (dalam pilihan raya negeri)," kata Tengku Adnan dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider. "Bukannya bagi parti (BN) yang perlu mengatakan demikian," kata beliau sambil menambah, BN mahu mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Mandat semasa kerajaan negeri akan berakhir Julai 2011. Ramai menyebut bahawa pilihan raya umum negeri akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri ataupun awal tahun depan. Pada Ahad lalu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Taib (gambar) kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan. Taib selaku Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB iaitu anggota majlis tertinggi PBB, melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang dipengerusikan sendiri oleh beliau sendiri. Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak menyandang jawatan tersebut pada 26 Mac 1981. Taib didakwa berhadapan dengan tekanan daripada sebuah lagi komponen BN Sarawak, Parti Progresif Bersatu Sarawak (SUPP) agar meletakkan jawtaan atas alasan tidak popular di kawasan-kawasan bandar yang ditandingi oleh parti-parti mewakili masyarakat Cina. Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menekankan, pemimpin-pemimpin persekutuan tidak akan campur tangan dalam keputusan akhir yang bakal dibuat Taib. "Di Sarawak, saya percaya bahawa Pehin Sri Taib Mahmud akan menilai apa yang rakyat sebenarnya mahukan. Beliau juga negarawan, saya percaya beliau tidak mahu musnahkan Barisan Nasional. "Terpulang kepada beliau untuk memutuskan, sebagaimana anda tahu kami tidak suka mencampuri hal ehwal anggota komponen kami," katanya. SUPP baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melahirkan kekhuatiran mengenai isu-isu yang memberi kesan ke atas BN negeri. Presiden SUPP Tan Sri George Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, beliau menerima sokongan kuat daripada Najib dan akan bertemu dengan Taib dalam waktu terdekat. Bagaimanapun Chan tidak menjelaskan dengan mendalam hasil perbincangan dengan Najib yang juga Pengerusi BN. Mengulas lanjut, Tengku Adnan memberitahu pucuk kepimpinan BN sedar akan apa yang berlaku di Sarawak. "Kami tahu situasi di sana. Saya percaya Pengerusi dan Perdana Menteri sudah bercakap dengan Ketua Menteri. memaklumkan situasi sebenar di Sarawak dan apa yang kami perlu dilakukan dalam usaha mahu mengekalkan kuasa (di Sarawak)," kata Tengku Adnan. Pada 27 Ogos lalu, Najib berkata beliau akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Taib berhubung hasrat Ketua Menteri Sarawak itu untuk berundur daripada jawatan politik. Najib berkata, sebarang keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan semangat setiakawan antara BN dan PBB. Katanya PBB merupakan rakan setia BN yang telah menyumbang kepada kejayaan BN di Sarawak dan tunggak kerajaan BN negeri itu. Katanya, beliau akan berbincang dari hati ke hati dengan Ketua Menteri Sarawak itu sebelum sebarang keputusan dibuat. Ketua Menteri yang paling lama berkhidmat berkata beliau tidak dapat membuat keputusan mengenai perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan. Taib yang menjadi presiden PBB sejak 1981 dan pengerusi BN Sarawak dilaporkan berkata, beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara. Penganalisis berpendapat bahawa BN tidak akan mengulangi kemenangan cemerlang yang dicapai masa-masa lalu termasuk pada 2006. Justeru, Tengku Adnan juga menafikan cakap-cakap bahawa SUPP akan meninggalkan BN menjelang pilihan raya umum negeri. "Situasi (masalah) dengan SUPP dengan ialah mereka merasakan mereka tidak lagi efektif di negeri ekoran beberapa kekurangan di negeri itu sendiri. "Tetapi mereka tidak tinggalkan BN, mereka masih satu komponen BN Sarawak dan wakil rakyat mereka masih dalam Kabinet Sarawak," kata Tengku Adnan. "Kami merasakan mereka akan kekal sebagai komponen BN Sarawak, tidak kisah apa jua perasaan mereka dan prestasi mereka dalam pilihan raya lalu," katanya lagi. BN tewas dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu Mei lalu. Tengku Adnan juga berkata parti itu dan masyarakat Cina akan tetapi diwakili dalam kerajaan meskipun jika tidak mencatatkan prestasi yang baik dalam pilihan raya negeri akan datang. "Kami sudah lama berkahwin. Kami tidak boleh meninggalkan mereka begitu sahaja, hanya kerana mereka tidak mencapai prestasi baik (dalam pilihan raya)," katanya. Masyarakat Cina mewakili 26 peratus penduduk Sarawak tetapi tinggal di kawasan-kawasan bandar. SUPP mempunyai dua menteri di Kabinet Sarawak dan lima pembantu menteri. | ||||||||
| Pemuda PAS ajak orang Islam bersatu sempena Aidilfitri Posted: 08 Sep 2010 05:21 PM PDT KUALA LUMPUR — Sempena Aidilfitri disambut esok, Pemuda PAS mengajak semua orang Islam di negara ini agar bersatu di bawah satu payung perjuangan Islam agar tidak lagi dijajah. Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS pusat Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata orang Islam perlu membina semula kekuatan bagi mengelakkan daripada kembali dijajah. "Penjajahan yang berlaku kini bukan hanya dalam bentuk fizikal tetapi juga pemikiran jadi jika tiada tindakan diambil mungkin generasi akan datang akan kembali dijajah. "Justeru sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya yang akan menjelang ini, orang Islam perlu menjadikan Ramadan sebagai medan ujian untuk mengukuhkan diri dalam menangani permasalahan orang Islam di negara lain. "Perbanyakkan menyumbang untuk meringankan bebanan mereka dan jadikan Aidilfitri sebagai gelombang permulaan ke arah kejayaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga menyarankan agar orang Islam tidak terus alpa dan lali dengan semua perubahan persekitaran yang berlaku. "Dari hari ke hari secara berterusan seolah-olah umat ini terus alpa dan lali dengan persekitaran yang terjadi. "Jadi kita harus memberi fokus kepada masalah yang timbul terutamanya di Selatan Thailand iaitu di Songkla, Pattani, Yala dan Narathiwat, tidak lupa juga bagi orang Islam di Xinjang, China," katanya. Raja Ahmad berkata penderitaan orang Islam di negara-negara luar dilihat seolah-olah tiada kesudahan malah semakin banyak peristiwa berdarah yang melibatkan orang Islam berlaku. "Di wilayah Muslim Xinjiang, China, seramai 156 orang terbunuh di hadapan Masjid Jalan Sutera, Kashgar. Di Selatan Mindanao, perkara yang serupa tetap berlaku, walaupun tangan perdamaian sudah dihulur oleh pejuang-pejuang MILF namun tentera masih meratah umat Islam di sana. "Selain itu, di Chechnya Russia, orang Islam masih dibelenggu hujan peluru dan bom, kekangan oleh kuasa Russia yang masih keras menentang perjuangan mujahidin Chechnya. "Di Kashmir pula, satu lagi bumi umat Islam antara yang tertua, di mana sejarah perkembangan agama di wilayah India dan Pakistan berkembang pesat dahulunya. Namun sekarang, status mereka masih di awang-awangan ditekan oleh tentera India dan nasib mereka masih dibelenggu oleh golongan sekular," katanya. Justeru beliau berkata, orang Islam perlu mencari jalan penyelesaian dengan membina kekuatan demi agama Islam. "Dari beberapa catatan peristiwa berdarah tersebut, marilah kita sebagai umat Islam mencari jalan menuju puncak kekuatan kita, dengan bersatu padu demi agama ini. "Jika kita salahkan musuh semata-mata, tanpa melihat 'kekuatan dan kelemahan' yang ada pada diri ummah, maka jadilah kita 'si celik yang buta'. "Jika kita masih berpecah, tidak bersatu di bawah panji Islam, maka cukup lemah suara amaran dan gerakan umat Islam," katanya lagi. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Selepas solat Zohor tadi, Husam membayar zakat fitrah sebanyak tujuh keping Dirham bagi mewakili kaum keluarganya seramai 14 orang termasuk menantu dan cucu.











KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) yakin akan mengekalkan penguasaan Sarawak dalam pilihan raya negeri itu tidak kira sama ada Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal menerajui ikatan 13 parti politik itu ataupun sebaliknya, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan