DIALOG RAKYAT |
- GPMS buat laporan polis Facebook 'Melayu Babi'
- Najib: MBE bukan menggantikan DEB
- Nota 'terakhir' Teoh dikemukakan 20 Sept
- Rozali dicabar letak jawatan, tanding pilihan raya
- Zaid Ibrahim kini sedia tanding 'jawatan itu'
- Merdeka: Tiada lagi pasangan di tempat gelap
- Pemuda Kedah anjur Ambang Merdeka Tanpa Maksiat
- Khidmat Musa Hassan tidak disambung
- Apa rasional Najib tarik subsidi, beri bonus
- Pembangkang sepakat teruskan hubungan baik Malaysia-Indonesia
- Mahkamah ‘Bini Puaka’: 19 saksi selesai memberi keterangan
- Daftar Pemilih: DAP Masih Di Depan, Umno Mula Kejar
- Panas: Menteri Belia Dan Sukan Tawarkan Diri Letak Jawatan - Susulan Letak Jawatan TKM Dan Umum Keluar Parti
- Selangor peruntuk dana RM70 juta untuk kredit mikro
- Selangor serius banteras zina
- Noh nak politikkan pertanian: Yaakob Sapari
- Tarikh lihat anak bulan Syawal 8 September
- Sultan Selangor gantung gelaran Liong Sik dan OC Phang
- MEB Hanya Cantik Atas Kertas Kalau Terus Amalan Kronisme
- Perak Calon Mustaffa Untuk Jawatan Timbalan Presiden KEADILAN
- DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya
- Kita Cuba Gambarkan Seakan Tiada Rahmah Antara Muslim dan Bukan Muslim
- Seorang Lagi Mangsa Bom Buatan Sendiri Meninggal Dunia
- Bendera kumpul cap jari darah ‘hadiahkan’ Malaysia
- Umno Rantau Panjang akhiri ‘perang saudara’ dua tahun
| GPMS buat laporan polis Facebook 'Melayu Babi' Posted: 01 Sep 2010 05:34 AM PDT
Pengerusinya Mohd Faizal Mohd Salleh berkata beliau dimaklumkan tentang laman itu oleh rakannya pada Sabtu lalu dan kemudian melihat sendiri kandungan itu. "Laman itu menggunakan gambar babi. Ternyata mempersendakan Islam dan sensitiviti orang Melayu yang boleh membawa perpecahan kaum di negara ini serta berbaur hasutan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu. Sehubungan itu, beliau meminta polis dan kerajaan segera menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya termasuk menimbangkan pelucutan hak kewarganegaraan. Sementara itu, Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional membuat laporan polis di IPD sama untuk meminta polis menyiasat klip video berbaur perkauman yang dihasilkan Wee Meng Chee atau Namewee. Ketuanya Safarizul Mustafa berkata polis perlu mengambil tindakan sewajarnya walaupun Namewee menyatakan dia menyokong gagasan 1Malaysia. "Kalau betul dia menyokong gagasan 1Malaysia, dia tidak akan membuat klip video seperti itu kerana ia tidak menghormati perasaan orang lain, Melayu khususnya," katanya. Namewee, dari Muar, Johor seperti yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 Ogos lalu. Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh. Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007. | ||||||
| Najib: MBE bukan menggantikan DEB Posted: 01 Sep 2010 05:33 AM PDT
Beliau berkata, kerajaan sentiasa berhati-hati dengan apa yang dilakukan dan memikirkan kepentingan semua rakyat Malaysia termasuk Bumiputera. "MBE bukan mengenai menggantikan sepenuhnya (DEB) tapi mengenai liberalisasi yang progresif. "Jadi, kita amat berhati-hati dengan apa yang kita lakukan kerana akhirnya, kita perlu mempertimbangkan kepentingan semua rakyat Malaysia. Jadi, kepentingan bumiputera akan diambil kira," katanya kepada pemberita selepas menerima sebuah buku mengandungi ucapan tahniah Hari Merdeka daripada para pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Minggu lepas, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata dasar DEB yang pro-Bumiputera masih perlu dan jangka masa 20 tahun masih tidak mencukupi bagi orang Melayu untuk bersaing dengan bangsa lain. | ||||||
| Nota 'terakhir' Teoh dikemukakan 20 Sept Posted: 01 Sep 2010 05:31 AM PDT
Juga akan dipanggil pada hari berkenaan ialah pegawai menyiasat dan pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yau. Hari ini, koroner turut menetapkan pendengaran inkues tersebut disambung pada 22 Oktober. Nota yang berada dalam simpanan peguam negara sejak Oktober lalu, pada mulanya hendak dikemukakan di mahkamah bulan lalu. Bagaimanapun, ia dibantah peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar, yang masing-masing mewakili keluarga Teoh dan kerajaan Selangor, dengan mendakwa bukti itu tidak dimaklumkan kepada mereka hingga ke hari berkenaan. Teoh, 30, dijumpai mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas sepanjang malam disoalsiasat sebagai saksi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pejabat SPRM terletak di tingkat 14 bangunan berkenaan. Teoh ketika itu merupakan pembantu kepada pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang disiasat berhubung dakwaan penyelewengan dalam pemberian peruntukan kerajaan negeri. | ||||||
| Rozali dicabar letak jawatan, tanding pilihan raya Posted: 01 Sep 2010 05:27 AM PDT
Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor. Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad. Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan. "Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini. Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing. "(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi.
Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air. Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air. Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya.
"Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor. "Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya. Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor. "Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya. | ||||||
| Zaid Ibrahim kini sedia tanding 'jawatan itu' Posted: 01 Sep 2010 04:21 AM PDT
Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan berlaku sekiranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berminat merebut jawatan yang sama.
Ini kerana, menurut Zaid (kiri), Khalid merupakan seorang pemimpin yang tidak suka menghentam atau memburukkan orang lain, sebaliknya lebih minat bekerja. "Sebenarnya, itulah pemimpin yang boleh membantu orang Melayu dan parti kita," katanya. Sebelum ini, ketika mengkritik etika pemilihan PKR, Zaid berkata beliau tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam parti tetapi hanya akan berkempen bagi pihak orang muda yang berkebolehan dan jujur. Kenyataannya ketika itu mengendurkan sedikit cakap-cakap beliau akan merebut jawatan timbalan presiden PKR bersama Khalid dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali. Alang-alang nak kena tempeleng Jawatan nombor dua parti itu kini disandang Syed Husin Ali sejak PKR bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini. Menulis dalam blognya hari ini, Zaid menjelaskan walaupun beliau tidak mahukan apa-apa jawatan, beliau terpaksa membuat keputusan baru ekoran asakan demi asakan terhadapnya.
"Tapi itu pun kalau Tan Sri Khalid tak mahu jawatan tersebut," katanya dalam perenggan terakhir artikelnya berjudul 'Ibrahim Ali patut Berdialog'. Zaid menjelaskan, seperti ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang dicap "liberal" ekoran pandangannya berhubung konsep 'hak' dan 'kedudukan' Melayu, beliau sendiri turut dipandang serong ramai pemimpin PKR ekoran pandangannya dalam pelbagai isu. "Malah dalam masa pemilihan parti dewasa ini, saya telah mendengar bermacam kecaman, bahawa saya akan menjual hak orang Melayu. "Saya kononnya Melayu liberal yang suka mencari populariti murahan dengan bangsa lain dalam parti. "Dan yang paling dahsyat, yang saya akan menggagalkan perjuangan Anwar Ibrahim dan mungkin menjualkan parti PRK ini kepada UMNO suatu hari nanti jika saya diberi kuasa," katanya. | ||||||
| Merdeka: Tiada lagi pasangan di tempat gelap Posted: 01 Sep 2010 04:20 AM PDT
| ||||||
| Pemuda Kedah anjur Ambang Merdeka Tanpa Maksiat Posted: 01 Sep 2010 04:15 AM PDT
| ||||||
| Khidmat Musa Hassan tidak disambung Posted: 01 Sep 2010 04:14 AM PDT
| ||||||
| Apa rasional Najib tarik subsidi, beri bonus Posted: 01 Sep 2010 04:13 AM PDT
| ||||||
| Pembangkang sepakat teruskan hubungan baik Malaysia-Indonesia Posted: 01 Sep 2010 04:10 AM PDT
| ||||||
| Mahkamah ‘Bini Puaka’: 19 saksi selesai memberi keterangan Posted: 31 Aug 2010 10:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selesai mendengar penjelasan kesemua 19 saksi yang memberi keterangan dalam kes 'Bini Puaka' membabitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Lima pelajar Universiti Malaya didakwa melakukan perbuatan khianat dengan mencurahkan minyak petrol ke atas permaidani beberapa jam sebelum Rosmah hadir bagi melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin, tahun lalu.
Mereka Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli, Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dan Mohd Izzuddin Helmi Mohd Zaini. Sejurus mendengar keterangan saksi terakhir, Hakim Rozana Ali Yusoff meminta Timbalan Pendakwa Aidatul Azura Zainal Abidin menyediakan hujah secara bertulis dan lisan pada petang ini setelah menerima hujahan ringkas daripada peguam bela tertuduh. Sebelum itu, saksi terakhir Detektif Koperal Yaacob Ramli hari ini disoal oleh peguam Hulzaimi Shariff mengenai tangkapan dan laporan yang dilakukan beliau terhadap tertuduh Mohammad Saufi Jelani. Detektif Koperal Yaacob mengatakan tiada kekasaran berlaku semasa disoal siasat dan tertuduh memberi kerjasama baik untuk membantu siasatan dengan memberi keterangan. Manakala peguam bela Mohd Arfizi Ramli yang mewakili Mohd Izzuddin Helmi dan Mohd Syahrulden hari ini memberitahu mahkamah bahawa tiada bukti kukuh mengatakan kelima-lima tertuduh terlibat dalam perbuatan khianat kerana timbalan pendakwa raya telah gagal mengemukakan sebarang bukti melalui keterangan saksi. "Keterangan dari pengawal keselamatan yang menjadi saksi pendakwa raya amat bercanggah hingga tidak mampu membuktikan kesemua tertuduh melakukan sebarang perbuatan semasa kejadian. "Pengawal keselamatan itu (saksi) juga dilihat meletakkan kesemua kesalahan ke atas kedua-dua anak guam saya semata-mata untuk menyenangkan tugasan mereka,"katanya. Peguam Razlan Jalaludin yang mewakili Syazni Munir pula meminta mahkamah menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya berikutan laporan ahli kimia jelas menunjukkan tiada kesan petrol mahupun minyak tanah melibatkan Syazni. "Pertuduhan di bawah seksyen 436 yang bermaksud khianat menggunakan api terhadap anak guam saya adalah tidak benar kerana laporan ahli kima telah menyatakan tiada wujudnya sebarang kesan api kebakaran semasa kejadian. "Mahkamah perlu menilai semula semua keterangan 19 saksi dan juga hujah daripada pendakwa raya yang jelas banyak percanggahan hingga tidak mampu membuktikan semua tertuduh terlibat,"ujarnya. Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen-sekyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan. Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu. Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama. Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama. Perbicaraan bersambung petang ini. | ||||||
| Daftar Pemilih: DAP Masih Di Depan, Umno Mula Kejar Posted: 31 Aug 2010 10:46 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA— DAP masih berada di hadapan dalam mendaftar pengundi baru setakat ini tetapi pesaing terdekatnya — Umno kelihatan cuba merapatkan jurang pada Julai lalu. Berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala Umno pula 7,230 orang. Kedudukan itu masing-masing bersamaan dengan 38 dan 30 peratus. Sepanjang bulan berkenaan penolong pendaftar parti-parti politik mendaftar seramai 23,911 pengundi. Jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun. Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus. Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu. "Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. | ||||||
| Posted: 31 Aug 2010 10:35 PM PDT SEDAKA SEJAHTERAKOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin, mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) berkuatkuasa serta merta. Beliau yang juga Naib Presiden LDP berkata, surat peletakan jawatannya sudah dihantar kepada Presiden parti, Datuk VK Liew pagi tadi. Serentak itu, beliau turut menawarkan diri melepaskan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Sabah. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini sebentar tadi. | ||||||
| Selangor peruntuk dana RM70 juta untuk kredit mikro Posted: 31 Aug 2010 10:25 PM PDT SELANGOR KINI SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan RM 70 juta bagi membantu golongan miskin memperolehi dana untuk menjalankan perniagaan melalui skim kredit mikro. Daripada jumlah itu, RM50 juta akan diperuntukkan untuk masyarakat luar bandar manakala selebihnya akan diberikan kepada masyarakat bandar. Skim itu merupakan antara mekanisma kerajaan negeri untuk membebaskan golongan ini dari kitaran kemiskinan. Skim tersebut akan dimulakan di kawasan Sabak Bernam dan menjelang akhir Tahun 2010, skim ini akan diperluas ke Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat,Hulu Langat dan Sepang. Pada peringkat permulaan, seramai 50 penerima pinjaman akan menerima pembiayaan modal perniagaan sebanyak RM3,000 seorang. Tempoh bayar balik pinjaman ini hanya akan bermula selepas setahun. Skim ini tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah. Namun, penerima pembiayaan ini harus mengadakan mesyuarat setiap minggu untuk memastikan pembayaran balik berjalan lancar tanpa tunggakan. ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafie menyeru peserta skim ini agar memanfaatkan bantuan kerajaan negeri ini sebaiknya. Beliau berkata, meskipun pemohonan pembiayaan ini sengaja dipermudahkan untuk mengurangkan karenah birokrasi, pemantauan berkesan mesti dilaksanakan demi memastikan skim ini benar- benar membantu peserta. "Untuk mempastikan mereka ini berjaya, pemantauan tetap perlu dibuat. terutama dalam proses pembayaran semula" kata beliau lagi. | ||||||
| Posted: 31 Aug 2010 10:19 PM PDT Oleh: Lokman Hakeem Muzelan SHAH ALAM – Gejala sosial yang semakin parah melanda masyarakat kita kini seharusnya disedari oleh umum. Di atas inisiatif dan kesedaran yang tinggi,kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah mengambil langkah berani dan mendahului negeri-negeri lain didalam usaha untuk membanteras maksiat dan gejala sosial. Kempen Anti Zina yang baru dilancarkan pada sambutan kemerdekaan baru-baru ini adalah wadah yang perlu dihayati oleh setiap lapisan mesyarakat. Perlaksanaan kempen yang dilihat berani dan bersungguh ini bakal menyedarkan masyarakat untuk mengelak daripada terjerumus ke kancah maksiat sehingga lahirnya anak luar nikah. Majlis berlangsung di ICity, Seksyen 7, Shah Alam pada 30 Ogos hingga 31 Ogos lalu dalam program Semarak Merdeka dan Penghayatan Ramadan peringkat Negeri Selangor. Pendekatan berbeza kerajaan pakatan rakyat ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes-kes pra zina khususnya pembuangan bayi. Kempen ini sudah pastinya sangat berlainan dengan usaha kerajaan pusat yang dilihat lebih proaktif membantu mereka yang terlanjur berbanding menangani isu ini dari peringkat akar umbi. Program bermula dengan Iftor Jamaie (berbuka puasa beramai-ramai). Program ini tambah bermakna apabila para hadirin berjemaah menunaikan solat tarawih yang diimamkan oleh Juara program reality Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis tanah air seperti Mawi,Ramli Sarip,Renggo dan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Turut diadakan deklamasi sajak oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi memperingati peristiwa Mavi Marmara LL4Gaza. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali menegaskan kemerdekaan yang dihajatkan Kerajaan Negeri Selangor adalah merdeka holistik yang menggabungkan kesejahteraan fizikal, mental dan spiritual. Kempen anti zina ini dilihat mampu mencelikkan golongan muda-mudi yang terjebak dalam kancah maksiat akibat pergaulan bebas yang tiada sempadan. Langkah kerajaan negeri Selangor mengadakan kempen anti zina merupakan satu kerja amar ma'ruf nahi mungkar yang mesti di sokong dan merupakan langkah bijak tatkala umat Islam semakin alpa dan lalai mengejar kebendaan dan lebih bersifat duniawi. Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang menyatakan hasratnya meneruskan usaha murni tersebut meskipun sedar ianya merupakan perkara baru dalam masyarakat. Menurut Halimah, para remaja perlu diberi kesedaran bagi mengelakkan masalah sosial ini terus menular dalam kalangan masyarakat. "Kita lihat fenomena suasana malam merdeka,malam tahun baru dan malam valentine seolah-olah sudah menjadi kebiasaan pergaulan yang menjurus kepada melahirkan bayi-bayi luar nikah dan ini lah bayi-bayi yang berisiko tinggi untuk dibuang",katanya. Menurutnya, statistik menunjukkan purata 84 orang anak luar nikah lahir setiap hari dimana 7 kelahiran pada setiap 2 jam. Kini seramai 17,303 orang anak luar nikah Melayu tidak didaftar di seluruh negara sepanjang 2008. Apa yang lebih membimbangkan kira-kira sekitar 470 pasangan malakukan zina setiap hari. Tambah beliau, usaha sama dan kesedaran dalam kalangan masyarakat serta kesungguhan kerajaan negeri melaksanakan program ini diharap dapat membendung maksiat yang dianggap nanah yang makin busuk didalam masyarakat kini. Menyedari hakikat ini,kandungan sambutan kemerdekaan kali ini diisi dengan penerapan nilai murni yang menekankan mitigasi insan 'liabiliti' menerusi Program Generasi Idaman Selangor (GeMS). "Kita juga mahu merdeka pada segi spiritual,mental supaya kesan-kesan peninggalan penjajah itu kita betul-betul bebas,kita juga bersama-sama akan menunaikan solat hajat sebagai satu usaha untuk kita di malam merdeka lebih-lebih lagi malam puasa dan malam lailatul qadar,kita berdoa supaya Selangor bebas daripada gejala sosial samada pembuangan bayi atau apa-apa sahaja gejala sosial",katanya. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor dan mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah, Jabatan Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor, PKNS, Masjid Negeri Selangor, MBSA, MBPJ, MPSJ, PDRM, RELA, Yayasan Amal Selangor, Tourism Selangor, KDEB, SSIC. Tepat jam 12 malam, sambutan kemerdekaaan dimulakan dengan perasmian oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk pelancaran Kempen Anti Zina dan Ekspedisi Dakwah GeMS iaitu 'Konvoi Anti Zina Malam Merdeka'. Menteri Besar turut menyatakan betapa kerajaan negeri bersungguh-sungguh dalam mencegah gejala maksiat dan pembuangan bayi ini. "Kempen ini membuktikan betapa kerajaan negeri bersungguh menangani masalah gejala sosial di selangor,kita berharap usaha yang diwar-warkan khususnya ditujukan kepada remaja lebih beringat dan berhati-hati dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan",kata beliau. Pelancaran kempen itu telah diakhiri dengan pelepasan konvoi Anti Zina yang mana konvoi ini akan bergerak ke Zon-zon panas yang disyaki menjadi tempat persinggahan dan pusat maksiat kepada pasangan-pasangan yang ingin melampiaskan nafsu mereka. | ||||||
| Noh nak politikkan pertanian: Yaakob Sapari Posted: 31 Aug 2010 10:18 PM PDT SELANGOR KINI ![]() SHAH ALAM – Exco Pemodenan Pertanian, Penguruan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari melahirkan rasa kesal dan kecewa atas sikap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar kerana tidak mengamalkan sikap profesional serta mempolitikkan perkara-perkara yang berkait dengan sektor pertanian sehingga merugikan para petani di Selangor. Menurut Dr Yaakob, tindakan Noh mempolitikkan isu berkaitan bidang pertanian antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat amat jelas. Sebagai contoh, undangan DrYaakob bagi menghadiri majlis perasmian Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ditarik balik atas alasan yang tidak munasabah. "Berbanding dengan Dato' Mustafa Mohamed mantan Menteri Pertanian dan Asas Tani dahulu pernah berkata kepada saya sewaktu pertemuan di MAHA 2008. Ujar beliau bahawa isu politik tidak timbul dalam sektor pertanian. Ini jelas apabila saya juga diundang selaku Exco kerajaan negeri yang menjaga sektor pertanian menghadiri program perasmian MAHA 2008″, katanya. Disamping itu, Noh juga melarang pegawai-pegawai pertanian daripada institusi dan jabatan kerajaan seperti MARDI, FAMA dan IADA berkerjasama dengan kerajaan negeri. Tindakan tersebut telah sedikit sebanyak merencatkan perancangan pertanian kerajaan negeri. Tambahan pula, Noh juga telah melantik beberapa orang pegawai khas bagi memantau kakitangan kerajaan khususnya pegawai pertanian negeri. Ini telah menimbulkan suasana kurang selesa dikalangan pegawai pertanian negeri ketika menjalankan tugas. Beliau juga telah mengarahkan pengarah-pengarah agensi pertanian yang komited kepada kerajaan negeri ditukarkan ke tempat lain. Ini berikutan isu menaik taraf Terusan Freeder yang akan menghubungkan Sabak Bernam dengan kawasan sawah pengairan di Tanjung Karang yang dibuat tidak dibincang bersama pihak kerajaan negeri terlebih dahulu. "Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Noh bertarikh 25 Ogos 2010 dalam Utusan Malaysia yang menyetuh mengenai isu pengairan sawah di Tanjung Karang iaitu Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut jelas mencerminkan Datuk Seri Noh Omar tidak mengetahui prosedur serta membelakangi bidang kuasa kerajaan negeri," katanya. | ||||||
| Tarikh lihat anak bulan Syawal 8 September Posted: 31 Aug 2010 10:02 PM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri tahun ini ialah pada 8 September ini. Ia akan dilakukan di 30 tempat yang ditetapkan di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini. Majlis Raja-Raja sudah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan). Turut terbabit Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindung, Kuantan (Pahang). Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). - | ||||||
| Sultan Selangor gantung gelaran Liong Sik dan OC Phang Posted: 31 Aug 2010 10:01 PM PDT BERITA HARIAN ONLINE SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, menggantung gelaran "Datuk" yang dikurniakan kepada Tun Dr Ling Liong Sik dan "Datin Paduka" kepada OC Phang. Menurut kenyataan media Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini, Sultan Salahuddin berkenaan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang kali ke-127 pada 19 Ogos lalu. Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan bahawa kesalahan yang dipertuduhkan ke atas mereka berdua adalah kesalahan serius yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara. "Yang Amat Berbahagia Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan Malaysia yang telah dikurniakan keahlian darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) bergelar Dato' pada 1992 telah didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Putrajaya. "Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran DPMS adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan YA Bhg Tun tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan. "Puan Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang yang telah dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka pada 2001 telah didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Klang. "Maka dengan ini, keahlian beliau sebagai penyandang Darjah Kebesaran DSSA adalah digantung. Penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran ini akan disemak semula setelah mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan atas pertuduhan," menurut kenyataan itu. | ||||||
| MEB Hanya Cantik Atas Kertas Kalau Terus Amalan Kronisme Posted: 31 Aug 2010 05:01 PM PDT Oleh Frederick Luccas SHAH ALAM - Model Ekonomi Baru (MEB) hanya akan berjaya sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional mampu menamatkan amalan pemberian kontrak kepada kroni yang terbukti tidak mampu melaksanakan projek sehingga menyebabkan ia terbengkalai. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Umno-BN telah menganugerahkan banyak projek kepada kroni dan kaum kerabat pemimpin mereka sehingga kerajaan terpaksa mengeluarkan dana tambahan bagi menyiapkan projek terbengkalai. "Sebagai contoh, Lebuh Raya Timur Barat yang terhenti di Kuala Terengganu, Hospital Shah Alam yang terbengkalai dan banyak projek lagi mengalami kegagalan kerana pemberian kontrak kepada kroni oleh kerajaan Umno-BN," tegas Khalid ketika berucap di forum Rancangan Malaysia Ke-10 anjuran majalah Leader di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambah beliau, MEB memperlihatkan satu pelan yang bagus di atas kertas tetapi pada realiti perlaksanaannya jauh lebih keadaan yang dibayangkan. Oleh kerana itu kerajaan perlu mempunyai kemahuan politik yang kukuh jika benar-benar inginkan MEB berjaya. Mengulas hujah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menyentuh mengenai sasaran ekonomi muluk yang digariskan oleh MEB, Khalid sebaliknya menyatakan sasaran yang diperkatakan dilihat memberangsangkan tetapi sasaran yang diimpikan jauh menyimpang daripada pencapaian sebenar. "Khairy menyebut kerajaan Umno-BN mensasarkan pendapatan per kapita sebanyak AS$15,000 daripada angka semasa iaitu AS$7,000 ke AS$8,000. Ini bermakna ekonomi perlu kekal meningkat kira-kira enam peratus setahun, ini sesuatu yang tidak masuk akal," jelas Khalid. Kata beliau, sejak 15 tahun lalu, ekonomi Malaysia hanya meningkat pada purata 4.5 peratus setahun, maka jika kerajaan Umno-BN masih mahu memberikan projek dan imbuhan kepada kroni dan kemudian terpaksa menyuntik dana tambahan bagi menyelamatkan kroni, ia tidak akam mampu mendapat peningkatan enam peratus seperti yang disasarkan. Tambahnya lagi, angka sasaran kerajaan diibarat seperti 'dipetik daripada udara' dan bukan sesuatu yang mencerminkan nilai unjuran yang realistik. Ini kerana cara mendapatkan unjuran pertumbuhan ekonomi melalui pendekatan 'back tracking' bagi menentukan sasaran utama adalah tidak realistik dan tidak membantu mencapai matlamat MEB. "Sasaran masa hadapan perlulah dibuat dengan mengambil kira keadaan semasa, dan keadaan ekonomi semasa Malaysia tidak memungkinkan penambahan enam peratus untuk tahun ini, jika dibandingkan dengan tahun lalu. "Tetapi memandangkan peningkatan setengah pertama tahun ini yang agak bagus iaitu pada suku pertama sebanyak 10.1 peratus dan suku kedua sebanyak 8.9 peratus, kita tidak dapat menyimpulkan jangkaan akhir tahun pada masa ini," jelas Khalid lagi. | ||||||
| Perak Calon Mustaffa Untuk Jawatan Timbalan Presiden KEADILAN Posted: 31 Aug 2010 04:56 PM PDT SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak semalam sebulat suara bersetuju untuk mengesa Pengerusi MPN, Mustaffa Kamil Ayub bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada November nanti. Menurut Anuar Zakaria, Setiausaha MPN Perak dalam satu kenyataan media, kepimpinan peringkat negeri serta semua 24 Ketua Cabang di negeri itu menyatakan Mustaffa merupakan tokoh yang paling layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN memandangkan beliau mempunyai asas serta kualiti kepimpinan yang cemerlang semenjak berada dalam parti pada 1999. "Saudara Mustaffa Kamil Ayub berpengalaman memimpin Parti Keadilan Rakyat sebelum ini sebagai, Pemangku Ketua Pemuda selama 2 tahun, Setiausaha Agung selama 3 tahun dan Naib Presiden selama 6 tahun. "Beliau juga diberi kepercayaan yang tinggi oleh Presiden dan kepimpinan parti mengetuai negeri Terengganu dan Sarawak sebagai Pengerusi Keadilan Negeri dan berjaya menyelesaikan kemelut kedua-dua negeri ketika dilanda masalah. "Saudara Mustaffa Kamil Ayub juga turut diberi kepercayaan oleh Presiden dan kepimpinan parti menjadi Pengerusi Biro Antarabangsa dan Biro Latihan," tegas kenyataan itu. MPN Perak berkata Mustaffa seterusnya dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Negeri Perak pada November 2009 dan berjaya menyelesaikan konflikdan kemelut yang melanda negeri itu suatu ketika dahulu. Melalui kepimpinan beliau, satu perubahan besar telah dilakukan melalui gagasan Memimpin Agenda Perak (MAP) yang diilhamkan oleh Mustaffa sehingga menjadikan KEADILAN Perak disegani oleh rakan dan digeruni pihak lawan. "Majlis Pimpinan Negeri Perak yakin sekiranya Saudara Mustaffa Kamil Ayub bersedia untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, beliau mempunyai keupayaan yang tinggi memberi sumbangan yang bermakna kepada KEADILAN untuk menjadi sebuah parti yang unggul di negara ini. "Majlis Pimpinan Negeri Perak juga memutuskan dan menyatakan sokongan kepada YB Dr Lee Boon Chye, Naib Presiden dan Ahli Parlimen Gopeng dan Dr Mohd Nur Manuty, Ahli Majlis Pimpinan Pusat yang juga Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan yang akan datang," ujar kenyataan itu lagi. MPN Perak juga mengumumkan calon bagi jawatan anggota MPP yang mewakili negeri itu: 1. Madzi Hassan, Naib Pengerusi MPN Perak 2. Zulkify Ibrahim, Ketua Penerangan MPN Perak 3. Ismail Yusof, Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak 4. Usaili Alias, Ketua Cabang Parit 5. YB S Kesavan, Naib PengerusI MPN Perak & ADUN Hutan Melintang 6. YB Tai Sing Ng, Bendahari MPN Perak & ADUN Kuala Sepetang 7. Muzaffar Shah Khairuddin, Exco AMK Pusat & Negeri Perak 8. Siti Aisyah Shaik Ismail, Ketua Srikandi Pusat Sehubungan itu, MPN Perak meminta supaya pimpinan Cabang dan ahli di peringkat akar umbi untuk mencalonkan kesemua nama yang tersenarai semasa proses pencalonan MPN kelak. | ||||||
| DS Najib akan menjadi huduh akibat sesetengah menteri dan timbalan menterinya Posted: 31 Aug 2010 04:53 PM PDT Oleh Mummy Rokiah Pada 10/8/2010 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kerajaan tetap mengekalkan larangan berpolitik kepada pelajar institusi pe MR tidak faham apalagi si Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini dok promo sana sini untuk memolehkan pelajar IPTA berpolitik. | ||||||
| Kita Cuba Gambarkan Seakan Tiada Rahmah Antara Muslim dan Bukan Muslim Posted: 31 Aug 2010 04:48 PM PDT
SAYA amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam. Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis. Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak. Firman Allah: (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Maidah, ayat 8). Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka! TAMBAH KELIRU Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa 'ala-Taliban' yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media. 'Juru-juru fatwa' yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan 'peperangan' boleh diambil jika ada keperluan. Tetapi dalam masyarakat kita agak terbalik iaitu 'perang dahulu' tanpa sebarang penerangan awal yang jelas. Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?! MASUK MASJID Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi'i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri. Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: "Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?" Jawabnya: "Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu". Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: "Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?". Jawabnya: "Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih". Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: "Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?". Jawabnya: "Seperti yang aku katakan kepadamu". Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: "Bebaskan Thumamah". Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: "Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah". Beliau juga berkata: "Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. "Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..". Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi'i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H): "Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi'i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka". (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair). Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut: "Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid". (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth) LUASKAN FUNGSI MASJID Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi 'centre for Islamic Information' yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan bukan muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam. Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan. Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini? | ||||||
| Seorang Lagi Mangsa Bom Buatan Sendiri Meninggal Dunia Posted: 31 Aug 2010 04:45 PM PDT MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Seorang lagi mangsa bom buatan sendiri yang meletup pada Ahad lalu di Cheras meninggal dunia selepas seorang pekerja wanita siber kafe maut pada hari kejadian. Lelaki berusia 38 tahun itu, cedera parah selepas dia bersama rakannya itu, Wong Siew Song, 51, diminta untuk mengangkat sebuah kotak misteri di depan rumah majikan mereka sebelum ia meletup dan terkena kedua-dua mangsa. Ekoran kejadian itu, kedua-dua mereka cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur. Dalam pada itu, polis telah mengenal pasti suspek utama kes berkenaan dan dijangka akan ditahan tidak lama lagi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata pada Isnin, suspek, seorang lelaki yang juga merupakan seorang kontraktor berumur 45 tahun, dikesan masih berada di sekitar Lembah Klang. "Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup yang diperolehi dari kawasan kejadian, suspek telah dikesan berada sewaktu kejadian itu berlaku," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan di pelbagai lokasi utama yang berkemungkinan suspek mungkin berada dan dijangka akan ditahan dalam masa terdekat. Muhammad Sabtu berkata jika operasi menahan suspek di satu lokasi gagal membuahkan hasil, lakaran foto fit suspek akan diedarkan esok kepada orang ramai untuk bantuan lanjut. Katanya suspek sebelum ini dipercayai telah mengugut salah seorang pekerja itu kerana berang setelah ditegah supaya tidak datang lagi ke siber kafe terbabit akibat kegagalan suspek membayar hutang judi Internetnya. Ketika ditanya mengenai bagaimana bom buatan sendiri itu boleh meletup, beliau berkata ia memerlukan satu kemahiran tinggi bagi menghasilkan bom yang sedemikian walaupun menggunakan mercun dan minyak tanah. "Ini memerlukan kemahiran untuk hasilkan bom seperti semalam. Kita belum kenalpasti macam mana boleh meletup walaupun dari mercun dan minyak tanah kerana masih lagi dalam siasatan," katanya | ||||||
| Bendera kumpul cap jari darah ‘hadiahkan’ Malaysia Posted: 31 Aug 2010 04:42 PM PDT BERNAMA JAKARTA — Bantahan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia terhadap Malaysia berikutan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat kepulauan Riau terus dilakukan, walaupun pada hari Malaysia merayakan Hari Kemerdekaan Ke-53 hari ini. Dalam satu lagi demonstrasi yang diadakan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, selain membakar Jalur Gemilang, puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai ''hadiah'' Hari Kemerdekaan Malaysia. "Kami sengaja memberi hadiah untuk ulang tahun Malaysia hari ini. Kami ingin menyerukan bahawa kami tidak takut dengan Malaysia, kami ingin menunjukkan kekuatan kami," katanya. Sebelum melakukan aksi, mereka turut melakukan ''apel siaga'' iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk perang kepada sukarelawan ''Ganyang Malaysia''. Aksi berkenaan telah mencetuskan kekecohan dengan anggota polis yang menghalang para anggota Bendera yang cuba menutup jalan dengan kerusi dan meja sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Diponegoro. Pada 23 Ogos lalu, sekumpulan penunjuk perasaan daripada Bendera telah membawa ''hadiah'' najis manusia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dan melemparkan najis itu ke dalam kawasan bangunan kedutaan besar itu. Kumpulan itu turut mengotorkan bendera Malaysia yang sedang mereka pijak di atas jalan ketika itu, dengan najis manusia juga. Hari ini sekumpulan 20 orang dari Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) atau Pusat Maklumat Rakyat berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini membawa patung Upin dan Ipin yang diletakkan dalam plastik bersama beberapa ekor tikus. Mereka menganjurkan warga Indonesia memboikot produk Malaysia. Bantahan berterusan melalui demonstrasi berlaku di sini dan beberapa tempat di seluruh Indonesia bagi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu. Dalam insiden itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu kerana didakwa masing-masing menceroboh perairan wilayah negara masing-masing. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos oleh pihak berkuasa kedua-dua negara. — | ||||||
| Umno Rantau Panjang akhiri ‘perang saudara’ dua tahun Posted: 31 Aug 2010 04:40 PM PDT BERNAMA RANTAU PANJANG – Kemelut "perang saudara" selama dua tahun Umno bahagian Rantau Panjang berakhir hari ini apabila pihak kepimpinan dan bekas pemimpin bahagian itu bersetuju untuk berdamai demi perpaduan parti. Pengumuman perdamaian itu dibuat oleh ketiga-tiga pihak iaitu Ketua Umno bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohamad Zain Ismail serta bekas Bendahari Umno bahagian itu, Ghazali Ismail. Majlis itu berlangsung dalam satu pertemuan dengan anggota jawatankuasa bahagian, penyokong mereka dan disaksikan Bendahari Perhubungan Umno Kelantan Datuk Hanapi Mamat di Pusat Kegiatan Kemas Rantau Panjang, Lubok Jong di sini. Dalam ucapannya, Mohamad Zain berkata kemelut yang berlarutan sekian lama itu berjaya diselesaikan dengan beberapa perkara yang dibincangkan mendapat tolak ansur daripada kedua-dua pihak. Perpecahan berlaku di bahagian itu sejak 2008 menyebabkan wujud dua puak iaitu pimpinan Abdullah dan Mohamad Zain. Berikutan itu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan pada 22 Julai lepas agar Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelesaikan masalah itu. Pada majlis yang sama, Abdullah berkata hasratnya untuk mencapai perdamaian hari ini demi menyatukan Umno bahagian tersebut untuk menguatkan kembali Umno negeri. Abdullah berkata antara tolak ansur yang dicapai ialah beliau bersetuju untuk memberi beberapa jawatan dalam Umno bahagian kepada Mat Zain dan Ghazali. "Selepas permohonan untuk dipertimbangkan penggantungan keahlian Mohamad Zain dan Ghazali oleh pucuk pimpinan parti diputuskan, saya akan lakukan perkongsian kuasa itu," katanya. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





Tinjauan sehingga 4 pagi mendapati tidak terdapat pasangan yang berdua-duaan di dalam gelap atas kerusi di bawah pokok menjadikan malam 21 Ramadhan berlangsung aman damai sehinggalah ke subuh hari.
Menurut ketuanya, Nasir Zakaria, program berkenaan bertujuan mendekati anak muda yang menyambut malam merdeka dengan mengedarkan risalah mengandungi fakta-fakta mengenai masalah sosial termasuk pembuangan bayi yang sedang berleluasa.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Musa Hassan tidak akan disambung khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara dan akan digantikan oleh timbalannya, Datuk Ismail Omar.
Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, langkah Najib itu seakan tidak selari dengan langkah rasionalisasi subsidi dengan menarik semula subsidi lima komoditi asasi yang bernilai RM750 juta demi mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan