Ajijoi |
| Osman Jailu beraya dengan rumah RM1 juta? Posted: 31 Aug 2010 03:35 PM PDT Rumah baru Osman Jailu, Adun Changkat Jering Rumah ini didakwa oleh penduduk Kg Larut Tin,Taiping telah dibeli tunai RM250 ribu. Nilai sebenar setelah ubahsuai dan perabot di dalamnya bernilai Rm1 juta. Osman Jailu yang mempunyai rumah asal di Taman Sri Hijau,Pokok Assam dan kini memiliki rumah mewah di Kg Larut Tin yang dibeli tunai mengikut satu sumber yang boleh dipercayai. Gambar rumah ini diambil semasa mengikuti DS Nizar dalam majlis sumbangan untuk rakyat yang memerlukan di Kg Larut Tin. Osman Jailu dikatakan telah membuat majlis masuk rumah pada 8 Ogos lalu. Osman menjemput penduduk kampung. Tetapi dikatakan kurang mendapat sambutan orang surau. Rakyat Dun Changkat Jering masih terdapat yang miskin tetapi Osman Jailu bermewah berbelanja hasil menjadi wakil rakyat mesra UMNO. Pegawai-pegawai Osman pun hidup seperti mereka tidak pernah mengkhianati rakyat dan pengundi DUN Changkat Jering. sumber: blog sisibukit Khianati hak rakyat, hidup mewah didunia yang sementara. Diakhirat nanti bagaimana? Raya tahun ni, 'kataksitter' Osman Jailu dan juga Jamaluddin pasti datang beraya untuk berkongsi kemewahan yang diraih bersama. Siapa 'kataksitter'? You know who.... | |||
| Rujuk alim ulama: Umno patut belajar dan rasa malu Posted: 31 Aug 2010 03:09 PM PDT Apabila kita tidak faham, kurang pengetahuan tentang sesuatu ataupun tertanya-tanya apakah salah kita sehingga kita dituduh membuat sesuatu, kemanakah tempat rujukan kita? Sebagai seorang muslim, rujukan hidup kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Segala kemusykilan dan permasalahan perlu dirujuk kepadanya. Dan untuk menjelaskan lebih mendalam akan isi kandungan al-Quran dan juga hadis, ulama adalah sebaik-baik tempat kita mendapatkan penjelasan dan jawapan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abdi (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu. Sesungguhnya Allah, malaikat, makhluk di langit dan di bumi, malah semut di dalam lubang dan ikan di laut sentiasa memohon keampunan untuk orang lain (ulama selalu membimbing umat ke arah kebaikan). (Hadis Riwayat Imam Tarmizi) Ketinggian dan kemuliaan kedudukan seorang ulama sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis ternyata bahawa seseorang ulama mempunyai penguasaan ilmu agama yang tinggi dan mendalam. Mereka juga menjadi cermin dan pemimpin umat dalam menegakkan agama Allah, sanggup mengatakan perkara yang hak. Taraf ulama adalah tinggi. Oleh itu, ulama disebut sebagai waris anbiya, malah Rasulullah menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Muliakanlah ulama kerana sesungguhnya mereka adalah pewaris Nabi. Barang siapa yang memuliakan ulama sesungguhnya mereka memuliakan Allah dan Rasul-Nya." (Hadis Riwayat Iman Khatib dari Jabir). Satu contoh yang baik dan juga menjadi teladan kepada kita untuk menghormati dan juga merujuk permasalahan kita kepada ulama adalah apa yang berlaku kepada isu bukan Islam memasuki surau ataupun masjid. Apabila pihak kerajaan melarang orang bukan Islam untuk memasuki surau/masjid, ini bukan sahaja memberikan tanggapan yang salah dan berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi juga dibimbangi akan menjauhkan keinginan bukan Islam untuk mengetahui lebih lanjut serta mempelajari agama Islam itu sendiri. Bagi YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang yang diserang oleh pihak Umno akibat menyampaikan bantuan kepada sebuah surau, permasalahan yang dihadapinya itu telah dibawa kepada sumber rujukan yang betul dan tepat mengikut ajaran Islam iaitu menemui Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut dan juga mendalam mengenai samada bukan Islam dibenarkan memasuki surau dan masjid ataupun tidak. Perbuatan beliau bertemu dan bertanya kepada seorang yang alim mengenai permasalahan agama Islam adalah satu tindakan yang tepat dan bijak berbanding dengan pimpinan Umno yang hanya mengeluarkan pendapat mengenai Islam yang ternyata bukan hanya bertentangan malah memalukan dan menyempitkan pengertian Islam itu kepada kalangan yang bukan Islam. Syabas kepada Ahli Parlimen Serdang ini dan ia adalah satu pengajaran yang cukup baik kepada pimpinan Umno serta para cerdik pandai Islam dan mufti sendiri yang menyokong Umno membuta tuli tanpa membuat apa-apa rujukan sebelum menjatuhkan hukum.
![]() Mereka patut berasa malu dengan keterbukaan dan penghormatan bukan Islam terhadap alim ulama kita. |
| You are subscribed to email updates from Ajijoi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.
22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan