Rabu, 1 September 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Persaraannya Amat Dialu-alukan!

Posted: 01 Sep 2010 05:11 AM PDT

Malaysia Kini melaporkan:
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar, berkuatkuasa 13 September ini.
Menurut Utusan Malaysia Online, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.
Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pula akan disandang Datuk Hussin Ismail, 57, yang merupakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.
Sehubungan itu, Hishamuddin bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan polis.

Ingat KPN ini, ingat tukang usung tilam sewaktu Drama Liwat 1 dipentaskan beberapa tahun lalu. Dialah antara orang yang begitu menonjol sewaktu kes yang mengejutkan dunia itu dibicarakan. Ingat KPN ini, ingat juga kisah kelulusan pendidikannya yang mencetuskan kontroversi sewaktu memberikan keterangan bersumpah membabitkan kes DSAI. Ingat KPN ini, ingat juga rekodnya yang dikatakan sebagai KPN yang terpalit dengan pelbagai macam kontroversi. Ingatkan KPN ini....

Adios KPN, pemergian anda amat dialu-alukan!


Antara Sejarah Lim Guan Eng Bela Melayu & Islam

Posted: 01 Sep 2010 12:00 AM PDT


Tatkala, pemimpin DAP ini dicemuh dan diserang oleh UMCO, sehingga ada yang melabelkannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, ada baiknya kita menyelak sejarah tentang peranannya sebagai pemimpin dalam membela segelintir orang Melayu dan membantu memartabatkan Islam di negara ini. Di bawah ini adalah antara tulisan yang memerihalkan hal tersebut. Apabila saya tulis "antara", maknanya petikan di bawah ini adalah sebahagian sejarah yang menyentuh hal tersebut.

Sejarah 1:
"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, Noryati binti Mohamad Yusop, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .

Sumber di sini.
Sejarah 2:
Pulau Pinang tambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam
[HD] GEORGETOWN, 15 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta.

Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja.

"Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan sebagainya RM3.7 juta, " tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini.

Pada majlis itu, lapan orang wakil PAS Negeri dilantik menggangotai majlis itu yang diletakan di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim.

Mereka yang menerima watikah perlantikan daripada Guan Eng ialah dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Taqiudin Hamzah dan Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mazani Abdullah, Ketua dan Setiausaha Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Ustaz Suhaimi Abdullah, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri dan kawasan Bayan Baru , Ustazah Rahmah Md Isa dan Puan Asnah Hashim.

Turut dilantik ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Haji Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Elias Zakaria, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, Dato' Haji Mustaffa Kasim, Fellow Kanan Akademi Kolej Univesiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Madya Univesiti Tun Husein Onn, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Pakar Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Haji Rhafoor Haji Mahmood, Profesor USM, Prof Kamarulazizi Ibrahim.

Majlis tersebut turut dihadiri olehe Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein. -Mohd Sabri Said

Ibrahim Ali Patut Berdialog - Zaib Ibrahim

Posted: 31 Aug 2010 10:49 PM PDT

Saya petik:
[ZUR] YB muda Nurul Izzah Anwar harus dipuji untuk mempelawa Perkasa berdialog bersamanya mengenai apakah yang menjadi kebimbangan Perkasa. Beliau bertanya apa punca atau perkara yang dikatakan menjadi kebimbangan Perkasa. Beliau mengulas, adakah orang Melayu sudah hilang kedudukan istimewa mereka, atau apakah kemunduran mereka itu berpunca daripada sebab-sebab yang lain? Nurul bertanya, adakah mereka sebenarnya mempunyai "hak istimewa"?

Kesanggupan anak muda ini mengupas perbezaan konsep "hak" dan "kedudukan" (Special position, privileges atau rights) itu mengembirakan saya. Ia menunjukkan seorang pemimpin yang tidak malas berfikir. Malas berfikir adalah penyakit utama kemunduran pemimpin Melayu. Tanpa memahami perbezaan konsep ini, sukar untuk kita faham maksud Perlembagaan. Dan tanpa merujuk kepada Perlembagaan sebagai asas, kita akan berterusan menjerit dan mengancam antara satu sama lain. Beliau juga berani mengupas fakta sejarah seperti latarbelakang peruntukan istimewa Perkara 153 dalam Perlembagaan dan konsep Social Contract.

Seperti yang saya jangkakan, Perkasa tidak akan berdialog dan telah menolak pelawaan itu. Perkasa lebih selesa menghentam dan menjerit-jerit bagaimana Melayu tercabar, bagaimana Melayu sudah hilang segalanya, atau bagaimana institusi Melayu terancam dan sebagainya.

Mereka tidak mahu mencari punca sebenar. Cukup bagi mereka memanaskan api kemarahan dan meninbulkan kebimbangan orang Melayu dan menutup pintu pemikiran orang Melayu tentang punca sebenar kemunduran Bangsa yang Bertuah ini. Sudah lebih 50 tahun kita mempunyai Kerajaan yang dikatakan membela orang Melayu, dan didampingi oleh institusi Raja dan Institusi Melayu yang lain, tetapi masih lagi kekal sebagai bangsa yang ada dalam segala kekurangan. Salah siapa sebenarnya?

Inilah tanggungjawab pemimpin Melayu yang mahu berjuang. Sanggup meneliti and menerima bahawa kita tidak boleh bercakap mengenai hak dan keistemewaan kita tanpa menerima realiti bahawa rakyat lain juga ada hak mereka. Kita tidak mampu berlaku adil kapada satu kumpulan atau puak kalau kita tidak berupaya berlaku adil kapada semua rakyat. Dalam mencari asas keadilan ini, pemikiran dan sikap pemimpin Melayu perlu berubah. Mereka mesti sanggup mencari punca sebenar kelemahan mereka, dan tidak takut memberitahu orang Melayu hakikat sebenar yang mungkin pahit ditelan. Pendekatan ini ada bahayanya.
Pemimpin seperti Nurul ini akan terus dicap sebagai "terlalu liberal" atau tidak sesuai dengan pandangan orang Melayu. Beliau akan dihentam oleh Perkasa, Umno dan sesetengah lapisan pemimpin Parti Keadilan sendiri. Beliau akan diingatkan bahawa pandangan "liberal" ini tidak boleh diterima oleh orang Melayu kerana pandangan orang Melayu masih lagi "feudal".

Sebenarnya inilah cara Melayu dikongkong: Mereka disalahkan di atas kelemahan pemimipin Melayu mereka sendiri. Sedangkan sebenarnya pemimpin Melayulah yang mengecewakan orang Melayu kerana mereka yang masih feudal, terkongkong dan malas berfikir. Semua pandangan baru yang lebih progresif ditolak, takut kononnya orang Melayu tidak boleh menerima.

Saya sendiri sedar ramai pemimpin Keadilan melihat serong pandangan saya dalam pelbagai isu. Malah dalam masa pemilihan parti dewasa ini, saya telah mendengar bermacam kecaman, bahawa saya akan menjual hak orang Melayu. Saya kononnya Melayu liberal yang suka mencari populariti murahan dengan bangsa lain dalam parti. Dan yang paling dahsyat, yang saya akan menggagalkan perjuangan Anwar Ibrahim dan mungkin menjualkan parti Keadilan ini kepada Umno suatu hari nanti jika saya diberi kuasa.

Serangan dan fitnah ini tajam sekali dan agak mengejutkan, lebih lagi kerana saya telah kata saya tidak mahu apa-apa jawatan. Tapi mereka tetap mengasak. Jadi, saya telah membuat keputusan baru. Kalau dah kena serang bertubi-tubi, baik saja masuk gelanggang. Kata orang, kalau nak kena tempeleng biar berbaloi. Tapi itu pun kalau Tan Sri Khalid tak mahu jawatan tersebut. Kalau dia mahu, saya lebih selesa memberi laluan kepada beliau kerana dia banyak pengalaman yang boleh membantu parti. Tan Sri tak suka hentam dan burukkan orang lain, dia lebih minat berkerja. Sebenarnya, itulah pemimpin yang boleh membantu orang Melayu dan parti kita.

Guna KP Mak untuk "Memecahkan" Dara pada Malam MERDEKA!

Posted: 31 Aug 2010 07:07 PM PDT

Inilah erti kemerdekaan bagi sesetengah remaja hari ini. Tingkah laku lahanat ini juga berlaku secara berleluasa pada malam Hari Valentine. Bodoh!

Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: Seorang gadis 19 tahun yang dicekup kerana berkhalwat, bukan mengaku hilang dara pada malam sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-53 di sebuah hotel di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan (SPS) di sini awal pagi semalam, malah menggunakan kad pengenalan ibunya bagi mendaftar masuk hotel berkenaan.

Gadis itu membuat pengakuan berkenaan selepas dicekup berkhalwat dalam satu operasi cegah maksiat 'Ops Gegar dan Sahur' membabitkan sepasukan 15 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 3 pagi.
Lebih mengejutkan, ketika ditahan dia hanya memakai blaus dan seluar ketat paras paha tanpa coli dan seluar dalam, manakala pasangannya berusia 20-an, lengkap berpakaian.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam pemeriksaan itu pihaknya menemui coli serta singlet di atas katil milik wanita berkenaan dan ketika disoal siasat, wanita itu mengakui kedua-dua barangan itu miliknya, malah pihak berkuasa menemui kesan tompokan darah pada cadar di bawah coli dan singlet terbabit.

"Siasatan mendapati suspek wanita mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya buat pertama kali dan mendakwa hilang dara pada malam merdeka ketika menginap di hotel itu.

"Dia mengaku sudah berkenalan dengan pasangannya sejak empat tahun lalu dan baru pertama kali menyewa di hotel,"
katanya.

Khairul Azman berkata, pemeriksaan mendapati bilik berkenaan didaftarkan atas nama seorang wanita, ibu kandung gadis itu dan siasatan mendapati dia menggunakan kad pengenalan ibunya tanpa kebenaran.

Menurutnya, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang dokumen pernikahan yang sah ketika diminta dan ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk laporan tangkapan.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 atas kesalahan berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya," katanya.

Dalam Ops Gegar dan Sahur itu enam pasangan kekasih ditahan atas kesalahan sama di beberapa hotel sekitar Simpang Ampat, SPS dan Butterworth.

Turut ditahan, tiga pasangan kekasih atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam sekitar Sungai Pinang, Jelutong, Pantai Seagate dan Pantai Queensbay.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen sama dan sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya. - Rudy Syareme Sheriffudin

Lepas baca, kliklah sekali:

Pertama Kali Baca Cerita Fasal Ibu "Bangang"

Posted: 31 Aug 2010 05:30 PM PDT

Anak perempuannya berusia 16 tahun telah dirogol oleh anak kenalan lelakinya. Kerana kasihan dan bimbang akan masa depan perogol anaknya itu, si ibu meminta anaknya yang menjadi mangsa rogol menarik laporan polis yang telah dibuat terhadap lahanat itu. Si ibu menegaskan bahawa "apa yang berlaku adalah takdir dan kehidupan anaknya tidak akan terjejas apa-apa".

Kalau benarlah maklumat berita ini, maaflah, bukankah si ibu ini patut dikategorikan dalam spesies "bangang"?

Saya petik:
[SH] YAN - Atas sebab kasihan terhadap si perogol, seorang mangsa menarik balik laporan polis yang dibuat sambil menyifatkan kejadian itu sebagai 'tidak apa-apa'.

Lebih menghairankan, tindakan itu turut disokong oleh ibu dan tunang mangsa yang bimbang, maruah keluarga mereka akan turut terjejas jika hal itu heboh.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga(KRT) Sungai Limau, Abdul Razak Ghazali berkata, kejadian itu berlaku pada 25 Ogos lalu apabila pasukan KRT Sungai Limau menahan sepasang kekasih yang menaiki motorsikal dalam keadaan mencurigakan di samping tidak memakai topi keledar, kira-kira jam 1.15 pagi.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati gadis berusia 16 tahun dan pasangannya yang berusia 23 tahun dalam perjalanan ke rumah keluarga lelaki di Kuala Kedah selepas membuat laporan polis di Balai Polis Gurun.

"Gadis itu mengaku dia telah dirogol oleh seorang lelaki di sebuah rumah kosong di Bukit Jenun, Pendang kira-kira jam 9 malam hari kejadian dan hendak pulang ke Kuala Kedah.

"Kami yang tidak berpuas hati dengan penjelasan mereka, bertindak memanggil ibu gadis itu untuk mendapatkan pengesahan dan polis peronda untuk menjadi saksi," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Abdul Razak berkata, ibu mangsa yang tiba kira-kira jam 2.15 pagi, terkejut mendengar pengakuan anaknya bahawa dia dirogol oleh anak kenalan lelakinya dan telah membuat laporan polis.

Namun, Abdul Razak berkata, beliau lebih terkejut apabila ibu remaja itu memujuk anaknya supaya menarik balik laporan polis yang dibuat kerana bimbang dengan masa depan lelaki yang merogol anaknya.

"Mangsa dan tunangnya kemudian bersetuju mengikut nasihat itu, lalu menarik balik laporan polis. Apabila ditanya kepada wanita itu, mengapa dia menasihati anaknya supaya menarik balik laporan sedangkan anaknya yang menjadi mangsa dan perlu dibela, wanita itu dengan selamba berkata, apa yang berlaku adalah takdir dan kehidupan anaknya tidak akan terjejas apa-apa," katanya.

Abdul Razak berkata, itulah kali pertama beliau mendengar pengakuan sedemikian rupa daripada seorang ibu yang menganggap maruah diri anaknya lebih rendah berbanding perogol itu.

Sama Tetapi Tidak Serupa

Posted: 31 Aug 2010 04:27 PM PDT

(Klik untuk besarkan imej.)

Tiada ulasan: