MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- PEMILIHAN PKR - BIAR KECOH ASALKAN TIADA RASUAH POLITIK SEPERTI UMNO
- Zunar: Polis pun tidak tahu apa yang ditanya
- PEMILIHAN PKR - TIADA KECOH TETAPI `DIKECOHKAN'
- BOIKOT UTUSAN, TETAPI DATO ZAID BERI `KREDIT' PADA UTUSAN
| PEMILIHAN PKR - BIAR KECOH ASALKAN TIADA RASUAH POLITIK SEPERTI UMNO Posted: 28 Sep 2010 11:41 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS TERUK sangatkah pemilihan di dalam PKR? Berapa banyak rasuah yang telah dilaporkan sepanjang pemilihan pimpinan PKR kali ini? Dan, berapa ramai yang telah dihalang untuk bertanding atau pun dihalang untuk memilih calon yang mereka mahukan? Siapa boleh menjawabnya dengan fakta dan hujah kukuh? Jika ada, memang sewajarnya PKR boleh disamakan dengan Umno. Namun, sehingga kini pemilihan berjalan tanpa adanya rasuah mahu pun politik wang. Apa yang berlaku hanyalah beberapa peristiwa teknikal atau rasa tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat. Kelemahan ini adalah lazim bagi sebuah parti yang baru ingin merealisasikan satu kaedah pemilihan yang benar-benar telus. Kaedah yang julung kali diperkenalkan ini tentunya terdapat beberapa kelemahan dan kelemahan ini telah diekploitasikan oleh beberapa pihak yang mahukan calon mereka menang. Bahkan, kelemahan dari segi teknikal ini juga menjadi bahan berita kepada beberapa media pencacai Umno yang sekian lama mengharapkan agar pemilihan di dalam PKR kali ini akan dicemari dengan amalan rasuah politik wang seperti lazim Umno lakukan. Inilah yang diperkatakan oleh seorang Profesor kangkung di sini. Beliau menggambarkan seolah-olah teramat teruk pemilihan pimpinan di dalam PKR sekarang. Beliau tidak menggunakan akal fikirannya sebagai seorang Profesor untuk membandingkan pemilihan di dalam PKR dengan pemilihan di dalam Umno. Profesor kangkung seperti ini mungkin terlupa bahawa di dalam Umno ada Ketua Pemuda dan Ketua Menteri yang diberi kuasa walaupun terlibat di dalam rasuah politik wang. Cuba sebutkan seorang sahaja pemimpin dari PKR yang naik hasil dari rasuah politik wang. Sudah tentu Profesor kangkung ini tidak akan menjumpainya. Jika mahu mencari orang seperti itu, beliau boleh dapat `seguni' di dalam Umno. Jika tidak percaya, cuba tanya Isa Samad Adun Bagan Pinang yang baru berkahwin itu. Sehingga kini, PKR masih komited untuk merealisasikan amalan demokrasi tulen yang jauh lebih bersih dari Umno. Biarpun terdapat di beberapa tempat berlakunya kekecohan, namun ianya pasti ditangani dengan baik. Di dalam pemilihan kali ini, satu kepala satu undi dan pimpinan atasan juga menggalakkan sesiapa juga untuk bertanding. Seperti kata Profesor Dr Agus, demokrasi berjaya ditonjolkan oleh PKR dan hak memilih tidak dikongkong. Percayalah, media pencacai akan terus mencari jalan untuk melabelkan PKR sama seperti Umno. Apa yang penting, semua ahli PKR harus memahami bahawa parti ini sedang mengalami satu proses yang lebih baik dan telus dari Umno. Sebarang kelemahan, ianya merupakan satu pelajaran untuk memantapkan parti. /wfauzdin.blogspot.com |
| Zunar: Polis pun tidak tahu apa yang ditanya Posted: 28 Sep 2010 02:54 PM PDT
Bermula dengan perintah reman satu hari dari Majistret Sepang, disusuli pula dengan lawatan polis ke pejabat Malaysiakini, babak Cartoon-O-Phobia melabuh tirai pada hari ini apabila kartunis Zunar dibebaskan pada kira-kira jam 6.15 petang ini. Bagaimanapun, segala-gala ini gagal menundukkan Zunar, yang tidak akur dengan tindakan polis.
Untuk Zunar, tindakan polis ini bertujuan untuk menakut-nakutkannya, agar dirinya berhenti melukis kartun. Bagaimanapun, beliau tegas bahawa dirinya akan terus melukis, dan berpegang kepada prinsip dan falsafahnya berkartun, iaitu membongkar penyelewengan dan korupsi kerajaan. Malah, beliau tidak akan menyembunyikan pendirian dirinya dari karya kartunnya. Zunar bagaimanapun perlu melaporkan diri di balai polis pada 7 Oktober 2010. Majistret menafikan hak Zunar Pada awal pagi tadi, polis berjaya mendapat perintah reman satu hari daripada mahkamah Majistret Sepang untuk terus menahan Zunar, tanpa kehadiran peguamnya. Fadiah Nadwa Fikri, peguam yang mewakili Zunar, berkata dirinya hanya diberitahu polis bahawa Zunar akan dibawa ke majistret pada jam 9 pagi, ketika dirinya menghubungi polis pada waktu itu juga.
Fadiah juga menambah bahawa penangkapan polis ini dipercayai bertujuan untuk menghalang Zunar daripada menghadiri majlis pelancaran buku kartunnya, Cartoon-O-Phobia semalam. 【CARTOON-O-PHOBIA: Pelancaran buku tanpa buku dan pengarang】
Menurut Steven Gan, soalan yang ditanya berkisar pada operasi Malaysiakini, anak syarikatnya, Kinibook, buku terbitannya yang lain dan sama ada beliau menghadiri majlis pelancaran buku semalam. *Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang. |
| PEMILIHAN PKR - TIADA KECOH TETAPI `DIKECOHKAN' Posted: 28 Sep 2010 01:10 PM PDT Dakwaan tiada asas: Xavier ![]() SHAH ALAM - Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar menafikan kekecohan yang berlaku semasa proses pemilihan cabang itu kelmarin berpunca daripada penyalahgunaan kuasa seperti didakwa salah seorang calon yang bertanding. Sebaliknya, Xavier berkata, semuanya berjalan lancar sehinggalah salah seorang calon membawa penyokong dan mengganggu proses pengiraan undi. "Pada awalnya proses berkenaan berjalan lancar sehinggalah ketika proses pengiraan undi ada salah seorang calon yang bertanding membuat kecoh serta mempertikaikan cara proses itu dibuat sedangkan mereka mempunyai wakil mereka sendiri untuk memerhati cara pengiraan itu dibuat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Katanya, tarikh pemilihan tersebut telah diumumkan sebulan lebih awal dan semua calon yang bertanding sedia maklum mengenai perkara itu. "Kita sudah diberitahu sebulan awal mengenainya dan sebagai Ketua Cabang, saya telah sediakan semua kemudahan untuk proses pemilihan itu termasuklah dewan serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan dan keselamatan rapi disediakan. "Malah jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan oleh pusat ditugaskan untuk melicinkan proses tersebut," katanya. Menurutnya, peti undi terpaksa dibawa di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk proses pengiraan semula undi. Keputusan rasmi diperoleh menunjukkan Xavier memenangi persaingan tiga penjuru dengan memperoleh 883 undi manakala Kottappan 145 manakala Telai Ambalan pula mendapat 138 undi manakala kerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dimenangi Azmizam Zaman Huri. Katanya, persaingan tiga penjuru membuktikan parti itu melaksanakan sistem demokrasi. "Setiap pemilihan atau mana-mana pilihan raya yang dijalankan mesti mempunyai ramai calon yang bertanding. Jadi dakwaan menyatakan saya tidak bagus kerana ditentang oleh dua calon lain adalah tidak munasabah," katanya./Sinar |
| BOIKOT UTUSAN, TETAPI DATO ZAID BERI `KREDIT' PADA UTUSAN Posted: 28 Sep 2010 11:00 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS NASIHAT DS Anwar agar semua calon yang bertanding di dalam pemilihan parti PKR hendaklah berhemah, beradab dan berdisiplin nampaknya masih tidak didengari oleh beberapa calon yang menawarkan diri. Sebelum ini terdapat calon yang memperlekehkan pucuk pimpinan parti, mencipta berbagai isu yang tidak masuk akal tanpa bukti yang jelas semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya agar dipilih memegang jawatan yang ingin ditandinginya. Saya fokus kepada Dato Zaid Ibrahim, kerana bagi saya beliau banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kempen pemilihan di dalam PKR. Lebih-lebih lagi beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR kununnya untuk memulihkan `kuasa' Presiden Parti yang dikatakan olehnya sebagai `boneka' itu. Itulah hebatnya Dato Zaid kerana dengan jawatan Timbalan Presiden beliau boleh menentukan `kuasa' Presiden. Kehebatan Dato Zaid diserlahkan lagi oleh beliau sendiri yang menganggap DS Anwar hanyalah `ahli biasa' di dalam parti kerana jawatannya selaku Ketua Umum PKR tiada termaktub di dalam Perlembagaan dan Organisasi Parti. Bukan beliau tidak sedar mengapa jawatan Ketua Umum itu wujud di dalam parti dan semenjak bila ianya wujud. DS Anwar diiktiraf sebagai Ketua Umum PKR bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan oleh rakan-rakan di dalam PR. Benar, jawatan itu tidak wujud di dalam parti tetapi beradabkah Dato Zaid apabila menganggap DS Anwar hanya `ahli biasa'? Persoalannya, jika Presiden PKR itu `boneka' dan Ketua Umum PKR ibarat `ahli biasa', siapakah yang selama ini berkuasa di dalam PKR? Di dalam kita semua berkempen untuk memboikot Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan Umno yang tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan PR, tiba-tiba Dato Zaid memberi `kredit' kepada akhbar pencacai itu di dalam wawancaranya. Inikah sikap seorang pemimpin yang bakal mewarisi kerusi No 2 di dalam parti? Tokoh seperti inikah yang boleh kita harapkan untuk membawa PR ke Putrajaya? Di dalam wawancaranya bersama akhbar tersebut, beliau tanpa berselindung menyebut bahawa `stail' atau caranya tidak akan berubah semenjak dari Umno hinggalah kini berada di dalam PKR. Ini bermakna, Dato Zaid tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya bersama PKR yang sama sekali jauh berbeza dari politik Umno. Beliau seharusnya sedar di dalam PKR ruang mengkritik pemimpin terbuka luas tetapi mestilah dengan hujah dan fakta yang jelas. Hentam kromo ikut sesedap rasa bukan amalan di dalam PKR. Melabelkan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali sebagai `nyanyok' bukan cara mengkritik pemimpin. Nampaknya Dato Zaid masih gagal mengubati `penyakit' yang diwarisinya sewaktu berada lama di dalam Umno. Hari ini terbukti kita lihat bagaimana akhbar Utusan mengeksploitasikan `kredit' yang diberi oleh Dato Zaid. Maka berebut-rebut jugalah media TV 3 dan RTM untuk menganyang parti yang didukung oleh Dato Zaid ini. Setakat ini kita patut bersyukur kerana semakin banyak Dato Zaid `merapu' tentang partinya sendiri, ahli-ahli PKR yang diberi kuasa memilih siapa yang wajar dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden bijak untuk membuat keputusan. Kita tidak akan izinkan sesiapa sahaja yang memasuki parti ini dengan membawa `penyakit' lamanya sewaktu berada di dalam Umno, apatah lagi mengaku tidak akan berubah walau sedikit pun untuk terus merosakkan parti kesayangan kita ini. Walau bagaimanapun, Dato Zaid boleh terus bertanding kerana beliau pastinya tidak akan di`pancung' seperti dakwaannya. Beliau tidak perlu takut kepada bayang-bayangnya sendiri kerana PKR bukan Umno yang ingin meng` Ghafar Baba' kan sesiapa. Walaupun beliau sebelum ini berkali-kali berjanji tidak akan bertanding atau merebut jawatan di dalam PKR, tetapi kita masih boleh terima keinginannya untuk bertanding sekarang. Soalnya, siapakah yang tergamak yang akan memilih pemimpin yang tidak boleh mengubah dirinya sendiri? Bagaimana beliau ingin mengubah ahli-ahli bawahannya? /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Ketika dihubungi
Maka beliau pun bergegas ke Majistret Sepang, tetapi mendapati polis telah berjaya mendapat perintah reman satu hari. Ketika dihubungi
Pada kira-kira jam 3.45 petang tadi, tiga orang pegawai polis dari Shah Alam melawat ke pejabat Malaysiakini, dan mengambil keterangan daripada Ketua Pengarangnya, Steven Gan (gambar kanan). Bagaimanapun, tiada apa-apa yang dijumpai dan dibawa pulang ke balai polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan