Blog-list Malaysia |
- Berbuka Puasa Bersama Sports Toto
- Isu Surau - Di Kedah Sultan Tak Akan Murka..
- Bekas Setpol Suruh Khir Tutup Mulut
| Berbuka Puasa Bersama Sports Toto Posted: 03 Sep 2010 12:24 AM PDT ![]() Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dipenuhi umat Islam dengan amal ibadat yang berlipatganda kerana mahu mengejarkan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt. Kalau makan dan minum pun wajib dielakkan,inikan pula perkara dan kerja-kerja yang keji dan mungkar serta diharamkan oleh agama. Demikianlah ketahanan umat Islam diuji pada bulan yang besar ini. Namun demikian dimanakah letaknya maruah kita, usah berbicarlah hal jalur gemilang yang diinjak dan dibakar di seberang, itu perkara kecil, berbanding dengan biadapnya kita sendiri membenarkan anak-anak yatim dan miskin serta ibu-ibu tunggal yang beragam Islam diraikan, diberi makan dan wang raya dari hasil judi oleh syarikat judi tempatan! Ya Allah ampunkanlah dosa kami. Dalam The Metro sisipan akhbar The Star hari ini dilaporkan betapa syarikat judi SPORTS TOTO menjamu dan meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal dari Persatuan Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Kg. Medan, PJ and Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin Daerah Kuala Langat, Banting. Kita perlu pandang serius perkara ini. Pihak pengurusan kedua-dua persatuan perlu dinasihatkan kerana mereka membenarkan orang yang miskin serta anak yatim di bawah jagaan mereka dijamu oleh sebuah syarikat yang aktivitinya jelas haram disisi Islam! Pihak Sports Toto juga perlu diberitahu bahawa hasil judi mereka yang haram itu jangan diberi makan kepada orang Islam walaupun kononnya atas alasan kebajikan. Saya sedih melihat masih ada kesempatan diambil oleh syarikat-syarikat ini untuk menjamu orang-orang Islam yang miskin dan dhaif. Dan lebih sedih lagi apabila melihat merekayang diberi amanah menjaga orang susah sanggup menggadaikan maruah dan mengharung dosa semata-mata kerana habuan wang ringgit. Roslan SMS, |
| Isu Surau - Di Kedah Sultan Tak Akan Murka.. Posted: 02 Sep 2010 06:23 PM PDT Umno silalah gunakan surau dan masjid untuk acara politik, tak apa, tak jadi kudis pun. Tak sapa akan halang kalau tujuan majlis memberi manafaat pada masyarakat. Lagi pun UMNO mana ada bangunan sendiri nak buat majlis, kena la menumpang di bangunan lain. Lain la PAS, ada pejabat cawangan sendiri, ada markas sediri, boleh buat apa saja majlis di bangunan harta sendiri. Kalau majlis ni di buat di Selangor sudah tentu tak boleh pasai sultan Selangor dah bagi warning, masjid tak boleh guna untuk majlis politik. Junjong bukannya di Selangor, Junjong di Kedah, Sultan Kedah tak murka. Walaupun UMNO adalah parti pembangkang di Kedah, tak siapa halang majlis ini berjalan. Bayangkan kalau Kedah bawah UMNO macam sebelum 2008, PAS buat program macam ni di surau, tentu riuh tiga hari tiga malam dalam TV dan koran ( koran= akhbar, guna istilah Indonesia sikit), tak dak kisah lain, kisah salah guna surau untuk tujuan politik. Dengan ini orang ramai boleh bandingkan mentaliti orang UMNO dengan PAS. Sapa yang lebih matured? Kalau PAS la pembangkang buat majlis macam ni di surau, orang UMNO akan lompat tak tentu hala tahap gila babi. Tapi UMNO, sekarang pembangkang di KEDAH, buat majlis guna surau tak dak sapa pun halang. Geng geng atas pagar tu cuba timbang tengok, pilihanraya ke 13 nanti agaknya nak undi sapa? |
| Bekas Setpol Suruh Khir Tutup Mulut Posted: 02 Sep 2010 05:08 AM PDT Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo. Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor. Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan. "Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi. Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu. "Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan. Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar. "Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam. Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu. Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat. Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu. "Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi. |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan