Jumaat, 3 September 2010

MANDOR.BLOGSPOT.COM

MANDOR.BLOGSPOT.COM


TAJAM SINDIRAN MB PAHANG INI

Posted: 02 Sep 2010 02:55 PM PDT

MB kecewa keputusan EPU

KUANTAN - "Baik tak payah buat, biarkan saja jalan itu dalam keadaan asal dan Kerajaan Negeri akan pasang papan tanda amaran untuk pengguna jalan raya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam nada sinis berikutan keputusan mutakhir Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang hanya sekadar ingin memperbaiki laluan berisiko kemalangan.

Projek yang menelan kos kira-kira RM3.7 bilion untuk pembinaan empat lorong sebelum dikurangkan kepada dua lorong (1.3 bilion) itu mula disebut-sebut sejak beberapa tahun lalu dan terkandung di bawah program pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi peringkat negeri.

Pendirian itu diumumkan Adnan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri membabitkan projek menaik taraf jalan bagi laluan dikenali Central Spine Federal Road meliputi Kuala Krai dan Gua Musang (Kelantan), Kuala Lipis, Bentong, Karak dan Simpang Pelangai serta Kuala Pilah dan Seremban (Negeri Sembilan).

Menurutnya, keputusan yang diberikan EPU dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membaiki laluan (jalan) berisiko kemalangan itu dibuat berikutan kekangan peruntukan.

"Kita (Kerajaan Negeri) akan pasang sebarang papan tanda, kita menghormati keputusan itu dan tunggu saja selepas keadaan ekonomi pulih.

"Biarkan jalan sempit, rosak dan kepada mereka (pengguna) yang nak balik ke Kelantan, kita minta supaya mereka berhati-hati," katanya di sini, semalam.

Mengulas keputusan itu, Adnan berkata, tumpuan Kerajaan Negeri untuk terus mengukuhkan perpaduan di Pahang berikutan penghayatan kemerdekaan yang semakin berkurangan di kalangan rakyat.

Menurutnya, langkah untuk terus mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap pimpinan Barisan Nasional (BN) negeri juga menjadi fokus Kerajaan Negeri.

"Kita tidak berhasrat untuk berjumpa Perdana Menteri (PM) mengenai isu jalan ini, dan kalau kita tak hormat PM, siapa lagi kita nak hormat," katanya./Sinar

STESEN RADIO MANIS FM SIARKAN TAZKIRAH TUAN GURU NIK AZIZ

Posted: 02 Sep 2010 03:23 AM PDT


Lan Jusoh

KOTA BHARU, 2 Sept: Usaha dilakukan kerajaan negeri supaya diberi sedikit ruang kepada Menteri Besar untuk menyampaikan tazkirah atau perutusan kepada rakyat sehingga kini tidak dilayan RTM. Malah permohonan kerajaan negeri untuk mendapatkan lesen penyiaran sendiri juga tidak dilayan Kementerian Penerangan.
Namun anehnya beberapa stesen radio di negara jiran memberi ruang kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan tazkirah agama. Stesen radio tersebut termasuk di Sungai Padi di Wilayah Narathiwat pernah menyiarkan kuliah agama oleh Menteri Besar Kelantan. Langkah serupa juga diambil sebuah stesen radio swasta yang berpangkalan di sini apabila memberi ruang kepada pemimpin kerajaan negeri menyampaikan takzirah agama.
Radio Manis FM milik milik bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia, Tan Sri Hussin Ahmad berpejabat di Lundang, Kota Bharu mengambil sikap berkompromi apabila memberi ruang takzirah agama oleh Menteri Besar. Langkah berani yang dipelopori stesen radio terbabit membolehkan rakyat di Pantai Timur berpeluang mengikuti tazkirah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Tazkirah Ramadan itu dikeudarakan melalui stesen radion berkenaan mulai 20 Ramadan lalu sehingga 5 Syawal ini iaitu sebanyak empat kali setiap hari.
Waktu siaran bermula jam 7.30 pagi, selepas azan solat Zohor, selepas azan solat Asar dan jam 7 petang. Bagaimanapun pada hari Jumaat siaran tazkirah selepas azan Zohdan 95.10 Megahertz (Pahang). Menurut jurucakapnya siaran tazkirah agama oleh Menteri Besar Kelantan diadakan sejak lima tahun lalu./Harakahdailyor diawal kepada jam 12.45 pagi. Program tazkirah tersebut ditaja Perbadanan Menteri Besar Kelantan dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Pendengar boleh mengikuti siaran tersebut menerusi gelombang 90.6 Megahertz di Kelantan, 102 Megahertz (Terengganu)./Harakahdaily

KISAH TS KHALID BERANG DAPAT BONUS DAN DOKTOR GIGI JADI PENEROKA

Posted: 02 Sep 2010 02:46 AM PDT


Faekah: Lebih baik Khir Toyo diam...

Hazlan Zakaria & Salhan K Ahmad
Sep 2, 10
Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin. Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor. Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan."Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.
Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu."Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan. Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

"Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam. Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat. Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu."Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi. /Malaysiakini

Tiada ulasan: