Jumaat, 3 September 2010

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pembaziran Kerajaan Terengganu Dalam Program E-book

Posted: 03 Sep 2010 01:14 AM PDT

Projek e-Book: Terengganu bazir hampir RM90 juta

Setelah beberapa bulan berlalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said kembali mendapat liputan media online sejak akhir-akhir ini ekoran perbelanjaan yang tinggi melibatkan pembelian e-Book untuk kanak-kanak sekolah rendah.

"Kerajaan negeri memperuntukan RM30 juta untuk membeli e-book untuk 25,000 pelajar tetapi secara tiba-tiba jumlahnya telah meningkat menjadi RM87.95 juta, hampir tiga kali ganda," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Beliau berkata, "Jabatan Audit Negara Terengganu melaporkan sebuah syarikat Top IT Industries Sdn Bhd yang membekalkan e-book amat memeranjatkan kerana terdapat beberapa isu ekoran dari projek e-book ini."

Menurut beliau, tidak ada perjanjian dibuat antara syarikat pembekal itu dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian, berlaku kelewatan penghantarannya, kadar jumlah murid yang membawa e-Book ke sekolah adalah rendah dan berlaku kecuaian memilih pembekal sistem kerosakan e-Book.

Lebih memalukan lagi kata beliau, apabila laporan audit ini mendapati semakan audit di kilang mendapati pada tahun 2009 sebanyak 1,857 unit e-Book dan bagi tempuh Januari hingga Mac 2010 sebanyak 1,532 e-Book yang diberikan kepada murid-murid telah rosak dan dihantar ke kilang untuk dibaiki.

Dari jumlah tersebut, seramai 609 murid dikehendaki membayar di antara RM69 hingga RM200 kerana kerosakan tersebut kerana tidak termasuk dalam jaminan kerosakan selama setahun.

Beliau berkata, "kadar kerosakan ialah 14% berbanding dengan jumlah e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid berjumlah 24,431 e-Book.

"Amat mengejutkan lagi kerosakan ini berlaku dalam tempuh kurang satu tahun dan kadar kerosakan 14% adalah kadar yang amat tinggi. Ini memberi gambaran kepada kualiti e-Book yang dikeluarkan tidak bermutu," tambahnya.

Syed Azman mengakui sekumpulan Pemuda PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabtu lalu berhubung perkara ini. -FMT


Laptops for Terengganu students - Good or Bad?

Recently, I came to learn that all Year 5 students in Terengganu will be given laptops under the state's e-book program. That translates to RM30 million, with some 25,000 pupils involved.

With broadband connection, it is claimed that the pupils would gain access to lots of vital resources.

But I doubt the laptops will be useful academically. Mesti semua sibuk download movies, songs, porn, etc. Tak pun layan chat, friendster, facebook, etc. So I did a simple search, and I found that numerous studies have shown that there is no correlation between laptop usage and academic performance:

The US Department of Education recently released a study showing no difference in academic achievement between students who used educational software programs for math and reading and those who did not.

Mark Warschauer, a professor at the University of California also found no evidence that laptops increased test scores in a study of 10 schools in California and Maine from 2003 to 2005.

The Texas Center for Educational Research, a nonprofit group, has so far found no overall difference on test scores between 21 schools where students received laptops, and 21 schools where they did not.

Interestingly, I also found that hundreds of schools across the globe have started abandoning their laptop programs. Here just a few reasons why:

Underutilized by Students. Matoaca High School began eliminating its five-year-old laptop program after concluding that students had failed to show any academic gains. A survey found that one-fifth of their students rarely or never used their laptops for learning.

Underutilized by Teachers. Everett Rea Elementary School in Califronia gave away 30 new laptops to another school in 2005 after a class that was trying them out changed to new teachers who simply did not do as much with the technology.

High Training Costs. Northfield Mount Hermon School in Massachusetts eliminated its five-year-old laptop program in 2002 after it found that more effort was being expended on training teachers to teach with laptops.

High Maintenance Cost. In Liverpool Highschool in Syracuse, parents have long criticized the cost of the laptop program: about $300,000 a year from the state, plus individual student leases of $25 a month.

High Repair Costs. School officials in Broward County in Florida paid $7.2 million to lease 6,000 laptops at four schools, and was spending more than $100,000 a year for repairs to screens and keyboards that are not covered by warranties.

Yes, I know that Terengganu is cash-rich. Still, is the laptop program a wise move? What do you think?




Pemimpin Umno Di Selangor Antara Pemilik Tanah Felda

Posted: 02 Sep 2010 11:47 PM PDT

Doktor gigi adalah antara individu yang menjadi peneroka Felda.

Itu antara pendedahan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah dalam satu temu bual dengan Malaysiakini tanpa merujuk kepada mana-mana individu politik.

Faekah merujuk kepada isu pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Beliau yang membuat siasatan, terkejut apabila mendapati ada antara pemilik tanah adalah pemimpin Umno di Selangor.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," kata Faekah Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.

Faekah juga meminta Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak sewenang-wenang melempar kritikan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia hanya memakan diri.
Apatah lagi, Faekah mendapati banyak masalah di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada kelemahan pentadbiran Khir Toyo.

Dalam temu bual itu, Faekah mengakui Khalid Ibrahim berang kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang memberikannya bayaran bonus hingga menjadi ungkitan pimpinan Umno.

Selepas siasatan dibuat, kata Feakah, pemberian bonus itu sebenarnya adalah amalan biasa sepanjang penguasaan kerajaan Umno Barisan Nasional termasuk ketika Khir Toyo masih berkuasa.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," ujar beliau lagi. -TVS

UMNO Terjepit Dengan Slogan 1Malaysia

Posted: 02 Sep 2010 09:22 PM PDT

Dr M: Tafsiran 1Malaysia rakyat berbeza

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.

Beliau berkata keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.

"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas," katanya kepada pemberita padas majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat Alor Setar, malam semalam.

Dr Mahathir berkata ketika kerajaan memperkenalkan perubahan, ia perlu menjaga kepentingan Bumiputera yang masih memerlukan bantuan.

"Kalau biarkan saja habislah jadi macam di Singapura. Kalau meritokrasi dilakukan banyak kesan, sebab itu saya cakap ia ia boleh jadi rasis kerana ia mengambil hak orang Melayu dan Bumiputera lain.

"Kalau meritokrasi, sesetengah daripada penuntut universiti itu tak dapat masuklah. Peniaga-peniaga baru di bandar pun takdadalah... habislah," katanya.

Mengulas mengenai demontrasi anti-Malaysia di Indonesia, Dr Mahathir berkata ada kumpulan tertentu yang sengaja cuba memburuk-burukkan hubungan kedua-dua negara.

"Puak ini bukan mewakili Indonesia. Penduduk Indonesia ada 230 juta, kumpulan ini sikit saja," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata tugas guru agama kini bukan lagi terhad kepada mengajar ibadat tetapi tumpuan perlu lebih kepada membentuk peribadi mulia.

Katanya kes-kes seperti buang bayi oleh golongan muda Islam menyebabkan tugas dan peranan itu sudah berubah kerana kefahaman mengenai Islam dalam kalangan golongan muda sekarang kurang.

"Sekarang ini guru-guru kena semai sifat mulia supaya mereka menolak kegiatan yang bercorak jenayah, menolak dadah dan mengawal nafsu mereka, supaya tidak terjadi lagi perkara-perkara itu)," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Demikianlah, sepertimana yang GB tuliskan sebelum ini bahawa slogan 1 Malaysia hanyalah satu slogan retorika yang tidak dapat diterjemahkan menjadi kenyataan lantaran UMNO sebagai sebuah parti perkauman Melayu tidak mungkin dapat mendokong gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh presidennya.

GB menulis sebelum ini:

Umno sendiri tersepit dengan perjuangan nasionalismenya konon nak pertahankan hak Melayu tetapi dalam masa yang sama terjerit-jerit slogan 1Malaysia dimana-mana, bahawa kita ini semua bangsa Malaysia katanya.

Sepertimana PM-PM terdahulu, Najib memperkenalkan slogan baru. Sekadar ingin berslogan supaya dikenali sebagai PM yang ada visi dan misi. Sepertimana Pak Lah dengan slogan Gemilang, Cemerlang, Terbilang dan Islam Hadharinya. Mahathir dengan slogan Wawasan 2020, Bersih, Cekap, Amanah, Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan. Ia hanya slogan muluk yang tiada apa-apa pengertian dan pengisian yang sebenarnya. Kini apa jadi dengan slogan-slogan itu? Berkubur bersama perginya mereka dari kerusi-kerusi PM.

Begitulah 1 Malaysia. Rakyat tertipu dengan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sedangkan yang berlaku adalah di sebaliknya. Tragis!

Slogan 1 Malaysia tidak ditentang oleh orang lain tetapi oleh ahli UMNO sendiri malah oleh pemimpin UMNO sendiri. Mahathir misalnya lebih selesa menggunakan pentas Perkasa yang menjulang keris konon untuk memperjuangkan nasib Melayu sedangkan Perkasa sendiri hanya memperalatkan Mahathir untuk publisiti murahan Ibrahim Ali yang tak diterima masuk ke dalam UMNO semula.


UMNO Sememangnya Di lembah Kehancuran

Posted: 02 Sep 2010 06:37 PM PDT

Tengku Adnan: 'Umno bukan parti di ambang kegagalan'

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno kini kelihatan sebagai sebuah parti politik yang berada di ambang kegagalan.

Setiausaha Agung Umno itu berkata mengurus sebuah parti yang berjaya seperti Umno bukanlah mudah tetapi parti dominan BN itu telah membuktikan telah menguruskannya dengan hebat.

Beliau juga menyanggah persepsi yang menyatakan Umno kini sebuah parti lemah dan bukan lagi menjadi pilihan orang Melayu.

Umno menurut beliau, masih terus menjadi parti dominan dalam BN tetapi pada waktu yang sama tetap menjadi suara mutlak memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

"Kepentingan orang Melayu tidak harus dikorbankan dalam amalan berkongsi kuasa di antara parti-parti komponen BN," ujar beliau.

Oleh itu tegas beliau: "Yakin dan percayalah. Umno adalah parti yang berjaya, bukannya parti gagal atau di ambang kegagalan."

"Umno juga adalah parti yang menguruskan sebuah negara yang sudah berjaya apatah lagi melibatkan pelbagai kaum dan agama," kata beliau dalam temu bual dengan Umno Online semalam.

Setiausaha Agung BN itu menambah, rakyat dapat lihat Malaysia bukan sahaja berjaya tetapi aktif dan memainkan peranan penting dalam komuniti global.

Menurutnya, dalam konteks sedemikian, Umno mempunyai tugas berat dalam melaksanakan perimbangan untuk kepentingan Melayu, pelbagai kaum dan percaturan negara dalam arena global dan setakat ini, Umno berjaya dalam memainkan perimbangan ini.

Ahli Parlimen Putrajaya itu menegaskan, Umno tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya menjaga kepentingan dan memajukan orang Melayu.

"Saya yakin, walau apa pun orang kata tentang Umno, Umno tidak akan kompromi apabila berdepan dengan isu-isu yang menyentuh nilai asas Melayu," katanya.

Tengku Adnan mahu rakyat menolak parti-parti pembangkang yang menurutnya menjalin hubungan tidak jujur dalam menjayakan agenda berbeza masing-masing," katanya.

Dalam temu bual itu, Tengku Adnan juga mengkritik dengan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Lim Kit Siang adalah "manusia yang tidak jujur dalam menjalin hubungan."

"Sejarah telah membuktikan Anwar tidak jujur kepad PAS, tidak jujur kepada DAP, juga tidak jujur kepada Umno malah kepada rakyat.

"Anwar manusia yang bijak bermuka-muka dalam menjalin hubungan .

"Dia menjalin hubungan dengan PAS kerana ada agenda sendiri . Ketika berdepan krisis moral, Anwar perlu gunakan PAS untuk melepaskan diri daripada tuduhan meliwat," katanya.

Beliau berkata, PAS kini dilihat sudah mula terpedaya dengan mainan politik Anwar sehingga sanggup menggadaikan prinsip utama parti untuk menubuhkan negara Islam.

"Kita tengok sekarang, PAS seperti sudah meninggalkan asas penubuhannya untuk menubuhkan negara Islam dan bagi saya, ini semua gara-gara Anwar yang memanipulasikan keadaan menyebabkan PAS tersepit.

"Sebagai contoh, DAP bersama PAS bukan kerana PAS tetapi kerana jaminan Anwar bahawa PAS tidak akan membawa negara Islam, sekarang saya hendak tanya adakah betul PAS tidak mahu lagi negara Islam," kata beliau lagi. -TMI

Ulasan GB

Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata. Tak betul tentu dia tak menggelabah tak tentu hala.

Bagaimana rakyat hendak yakin dan percaya, Umno sebuah parti yang berjaya apabila Umno sendiri tersepit dengan perjuangan nasionalismenya konon nak pertahankan hak Melayu tetapi dalam masa yang sama terjerit-jerit slogan 1Malaysia dimana-mana, bahawa kita ini semua bangsa Malaysia katanya. Semua berdekah-dekah ketawamelihat perangai Umno yang dah semakin semput nafasnya.

Umno sememangnya di lembah kehancuran, walau tidak diakui oleh pemimpinnya semata-mata nak tutup keemahan. Persis rekahan besar pada dinding bangunan yang cuba disimen semula dengan rapi tetapi apabila digoncang sedikit walau dengan angin perlahan, gugur bersepailah ia ke mukabumi.

Eh Adnan, kalau tak ada apa-apa, takkan tempua bersarang rendahlah be! (cakap style orang Melaka kerana Adnan org Melaka)


Khusrin Pijak Kepala JAKIM

Posted: 02 Sep 2010 04:48 AM PDT

Mais: Larangan bukan Islam masuk ruang solat liputi semua

Larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang kini berhadapan dengan kontroversi.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha Mais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

"Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

"Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Selain itu, beliau berkata larangan daripada memasuki ruang solat itu juga turut melibatkan semua orang bukan Islam termasuk wakil rakyat sama ada dari Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN).

"Semua orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat masjid dan surau. Mereka hanya boleh memasuki kawasan lain tetapi dengan syarat mesti ikut peraturan yang ditetapkan.

"Kalau ada pihak pengurusan masjid dan surau yang membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat kita akan ambil tindakan terhadap mereka kerana melanggar arahan yang dikeluarkan," katanya.

Mohammed Khusrin juga menegaskan jika masih ada wakil rakyat bukan Islam memasuki ruang solat tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

"Kita tidak ada undang-undang untuk dikenakan kepada orang bukan Islam yang memasuki masjid dan surau tetapi jika secara berterusan ia dilakukan kita akan ambil tindakan lain termasuk membuat laporan polis," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat amaran yang dihantar kepada Teo kerana dikatakan menyampaikan sumbangan dan memberikan ucapan di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada 22 Ogos lalu.

Dalam surat amaran itu, Mais meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

Mais juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. -TMI


Larangan MAIS: Program DAP di surau tak terjejas

Timbalan setiausaha DAP Teo Nie Ching berkata, walaupun beliau mendapat amaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung lawatannya ke surau Al-Huda di Kajang, program semua wakil rakyat parti itu tidak terjejas sama sekali.

Ahli parlimen Serdang itu berkata, ini kerana surat MAIS yang diterimanya semalan hanya melarang orang bukan Islam memasuki dewan solat surau dan masjid sahaja.

"Bagi kami (wakil rakyat DAP), perkara ini bukan isu. Kami masih boleh hadir di perkarangan masjid," kata Teo.

"Bagaimapun, kami akan lebih berhati-hati pergi ke masjid dan surau untuk menjalankan program, berbuka puasa bersama umat Islam dan menyampaikan sumbangan."

Sebelum ini, ekoran dilaporkan memasuki ruang solat Surau Al-Huda dan memberikan 'tazkirah' di dalamnya, Teo semalam 'dianugerahi' surat amaran daripada MAIS yang melarangnya memasuki ruang solat di Selangor tanpa kebenaran.

Memberikan reaksi spontan dalam laman Twitter, Teo bertanya kembali: "How about tourists?" (Bagaimana dengan pelancong?)

Beliau juga secara berseloroh menulis: "Terima kasih kepada Utusan Malaysia (yang melaporkan). Setakat ini saya terima empat helai selendang daripada pelbagai orang. Saya fikir tak lama lagi saya boleh buka butik selendang."

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Teo - ahli parlimen termuda DAP - berkata walaupun selepas mendapat surat amaran itu semalam, masih terdapat surau yang masih menjemputnya hadir berbuka puasa bersama-sama.

"Esok malam saya dijemput ke sebuah surau di Bangi," katanya yang akan mengaku akan hadir ke majlis itu seperti biasa.

Menjawab soalan tentang selendang-selendang yang diterimanya, Teo memberitahu, beliau menerima kesemuanya melalui serahan tangan dalam program yang dihadirinya.

"Mereka kata, YB, pakailah selendang ini, nanti Utusan buat isu lagi," jelas Teo.

Menurutnya lagi, kesemua selendang itu diberikan oleh umat Islam yang bersimpati terhadapnya.-mk


Ulasan GB

Pertama, dimana Hassan Ali? Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri yang berkata akan memanggil Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammad Khusrin Munawi? Mengapa Hassan Ali lemah dan lambat bertindak di dalam hal ini, membiarkan saja MAIS mendahului?

Mengapa Selangor masih membiarkan beliau menjadi exco yang tidak dapat mengawal MAIS dan JAIS? Mengapa PAS Pusat membiarkan tindakan-tindakan Hassan Ali yang banyak kali telah menyusahkan dan merugikan Pakatan Rakyat di Selangor?

Kedua, bagaimana sekarang apabila Khusrin Munawi boleh bertindak wewanangan melanggar fatwa JAKIM? Khusrin yang tidak ada kelulusan agama boleh bertindak sedemikian? Bagaimana si jahil ini boleh secara enak melakukan perlarangan perkara-perkara yang tidak dilarang oleh agama?

Pecat Hassan Ali dan seret Khusrin ke muka pengadilan!
Apa lagi yang Selangor tunggu?

Jika tiada tindakan diambil, samada oleh kerajaan Selangor dan PAS Pusat, pasti saja Allah yang akan menetapkan keputusanNya pula kepada kerajaan Selangor dan PAS Pusat. Ini adalah ujian kepada kedua-dua pihak ini samada tegas atau pun lemah. Kedua-duanya ada implikasi di dalam pilihanraya akan datang!


Tiada ulasan: