Jumaat, 24 September 2010

Ajijoi

Ajijoi


Doa Mahathir dan Utusan Malaysia

Posted: 23 Sep 2010 04:29 PM PDT

'Melayu Hilang Kuasa'. Itulah sahaja modal Mahathir dan juga akhbar Penyebar Fitnah Rakyat, Utusan Malaysia untuk mengetuk tempurung kepala orang-orang Melayu Umno agar terus menyokong dan menggendong sebuah parti perkauman tertua di Malaysia sebelum rebah menyembah ke bumi.

Sebenarnya, yang amat mereka takutkan bukanlah hilangnya kuasa Melayu itu tetapi hilangnya kuasa mereka sendiri untuk terus menerus mengaut keuntungan negara selagi hayat masih ada.

Adakah dengan kuasa pemerintahan ditangan PAS, Melayu akan kehilangan kuasa? Bukankah PAS dipimpin, didokong dan disokong oleh orang-orang Melayu? Begitu juga bilangan orang-orang Melayu yang bersama-sama dengan PKR. Adakah orang Umno sahaja yang dikira sebagai orang Melayu?

Retorik yang senantiasa dimainkan oleh kuda tua Umno, Mahathir dan juga lidah bercabang mereka, akhbar Utusan ternyata bakal memakan diri sebagaimana isu-isu sebelum ini yang dimainkan secara berlebihan sehingga mendatangkan mual rakyat semakin menebal terhadap Umno.

Mimpi ngeri pemimpin Umno akan kehilangan pelukan kuasa nampaknya semakin menyiksakan dan dengan berkat doa oleh Mahathir dan juga akhbar Utusan sepertimana yang mereka paparkan besar didada akhbar mereka akan menjadi kenyataan.

Masinlah hendaknya lidah Mahathir dan Utusan tu...tajuk akhbar tu sepatutnya 'Umno Hilang Kuasa' dan bukannya mempergunakan sentimen Melayu untuk meraih sokongan. Melayu sekarang bukannya sepertimana Melayu saluran satu.
Melayu saluran satu kian pupus seperti juga kuasa Umno yang punya tarikh luput.

Tiada ulasan: