ANAK SENGAT |
| Posted: 13 Sep 2010 08:53 PM PDT GilaTalak!! itu ungkapan sesuai untuk umNO Kelantan. Waktu jadi laki tak peduli bini. Bila dah jadi bini orang macam macam di janji. Nasib baik tak janji...kalau aku jadi laki kamu semula aku akan hadiahkan kamu sepuluh lelaki selain aku.... Isu air di kelantan tak ubah seperti isu beras sewaktu PAS memerintah Kelantan dulu. orang Kelantan dikatakan tak de beras untuk makan... terpaksa mengemis dari siam...rupenye memang orang Kelantan makan geras siam sebab beras Malaysia murah murah belaka... Sekarang isu air la plak... satahu aku orang Kelantan memang suka pakai air perigi yang di gali. Air nya lebih selamat kerana tak perlu dirawat dengan penapis untuk hilangkan karat. Air nya memang air mineral semulajadi. Mungkin sedikit bau atau warna di sesetengah tempat. Ia perkara biasa kerana tiada yang sempurna. Jika air paip yang dibekalkan nampak bersih tetapi ia telah dirawat hingga hilang keasliannya. Beberapa pendedahan menunjukkan paipi air yang berkarat... sumber air dari sungai yang dicemari dan pelbagai masalah lagi mungkin lebih menakutkan dari isu air yang digali dengan menyedutnya dari tanah. Saya sempat merasai keselesaan beberapa hari menumpang di rumah sahabat di kelantan sewaktu melawat Kelantan beberapa hari beberapa bulan lalu. Airnya lebih segardan tentunya lebih jimat dengan kadar air yang diniagakan khususnya oleh kapitalis yang dikuasai syarikat juak juak umNO seperti Syabas . Di Selangor , SYABAS seperti sedang bertempur dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang mahu harga air tidak di naikkan. Atas nama untuk keselesaan, Syabas mahu harga dinaikkan. Mungkin inilah yang diidamkan oleh Awang Adek yang sangat bercita cita untuk menjadi Menteri Besar Kelantan. Mungkin beliau telah nampak peluang perniagaan air di Kelantan... silap silap boleh diperjudikan lagi sepertimana cadangan judi bola sepak dulu.... awang ..oh awang... tak merasa la jadi abang.. mungkin terus jadi adik la... kalau dah jadi adek..hormatlah abang... |
| Posted: 13 Sep 2010 07:53 PM PDT Lebih setahun rakyat Kelantan melalui krisis istana dengan pelbagai spekulasi yang membingungkan. Namun sebagai rakyat khususnya berbangsa melayu, institusi istana sangat mulia. Walau di waktu tertentu tindakan pihak istana sangat tidak menyenangkan, namun kemuliaan isntitusi tersebut mesti dipelihara. Dalam sejarah melayu, beberapa nama sangat dekat dengan hati rakyat. Sebagai contohnya ialah Sultan Alaudin Riayat Syah.... Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat ShahMelaka merupakan sultan yang ketujuh. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477. Baginda merupakan sultan yang paling mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Akibatnya, Melaka menjadi negeri yang selamat untuk berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak. Walaubagaimanapun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Ahmad (pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Ahmad mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri.. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya. Isteri kedua Sultan Alauddin berketurunan India-Muslim. Kisah paling popular ialah kisah penyamaran baginda ditengah kalangan rakyat Melaka. Sultan begini sangat disanjung dan dikasihi oleh rakyat . Ada juga kisah sultan yang meninggalkan nama yang tidak baik seperti kisah sultan Mahmud mangkat di julang . ( kisah ini dirakamkan sejarah..namun mungkin perlu ada kajian lebih teliti terhadap kesahihan berita sejarah bersumberkan penjajah ini) Kesultanan melayu di Malaysia melalui sejarah yang panjang. Ia mula kehilangan taring apabila penjajah British membawa fahaman sekular yang memisahkan kuasa raja hanya khusus untuk urusan melayu dan Islam semata mata manakala urusan pemerintahan diuruskan oleh residen British. Keadaan itu terus kekal hingga kini kerana negara ini adalah tinggalan British yang masih mengekalkan warisan penjajah itu sekalipun telah diisytiharkan merdeka.Paling ketara ialah undang undang yang disediakan oleh British untuk diamalkan oleh rakyat negara ini. Sejarah institusi istana sekali lagi menggemparkan negara apabila kisah seorang penjaga gol hoki mendakwa dipukul oleh seorang pemain dari kalangan kerabat isntana. Ia memberi peluang kepada Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri menggubal undang undang mengurangkan kekebalan atau apa yang diistilahkan "imuniti raja". Walaupun isu itu sangat sensitif, namun apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir dengan bantuan media telah menelanjangkan segala keburukan institusi istana yang sangat dihormati ketika itu. Beberapa pengampu Tun Mahathir dari kalangan pemimpin umNO yang semuanya berbangsa melayu menghentam instutusi istana selumat lumatnya. Baiknya pemimpin bukan melayu tidak campur urusan itu sekalipun mereka dari kalangan keluarga BN. Mungkin mereka tahu itu urusan sensitif. Namun oleh kerana tugas ini dilakukan oleh pemimpin melayu umNO atas nama menyelamatkan institusi istana ...ia menjadi halal! Tiada istilah derhaka!... Mungkin tindakan Tun Mahathir boleh dilihat satu tindakan wajar kerana sepatutnya tiada sesiapa pun yang boleh lepas dari undang undang. Semua makhluk tertakluk di bawah undang undang...itulah keadilan Islam. " Kalau Fatimah binti Muhammad mencuri, aku akan potong tangannya" kata Rasulullah menjelaskan keadilan Islam. namun undang undang di amalkan Malaysia bukanlah undang undang Islam. Apa yang mendukacitakan ialah cara isu tersebut diiketengahkan di dalam masyarakat. Keaiban raja raja di dedahkan secara terbuka di media. Ia melampaui adab dan akhlak orang melayu apatah lagi institusi tersebut ialah payung orang melayu dan Islam. Ia ibarat mendedahkan keaiban ibu bapa di tengah masyarakat sedangkan ia boleh di atur secara senyap dan baik di dalam rumah. inilah cara umNO... jika dia mahu semuanya di ampu... seperti di Perak...jika ia benci...semuanya di caci.... seperti isu imuniti.... Paling mendukacita... imuniti yang dicabut dari raja raja itu dipakai pula oleh perdana menteri... segala apa yang dilakukan oleh perdana menteri semuanya betul dan sah. Inilah masalahnya...mencabut kekebalan istana untuk dipakai oleh seorang pemerintah bernama Perdana Menteri! Di Kelantan ...kisah istana sangat panjang... dalam tempoh terdekat ..pernah disaksikan bagaimana seorang raja ditabalkan di bawah pokok oleh juak umNo kerana tidak puas hati dengan Sultan yang dilihat mencampuri politik. Sejarah ini menghiris perasaan istana kerana keluarga istana dipermainkan dan dipergunakan oleh umNO sesuka hati mereka.... inilah sikap perderhakaan umNo dengan istana. Beberapa bulan ini, istana Kelantan bergolak dengan pelbagai isu. Bermula dengan isu Tengku Fakhri dengan isterinya seorang bekas model Indonesia...ia berentetan dengan kegeringan Tuanku sultan. Pergolakan ini sedikit sebanyak meresahkan rakyat Kelantan. Turut menyedihkan dan menjadi misteri ialah pembunuhan seorang pegawai keselamatan istana yang ditembak mati. ada kisah di sebaliknya.... ada rentetan kemudiannya dengan serbuan pasukan elit terhadap konvoi istana untuk membawa tuanku sultan ke Singapura atas alasan rawatan.... ia adalah isu dalaman yang tidak wajar dibincang di media oleh semua rakyat secara terbuka.... ia ibarat isu rumahtangga ibu bapa yang tidak wajar diketahui oleh seluruh kampung. Perlantikan Tuanku Faris Petra sesuatu yang ditunggu. Ia di dambakan rakyat yang sekian lama mengharapkan contoh seorang pemerintah berjiwa rakyat. Ia bukan di jaja sebagai berjiwa rakyat tetapi rakyat merasai raja mereka dekat dengan jiwa mereka. Walaupun bernaung di bawah negeri Darul Ridzuan...sebagai seorang berbangsa melayu... saya tetap merasai kegembiraan itu.... Mengharapkan kembali agar institusi istana bukan hanya perlambangan yang dipuja... dipisahkan oleh pelbagai tirai yang menghilangkan kasih rakyat untuk mereka...jauh sekali untuk melihat mereka dihina dengan sesuka hati atau dipergunakan untuk kepentingan peribadi... Raja bukan lagi maharaja yang disembah seperti zaman kerajaan hindu yang menganggap raja adalah jelmaan dewa. Islam mengajar kita menghormati institusi ini...sesuai dengan kemuliaan tugas mereka menjaga agama... institusi ini mesti dipertahankan terutama di zaman moden yang kurang menilai kepercayaan seperti sumpah dan daulat... ia mesti diperkasakan semula kerana ia juga lambang ketuanan melayu di bumi kita... Namun segalanya bermula dari sikap seorang raja dan sultan memuliakan dan meletakkan kehormatan rakyat terhadap mereka... Contoh sultan Alaudin dan Sultan Mahmud ada di buku sejarah... semoga Tuanku Faris Petra bakal menjadi contoh kepimpinan raja raja melayu di zaman moden ini... agar isntitusi raja terus dihormati... institusi istana terus kekal menanungi agama , bangsa dan negara ini...bukan sebagai lambang... tetapi faktor kedamaian... kemuliaan...kedaultan dan perpaduan untuk semua rakyat jelata... DAULAT TUANKU! |
| Posted: 13 Sep 2010 07:32 AM PDT Entah apa jadi kita tak tahu...tapi khabarnya selalu indah... Ekonomi meningkat. Politik stabil. Pelaburan bertambah. Jenayah menurun...bla..bla..bla... baca. Itulah situasi di Malaysia. Namun hakikatnya rakyat yang menanggung. Keadaan ekonomi dikatakan pulih ...dalam masa yang sama rakyat menanggung beban kenaikan harga barang. kenaikan minyak adalah kelangsungan kenaikan semua barang keperluan. Jenayah dilaporkan menurun dalam keadaan rakyat melihat kes di dada akhbar saban hari...menakutkan dan menggerunkan... Apakah boleh kita terima semua kenyataan menteri yang indah khabarnya.... |
| You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan