Selasa, 14 September 2010

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


UMNO Rompak FELDA, MAS, PLUS, PROTON..... PETRONAS???

Posted: 13 Sep 2010 10:07 PM PDT

Affidavit Tan Sri Tajuddin Ramli banyak membuka mata rakyat. Tan Sri Tajuddin memberitahu bahawa wang MAS sebanyak RM600 juta lesap kerana beliau diarahkan UMNO untuk merompak wang tersebut untuk UMNO. Tidak cukup dengan wang tersebut, MAS juga telah berhutang RM8 billion. Tan Sri Tajuddin juga menyatakan kehilangan wang MAS tersebut dilakukan oleh beliau atas arahan Presiden UMNO dan UMNO. Apa pun, sudahlah MAS hilang RM600 juta, duit rakyat digunakan untuk menampung kerugian MAS sebanyak RM8 billion selepas krisis kewangan 1997.

FELDA, PLUS, PROTON...

Kita baru sahaja tahu lebih RM2.7billion (atau RM8 billion) wang FELDA lesap dirompak oleh UMNO. Kononnya untuk tanam semula, tapi Guthrie dan Sime Darby pun tanam semula juga dengan kos yang berkali ganda lebih murah.

Lepas tu apa sebab bangunan FELDA boleh jadi begitu mahal macam tu? Apa untung peneroka FELDA dengan sebuah lagi bangunan di tengah-tengah Kuala Lumpur. Bukankah FELDA sudah ada bangunan di Segitiga Emas? Adakah peneroka-peneroka dari pendalaman Negeri Sembilan boleh tinggal di bangunan Felda yang baru setiap kali mereka melawat Kuala Lumpur.


MAlahan dari pengkajian MAlaysiawaves, bilangan pejabat yang kosong di Kuala Lumpur sudah pun tinggi. DEngan menambah lagi bilangan pejabat di Kuala Lumpur adalah langkah yang bakal membawa kerugian kepada FELDA.

Proton pula bukan sahaja wang rakyat dirompak (dalam bentuk subsidi) sebanyak RM13 billion, rakyat Malaysia sendiri di rompak. Yakni dengan terpaksa membayar RM40k lebih mahal dario harga pasaran setiap kereta yang dibeli oleh rakyat Malaysia.

Misalnya, sepatutnya Proton Wira cuma dijual dengan harga RM20k tapi rakyat Malaysia dipaksa UMNO untuk membelinya dengan harga RM60k.

PLUS: Malaysiawaves telah mendedahkan PLUS digunakan untuk menyelamatkan bangunan UMNO dari dilelong oleh bank.

PETRONAS

Dari pendedahan-pendedahan terbaru ini, saya tak berani nak bayangkan sudah berapa lori wang Petronas dirompak UMNO dan kroni-kroni mereka.

Bayangkanlah sendiri.

TUlang Besi

Kelantan Berbangga Punyai Sultan Berjiwa Rakyat

Posted: 13 Sep 2010 07:15 PM PDT










Memang Kejam Binatang Dua Ekor Nie..

Posted: 13 Sep 2010 06:57 PM PDT

Polis dilaporkan sedang menyiasat dan membuka semula fail sembilan kes lama — yang mirip modus operandi pembunuhan jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pengiring beliau yang disahkan mati kelmarin.

Siasatan awal polis menunjukkan kesemua mereka dibunuh dan kesan mayat dihilangkan menggunakan cara yang sama.

Akhbar The Star hari ini melaporkan, kesemua yang dilaporkan hilang setakat dikaitkan dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan berhubung kes Sosilawati.

Kebanyakan kes lama membabitkan peguam.

Kedua-dua adik-beradik berkenaan dikatakan suspek utama kes empat mangsa terbaru ini yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir meninggalkan Kuala Lumpur 30 Ogos lalu.

Kelmarin, polis berkata pihaknya sedang menyiasat empat kes lama yang dilaporkan tahun lalu termasuk membabitkan seorang warganegara India ekoran pengakuan daripada suspek yang ditahan.


Akhbar The Star memetik Ketua Polis Pulau Pinang Timbalan Pesuruhjaya Datuk Wira Ayub Yaakob melaporkan, pihaknya akan membuka kes pembunuhan melibatkan seorang peguam R Thinakaran yang mati dibunuh pada 27 Julai 2009, peguam sivil kanan Datuk S.P. Annamalai pada 6 November 2007, peguam Chew Sien Chee, 39, pada 2 Mac 2000, peguam jenayah S. Pathmanathan, 29 pada 19 Oktober 1997 dan Triptipal Singh, 60 pada 15 Oktober 1992.

Akhbar itu juga berkata polis sedang menyiasat laporan orang hilang sepanjang tempoh 36 bulan lalu tetapi kebanyakan aduan dibuat tidak cukup bukti yang kukuh.

Laporan New Straits Times pula melaporkan kesemua empat mangsa terbaru mati selepas mereka dikelar oleh pembunuh mereka.

Laporan sebelum ini menyebut mereka dipukul sampai mati dan kemudian dibakar.

Sementara itu, Berita Harian menyebut, senjata berbentuk cangkuk diguna untuk membunuh Sosilawati sebelum dibakar.

Mengapa Tiada Tindakan Terhadap 4 Laporan Awal

Posted: 13 Sep 2010 06:53 AM PDT

Kes Sosilawati: Mangsa mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai?

Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

"Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?" kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider hari ini.

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu.

"Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

"Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini... apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu," kata beliau.

Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas.


"Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu," kata beliau lagi.

Dua orang peguam adik-beradik termasuk seorang yang bergelar "Datuk" yang dipercayai menjadi "dalang" kejadian pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain yang dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu.

Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan.

Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting.

Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang.

Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya.

Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu.

Semalam polis mengesahkan pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi selepas dilaporan hilang sejak awal bulan ini.

Sosilawati kali terakhir dilihat berada di Banting pada 2 September lalu ketika membeli kerepek.

Dalam kenyataannya, Mahfuz menambah, penahanan suspek utama ini juga ada kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang berkata, polis tidak harus dikenakan tekanan dalam menjalankan tugas dan operasi mereka.

"Apakah ini menandakan apa yang diperkatakan oleh Musa adalah betul, di mana polis menerima tekanan daripada pihak atasan," katanya.

Musa memberikan kenyataan itu beberapa hari sebelum bersara semalam.

Mayat Mangsa Di Bakar Dengan Tahi Lembu

Posted: 13 Sep 2010 04:58 AM PDT

Jika kaedah tradisional ini yang digunapakai oleh pembunuh kejam keatas mangsa bunuh, memang diketahui efektif untuk tujuan membakar mayat. Kaedah yang leluasa popular digunakan di India sejak dahulu kala itu, dimana mayat atau tubuh manusia akan disiapkan bersama najis-najis lembu yang dikeringkan sebelum dibakar.

Malah tempoh untuk pembakaran mayat juga dapat dipendekkan. Bau mayat terbakar dapat dielakkan dari tercemar ke udara lebih ketara akan dapat dikurangkan apabila bau najis kering lembu yang dibakar sama mampu untuk melindungi bau bakaran mayat yg dibakar.

Petang tadi penulis kebetulan ke kedai gunting rambut popular di pinggir pasar bandar PB, dan beliau(seorang berbangsa india, beragama hindu) telah mengesahkan bahawa kaedah itu memang mempercepatkan tempoh dan proses bakar mayat.

Jika kaedah itu yg digunapakai oleh pembunuh untuk menghapus bukti, memang sangat kejam. Selalunya bara 'arang' yang membentuk abu itu akan disejukkan semalaman, dan arang dan abunya akan dihimpunkan pada esok paginya apabila telah sejuk untuk upacara seterusnya mengikut adat agama Hindu. Selalu abu mayat akan dibuang ke laut.


Takziah buat seluruh keluarga mangsa bunuh. Al-Fatihah untuk roh-roh yang dibunuh kejam. Selanjutnya baca di halaman berita The Star hari ini. Tampalan berita disertakan.


albanjari

Pembunuhan Sosilawati : Adakah 4 org ini sahaja yg akan di dakwa seperti mana kes Altantuya..??

Posted: 13 Sep 2010 03:34 AM PDT

Adakah 4 org ini sahaja yg akan di dakwa seperti mana kes Altantuya...dimana org yg memberi arahan untuk membunuh tidak bersalah dan bebas diluar sana tetapi org yg membunuh sahaja akan didakwa...kita tunggu dan lihat..kerana ALLAH itu maha besar.. dia akan merungkai sendiri segala kekusutan yg cuba dikusutkan oleh manusia.....



BANTING - Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.

"Kesemua lelaki terbabit mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudian dibakar.

"Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke sebatang sungai berhampiran sebuah ladang ternakan di situ," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dekat sini semalam.

AnakKedah007

Penyewa terkejut ‘tuan rumah’ suspek kes bunuh Sosilawati, dakwa ‘baik orangnya’

Posted: 13 Sep 2010 03:19 AM PDT

Penyewa rumah peguam berpangkat Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan "tuan rumahnya" itu selepas gambarnya disiarkan media hari ini.

Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa.

"Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini libatkan seorang peguam berpangkat Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...

"Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat," katanya.

Ketika ditemui di rumah sewanya, iaitu bersebelahan rumah peguam berusia 41 tahun itu di sebuah taman di sini, beliau berkata peguam itu menginap di rumah semi-D berkembar di situ seorang diri manakala anak-anak dan isterinya tinggal di Puchong untuk menemani salah seorang anak mereka yang bersekolah (sekolah swasta) di sana.


"Masa akak pindah sejak April tahun ini, dia (peguam) ada beritahu anak-anak dan isterinya hanya akan datang serta melawatnya di rumah itu seminggu sekali sahaja," katanya.

Isteri seorang pesara polis itu berkata sepanjang menyewa di rumah itu, dia tidak melihat sebarang kecurigaan di rumah peguam itu mahupun peguam itu sendiri.

"Macam biasa, dia memang rajin bertegur sapa, tak cakap lebih-lebih. Akak tak syak apa-apa. Hanya nampak dia pergi dan balik kerja sahaja," katanya.

Semalam, polis mengesahkan penangkapan peguam berpangkat Datuk, adiknya yang juga seorang peguam dan enam lagi bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. – Bernama

Daulat Tuanku!!

Posted: 13 Sep 2010 03:16 AM PDT

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di Kota Bharu pada jam 12.30 tengah hari ini.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A undang-undang tubuh kerajaan negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini.

"Padanya, sekalian hamba rakyat mengaku taat setia dan kasih mesra dan kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa dipohon taufiq dan hidayah ke atasnya, semoga Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darulnaim dan seluruh jajahan takluknya memerintah di atas takhta Kerajaan Kelantan, dan memandu negeri dan rakyat sekalian merasa aman sentosa, mewah, makmur, kebajikan serta menaungi," katanya.

Nik Abdul Aziz juga berkata majlis pertabalan akan didakan 'tidak lama lagi'.

Katanya, Majlis Perajaan negeri yang bersidang pada jam 9 pagi di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah membuat keputusan bersetuju memilih, melantik dan mengesahkan Tengku Faris menjadi Raja memerintah, menaiki takhta Negeri Kelantan dan Jajahan takluknya bagi menggantikan Tuanku Ismail Petra berkuatkuasa pada hari ini.


Keluarga diraja termasuk Tengku Bendahara Tengku Muhammed Faiz Petra dan dua kekanda sultan - Tengku Rozan Petra dan Tengku Salwani Petra serta ahli dewan undangan negeri dikatakan telah berkumpul di Istana Balai Besar in Kota Bharu seawal jam 11.30 pagi bagi upacara itu.

Menurut sumber, Sultan Ismail Petra Yahya Petra, Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Hamid dan putera ketiga banginda - Tengku Muhammad Fakhry tidak hadir.

Sultan Ismail Petra telah gering lebih setahun dan Tengku Faris menggunakan Artikel 23A, undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan (bahagian kedua) untuk menduduki takhta negeri.

Undang-undang itu menyatakan seorang pengganti hendaklah dipilih dan dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri untuk menjadi Raja, jika mereka berpendapat bahawa Raja yang ada mempunyai apa-apa kecacatan yang besar dan berat yang menyalahi sifat-sifat Raja, yang tidak dibenarkan oleh hukum Syarak untuk menjadi Raja.

Ketika dihubungi, Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad enggan mengulas tetapi berkata butirannya akan didedahkan pada sidang akhbar di istana Kubang Kerian pada jam 2 petang ini.

Beberapa ADUN berkata mereka diarahkan hadir memakai baju Melayu hitam tetapi tidak dimaklumkan sebab untuk berbuat demikian.

"Kami hadir kerana dijemput tetapi tiada butiran yang diberikan," kata timbalan speaker dewang undangan negeri Kelantan, Mohamad Zaki Ibrahim, ketika dihubungi.

Sementara itu Bernama melaporkan tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

Dalam pada itu, semua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja.

Tiada ulasan: