MiLo SuaM |
- Tamak punca Sosilawati dibunuh
- Pembunuh Sosilawati ahli BN rupanya!
- Wajah mastermind pembunuhan Sosilawati
- Paderi Jones memang sewel rupanya!
- Gambar bogel hakim wanita tersebar
- Kronologi misteri kehilangan Sosilawati
- Be End perasan bagus!
| Tamak punca Sosilawati dibunuh Posted: 13 Sep 2010 04:59 PM PDT ![]() KUALA LUMPUR 13 Sept – Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam. Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa. Difahamkan, Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal menyebabkan Sosilawati menuntut supaya wang miliknya berjumlah jutaan ringgit yang sudah diserahkan kepada suspek dipulangkan. Menurut sumber, berikutan desakan oleh jutawan kosmetik itu, suspek akhirnya mengatur pertemuan dengan Sosilawati di pejabatnya di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu kononnya untuk memulangkan wang milik mangsa. Namun, bagi memastikan dirinya tidak ditipu, Sosilawati dikatakan membawa bersama pemandu yang juga pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, untuk menemaninya berjumpa dengan suspek. Difahamkan, suspek yang mungkin tidak menyangka Sosilawati membawa ramai pembantu kemudian mengajak kesemua mangsa pergi ke ladang miliknya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting untuk berbincang di situ kerana kononnya pejabat guamannya sudah ditutup. Sebaik sahaja tiba di ladang yang terlindung itu, semua mangsa telah ditahan sebelum dibunuh oleh suspek bersama beberapa konco-konconya yang kini turut ditahan oleh polis. Setakat ini, polis sudah pergi ke rumah dan pejabat suspek untuk melakukan siasatan terhadap dokumen yang dimilikinya termasuk beberapa buku cek yang ditemui di pejabat guamannya. — Utusan Malaysia CiLiK©: Hmm tamak betul, dah kaya nak kaya lagi.... |
| Pembunuh Sosilawati ahli BN rupanya! Posted: 13 Sep 2010 03:06 PM PDT ![]() Sebenarnya isu pembunuhan datuk Sosilawati tidak seharusnya dipolitikkan dengan mengaitkan beliau dengan mana-mana parti, namun ReJaM© rasa terpanggil untuk memperbetulkan kekeliruan memandangkan Cybertrooper UMNGOK seperti Papagomo dan geng-geng bongoknya mengatakan bahawa pembunuh ini adalah ahli Pakatan Rakyat. Namun di sini terdapat bukti yang jelas lagi kukuh bahawa pembunuh ini mahu menyertai parti komponen BN iaitu MIC sekaligus menjadi ahli BN bagi menambah koleksi individu busuk yang sedia ada di dalam parti tersebut. Berikut screenshot laporan akhbar online yang menjelaskan bahawa si pembunuh ini berhasrat mahu menyertai BN. Sila klik gambar berikut untuk paparan yang lebih jelas. ReJaM©: Agaknya ada lagi tak pembunuh lain yang dah terlepas pandang masuk BN? |
| Wajah mastermind pembunuhan Sosilawati Posted: 13 Sep 2010 02:21 PM PDT ![]() Gambar di atas merupakan wajah salah seorang suspek yang telah mengaku memukul Sosilawati sehingga mati serta membakar mayatnya bersama tiga lagi individu yang dipercayai menjadi mangsa. Namanya SURENDREN A/L NALLIANNEN memegang kad pengenalan bernombor 720801-10-5773 Di bawah ini pula wajah perancang utama pembunuhan kejam tersebut iaitu individu yang dikatakan seorang peguam bergelar "datuk" seorang berbangsa India bernama DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN pemegang kad pengenalan bernombor 690211-10-5525. Sila klik gambar berikut untuk paparan wajah pembunuh yang lebih besar! ![]() ReJaM©: Semua tengok betul-betul, hafalkan no IC malaun ni, jangan sampai orang lain pulak yang kena hukum gantung. Ini bukan kali pertama dia main bakar-bakar orang. |
| Paderi Jones memang sewel rupanya! Posted: 13 Sep 2010 08:16 AM PDT ![]() Padanlah si Paderi Jones ni merepek yang bukan-bukan sampai nak bakar Al-Quran. Rupanya dia ni memang dah sewel! Nasib baik tak ada orang ikut, kalau tak semua jadi sewel kah kah kah BERLIN - Anak perempuan kepada paderi kontroversi Amerika Syarikat (AS), Terry Jones yang menyatakan hasrat untuk mengadakan hari membakar Al-Quran sempena peristiwa memperingati 11 september iaitu Emma mendakwa bapanya itu sudah hilang siuman selepas disingkirkan oleh kumpulan gerejanya sendiri di Jerman. Emma mendakwa pernah beberapa kali mengirim e-mel kepada bapanya bagi menggesa dibatalkan rancangan pembakaran kitab suci al-Quran semalam sebagai memperingati peristiwa 11 September 2001, namun ia tidak dipedulikan. sumber: Kosmo online ReJaM©: Yang dah sewel tu biarlah sewel, yang waras jangan pulak nak jadi sewel |
| Gambar bogel hakim wanita tersebar Posted: 13 Sep 2010 07:02 AM PDT ![]() WINNIPEG, Kanada - Seorang hakim kanan wanita di Manitoba, Lori Douglas (gambar) akan dikenakan pendakwaan selepas gambarnya dalam keadaan bogel selain aksi seks lain disiar di Internet oleh suaminya tiga tahun sebelum dia dilantik menjadi hakim, lapor sebuah akhbar semalam. Stesen televisyen CBS melaporkan bahawa seorang pakar komputer, Alexander Chapman, telah membuat aduan terhadap Lori manakala satu lagi aduan melibatkan suaminya, Jack King. Dalam aduannya, Chapman mendakwa bahawa pada 2003, Jack yang ketika itu bertugas sebagai seorang peguam perceraian menunjukkan gambar-gambar isterinya melakukan seks oral dan beberapa adegan seks lain. Laporan CBS menyatakan, peguam King, Bill Gange memberitahu bahawa anak guamnya menghidap penyakit kemurungan pada ketika itu dan Lori pula tidak menyedari bahawa suaminya cuba memujuk seseorang untuk mengadakan hubungan seks dengannya. Menurutnya, wanita itu juga tidak tahu bahawa suaminya memuat naik gambar-gambar itu ke dalam sebuah laman lucah seks berbilang bangsa. Wanita itu dilantik sebagai hakim pada 2005. Apabila ditanya pemberita CBC adakah dia memaklumkan insiden tersebut dalam permohonannya sebagai hakim, Lori menjawab, dia tidak berbuat demikian kerana menganggap perkara itu sebagai isu peribadi. CiLiK©: Dunia-dunia... macam-macam hal.... sumber: Kosmo online |
| Kronologi misteri kehilangan Sosilawati Posted: 13 Sep 2010 05:36 AM PDT ![]() Berikut catatan kronologi Misteri kehilangan Sosilawati 30 Ogos - Pemilik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd Datuk Sosilawati Lawiya dilaporkan hilang bersama tiga lelaki iaitu pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, semasa berada di Banting Selangor untuk urusan pembelian tanah. 2 September - Keluarga Sosilawati dan Noorhisham masing-masing membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi. 5 September - Polis mengklasifikasikan kes sebagai kes orang hilang kerana keluarganya tidak menerima sebarang panggilan dari mana-mana pihak bagi menuntut wang tebusan. - Polis memanggil tiga individu berikut untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes ini, mereka adalah anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa lain. - Salah seorang anak jutawan itu ada menerima SMS daripada ibu mereka, namun sukar difahami. Hasil dari maklumat itu, Polis menyerbu sebuah rumah di jalan Duta, namun gagal menemui mangsa. 6 September - Polis meneliti kesemua panggilan telefon Sosilawati dan juga tiga mangsa lain bersamanya. - Kereta milik Sosilawati ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1, manakala kereta milik peguamnya ditemui di sebuah kawasan perumahan di hadapanDorsett Hotel Subang Jaya. - Polis Kuala Lumpur mengambil keterangan suami Sosilawati di Ibu pejabat Polis daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 3 petang. 7 September - Polis yakin akan menemui keempat-empat mereka berdsarkan maklumat yang telah diperolehi. Tiada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan pada kereta jutawan kosmetik itu yang ditemui semalam. -Polis juga mencari peguam yang dipercayai ingin berjumpa Sosilawati berhubung dengan urusan kontrak penjualan hartanah. - Akhbar melaporkan Sosilawati dilihat kali terakhir sedang membeli kerepek di Kg Sg Lang, Banting bersama seorang lelaki untuk diberikan kepada kakitangannya pada 2 September lalu. 9 September - Sumber yang rapat dengan Sosilawati mengatakan seorang peguam dipercayai merupakan individu yang dikehendaki dalam kes kehilangan mereka. 10 Sept - Polis membuat tangkapan terhadap 5 individu dipercayai terlibat dalam kejadian itu. 11 Sept - Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya ditahan. -11.30pm:Berita penemuan mayat dipercayai milik Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib, Selangor tersebar. 12 Sept - 12.30am: Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat. -3.00am: Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat. -8.00am: Penduduk kampung mula memenuhi laluan masuk Ladang Gadong. -9.10am: Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira2 10 minit kemudian. -12.10pm: Sepasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki kaasan lokasi penemuan mayat. -2.00pm: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan Sosilawati bersama 3 lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Polis juga turut menahan seoarang lagi individu. - Kesemua suspek yang di tahan berusia antara 19-41 tahun membabitkan 8 orang termasuk 2 wanita. Sumber dipetik dari Sinar Harian |
| Posted: 13 Sep 2010 04:36 AM PDT ![]() Setelah sekian hampir kita kepada pilihanraya seterusnya, adakah manifesto Be End pada pilihanraya yang lalu telah berjaya dilaksanakan? Atau sekadar janji kosong? mari kita nilai Ekonomi - Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu (GAGAL! - kenaikan terbaru 5 harga barang asas telah menyebabkan rakyat semakin tersepit. harga barang semakin meningkat. kos-kos pengangkutan juga meningkat.) - Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun (Masih dalam proses) - Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun (Masih dalam proses) - Mengurangkan lagi defisit fiskal negara (GAGAL! - defisit fiskal negara sekarang ialah 7.4% - satu unjuran yang sangat teruk) - Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi (GAGAL! - Pelan pembangunan 5 koridor ini adalah satu pembaziran bilion ringgit. Akhirnya Najib membatalkan pelan ini, dan menukarkanya dengan Model Ekonomi Baru - MEB) Keselamatan - Mengurangkan indeks jenayah negara (GAGAL! - jenayah semakin meningkat - kes buang bayi, kes bunuh, kes tembak, kes jenayah ragut, kes sumbang mahram, kes khalwat, kes zina remaja dan lain-lain) - Menangani isu pendatang asing tanpa izin (GAGAL! - masalah PATI tidak pernah selesai. Method yang sedia ada perlu ditukar kerana terbukti gagal) - Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai (Masih dalam proses) - Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam (GAGAL! - masalah buli, pukul pelajar masih berlaku di sekolah, masih berlaku penculikan kanak-kanak di taman-taman, masih berlaku pembunuhan dan rompakan di tempat awam) Urus tadbir kerajaan - Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih ( GAGAL! - ini terbukti menipu. Rasuah dalam UMNO tidak pernah berkurang dan masih lagi berleluasa) - Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) (GAGAL! - ini pun bohong. Penguatkuasaan BPR @ SPRM hanya terpilih sahaja. Bahkan, tiada pemantaun yang terperinci dibuat) - Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa (GAGAL! - walaupun ia pernah dibentangkan di Parlimen pada tahun 2007, namun ia masih tidak dilaksanakan sehingga ke hari ini) Pendidikan - Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan, ( BERJAYA! - pusat-pusat latihan KPLI dan DPLI bertambah) - Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil (GAGAL! - pelan penambahan subjek Mandarin dan Tamil masih lagi tidak dilaksanakan sepenuhnya) - Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK) (BERJAYA! - buktinya, Najib beri RM10 juta untuk 60 sekolah jenis kebangsaan, RM5 juta untuk lima sekolah menengah persendirian Cina, RM2 juta untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart dan RM1 juta untuk Sekolah Kebangsaan St.Mary) - Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum (GAGAL! - Peruntukan biasiswa masih kekal tanpa sebarang perubahan dan peningkatan) Pembangunan - Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010 ( GAGAL! - kadar kemiskinan hanya menurun sebanyak 1.7% sahaja menjelang 2010) - Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli (BERJAYA! - Projek-projek perumahan rakyat telah dipertingkatkan) - Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu (GAGAL! - Akses ini hanya wujud di bandar dan perkampungan yang dekat di bandar. Namun, untuk mereka yang berada di luar bandar, perkhidmatan kesihatan masih lagi jauh ketinggalan walaupun sudah sekian lama) - Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas (GAGAL! - Pengangkutan Awam terutamanya LRT dan KOMUTER TIDAK MEMUASKAN!) - Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar (BERJAYA! - proses pemasangan jalur lebar makin giat dilakukan oleh pihak TM) - Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru (GAGAL! - Pelan ini tidak pernah dilaksanakan sehingga ke hari ini) - Pendekatan "Kelantan Baru, Kelantan Maju" bagi penduduk negeri itu (GAGAL! - BN kalah di Kelantan) Perkhidmatan awam - Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan ( BERJAYA! - sebenarnya boleh dikatakan agak berjaya. MY-EG bermula dengan perlahan, dan penggunaan adalah efektif pada hari ini) - Cepatkan pengeluaran lesen dan permit (BERJAYA! - cuma bila pihak pembangkang apply permit, susah dapat sket..) - Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam (GAGAL! - 80% jabatan awam mengambil masa kurang 3 bulan untuk bertindak) Agama - Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari ( GAGAL! - Orang Islam dan bukan Islam makin tak faham Islam kerana UMNO banyak keluarkan fatwa baru yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam sebenar) - Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah (BERJAYA! - Program J-QAF memang sudah dipertingkat dan diperbanyakkan) - Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama (GAGAL! - UMNO tidak pernah mengadakan sebarang dialog isu-isu antara agama. contohnya isu Nama Allah. tiada sebarang usaha UMNO untuk berdialog, memberi fahaman kepada rakyat. rakyat kekal jahil dengan fahaman yang salah) CiLiK©: Cuba tengok analisis di atas, banyak warna biru atau warna merah? Korang kena temberang je dengan pemimpin Be End, cakap je lebih janji tinggal janji dah tu puji diri sendiri konon Be End sahajalah yang pandai memerintah... hak ptuih!! |
| You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan