Jumaat, 24 September 2010

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Google Beri AMARAN INTIPAN kepada Pengguna Gmail

Posted: 23 Sep 2010 10:15 PM PDT


Selepas huru-hara dengan paparan amaran "Reported Attack Page" daripada Google, kini timbul pula paparan amaran "Warning; We believe your account was recently accessed from China....". Tanda amaran ini dipaparkan dalam sesetengah peti masuk pengguna Gmail yang dipercayai diceroboh oleh penggodam dari China. Amaran ini turut memaparkan alamat IP yang digunakan untuk menceroboh akaun pengguna e-mel tersebut. Pengguna yang terlibat diminta menukarkan kata laluan untuk memasuki e-mel mereka.

Perkembangan terbaru ini sudah tentu memburukkan lagi hubungan antara Google dengan China. Google sebelum ini menuduh China mengatur serangan godam terhadap pelayarnya dan mengancam untuk meninggalkan negara itu.

Sumber berita ini di sini.


Lepas baca, kliklah sekali:

Tupai Tua & Tupai Junior Lahanat TEBUK Darah Daging Sendiri

Posted: 23 Sep 2010 06:34 PM PDT

Saya petik:

[HM] ROMPIN: Dua beranak ini layak digelar iblis bertopeng manusia apabila tergamak menjadikan lima ahli keluarga mereka sebagai pemuas nafsu sejak setahun lalu dalam kejadian di sebuah kampung di Pulau Tioman, dekat sini.

Kejadian pertama membabitkan anak perempuan sulung berusia 15 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, yang dicabul kehormatan oleh bapanya berusia lingkungan 30-an pada 2008.
Tidak cukup dengan perbuatan terkutuk itu, bapa durjana terbabit menjadikan anak keempatnya yang masih bersekolah di tingkatan satu berusia 13 tahun sebagai tempat memuaskan nafsu pada tahun lalu.

Perbuatan keji itu berlarutan apabila bapa bernafsukan haiwan terbabit merogol anak ketiganya, seorang pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun sebelum mangsa seterusnya adalah anak kelima berusia 10 tahun.

Lebih mengejutkan lagi, abang mangsa berusia 17 tahun turut bersengkongkol dengan bapanya apabila merogol dan mencabul adiknya berusia sembilan tahun.

Difahamkan, semua kejadian terbabit berlaku di rumah mereka ketika isteri lelaki durjana itu tiada di rumah. Kejadian rogol itu juga dikatakan turut dilakukan di sebuah chalet di pulau berkenaan.

Kejadian terbabit terbongkar selepas anak perempuan mangsa berusia 15 tahun membuat laporan di Balai Polis Tioman pada jam 12 tengah hari, Selasa lalu, selepas tidak tahan dengan sikap bapa yang sering bergaduh dengan ibunya.

Selepas mangsa mendedahkan semua kejadian terbabit, polis mendapati lelaki itu bersama anaknya menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Johari Jahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua kejadian terbabit dikatakan berlaku sejak 2008 hingga 2009, malah seorang daripada lima beradik berkenaan turut mendakwa dirogol sebanyak dua kali oleh bapanya.

Katanya, polis masih meneruskan siasatan serta akan mengambil keterangan lanjut daripada mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan 376 Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan dan rogol," katanya.

Difahamkan, polis juga sedang mengesan kedua-dua anak beranak itu bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Shahrul Nizam Mohamad

Tiada ulasan: