WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- KELANTAN - LAUNGAN AZAN MENYAMBUT MALAM KEMERDEKAAN, PEGAWAI TENTERA IMAM SOLAT
- PENGERUSI EKSEKUTIF SYABAS `CEKIK DARAH' RAKYAT SELANGOR
- KHALID DEDAHKAN PENGARAH JAIS `EJEN UMNO'
- JAWAPAN BUAT KHIR TOYO - SELANGOR TIDAK MAHU LAGI TERJAJAH
- LIM GUAN ENG JADI MANGSA FITNAH PUAK BANGSAT
- TARIK SUBSIDI ORANG SUSAH TAPI BERI DUIT RAYA KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA?
- PEMILIHAN KETUA AMK - TOLAK CALON YANG INGIN BERPUAK DAN WUJUDKAN REGU
| KELANTAN - LAUNGAN AZAN MENYAMBUT MALAM KEMERDEKAAN, PEGAWAI TENTERA IMAM SOLAT Posted: 01 Sep 2010 11:00 PM PDT KOTA BHARU, 1 Sept - Tanpa menghirau Ramadan sambutan ambang kemerdekaan di tempat lain dipenuhi persembahan aneka muzikal dan letupan bunyi api, sebaliknya di Kelantan disendat dengan program keagamaan. Bermula dengan program khatam al-Quran seramai 3,500 peserta diadakan selepas solat Asar di Qaryah Ramadan, Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV. Kemudian majlis berbuka puasa perdana diadakan di bahagian dalam stadium yang diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ribuan hadir pada program tersebut termasuk Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias. Selain itu Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, anggota keselamatan dan pegawai kerajaan. Kelainan juga dapat disaksikan apabila solat Isyak dan hajat diimamkan pegawai tentera, Mejar Mohd Shukor Said dari 8 Briged Kem Pengkalan Chepa. Situasi itu jarang berlaku sebelum ini apabila seorang pegawai tentera lengkap dengan pakaian seragam dengan pangkat tersemat di bahu menjadi imam solat. Kemudian di tempat yang sama diadakan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Ahmad Rejab Yassin dari Mesir. Suara nyaring bacaan ayat-ayat suci al Quran kedengaran di segenap penjuru stadium. Suasana malam yang nyaman membolehkan orang ramai solat tarawih dengan selesa biar pun beralaskan rumput di padang stadium. Sekali sekala angin bertiup agak deras sehingga mengangkatkan tikar tempat solat. Situasi dalam stadium yang dipenuhi budak-budak berjubah di kalangan pelajar-pelajar sekolah tahfiz. Ramai juga lengkap dengan baju Melayu. Manakala anggota tentera yang berpakaian seragam mengenakan kopiah turut menunaikan solat. Program diteruskan dengan forum kemerdekaan yang bertajuk Ramadan ke Menghayati Kemerdekaan Sejati membariskan ahli panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas pensyarah USIM, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan bekas Adun Kuala Besut, Nik Zawawi Nik Salleh. Manakala Kamal Ashaari bertindak sebagai moderator. Berakhir acara forum diadakan pula acara deklamasi sajak oleh pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Sulaimiah, Mohd Nor Aiman Azmi, 13. Beliau pernah mewakili negara mendeklamasi sajak di Bangkok ketika berusia 9 tahun dalam pesta puisi Asean. Kemudian diadakan pula pementasan pentomen oleh kumpulan dari Majlis Kebudayaan Kelantan yang bertajuk Suatu Ketika Dahulu Adalah Hari Ini. Pentomen hampir sejam itu diarahkan Zed Zaidin, mengisahkan negara ketika di bawah penjajah sehingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas itu tujuh anggota tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja membawa Jalur Gemilang dan diserah kepada Menteri Besar di pentas utama. Kelainan sekali lagi dapat disaksikan apabila tepat detik 12 malam, laungan azan dikemundangkan. Tiada letupan bunyi api seperti disaksikan di tempat-tempat lain. Kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku di mana semua yang hadir berdiri. Dan pada pagi semalam tidak diadakan perbarisan memandangkan umat Islam sedang berpuasa, biar pun program itu diadakan di negeri-negeri lain.-HARAKAH DAILY | |||
| PENGERUSI EKSEKUTIF SYABAS `CEKIK DARAH' RAKYAT SELANGOR Posted: 01 Sep 2010 09:00 PM PDT
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar supaya presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya akan datang. Cabaran itu disuarakannya hari ini, berikutan tindakan Rozali mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri sultan Selangor. Turut hadir pada majlis itu ialah menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan juga ahli parlimen PAS Dr Dzulkefly Ahmad. Khalid berkata, Rozali bertindak secara tidak berbudi bahasa apabila menjemput mereka ke majlis berkenaan, tetapi mengambil peluang berkenaan untuk menyerang Pakatan Rakyat. "Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.Tambahnya, pemimpin Pakatan tidak diberi peluang untuk berucap di majlis berkenaan. "Kita nak tengok berapa ramai orang Melayu yang reda dengan tindakan dia kaut duit orang Melayu untuk kepentingan dia," katanya lagi ketika menyuarakan cabaran itu hari ini. Beliau juga mengesyorkan supaya DPPMS menganjurkan simposium dan latihan kepada usahawan bumiputera bagi mendedahkan golongan itu kepada suasana perniagaan baru yang memerlukan kemahiran dan daya saing. "(Supaya mereka) bukannya bergantung kepada kronisme dan hubungan politik semata-mata," katanya lagi. Sebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.Bagaiamanapun Exco kerajaan Selangor Teresa Kok dalam satu kenyataan yang keras berkata, Rozali tidak puas hati dengan kerajaan negeri, berpunca daripada pertikaian mengenai kadar tarif air. Rozali adalah pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, SYABAS, yang menyaman kerajaan Selangor yang enggan menaikkan kadar tarif air. Teresa berkata, beliau percaya Rozali membuat kenyataan tidak berasas kerana dendam peribadinya terhadap Khalid dan kerajaan Pakatan Rakyat kerana cuba membeli SYABAS yang menjadi penjana sumber kewangannya. Pada 12 Julai lalu, Khalid menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memperkecilkan kecekapan beliau mentadbir sumber air di negeri itu yang didakwanya hanyalah untuk melindungi kepentingan Rozali. "Ini dibangkitkan oleh timbalan perdana menteri bertujuan melindungi ketua eksekutif puncak niaga kerana beliau juga bendahari (Umno) Selangor dan juga Hulu Selangor. "Jadi lebih baik jaga hati kroni daripada beri peluang kepada Selangor dapat air lebih murah dan lebih cekap diuruskan," katanya. Tambah Khalid, walaupun beliau "tidak berapa cekap" dalam menguruskan sumber itu di Selangor, tarif bagi penggunaan air lebih murah daripada yang dibayar oleh penduduk Johor. "Johor yang pernah diperintah oleh timbalan perdana menteri juga pernah kenakan kenaikan harga air," perlinya./Malaysiakini | |||
| KHALID DEDAHKAN PENGARAH JAIS `EJEN UMNO' Posted: 01 Sep 2010 06:00 PM PDT
Sep 1, 10 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohamad Khusrin Munawi didakwa "bersikap talam dua muka" apabila cuba menggunakan sebuah masjid di Petaling Jaya untuk satu program politik. Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.Katanya lagi, nazir Masjid Nurul Ehsan itu bagaimanapun enggan meluluskan penganjuran majlis berbuka puasa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu. Salah-guna kuasa Permohonan untuk menganjurkan majlis itu, dijadualkan pada 17 Ogos lalu, dihantar oleh setiausaha kerja badan perhubungan Umno negeri. Salinan surat berkenaan diedarkan kepada para wartawan.Tambahnya, tindakan itu dengan jelas bercanggah dengan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid bagi tujuan politik. Katanya lagi, Khusrin (kiri) juga didakwa telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan nazir masjid berkenaan untuk menjayakan program berkenaan. "(Ini menunjukkan) Datuk Khusrin adalah ejen Umno yang salahgunakan jawatan dia untuk kepentingan Umno. "Bila kita buat begitu (guna masjid untuk politik) macam-macam dia kata. Bila dia buat, dia (sanggup) merayu kepada nazir masjid," katanya. Mengulas lanjut, Khalid turut menyelar alasan yang diberikan Khusrin sebelum ini dalam menjelaskan halangan kepada orang bukan Islam memasuki surau dan masjid. Mandi hadas Jelasnya, alasan bahawa orang bukan Islam berada dalam keadaan hadas besar adalah "tidak masuk akal." Katanya, hanya orang Islam yang diwajibkan mandi hadas.
Khalid turut menyelar pandangan yang ditimbulkan bahawa orang Islam tidak akan suka sekiranya orang bukan Islam memasuki rumah ibadat berkenaan. Bina jambatan "Kelangsungan Umno atas dasar perbezaan dan perbalahan (supaya) ada buruk sangka, takut dan tak yakin, supaya orang sokong mereka. "(Mereka) sengaja nak timbulkan tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra," tambahnya.Katanya lagi, pandangan itu berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat yang ingin "membina jambatan" dengan antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Tambahnya, pendekatan ini bertujuan menghilangkan kesangsian antara kaum dan agama seperti yang boleh dilihat melalui kunjungannya ke sebuah gereja sebelum ini./Malaysiakini | |||
| JAWAPAN BUAT KHIR TOYO - SELANGOR TIDAK MAHU LAGI TERJAJAH Posted: 01 Sep 2010 01:01 PM PDT Umat Islam Selangor tidak mahu kembali terjajah Roslan SMS Bicara tentang Merdeka, bekas MB Selangor yang juga Ketua Pembangkang Khir Toyo melontarkan persoalan serba kaya dengan sindirian di dalam blognya: Merdekakah umat Islam di Selangor? Hujahnya, kerana PAS Selangor benar YB Teo Nie Ching (ahli parlimen Serdang) masuk ke Surau al Huda Serdang, benar wakil rakyat bukan Islam berceramah (tazkirah), benar DAP beri duit pada orang Islam dalam surau, maka kesimpulannya umat Islam di Selangor tidak merdeka! Khir sebelum saya ulas, sudah 2 tahun 5 bulan hilang kuasa. 2 tahun 5 bulan dahulu beliaulah pemimpin tertinggi di negeri Selangor ini, beliulah yang meneraju, menetap apa yang baik dan buruk untuk negeri pimpinannya, tiba-tiba disentap takhta darinya sehingga jatuh tersungkur ia tanpa disangka. Mahu rampas kembali takhta tadi, ianya milik rakyat, rakyat yang tetapkan siapa turun darinya dan siapa yang naik duduk. Lalu terkulat-kulatlah Khir antara percaya tak percaya. 2 tahun 5 bulan sudah berlalu, ia masih begitu. PAS Selangor sudah 2 tahun 5 bulan membentuk kerajaan baru Selangor bersama rakan-rakan dari PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat setelah kerajaan BN yang akhir dipimpin Khir ditolak rakyat. Sebagai parti Islam, jelas dasar dan matlamat PAS. Kerja-kerja amar makruf nahi mungkar menjadi keutamaan PAS. Lebih 50 tahun Selangor di bawah BN yang diteraju Umno, tak tahulah samada Islam Merdeka, yang pastinya pada kaca mata ramai, Islam tidak Merdeka tetapi dijajah buat kepentingan Umno. Masjid dan surau semasa BN dahulu dijajah oleh Umno. Hak ahli-ahli kariah untuk memilih kepimpinan masjid dan surau dibekukan kerana kononnya takut PAS menguasainya. Lalu ditunjuklah siapa yang jadi Nazir dan AJK dan senarai kepimpinan masjid ini perlu disahkan oleh Ketua Umno bahagian, mungkin kerana sudah hilang kuasa Khir lupa bab ini. JAIS di bawah Khir dan MB sebelumnya telah mengeluarkan suatu senarai hitam. Iaitu senarai penceramah dan pendakwah yang diharamkan dari berceramah dan memberi kuliah di masjid dan surau-surau seluruh Selangor, suatu keputusan yang terang-terang dipengaruhi nafsu politik. Almarhum Dato Ishak Baharum (bekas Mufti Selangor) turut digam oleh Khir dan rakan-rakannya, Merdekakah umat Islam Selangor? Begitu juga Dato Dr Harun Din (yang kerajaan PR Selangor anugerahkan sebagai Tokoh Dakwah Selangor), Dato Ismail Kamus (anak Selangor yang terkenal dirantau sebelah sini, termasuk memberi kuliah di dalam Istana Sultan Brunei) dan ramai lagi. Siapa yang menjajah umat Islam Selangor ketika itu? Khir mungkin lupa, masjid dan surau ketika zaman beliau dan MB sebelumnya dengan bebas digunakan buat kepentingan orang Umno. Ketika musim pemilihan Umno, solat hajat, bacaan Yasin diadakan dalam masjid dan surau buat pemimpin-pemimpin Umno./Baca seterusnya di Harakahdaily | |||
| LIM GUAN ENG JADI MANGSA FITNAH PUAK BANGSAT Posted: 01 Sep 2010 12:09 PM PDT BETAPA hodohnya perbuatan mereka yang tidak pernah insaf dari melakukan kerja fitnah. Jika di bulan yang mulia ini pun mereka sanggup melakukan kerja fitnah sebodoh itu, maka tidak hairanlah jika kerja ini akan berterusan dilakukannya. Setelah habis modal dengan isu mendoakan Lim Guan Eng di dalam Khutbah, isu pemimpin DAP memasuki surau, akhirnya satu lagi kerja bodoh telah mereka lakukan. Kali ini dengan menyiarkan gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu korban. Baca di sini. Tujuan fitnah ini tidak lain tidak bukan untuk menggambarkan betapa PAS kununnya terpaksa menggadaikan Islam kepada DAP. Siapa punya kerja ini? Siapa lagi kalau bukan tali barut puak-puak yang tidak pernah aman hidup di dunia ini tanpa melakukan fitnah. Mereka itu adalah puak yang bersekutu dengan Apco Yahudi laknatullah. Apakah rakyat boleh terpedaya dengan fitnah bodoh mereka? Jika ada yang percaya pun mereka adalah terdiri dari orang yang bodoh juga kalau pun tidak gila. Apa makna semuanya ini? Maknanya Umno semakin tertekan, Umno semakin bacul dan Umno semakin menghampiri liang lahad. Justeru itu, berpakatlah keluar dari Umno yang sudah kehabisan idea itu. Marilah kita bersama bersatu menentang Umno kerana dengan adanya Umno, maka sukar fitnah ini untuk dihentikan./mandor.blogspot.com | |||
| TARIK SUBSIDI ORANG SUSAH TAPI BERI DUIT RAYA KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN SAHAJA? Posted: 01 Sep 2010 11:22 AM PDT
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam. Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta. Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya. Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat."Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat. "Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih. "Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit. Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan. "Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi./Malaysiakini | |||
| PEMILIHAN KETUA AMK - TOLAK CALON YANG INGIN BERPUAK DAN WUJUDKAN REGU Posted: 01 Sep 2010 12:02 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS PEMILIHAN Ketua AMK nampaknya semakin menarik dan mulai panas. Dikatakan terdapat beberapa calon akan bertanding merebut jawatan Ketua AMK yang mungkin akan dipertahankan oleh Sdr Shamsul Iskandar. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri jika ingin bertanding merebut jawatan sayap penting kepada PKR itu, dan sehingga kini difahamkan hanya Sdr Rafizi Ramli seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengesahkan akan bertanding. Calon lain yang dikatakan akan bertanding tetapi belum mengumumkannya adalah Chegu Bard (Badrul Hisham) iaitu seorang lagi MPP PKR. Mungkin ramai yang mengenali Chegu Bard jika dibandingkan dengan Sdr Rafizi kerana tokoh muda dari Rembau ini adalah di antara pejuang reformasi yang lantang dan berani. Sdr Rafizi Ramli mungkin agak terkenal di kalangan elit pimpinan PKR dan tidak hairanlah jika baru-baru ini beliau mengadakan sidang akhbarnya pun di sebuah hotel di PJ. Mengikuti sidang medianya di sini, saya amat hairan mengapa perlu diwujudkan regu semata-mata untuk merebut jawatan di dalam AMK ? Mengapa pemilihan di dalam PKR mahu dicemari dengan budaya haprak Umno itu? Paling menyedihkan, langkah membentuk regu seperti ini turut disokong oleh beberapa pimpinan yang bergelar YB di kalangan pemuda PKR. Apakah mereka ingat dengan status YB dan elit mereka itu regu mereka akan terpilih? Saya secara peribadi amat tidak bersetuju jika diwujudkan tim, regu atau puak di dalam PKR. Cuba belajar dari pengalaman Umno bagaimana parti itu hancur akibat puak dan regu. Saya tidak pasti samada kesemua yang bakal bertanding di dalam AMK itu mempunyai regu masing-masing. Tetapi apa yang saya tahu, Sdr Rafizi adalah orang pertama yang mengumumkan regunya. Adakah langkah beliau ini direstui oleh pucuk pimpinan PKR? Jika ianya direstui, tunggulah saat kehancuran PKR. Itu jaminannya. Apa yang pasti, sokongan hendaklah diberi kepada calon yang tidak mahu berpuak dan berani ke hadapan bersendirian dengan kekuatan sendiri. Itulah Ketua AMK yang kita mahukan./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
"Dia bantai kita, (katanya) orang Islam (sepatutnya) bersaudara tapi ada yang lebih rela bekerjasama dengan orang (bukan Islam)," kata Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini, Rozali kerana mendakwa kerajaan negeri Selangor meminggirkan orang Melayu dalam bidang perniagaan.
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata tindakan itu dikesan melalui satu permohonan yang dihantar kepada nazir masjid berkenaan dia Kampung Medan.
Salinan surat berkenaan diedarkan kepada para wartawan.
"Masalahnya bila ada pengarah JAIS yang ada agenda politik dan tak ada ilmu, memberi alasan memalukan sehingga orang bukan Islam hilang minat untuk berdamping dengan Islam," katanya.
"(Mereka) sengaja nak timbulkan tanggapan bahawa Islam itu tidak mesra," tambahnya.
Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."
Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.
"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan