Khamis, 12 Ogos 2010

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


SAYA HARUS TERUS BERJUANG

Posted: 12 Aug 2010 05:26 PM PDT


lawatan di Permatang Pauh baru-baru ini,7&8 Ogos .Masyarakat Permatanag Pauh memandang Anwar adalah ikon kepada perjuangan menegakkan keadilan dan reformasi negara.WRLR



GAMBAR BAWAH) Dari Blog ASD dan juga facebook YB Sim


Dilahirkan pada 10 Ogos 1947, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang sangat berpengaruh. Bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, beliua merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh didunia oleh majalah Time 2008.

Pada awal pembabitannya dalam politik, beliau adalah 'anak didik' Tun Dr. Mahathir Mohammmad didalam UMNO dan Barisan Nasional. Kemudian beliau tampil sebagai seorang pengkritik paling lantang terhadap kerajaan setelah dipecat daripada UMNO pada 1998.

Pernah dijatuhi hukuman penjara, menjalani tempoh larangan berpolitik, dituduh ejen Yahudi dan dikecam pelbagai pihak namun tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang dalam politik khususnya Pakatan Rakyat. Dalam usia 63 tahun, beliau masih gagah walaupun menghadapi tekanan politik dari segenap sisi.

Pelbagai kecaman dan tuduhan diterima, ditambah pula dengan factor kesihatan, adakah Dato Seri merasakan sedang berhadapan dengan situasi amat sukar sekarang? Bagaimana Dato Seri menghadapinya?

Anwar : Saya menggangap situasi ini sebagai menimba pengalaman. Saya tidak boleh menafikan bahawa soal tekanan ini melelahkan juga kerana saya tidak terfikir pemimpin Melayu UMNO akan melakukan sejauh ini kepada saya

Kalau ditanya adakah sukar bagi saya? Ya Sukar, Apakah saya ada pilihan? Ya, saya tidak menpunyai pilihan, saya tahu risikonya.

Tidak ada manusia yang mahu dimalukan hari-hari. Malah tidak ada manusia yang umurnya sudah melebihi 60 tahun mahu disumbat kepenjara. Saya tidak fikir akan dipukul dan diaibkan setiap hari melalui media malah tidak pernah terkecualipun. Saya tidak menjangka keadaan akan menjadi seperti sekarang.

Tetapi saya bersyukur, tidak semua masyarakat terpengaruh dengan apa yang diberitakan. Ada yang menilai, ada yang menerima dan ada yang menolak.Pengalaman lalu itu sangat berharga bagi saya.

Pada usia 60-an Dato Seri Nampak gagah dan bersemangat dalam politik, apakah Dato Seri tidak dihimpit dengan masaalah kesihatan?

Anwar : Soal kesihatan, Alhamdulillah. Isteri saya doctor dan dia memang menitikberatkan soal kesihatan dan pemakanan saya. Pagi minum air panas dan madu. Memang boring breakfast pasal dia kata madu itu saja yang dia benarkan, madu yang lain tak boleh (sambil ketawa). Cuma bahagian belakang saya yang masih terasa sakit akibat kecederaan dalam tahanan dulu, iaitu agak lenguh, kalau naik tangga saya kena berhati-hati dan lebih selesa berpaut.

Pilihanraya ke13 adalah penentu sejauh mana pengaruh perjuangan Pakatan Rakyat. Adakah Dato Seri meletakkan PRU ini sebagai matlamat misi Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negara?

Anwar : Berdasarkan scenario politik sekarang, saya yakin PR akan memperoleh apa yang disasarkan. Kalau kita tengok situasi yang berlaku, saya Nampak UMNO begitu sukar untuk mempertahankan kerajaan mereka sekarang. Sebab itu bila kita sentuh isu Felda mereka gentar.

Mereka belum menjawabpun isu itu, malah mereka sedang hangat pula memperkatakan tentang kerajaan perpaduan UMNO dan PAS. Usaha itu memperlihatkan seolah-olah UMNO begitu berhempas pulas untuk memecahkan perpaduan antara PAS dan PR.

Kenapa mereka buat begitu adalah kerana UMNO tahu, sukar untuk mereka mempertahankan kerajaan yang mereka ada sekarang dalam pilihanraya umum akan datang.

Walaupun UMNO menafikan tapi kita nampak usaha itu, kerana itu saya yakin perjuangan PR dalam pilihanraya umum akan datang akan membuahkan hasil, Insyaallah..

Kita akan mempertingkatkan program penerangan kepada akar umbi.

Apa pandangan Dato Seri tentang pilihanraya masakini serta tekanan yang dihadapi PR dalam menghadapi PRU13?

Anwar : Nak kata system pilihanraya sekarang tidak menipu, sukar. Kita semua tahu dan maklum isu ini terutamanya pengendalian undi pos dan pengecualian terhadap ratusan ribu rakyat kita diluar Negara yang tidak dibenarkan mengundi. Itu semua menggambarkan ketirisan dalam pilihanraya. Tapi saya yakin, kita masih ada kekuatan. Kita bertawakal dan ambil keputusan secara bijak dan kita laksanakan.

Kalau ikut pertimbangan yang ada, saya tak fikir UMNO boleh menghalang seratus peratus kemaraan PR dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Soal tekanan yang dihadapi, saya akui PR menghadapi tekanan yang lebih keras. Strategi UMNO yang mempergunakan taktik kekangan media dan halangan menjalankan ceramah sedikit menekan usaha kita

Umpamanya seperti apa yang berlaku di Port Dickson baru-baru ini, proses mendapatkan permit ceramah amat sukar. Begitu juga dengan penguasaan media-media di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang media didominasi oleh sebelah pihak.

Apa yang dilakukan terhadap Suara Keadilan contohnya, tapi saya faham masaalah dan tekanan yang dihadapi pihak media juga. Jadi saya serah kepada kebijaksanaan media itu sendiri dan saya percaya dengan kebebasan media.

Apakah Dato Seri melihat kepimpinan Perdana Menteri sekarang mempunyai keterbukaan kepada media?

Anwar : Keadaan telah berubah, kerana untuk beri kekangan kepada media seperti dulu agak susah. Najib lebih cenderung dipandang liberal dan demokratik. Tetapi untuk member kekangan danlarangan kepada media tidak mudah, umpamanya seperti Suara Keadilan.

Saya akui selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi memerintah, ada sedikit ruang kepada kebebasan media, tetapi kepada media arus perdana mereka kekangan itu kelihatan lebih keras dari dulu, masih ada usaha untuk menyekat mereka kelihatan.

Saya boleh agak terutama kepada berita-berita tertentu. Keadaan ini juga memaksa kerajaan UMNO menerima kenyataan baru dan reality politik yang ada sekarang.

Maksud Dato Seri?

Anwar : Saya melihat ada berita dipaparkan Sinar Harian yang dilihat sebagai berani, iaitu menyiarkan kenyataan positif tentang saya, saya kira itu agak bahaya dan fobia bagi kerajaan Persekutuan.

Saya kenal tokoh-tokoh didalam UMNO ini tetapi saya bersyukur walau apa pun yang mereka lakukan ianya tidak terlalu menganggu saya.

Berhadapan dengan UMNO saya perlu bersedia apabila etika dan kebenaran tidak dipedulikan. Tidak perlu gundah gulana, saya kena bersedia menghadapi rasuah media. Saya berdoa moga-moga kalian (Media) dapat menjalankan tugas dengan baik.


Wawancara asal telah disiarkan oleh Sinar Harian Edisi Cetak pada 16 Julai yang lalu.
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Fathil HA Setiausaha Kerja PKR Permatang Pauh yang memberikan kerjasama...

Modal keluar dari Malaysia - di mana?

Posted: 12 Aug 2010 05:24 PM PDT

terjemahan dari blog anillnetto

WP menyapa Kotak icon
X
Hello there! Jika anda baru di sini, anda mungkin ingin melanggan RSS feed untuk update pada topik ini.
0 Diggs digg

Banyak yang telah dikatakan tentang arus keluar modal dari Malaysia. Tapi di mana tepatnya syarikat pelaburan di Malaysia?

10 besar tujuan pelaburan Malaysia tahun 2009 adalah:

  1. Singapura - RM5.8 bilion
  2. Hong Kong - RM4.3b
  3. Mauritius - RM3.4b
  4. Indonesia - RM2.2b
  5. Belanda - RM1.9b
  6. Amerika Syarikat - RM1.9b
  7. Cayman Islands () -! RM1.8b
  8. Thailand - RM1.3b
  9. Inggeris - RM1.0b
  10. Bahamas () -! RM0.9b

Dalam hal sektor, pelaburan berada di:

  • perkhidmatan (46 peratus) iaitu minyak dan gas, perbankan dan perkhidmatan telekomunikasi;
  • minyak dan gas (38 peratus) dan
  • perkilangan (6 peratus) - terutama kegiatan hulu dan hilir dalam sektor minyak sawit

Maklumat ini terkandung dalam jawapan dari Perdagangan Antarabangsa dan Jabatan Perindustrian dalam menjawab pertanyaan lisan dibesarkan di Parlimen oleh ahli parlimen untuk Segambut Lim Lip Eng pada 30 Jun 2010.

(Dikunjungi 442 kali, 442 kali gambar dilihat minggu ini)

Posting berkaitan:

MALAYSIA BUKAN NEGARA YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN ANDA

Posted: 12 Aug 2010 05:11 PM PDT

Gallup survey results published in Forbes.


Sebuah badan survei Gallup global menunjukkan bahawa Malaysia adalah menurun dalam senarai "negara bahagia '.

Responden diminta bagaimana mereka merasakan hari sebelumnya dan harus mengandaikan "apakah mereka merasa baik-berehat, dihormati, bebas dari rasa sakit dan intelektual terlibat".

Denmark adalah 'paling bahagia' negara di dunia, mengikut keputusan kajian Gallup yang diterbitkan oleh majalah Forbes.

Kedudukan di antara negara-negara Asia Tenggara adalah sebagai berikut:

79 - Thailand
81 - Singapura
85 - Indonesia
91 - Burma (dan Bangladesh)
94 - Malaysia dan Filipina
96 - Vietnam
130 - Laos
148 - Kemboja

Apakah yang menjelaskan stres wajah di sekitar kita? Lapan puluh peratus daripada Malaysia diklasifikasikan sebagai 'berjuang'. Yang telah menempatkan kami dalam tempat 19 dalam kaji selidik jika negara kedudukan dalam hal peratusan tertinggi orang yang berjuang.

Forbes mengatakan bahawa Gallup yang telah menyelidik mendapati hubungan antara tahap pendapatan dan kebahagiaan.

Saya pikir link yang sebenarnya adalah antara keadilan sosial dan kebahagiaan.

Banyak negara terobsesi dengan pertumbuhan KDNK sebagai ukuran over-riding kejayaan kebangsaan.

Wikipedia menjelaskan langkah alternatif, "Kebahagiaan Nasional Kasar" (GNH), yang digunakan di Bhutan:

Seperti penunjuk psikologi dan sosial, GNH agak lebih mudah untuk negara daripada untuk mendefinisikan dengan presisi matematik. Meskipun demikian, ia berfungsi sebagai visi persatuan untuk proses perancangan lima tahun Bhutan dan semua dokumen-dokumen perancangan yang telah diturunkan oleh panduan dan rancangan pembangunan ekonomi negara. Usulan dasar di Bhutan harus lulus ulasan GNH berdasarkan kenyataan kesan GNH yang mirip di alam dengan Kenyataan Kesan Persekitaran diperlukan untuk pembangunan di AS



Islam dalam landasan mencapai matlamat duniawi dan akirat menunjukkan bahawa pembangunan yang menguntungkan masyarakat manusia berlaku ketika material dan pembangunan spiritual berlaku berdampingan untuk melengkapi dan mengukuhkan antara satu sama lain.

Empat tiang GNH adalah:

* Mempromosikan pembangunan berterusan,
* Pelestarian dan promosi nilai-nilai budaya,
* Pelestarian alam sekitar, dan
* Pembentukan kerajaan yang baik.

Pada peringkat umum, konsep GNH adalah Transcultural-bangsa tidak perlu Buddha untuk nilai pembangunan yang berterusan, integriti budaya, pemuliharaan ekosistem, dan tata pemerintahan yang baik.

Bukankah sudah saatnya kita mula melihat kekurangan yang jelas dari KDNK sebagai ukuran kejayaan, terutama bila tidak mengira akaun degradasi lingkungan, tingkat stres yang tinggi dan penyakit mental, jenayah meningkat, jurang gender yang lebar, jurang pendapatan, banyaknya rasuah, penyalahgunaan hak asasi manusia dan kurangnya kebebasan sivil dan politik?


Sedikit pandangan penulis mengenai agama di ubahsuai kerana islam mementingkan dunia dan akhirat.

ADA YANG TENGAH MABUK KUASA

Posted: 12 Aug 2010 02:17 AM PDT

Negara Parah : Zina , Rogol & Buang Bayi

Posted: 12 Aug 2010 01:54 AM PDT


Thursday, August 12, 2010


1. Peradaban dan tamadun negara kita kian musnah malah semakin parah dan dahsyat . Penghuninya telah hilang perikemanusiaan . Segalanya bermula dari nafsu yang gagal dikawal serta diasuh dengan akhlak dan moral yang positif .

2. Gejala zina [ seks bebas ] , buang bayi , rogol dan bunuh semakin menjadi - jadi . Seperti sistem pentadbiran dan sosial negara kita tidak berkesan langsung untuk membendung kemungkaran dan jenayah yang semakin berleluasa serta kejam .



3. Ia bukan lagi menjadi masaalah individu tetapi juga masyarakat . Ia bukan lagi menjadi masaalah negara tetapi juga rakyat . Ia bukan lagi masaalah pemerintah tetapi juga pembangkang . Ia masaalah semua . Semua mesti bertanggungjawab .

4. Saya kira negara mesti mengambil langkah drastik . Parlimen mesti segera membincangkan perkara ini secara serius justeru kini ia telah menjadi barah dalam masyarakat . Jangan tangguh atau lengah kerana semakin hari semakin ramai bayi luar nikah dilahirkan , semakin ramai bayi dibunuh kejam , semakin ramai yang berzina , semakin ramai yang bergaul bebas , semakin ramai yang menjadi mangsa rogol dan semakin ramai mangsa dibunuh .

5. Sampai bila perkara ini mahu dibiarkan berlarutan ? seketika dulu , kondom diperkenalkan untuk mengelakkan kehamilan dan aids kononnya , namun nyata ia tidak menyelesaikan masaalah . Kehamilan luar nikah terus berleluasa dan penyakit aids terus merebak dan berkembang . Selesaikah cadangan mahu menubuhkan bank bayi ? selesaikah sekadar mahu menubuhkan sekolah pelajar hamil ? selesaikah sekadar pendidikan seks di sekolah ?

6. Mungkar dan jenayah ini berlaku bukan kerana mereka tidak cukup kondom , bukan kerana tiada tempat mereka mahu melahirkan bayi , bukan kerana tidak tahu di mana mereka harus menyambung pelajaran dan apa yang berlaku juga bukan kerana mereka jahil dan buta tentang seks ! Sebaliknya apa yang berlaku ialah kerana manusia jahil tentang agama . Mereka menjadi hamba nafsu dan mangsa budaya maksiat yang bermaharajalela dalam negara kita mutaakhir ini.



7. Kelab - kelab malam beroperasi sehingga ke awal pagi dengan aktiviti yang sangat jalang , sundal dan tidak bermoral . Tarian lucah , arak dan pil ectasy , pelacuran , pergaulan bebas , penzinaan atau seks bebas menjadi rutin . Aktiviti hiburan mengatasi majlis ilmu dan kegiatan yang berfaedah. Maksiat ini telah menular dari bandar ke kampung , dari desa ke felda , dari pekan dan taman perumahan .

8. Saya menyeru semua pihak khasnya para pemimpin negara , pemimpin masyarakat , ahli - ahli parlimen , ahli - ahli Dewan Undangan Negeri , imam - imam masjid , ahli agama , ahli politik , ngo dan seluruh rakyat sedar dan menginsafi perkara ini agar kita tidak lagi lengah dan hanya beretorik . Hentikan pertelagahan dan percakaran yang tidak menguntungkan sesiapa sebaliknya segera ambil langkah berkesan untuk selamatkan negara . Laksanakan peranan masing - masing . Jangan banyak mulut tetapi banyakkan kerja .

9. Hapuskan segala anasir yang merangsang nafsu gila manusia yang mendorong berlakunya maksiat , mungkar dan jenayah ini . Makmurkan negara dengan aktiviti yang bermoral dan berakhlak serta mendidik minda dan peribadi . Sebagai contoh tindakan drastik yang mesti diambil ialah :

*Hentikanlah rancangan televisyen yang tidak bermoral
*Sekat dan kawal secara serius lambakan video lucah
*Basmi habis - habisan pusat pelacuran dan hiburan yang melampau
*Sekat laman - laman lucah secara serius
*Menguatkuasa undang2 syariah
*Bantu dan banyakkan pusat pengajian Islam
*Aktifkan aktiviti yang mendidik minda dan sebagainya .

Banyak lagi langkah yang perlu diambil.

[ sekadar menyebut beberapa contoh ]

10. Malaysia perlu bertindak segera . Bertindak sekarang ! bukan esok atau lusa ! negara kini menuju ke curam binasa . Kembalilah kepada Islam dan cara hidupnya . Dewan Pemuda PAS sedia memberi khidmat upaya dan tenaga yang dimiliki untuk tujuan menyelamatkan negara dari pengaruh maksiat dan mungkar yang semakin parah ini .

Oleh Nasrudin Hassan

Zaman Gelap Universiti – Dihukum kerana Menuntut Ilmu

Posted: 11 Aug 2010 09:55 PM PDT

Thursday, August 12, 2010



Sebelum ini, artikel saya telah disiarkan melalui beberapa blog dan media alternatif. Lalu saya dedikasikannya buat mereka yang akan hadir perbicaraan dan mengambil perhatian buat kes saya, 'UKM4' di Mahkamah.

Lalu saya terpanggil lagi untuk terus menyiarkan pandangan saya ini atas kesedaran bahawa zaman gelap di universiti itu perlu diakhiri dengan segera. Selesai sertai Pertandingan Pidato anjuran Sekretariat Belia Negeri Selangor di Auditorium MPAJ. Saya bawakan tema 'Pencerahan' idea tokoh falsafah Jerman, Immanuel Kant. Tajuknya 'Pembodohan dan Pencerahan'.

Dalam orasi kali ini saya bawakan pengalaman sepanjang tiga tahun di kampus – dari Julai 2008 hingga hari ini.

Isnin lalu, tanggal 2 haribulan Ogos, saya dan tiga orang teman sekuliah – King Chai, Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes kami, UKM4. Lalu Y.A Hakim memutuskan tarikh 28 haribulan September sebagai tarikh keputusan kes.

Juga saya bawakan situasi dan keadaan zaman gelap kampus universiti di negara kita. Bagi saya ini suatu petanda buruk yang bakal meranapkan masa depan negara.

Ketika saya tahun satu, dengan harapan dan kesungguhan mendaftar ke kampus, apa yang saya cita-citakan adalah ke kampus untuk hadir kuliah, untuk turut aktif berpersatuan, untuk sertai diskusi-diskusi mingguan, dan untuk belajar dikritik dan mengkritik.

Namun, saya tidak pernah puas dan selesa dengan keadaan kampus yang kuliahnya kosong dan retorik, anak mahasiswa yang aktif itu digelar pengganas, kelab mahasiswa yang aktif dibubar, diskusi-diskusi mingguan itu hampir tiada, segala kehidupan mahasiswa itu direncanakan dan pensyarah yang mengajar itu alah sekali bila dikritik.

Bagi saya, inilah zaman gelap universiti.

Dalam orasi itu, saya sebutkan bahawa jawapan kepada kegelapan dan pembodohan itu adalah pencerahan (enlightment).

Pencerahan yang mana asasnya harus membebaskan. Bermula dengan pembebasan akal fikiran – yang mana ditulis oleh Tokoh Pencerahan, Immanuel Kant sebagai perkara yang paling tidak memudaratkan.

Maka pencerahan di kampus itu harus bermula dengan membebaskan pemikiran mahasiswa daripada proses pembodohan. Undang-undang dan peraturan zalim yang membentuk budaya selesa dalam ketidakmatangan – pembodohan itu harus terus dimansuh.

Tarikh 28 September 2010 nanti akan jadi sejarah. Sama ada pertuduhan terhadap saya itu gugur atau akan balik semula untuk dibicarakan di Mahkamah Universiti.

Sebulan yang lalu, saya digantung daripada jawatan Yang Di Pertua kelab Sains Politik. Minggu lepas pula, sudah timbul isu bahawa Kelab Sains Politik UKM yang saya asaskan itu dibubarkan.

Apa yang berlaku adalah seakan suatu bentuk hukuman ke atas saya.

Saya di hukum oleh universiti kerana saya aktif berpersatuan dan memegang jawatan Yang Di Pertua. Saya di hukum kerana mencari ilmu politik yang praktik di lapangan pilihan raya. Kelab Sains Politik dihukum dan dibubarkan kerana saya adalah Yang Di Pertua dan saya adalah pengasasnya.

Namun, jawapan yang mereka berikan adalah; saya dihukum kerana saya terlibat dengan kempen politik, dan melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Tidak pula salah bagi segolongan pensyarah di kampus saya yang turut menyertai parti politik dan berpolitik secara terang-terangan walaupun golongan pensyarah ini turut termasuk dalam AUKU.

Saya tidak katakan salah untuk pensyarah atau pentadbir ini juga turut menyertai parti politik. Malah saya turut menyokong penyertaan mereka dari dulu lagi.

Cuma baru-baru ini saja, timbul suara pembaharu daripada beberapa pimpinan dalam partai pemerintah yang mahukan penyertaan guru, mahasiswa, dan pensyarah dalam politik kepartian itu dibenarkan.

Idea ini perlu diambil berat dan harus dilaksana segera supaya ia membebaskan anak muda, mahasiswa, guru dan pensyarah daripada belenggu pembodohan hegemoni sesetengah pihak.

Terdapat juga anak mahasiswa yang lantang memperjuangkan agar jangan dibenarkan penyertaan politik ini berlaku seperti perjuangan sebuah kumpulan yang dinamakan 'Kaukus Siswa Melayu UKM' – kumpulan yang dilihat pro pentadbiran universiti. Mereka yang seakan sudah selesa dengan keadaan kampus sekarang.

Maka merekalah seperti yang dikatakan oleh Immanuel Kant sebagai golongan yang selesa dengan ketidakmatangan – pembodohan yang berlaku. Oleh kerana itulah mereka tidak mahu bebas dan berjuang mempertahankan hak yang seharusnya mereka perolehi.

Untuk saya, tidak ada yang lebih penting bagi menyelesaikan zaman gelap universiti ini melainkan percerahan yang bermula dengan pembebasan akal fikiran yang rasional.

Masharakat kampus ini harus dibiarkan bebas menggunakan akal fikiran sendiri. Mereka harus dibiarkan bebas merencana masa depan sendiri. Mereka juga perlu bebas untuk membuat pilihan.

Kebebasan inilah yang akan membuatkan mereka berani menggunakan kefahaman sendiri dan inilah tindakan yang bakal membawa pencerahan.

Maka beranilah anak muda, masharakat kampus dan mahasiswa untuk menggunakan kefahaman sendiri .

Tiada ulasan: