Justice For All |
- Jangan Berbuka Di Kopitiam
- Tanda-Tanda Harga Barang Naik
- Isu Saman Wan Azizah..Siapa Yang Berbohong..Siapa Yang Bersumpah..
- Selagi Mahkamah Kangarooo Terus Bersidang, Selagi Itulah Mangsa ISA Terus Dizalimi
- UMNO Masih Tak Iktiraf Allah Di Bulan Ramadhan
- Peguam Negara Malaysia Brand Cap Ayam???
- PKR Perlu Ambil Perhatian Teguran Zaid Ibrahim
- Macam2 Zaman Najib..Buang Bayi Waktu Sahur
- PR Selangor Memang Buat Kerja
- Biar Betul?? Makan Sepuasnya Dengan RM 2
- Pas Tetap Berpolitik Di Bulan Ramadhan - TGNA
- Jam Terbesar Di Dunia Di Makkah
- Rakyat Sudah Bosan Permainan UMNO
- Amil Pun Seleweng Duit Zakat
- Najib Menyusahkan Rakyat..Harga Ikan Naik Mendadak
| Posted: 12 Aug 2010 08:12 PM PDT Jangan buka puasa di kopitiam - JAIPKUANTAN 12 Ogos - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menasihatkan umat Islam di negeri ini agar tidak memilih kopitiam sebagai destinasi untuk berbuka puasa. Pemangku Pengarah JAIP, Datuk Ghazali Abdul Aziz berkata, nasihat itu dibuat berikutan semua kopitiam yang terdapat di negeri masih belum mendapat pengiktirafan sijil halal daripada JAIP. "Kita tidak menafikan terdapat beberapa kopitiam yang telah memohon sijil halal daripada JAIP tetapi masih di peringkat permohonan dan belum diluluskan. "Masalah kelewatan meluluskan permohonan tersebut bukannya datang daripada pihak JAIP tetapi disebabkan terdapat beberapa maklumat yang tidak lengkap semasa permohonan dilakukan. "Antaranya, pengusaha kopitiam tidak menyertakan sijil halal bagi bahan mentah yang digunakan seperti ayam dan sos. Oleh itu, umat Islam tidak digalakkan memilih kopitiam untuk berbuka puasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penghayatan Ramadan di sini hari ini. Menurut Ghazali, beliau juga menasihatkan agar umat Islam tidak terpedaya dengan orang Melayu yang bekerja di sana kerana ia tidak membuktikan bahawa premis berkenaan diiktiraf halal. "Kita melihat kepada kebersihan sesuatu premis terutama kawasan penyediaan makanan atau dapur dan bukannya siapa yang mengendalikannya. "Selain itu, bahan mentah yang digunakan juga perlu mempunyai sijil atau logo halal yang sah," katanya. Dalam pada itu, kata beliau, sebanyak 50 peratus pengusaha di negeri ini telah memohon sijil halal sejak isu kopitiam halal diperdebatkan baru-baru ini. "JAIP gembira dengan perkembangan tersebut kerana sebelum ini mereka bersikap tertutup dan enggan memberikan kerjasama," jelasnya sambil memberitahu sebanyak 90 peratus hotel di negeri ini telah mendapat sijil halal. |
| Posted: 12 Aug 2010 07:49 PM PDT Peniaga tidak jamin harga kekal menjelang Aidilfitri KUALA LUMPUR 12 Ogos - Meskipun harga ayam di beberapa negeri masih terkawal, kebanyakan peniaga mengakui bahawa mereka tidak pasti sama ada harga itu dapat dikekalkan sehingga sambutan Aidilfitri bulan depan. Mereka memberi alasan, apa jua harga yang ditawarkan kepada pengguna akan bergantung kepada harga yang diletakkan pemborong ke atas mereka. Di JOHOR BAHRU, harga ayam di pasar utama kekal antara RM6.40 hingga RM7 sekilogram dan di pasar raya RM6.30 hingga RM6.50 sekilogram. Di Pasar Besar Larkin, harga ayam ditetapkan RM6.90 manakala ayam kampung (RM12), ayam baka (RM5.50) dan ayam telur (RM8.50). Seorang peniaga pasar utama, Ramli Mohamad, 53, berkata, dia menjangkakan harga ayam akan naik namun segalanya terletak di tangan pemborong. "Sebelum bulan puasa harga ayam di sini RM6.40 tetapi apabila bermula puasa, naik sedikit kepada RM6.90. Sekarang harga ditawarkan naik turun di antara dua jumlah itu. "Walaupun harga itu tidak naik seperti di negeri lain, pelanggan tetap merungut dan menyatakan rasa tidak puas hati dengan harga ditawarkan," katanya. Di MELAKA, kebanyakan peniaga didapati menaikkan harga ayam bersih sebanyak 10 sen kepada RM7.30 bagi satu kilogram berbanding harga asal RM6.90 hingga RM7.20. Mereka memberikan alasan tidak mempunyai banyak pilihan daripada berbuat demikian kerana pembekal bertindak menaikkan harga ayam. Peniaga di Pasar Besar Melaka Sentral, Amin Maarop, 44, memberitahu, meskipun berlaku kenaikan harga, keuntungan yang diperoleh peniaga masih rendah. "Mahu untung RM1 jauh sekali. Jika peniaga letakkan harga RM6.50 pada peniaga, mana mungkin kami dapat menjual pada harga yang sama'' katanya. Di KUANTAN, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ayam masih dijual pada kadar biasa iaitu antara RM6.90 hingga RM7.50 sekilogram. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPPDNKK) negeri, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz ketika dihubungi turut mengesahkan hampir semua kedai runcit dan pasar raya di negeri ini masih menjual ayam pada harga biasa. ''Cuma terdapat tiga kedai yang didapati menaikkan sedikit harga ayam namun ia masih lagi berada dalam keadaan terkawal. ''Bagaimanapun ada juga beberapa peniaga yang bertindak menurunkan harga ayam tersebut," katanya. |
| Isu Saman Wan Azizah..Siapa Yang Berbohong..Siapa Yang Bersumpah.. Posted: 12 Aug 2010 10:00 AM PDT Ini Kenyataan Wan Azizah... Wan Azizah nafi tohmahan jahat Ezam
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam Mohd Nor. "Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar," kata Wan Azizah. Sehubungan itu, beliau dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam yang sengaja mereka cerita setelah bersama Umno dan tidak sebelumnya. "Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, beliau telah enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan Umno. Walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama beliau secara peribadi, beliau mengingatkan Ezam supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasiq. "Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah," ujarnya. Harakahdaily/ Ini pula kenyataan Ezam Mat Nor Ezam rela disaman. KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Senator Ezam Mohd Nor hari ini mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail agar membantu "menghalang seorang lelaki daripada mendekati" suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercayai sekitar 2006. Sehubungan itu bekas ketua Angkatan Muda Keadilan tersebut juga berkata, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dr Wan Azizah, Presiden PKR, jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya tidak fitnah, saya tidak fitnah... apa lagi ini bulan puasa, saya tidak memfitnah," kata Ezam ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini. "Datuk Seri Wan Azizah ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang, itu hak beliau... jika ada tindakan undang-undang, saya sedia menghadapi tindakan itu, sebab saya tidak buat fitnah," katanya lagi. Ezam mengulas kenyataan Dr Wan Azizah semalam yang memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan agar "menghalang seorang lelaki daripada mendekati" Anwar, yang kini berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh sedekad ini. Dr Wan Azizah berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu. Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini. Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara. Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat "hasil menerima upah pimpinan Umno." "Walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq. "Sekiranya beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah," kata Dr Wan Azizah. Ezam berkata beliau berharap sempena bulan puasa Dr Wan Azizah akan bercakap benar dan memikirkan tanggungjawab kepada rakyat khususnya umat Islam tentang siapa sebenarnya Anwar. "Saya minta beliau bercakap benar, saya sedia bersumpah kalau beliau menafikan, tetapi saya juga mahu beliau turut bersumpah. "Pagi ini emak saya sendiri, yang Datuk Seri Wan Azizah selalu panggil sebagai bonda, ketika Anwar masih di penjara, menelefon saya menasihatkan Wan Azizah agar melakukan tanggungjawab, bercakap benar," katanya lagi. Dan nak tahu sape penipu..tengok youtube ni...last sekali kita tahu siapa penipu..siapa yang bersumpah??? |
| Selagi Mahkamah Kangarooo Terus Bersidang, Selagi Itulah Mangsa ISA Terus Dizalimi Posted: 12 Aug 2010 08:23 AM PDT Mahkamah Malaysia memang iktiraf ISA. Memang zalim. Dahla pampasan hilang, kena bayar kos mahkamah pula. Pastu kena ISA 2 tahun. Memang UMNO amat zalim. Selagi hakim terus di bawah ketiak Nazri Aziz dan Najib, selagi itulah hak rakyat terus dinafikan. Apapun buat mangsa ISA, buatlah rayuan ke peringkat lebih tinggi lagi. insyaAllah pada masa itu, kerajaan zalim BN sudah tumbang dan ISA sudah dihapuskan. Bukan sahaja hilang pampasan RM2.5 juta, bekas tahanan ISA diarah bayar kos RM20,000 PUTRAJAYA - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sahaja hilang pampasan RM2.5 juta yang diberikan Mahkamah Tinggi tetapi dia juga diperintahkan oleh Mahkamah Persekutuan di sini untuk membayar kos RM20,000. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai tiga korum enggan memberikan kebenaran kepada Abdul Malek Hussin untuk merayu keputusan mahkamah rayuan dalam mengubah keputusan Mahkamah Tinggi. Alauddin, dalam keputusan sebulat suara berkata, persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh Abdul Malek dalam permohonannya bagi Mahkamah Persekutuan membuat penetapan, tidak tertakluk dalam lingkungan kriteria mengikut Seksyen 96 Akta Kehakiman Mahkamah agar memberikan kebenaran. Dua lagi hakim yang bersidang ialah Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff dan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff. Pada 25 Mac tahun ini, Mahkamah Rayuan memerintah Abdul Malek, 53, untuk membayar RM50,000 sebagai kos litigasi kepada responden bagi perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, selepas gagal dalam rayuannya. Pada 18 Okt, 2007, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan samannya ke atas polis dan kerajaan atas penangkapan dan penderaan secara salah dan memerintahkan dia diberikan ganti rugi RM2.5 juta. Bagaimanapun, keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Mac tahun ini yang membenarkan rayuan yang dibuat oleh polis dan kerajaan untuk mengetepikan penghakiman itu. Mahkamah Rayuan menolak saman Abdul Malek selepas memutuskan bahawa penahanannya selama 57 hari adalah sah mengikut undang-undang. Abdul Malek dibebaskan pada 21 Nov, 1998. Oleh itu, Abdul Malek memohon kebenaran hari ini untuk membawa rayuannya ke Mahkamah Pesekutuan. Dalam saman sivilnya, Abdul Malek menamakan pegawai polis cawangan khas ASP Borhan Daud, Ketua Polis Negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Dalam samannya, beluia mendakwa penangkapan dan penahanan adalah salah kerana dia tidak pernah dimaklumkan mengenai sebab penangkapannya dan turut didera semasa dalam tahanan.-Bernama
|
| UMNO Masih Tak Iktiraf Allah Di Bulan Ramadhan Posted: 12 Aug 2010 07:37 AM PDT ![]() UMNO..bertaubatlah di bulan ramadhan ini. Bukankah jalan penyelesaian kes buang bayi ini sudah dijelaskan oleh Allah S.W.T. Kenapa masih degil nak lawan Allah??? Bukankah kes buang bayi sama macam kes qisas. Kenapa nak cari lagi hukuman manusia yang bodoh itu?? Bertaubatlah UMNO.. Kerajaan arah polis siasat kes buang bayi KUALA LUMPUR - Kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataannya hari ini berkata, arahan terbaru itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan oleh kementerian itu pada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam. Menurut kenyataan itu, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya. Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh. "Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," kata kenyataan itu. Menurut kementerian itu lagi, sebagai tindakan susulan, pihak PDRM telah diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu. Katanya, langkah itu wajar bagi membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas kes pembunuhan kejam bayi ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu. Sehingga hari ini, terdapat 60 kes pembuangan bayi dilaporkan. Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dat "Kita sekian lama mengambil pedekatan kebajikan, tetapi saya melihat bahawa walaupun kita ada kempen atau macam-macam program tetapi masih ada pasangan yang sanggup bunuh bayi mereka, saya nak kata, kerajaan tidak akan biarkan perkara ini berlaku," katanya. Beliau berkata, tidak ada alasan bagi mereka untuk membuang bayi kerana terdapat pelbagai cara telah diwujudkan untuk membantu dan menangani pasangan yang terdesak yang berada di dalam keadaan yang ingin membuang bayi. Antaranya mereka boleh pergi ke pejabat-pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital, polis dan sebagainya yang terdapat di seluruh negara. "Sebab itu selepas ini tiada maaf bagimu ada sahaja kes selepas ini akan diklasifikasikan di bawah kes bunuh," katanya. |
| Peguam Negara Malaysia Brand Cap Ayam??? Posted: 12 Aug 2010 05:29 AM PDT AG cap ayam..Ya..AG memang cap ayam Malu betul ada peguam negara yang tak profesional, macam mat rempit. Kenapa tak kemukakan bukti tu awal-awal. Dahla bukti tiada pengesahan pakar tulisan tangan, pastu main bedal je pejabat AG jadikan ia bukti untuk kata Teoh Beng Hock bunuh diri. Ini zalim namanya..tak boleh ke kepilkan itu sebagai afidavit bukti yang awal di pihak AG. Woooi AG yang beragama islam. Insaflah. Jangan main zalim dan fitnah merata-riti. Kalau tak betul, katakan tak betul. Jangan sembunyikan kebenaran. Buat rakyat Malaysia..sila angkat tangan..setuju tak jika bukti ntah apa-apa ini dikemukakan adalah untuk buat teori yang baru bahawa teoh beng hock mati bunuh diri, bukan mati dibunuh..kalau setuju, sila angkat tangan. Hanya orang gila makan kas-kas je yang tak angkat tangan.. Ini kisah sebenarnya...(sini) |
| PKR Perlu Ambil Perhatian Teguran Zaid Ibrahim Posted: 12 Aug 2010 04:13 AM PDT Anwar, silalah ambil kisah teguran Zaid Ibrahim ini. Jangan jadikan PKR parti sampah dalam Pakatan... Zaid kritik kod etika pemilihan PKR Bahang menjelang pemilihan PKR pada November ini mula terasa apabila ahli biro politiknya Datuk Zaid Ibrahim menjadi orang pertama bangun mempersoalkan kod etika yang diperkenalkan parti itu. Beliau yang juga penyelaras Pakatan Rakyat berharap PKR tidak menjadi "hipokrit seperti Umno" apabila melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penganjuran rumah terbuka hari raya. "Agaknya, adalah diandaikan bahawa penganjuran open house (rumah terbuka) yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti. "Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh di pengaruhi oleh makan dan minum!" Menulis dalam blognya Zaid untuk Rakyat, Zaid berkata kod etika boleh digunakan, tetapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih. "Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika?" coret Zaid dalam artikel berjudul 'Demokrasi dalam Parti Politik'. Belum tentu adil pada semua Menurut pengalaman parti lain, kod etika parti lazimnya hanya ditafsirkan dan ditentukan oleh "mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan" dan belum tentu telus dan adil kepada semua. Bekas menteri itu berkata, semasa dalam Umno dulu beliau pernah menjadi mangsa apabila digantung keahlian dan menggugurkannya sebagai calon atas tuduhan politik wang. "Dan walaupun saya meminta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) menyiasat kes terhadap saya pada tahun 2008, mereka enggan kerana kalau saya didapati tidak bersalah, itu bererti Umno bersalah... dan Umno mana boleh buat salah," katanya sinis. Sehubungan itu, Zaid berkata, beliau berharap PKR "tidak akan seperti Umno dengan menggunakan kod etika untuk menghindar tanjakan seseorang pemimpin" "Biarlah kita praktikkan cara demokratik dan menghormati kehendak ahli. Biarlah ahli-ahli memilih dengan bebas tanpa kawalan terlalu ketat, dan tidak perlulah kita sediakan lineup (barisan) atau orang-orang tertentu yang diminati untuk diberi keutamaan," katanya. Bagaimanapun, Zaid - yang disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan presiden PKR - hari ini mengumumkan tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan pun. SUA: Penambahbaikan berterusan "Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti. Saya akan berkempen bagi pihak mereka. "Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai campaign manager (pengurus kempen) ini," perli Zaid lagi. |
| Macam2 Zaman Najib..Buang Bayi Waktu Sahur Posted: 12 Aug 2010 02:47 AM PDT Pasangan buang bayi waktu sahur MELAKA - Ketika umat Islam sedang sibuk bersahur, seorang wanita tergamak membuang bayi perempuan yang baru dilahirnya ke dalam tong sampah hadapan kilang tempat dia bekerja di Ayer Keroh, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, wanita itu dipercayai panik selepas melahirkan bayi dalam tandas kilang itu dan bertindak bersama kekasihnya membuang bayi itu dalam tong sampah. Bagaimanapaun, usaha mereka untuk 'melenyapkan' nyawa bayi seberat 1.5 kilogram itu gagal apabila dijumpai pengawal keselamatan kilang terbabit. Bayi yang diletakkan dalam sebuah beg kain ditemui pengawal keselamatan, Muhamad Asri Shaari, 44, dalam keadaan masih bernafas dan bertali pusat di dalam tong sampah yang terletak di bawah pokok berhampiran pondok pengawal.: Muhamad Asri berkata, ketika kejadian, dia sedang menghisap rokok sambil bersembang dengan dua rakan perempuan, sebelum didatangi seorang pekerja lelaki kilang itu. Menurutnya, lelaki itu meminta kebenaran keluar sebentar yang disangka hendak bersahur. Dalam masa sama, Muhamad Asri sebenarnya sedang menunggu giliran masuk ke tandas, selepas dua rakannya itu memaklumkan ada seorang wanita dalam tandas di sebelah pondok pengawal. "Ketika itu saya ada terdengar tangisan bayi seperti baru lahir dan saya beritahu dua orang kawan saya, tetapi disebabkan bunyi tangisan itu sekejap saja jadi kami membiarkan dan mengganggap bunyi ituadalah nada dering telefon bimbit saja," katanya . Bagaimanapun, katanya, selepas beberapa saat dua rakannya ternampak wanita dalam tandas menghulurkan sesuatu kepada lelaki itu melalui tingkap tandas sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Mereka yang mencurigai perbuatan kedua-dua pekerja terbabit memaklumkan kepada Muhamad Asri sebelum dia memeriksa sendiri tong sampah itu. "Saya membuka penutup tong sampah dan ternampak sebuah beg. Saya kemudian mengangkat beg itu tetapi meletaknya semula ke dalam tong sampah, selepas beg itu bergerak-gerak. "Saya buka beg itu dan nampak bayi yang masih bertali pusat dan terdapat kain merah di lehernya," katanya kepada :Sinar Harian:, di sini, semalam. Muhamad Asri kemudian memanggil kedua-dua pasangan terbabit yang dipercayai telah bertunang sebelum menghubungi polis. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sudah menahan kedua-dua pasangan itu, semalam. Beliau berkata, kedua-duanya ditahan di kawasan kilang tempat mereka bekerja selepas siasatan awal dilakukan. "Kedua-dua suspek berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dan baru sebulan bekerja di kilang itu ditahan reman hingga 14 Ogos ini," katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), semalam. Mohd Adnan berkata, bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk menerima rawatan. Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi yang baru lahir dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda. |
| Posted: 12 Aug 2010 01:54 AM PDT RM20 juta atasi kemiskinan bandar PUCHONG – Kerajaan Negeri pada mesyuarat lalu sebulat suara meluluskan peruntukan RM20 juta bagi program 'workfare' dalam usaha mengatasi masalah kemiskinan bandar. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, melalui program di bawah portfolio Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi itu, golongan miskin digalak berniaga secara kecil-kecilan untuk mencari pendapatan tambahan menyara keluarga. "Sebelum ini Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan mikrokredit sebanyak RM50 juta kepada penduduk desa untuk memulakan perniagaan mereka. "Sekarang usaha dilakukan untuk membasmi kemiskinan di kawasan bandar pula," katanya yang memaklumkan ia menunjukkan Kerajaan Negeri serius dalam perkara itu. Beliau ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan agihan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid As-Salam Puchong Perdana, Sabtu lalu. Menurut beliau, ia sekali gus mengeluarkan seseorang itu daripada kepompong kemiskinan dan berusaha sendiri merubah kehidupan. "Penerima zakat tegar seperti orang tua, cacat, mengalami keuzuran dan tidak bekerja akan terus dibantu kerana ia adalah tanggungjawab. "Tetapi bagi mereka yang mempunyai tenaga dan sihat tubuh badan, kita galakkan mereka berniaga kecil-kecilan kerana ada yang menunjukkan mereka sudah berjaya meskipun bermula daripada bawah," katanya. Beliau berkata, seseorang mungkin tidak boleh keluar daripada kemiskinan jika tidak mempunyai tekad dan harapan dalam diri mereka sendiri. "Paling kritikal adalah kemiskinan jiwa. Kita perlu mempunyai ilmu dan tidak seharusnya terus mengharap bantuan tanpa usaha. "Mereka boleh cuba menjual mungkin cekodok di gerai. Mungkin ia nampak kecil, tetapi sekiranya ia sedap dan berkualiti, tidak mustahil dapat dipasarkan secara sejuk beku ke luar negara seperti pernah dilakukan beberapa peniaga sebelum ini," katanya.
|
| Biar Betul?? Makan Sepuasnya Dengan RM 2 Posted: 12 Aug 2010 12:58 AM PDT Hanya bayar RM2 SHAH ALAM - Percaya atau tidak, anda boleh menikmati nasi putih berulamkan tiga atau empat jenis lauk, segelas air panas atau minuman sejuk dengan sepuasnya dengan hanya membayar RM2. Ini bukan cerita rekaan, tetapi dengan nilai RM2 itu, Restoran Malaysia Negara Ku yang terletak bersebelahan Balai Polis, Seksyen 7, di sini, menjadikannya realiti. Walaupun harga makanan yang ditawarkan murah, namun kualiti penyediaan makanannya tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah ke kedai berkenaan itu. Pemiliknya, Datuk Zainal Abidin Awang Kechik ketika ditemui Sinar Harian berkata, tujuan utamanya membuka Malaysia Negara Ku sebagai memberi pilihan kepada orang ramai yang kurang berkemampuan menikmati hidangan makanan yang enak tanpa mengeluarkan bajet yang besar. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara juga mahu membuktikan perniagaan yang tidak berlandaskan keuntungan tidak semestinya membawa kerugian besar. Katanya, apa yang penting kemakmuran yang dicapai negara ini perlu dikongsi dan dinikmati bersama rakyatnya. "Saya membuka Malaysia Negara Ku bukan mahu mengaut keuntungan, tetapi lebih kepada memberi khidmat komuniti kepada rakyat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan seperti pelajar universiti, pekerja kilang, orang kebanyakan dan sebagainya. "Dengan hanya RM2, orang ramai tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik boleh menikmati hidangan makanan sama seperti di restoran lain malah mereka boleh menambah makanan dan makan sehingga puas," katanya. Namun begitu, orang ramai yang berhasrat makan di Malaysia Negara Ku perlu membawa bersama Mykad dan perlu ditunjukkan kepada petugas kaunter. Katanya, bagi mereka yang bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 setiap seorang. "Di sini saya juga mahu tekankan betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia membawa bersama Mykad setiap kali keluar dari rumah. "Itulah sebabnya, setiap kali makan di sini orang ramai perlu tunjukkan Mykad masing-masing. "Melalui cara ini, secara tidak langsung kita dapat menanam rasa kecintaan dan semangat patriotisme terhadap negara," katanya. Zainal Abidin memberitahu, restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung 150 orang pada satu-satu masa. Katanya, setiap pelanggan perlu mengambil sendiri makanan yang dihidangkan dan selepas itu perlu membasuh sendiri pinggan masing-masing selepas makan. Menurutnya, cara itu secara tidak langsung mampu mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin. "Orang ramai juga boleh bungkus dan bawa pulang makanan yang disediakan. "Mereka juga digalakkan membawa bekas makanan dan minuman sendiri bagi keselesaan dan kemudahan masing-masing," katanya. Mahu buka 220 cawangan Dalam pada itu, Zainal Abidin memasang impian untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku ke seluruh Malaysia. Katanya, ia bagi memastikan semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan keturunan menikmati hidangan berkhasiat, enak serta murah. "Selepas ini saya merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku. "Hasrat saya ialah satu kawasan Parlimen perlu mempunyai satu cawangan Malaysia Negara Ku," katanya. Kini semua boleh makan sedap Bercakap mengenai nama Malaysia Negaraku, Zainal Abidin berkata, idea itu timbul berdasarkan semangat cintanya terhadap tanah air yang telah mengecap kemerdekaan dan kemakmuran. Katanya, tidak ada restoran lain pada zaman ini yang menawarkan harga makanan serendah itu di negara ini. "Jika kita lihat di negara-negara jiran, nak makan pun susah. Situasi ini tidak sama di Malaysia. "Di negara ini ada pelbagai tempat makan, namun bukan semuanya mampu makan hari-hari di restoran. "Justeru, saya buka restoran ini untuk memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan makan makanan yang sama seperti di restoran yang harganya mahal," katanya. Menurutnya, kos penyelenggaraan restoran itu menelan belanja RM30,000 sebulan. ====Sambutan pengunjung restoran Malaysia Negara Ku > N6 |
| Pas Tetap Berpolitik Di Bulan Ramadhan - TGNA Posted: 12 Aug 2010 12:04 AM PDT ![]() Pas tetap aktif politik KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tidak akan mengurangkan aktiviti politik di bulan Ramadan walaupun ia kurang disenangi oleh pihak-pihak tertentu. Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berpolitik bila-bila masa sahaja, malah politik dan agama dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. "Politik dalam Islam ni sedaging (bercantum), geraknya Islam kerana politik dan politik pula menuruti Islam, tidak payah pakai istilah demokrasi, guna Istilah Islam,"katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Ihyat Ramadan di sini semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan daripada beberapa pihak termasuk dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya aktiviti berparti dikurangkan bagi menghormati bulan Ramadan. :Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata, terpulang kepada pemimpin Pas untuk menggunakan pendekatan berbeza dalam menjalankan aktiviti tersebut di bulan Ramadan ini. "Dalam ceramah saya jarang sebut soal kepartian kecuali ia majlis parti, saya banyak sebut mengenai Islam seperti ekonomi Islam dan akidah, tetapi jika hendak berpolitik tidak salah kerana Pas parti berdaftar,"katanya. Dalam pada itu, mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang mengatakan kerjasama Pas dan DAP tidak ikhlas, Nik Abdul Aziz mempersoalkan adakah kerjasama yang dibuat antara UMNO dan MCA sebelum ini benar-benar ikhlas. "Saya nak tanya, adakah UMNO dan MCA itu ikhlas, bila berbaik dengan UMNO, parti itu telan Pas, usahkan nak buat benda-benda lain,"katanya. |
| Jam Terbesar Di Dunia Di Makkah Posted: 11 Aug 2010 11:30 PM PDT Jam besar diuji pada Ramadan RIYADH - Arab Saudi mula menguji jam terbesar di dunia yang terletak menghadap Kaabah di Masjidilharam, Mekah selama tiga bulan bermula Ramadan ini. Setakat ini, hanya satu daripada empat jam siap pada bahagian bangunan mencakar langit yang dijadualkan mencapai ketinggian 600 meter apabila siap sepenuhnya, sekali gus bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Menara itu juga mempunyai permukaan jam dengan diameter 40 meter yang lima kali lebih besar berbanding permukaan jam Big Ben di London, malah mengatasi diameter 36 meter pada permukaan jam di Cevahir Mall, Istanbul, Turki. Satu sahaja daripada empat jam yang siap setakat ini dan permukaan jam itu dihiasi 98 juga kepingan mozek kaca. Jam yang direka jurutera dari Jerman dan Switzerland ini boleh dilihat dari jarak lebih 25 kilometer |
| Rakyat Sudah Bosan Permainan UMNO Posted: 11 Aug 2010 10:41 PM PDT SHAH ALAM - Fasa pertama "roadshow" UMNO Selangor dengan tema "Selamatkan Selangor Darul Ehsan" didakwa gagal dan tidak mendapat sambutan rakyat jelata di negeri ini. Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, beliau yakin rakyat Selangor sudah serik dengan tindak-tanduk dan gelagat kepimpinan UMNO yang ternyata sangat mengecewakan mereka sehingga memungkinkan rakyat bangkit menolak UMNO/Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum tahun 2008 yang lalu. Menurutnya, ini ternyata UMNO sudah hilang sokongan rakyat apabila "roadshow" mereka sekadar menarik minat saki-baki ahli tegar UMNO serta kanak-kanak yang diupah mengibarkan bendera dan sepanduk. "Sejak kehilangan kuasa di Selangor, UMNO sudah tidak mampu lagi menarik minat rakyat untuk keluar beramai-ramai meraikan program mereka dan ini terbukti dengan kehadiran kecil rakyat sepanjang "roadshow" mereka itu. "Pas Selangor mendapati rakyat di negeri ini kini berpuas-hati dan selesa dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang jujur mengurus dan mentadbir negeri ini," katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam. Roslan berkata, program kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) berjaya menawan hati rakyat. Katanya, ini termasuklah bekas penyokong UMNO khususnya apabila melihat juga merasai sendiri betapa nasib dan kebajikan mereka selama 52 tahun lalu terabai di bawah UMNO/ BN kini dibela dan diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. "Di Selangor, UMNO kelihatan kehilangan sokongan rakan mereka, MCA dan MIC yang langsung tidak terlibat dalam "roadshow" ini sekali gus membuktikan betapa BN Selangor sudah tidak mampu bangkit lagi setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu. Sehubungan itu, Pas Selangor mengajak rakyat di negeri ini agar terus memberikan kepercayaan serta sokongan kepada PR Selangor dan bersama menyelamatkan negeri ini dari jatuh kembali ke tangan pimpinan pincang yang selama 52 tahun telah mencabul amanah rakyat Selangor. |
| Posted: 11 Aug 2010 10:16 PM PDT Amil seleweng agihan zakat KUALA KANGSAR 11 Ogos – Terdapat amil di daerah ini dikesan menyenaraikan nama orang yang sudah meninggal dunia dan tidak layak menerima zakat sebagai penerima zakat. Pegawai Baitulmal Kuala Kangsar, S. Daud Shahemi ketika mendedahkan perkara itu berkata, penyelewengan yang dilakukan oleh amil terbabit adalah suatu perbuatan amat mendukacitakan kerana mereka sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan fakir dan miskin. ''Mereka telah diberikan garis panduan dalam pemilihan fakir dan miskin yang layak menerima bantuan. Sepatutnya perkara memalukan ini tidak berlaku," katanya ketika berucap pada Seminar Kepimpinan Ahli Jawatankuasa dan Pegawai-Pegawai Masjid di sini hari ini. Dalam perkembangan sama, beliau turut melahirkan rasa kesal kerana masih ada amil yang dilantik gagal menyerahkan senarai nama fakir dan miskin di kawasan masing-masing bagi tujuan pengagihan zakat. ''Saya telah menghantar surat dan menelefon amil terbabit, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dan ada pula amil mengatakan mereka tidak menerima borang yang dihantar, hilang dan pelbagai alasan lain," katanya. Justeru beliau berharap, pihak jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid dapat berperanan membantu menyelesaikan masalah tersebut. |
| Najib Menyusahkan Rakyat..Harga Ikan Naik Mendadak Posted: 11 Aug 2010 09:25 PM PDT Harga ikan di sini meningkat secara mendadak semalam berikutan pengimport mula memboikot kemasukan ikan daripada Thailand dan Indonesia mulai Isnin lalu disebabkan tidak bersetuju dengan langkah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mewajibkan ikan yang diimport perlu disimpan di dalam kotak berinsulasi. Kira-kira 20 peratus daripada 500 nelayan laut dalam sepanjang Muar-Bagan bergegas ke laut semalam untuk menangkap ikan berikutan keputusan LKIM, namun kurang separuh daripada mereka mampu mendapatkan pulangan modal cukup makan bagi kos perjalanan pergi ke laut yang dianggarkan RM200. Penjual ikan di Pasar Parit Jawa, Lim Ah Hong, berkata walaupun harga ikan baru kembali stabil selepas musim perayaan Tahun Baru Cina, ia mula melambung semula sejak Isnin lalu apabila pemborong memboikot ikan daripada Thailand dan Indonesia. "Harga ikan melambung antara 15 hingga 20 peratus. Ikan tenggiri contohnya, hanya RM16 setengah kilogram sebelum ini tetapi kini menjadi RM18.30. Ikan cencaru pula naik 80 sen sekilo berbanding harga sebelum ini RM5. Bagi ikan yang besar pula seperti ikan merah dan kerapu kini berharga RM38 sekilo berbanding RM36, manakala ikan bawal mencecah RM35 berbanding RM32. Harga ikan dijangka melambung lagi menjelang Rabu dan Khamis ini berikutan stok ikan tempatan mulai berkurangan," katanya ketika ditemui, semalam. Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Nelayan Muar-Batu Pahat berkata, Tan Yong Hwee, berkata boikot yang dilakukan ketika hasil tangkapan kurang memberangsangkan turut menjejaskan pendapatan nelayan. "Apabila berita boikot diterima, nelayan bergegas ke laut untuk menangkap ikan tetapi hasilnya sungguh mengecewakan apabila hasil tangkapan di Selat Melaka sangat berkurangan berbanding dulu," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Justice For All To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















Tiada ulasan:
Catat Ulasan