RAKYAT MARHAEN |
- Umno Kedah dan kencing tikus..bala allah beri akibat suka kencing..!!!
- Bazar Ramadan: Guan Eng timbang saman Utusan
- Pemimpin muda UMNO, PAS & PKR beri reaksi untuk mewujudkan sekolah pelajar hamil
- Meriam buluh kesukaan bik.momma
- Biayai pelajar: PAS parti kaya raya
- Kenapa rakyat marah Guan Eng?
- Khalid: Saya baik daripada Khir Toyo
- Perkauman, hipokrasi hidup subur dalam politik negara
- Lembaga peguam siasat aduan AG ketua Pemuda PKR pertikai kes MB Perak
- 10,000 helai kertas siasatan polis hilang, dijual bahan kitar semula..tanda siasatan polis telah dibakul sampahkan..!!!
- Saman Felda motif politik.....Tipu Peneroka Felda motif Politik dan poket Kroni...!!!
- Polis sedia cadangkan siasatan kes kepada Peguam Negara
- Buang Bayi : Hukum mati jika sabit kesalahan
- Syaitan Ramadhan : Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis
- Revolusi BlackBerry Cetus Kontroversi
- Selangor Amalkan Dasar Terbuka Merakyatkan Maklumat
- Wawancara bersama Anwar Ibrahim oleh Sinar Harian
- Satu lagi kerja 'tarak tulur'
- Kerajaan Tidak Dapat Kawal Kenaikan Harga Bawang Putih ..ha.ha..alasan otak kontot...!!!
- Tidak Perlu Panik Kerana Kenaikan Harga Ayam Hanya Sementara, ha,,ha,,sementara pun naik harga juga.....bila nak selaras..he.he..!!!
- Kain rentang: PKR sedia mengadap Baginda Sultan beri penjelasan
- "Nota Terakhir" Teoh Satu Rekaan Oleh Peguam Negara
- Siapa Kata Hanya Penjaja Melayu di Usir di Pulau Pinang? Apa UMNO tak nak bela ke mereka nie..???
- Pemuda PAS Pinang selar politik murahan UMNO-BN
- APA TERUK SANGAT SI EZAM NI ? DENGAN KAK WAN PUN NAK CARI PASAL !
| Umno Kedah dan kencing tikus..bala allah beri akibat suka kencing..!!! Posted: 12 Aug 2010 07:57 PM PDT Salah satu Lata di Kedah dipercayai dijangkiti kuman 'phatogenik leptopspira' atau kencing tikus. Entah apa bendanya phatogenik leptospira, sama dengan kita jarang tenguk tikus sedang kencing. Kencing ialah perbuatan makhluk membuang air kecil, baik secara beradap atau tidak beradap. Anjing kencing pakai angkat sebelah kaki. Kucing juga kengkiang kaki sebelah lalu pancut di tayar kereta atau di tepi pasu bunga. Gajah kencing sampai bertimba-timba airnya yang mungkin kalau lima ekur kencing sekaligus, kawasan mereka akan banjir. Tapi anihnya tak pula timbul penyakit 'kencing anjing, kencing kucing, kencing gajah.' Ada pepatah Melayu yang tak rasmi; 'Dia dah kencing aku'. 'Sudah berapa ramai orang yang kena kencing dengannya'. 'Bahagian itu pun kena kencing'. Ertinya apabila ditipu, dilangsam, tidak menunaikan tanggung jawab, lari dari membayar hutang, memberi erti perkara yang tidak baik, timbullah kata sindir dengan perkataan 'kencing.' Rupa-rupanya 'kencing' ini berlaku pula dalam politik dan sesebuah kerajaan yang ditadbir oleh orang-orang politik. Apabila saman ekor menjadi isu di mana-mana melibatkan orang politik masuk campur, tiba-tiba 'kencing' rupa-rupanya digunapakai oleh sebahagian orang. Menteri Besar Kedah dalam kenyataan akhbar baru-baru ini kesal kerana saman ekor yang bernilai lebih RM390,000 adalah hasil dari kerajaan Umno Kedah sebelum Pas memerintah 2008, yang tidak membayar saman-saman tersebut sehingga menyukarkan kerajaan kini menukar lesen kenderaan yang baru dibeli. Ya Tuhan, Mat Setapa dari Gunung Keriang tersentak badak, terkejut kera. "Kerajaan Umno Kedah pun kencing?" katanya lalu dia tergelak sampai nampak anak lidahnya terkodek-kodek. "Agensi kerajaan saman agensi kerajaan. Kemudian pula agensi kerajaan kencing agensi kerajaan," katanya dengan gelak serentak satu kedai di kedai nasi gulai ikan temenung di tepi jalan itu. RM390,000 bukan banyak mana sangat bagi sesebuah kerajaan yang suka membazir dan bagi kerajaan yang tidak perihatin dengan wang rakyat. Malangnya apabila pihak yang menyaman mengeluar kenyataan, kita rasa bukan bertujuan khusus kepada 'parti dan kerajaan Umno' yang telah 'kencing' mereka, tetapi mungkin secara kebetulan. Mungkinkah akan keluar lagi kenyataan betapa 'kencing' ini dikengkiang oleh kucing-kucing di negeri lain, khususnya negeri Pakatan Rakyat? Masakan derebar-derebar di Negeri Kedah saja yang loklaq, yang membawa kereta macam hambat babi hutan di rimba Sik? Apapun yang cukup kita kesal apabila mantan Menteri Besarnya, orang yang paling atas bertanggungjawab dalam semua hal pentadbiran tidak tahu menahu akan 'kekencingan kencing' sama ada ia benar-benar kencing atau terkencing atau mengencing atau kencingkan! Dalam jawapan beliau di Sinar Harian keluaran Jumaat 6 Ogos 2010, beliau berkata yang beliau tidak mengetahui ada tunggakan saman ekur RM390,000 yang direkodkan sepanjang tempoh kerajaan Umno/BN memerintah. Ertinya sepanjang Umno/BN memerintah Kedah, saman ekor ini selalu 'dikencing' oleh pemerintah Umno/BN. Anehnya kencing-kencing ini tidak hangit, tidak harin, tidak bengit kerana ia dipancut dari pancutan mahluk-makhluk terbaik dan ditakuti. Sekali lagi kita boleh persoal 'ketelusan' dan kejujuran pihak berkenaan. Misalnya berapa lama sudah Umno/BN Kedah memerintah? Kenapa tahun ini baru timbul saman seperti itu? "Hahhhh, nampak sangat depa tak terpikir yang kencing itu termasuk kerajaan Umno/BN!" kata Pak Su Li dari Kampung Sala kepada bininya yang baru berhenti dari guru Kemas. Saya tidak nampak saman ekor ini sebagai satu agenda tertentu. Hanya sanya kemungkinan sebagai satu tuntutan mudah kepada rakyat kerana perihal saman menyaman kesalahan trafik ini hanyalah penunggang motosikal yang membawa ikan kering dari Tanjung Dawai ke Alor Setar, pemandu kereta sapu dari Yan ke Sungai Petani atau kereta Proton dari Bukit Kayu Hitam ke Butterworth. Maka apabila berlaku kepada ikan jerung, datuk dan tan sri, kepada Pegawai Wisma, kepada KCS atau yang memiliki kad kerja sebesar tapak tangan, betapapun saman ekor ini berkeping-keping, ia bisa di 'lap kencing' mereka dan seakan-akan saman mereka tidak 'lut.' Malangnya pihak yang mengeluar saman ekor ini tidak membuat tapisan atau kaji selidik tentang saman ekor yang hendak dikeluarkan. Misalnya kepada siapa? Kalau kajian ini dibuat mungkin terdapat ramai yang kencing dalam pentadbiran Umno/BN di Kedah ini dan ia boleh di 'lap' atau di basuh dengan cepat kerana jenis kencing ini dianggap najis 'mukhaffafah.' Lebih malang lagi apabila mantan Menteri Besarnya menjawab secara lepas tangan. Mengapa melepas tangan tentang 'kencing' kencing pegawai-pegawai di bawah pentadbirannya. Teluskah jika begini? Apakah akan ada pegawai-pegawai memberi tahu yang dia 'kencing' atau 'terkencing' di jalan raya? Kalau ada nampak sangatlah pegawai-pegawai seperti ini 'besear' (penyakit kencing kerap) Orang yang gentleman, atau yang berpegang kepada prinsip ketelusan, orang yang berpegang kepada 'tanggungjawab' ialah orang yang sanggup mengakui tentang kesalahan sendiri. Apakah Mantan Menteri Besar ini fikir Mat Taha atau Wak Derani dari pekan kecil atau kampung hulu saja yang melanggar undang-undang jalan raya? Kita sangat kesal hal ini kerana Mantan Menteri Besarnya seperti cuci tangan. Apakah cuci tangan dan terkena percikan pancutan kencing ini menjadi budaya pemerintah Umno/BN? Kelantan adalah contoh terbaik untuk membuat kajian bagaimana kencing yang dilakukan oleh Umno/BN. Selangor, isu yang timbul sekarang adalah dari kencing-kencing tak terbasuh yang pernah dipancut oleh pemerintah Umno/BN. Manakala Perak, merupakan satu-satunya negeri yang pintar. Tidak sempat timbul kencing ini kerana mereka sangat pintar mengencing Pas dan DAP sampaikan speakernya dicempung terkencing-kencing. Demikianlah antara kencing dalam saman ekor dengan kencing tikus. | ||||
| Bazar Ramadan: Guan Eng timbang saman Utusan Posted: 12 Aug 2010 07:55 PM PDT ![]() Lim telah meminta peguamnya agar mengkaji laporan-laporan Utusan Malaysia yang berkenaan. — gambar fail "Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah miminta peguamnya, Karpal Singh mempertimbangkan sama ada tindakan saman boleh diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah ke atas Ketua Menteri (kononnya) telah mengharamkan Bazaar Ramadan di Komtar. "Peguam beliau akan mengkaji laporan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mulai 7 hingga 11 Ogos 2010, yang menyiarkan berita palsu menyemarakkan sentimen perkauman dengan menyatakan Ketua Menteri menindas peniaga Melayu dengan menghalang bazar ramadan," kata Setiausaha Akhbar Lim, Cheong Yin Fan dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. Bazar Ramadan di Komtar terus dibenarkan, katanya. "Hanya pengelola, Naib Pengerusi Persatuan Perniagaan Komtar (KMA) Mohamad Ghani Abdul Jiman dilarang masukkan gerai kerana tidak bayar sewa kepada Penang Development Corporation (PDC), pengurus Komtar. Mana boleh masukkan gerai tanpa membayar wang sewa? "Yang lebih teruk lagi ialah pengelola telah pun kutip wang daripada peniaga tetapi tidak serahkan kepada PDC sehingga hari ini," katanya. Setiausaha akhbar itu berkata, demi menutup kegagalan KMA bayar wang sewa yang telah pun dikutip daripada peniaga kepada PDC, satu isu perkauman telah dicetuskan bahawa Bazar Ramadan dihalang dan peniaga Melayu ditindas. "Sehingga sekarang tidak ada satu sen pun dibayar kepada PDC. Kata beliau, ini bukan kali pertama akhbar berkenaan menyiarkan berita "bohong bulat-bulat bahawa Ketua Menteri menindas orang Melayu." "Pada mulanya Ketua Menteri tidak ingin membuat saman kerana rasa ini adalah politik benci dan ganas oleh mereka yang anti-Pakatan Rakyat. "Akan tetapi kerana ia diulang-ulangi, maka langkah ini terpaksa diambil untuk mendedahkan kepada orang ramai tipu muslihat dan niat jahat Utusan Malaysia," katanya. Kata beliau, Ketua Menteri sedia menerima cabaran Ghani dengan tabah hati dan keyakinan serta anggapnya sebagai suatu ujian daripada Tuhan untuk melawan kemungkaran dan fitnah. "Ini adalah kerana kerajaan negeri yakin rakyat dapat bezakan di antara benar dan salah, hak dan batil, antara maaruf dan mungkar," katanya lagi. Kelmarin, Ghani mencabar Lim untuk membuat laporan polis terhadapnya atas kesalahan pelanggaran kepercayaan — dan pertaruhkan jawatan masing-masing. Ghani berkata beliau mahu polis melakukan siasatan menyeluruh terhadapnya sambil menawarkan diri untuk melepaskan jawatan sebagai naib pengerusik KMA jika terbukti bersalah atas tuduhan itu. "Tapi jika saya tidak bersalah, saya mahu Lim Guan Eng letak jawatan," kata Ghani. | ||||
| Pemimpin muda UMNO, PAS & PKR beri reaksi untuk mewujudkan sekolah pelajar hamil Posted: 12 Aug 2010 07:50 PM PDT Pemimpin muda beri reaksi PADANG SERAI - Cadangan untuk mewujudkan sekolah pelajar hamil sepertimana diuar-uarkan mendapat perhatian pemimpin golongan belia. Ada antara mereka yang menyokong dan ada yang membantah dengan cadangan berkenaan. Difahamkan, tujuan sekolah itu diwujudkan adalah untuk mencegah pelajar yang hamil di luar nikah dan mengelakkan pembuangan bayi. Exco Majlis Belia Negeri Kedah, Rosdi Abdul Rahman berkata, cadangan untuk menubuhkan sekolah remaja hamil adalah satu tindakan wajar kerana kerajaan telah memperhalusi teknik dan cara untuk membendung permasalahan buang bayi daripada terus berleluasa. "Tujuan cadangan ini dibuat adalah untuk menyelamatkan bayi yang dilahirkan di luar nikah. Ini adalah antara masalah sosial yang dihadapi oleh kerajaan hari ini. "Saya tidak menyokong dan tidak melarang penubuhannya, tetapi setiap tindakan dibuat akan ada kebaikan serta keburukan," katanya. Rosdi berkata, kebaikan yang beliau nampak adalah masalah pembuangan bayi dapat dikurangkan di mana mereka yang hamil akan ditempatkan di satu tempat khas. "Dengan cara ini mereka dan kandungan akan dijaga. Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar tetapi golongan belia. "Apabila hamil, pasangan lelaki ingkar untuk menikahi mereka. Jalan singkat yang mereka ambil adalah dengan membuang bayi. Perbuatan ini salah dari sudut hukum agama dan ia berdosa. Mereka yang melakukan perbuatan ini merupakan pembunuh," katanya. Menurutnya, kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah ini dan beliau percaya ia dapat dibendung. Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Serai, Abu Tholib Yahaya berkata, tidak wajar sekiranya sekolah seperti itu dibina kerana ia akan menggalakkan hubungan luar nikah. Menurutnya, sehingga kini hampir 89 peratus pelajar sekolah rendah pernah menonton adegan lucah melalui Internet atau telefon. Beliau mencadangkan supaya kerajaan mempertingkatkan hukuman terhadap mereka yang melakukan hubungan seks tanpa nikah dan melahirkan bayi. "Selain itu didikan agama harus diterapkan untuk memastikan golongan muda memahami mengenai pahala dan dosa. "Kita harus balik kepada ajaran Islam. Bagi mana-mana pasangan yang terlibat dalam melakukan perbuatan zina harus dihukum dengan 100 sebatan. Perkara ini jelas diterangkan dalam al-Quran dan ia tidak zalim sebaliknya akan menjadi pengajaran kepada mereka yang terlibat," katanya. Bagi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Padang Serai, Hazim Salimin, pendekatan yang berunsur keagamaan dan kerohanian seharusnya diterapkan dalam diri golongan muda. Katanya, pemantauan dan penguatkuasaan seharusnya dipertingkatkan untuk memastikan tidak ada ruang untuk golongan yang sering melakukan maksiat menjalankan aktiviti mereka. "Untuk membendung permasalahan seperti ini, kerajaan seharusnya menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan. Pembinaan sekolah untuk menempatkan pelajar hamil tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menggalakkan golongan terbabit untuk melakukan maksiat. "Sekiranya mereka didapati bersalah, hukum mereka. Mereka yang melakukan maksiat sudah tidak segan silu lagi terhadap masyarakat sekeliling. Saya tidak bersetuju sekolah untuk pelajar hamil dibina," katanya. | ||||
| Meriam buluh kesukaan bik.momma Posted: 12 Aug 2010 07:48 PM PDT by radens albanjari politikbanjar - Bila di bulan puasa dan hampir pada 10 hari nak raya teringat zaman kanak-kanak dulu. Kalau 10 hari terakhir puasa, antara perkara wajib yg kami budak-budak kampong buat mestilah main meriam. Pantang bila lepas berbuka, mesti pekena seround dua baru pergi terawih. Masa tu belum lagi illegal main meriam ni. Aku salah seorang pakar buat meriam buluh, bukan sebab apa, pokok buluh yg boleh dibuat meriam ada kat tepi sungai kat hujung kebun getah kami. So, aku dan geng akulah yg kontrol pokok buluh ni. Aku ambik peluang buat bisnes jual meriam buluh. Aku jual RM 1.00 satu. Kat member aku jual 5 kupang (50 sen). Ini pun dah kira mahal sebab masa tu sekupang (10 sen) pun dah boleh beli nasi lemak bungkus besar. Ini aku kira macam politik la jugak, kroni kasi murah, org luar hantam laa..tapi politik aku itu tak ler beri mudarat sangat pada negara dan pemerintahan Tun Hussein Onn ketika itu. Buat meriam buluh ni tak le susah. Buluh yg ada kat kampong aku jenis yg sesuai buat meriam. Buluh nya tebal dan besar. Bila dah tebang buluh, aku potong lah ikut saiz berapa panjang meriam aku nak buat. Yg sesuai tentulah bahagian pangkal sebab dia lagi solid dan tebal. Yg ni aku pakai sendiri. Yg sebelah tengah & hujung aku jual. Aku pakai parang panjang aje. Bila dah cukup berapa meriam aku nak, baru lah bawak balik. Susah jugak nak pergi kat tempat tu sebab ada banyak parit besar. Tempat dia semak dan banyak pacat. Kat situ pun ada banyak kubur lama orang dulu-dulu. Seram beb! Bila sampai rumah baru aku refine dia punya potongan. Aku potong dengan gergaji bagi cantik. Lepas tu aku ikat buluh dengan dawai atau rotan so meriam tak bersepai kalau ditakdirkan dia pecah. Aku heran betul macamana budak-budak sekarang buat meriam sampai ada yg injured. Tentu depa tak kesah pasal safety pre-cautions. Buluh ni ada banyak ruas. Kalau nak pecahkan ruas dia, aku ambik batang besi dari kedai buat parang kat tepi rumah aku. Kat kampong aku ni ada Cina buat parang, sabit, cangkul, tajak, pisau dan lain-lain. Depa ni supply parang seluruh Malaysia. Apa yg aku nak boleh ambik aje dari kedai ni. Bila dah siap semua ruas dipecahkan (tak le pecahkan semuanya, kena tinggal satu ruas untuk jadi base dia), aku kena tebuk pulak lubang tempat mencucuh meriam tu. Bukan boleh main balun aje kat mana nak korek. Kena buat culculation jugak. Kalau dekat sangat ngan base, bunyi tak kuat. Kalau jauh sangat nanti banyak pulak nak pakai karbaid baru gas cukup nak buat maksimum punya explosion. Yg elok antara 6 inci - sekaki dari base. Sebenarnya ada lagi sebab yg affect bunyi meriam ni. Buluh meriam kena lembap. Kalau buluh kering, bunyi dia hollow tak de power, 'ping!' Kalau buluh basah, bunyi dia power 'boomm!' Tak payah nak jadi sound engineer nak tau pasal benda-benda ni. Itu sebab meriam ni budak-budak dulu rendam dalam air sebelum atau selepas main. Jumlah karbaid jugak penting. Kalau guna banyak karbaid dan air yg cukup, gas hidrogen dia pun banyak, so bunyi dia pun maksimum. Kalau guna sampai segenggam karbaid, silap haribulan satu round aje main dah pecah meriam tu. Aku rasa lah budak-budak sekarang tak tau pun apa dia karbaid. Karbaid (natrium carbide) ni rupa dia macam batu. Orang kampong guna buat peram buah-buahan (mempelam, pisang, cempedak dll). Ada jugak yg buat bahanapi untuk lampu especially guna kat pasar malam. Kat rumah orang jarang pakai lampu karbaid ni, takut meletup pulak nanti. Karbaid ni kalau campur dgn air dia keluar kan gas hidrogen. Bila dah taruh karbaid dan air, lubang dia kena tutup ngan kain buruk. Ai ya! Tak kan dah lupa kot subjek kimia. Gas hidrogen ni kan gas yg paling ringan. Kalau tak tutup lubang, membazir karbaid aje. Dulu masa aku main, sekati karbaid harga dia 80 sen. Syok bila teringat kisah lama. Banyak lagi meriam yg pernah aku main. Meriam tin susu (ni meriam untuk novis), meriam tanah, meriam pokok kelapa atau pokok getah. Besi paip ada jugak orang buat meriam tapi aku tak mau main benda yg aku tak boleh kontrol. Besi memang nampak solid tapi kita tak tau kuat atau tak. Kalau pecah alamat raya kat hospital. Kalau nasib tak baik, kojol. Lagi pun masa tu tak ada sapa kat kampong aku yg boleh celen meriam batang pokok getah aku. hohoho a very rare photo ever shot..exklusif untuk blog ABO, belum ada lagi orang yang ambik ni ( hehehehe ) so aksi ini dilarang utk di buat di rumah..mereka yg terlibat dalam gambar ini ada lah profesional (muhahahahahahaha) so PLEASE DONT TRY THIS AT HOME!!! ![]() muka harus di tutup dgn topeng, takut kena tangkap hahaha ![]() ok..nisbah air dan carbide sudah ngam.. ![]() biarkan seketika.. ![]() testing.. ![]() tukang tengok banyak lagi di belakang kamera hehehe.. ![]() final checking..jeng! jeng! jeng! ![]() ready 6,5,4 rogers...!! ![]() nampak tu asap di depan meriam..?? ..3,2,1 sssssssyy.. ![]() Bommmmm!! Seronok giler bik.momma gua bila tengok letupan hebat ni! ![]() tukang bakar meriam, 20 tahun experience bab mencucuh.. ![]() letupan kedua..hehehe ![]() double shot.. ![]() kurang air tu... ![]() hehehehehe... | ||||
| Biayai pelajar: PAS parti kaya raya Posted: 12 Aug 2010 07:41 PM PDT ALOR SETAR, 13 Ogos: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden Md Taib (gambar) secara sinis menyifatkan PAS adalah sebuah parti yang kaya raya sehingga mampu membiayai pelajar di luar negara dengan perbelanjaan puluhan juta ringgit. Sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan Umno yang menyifatkan PAS membiayai jutaan ringgit bagi pelajar Malaysia yang berada di luar negara termasuk Mesir bagi melahirkan pemimpin pembangkang.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Biro Umno Luar Negara, Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini yang mendakwa PAS sanggup untuk menghabiskan puluhan juta ringgit bagi memastikan kehadiran pemimpin pembangkang di luar negara. Menurutnya lagi, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan berniat jahat yang bertujuan untuk membangkitkan sentimen kepartian di kalangan pelajar luar negara. "Tuduhan ini seolah-olah membuktikan pemimpin Umno tidak matang kerana menjadikan pelajar sebagai bahan politik mereka. Sekiranya benar dakwaan tersebut, ia bererti PAS adalah sebuah parti yang kaya raya," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat. Baginya, adalah tidak menghairankan kerana di mana saja ada pengajian Islam, maka Umno akan membuat tuduhan yang serupa. Kemungkinan besar, ujarnya itu adalah kerana Umno sendiri tidak ada hubungan dengan Islam. "Oleh kerana itu apabila adanya program berunsur Islam yang mendapat sambutan, maka ia akan terus dikaitkan dengan PAS," katanya lagi. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah turut menyelar kepimpinan Umno yang disifatkan tidak menyanjungi Islam apabila sanggup membuat kenyataan tidak rasional berkaitan Islam dengan tuduhan liar. Tambahnya lagi, kenyataan sedemikan juga boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat apabila persepsi negatif terhadap pelajar luar negara terutamanya di Mesir dijadikan sentimen dan isu politik. Dengan tuduhan tersebut, katanya ia mempamerkan wajah sebenar Umno apabila pemimpin mereka tidak mengagungkan Islam dan sanggup untuk memperkecilkan agama. | ||||
| Posted: 12 Aug 2010 07:40 PM PDT Utusan MalaysiaPenulis berpeluang mendengar dari mulut dia sendiri tentang kejadian pada 2 Ogos lalu termasuk perkara-perkara yang tidak dilaporkan media massa. Penulis mengagumi keberanian serta semangat Pak Ali yang berusaha untuk bersemuka dengan Guan Eng kerana tidak berpuas hati dengan beliau yang didakwanya bersikap rasis dan menindas orang Melayu di Pulau Pinang. Dia sanggup menunggu hampir empat jam sebelum Guan Eng muncul di tempat letak kereta orang kenamaan (VIP), tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar). Sebaik nampak kelibat Guan Eng, dia terus menuju ke arah Ketua Menteri itu dan meluahkan perasaannya sebelum insiden "tepuk bahu" berlaku. Kedua-dua mereka kemudiannya bertikam lidah kira-kira setengah jam. Sudah menjadi tugas wartawan, sebagai susulan kepada insiden tersebut, penulis menghubungi Setiausaha Kelab Warisan Malaysia (Keris) Pulau Pinang, Azman Hassan bagi mendapatkan ulasan. Secara peribadi, beliau memuji tindakan Pak Ali dan menganggapnya sebagai permulaan kepada kebangkitan orang Melayu di negeri ini. Namun, terdapat kata-kata Azman yang penulis tidak dapat lupakan kerana ia benar-benar berlaku selepas itu. "Mungkin hari ini... seorang (Pak Ali), selepas ini ramai atau ada yang mengambil tindakan lebih ganas... kita tidak tahu," katanya. Ternyata ia benar-benar berlaku. Kali ini melibatkan seorang peniaga berbangsa Cina yang cuba membakar diri kerana kecewa dengan pengurusan Komtar yang menutup lima pintu masuk ke tingkat dua bangunan berkenaan selepas insiden Pak Ali "menepuk bahu" Guan Eng. Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, pengusaha kedai kopi Seng Mugs Coffee di tingkat dua Komtar, Teoh Bak Seng, 53, menyimbah cecair dipercayai petrol ke seluruh badannya sebelum polis berjaya menghalangnya. Dia sanggup berbuat demikian kerana tertekan akibat terpaksa menanggung kerugian di antara RM100 hingga RM200 sehari selepas pintu-pintu masuk berkenaan ditutup. Menurut Azman, Guan Eng sewajarnya menjadikan kedua-dua insiden berkenaan sebagai iktibar. Selama ini, Ketua Menteri itu sering menafikan setiap isu yang timbul berpunca daripadanya. Antaranya merobohkan gerai penjaja Melayu, membatalkan perarakan Maulidur Rasul, mengusir penduduk kampung-kampung tradisional Melayu, melenyapkan Kampung Buah Pala yang didiami kaum India dan menghina serta memperlekehkan penjawat awam, Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus secara terbuka. "Dia (Guan Eng) sering meletakkan kesalahan kepada pihak lain terhadap isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang. "Dia sering mengatakan apa yang berlaku semuanya berpunca daripada pihak terlibat sendiri, bukan dirinya sendiri. "Walhal, semua yang berlaku ini disebabkan keputusan yang dia (Guan Eng) telah buat," ujarnya. Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan-tindakan di luar jangkaan seperti yang dilakukan oleh Pak Ali dan Bak Seng boleh berulang jika Guan Eng masih meneruskan sikap sedemikian. "Saya nasihatkan Guan Eng supaya tidak mengamalkan sikap "cakap lain, buat lain". Apa yang Pak Ali dan Bak Seng lakukan merupakan satu pengajaran kepadanya," tegas Azman lagi. | ||||
| Khalid: Saya baik daripada Khir Toyo Posted: 12 Aug 2010 07:36 PM PDT Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.
"Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri. "Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri." Dalam
"Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun," kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu. Ketawa besar Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.
"Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam sambil minum air," katanya yang sudah 2 tahun 5 bulan menjadi ketua eksekutif negeri Selangor. Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet. Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut. "Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi," jelas bapa kepada empat orang anak itu. Hanya satu isteri Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran. Tambahan lagi, katanya, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah.
Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu. Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu. Bagaimanapun, jawab Khalid: "Ini jawatan lama." | ||||
| Perkauman, hipokrasi hidup subur dalam politik negara Posted: 12 Aug 2010 07:34 PM PDT Jamhariah Jaafar 13 OGOS — Isu perkauman terus menjadi perbualan. Seorang demi seorang ahli politik membuat kenyataan, yang akhirnya menjurus isu ini kepada krisis yang jika tidak dikekang akan membawa padah amat buruk kepada keharmonian negara yang dihuni rakyat pelbagai kaum dan agama. Dalam suasana politik kini, rata-rata ahli politik bermain dengan sentimen bangsa dan kaum demi meraih simpati dan sokongan rakyat, dalam usaha mereka untuk merebut kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Setiap parti politik tersepit dengan permainan politik perkauman masing-masing. Setiap parti sedar mereka tidak boleh bergerak bersendirian, sebaliknya perlu bekerjasama dengan parti politik lain sekiranya mahu mencapai agenda dan matlamat masing-masing. Catatan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, To Be or Not To Be A Racist (Untuk Menjadi atau Tidak Menjadi Seorang Rasis) dalam blognya amat menarik apabila beliau menamatkan tulisannya dengan mengatakan: Hipokrasi sesungguhnya amat hidup di dalam politik Malaysia. Ramai pemerhati politik berbelah pendapat apabila membaca tulisan Dr Mahathir, malah beliau sendiri mengaku terkejut apabila seorang bekas wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bangun menyoalnya mengapa BN tidak memberi lebih banyak jawatan kepada kaum Cina dan melantik mereka sebagai Timbalan Perdana Menteri atau pembantu menteri besar, seperti yang dibuat pembangkang di negeri yang dikuasai mereka hari ini. Saya terperanjat dengan kritikan seorang bekas wakil rakyat kerajaan negeri atau Persekutuan ini ke atas BN. Adakah saya perlu menjawab dengan jujur atau tidak menjawab, sebaliknya memberi pandangan baik dalam usaha tidak kedengaran begitu rasis? Tapi dengan bertanyakan soalan ini, bukankah si penyoal juga bersikap rasis? soal bekas Perdana Menteri Malaysia itu. Dr Mahathir nyata tidak menjawab soalan itu secara langsung pada forum dihadiri ramai bekas wakil rakyat BN itu, tetapi soalan itu menghantui dirinya sehingga beliau membuat keputusan untuk menjawab mengapa tidak banyak jawatan diberi kepada China di dalam pentadbiran Kerajaan BN, serta mengapa Umno kelihatan kurang memberi perhatian kepada amalan agama bangsa Cina. Nyata, beliau tidak boleh lari daripada faktor ekonomi yang akhirnya menjurus kepada pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 40 tahun lalu, yang menyaksikan bangsa peribumi masih belum lagi mencapai sasaran 30 peratus dalam pemilikan korporat, manakala bangsa Cina semakin galak menguasai ekonomi negara. Dalam bidang politik, bangsa Melayu kelihatan masih menguasai. Kebanyakan jawatan tertinggi seperti PM, MB dipegang Melayu. Sekiranya jawatan ini dipegang bangsa Cina, maknanya bukan saja ekonomi di bawah kawalan Cina tapi arena politik juga akan terletak di bawah mereka. Apakah pegangan Melayu di dalam negara ini? soal Dr Mahathir di dalam blognya. Jelasnya, DEB bertujuan memberi peluang kepada bangsa Melayu mencapai tahap ekonomi lebih adil dan hanya selepas mencapai kedudukan lebih baik, mereka tidak lagi akan menghadapi masalah bertolak ansur mengenai pengagihan kuasa di bidang politik. Tapi kerana belum mencapai kedudukan yang adil dalam bidang ekonomi, mereka (Melayu) perlu dibenarkan mengekalkan kuasa lebih besar dalam politik, katanya.Dr Mahathir berkata, PAS lebih bertolak ansur dengan amalan keagamaan bangsa Cina, semata-mata kerana ingin undi bangsa Cina yang hari ini semakin ramai dengan lantang mengkritik pemerintahan BN yang didakwa tidak berlaku adil apabila terus memberi perlindungan dan layanan istimewa kepada kaum Bumiputera. Ingat, dulu PAS pernah mengutuk Umno kerana mengambil MCA sebagai rakan kongsi. Sekarang PAS sanggup menerima DAP sebagai rakan. Ia adalah hipokrasi politik, bukan perkongsian yang jujur. Saya bercakap mengenai isu perkauman hanya kerana penyoal saya bertanya isu kaum. Dikatakan prestasi buruk BN pada Pilihan Raya Umum 2008 disebabkan rakyat Malaysia bosan dengan parti dan politik perkauman. Saya meraguinya. Sejak 2008 lebih banyak perdebatan mengenai bangsa terjadi, berbanding sebelumnya dan penyoal saya sudah membuktikannya. Perkauman jelas masih menjadi satu isu di Malaysia. Sekiranya PAS begitu melampau dalam menyokong bangsa Cina hari ini, bukan kerana parti berkenaan sudah tidak lagi dipengaruhi isu bangsa dan agama. Ia hanya kerana ia mahu bermain dengan sentimen perkauman bangsa Cina dalam usaha untuk memenangi undi Cina. Sikap hipokrit sesungguhnya amat hidup di dalam politik Malaysia. Tulisan Dr Mahathir sudah pasti akan diterima penyokong kerajaan, dipandang sinis pembangkang terutama PAS dan DAP, manakala majoriti bangsa Cina sudah pasti marah kerana berasa mereka terus dianaktirikan walaupun Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka. — Berita Harian | ||||
| Lembaga peguam siasat aduan AG ketua Pemuda PKR pertikai kes MB Perak Posted: 12 Aug 2010 07:31 PM PDT ![]() Shamsul perlu sekarang menjelaskan kelakuan dia kepada lembaga peguam "Surat daripada lembaga itu meminta saya memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa saya telah mengkritik hakim dan mahkamah berhubung keputusan mahkamah dalam isu krisis Perak tahun lalu," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau diberikan tempoh 14 untuk menjawab surat tersebut. Shamsul Iskandar berkata, aduan dibuat oleh Mohamed Hanafiah Zakaria, yang merupakan ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara pada 12 April 2010, kira-kira setahun selepas mengeluarkan kenyataan ketika kempen pilihan raya kecil. Pilihan raya kecil itu ditandingi wakil PKR dan diadakan kira-kira tiga bulan selepas krisis politik Perak yang membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Shamsul Iskandar dipercayai menyentuh sistem kehakiman dalam kes melibatkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. "Aduan yang dibuat oleh Hanafiah atas arahan Peguam Negara, mendakwa kononnya saya telah mempersoalkan kredibiliti hakim Mahkamah Rayuan khususnya berkaitan dengan kes krisis Perak melibatkan Datuk Seri Nizar dan Datuk Seri Zambry," katanya. Aduan itu dibuat di bawah Seksyen 99(a)(2) Akta Profesion Undang-undang 1976. Seksyen itu menyebut, "mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Perindustrian dan Mahkamah Syariah, Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Peguam Negara boleh pada bila-bila masa merujuk kepada Lembaga Tatatertib apa-apa aduan terhadap seseorang peguam bela dan peguam cara atau seseorang pelatih." Seksyen 100 pula meminta peguam bela dan peguam cara itu memberikan penjelasan bertulisnya dalam empat salinan bersama-sama dengan dokumen sokongan, jika ada, dalam masa 14 hari dari tarikh permintaan itu atau dalam apa-apa masa yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Lembaga Tatatertib. Lembaga Tatatertib dijangka akan membuat pertimbangan sama ada merujuk kepada jawatankuasa tatatertib ataupun sebaliknya berdasarkan merit penjelasan. Shamsul Iskandar mengesahkan beliau akan menjawab surat itu dalam waktu terdekat. "Pada masa yang sama saya akan membawa perkara ini ke peringkat atasan," kata beliau dengan mengatakan bahawa "pihak atasan" merujuk kepada badan peguam antarabangsa. "Ini kerana pada saya, aduan dan tuduhan yang dibuat bercanggah dengan kerjaya peguam, bukannya saya melakukan kesalahan seperti menipu atau tidak mewakili anak guaman tetapi soal kebebasan bersuara dan pandangan yang diberikan dalam forum politik, situasi yang jauh berbeza," katanya. Sambil mempersoalkan tempoh yang diambil untuk membuat aduan itu oleh Jabatan Peguam Negara, Shamsul Iskandar mendakwa ia menunjukkan adanya usaha berterusan pihak kerajaan menggunakan Jabatan Peguam Negara untuk mengawal kebebasan bersuara dan mengenakan tekanan politik. "Saya memang terkejut dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila mendapati aduan dibuat selepas lebih setahun ucapan diberikan ketika kempen politik," kata beliau. Pilihan raya kecil Penanti diadakan pada 31 Mei 2009 setelah Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri pada 8 April. Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang dan diumumkan bebas tahun ini. Calon PKR Dr Mansor Othman yang mewakili Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya kecil itu. | ||||
| Posted: 12 Aug 2010 07:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Selepas negara dikejutkan dengan pendedahan enjin jet TUDM dicuri dan dijual sebagai barang lusuh, polis Gombak kehilangan kira-kira 10,000 keping kertas siasatan yang dijual kepada kilang kitar minggu lalu. Sehubungan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk empat buruh binaan warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes kehilangan kertas siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Kertas siasatan itu dikatakan mengandungi rekod kes-kes jenayah IPD itu yang sudah selesai dan menunggu kelulusan untuk dilupuskan. Ia disimpan di sebuah bilik di tingkat satu, salah satu daripada bangunan IPD itu yang sedang diubah suai. Ekoran keadaan fail kertas siasatan itu yang sudah usang dan berhabuk menyebabkan pekerja binaan menyangkakan ia kertas lama yang sudah tidak digunakan lalu mengambilnya untuk dijual kepada kilang kitar semula. Kertas siasatan seberat kira-kira 2,000kg itu dijual pada harga RM800 kepada beberapa kilang kitar semula di Kepong berdasarkan kadar antara 37 hingga 45 sen sekilogram. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kehilangan kertas siasatan itu hanya disedari Sabtu lalu oleh salah seorang anggotanya yang mahu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan mengemas kini fail-fail di situ. Dipetik Utusan Malaysia hari ini, beliau berkata, pihaknya mengesyaki kertas siasatan terbabit diambil oleh para pekerja yang mengubah suai bangunan tersebut. Berikutan itu kata beliau, pihaknya telah menahan empat lelaki tempatan iaitu seorang penyelia dan tiga pemandu lori berusia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan. "Empat buruh binaan Bangladesh berusia lingkungan 20-an turut ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. Abdul Rahim berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan secara berasingan pada sebelah petang dan malam kelmarin. Beliau berkata, empat lelaki tempatan ditahan di beberapa kawasan sekitar Kepong manakala kesemua pekerja Bangladesh ditangkap ketika bekerja di tapak binaan. Katanya, kesemua mereka direman selama empat hari sehingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. | ||||
| Saman Felda motif politik.....Tipu Peneroka Felda motif Politik dan poket Kroni...!!! Posted: 12 Aug 2010 03:20 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Ogos – Tindakan 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu bermotifkan politik. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tuntutan itu tidak sepatutnya timbul kerana setiap kali hasil sawit dijual oleh peneroka ke kilang, urus niaga itu disertakan slip terperinci selari dengan harga dipersetujui peneroka seperti diamalkan sejak 15 tahun lalu. Harga sawit itu pula, katanya, telah dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Persepakatan Bersama (JCC) Felda yang dianggotai oleh ketua peneroka setiap tanah rancangan, pengurus kilang dan pengurus rancangan bagi menyelesaikan segala isu berkaitan harga sawit. "Kenapa selepas 15 tahun baru tidak setuju dengan harga itu? Ini bermotif politik kerana seperti Felda nak menyaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) RM200 juta, mereka juga nak tuntut RM200 juta (melalui peneroka). "Nama-nama yang terlibat pun orang yang berjawatan dalam PKR, peguam dalam kes tuntutan Felda Serting dan Felda Raja Alias pun ialah R. Sivarasa (Naib Presiden PKR) dan kita semua maklum siapakah dia," katanya pada sidang akhbar khas bagi memperjelaskan isu itu di Wisma Felda di sini hari ini. Isnin lalu, 766 peneroka dari dua tanah rancangan Felda di Negeri Sembilan itu memfailkan tuntutan saman RM200 juta ke atas Felda di Mahkamah Tinggi Seremban dengan dakwaan pentadbiran lembaga kemajuan itu menipu para peneroka berhubung Kadar Perahan Gred (KPG) sawit. | ||||
| Polis sedia cadangkan siasatan kes kepada Peguam Negara Posted: 12 Aug 2010 03:17 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut baik dan bersedia menyiasat kes-kes pembuangan bayi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sekiranya mempunyai bukti-bukti kukuh. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, pihaknya tidak teragak- agak mencadangkan siasatan kes di bawah seksyen tersebut kepada Peguam Negara jika wujud perkara sedemikian. Beliau berkata, bagaimanapun penentuan tuduhan itu terletak di bawah bidang kuasa Peguam Negara kerana PDRM hanya menjalankan siasatan dan mencari bukti-bukti. "Tugas kita mengambil keterangan, menjalankan siasatan dan mencari bahan bukti bagi kes terbabit. "Soal kes itu disiasat mengikut seksyen apa, ia adalah tugas pihak Peguam Negara yang akan tentukan. "Bagaimanapun, kita (polis) boleh mencadangkan siasatan kes itu kepada pihak Peguam Negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Kerajaan hari ini mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataannya berkata, arahan itu diputuskan selepas isu mengenai kes buang bayi dibangkitkan kementerian tersebut dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam. Menurut kenyataan itu, Jemaah Menteri bersetuju kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut. Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh. | ||||
| Buang Bayi : Hukum mati jika sabit kesalahan Posted: 12 Aug 2010 03:16 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh. Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi di bawah Seksyen 302 kanun tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. Selain itu, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam. Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa. "Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan. "Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan 'buang bayi' kepada 'pembunuhan bayi'. Ini amaran keras bahawa bayi bukannya dilahirkan untuk dibunuh sesuka hati," katanya. Beliau ditemui selepas merasmikan program Penyerahan Bantuan Khas Perbendaharaan dengan nilai bantuan RM2,657,010 kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya di sini hari ini. Shahrizat berkata, pihaknya juga akan meminta PDRM menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kepada kes-kes tertentu supaya ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa dihadapkan ke mahkamah. Menurutnya, ujian DNA ini penting supaya lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kes hamil luar nikah tidak akan dibiarkan lepas tetapi akan turut didakwa. Beliau percaya dengan hukuman lebih keras ini dapat mengatasi gejala pembuangan bayi yang sehingga hari ini mencecah 60 kes. Tambah beliau, sebelum ini kementerian hanya menggunakan pendekatan kebajikan yang mana ia selari dengan matlamatnya termasuk menangani isu pembuangan bayi. "Selama enam bulan ini, kementerian melaksanakan pelbagai program termasuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendidik mahasiswa supaya bersama menangani gejala yang makin meruncing ini," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat meminta kerjasama NGO yang menerima bantuan kewangan supaya tidak lupa meletakkan logo dan nama kementerian yang telah membantu menjayakan program mereka. | ||||
| Syaitan Ramadhan : Mayat bayi dalam lubang kumbahan najis Posted: 12 Aug 2010 03:11 PM PDT
TANAH MERAH 12 Ogos – Ketika Kabinet hari ini mengarahkan individu terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu membunuh atau cubaan membunuh, satu lagi mayat bayi ditemui dibuang di sini hari ini. Tanpa perikemanusiaan serta menghormati kedatangan Ramadan, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di Bandar Bukit Bunga. Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang sejak seminggu lalu itu ditemui kira-kira pukul 5 petang oleh seorang murid, Mohd. Arif Ibrahim, 8, ketika sedang bermain berhampiran kawasan tersebut. Mohd. Arif ketika ditemui hari ini berkata, bau busuk dari lubang najis itu menyebabkan dia dan tiga lagi rakannya berasa curiga lalu segera menyiasat puncanya. "Semasa bermain kami terhidu bau busuk lalu saya pergi tengok dan nampak macam mayat bayi sebelum panggil rakan lain. "Saya pun panggil rakan lain dan bila tengok betul-betul memang sah ia mayat bayi yang sedang tertiarap," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. Sepasukan anggota polis termasuk Unit Forensik tiba di tempat itu kira-kira pukul 7 petang dan mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan mayat bayi itu sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim ketika dihubungi hari mengesahkan penemuan bayi itu. | ||||
| Revolusi BlackBerry Cetus Kontroversi Posted: 12 Aug 2010 03:09 PM PDT ![]() SEDEKAD lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan di Kanada, Research In Motion (RIM) itu. Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih. Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui. Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002 yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain. Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat di pasaran. Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah pasaran dunia. Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih. Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang gangguan. Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan peranti tersebut tahun lalu. Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS. Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden. "Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan rakyat masih boleh berhubung dengan saya. "Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya. Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada memasuki peranti tersebut. ![]() BLACKBERRY diminati kerana kecanggihan teknologinya. Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana sahaja. Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi. Data yang diekstrak Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry. Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry. Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise. Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan. Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME. Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger (BBM). BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod bar. Khabar gembira Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan pemilik BlackBerry lain? Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan yang berada di luar negara. ![]() BLACKBERRY mencetuskan ketagihan di seluruh dunia. Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan kepada pengguna-pengguna lain. Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia. Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia. Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian. Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan. Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak. Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi. "Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar Mohammed, 19 seorang pelajar universiti. "Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya. Medium terbaik
Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya. "Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman perkhidmatan berkenaan. Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan. "Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya. Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain. Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik BlackBerry kepada pengguna. Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah. Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat minggu ini. "Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung di beberapa negara. "Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti," katanya. | ||||
| Selangor Amalkan Dasar Terbuka Merakyatkan Maklumat Posted: 12 Aug 2010 02:51 PM PDT Kerajaan Negeri Selangor bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang mengamalkan dasar maklumat terbuka selaras dengan agenda Pakatan Rakyat merakyatkan maklumat.Justeru, satu perbincangan terbuka diadakan antara kerajaan negeri, Majlis Peguam Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan bagi merealisasikan hasrat ini. Pengerusi Perbincangan Bersama Jawatankuasa Pilihan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat 2010, Saari Sungib menjangkakan enakmen maklumat terbuka ini akan dibentang tahun hadapan. "Saya harap perbicangan kali ini mendapat kerjasama semua pihak mengenai pandangan jawatankuasa bagi mana-mana pihak yang mendaftar, masyarakat dan individu, pakar-pakar dalam perundangan kebebasan berkuasa, tujuannya adalah mendapat maklum balas perkara ini. "Kita memberikan semua pihak menyampaikan kebebasan maklumat secara bergilir hari ini," katanya. Beliau berkata demikian di hadapan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO), Majlis Peguam Malaysia dan pihak media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Perbincangan kali ini turut dihadiri oleh ADUN Kawasan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Sua. Perbincangan terbuka ini turut membahagikan kepada beberapa fasal iaitu Fasal Permulaan, Pegawai Maklumat, Akses Kepada Maklumat, Lembaga Rayuan dan Am. Saari berkata kerajaan negeri memerlukan masa enam bulan bagi mengkaji enakmen kebebasan maklumat negeri Selangor sebelum ia diluluskan pada tahun hadapan. Sementara itu, Pengarah Centre for Independent Journalism, Gayanthry Venkiteswaran meminta kerajaan negeri memastikan semua jabatan menyediakan maklumat yang dikemaskini secara berkala. "Kerajaan negeri disarankan agar badan-badan awam perlu menyediakan maklumat secara terang dan jelas dan adalah tanggungjawap kerajaan negeri menyediakan maklumat yang dikemaskini secara berkala," katanya. CIJ juga juga meminta kerajaan negeri memastikan badan-badan kerajaan terbabit menyelaraskan sistem masing-masing bagi mengelak sebarang keraguan. Malah CIJ juga meminta kerajaan negeri menguatkuasakan aturan baru yang memberi perlindungan kepada mana-mana individu yang memanfaatkan dasar maklumat terbuka ini serta mahu mendapatkan maklumat lanjut. Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bersetuju dengan pandangan itu. "Untuk memastikan sekiranya enakmen ini diluluskan oleh kerajaan bagi memastikan ini lebih efektif, mungkin orang ramai khususnya yang kurang mendapatkan maklumat dan melihat kepentingan bersama," katanya. Sementara itu Timbalan Presiden Malaysia Bar Council, Lim Chee Wee meminta kerajaan negeri mengkaji kesan Akta Rahsia Rasmi keatas dasar maklumat terbuka yang akan dibentangkan nanti. Fasal 5 Bahagian III Rang Undang-undang ini memperkatakan mengenai akses kepada maklumat di bawah kawalan jabatan dan sekiranya penzahiran dokumen yang mengandungi maklumat tersebut tertakluk kepada undang-undang bertulis, peluang orang itu untuk mendapatkan akses adalah juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Dalam sejarah negara, pemimpin telah menyorok di belakang OSA bagi mengelakkan rakyat mengetahui perjanjian-perjanjian yang menjejaskan kepentingan rakyat. Pakatan Rakyat sebelum ini telah berjaya mendedahkan beberapa penyelewengan Kerajaan BN dengan menggunakan kuasanya yang termaktub di dalam Seksyen 2(C) Akta Rahsia Rasmi. Dalam pada ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad membidas wakil rakyat BN kerana enggan menyertai proses memberikan rakyat Selangor hak untuk mendapatkan maklumat awam secara telus dan bebas. " Saya fikir perbahasan kita di dalam dewan tempoh hari, Bn juga ada dua pandangan, satu kata kekangan dengan semangat atas Akta Rahsia Rasmi dan kedua mengatakan ia tidak cukup baik kerana terdapat banyak kekangan, jadi sebab itu saya rasa perkara yang bersejarah kerana kerajaan negeri telah memberikan apa yang kita luluskan draft apa yang kita bincangkan kepada satu jawatankuasa untuk menambah baik. "Tetapi kita kesal dalam dua mesyuarat yang ada setakat ini pihak pembangkang masih lagi tidak adil. Jadi kalau mereka rasakan undang-undang ini perlu ditambahbaik, maka ini forum terbaik, dalam dewan pun forum mereka susah hendak memberi ruang untuk mencelah tapi ini kita beri ruang kepada mereka untuk bagi maklumbalas kepada mereka," katanya. | ||||
| Wawancara bersama Anwar Ibrahim oleh Sinar Harian Posted: 12 Aug 2010 02:50 PM PDT Mukadimah Dilahirkan pada 10 Ogos 1947, Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang sangat berpengaruh. Bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen, beliua merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh didunia oleh majalah Time 2008. Pada awal pembabitannya dalam politik, beliau adalah 'anak didik' Tun Dr. Mahathir Mohammmad didalam UMNO dan Barisan Nasional. Kemudian beliau tampil sebagai seorang pengkritik paling lantang terhadap kerajaan setelah dipecat daripada UMNO pada 1998.Pernah dijatuhi hukuman penjara, menjalani tempoh larangan berpolitik, dituduh ejen Yahudi dan dikecam pelbagai pihak namun tidak mematahkan semangatnya untuk berjuang dalam politik khususnya Pakatan Rakyat. Dalam usia 63 tahun, beliau masih gagah walaupun menghadapi tekanan politik dari segenap sisi. Pelbagai kecaman dan tuduhan diterima, ditambah pula dengan factor kesihatan, adakah Dato Seri merasakan sedang berhadapan dengan situasi amat sukar sekarang? Bagaimana Dato Seri menghadapinya? Anwar : Saya menggangap situasi ini sebagai menimba pengalaman. Saya tidak boleh menafikan bahawa soal tekanan ini melelahkan juga kerana saya tidak terfikir pemimpin Melayu UMNO akan melakukan sejauh ini kepada saya Kalau ditanya adakah sukar bagi saya? Ya Sukar, Apakah saya ada pilihan? Ya, saya tidak menpunyai pilihan, saya tahu risikonya. Tidak ada manusia yang mahu dimalukan hari-hari. Malah tidak ada manusia yang umurnya sudah melebihi 60 tahun mahu disumbat kepenjara. Saya tidak fikir akan dipukul dan diaibkan setiap hari melalui media malah tidak pernah terkecualipun. Saya tidak menjangka keadaan akan menjadi seperti sekarang. Tetapi saya bersyukur, tidak semua masyarakat terpengaruh dengan apa yang diberitakan. Ada yang menilai, ada yang menerima dan ada yang menolak.Pengalaman lalu itu sangat berharga bagi saya. Pada usia 60-an Dato Seri Nampak gagah dan bersemangat dalam politik, apakah Dato Seri tidak dihimpit dengan masaalah kesihatan? Anwar : Soal kesihatan, Alhamdulillah. Isteri saya doctor dan dia memang menitikberatkan soal kesihatan dan pemakanan saya. Pagi minum air panas dan madu. Memang boring breakfast pasal dia kata madu itu saja yang dia benarkan, madu yang lain tak boleh (sambil ketawa). Cuma bahagian belakang saya yang masih terasa sakit akibat kecederaan dalam tahanan dulu, iaitu agak lenguh, kalau naik tangga saya kena berhati-hati dan lebih selesa berpaut. Pilihanraya ke13 adalah penentu sejauh mana pengaruh perjuangan Pakatan Rakyat. Adakah Dato Seri meletakkan PRU ini sebagai matlamat misi Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Negara? Anwar : Berdasarkan senario politik sekarang, saya yakin PR akan memperoleh apa yang disasarkan. Kalau kita tengok situasi yang berlaku, saya Nampak UMNO begitu sukar untuk mempertahankan kerajaan mereka sekarang. Sebab itu bila kita sentuh isu Felda mereka gentar. Mereka belum menjawabpun isu itu, malah mereka sedang hangat pula memperkatakan tentang kerajaan perpaduan UMNO dan PAS. Usaha itu memperlihatkan seolah-olah UMNO begitu berhempas pulas untuk memecahkan perpaduan antara PAS dan PR. Kenapa mereka buat begitu adalah kerana UMNO tahu, sukar untuk mereka mempertahankan kerajaan yang mereka ada sekarang dalam pilihanraya umum akan datang. Walaupun UMNO menafikan tapi kita nampak usaha itu, kerana itu saya yakin perjuangan PR dalam pilihanraya umum akan datang akan membuahkan hasil, Insyaallah.. Kita akan mempertingkatkan program penerangan kepada akar umbi. Apa pandangan Dato Seri tentang pilihanraya masakini serta tekanan yang dihadapi PR dalam menghadapi PRU13? Anwar : Nak kata system pilihanraya sekarang tidak menipu, sukar. Kita semua tahu dan maklum isu ini terutamanya pengendalian undi pos dan pengecualian terhadap ratusan ribu rakyat kita diluar Negara yang tidak dibenarkan mengundi. Itu semua menggambarkan ketirisan dalam pilihanraya. Tapi saya yakin, kita masih ada kekuatan. Kita bertawakal dan ambil keputusan secara bijak dan kita laksanakan. Kalau ikut pertimbangan yang ada, saya tak fikir UMNO boleh menghalang seratus peratus kemaraan PR dalam pilihanraya umum yang akan datang. Soal tekanan yang dihadapi, saya akui PR menghadapi tekanan yang lebih keras. Strategi UMNO yang mempergunakan taktik kekangan media dan halangan menjalankan ceramah sedikit menekan usaha kita Umpamanya seperti apa yang berlaku di Port Dickson baru-baru ini, proses mendapatkan permit ceramah amat sukar. Begitu juga dengan penguasaan media-media di Malaysia. Kalau kita lihat sekarang media didominasi oleh sebelah pihak. Apa yang dilakukan terhadap Suara Keadilan contohnya, tapi saya faham masaalah dan tekanan yang dihadapi pihak media juga. Jadi saya serah kepada kebijaksanaan media itu sendiri dan saya percaya dengan kebebasan media. Apakah Dato Seri melihat kepimpinan Perdana Menteri sekarang mempunyai keterbukaan kepada media? Anwar : Keadaan telah berubah, kerana untuk beri kekangan kepada media seperti dulu agak susah. Najib lebih cenderung dipandang liberal dan demokratik. Tetapi untuk member kekangan danlarangan kepada media tidak mudah, umpamanya seperti Suara Keadilan. Saya akui selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi memerintah, ada sedikit ruang kepada kebebasan media, tetapi kepada media arus perdana mereka kekangan itu kelihatan lebih keras dari dulu, masih ada usaha untuk menyekat mereka kelihatan. Saya boleh agak terutama kepada berita-berita tertentu. Keadaan ini juga memaksa kerajaan UMNO menerima kenyataan baru dan reality politik yang ada sekarang. Maksud Dato Seri? Anwar : Saya melihat ada berita dipaparkan Sinar Harian yang dilihat sebagai berani, iaitu menyiarkan kenyataan positif tentang saya, saya kira itu agak bahaya dan fobia bagi kerajaan Persekutuan. Saya kenal tokoh-tokoh didalam UMNO ini tetapi saya bersyukur walau apa pun yang mereka lakukan ianya tidak terlalu menganggu saya. Berhadapan dengan UMNO saya perlu bersedia apabila etika dan kebenaran tidak dipedulikan. Tidak perlu gundah gulana, saya kena bersedia menghadapi rasuah media. Saya berdoa moga-moga kalian (Media) dapat menjalankan tugas dengan baik. | ||||
| Posted: 12 Aug 2010 10:29 AM PDT ![]() Marah sesangat 'orang' tu pada Tony Pua. Ini mesti pasal Tony sarankan agar diskaun bumi putera dihapuskan bagi pembelian hartanah mewah. Aha... yang termampu dibeli oleh orang kekaya jer. Dia cuma bagi saranan. Ater.... kalau tak setuju, argue ler. Bagi ler reason yang munasabah sikit daripada alasan yang diberi oleh Tony Pua. Ini asyik-asyik nak melenting jer. Hak bumi putera jangan digugat ler.... Termaktub dalam perlembagaan ler.... Whatever ler.... Menyampah aku!! Hak orang kaya-kaya jer yang demer nak jaga. Hak marhaen Melayu yang susah-susah di bawah ni, bukan demer nak jaga. Sebaliknya... habis demer gasak dan leburkan. Pohcik....!! Lebuh....!! Yang gasak pulak tu.... orang Melayu kaya-kaya yang jadi pemimpin UMNOAPCO. Melayu-UMNO kaya raya... gasak hak Melayu-Marhaen yang miskin-miskin ni. Yang kaya.... terus kaya-raya tetapi yang miskin dan sederhana semakin terhimpin kehidupan mereka. Lepas tu... lagi nak bersoreh pasal hak Melayu?? Tak habis-habis nak guna hak istimewa Melayu untuk mencengkam sokongan Melayu kepada mereka. Pooodaahh!! Melayu bodoh jer yang masih terpengaruh... Yang cerdik semua dah cabut!! Yang bangangnya.... mereka tau nak menggugut jer. Tak cukup dengan ugutan mulut..... ugut pulak dengan peluru dalam envelop. Ciittt... bacul betul!! Kononnya..... Bang!! Bang!! Watch out Tony Pua!! Ituler budaya orang bangang macam zaman koboi dulu. Yang demer tahu, bang.... bang.... bang....membabi buta. Tapi.... at least koboi ada guts untuk bertarung secara berdepan. Ini tidak.... antor peluru dalam envelop. Baca sini. Kah.... kah.... kah.... Itu namanya tindakan pengecut!!! Tindakan orang.... yang 'tarak tulur'!! | ||||
| Kerajaan Tidak Dapat Kawal Kenaikan Harga Bawang Putih ..ha.ha..alasan otak kontot...!!! Posted: 12 Aug 2010 09:49 AM PDT PUTRAJAYA: Kenaikan harga bawang putih di pasaran tempatan kini, adalah sesuatu yang tidak boleh dielak dan dikawal oleh kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata peniaga tempatan terpaksa menaikkan harga bawang putih kerana mereka telah mengimport bahan makanan itu dari China dengan harga yang tinggi. "Harga bawang putih naik kerana ia diimport dari China. Keadaan cuaca di China telah menjejaskan pengeluaran bawang putih di negara berkenaan. "Sebagai pengimport, kita (peniaga tempatan) membelinya dengan harga yang tinggi dari China dan mereka tiada pilihan selain terpaksa menjualnya dengan harga yang tinggi," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Bazar Ramadan di Presint 2, di sini Khamis. Ismail Sabri berkata Malaysia bergantung kepada China untuk mendapatkan bawang putih kerana negara berkenaan merupakan pengeluar terbesar bahan makanan tersebut. Katanya kerajaan tidak boleh membuat keputusan tergesa-gesa bagi mendapatkan bekalan bawang putih dari negara lain kerana ia membabitkan kontrak jangka panjang antara pengimport dan pengeluar bahan makanan itu. Hari ini, harga runcit bagi satu kilogram bawang putih sekarang hampir RM10 disebabkan bekalan yang terhad berikutan banjir di China. Sesetengah bawang putih bergred tinggi dilaporkan berharga lebih daripada RM10 dan harga itu berbeza mengikut lokasi. Harga borong bagi bawang putih yang biasanya antara RM3 dan RM3.50 sekilogram melonjak kepada RM8.50 sekilogram. Sementara itu, Ismail Sabri berkata daripada tinjauannya hari ini dan di Seksyen 17 Petaling Jaya semalam, harga bahan makanan dan minuman di bazar Ramadan adalah sama seperti tahun lepas, walaupun harga gula naik 25 sen sekilogram, bulan lepas. "Sebelum ini, rakyat menyuarakan kebimbangan harga bahan makanan dan minuman yang berasaskan gula akan naik tetapi daripada laporan yang saya terima dari pengarah-pengarah negeri juga menyatakan harga bahan makanan dan minuman masih kekal seperti tahun lepas," katanya. Beliau berkata harga ayam di Putrajaya juga masih berpatutan walaupun di beberapa tempat harga bahan bekalan itu agak tinggi kerana peniaga di sini, berpendapat mereka masih boleh mendapat untung jika menjualnya dalam kuantiti yang banyak. Ditanya mengenai terdapat peniaga Melayu menjadi mangsa pengusaha-pengusaha pusat beli-belah bertaraf lima bintang yang mengenakan kadar sewa yang tinggi sehingga menyebabkan mereka terpaksa menutup premis masing-masing, Ismail Sabri berkata setakat ini beliau belum mendapat laporan berhubung perkara itu. Sehubungan itu, beliau menasihatkan peniaga-peniaga terbabit supaya membuat laporan kepada kementeriannya dan beliau akan membangkitkan perkara itu walaupun ia bukan di bawah bidang kuasa pihaknya. "Kalau mereka kemukakan laporan, saya akan sampaikannya kepada pihak-pihak berkaitan," katanya. - BERNAMA | ||||
| Posted: 12 Aug 2010 09:47 AM PDT PETALING JAYA: Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dengan harga ayam yang naik mendadak ketika ini kerana ia hanya bersifat sementara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim. Katanya kenaikan harga ayam di sesetengah tempat bukan disebabkan faktor kekurangan bekalan tetapi sikap pembekal yang sengaja menaikkan harga sesuka hati berikutan permintaan tinggi terhadap barang itu ketika ini. "Ini semua taktik mereka kerana daripada mesyuarat yang saya hadiri pagi tadi dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bekalan lebih daripada mencukupi iaitu 10.5 juta ekor ayam untuk seminggu walhal permintaan ayam sehari hanya satu juta ekor. "Keadaan ini disebabkan kuasa pasaran iaitu apabila permintaan lebih tinggi dan ayam pula bukan barang kawalan, mereka telah naikkan harga di peringkat runcit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan menyampaikan zakat di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) di sini, malam Khamis. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harga ayam yang naik mendadak di beberapa buah negeri dengan bermulanya bulan Ramadan ini. Rohani berkata kementerian itu sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga barang tidak dinaikkan sesuka hati. Beliau berkata pengguna juga berupaya mengelakkan diri mereka daripada terus ditindas dengan memainkan 'kuasa pembelian' sepenuhnya. "Sementara harga ayam tengah naik, pengguna boleh tukar kepada makanan lain dan ini akan menyebabkan permintaan menurun dan akhirnya harga ayam pun akan turun juga kerana ayam bukan gula yang boleh disimpan. Apatah lagi orang sentiasa nak yang segar," katanya. Bagaimanapun, Rohani menjelang Aidilfitri ayam akan dijadikan barang kawalan dan harganya akan terkawal. Sementara itu, MKM menyumbang sebanyak RM10,000 yang diagihkan kepada 35 pelajar MKM dan Madrasah Tahfiz al-Quran Ar-Rashid dari Klang. - BERNAMA | ||||
| Kain rentang: PKR sedia mengadap Baginda Sultan beri penjelasan Posted: 12 Aug 2010 09:35 AM PDT Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa parti itu rela menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi memberi penjelasan sebenar, namun bukan bererti untuk memohon ampun dan maaf.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas berkata, keputusan untuk menghadap Baginda Tuanku diputuskan Majlis Pimpinan PKR negeri dalam mesyuarat tergempar yang diadakan kelmarin. Katanya, keputusan yang dicapai itu akan dilakukan dalam waktu terdekat bagi meredakan kemurkaan Baginda Tuanku yang sebelum ini murka dengan penyebaran kain rentang yang melibatkan Baginda Tuanku di kancah politik. "Kami semua sepakat untuk menghadap Baginda Tuanku sekiranya diperkenankan dan kita akan memberi penjelasan sebenar kepada Baginda Tuanku tentang apa yang berlaku. "Untuk minta maaf, kita tidak akan lakukan sebab kita tidak bersalah, yang bersalah seharusnya yang meminta maaf," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendesak kepimpinan PR memohon ampun dan maaf berikutan tindakan mengaitkan Baginda Tuanku dalam arena politik. Muhyiddin menegaskan, tindakan itu jelas tidak menghormati institusi diraja selain boleh disifatkan sebagai menjatuhkan maruah serta martabat institusi berkenaan. "Kami sentiasa menghormati titah Baginda Tuanku dan jauh sekali untuk mencemarkan nama Institusi Diraja demi mencapai kepentingan politik," katanya. Katanya, beliau berharap agar polis dapat menjalankan siasatan yang terperinci bagi mengheret individu yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. -SH | ||||
| "Nota Terakhir" Teoh Satu Rekaan Oleh Peguam Negara Posted: 12 Aug 2010 09:23 AM PDT Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan TeohKeluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan "rasa tidak puas hati, marah dan kecewa" berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya. Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan. "AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan," petik kenyataan itu. "Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?" Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka. "Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melengah-lengah)," kata keluarga itu. Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh. Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner. Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'. -MK Ulasan GB Isu ini, telah GB ulas di SINI. Apa yang GB cadangkan sebelum ini dipersetujui oleh keluarga mendiang bahawa: "Sesiapa pun boleh menulis dan kemudiannya menyatakan ia ditemui pada si mangsa. "Nota terakhir" itu perlukan siasatan terperinci. Perlu dilakukan siasatan forensik untuk dikesani bila ia ditulis, tangan siapa yang menulisnya, pena dan kertas apa dan mana yang digunakan, cap-cap jari siapa ada di atasnya dan keadaan yang bagaimana ianya ditemui." | ||||
| Siapa Kata Hanya Penjaja Melayu di Usir di Pulau Pinang? Apa UMNO tak nak bela ke mereka nie..??? Posted: 12 Aug 2010 09:15 AM PDT by Anak Sungai Derhaka Selama ini kita sering melihat UMNO cuba untuk menjadi juara dalam mengutarakan sebarang isu berkaitan Melayu yang boleh memperlihatkan UMNO sebagai prihatin tentang nasib Melayu.UMNO menyalahkan pihak Kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dengan mengatakan hanya gerai peniaga Melayu yang dirobohkan tetapi gerai peniaga Cina dibiarkan.. Hanya UMNO yang berpendapat begitu.. sebenarnya undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MPSP atau MPPP tidak mengenal warna kulit.. Penjaja yang menjalankan perniagaan di Pusat Penjaja Taman Seri Rambai di Jalan Binjai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah diberikan notis Pindah atau Keluar dari kawasan perniagaan mereka oleh MPSP kerana didakwa telah menjalankan Perniagaan tanpa lesen yang sah. Notis yang memberikan tempoh dua hari untuk mengosongkan premis itu telah diserahkan oleh pihak MPSP pada 06 Ogos 2010 jam 5.35 Petang. Peniaga-peniaga disitu mendakwa tiada sesiapapun dari Kerajaan Negeri yang datang membantu mereka dan mereka akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meminta bantuan. Kesemua peniaga-peniaga yang terlibat adalah dari kaum Tiong Hua, mereka diarah berpindah dalam masa DUA HARI kerana berniaga tanpa lesen.. MCA telah dilihat cuba untuk menjuarai isu ini dengan mengapi-apikan lagi peniaga yang sedia panas, sama seperti UMNO yang cuba menjuarai isu gerai-gerai peniaga kecil Melayu yang berniaga tanpa lesen ataupun mendirikan gerai mereka diatas tanah kerajaan. Jadi… Siapa kata hanya Peniaga Melayu dan Gerai milik peniaga Melayu di robohkan oleh MPSP atau MPPP di Pulau Pinang? Sumber gambar : Facebook MCA Bukit Mertajam | ||||
| Pemuda PAS Pinang selar politik murahan UMNO-BN Posted: 12 Aug 2010 09:05 AM PDT Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP PP) menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan isu peniaga melayu di Bangunan KOMTAR adalah tidak lebih sebagai politik murahan UMNO-BN dalam meraih sokongan pengundi Melayu memandangkan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya kini sudah muak dengan perangai jijik pimpinan UMNO-BN selain cuba hendak mengalihkan isu kenaikan harga barang yang "menjerut leher" peniaga dan pembeli semasa menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yagn bakal tiba nanti. 1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat tiga KOMTAR meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan. 2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat empat untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi. 3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya. Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan. DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu.Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO-BN yang terus sombong walaupun sedang "nazak". *Kenyataan media oleh Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang. | ||||
| APA TERUK SANGAT SI EZAM NI ? DENGAN KAK WAN PUN NAK CARI PASAL ! Posted: 12 Aug 2010 09:04 AM PDT ![]() Dah-dah la Zam. Apa la teruk sangat kau ni sampai Kak Wan pun kau nak heret dalam sandiwara untuk puaskan Kepala Penyamun UMNO kau ni ? Apa yang tak puas hati sangat ni ? Mungkin sekarang ni puak pengikut kau tengah sorak keliling " Ezam berani... Ezam cabar Wan Azizah...Ezam ni ada prinsip.... " Tapi kau tahu tak sebenarnya orang luar dan dalam UMNO tengok kau macam mana ? Kau tahu tak orang bukan benci atau meluat ke apa. Orang kesian tengok keadaan kau main politik nih. Dah-dah la Zam. Orang semua tahu kau Kaki Kondo belakang The Mall. Apa lagi yang kau nak menyalak lagi ? Dulu Dato Seri dengan Kak Wan percaya dekat kau tolong jengahkan mana yang patut. Jangan la hari ni kau jaja cerita peribadi ke hulu ke hilir.... Kau ingat orang UMNO tak pandang serong ke dekat kau ? Depa semua cakap Ezam ni anytime jek dia boleh hamburkan semua benda yang dalam UMNO la ni bila dia tak puas hati dengan kita pulak. Kau nak main politik kau main la Zam. Tak payah la nak bawak cerita yang kau tertinggal seluar dalam dekat kondo belakang The Mall tu Zam. Main politik macam kau main ni makan diri. Kalau kau nak jaja cerita PKR ni Penjilat DAP kau jaja la... Kau cakap la berdegar-degar dekat makcik UMNO tu... Takde orang nak meluat pun.... Tapi sampai cerita seluar dalam kau yang kau tertinggal dekat Kondo belakang The Mall pun kau nak jaja , ini kes berat dah ni.... Orang UMNO semua tengah gelak kan tengok kau kena bodoh-bodohkan dengan diorang. Kau ingat diorang suka kau ke ? Kau percaya la cakap aku , tengok bila kau nak bertanding jawatan dalam UMNO nanti , habes semua cerita Kondo belakang The Mall ni orang UMNO keluarkan.... Kau tunggu jek.......... BUAT BAIK DIBALAS BAIK , BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT ! Ye la , sampai bila kau nak jadi pencacai UMNO kan ? Takkan la taknak bertanding jawatan dak ? Kau cuba intai kerusi Shah Alam tu , tengok UMNO Selangor nak bagi line ke takde ? Pikir panjang sikit Zam........ Kita ni nak berpolitik bukan setahun dua ni..... Ada 10 , 20 tahun lagi depan nih............ Teman-teman maseh ingat jasa kamu !!!! PANGKAH PAKATAN RAKYAT !!! SELAMATKAN EZAM DARI TERUS HANYUT DENGAN POLITIK MURAHAN !!! |
| You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















Sehubungan itu, beliau menyangkal dakwaan Umno yang menyifatkan PAS membiayai jutaan ringgit bagi pelajar Malaysia yang berada di luar negara termasuk Mesir bagi melahirkan pemimpin pembangkang.
































DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan