Senyum Tangis Sendu |
Posted: 18 Aug 2010 04:00 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan surat tuntutan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa beliau membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita. Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar. "Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi. "Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa 7 hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," ujar Latheefa yang juga Ketua Penerangan KEADILAN. Menurut Latheefa, jumlah tersebut adalah munasabah memandangkan fitnah tersebut mempunyai impak global terhadap imej dan maruah Ketua Umum KEADILAN. Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut. | ||
Posted: 17 Aug 2010 04:24 PM PDT
Seorang pemuda Uzbekistan yang didakwa mengalami tekanan kerana masalah peribadinya ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Taman Ampang Utama di sini semalam. Mangsa yang berusia 24 tahun itu dikatakan terjatuh dari pangsapuri itu pada pukul 10.30 pagi dan mayat mangsa ditemui penghuni di kondominium berkenaan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, semasa kejadian itu ibu bapa dan seorang adik perempuan mangsa ada di dalam rumah tersebut. "Mengikut keluarga mangsa, pemuda itu sejak kebelakangan ini dalam keadaan tertekan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan