Rabu, 18 Ogos 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Ewah, ewaaahhhh ... Tahnia'ah dapat Bonus ....

Posted: 18 Aug 2010 05:54 AM PDT

Ewah, ewaaahhhh ... Tahniah dapat Bonus ....
Negeri PR lain macamana ....?

Di sini.

Awek ni ....? Entah kenapa saya tak sedap hati ....?

Posted: 18 Aug 2010 12:10 AM PDT

Entah kenapa saya tak sedap hati dengan
penampilan awek ini ...?

Pornthip: Kesan Luka Pada Leher Beng Hock Akibat Tekanan Melampau

Posted: 17 Aug 2010 11:45 PM PDT

"Pakar patologis Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tampil membentangkan penemuannya hasil dari pemerhatian prosedur bedah-siasat kedua di inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini.

Pornthip disambut dengan tepukan gemuruh para hadirian yang mahu mendengarnya beliau mengesahkan pengumumannya sebelum ini, bahawa setiausaha politik kepada Exco Selangor itu ada 80 peratus kebarangkalian dibunuh.

Selain dari patologis terkemuka dunia ini, bekas Ketua Makmal Forensik PDRM Amidon Anan turut menyertai inkues hari ini selaku pemerhati.

Sidang bermula dengan Koroner Azmil Muntapha Abas memanggil Pornthip ke kandang saksi. Beliau dipanggil untuk menjawab soalan dari peguam Malek Imtiaz Sarwar mewakili Kerajaan Selangor.

Pornthip berkata beliau menemui kesan hemoraj pada leher Beng Hock yang menjalar sehingga ke otot. Menurut pakar ini, kecederaan sedalam ini hanya boleh berlaku dengan tekanan yang kuat pada leher."

Sepenuhnya di sini.

Panas: Jangan guna ISA, Operasi Lalang

Posted: 17 Aug 2010 11:12 PM PDT

"KUALA LUMPUR, 18 Ogos: PAS mengingatkan kerajaan supaya jangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Operasi Lalang sebaliknya bertarunglah dalam gelanggang demokrasi, di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad membuat gesaan itu ekoran bimbang dengan suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas.

Justeru, katanya PAS mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambinghitamkan pembangkang kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen BN.

"Pemimpin Umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan Melayu malahan juga telah ditolak oleh orang Melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily."

Sepenuhnya di sini.

Soi Lek kecewa amaran Muhyiddin, usah pukul gendang perkauman

Posted: 17 Aug 2010 05:45 PM PDT

"KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecewa dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menggunakan insiden 13 Mei 1969 untuk memberi amaran kepada MCA agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) jika mahu memperjuangkan kepentingan komuniti Cina.

Kata Dr Chua, pemimpin-pemimpin BN tidak perlu memukul "gendang perkauman" kerana rakyat Malaysia kini lebih matang dalam memahami perkembangan semasa.

Selain itu kata beliau, apa yang diminta oleh MCA bukan dengan mengetepikan kepentingan atau hak mana-mana kaum lain.

Bekas Menteri Kesihatan itu menekankan rakyat Malaysia kini lebih matang berbanding persekitaran 1969 dan boleh terlibat dalam perbincangan-perbincangan waras.

"Keadaan sosioekonomi di Malaysia sekarang jauh berbeza berbanding tahun 1969 memandangkan rakyat Malaysia berupaya untuk mengadakan perbincangan rasional tanpa memukul gendang perang perkauman," katanya."

Sepenuhnya di sini.

Pornthip Tiba Diselubungi Kerahsiaan, Kawalan Ketat

Posted: 17 Aug 2010 10:29 AM PDT

"Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang dibawa oleh kerajaan Selangor bagi memberi keterangan pada inkues Teoh Beng Hock, tiba di negara ini dengan kawalan ketat pihak keselamatan yang dibekalkan oleh kerajaan negeri dan cuba dirahsiakan.

Dr Pornthip tiba pada jam 12.30 tengah hari tadi. Pada April lalu, beliau membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir bagi meneruskan untuk memberi keterangan. Ia berikutan 'nasihat' daripada majikannya, Kementerian Undang-undang Thailand supaya membatalkan kehadirannya kerana terdapat 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia.

Beliau dijangka memberi keterangan apabila inkues bersambung esok.

Pakar patologi Thailand itu juga pernah memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa beliau juga dinafikan melawat Kelantan awal tahun ini bagi menyiasat pembunuhan di selatan Thailand."

Sepenuhnya di sini.

Tiada ulasan: