BRIGED MP SEGAMBUT |
- CALON M MB KELANTAN BODOH GOBLOK? HA HA HA
- GENDANG PERKAUMAN TELAH DITIUPKAN?
- Ridhuan Tee Abdullah:ISTIHARKAN DIRI ANDA MASUK UMNO!!
- SPEKULASI INI MENGARAH KEPADA KEKACAUAN:MUNGKINKAH ISA BERAKSI BUAT PAKATAN RAKYAT?
CALON M MB KELANTAN BODOH GOBLOK? HA HA HA Posted: 17 Aug 2010 08:08 PM PDT Exco kanan, kerajaan negeri Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan telahpun mengambil kira risiko sebelum memperkenalkan dinar emas dan dirham perak ke pasaran negeri itu. Bel "Kalau pengguna akan ditipu, sudah tentu politik PAS akan terjejas," kata Husam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang dipetik Utusan Malaysia hari ini bahawa peniaga berisiko ditipu oleh "penyangak matawang" apabila menggunakan wang syiling itu untuk urusan jual beli mereka. Masalah itu mungkin akan menyebabkan nilainya jatuh mendadak sehingga 20 peratus, kata Awang Adek lagi dalam laporan sama. Mengulas lanjut, Husam berkata kenyataan itu juga menunjukkan kejahilan Awang Adek berhubung kestabilan harga emas dan perak. Mengulas kenyataan itu, Husam berkata kenyataan itu juga merupakan satu usaha untuk "menghina intelek orang ramai" kerana kestabilan harga logam itu sendiri boleh dilihat melalui fakta ekonomi dan dari sudut sejarah. Hus "Pada masa harga emas jatuh, peniaga itu boleh simpan dinar mereka dan gunakan wang ringgit. "Alasannya, dinar ini bukanlah untuk mengganti ringgit seratus peratus tetapi sebagai pelengkap kepada wang ringgit," katanya lagi. | |||
GENDANG PERKAUMAN TELAH DITIUPKAN? Posted: 17 Aug 2010 06:59 PM PDT Soi Lek kecewa amaran Muhyiddin, usah pukul gendang perkauman TERKINI @ 07:26:34 PM 17-08-2010 August 17, 2010 KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecewa dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menggunakan insiden 13 Mei 1969 untuk memberi amaran kepada MCA agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) jika mahu memperjuangkan kepentingan komuniti Cina. Kata Dr Chua, pemimpin-pemimpin BN tidak perlu memukul "gendang perkauman" kerana rakyat Malaysia kini lebih matang dalam memahami perkembangan semasa.Selain itu kata beliau, apa yang diminta oleh MCA bukan dengan mengetepikan kepentingan atau hak mana-mana kaum lain. Bekas Menteri Kesihatan itu menekankan rakyat Malaysia kini lebih matang berbanding persekitaran 1969 dan boleh terlibat dalam perbincangan-perbincangan waras. "Keadaan sosioekonomi di Malaysia sekarang jauh berbeza berbanding tahun 1969 memandangkan rakyat Malaysia berupaya untuk mengadakan perbincangan rasional tanpa memukul gendang perang perkauman," katanya. "Apa yang kami minta cuma bahagian yang adil. Dijamin, MCA tiada rancangan atau minat untuk menafikan hak-hak kaum lain yang mereka berhak," kata beliau dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di sini. Timbalan Perdana Menteri semalam mengingatkan Dr Chua agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain. Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata Dr Chua seharusnya bersikap lebih terbuka dan peka terhadap sensitiviti serta keperluan bangsa lain di negara ini. "Apa pun yang hendak diperjuangkan, kepimpinan sesuatu kaum itu adalah hak mereka tetapi jangan dilihat menjejaskan kepentingan kaum yang lain. "Umno, parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi mengambil kira nasib kaum yang lain. "Oleh itu, jangan menimbulkan keresahan dan kemarahan hanya kerana hendak mempertahankan resolusi dan sensitiviti dan hak kaum lain," katanya. Kata Muhyiddin, sasaran 30 peratus penguasaan ekuiti Bumiputera belum dicapai dan ia bukan tuntutan melampau di mana dalam keadaan yang sama, kaum Cina telah menguasai 40 peratus dalam ekonomi negara. "Ini harus dilihat dalam konteks yang lebih besar. Tanpa pembahagian yang adil, kita lihat apa yang terjadi pada tahun 1969 (rusuhan perkauman)... saya berharap tidak akan berlaku lagi," katanya. Muhyiddin berkata dalam keadaan ekonomi pada masa kini, Dr Chua harus memahami dan menyedari penguasaan kaum Melayu masih belum mencapai sasaran, dan beliau perlu bersikap adil terhadap orang Melayu. Dr Chua berkata, MCA sentiasa setia kepada perjuangan BN, tetapi pada masa yang sama perlu kekal relevan dengan memenuhi keperluan masyarakat Cina. "MCA sensitif dengan peranannya dalam lingkungan Barisan Nasional tetapi kami ada peranan untuk dimainkan selaku parti kaum Cina, agar kita boleh kekal relevan. Sehubungan itu kata beliau, kesetiaan MCA kepada BN tidak harus dipersoalkan memandangkan ia telah melalui detik-detik pahit dan manis apabila Umno berhadapan dengan situasi sukar. "Ketika itu MCA telah memberikan sokongan bagi memastikan kemenangannya dalam pilihan raya," kata beliau lagi. Malah kata beliau, partinya tidak pernah mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, sambil menekankan bahawa tindakan afirmatif seharusnya berasaskan keperluan, merit dan mesra pasaran. Kata Dr Chua, pihaknya juga memperjuangkan bahawa kaum Bumiputera turut wajar diberikan keistimewaan harga dalam sektor-sektor tertentu apabila ekonomi diliberalisasikan untuk pelaksanaan tender terbuka. | |||
Ridhuan Tee Abdullah:ISTIHARKAN DIRI ANDA MASUK UMNO!! Posted: 17 Aug 2010 04:51 PM PDT Ekoran tulisan yang menimbulkan kemarahan PAS, pendakwah terkenal Ridhuan Tee Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa parti Islam itu "suka mengkafir" atau mengisytiharkan saja penyertaannya dalam Umno. Timbalan ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani berkata, kenyataan 'Cina mualaf' itu Ahad lalu cenderung memburukkan PAS, sedangkan sebagai pendakwah bebas dan ahli akademik beliau "tidak sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak." Dalam satu kenyataan hari ini, Azman Shapawi berkata sebagai seorang ahli akademik yang mendapat pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan."Beliau (Ridhwan) seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS atas tuduhan yang sebegitu rupa," kata Azmah Shapawi. "Inilah akibat apabila belajar Islam dengan Umno yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan Tee sendiri." Menulis dalam kolumnnya di Mingguan Malaysia awal minggu ini, Ridhwan berkata Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Persekutuan begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu. Sehubungan itu, tulisnya, perkara utama berkaitan Islam dan pribumi - seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata -difokuskan. "Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. "Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain," coretnya dalam artikel berjudul 'Jangan terlalu berani mencabar'. "Pemuda PAS menyifatkan bahawa kenyataan Ridhuan Tee (itu) tidak mencerminkan tahap pencapaian pendidikan yang beliau perolehi," katanya. Menurut Azman Shapawi, kenyataan pensyarah agama di Universiti Pertahanan Malaysia itu merupakan tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam. "Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan? PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam malah setiap tindak tanduk dan keputusan mestilah berlandaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama," kata Azman Shapawi lagi | |||
SPEKULASI INI MENGARAH KEPADA KEKACAUAN:MUNGKINKAH ISA BERAKSI BUAT PAKATAN RAKYAT? Posted: 17 Aug 2010 09:47 AM PDT Ganti perlembagaan implikasi besarPUTRAJAYA 16 Ogos – Rakyat negara ini diperingatkan bahawa sebarang cadangan untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan boleh membawa padah negatif yang menyusahkan. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, ini kerana ia semacam membuka 'empangan bah sosiopolitik' yang amat besar dan meluas implikasinya. Dalam aspek ini, beliau khuatir kepentingan-kepentingan kontrak sosial sedia ada mungkin pecah dan merugikan banyak pihak terutama orang Melayu. ''Sesuatu pindaan perlembagaan negara tidak harus dianggap mudah. ''Cadangan itu juga bercanggah dengan gagasan 1Malaysia yang meletakkan 'penerimaan' sebagai salah satu tiangnya. ''Pada masa ini, cadangan itu tidak mungkin lantaran tiadanya kuasa dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat. Lagipun perpecahan Melayu kini di bawah pelbagai badan politik tidak mengharuskan cadangan tersebut. Apa-apa cadangan meminda perlembagaan dalam masa terdekat akan membawa implikasi berat yang menyukarkan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. Beliau mengulas pendedahan yang dibuat oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam bahawa sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini. Perkara tersebut didedahkan mufti berkenaan semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh. Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. "Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu. "Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya. Dari sumber ini |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan