A Mum Of Three Mohd |
Posted: 19 Aug 2010 08:22 AM PDT Syabas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor Darul Ehsan pimpinan Khalid Ibrahim!! Sebagai kerajaan yang dipilih oleh rakyat, maka langkah merakyatkan ekonomi Selangor yang dilaksanakan oleh kerajaan Selangor adalah satu langkah yang amat wajar dan tepat. Ini membuatkan rakyat Selangor rasa yang diri mereka dihargai. Dengan menyertakan rakyat dalam perancangan merangka pelan hala tuju atau 'Selangor Blueprint' untuk tahun 2011-2013, yang akan merangkumi pelbagai sektor dan aktiviti sosial serta ekonomi di negeri itu, juga dapat mempamerkan keikhlasan dan ketelusan kerajaan dalam mentadbir negeri. Ini baik.... kerana, rakyat akan berpeluang untuk turut serta menyumbang idea serta pandangan mereka sebelum sesuatu perancangan diputuskan dan dilaksanakan oleh kerajaan yang mereka pilih. Keterlibatan rakyat secara langsung seperti ini dapat meningkatkan kepercayaan rakyat terhapap kerajaan. Dan.... kerajaan pula dapat memahami kehendak dan aspirasi rakyat. Lantas, akan wujud semangat pertanggungjawaban bersama terhadap hala tuju negeri. Aha... Negeri kita tanggung jawab kita bersama!! Rakyat akan rasa yang mereka adalah sebahagian daripada kerajaan. Mereka akan lebih mengenali kerajaan yang mereka pilih. Tak kenal.... tak cinta, tetapi.... kalau dah kenal, barulah rasa cinta akan berputik dan mekar. Oleh itu.... langkah pro-aktif yang diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan mewujudkan rasa cinta, hormat dan bangga rakyat Selangor pada kerajaan yang mereka pilih. Dengan bangga mereka akan berkata..... " Inilah kerajaan KAMI..... Kerajaan KITA!!" Sumber di sini. |
Posted: 18 Aug 2010 08:02 PM PDT Apa persepsi rakyat tentang Perang UMNO-MCA?? Banyak berpendapat..... ia hanya satu sandiwara atau wayang untuk menghalalkan matlamat jahat mereka. Matlamat untuk menghancurkan Pakatan Rakyat yang kini merupakan ancaman besar kepada penguasaan politik Barisan Nasional. Ia satu perangkap buat Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat dilihat mampu membangkitkan satu lagi gelombang rakyat yang bakal menghasilkan tsunami yang lebih dahsyat dariapada PRU12. Pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasai telah menjadi semakin mantap. Satu demi satu serangan ke atas mereka, berjaya ditepis. Sokongan rakyat kepada mereka semakin ketara. Malah... sebagai sebuah kerajaan yang naik hasil sokongan rakyat.... rakyat sudah mula dapat menikmati kesejahteraan pentadbiran mereka. Hasil pendapatan negeri banyak yang telah dirakyatkan. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah. Rakyat dan kebajikan mereka memang sentiasa di hati para pemimpin ini. Ini yang membuat UMNO/BN sakit hati!! Ini yang membuat mereka gila babi!! Lantas, sesuatu mesti dilakukan. Kalau tidak.... UMNO/BN akan tinggal sejarah. Aha.... sejarah hitam buat rakyat Malaysia. Sebagai strategi untuk menjayakan matlamat mereka, mereka menayangkan satu drama perang saudara. Perang antara UMNO-MCA. Kemudian disertai pulak oleh PERKASA dan PERKATAK serta sang Mufta. Semuanya berada di sebelah pihak UMNO. Dalam perang tersebut UMNO bersenjatakan Perkara 153 dan 11 Perlembagaan negara, manakala MCA bersenjatakan kepentingan kaum Cina. Itu sajalah peluru ynag mereka ada.... dulu, kini dan selamanya. Bagi Pakatan Rakyat, mereka lihat ini sebagai sebuah wayang yang tak berkuali. Wayang low budget!! Dalam perang saudara ini, parti-parti dalam Pakatan Rakyat terkena juga peluru sesat yang disengajakan bagi mengheret mereka ke kancah peperangan. Selain peluru sesat.... provokasi juga dilancarkan. Oleh itu, Pakatan Rakyat mesti bijak dalam bertindak. Jangan sekali-kali terlibat secara langsung dalam pertikaian mereka. Tepis provokasi mereka dengan bijak. Jangan sekali-kali sentuh atau guna peluru berjenama rasis, kerana... ia najis yang boleh mencemar dan mendatangkan mudarat kepada Pakatan Rakyat. Lantaran itu.... DAP telah memberi arahan kepada para pemimpinnya agar tidak terlibat dengan 'perang saudara' UMNO-MCA. Bahaya buat mereka.... Think wise, act wise!! Begitu juga dengan PKR.... Walaupun terkena peluru sesat dan provokasi tapi setakat ini mereka hanya menepis serangan yang buat ke atas mereka oleh ejen-ejen batu api UMNO, tanpa menyentuh sebarang unsur-unsur berbau rasis. Wise and smart move!! Bravo!! PAS, on the other hand, ok saja. But, semalam.... terkejut aku dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS si Nasaruddin yang memberi AMARAN kepada MCA. Apa hal pulak mamat ni?? Dia seolah-olah menyalahkan MCA dan seolah-olah bersetuju dengan UMNO secara tak langsung. Sepatutnya.... beri amaran kepada kedua-dua MCA dan UMNO. Sebab.... mereka 2X5!! Kerana..... kedua-duanya mengamalkan politik perkauman. Dan.... adalah bijak sekiranya Nasaruddin terus tidak mencampuri urusan perang UMNO-MCA. Biarkan mereka berperang sampai mampus. Jangan sebut nama UMNO dan jangan mention nama MCA. Sebaliknya.... cuma perjelas dan tegaskan saja pendirian Pakatan Rakyat berhubung Perkara 153 dan Perkara 11. Biar rakyat nampak.... biar rakyat faham... kesepakatan yang telah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat berhubung dua perkara tersebut. Tunjukkan kepada rakyat, kesepakatan kita... kesepakatan yang MANTAP!! Apabila dia memberi amaran kepada MCA sahaja, dia telah memberi advantage kepada UMNO, kerana.... kenyataannya itu memberi gambaran seolah-olah UMNO itu juara mempertahankan hak bangsa Melayu yang dah tinggal kerodak. Ditambah pulak dengan dakwaan sang mufta dari Perak dan sang katak dari Bayan Baru tentang "Perlembagaan Baru" dan "Perang Besar", maka.... sedikit sebanyak ia akan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan bangsa Melayu terhadap masa depan mereka. Sebab itu.... tindakan Nasaruddin merupakan satu tindakan yang merugikan Pakatan Rakyat. Mengapa?? Kerana ini akan membola-balikkan hati dan fikiran rakyat.... khususnya mereka yang berada di atas pagar dan yang mula nak memanjat pagar bagi menyeberang ke kawasan kita. Apa yang kita tak mahu terjadi ialah apabila semua mereka yang berada di atas pagar akan terjun ke kawasan UBN dan mereka yang sedang berkira-kira serta yang sedang memanjat pagar akan terjun balik ke kawasan asal mereka. Fuuhh....rugi kita weh!! Dan.... yang lebih memburukkan lagi keadaan ialah apabila amaran ini dikeluarkan oleh individu yang penuh kontroversi iaitu salah seorang promoter Unity Government yang mahukan PAS bersatu dengan UMNO. Ini mungkin akan menimbulkan persepsi..... kononnya bersatu dengan UMNO dan membentuk Unity Government adalah jalan penyelesaian bagi masalah bangsa Melayu. OMG... ya Allah, this is not good!! Nauzubillah.... jangan ker kita termasuk perangkap jahanam UBN ni. Dalam keadaan Pakatan Rakyat serta para penyokongnya sudah mengatur strategi dan ghairah mengatur langkah menuju ke Putrajaya, tetiba Nasaruddin 'potong stim'. Apa la Nasaruddin ni!! Tak nampak ke yang ini satu muslihat untuk perangkap kita?? Keterlibatan para pemimpin PR dalam perang ini, mungkin akan mengundang padah. What if mereka di-operasi lalang-kan?? Pasti langkah kita akan tergendala dengan ketiadaan jeneral-jeneral kita di hadapan. Usiy.... harap-harap 'stim' tak hilang terus.... Apa-apa pun, misi kita mesti diteruskan. Isy... Nasa... Nasa... What la you!! Orang tertanya-tanya.... Apakah ini yang diharapkan oleh Nasaruddin?? Apakah dia masih mengharapkan UG akan menjadi realiti?? Weh.... usah bermimpi ler. Ngingau pun jangan!! Kuburkan saja UG... UG merugikan kita yang mahukan perubahan buat kesejahteraan rakyat dan negara yang tercinta. Oleh itu.... ini ada sedikit nasihat. Jangan lupa pesanan orang tua.Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata.... bisa binasa kita dong!! Kerana pulut santan binasa, kerana mulut.... takut nanti, kita terkecewa!! Oleh itu.....think wisely sebelum bertindak. Kalau rasa tak bijak.... lebih baik tutup jer mulut!! |
Posted: 18 Aug 2010 09:39 AM PDT "Saya tidak tergoda dengan kemewahan " [ Khir Tempe A/L Toyo ] Kah... kah.... kah.... kah.... kah.... Kata-kata itu yang buat aku nak tergelak. Masa mula-mula dengar ini dulu,aku dah tergelak. Tapi, malam ni.... ketika sedang skodeng blog rakan-rakan, aku bersua pulak sekali lagi dengan cerita si anak toyo ni. Malas nak ulas... buat buang masa jer!! Orang 'giler' jangan dilayan. Layan orang 'giler' kita pun boleh jadi giler.... So, sebab tu,.....aku nak ketawa jer. But, before ketawa sekali lagi, jom tengok gambar di bawah ni.... Khir Tempe A/L Toyo tak tergoda dengan kemewahan.... ya?? Kah.... kah.... kah..... kah....!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan