Khamis, 19 Ogos 2010

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TIMBALAN PRESIDEN PAS LETAK JAWATAN?MAHFUZ PENGGANTI?

Posted: 19 Aug 2010 07:58 AM PDT

NASIB BAIKLAH ADA MAHFUZ YANG SELALU MEMBUAT KENYATAAN UNTUK MENUTUP BERBAGAI KELEMAHAN BEBERAPA KERAT TINDAKAN PEMIMPIN BANGANG DALAM PAS YANG TIDAK BOLEH MEMAHAMI SEPAK TERAJANG DAN TIPU DAYA MUSUH.

JIKA KARENA KENYATAAN MAHFUZ SAYA PERCAYA PAS AKAN LEBIH MUSNAH DAN MERUDUM DALAM PEROLEHAN KERUSI DISELANGOR DALAM PRU 13 NANTI..

TANPA KUASA KAMU WAHAI PEMIMPIN PAS BAGAIMANA HENDAK TEGAK HUKUM ISLAM?

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: PAS dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan rancangan terbaru BN mengenai pertelagahan antara Tan Sri Muhyiddn Yassin dengan Datuk Dr Chua Soi Lek berhubung cadangan menghapuskan kuota 30 peratus Bumiputera.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan Presiden MCA, Chua Soi Lek tersebut sebenarnya untuk mencuit emosi pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat, khususnya PAS supaya mengambil sikap cauvinis seperti Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
"Apa yang dilakukan oleh Presiden MCA (Chua) ini lebih untuk mencuit kita (PAS) dan Pakatan Rakyat, mereka mahu kita dilihat cauvinis macam mereka," ujarnya.
Katanya lagi, sekiranya provokasi Chua itu berjaya, sekaligus dapat menimbulkan rasa benci rakyat pada PAS dan Pakatan Rakyat sebagaimana mereka membenci politik perkauman Umno BN pada pilihan raya umum lepas.
"Untuk ajak orang Cina bersama MCA atau Umno atau BN, susah sebab rakyat tolak politik perkauman," ujarnya.
"Pilihan yang ada adalah mencetuskan semua ini supaya rakyat boleh benci kita pula semacam rakyat benci politik perkauman mereka ini."
Sambil menyifatkan inisiatif Chua sebagai opera cina serta mengulangi sandiwara Lim Kim Sai, Timbalan Presiden MCA pada tahun 1987 lalu, beliau mendakwa Chua cuba mencipta Operasi Lalang kedua sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Inilah persembahan opera terbaru MCA, dia (Chua) nak ulangi apa yang dilakukan oleh Lim Kim Sai, dia mungkin nak cetuskan apa yang pernah berlaku 23 tahun lalu," tegasnya.
Manakala, dakwanya lagi tindakan Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri memberi amaran pada Chua seakan mengulangi peranan Datuk Harun Idris (Ketua Pemuda Umno) membakar emosi orang-orang Melayu supaya anti Cina.
"Muhyiddin pula ambil peranan Harun Idris dengan pementasan bangsawannya rendah moral bagi membakar semangat Melayu," beliau menambah.
Dalam pada itu, beliau mempersoal motif Chua kerana tidak mengajak DAP bersama-samanya mendesak kerajaan pusat menghapuskan kuota Bumiputera.
"Bila Chua kata MCA akan cuba sependapat dengan DAP, maknanya dia cuba bersandar DAP dan tak boleh tolak DAP, kalau dia tolak DAP, Cina akan jauh dari MCA dan BN.
"Chua buat ini semua supaya orang-orang Melayu rasa terancam konon-kononnya MCA dan DAP bersatu, supaya heret orang Melayu dan orang-orang PAS sokong BN macam dulu," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal niat Chua kerana tidak menjemput Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri bersama-samanya memperjuangkan cadangan menghapuskan kuota 30 peratus Bumiputera itu.
"Kalau ya cadangan Chua itu adalah resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia, saya nak tanya: mengapa dia (Chua) tak ajak sekali DAP, tak ajak Guan Eng hapuskan kuota Bumiputera," soalnya sambil memuji tindakan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kerana paling awal bertindak memberi nasihat kepada pemimpin DAP supaya tidak terpengaruh dengan sandiwara Chua dan Muhyiddin.
Begitu juga dengan Umno, beliau berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempopularkan slogan 1Malaysia supaya orang-orang bukan Melayu tidak terus menolak politik perkauman parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Dengan sandiwara Chua-Muhyiddin, tambahnya lagi mungkin mampu membendung orang-orang Melayu dari melengkapkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
"Saya ingat Chua atau Muhyiddin pun tahu bahawa sokongan rakyat pada pilihan raya dulu (PRU12) umumnya adalah ehsan orang-orang Melayu, dia nampak takut kalau orang-orang Melayu sokong kita pada pilihan raya depan (PRU13)," beliau menambah.
Melihat pada politik kotor Chua dan Muhyiddin, beliau mencadangkan kepemimpinan PAS serta Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat supaya mempopularkan suatu jaminan sosial yang lebih jujur lagi dinamik kepada rakyat dalam masa terdekat ini.

SINGKIRKAN DENGAN CEPAT TIMBALAN PRESIDEN PAS DAN KABILAHNYA!!!?

Posted: 19 Aug 2010 01:51 AM PDT

PENYINGKIRAN TIMBALAN PRSIDEN PAS SUDAH TIDAK DAPAT DITANGGUHKAN LAGI DEMI MENYELAMATKAN NASIB PAS YANG BERJUANG UNTUK ISLAM DI PRU 13 NANTI.

CONGAKAN DAN STRATEGI YANG ADA UNTUK TAMPIL DI PRU 13 DENGAN BERMARUAH SEMAKIN HARI SEMAKIN KUSAM DINEGERI SELANGOR DAN TERENGGANU.

KEPANTASAN GERAKAN TIMBALAN PRESIDEN INI MEMANG BAIK..SAYANGNYA KENYATAAN BELIAU ADALAH SALAH KARENA MENGIKUTI RENTAK MUSUH DAN MEMBERIKAN MUSUH KEMENANGAN DALAM STRATEGI DAN TAKTIK.

SAYANGNYA DIMANA KITA BOLEH MENDAPAT TENAGA DAN KELEBIHAN DALAM ISU SEPERTI TBH TIMBALAN PRESIDEN INI SENYAP, SEDANGKAN ISU INI MELEMAHKAN MUSUH APAKAH TIMBALAN PRESIDEN INI MENGALAMI MASALAH MENTAL KEPIMPINAN SEHINGGA MUDAH TERBAWA DENGAN GERAKAN MUSUH?

KITA TAHU DI DALAM PARTI YANG BERTANDING DI PRU 13 NANTI PARTI YANG INGIN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG SESUAI DENGAN HUKUM ISLAM ITU PAS, JIKA PAS BERKUARANG KURSI DAN TEWAS TIDAKKAH ISLAM ITU JAUH DARI KITA..

DARIPADA PAS TEWAS KARENA BEBERAPA KERAT PEMIMPIN BERMUKA DAN SIMPATI TERHADAP MUSUH INI DENGAN INI KAMI RELA MEREKA MEREKA INI DISINGKIRKAN DENGAN CEPAT.

PERANG BESAR:UMNO WAJIB BERTANGGUNG JAWAB SDN BHD!!!

Posted: 18 Aug 2010 11:40 PM PDT

Umno Kena Bertanggungjawab
Kalau Berlaku 'Perang Besar'


KELANTANGAN dan keisengan kaum Cina membuat berbagai desakan untuk kepentingan mereka dan kebangkitan orang Melayu menentang desakan itu membimbangkan sesetengah pihak. Pertembungan 'acahan' politik ini dikhuatir akan berlaku perang besar. Manakala golongan Melayu lain pula cuba menafikan apa yang berlaku itu hanya sandiwara ataupun strategi pihak UBN.

Ada membayangkan tindakan MCA membuat desakan sehingga menyakiti hati orang Melayu itu seperti desakan agar ekuiti Bumiputera dikurangkan itu adalah satu tektik saja yang direstui Umno. Mereka sengaja membangkitkan isu perkauman untuk meraih simpati orang Melayu. Ia disuluh sebagai pemutaran film lama.

Dalam kata lain UBN menggunakan isu perkauman itu demi kepentingan politik mereka. Umno masih percaya dengan membangkitkan isu itu ia akan menimbulkan kebimbangan orang Melayu yang akhirnya mereka akan terus menyokong Umno.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga turut menolak andaian itu yang cuba diperbesarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Katanya isu perkauman ditimbulkan kerana Umno sudah tertekan dan itu sebagai satu tektik ugutan.

Saya tidak mahu memihak kepada pandangan mana dalam soal ini. Kita sama-sama boleh berfikir kalau berlaku perang besar yang dikatakan lebih hebat dari tragedi 13 Mei itu apakah sebabnya dan siapakah bertanggungjawab atas perkara itu. Mencari jalan keluar atas kemungkinan itu lebih aula daripa cuba-cuba membayangkannya.

Apa yang hendak diulas di sini ialah mengenai apakah faktor menyebabkan kaum Cina jadi begitu berani dan sudah tidak malu alah kepada Umno lagi sehngga diramalkan akan berlaku perang besar. Inilah yang perlu disedari bagai menyelesaikannya daripada cuba menimbulkan keributan itu. Mana-mana pihak tidak guna melagukan isu itu sebalik apa yang baik ialah mencari penyelesaian.

Kalau benar pandangan Anwar tadi apakah kita masih perlu menggunakan tektik dan strategi mengugut dan menakut-nakutkan kerana hendak mempertahankan kuasa.

Logiknya tentu ada sebab maka orang Cina jadi lantang dan berterus terang dewasa ini. Semua kena tahu kenapa desakan kaum Cina termasuk MCA dan DAP atau di luar kumpulan itu tidak pernah berhenti. Desakan ini bukan sekarang tetapi sejak dulu. Desakan agar mereka diberikan hak yang sama, anggapan tidak dilayani adil berlaku sejak lama. Desakan itu berterusan hingga ke hari ini.

Dalam hal ini saya lihat ada beberapa kemungkinan kenapa terjadi demikian yang mungkin terlupa menananginya atau pun disengajakan.

1. Kerana orang Cina kini sudah merasakan mereka mempunyai harapan besar dalam politik. Mereka melihat apa saja tuntutan mereka akan dipenuhi. Mereka makin percaya bila mana Melayu yang berkuasa atau Melayu yang bakal mendapat kuasa teus menumpahkan seribu janji buat mereka. Orang Cina bangsa yang bukan mudah lupa. Mereka senantiasa menyematkan janji yang diluahkan kepada mereka. Dan mereka bersedia mencatatkan janji itu atas panji-panji perjuangannya.

2. Orang Cina menyedari Melayu Umno dan Pas tidak akan bersama kerana ideologi perjuangan mereka berbeza. Orang Cina cukup yakin bahawa ideologi Melayu tidak akan sama. Ketegasan Nik Aziz Nik Mat dalam konteks mendesak agar ideolgi Umno dan Pas disamakan mendapat sokongan orang Cina.

Keadaan diburukkan lagi dengan wujudnya Melayu yang bergabung dalam NGO. Walaupun Melayu dalam NGO adalah Melayu yang asalnya bersemangat Umno atau Pas, tetapi secara tak langsung Melayu sudah jadi kepada tiga kabilah. Melayu kebilah ketiga ini ialah Melayu yang baru sampai ke tanah Melayu untuk mengambil haknya. Manakala 'kesemarawukan' Melayu ini telah diambil kesempatan oleh Cina untuk menjadi power broker.

Orang Cina yakin di masa akan datang atau secepatnya pada pilihan raya akan datang mereka akan menjadi power broker. Mereka akan jadi penentu di antara dua kabiliah Melayu itu siapa yang akan berhak (dibantu) untuk membentuk kerajaan. Ketika inlah nanti tuntutan-tuntutan lebih besar dijangka akan berlaku dan lebih menghiris perasaan Melayu terutamanya Melayu kabilah ketiga.

3. Atau pun, kenapa orang Cina tidak pernah diam ialah dasar yang dibuat oleh Umno dan BN selama ini memang berat sebelah dan dirasakan tidak adil. Mereka tidak 'betah' dengan dasar-dasar atau polisi yang dibentangkan BN. Apakah berlaku penindasan atau ketidakadilan meluas. Kalau dasar BN memuaskan mereka, menguntungkan mereka sudah pasti tuntutan tidak akan berlaku.

Dalam konteks ini kalau benar berlaku kerana perkara itu, maka UBN kena bertanggungjawab ke atas apa-apa natijah yang berlaku kelak termasuk tuntutan berbagai itu. Umnolah kena dipertanggungjawab atas protes dan desakan yang akhirnya membangkitkan soal kaum dan akhirnya berlaku 'perang besar' itu.

Perang besar yang akan berlaku akan datang bukan salah Melayu di luar Umno. Ia adalah tanggungjawab sendirian berhad Umno. Persoalan sekarang apakah Umno akan mengubah polisi dan dasar itu sehingga memuaskan hati orang Cina? Apakah Najib Razak akan memberi reaksi segera dalam masa terdekat? Dan apakah tertakdir Melayu kedua di luar Umno menguasai kerajaan mereka akan cuba memenuhi tuntutan itu juga demi kuasa?

Kemungkinan-kemungkinan ini akan berlaku cuma masanya saja apakah 'bangat' ataupun lambat.


ROSLAN SHAHIR YANG PANAS BONTOT? GILA UG?

Posted: 18 Aug 2010 09:15 PM PDT

ketololan dan kejahilan roslan shahir bin mohd shahir dalam menyikapi sikap politiknya yang mengatasnamakan pas selangor sangat tidak bijak dan layak dianggap bodoh.

apa perlunya dia bersuara seperti itu sedangkan pakatan rakyat telah menandantangani kenyataan bersama mempertahankan perlembagaan dan hak hak istimewa melayu?

bukankah kenyataan roslan ini hanya bertujuan memberikan hayat yang lebih terhadap umno yang memang jelas berjuang atas nama kaum?

yang anehnya dan sangat muskil dalam kepala ana mengapa mereka yang memberikan kenyataan yang akan selalu merugikan pas ini adalah dari mereka yang pernah pro kepada kerajaan perpaduang?

apakah misi mereka masih utuh untuk bersatu dengan umno?

wahai pemimpin kolot al goblog sila tinggalkan pas dan masuk kepada umno!!

kamu tidak dapat mengikuti jalan al fadhil..tuan presiden kita..

nyahlah kamu dari pas..

Tiada ulasan: