Khamis, 19 Ogos 2010

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Gambar Malam Juma'at: Anda nampak apa ......?

Posted: 19 Aug 2010 06:52 AM PDT

Gambar atas: Anda nampak apa ...?
Mungkinkah terjadi juga dalam
negara kita, terutama di Malaka ...?
Na'uzubillah ...!!!

'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI

Posted: 19 Aug 2010 06:00 AM PDT

"Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aduan tersebut dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI pada jam 2 petang tadi."

Sepenuhnya di sini.

Nik Aziz: Hukum hudud cara selesai isu buang bayi, jenayah

Posted: 19 Aug 2010 05:55 AM PDT

"KOTA BARU, 19 Ogos — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nit Mat berkata kerajaan negeri berusaha melaksanakan Undang-Undang Hudud dan Qisas di Kelantan bagi mendidik umat Islam membendung kejadian buang bayi dan jenayah.

Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang yang sedia di negara ini dilihat gagal menangani sebarang bentuk gejala jenayah dan sosial kerana ia tidak disertakan dengan didikan agama.

Katanya undang-undang bukanlah jawapan sebenar ke arah penyelesaian kepada jenayah dan gejala sosial, seperti kes rasuah, pembuangan bayi yang sedang melanda negara sekarang.

"Polis dan menggari pesalah adalah perkara kedua, yang penting dan utama ialah didikan agama supaya dapat ditanam roh takwa di kalangan umat manusia," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Hududullah dan Seminar Hukuman Sebat Syariah di Kompleks Balai Islam, di sini, hari ini."

Sepenuhnya di sini.

RM4,000 jika Pakatan memerintah Negara

Posted: 19 Aug 2010 05:44 AM PDT

"KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Pakatan Rakyat mensasarkan setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat jika gabungan PAS, PKR dan DAP itu mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu bagi memastikan usaha membasmi kemiskinan mampu dilaksanakan dan mahu melihat ekonomi rakyat berada di tahap selesa.

Menurutnya lagi sejumlah dua pertiga dari penduduk negara ini, pendapatan isi rumahnya berada di bawah RM 4000 sebulan manakala 4 juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup melainkan mereka berusaha meningkatkan pendapatan dengan kadar segera."

Sepenuhnya di sini.

MIC Youth Exco member shot at coffeeshop

Posted: 18 Aug 2010 02:43 PM PDT

"KUALA LUMPUR, Aug 18 – MIC Youth Exco member A. Kalaiarasu was shot in the stomach and hand while having drinks with friends at a coffeeshop in Jalan Datuk Harun, Kajang today.

Kajang police chief ACP Sakaruddin Che Mood said Kalaiarasu, 49, was shot with an automatic pistol by a man with a full helmet and black jacket at 6.45pm.

"Kalaiarasu was hit with two shots to the body. The assailant escaped with an accomplice waiting on a motorycle," he said.

He then fled via the coffeeshop back door and sought help at Kajang police station about 200 metres from the scene of the attack."

Read more here.

Tiada ulasan: