Jumaat, 20 Ogos 2010

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Senarai Hotel yang disahkan HALAL oleh Jakim

Posted: 20 Aug 2010 10:56 PM PDT

Bagi korang semua yang rajin berbuka puasa di hotel, tak kiralah pergi dengan famili ker, atas jemputan ker, bawa awek ker, jamuan syarikat ker apa ker ...Jom tengok dulu hotel-hotel yang telah mendapat Sijil HALAL dari Jakim.

Aku pun sesekali ke hotel juga berbuka dengan famili, atau jemputan ker ... tapi sekarang kena la tengok dulu hotel mana yang nak pi tu ...

Jom kita tengok dulu hotel-hotel yang telah disahkan Halal oleh Jakim DI SINI

BENAR! Nama Guan Eng disebut dalam doa Khutbah - Imam Masjid Jamek Pdg Menora

Posted: 20 Aug 2010 08:02 PM PDT

Hanya salah faham & tidak faham B.Arab - Imam

TASEK GELUGOR 20 Ogos - Imam Masjid Jamek Padang Menora, Ibrahim Ishak mengakui khatib ada menyebut nama Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, ia bermaksud semoga Allah membukakan hati Guan Eng untuk menerima Islam.

Beliau menjelaskan, khatib berkenaan bukannya mendoakan kesejahteraan Guan Eng dunia dan akhirat kerana perkara itu adalah salah.

Ibrahim juga mengakui nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak disebut dan beliau telah menegur khatib terbabit dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

''Isu penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat berpunca daripada salah faham di kalangan jemaah sendiri.

''Ramai di kalangan mereka tidak faham mengenai doa yang dibacakan oleh khatib jemputan pada hari berkenaan.

"Ada jemaah yang tak faham bahasa Arab, salah faham tentang maksud doa yang dibacakan itu,' katanya ketika ditemui di masjid tersebut di sini hari ini.

Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang semalam membantah penggunaan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid, baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, pada setiap bulan pihak masjid akan menjemput khatib luar untuk membacakan khutbah di situ.

Katanya, adalah perlu bagi khatib dan jemaah mendoakan pemimpin negara dalam setiap doa yang dibaca mereka.

"Saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan kami akan buat siasatan siapa yang menyebarkan berita tak betul ini," ujarnya. - Kedahlanie

GEMPAR : Saiful akan buat pengakuan dipaksa tuduh DSAI liwat....

Posted: 20 Aug 2010 07:20 PM PDT

Gempar: Saiful Bakal Buat Pengakuan Di Paksa Tuduh Anwar Ibrahim Liwat Dirinya !!

Berita panas lagi sensasi yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah perihal "mangsa liwat", Saiful Bukhari Azlan yang kononnya sudah insaf kini. Mungkinkah di bulan Ramadhan yang mulia ini beliau akhirnya bermuhasabah dan menilai akan dirinya, lantaran itu akhirnya mengambil keputusan "drastik" dan "pasti menggemparkan"!!."pihak-pihak tertentu" untuk membuat tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saiful khabarnya akan membuat pengakuan bahawa beliau dipaksa oleh ........

Apakah ini petanda baik yang "agenda 16 September" bakal terlaksana?. Jika Saiful mengaku beliau dipaksa maka beliau juga ada hal untuk menarik balik laporan polisnya dan pendakwaan yang dibuat terhadap Anwar juga bakal ditarik balik oleh mahkamah. Inilah saatnya yang paling mendebarkan. Siapakah yang telah memaksa Saiful? Kenapa beliau tergamak berbuat demikian? Apakah kerana tekanan ataupun kewangan?. Maruahnya kini sudah tercalar dan seandainya beliau membuat pengakuan ini, maka Saiful akan kembali pulih semula dari "lamunan". Lokasi dan waktu untuk beliau berbuat demikian masih lagi dirahsiakan demi keselamatan. Semoga berita ini bakal menjadi satu suntikan semangat buat kita untuk terus berjuang menuntut perubahan dalam masa terdekat ini.

Apa yang pasti, mungkin keinginan Saiful untuk buat pengakuan ini ada kaitannya dengan tarikh 24 September, dimana kes liwat itu akan dibaca di Mahkamah Tinggi. Saiful mungkin tahu yang Anwar tidak bersalah dan segala bukti-bukti yang bakal dikemukakan bakal menemui kegagalan lantara perkara itu adalah rekaan semata. Saiful juga mungkin melihat yang beliau juga takut akan balasan yang bakal diterimanya di akhirat kelak gara-gara membuat fitnah terhadap Anwar. Maka itulah akhirnya keputusan ini bakal diambil sedikit masa lagi. Jika perkara ini benar-benar terjadi, maka siapakah pula yang bakal berhadapan dengan hukuman selepas ini?. Sesungguhnya segala apa yang berlaku dalam kes ini nampaknya semakan "terbongkar". Imej Anwar akan kembali pulih, dan harapan untuk melihat Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin terasa kini.

[Dengan perkembangan terbaru ini, nampaknya semakin tidak dapat tidur lenalah agaknya "orang-orang tertentu" yang memaksa Saiful membuat tuduhan liwat terhadap Anwar itu. Maka ini juga bererti imej dan maruah Anwar akan meningkat. Keadaan ini bakal menyaksikan lebih ramai ahli parlimen BN akhirnya mengakui bahawa Anwar adalah calon yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dalam masa terdekat ini]
STONE: Korang fikir lah sendiri yer samada nak percaya atau tidak pada statement di atas ... aku pun tak berapa pasti

Kontroversi Khutbah hanya rekaan UmNO - Dr Mujahid

Posted: 20 Aug 2010 09:14 AM PDT

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang menyifatkan dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu hanya satu bentuk kekeliruan jahat yang direka oleh Umno.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa mendak, Umno sengaja menimbulkan isu berkenaan bagi mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam demi kepentingan politik parti itu.

"Memandangkan keadaan politik semasa di Pulau Pinang yang agak panas, isu ini sengaja dibuat bagi menimbulkan perasaan marah kepada Guan Eng.

"Kami percaya ini juga adalah taktik kotor yang digunakan oleh Umno untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu terhadap Ketua Menteri itu," katanya kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dimikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang sebagai berkata bahawa beberapa masjid di negeri itu dikesan menggantikan nama Tuanku Mizan kepada nama Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat.

Ahmad Zahid juga berkata, pihaknya mengesan perbuatan itu di beberapa masjid di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong sejak minggu lalu.

Bagaimanapun Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mencabar Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

"Perkara ini bukan perkara main-main, kalau betul ia berlaku... mereka perlu berikan bukti dengan jelas," katanya. - mStar

Hudud : Karpal tak bersetuju cadangan TGNA

Posted: 20 Aug 2010 06:46 AM PDT

Karpal: Hudud bukan penyelesai masalah sosial, jenayah

KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar. — Bernama

Bufet Ramadan : 15 hotel terkemuka di KL dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian Halal

Posted: 20 Aug 2010 03:01 AM PDT

Hasil pemantauan 10 hari pertama Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 15 hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian halal dalam penyediaan bufet Ramadannya.

Ia sebahagian daripada 24 hotel dan restoren di lima negeri - termasuk Selangor, Pahang, Selangor dan Kedah - yang didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bermula 1 Ramadan (11 Ogos) lalu pemeriksaan dan serbuan terhadap 34 hotel bertaraf empat dan lima bintang itu sebahagian daripada pemantauan berterusannya.

"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini Wan Mohamad berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia manakala promosi bufet Ramadan yang ditawarkan jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975.

"Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan.

"Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma bufet Ramadan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa ... seterusnya

Isu Khutbah - Pulau Pinang nafi, bantah keras dakwaan Zahid

Posted: 20 Aug 2010 02:47 AM PDT




KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Abdul Malik Kassim berkata siasatan awal mendapati tiada perkara sebegitu berlaku sebagaimana didakwa oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang semalam.

"Ini kerana teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tidak pernah menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan negeri dan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut," kata Abdul Malik dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Malah, peraturan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan jelas menyebut jika terdapat pentadbiran masjid ingin menjemput para khatib jemputan, mereka perlu mendapat kelulusan jabatan itu terlebih dahulu sebelum dibenarkan membaca khutbah. "Saya yakin selepas gagal memainkan isu perkauman sempit, bagi menggambarkan kononnya kerajaan negeri menindas bangsa Melayu dan agama Islam, pihak-pihak tertentu sedang mencuba untuk mensabotaj kerajaan negeri melalui isu ini pula," katanya.

MENYUSUL LAGI

Tiada ulasan: