Jumaat, 20 Ogos 2010

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Cepat-cepat la "SADAR" wahai rakyat Malaysia..

Posted: 20 Aug 2010 08:22 PM PDT


KDNK 8.9% Diibarat Suntikan Morfin Untuk Khayalkan Rakyat Ekonomi Sudah Pulih


Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 8.9 peratus dalam suku kedua 2010 dianggap suntikan morfin untuk mengkhayalkan rakyat bahawa kedudukan ekonomi Malaysia sudah pulih dan berada pada landasan kukuh untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata beliau bimbang dengan gambaran tidak tepat yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana kayu ukur kepada sama ada kukuh atau tidaknya ekonomi sesebuah negara bagi tujuan belanjawan tahun berikutnya adalah pertumbuhan ekonomi pada akhir tahun tersebut dan bukannya pertumbuhan pada suku pertama atau kedua.

Maknanya, kita akan dilihat melakukan kesilapan ketika membuat pengumuman dan pelabur akan memerhati serta membuat perbandingan secara tiga bulan sekali. Oleh Sebab itu saya rasa lebih baik kita jangan umumkan pada setiap suku, tetapi berikan satu angka keseluruhan pada akhir tahun itu.
"Kita bimbang keadaan akan berulang seperti yang terjadi pada suku terakhir tahun 2009 di mana ia mencatatkan pertumbuhan negatif. Kalau pun tujuannya adalah untuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara tetapi kita harus ingat yang paling penting ialah pertumbuhan pada suku ketiga dan suku keempat yang akan menentukan kedudukan sebenar ekonomi negara,"

petikan SuaraKeadilaOnline
baca lagi kat sini kalau rasa nk sadar diri..http://suara-keadilan.com/news-section?t=3786

Sumpah Sesumpah Sekotak Senatak yg Kurang Kaseh Sayang...

Posted: 20 Aug 2010 06:58 PM PDT

usinkata;.xnak komen..cuma sapa2 nk cuba gelak..baca la kat bawah ni..huhuhuhu..


petika dari Harakahdaily..

Nasihat Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) supaya rakyat tidak muak dengan budaya politik Pakatan Rakyat kelak sebagaimana mereka muak dengan 'politikng' Ezam di sesawang sosial Twitter belakangan ini.

"Ezam membawa politik kebencian, provokasi dan sumpah sana dan di sini yang sebenarnya tiada kena mengena pun dengan rakyat.

"Apa untungnya ini semua pada rakyat sedangkan mahasiswa terbeban dengan hutang PTPTN, buruh hidup melarat dengan gaji yang kecil, rasuah dan jenayah sana sini, apa untungnya rakyat.

"Sekarang ini rakyat dah muak dengan politik yang 'politiking' seperti ini, rakyat susah dan sepatutnya kita (Pakatan Rakyat) perlu mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dengan budaya politik yang lebih sihat,"

Beliau yang pernah menyertai Ezam menubuhkan Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (GERAK) berkata, beliau sebenarnya mampu bertindak 'politiking' sebagaimana Ezam sanggup bersumpah palsu dengan mengfitnah Anwar, Ketua Pembangkang untuk menghadapi aduan qazafnya semalam.

Namun, katanya lagi, dengan memanipulasi sejarah silam Ezam langsung tidak menguntungkan rakyat.

"Kalau kita nak main-main sumpah seperti Ezam, kita boleh membangkitkan sejarah Zaid Mat Arif menuduh Ghani Harun mempunyai hubungan sulit dengan isteri Ezam waktu dia dalam penjara.

"Sampai sekarang, ketiga-tiga mereka dalam Umno dan kalau dimain politik sumpah dengan minta ketiga-tiga mereka ini saling bersumpah sekarang pun tak selesai masalah pokok yang dihadapi rakyat," ujarnya sambil menegaskan 'politiking' saling bersumpah tidak menguntungkan rakyat.

Beliau yang lebih dikenali sebagai CheguBard berkata, aksi terbaru Ezam itu semata-mata untuk menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di samping menyambung rezeki keluarganya.

"Dia sebenarnya nak cari makan untuk keluarganya selepas gagal berebut kasih pemimpin tertinggi keadilan (PKR)," beliau menambah.

"Kalau dia gagal tarik perhatian (Datuk Seri) Najib Tun Razak (Perdana Menteri), akar umbi Umno khususnya di Selangor kian pertikai anugerah Senatornya dan percaturan Najib ke atasnya untuk menghadapi pengaruh Anwar (Ketua Pembangkang)."

Dakwanya lagi, Najib yang juga Presiden Umno merangkap Pengerusi BN terpaksa mengambik keputusan tidak popular itu disebabkan beliau tidak mampu menghadapi Anwar.

"Bukan ada pun jasa Ezam pada negara, tetapi dia (Najib) terpaksa lantik Ezam sebab dia tiada pilihan untuk menghadapi Anwar," ujarnya.

Bagaimana pun, sekiranya Ezam dilihat gagal menjadi 'baju pelindung' bagi Najib khususnya di negeri-negeri yang pernah menjadi kubu kuat Umno, seperti Selangor, katanya Najib akan menyingkirkan Ezam.

"Kalau Si Ezam ini nampak tidak berguna lagi, dia akan disingkirkan kelak, zaman rejim Mahathir Mohammad mungkin relevan.

"Tetapi, saya yakin dia akan disingkirkan kerana gaya provokasinya tidak sesuai untuk menghadapi politik rakyat yang jauh lebih sihat,"

Tiada ulasan: