MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- Kisah sedih Saudara Ezam
- DAP OK, KEADILAN PULA TAK OK
- ANAK PEREMPUAN ANWAR SUDAH CUKUP UNTUK `BELASAH' ZAHID
- KUOTA BUMIPUTERA YANG GAGAL ADALAH HADIAH UMNO KEPADA RAKYAT - ANWAR
- RIDHUAN TEE MAHU JADI `SENATOR PINTU BELAKANG' JUGA KAH ?
Posted: 20 Aug 2010 02:00 AM PDT Oleh Nathaniel Tan Bukan setiap hari saya dipanggil "bangsat" oleh seorang senator — pengalamannya amat unik.Izinkan saya beberapa baris sahaja untuk menggulas. YB Ezam Md Nor berkata demikian pada 16 Ogos di Twitter; beliau seterusnya mempertahankan penggunaan perkataan tersebut dengan mengatakan "sy pertahan penggunaan bangsat.memang wajar utk stgh orang yg menepati maksud yg dinyatakan dalam kamus agung dewan bahasa pustaka". Beliau juga berhujah bahawa tiada masalah mengguna perkataan ini kerana ia digunakan dalam dokumen makhamah dan akuan sumpah. Kalau begitu, saya agak pelik dan keliru mengapa saudara Ezam tidak sering mengguna perkataan tersebut dalam Dewan Negara, televisyen, dan sebagainya. Beliau turut kata "isu bangsat utk pertahan maruah". Saya tidak begitu jelas orang bermaruah mana yang sering mencarut, tetapi tidak mengapa. Pada keseluruhannya, tiada sebab untuk saya mengambil hati, dan kita harus menggiatkan amalan maaf di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tujuan sebenar artikel Tujuan sebenar saya untuk menulis artikel ini adalah untuk meneliti sejarah YB Ezam; mungkin pengalamannya boleh menjadi amanat kepada orang muda yang berminat menceburi bidang politik. Saya amat mengkagumi penglibatan awal saudara Ezam, terutamanya ketika Anwar Ibrahim dipecat. Beliau dengan taat setia mempertahankan bosnya dan melawan kerajaan BN tanpa mengenal lelah. Saya juga menghormati ketabahan YB Ezam dalam menghadapi percubaan dalam bentuk dua tahun di penjara. Walaupun saya, seperti beliau, disiasat di bawah OSA, saya tidak terpaksa mengalami keperitan beliau. Masalahnya nampak bermula tidak lama selepas 2004, selepas kedua-dua individu dilepas dari penjara. Sedikit demi sedikit, kerjaya politik Ezam dinampak mundur. Ada yang kata kerana bertengkar dengan Azmin, ada yang kata kerana tidak cukup peluang kewangan, ada yang kata macam-macam. Saya sendiri tidak tahu butir-butir apa yang berlaku. Pokoknya, pada 2007, Ezam membuat keputusan bahawa PKR tidak lagi sesuai untuknya. Di Malaysia, tindakan keluar parti ini cukup biasa. Saya menghormati hak setiap individu untuk memilih landasan yang paling sesuai untuknya. Keluar parti: Berhemah vs Khianat Ada yang tinggalkan parti dengan berhemah — seperti saudara Abdul Rahman Othman yang pernah hampir bertanding jawatan Presiden PKR. Sehingga hari ini, beliau tidak pernah mengucap satu kata pun yang bersifat dendam. Ramai lagi yang pernah meninggalkan atau menjauhkan diri dari parti dengan senyap atas sebab-sebab sendiri. Kita hormat keputusan mereka. Malangnya, kebanyakkan yang isytihar keluar parti tiba-tiba pula menyerang parti dan Anwar bertubi-tubi — Ezam, Chandra Muzaffar, Nallakaruppan, Zulkifli Nordin, Wee Choo Keong, Zahrain Hashim, dan sebagainya. Kita kadang-kala agak hairan sedikit dengan perangai individu-indvidu ini. Satu hari mereka penyokong paling kuat PKR dan Anwar, besok pula "Anwar peliwat", "Anwar diktator lemah" dan sebagainya. Apakah prinsip boleh berubah dengan begitu mudah? Di Twitter juga, saudara @Aisehman bertanya dengan ikhlas satu soalan mudah kepada YB Ezam: "Bila dan bagaimana anda sedar Anwar itu peliwat?" Sedihnya, sampai hari ini tiada penjelasan terperinci dari saudara Ezam. Obsesi YB Ezam dengan menyerang seorang isteri, ibu dan nenek yang tidak terhad sifat penyayangnya, Datuk Seri Wan Azizah, turut amat mengecewakan. Berpaling tadah Apabila sesiapa sahaja berpaling tadah sampai begitu drastik, kita terpaksa bertanya-tanya: apakah benar-benar pengetahuan dan persepsi individu tersebut betul-betul direformasi, atau adakah sebab lain mereka melompat begitu jauh? Saya rasa satu aspek penting dalam hikayat riwayat saudara Ezam adalah bahawa beliau adalah seorang politikus 100 peratus. Maknanya, beliau hampir tiada apa-apa selain politik — terutamanya dari segi kerjaya. Mungkin beliau ingin menonjolkan diri sebagai pejuang anti-rasuah, tetapi jeritan ini agak kosong apabila kita lihat keengganan beliau untuk "melawan" dalam kes Scorpene, jet Sukhoi dan sebagainya. Nampaknya "perang" rasuah, tetapi hanya rasuah yang tidak melibatkan bos-bos barunya. Beliau sering dibanding dengan Azmin, yang dikatakan diberi semua peluang yang sama, tetapi kini mampu berdikari dengan adanya sebuah perniagaan menjual kereta yang cukup berjaya. Apabila seseorang yang tiada jalan lain selain politik berdepan dengan jalan buntu dalam satu kem, maka beliau terpaksa mencari kem baru (atau balik ke kem lama) untuk teruskan kerjayanya — walaupun kadangkala ini mengakibatkan persepsi pengorbanan prinsip. Saya mengaku, amat menyedihkan apabila melihat insan terpaksa berdepan dengan pilihan ini. Amanat yang saya rasa orang muda dan baru belajar seperti saya harus ambil adalah supaya jangan pada bila-bila masa bergantung 100 peratus kepada politik. Ini bahkan sebuah perangkap. Situasi sebegini juga memberi peluang kepada kita untuk merenungkan sedikit wadah politik negara yang semakin menghampiri sistem dwi-parti. Walaupun sistem dua parti adalah jauh lebih baik dari sistem satu parti, dalam jangka masa panjang, mungkin ini pun tidak cukup untuk mencerminkan realiti politik moden. Salah satu akibat sistem ini adalah kekurangan pilihan — bagi rakyat ataupun ahli politik. Sesetengah orang akan selalu terperangkap antara dua parti, seperti bola ping pong. Keadaan ini tidak menguntungkan siapa-siapa. Mungkin masa untuk memikirkan sistem yang lebih inklusif dan kurang bersifat "zero sum" sudah tiba. Jalan reformasi ini memang panjang — bukan semua yang boleh mendahulukan prinsip sepanjang jalan. Satu hari, setiap di antara kita akan diuji, dan kita hanya boleh harap kita tidak akan jual diri kita atau hilang komitmen kita kepada kebenaran. * The views expressed here are the personal opinion of the columnist. Sumber:MalaysiaInsider | ||
Posted: 20 Aug 2010 12:03 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS DI SEBALIK kita berbangga apabila permit akhbar Roket kepunyaan DAP telah diluluskan oleh KDN, kita meragui mengapa permit akhbar Suara Keadilan amat liat untuk diluluskan. Sebelum ini akhbar Harakah juga telah diberi kelulusan permit dan ini kununnya menunjukkan betapa KDN mengamalkan sikap `adil'. Nampaknya mereka amat takut dan bimbang dengan akhbar Suara Keadilan dan kita memahami mengapa jadi begitu. Pendedahan demi pendedahan yang penuh dengan fakta tentang salahguna dan penyelewengan pemerintah oleh Suara Keadilan begitu membimbangkan mereka. Meskipun ada ketikanya Suara Keadilan terkhilaf di dalam beberapa laporannya, namun sikap Suara Keadilan yang tidak malu dan segan memohon maaf menunjukkan akhbar ini bersikap profesional. Sikap ini jauh sekali jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia atau Berita Harian. Oleh itu, mengapa Suara Keadilan mahu disekat sedemikian rupa? Selagi mereka menyekat akhbar yang semakin laris ini, jelas membuktikan betapa ada banyak penyelewengan oleh pemerintah yang mahu disembunyikan dari pengetahuan umum. Suara Keadilan dilihat amat berani di dalam hal ini. Syabas buat Suara Keadilan yang terus mencari alternatif lain selama akhbar ini digantung tidak bertali./wfauzdin.blogspot.com | ||
ANAK PEREMPUAN ANWAR SUDAH CUKUP UNTUK `BELASAH' ZAHID Posted: 19 Aug 2010 11:00 PM PDT
| ||
KUOTA BUMIPUTERA YANG GAGAL ADALAH HADIAH UMNO KEPADA RAKYAT - ANWAR Posted: 19 Aug 2010 06:00 PM PDT
Ogos 19, 10 Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat. "Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya. Katanya, walaupun pertumbuhan negara pada kadar 8.9 peratus pada suku kedua yang diumumkan semalam boleh dibanggakan, namun hakikatnya, masih terdapat 2.4 juta keluarga atau 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan kurang RM2,300 sebulan. Menurutnya lagi empat juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup melainkan mereka berusaha meningkatkan pendapatan dengan kadar segera. Cadangan RM4,000 itu diputuskan berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai kadar sewa dan kos taraf hidup. Ia anggap tahap yang selesa bagi kebanyakan isi rumah. Peningkatan gaji di Indonesia lebih tinggi Ketelusan dan penambah-baikan dalam kerajaan itu juga, katanya akan menyaksikan pengaliran pelaburan modal asing (FDI) secara terus ke negara ini. Ia akan menjadi tulang belakang bagi memacu ekonomi negara. Katanya, semua cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Pakatan dalam tempoh dua minggu lagi."Saya tidak mahu memperlekehkan kepentingan FDI, kerana kekuatan Malaysia bergantung kepada FDI. Tetapi apa yang kami katakan ialah jika urus tadbir dipermantapkan, tidak ada sebab bagi pelabur meninggalkan Malaysia," katanya. Ahli parlimen Permatang Pauh itu juga berkata pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua itu dicapai selepas krisis kewangan yang menyaksikan ekonomi menguncup pada kadar 1.7 peratus tahun lalu. "Antara idea peningkatan dramatik dalam pelaburan swasta dan realiti, peningkatan itu hanya satu bayangan," katanya. Menurut Anwar, negara lain di rantau ini seperti Singapura akan juga jauh mengatasi pertumbuhan 8.9 peratus yang dicapai oleh Malaysia. "Dalam pada itu, pertumbuhan Indonesia pula dijangka kukuh melebihi enam peratus pada 2010, berterusan pertumbuhan 4.6 peratus pada 2009 ketika ekonomi Malaysia dalam kemelesetan," katanya. Anwar juga berkata peningkatan pendapatan di Malaysia adalah jauh ketinggalan berbanding Indonesia di mana purata gaji naik 10 peratus antara 2007 dan 2009. Sebagai perbandingan, purata gaji di Malaysia hanya meningkat 2.6 peratus sepanjang sedekad yang lalu dengan hampir 34 peratus tenaga kerja berpendapatan kurang RM700 sebulan, katanya. "Telah menjadi modus operandi kerajaan persekutuan bagi mengemukakan angka yang besar dan berselindung di sebalik pelbagai andaian dan premis yang akhirnya didapati salah.Menurut ketua pembangkang itu, kerajaan BN tidak boleh lagi menabur janji serta membentangkan perancangan yang tidak mampu dicapai dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. "30 peratus pegangan ekuiti yang dijanjikan Umno masih gagal dipenuhi dan ternyata memberi kesan yang nyata kepada keluarga Melayu yang sentiasa bergelut dengan upah rendah serta kos sara hidup. "Namun demikian dasar itu sering diuar-uarkan sebagai anugerah Umno kepada rakyat," katanya lagi./Malaysiakini | ||
RIDHUAN TEE MAHU JADI `SENATOR PINTU BELAKANG' JUGA KAH ? Posted: 19 Aug 2010 10:35 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS APABILA membaca kenyataan dari Ridhuan Tee seorang Muallaf yang menggelar PAS sebagai parti yang suka mengkafirkan orang, hati saya merasa sakit. Selama ini saya amat menghormati orang yang saya panggil Ustaz itu, tetapi sekarang baru saya tahu Ridhuan Tee bukan seorang Ustaz jauh sekali orang politik, tetapi beliau masih mahu mencari publisiti di tepi-tepi jalan. Saya bersetuju dengan kenyataan PAS, yang mahukan Ridhuan Tee memohon maaf kepada PAS terhadap kejahilan beliau itu. Selama ini saya tidak pernah memandang rendah terhadap pendakwah bebas kerana mereka mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing asalkan tidak lari dari hukum Islam yang ditetapkan. Kini, Ridhuan Tee telah mencemarkan imej beliau selaku pendakwah bebas sebelum ini kerana bercakap dengan tidak menggunakan ilmu di dadanya. Beliau boleh sahaja menegur atau mengkritik PAS mahu pun Umno atau sesiapa sahaja, tetapi hendaklah dengan fakta di samping nas dari Al-Quran dan Hadith sebagai pelengkap kebenaran tegurannya. Ridhuan Tee gagal berbuat demikian dan ini meletakkan beliau setaraf dengan pencacai Umno yang lain. Samada beliau mahu atau tidak memohon maaf kepada PAS, ianya sedikit pun tidak merugikan PAS tetapi sebaliknya Ridhuan Tee semakin dijauhi masyarakat akibat keceluparannya itu. Disarankan Ridhuan Tee memasuki gelanggang politik selepas ini. Jangan hanya mengharapkan tuah datang menggolek dengan cara mengampu Umno tanpa perlu berjuang dalam politik. Mungkin teringin sangat untuk dilantik sebagai Senator dari pintu belakang. Wallahu Aklam./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan