Kelab Greenboc |
- Sudah Ada Pemimpin PAS Yang Takut Dengan Operasi Lalang
- Isu Scorpene: Nurul Izzah Jawab Zahid
- Modus Operandi PDRM : Ahli Pakatan Rakyat Mengadu, Dia Yang Akan Didakwa
- Pengetua Rasis: Muhyiddin Yassin Perlu Dipertanggungjawabkan
Sudah Ada Pemimpin PAS Yang Takut Dengan Operasi Lalang Posted: 19 Aug 2010 08:36 PM PDT Parti Islam Semalaysia Pas bimbang suasana politik negara pada hari ini yang semakin panas. Keadaan ini berlaku selepas PRU 2008, apabila BN tidak tahu menghormati keputusan rakyat dalam sebuah negara demokrasi. Kes yang terbaru lakonan rasa tidak puas hati Presiden MCA Datuk Sri Dr Chua Soi Lek mengenai kouta 30% dalam ekuiti bumiputera. Datuk Chua telah mengambil pendirian yang berani untuk menyokong kongres China yang mencadangkan kerajaan menghapuskan kouta 30%. Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan secara terbuka oleh Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Timbalan Presiden Umno. Pendirian beliau dipanaskan lagi dengan sokongan beberapa pemimpin umno dan NGO Melayu. Beberapa kenyataan amaran dan memperlekeh satu sama lain sedang bermain di dada akhbar. Pas bimbang corak yang sama berlaku pada tahun 1987, ketika umno mengalami perpecahan team A dan team B, sehingga umno diharamkan oleh mahkamah. Tiba-tiba Lee Kim Sai Timbalan Presiden MCA telah mangatakan bahawa orang Melayu juga kaum pendatang dan hak keistimewaan bumiputera juga dipertikaikan. Pada ketika itu pemimpin umno yang berlagak macam hero kampung dusun berhimpun untuk membantah kenyataan Lee Kim Sai. Ada di kalangan pimpinan umno suruh bawa pisau senang hendak kupas limau jika hadir di perhimpunan di stadium TPCA Kampung Baru. Akhirnya himpunan tersebut telah dibatalkan oleh pihak keselamatan.. Kemudian operasi lalang berlaku, Lee Kim Sai ke Australia, sebaliknya yang menjadi mangsa ialah pemimpin Pas, Dap dan NGO yang disumbat di Kamunting. Ada beberapa pemimpin umno ditangkap juga, sekadar untuk main wayang kemudian dibebaskan. Pas mengharapkan pihak kerajaan dan keselamatan jangan mengkambing hitamkan pembangkang, kerana hendak melindungi masalah dalaman parti komponen Bn. Jangan gunakan ISA dan operasi lalang, bertarunglah dalam gelanggang demokrasi di atas padang yang sama rata serta pengadil dan tiang gol yang tidak diubah-ubah. Pemimpin umno kena insaf mereka sekarang bukan sahaja tidak disukai oleh orang bukan melayu malahan juga telah ditolak oleh orang melayu, terutama generasi terpelajar dan bermaklumat. -idris ahmad Ulasan GB Sudah ada pemimpin PAS yang takutkan operasi lalang. Maklum sekarang sudah pandai hidup bermewahan. Sudah tebal keduniaan. Takut kehilangan jawatan, kereta, rumah besar, talileher, blazer, isteri dan anak-anak. Tak seperti dulu, jiwa dan raga diserahkan untuk perjuangan kerana takutkan Allah melebihi segala-galanya. Kita memang menentang ISA, menentang kezaliman, menentang Operasi Lalang malah kita menentang mereka yang mendokong kezaliman itu. Jika kita takut dengan mereka atau lebih rendah lagi, takut dengan Operais Lalang yang belum tentu ada, ini alamat dan petanda buruk untuk jemaah, untuk parti. Percayalah! |
Isu Scorpene: Nurul Izzah Jawab Zahid Posted: 19 Aug 2010 02:18 PM PDT Kenyataan saya dalam temubual bersama KOMPAS adalah berdasarkan jawapan rasmi Menteri Pertahanan pada 17 Mac 2010 bahawa kapal KD Tunku Abdul Rahman tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami masalah teknikal. Justeru, saya sedia disiasat oleh pihak polis dan saya berharap permulaan siasatan ini akan membawa kepada isu-isu berkait lain terutamanya dalam soal pembelian yang diberi kepada syarikat pilihan serta penyelenggaraan kapal selam tersebut dan siasatan yang sedang dilangsungkan oleh pihak perundangan Perancis terhadap kapal selam yang sama. Menyebut tentang imej dan keselamatan negara, yang kononnya terjejas daripada kenyataan saya, ingin saya bangkitkan kenyataan Menteri di parlimen pada hari yang sama yang menyatakan bahawa masalah teknikal sebegini juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia. Kalau maklumat tentang status selaman mana-mana kapal selam di seluruh dunia dapat diperolehi secara terbuka, di manakah rasionalnya bahawa kenyataan saya menggugat keselamatan negara? Pada hemat saya, kenyataan yang menggugat keselamatan negara adalah kenyataan seperti dibuat pada 6 Ogos 2010 bertajuk Kapal selam sertai latihan terbitan Bernama, di mana diakui bahawa Latihan Kemahiran Laut yang lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun telah dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan. Bercakap tentang imej dan keselamatan yang menjadi asas Laporan Polis Tentera Laut Diraja Malaysia, apakah mungkin reaksi musuh-musuh negara apabila diketahui umum bahawa TLDM hanya melakukan latihan sekali setahun atas alasan berjimat cermat? Sedangkan prinsip dasar pertahanan adalah persediaan, dan persediaan ini merangkumi latihan yang mencukupi. Saya bimbang, sebagai negara yang mempunyai sempadan laut yang luas, Malaysia hanya menjalankan Latihan Kemahiran Laut setahun sekali. Saya percaya kebimbangan saya ini turut dikongsi pegawai-pegawai TLDM khususnya dan juga seluruh pasukan keselamatan. Di dalam hasrat untuk berjimat cermat, saya desak Kementerian Pertahanan untuk melakukan kajian menyeluruh kepada skop perbelanjaan dan pembelian yang dilakukan oleh Kementerian, seperti lawatan-lawatan ke luar negara, dan acara-acara dan pembelian-pembelian yang tidak berkaitan dengan latihan diteliti supaya penjimatan sebenar dapat dibuat demi memastikan latihan TLDM, khusunya Latihan Kemahiran Laut tidak dikorbankan. Bukankah penderhaka sebenar adalah mereka yang menggunakan dana negara untuk membayar kos penyelenggaraan tinggi untuk syarikat anak emas pilihan dan pembelian alatan ataupun kos projek yang berganda demi memenuhi poket-poket mereka yang terpilih? Kalau benar Menteri Pertahanan seorang patriot, kenapa beliau tidak menyokong siasatan SPRM terhadap bayaran komisyen lebih RM500 juta kepada Perimekar Sdn Bhd untuk pembelian kapal selam Scorpene seperti yang dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat pada 2 Julai lalu?
Ulasan GB Kenyataan Zahid jelas hanya untuk menegakkan benang basah kerana beliau sendiri yang mengakui di Parlimen "bahawa masalah teknikal kapalselam tersebut juga dihadapi oleh banyak negara lain di seluruh dunia." Demikian si bebal yang cuba menutup kelemahannya dan cuba melindungi Najib dari skandal Scorpene dari terus menjadi perhatian rakyat. Skandal Scorpene adalah skandal yang serius kerana ia melibatkan peruntukan dana awam yang besar apatah lagi ianya terkait pula dengan satu kes yang kini masih misteri: Altantuya! |
Modus Operandi PDRM : Ahli Pakatan Rakyat Mengadu, Dia Yang Akan Didakwa Posted: 19 Aug 2010 07:44 AM PDT Peluru M-16: Polis siasat kemungkinan hantar sendiri Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini hadir ke balai polis Mutiara Damansara sekali lagi untuk siasatan berhubung ugutan dan kiriman peluru yang diterimanya sebelum ini. Pua yang berada selama kira-kira 45 minit di balai tersebut berkata, siasatan itu bagi memastikan bahawa kiriman itu tidak dihantar oleh dirinya sendiri. Bercakap kepada pemberita selepas keluar daripada balai polis tersebut, Pua berkata beliau dan pembantunya perlu memberikan sampel DNA kepada polis untuk membantu siasatan. Polis juga meminta untuk mengambil cap jari pembantunya, yang bertanggungjawab membuka kiriman tersebut, kata Pua. Katanya, cap jari itu akan diambil di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya, manakala sampel DNA kedua-dua mereka akan diambil di Pusat Kesihatan Universiti Malaya di Petaling Jaya. Sampel DNA Pua menjelaskan, polis meminta sampel DNA itu kerana mengesyaki suspek yang bertanggungjawab menghantar kiriman tersebut telah menggunakan air liur untuk melekatkan setem. Tambahnya, sampel tersebut bagi membolehkan polis mengasingkan DNA beliau dan pembantunya daripada DNA sampel lain yang ditemui pada bungkusan tersebut. Pua juga berkata beliau juga telah merujuk peguam Gobind Singh Deo yang memaklumkan bahawa proses untuk mengambil sampel tersebut adalah prosedur biasa siasatan polis. Katanya lagi, beliau hanya diberitahu untuk ke IPD Petaling Jaya dan ke hospital berkenaan dalam pertemuannya dengan seorang pegawai penyiasat di balai polis tersebut sebelum ini. "Tempoh itu lama sebab saya terpaksa menunggu," katanya lagi dan menjelaskan tiada apa-apa keterangan lanjut diambil daripadanya. Mengulas lanjut, Pua juga melahirkan kekesalan kerana sehingga kini tidak ada pemimpin tertinggi negara dan pihak polis yang tampil ke hadapan bagi mengutuk tindakan menghantar kiriman tersebut. PM, IGP membisu "Lebih kurang satu minggu saya buat laporan polis atas kes peluru hidup yang saya terima tapi sampai sekarang ketua polis negara dan perdana menteri tidak keluarkan kenyataan untuk kutuk tindakan ini, "Orang yang buat perkara ini akan rasa lebih bersemangat untuk buat lagi (tindakan sama) dalam masa akan datang," katanya lagi. Pada 11 Ogos lalu, sebuah bungkusan dialamatkan ke pejabat Pua di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu khas di pejabatnya dan beliau menjumpai sebutir peluru hidup bagi senapang M-16 dan sepucuk surat ugutan. Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani? "Sekarang lu mau apa? "Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas. "Apa pasal? "Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah tau. "Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri." Pembantunya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira dua jam selepas itu. -mk Ulasan GB Mana-mana aduan dari Pakatan Rakyat, Polis akan bertindak untuk mengenakan semula dakwaan ke atas si pengadunya. Berbeza jika ahli UMNO yang mengadu. Kes Teoh Beng Hock, kes Kugan dan beberapa kes lain menjelaskan kepada kita PDRM dan SPRM bersama-sama dengan Peguam Negara akan melakukan kerja utuk menterbalikkan setiap aduan dari pemimpin Pakatan Rakyat agar Pakatan Rakyat sendiri yang akan dicari kesalahannya. |
Pengetua Rasis: Muhyiddin Yassin Perlu Dipertanggungjawabkan Posted: 19 Aug 2010 04:49 AM PDT Pengetua 'rasis': Pemuda BN senada dengan DAP Pemuda BN turut menyeru kerajaan tidak memandang remeh isu seorang pengetua yang didakwa menghamburkan kenyataan perkauman supaya ia menjadi isyarat tegas terhadap tindakan bertentangan dengan gagasan 1Malaysia. Sehubungan itu, gabungan 14 sayap Pemuda dalam parti itu sepakat berpendapat insiden yang didakwa berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Kulai, haruslah disiasat sepenuhnya dan sekiranya benar hendaklah dihukum dengan keras. Menurut satu kenyataan bersama hari ini, Pemuda BN mencadangkan hukuman yang berat dikenakan menurut peruntukan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Sekyen tersebut - berhubung "kecenderungan menghina bagi tujuan mencetuskan provokasi bagi mengganggu keharmonian" - memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya. Kerajaan didesak bertindak ke atas seorang pengetua sekolah yang didakwa menghamburkan kata-kata perkauman yang menghina pelajar Cina dan India pada satu majlis anjuran sekolah tersebut di Kulai, Johor. Senada dengan DAP? Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataanya berkata, tindakan disiplin yang paling keras perlu dikenakan terhadap pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kata-kata itu. Lim berkata tindakan perlu diambil terhadap Siti Inshah memandangkan tindakannya itu bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang dipelopori perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya, Siti Inshah sanggup mengeluarkan kata-kata yang begitu menghina, menyinggung dan rasis itu dalam satu majlis untuk melancarkan sambutan Hari Kebangsaan sekolah tersebut. Ironinya, tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ialah '1Malaysia Menjana Transformasi,' kata Lim lagi. Menurut beberapa laporan polis yang disebarkan di dalam talian, Siti Inshah didawak mengeluarkan kata-kata berkenaan pada 12 Ogos lalu ketika mengulas mengenai masalah disiplin pelajar. Didakwa, beliau menyatakan bahawa pelajar Cina "tidak diperlukan" dan perlu "pulang" ke China manakala pelajar India patut membuang ikatan tali di pergelangan tangan mereka. Beliau juga didakwa berkata hanya anjing yang memakai tali seperti itu. Lim berkata, insiden tersebut membangkitkan semula ingatannya kepada kenyataan menghina yang dibuat oleh bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dan juga oleh bekas pegawai khas perdana menteri Datuk Nasir Safar. -mk
Ulasan GB Ke mana perginya Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran yang juga rasis orangnya? Apakah beliau cuba untuk melindungi pengetua yang bersikap rasis tersebut? 1Malaysia hanya satu slogan kosong... memang benar! |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan