MIMPI SENJA |
Posted: 19 Aug 2010 07:33 AM PDT Isteri Jailani Raja Azmi ditahan polis selepas buat laporan KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Tujuannya ke balai polis ialah untuk membuat laporan polis terhadap akhbar yang menyiarkan berita mengenai penglibatannya dalam kes perceraian pemain badminton negara Roslin Hashim, namun penerbit filem kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman dicekup polis kerana gagal hadir ke perbicaraan kes sivil. Raja Azmi, 51, ditahan kira-kira pukul 4.50 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya selepas beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu. Ketua Polis Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata Raja Azmi datang ke balai tersebut kira-kira pukul 4 petang dengan ditemani seorang rakan sebelum polis bertindak menahan beliau setelah mendapati namanya di dalam senarai dikehendaki. "Pihak polis telah beberapa kali mencari beliau di rumahnya di Hulu Kelang berhubung kegagalan beliau menghadiri kes perbicaraannya, malahan hari ini dua kali iaitu kira-kira pukul 1 petang dan 2 petang, namun tetap tidak berhasil menemuinya. "Ketika kami tiba di rumahnya tadi, kami percaya beliau berada di rumah namun tiada sesiapa membuka pintu, justeru apabila beliau hadir ke balai selepas membuat laporan polis, kami terpaksa bertindak menahannya," kata Abdul Jalil kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata Raja Azmi kini ditahan di lokap wanita Balai Polis Pandan Indah dan esok akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang), Jalan Duta pada pukul 8.30 pagi. Pada 21 Julai lalu, Raja Azmi yang merupakan isteri kepada bekas jaguh badminton negara Jalani Sidek tidak menghadirkan diri di mahkamah yang sama dipercayai berhubung kes sivilnya melibatkan muflis pada 1991. Muka depan beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan Raja Azmi merupakan punca Roslin bercerai dengan isterinya, Norhayati Othman yang baru dikahwininya pada 9 Julai lepas. — Bernama |
Posted: 19 Aug 2010 05:00 AM PDT MUFTI PERAK PERNAH BERBOHONG Masih ingat bagaimana Mufti Perak terlibat memanjangkan maklumat palsu Raja Sherina. Raja Sherina telah berjumpa beliau dan mendakwa sekumpulan orang Melayu akan dikristiankan di Gereja Silibin Ipoh. Dato Azhar Mansur pelayar negara katanya terlibat. Laporan Raja Sherina ini pula, Dato Mufti didedahkan dengan sensasi dalam satu forum yang berkaitan murtad di ibu kota. VCD forum yang memuatkankan pengakuan Dato mufti menjadi bukti Dato Mufti memang mendedahkan maklumat yang beliau dapat dari Raja Sherina. Maklumat dari forum itulah kemudiannya telah disebar melalui SMS kerana menganggap takkan Mufti akan berbohong. Akhirnya sekumpulan umat Islam berkumpul depan Gereja Silibin pada tarikh yang dimaksudkan. Dato Mufti berlepas tangan mengatakan dia tak terlibat. Raja Sherina (di sini) yang bersalah. Raja Sherina di minta ke Balai polis untuk siasatan dan polis sahkan maklumat itu palsu. Ini kali kedua Dato Mufti buat kerja yang sama. Modus operandinya sama. Terima maklumat dari orang yang ketiga tentang perlembagaan baru (di sini) kemudian dedahkan dalam forum terbuka. Nanti kalau timbul masalah atau maklumat palsu Dato mufti sekali lagi akan berlepas tangan. Nota: Memanjangkan berita bohong bermakna dah berbohong. Dalam kes Raja Sherina Dato Mufti dah buat kerja bohong. Maknanya tak benar pengakuan "Saya mufti, takkan saya nak berbohong (disini)". Inilah bukti bahawa Dato mufti memang pernah berbohong. sumber: najwasuhaimi.blogspot.com |
Posted: 19 Aug 2010 02:43 AM PDT Qazaf: Ketua Pemuda PKR cabar Ezam sumpah, bawa empat saksi Oleh Syed Mu'az Syed PutraAugust 19, 2010 KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mencabar Senator Ezam Mohd Nor bersumpah di Mahkamah Syariah dan membawa empat saksi berhubung kenyataan-kenyataannya menyentuh kes liwat kedua dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian selepas membuat aduan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terhadap Ezam atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap Anwar. "Saya cabar Ezam untuk mengangkat sumpah di Mahkamah Syariah sekiranya dipanggil selain membawa empat saksi lelaki bagi membuktikan segala tuduhan itu adalah benar. "Saya pasti tuduhan yang dibuat Ezam itu adalah fitnah dan sudah pasti beliau juga tidak mempunyai empat orang saksi itu," kata beliau selepas membuat aduan di pejabat Jawi kira-kira 2.45 petang tadi. Beliau percaya Jawi akan membuka kertas siasatan dan akan memanggil Ezam untuk beri keterangan. "Dalam aduan tadi kita telah kemukakan bukti-bukti mengenai tuduhan-tuduhan yang dibuat Ezam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya difahamkan Jawi akan siasatan dan akan panggil Ezam untuk memberi kenyataan," katanya. Shamsul Iskandar berkata, laporan ke atas Ezam yang juga bekas AMK dibuat di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Menurut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan." Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Shamsul membuat aduan itu berdasarkan beberapa tulisan Ezam menerusi perkhidmatan blog-mikro Twitter. Salah satu mesej Twitter Ezam yang dikeluarkan pada 11 Ogos lalu, berbunyi, "Azizah lindungi Anwar sebagai isteri, OK, tidak boleh subahat biar Anwar fitnah yang lain untuk tutup kesalahan sendiri sebab Azizah tahu hal yang sebenar." Dalam kenyataan pada 12 Ogos lalu, Ezam mempertahankan pendiriannya bahawa beliau pernah diminta Dr Wan Azizah agar membantu menghalang seorang lelaki daripada mendekati suaminya sekitar 2006. Ezam menambah, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang Dr Wan Azizah jika merasakan telah difitnah dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada Jawi. "Jadi Ezam wajar disebat 80 kali kerana membuat tuduhan fitnah," kata Shamsul Iskandar lagi - TMI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan