MANDOR.BLOGSPOT.COM |
- RTM - PENERBIT YANG JUJUR DITAMATKAN KONTRAK ?
- APABILA YB KHALID DARI PAS PULA MENJADI MB SELANGOR
- `KUMPULAN JIHAD' DI BULAN RAMADHAN AKAN BERDEMONTRASI DI DEPAN PEJABAT MUFTI PERAK PULA ?
- TUTUP PUSAT HIBURAN, BINI MEREKA `TELANJANG'
- TUDUH PAS - CHUA SOI LEK TOLAK AGAMA ?
| RTM - PENERBIT YANG JUJUR DITAMATKAN KONTRAK ? Posted: 08 Aug 2010 01:00 AM PDT
Ogos 7, 10 RTM2 sekali lagi terjebak dengan tindakan kontroversi dengan tidak memperbaharui kontrak penerbit Tan Ean Nee - satu langkah yang dilihat sebagai usaha menyingkirkan penerbit kanan rancangan dokumentari 'Galeri Mandarin Nasional'. Langkah itu dilihat bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini RTM juga mengambil tindakan yang sama ke atas penerbit kanan Chou Z Lam pada Mei lalu. Penerbit itu kemudiannya secara terbuka mendakwa ada campur tangan politik dalam rancangan ehwal semasa yang diterbitkan.
"Kontrak saya berakhir pada 31 Julai lalu dan RTM tidak memperbaharuinya," kata Tan ketika dihubungi Malaysiakini semalam. Menurut Tan, dia dimaklumkan berhubung keputusan itu melalui jabatan sumber manusia menerusi sepucuk surat yang tidak menyatakan alasan kontraknya tidak dilanjutkan. "Oleh kerana kontrak rakan-rakan yang lain telah diperbaharui, saya bertanyakan hal itu kepada penyelia saya Yap Shy Chuan. Hanya ketika itu, saya diberikan surat berkenaan," katanya. Menurut Tan, selepas menerima surat berkenaan, beliau mengemas barangan peribadinya dan meninggalkan RTM tanpa mendapatkan penjelasan daripada jabatan sumber manusia. Tan juga enggan mengulas antara alasan yang mungkin menyebabkan kontraknya tidak diperbaharui. Sebaliknya beliau mencadangkan perkara itu dirujuk kepada Yap. Yap, bagaimanapun enggan mengulas apabila dihubungi Malaysiakini.
Sebelum ini, RTM juga telah mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan dua dokumentari yang diterbitkan oleh Chou dan Tan. Chou adalah penerbit dokumentari sembilan siri yang memaparkan impak negatif terhadap penduduk pribumi di Sarawak yang dipaksa berpindah berikutan pembinanaan empangan Bakun. Manakala dokumentari Tan pula memfokus kepada rintihan penduduk di Kampung Baru Rawang yang membantah pembinaan menara kabel bervoltan tinggi di kampung mereka oleh Tenaga Nasional Berhad.
Timbalan Menteri, Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang pernah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa tiada campurtangan politik dalam rancangan ehwal semasa yang diterbitkan oerh stesen kerajaan itu./Malaysiakini | |||||
| APABILA YB KHALID DARI PAS PULA MENJADI MB SELANGOR Posted: 07 Aug 2010 11:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS![]() ANDAINYA ditakdirkan PAS memerintah Selangor suatu hari nanti, selain dari Pesuruhjaya PAS Dr Hassan Ali tokoh yang paling layak difikirkan untuk menduduki kerusi MB Selangor pada pandangan saya adalah YB Khalid Samad. Ketokohan beliau amat terserlah walaupun penuh dengan kontroversi. Beliau seorang yang tegas, berprinsip dan berani di samping disukai oleh berbagai kaum. Keberanian beliau seperti kelihatan menungkah arus di dalam PAS, namun apa yang beliau lakukan sebenarnya tidak pernah melanggar dasar PAS. Cuma mungkin gerak geri beliau kelihatan ganjil pada pandangan beberapa pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini tiada pemimpin PAS yang berani bertindak seperti beliau. Hubungan baik beliau dengan pemimpin dari PR kadangkala dilihat lebih mesra dari pemimpin PAS sendiri. Namun, beliau tetap menerima segala arahan dari partinya walaupun kadangkala berlawanan dengan prinsipnya. Wala' beliau pada pimpinan amat tinggi sehingga beliau sanggup hilang jawatan, namun berpaling dari perjuangan tidak sama sekali. Keberaniannya menjejakkan kaki ke kilang arak terbesar di Shah Alam mungkin mencetuskan kontroversi lagi. Baca di sini. Tetapi adakah itu satu kesalahan kepada aturan dan disiplin PAS? Mungkin dari segi mengelakkan fitnah, lebih baik YB Khalid tidak berbuat demikian namun selaku MP Shah Alam, apa pilihan yang beliau ada untuk menyelesaikan satu-satu isu? Beliau telah bertindak bijak untuk turun sendiri ke sana bagi mendapatkan maklumbalas sebenar dari pemilik kilang arak tersebut. YB Khalid Samad bukan tokoh Ulamak, tetapi tidak semua tokoh Ulamak dalam PAS mampu bertindak berani seperti beliau. Keberaniannya tidak kalah dengan Tuan Guru Nik Aziz di dalam memperkatakan sesuatu walaupun kadangkala tidak berkenan di mata sahabat-sahabatnya di dalam PAS. Apa yang penting, ke mana pun beliau pergi dasar dan prinsip PAS tetap digenggam erat oleh beliau. Inilah tokoh PAS yang layak ditabalkan menjadi MB Selangor suatu hari nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com | |||||
| `KUMPULAN JIHAD' DI BULAN RAMADHAN AKAN BERDEMONTRASI DI DEPAN PEJABAT MUFTI PERAK PULA ? Posted: 07 Aug 2010 08:30 PM PDT SEKUMPULAN Pemuda yang menggelarkan diri mereka `Gagasan Anak Muda' telah berhimpun di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah baru-baru ini kununnya menentang kemungkaran di Bulan Ramadhan. Tahniah, kepada mereka kerana memilih Selangor. Saya tidak pasti samada kumpulan `Jihad' ini wujud atau tidak semasa era Anak Toyo menjadi MB Selangor. Kurang pasti pula saya samada kumpulan ini bergerak atau tidak di negeri-negeri lain yang diperintah oleh Umno parti yang mengaku cintakan Islam itu. Mungkin di negeri yang diperintah oleh Umno tidak menarik minat mereka kerana negeri-negeri tersebut kini telah pun melaksanakan hukum Islam sepenuhnya. Pilihan mereka adalah Selangor dan sememangnya Selangor kini ibarat `gadis sunti' yang amat cantik rupawan. Jika dahulu `gadis sunti' ini dipenuhi oleh kurap dan panau seluruh badan kini tubuh badannya sudah dibersihkan. Maka, ramailah yang tergoda dan terliur memandangnya. Jika tidak, masakan orang Pekan, Pahang tiba-tiba mahu berada di Selangor untuk `mengorat' si`gadis sunti' berkenaan. Biarlah mereka berkampung di Selangor dan berusaha untuk menggoda `gadis sunti' yang cantik itu. Kita masih ingat dahulu, ketika Umno menumpukan seluruh kekuatannya di Kelantan untuk merampas negeri di bawah PAS itu, tiba-tiba beberapa negeri lain tumbang. Umno mendapat aib besar pula di Kelantan. Berselerakah `gadis sunti' ini kepada Umno yang pernah membiarkan tubuhnya dipenuhi kurap dan panau? Sehingga datang PR yang bersusah payah membersihkan tubuhnya sehingga menjadi cantik rupawan seperti sekarang, tiba-tiba Umno datang terhegeh-hegeh? Kepada kumpulan anak muda `Gagasan' yang mahu `berjihad menentang maksiat' di Bulan Ramadhan itu kita ucapkan selamat berjuang. Mungkin mereka lupa mahu menjemput `Ulamak Muda' yang baru menyertai Umno itu untuk turut bersama berdemontrasi. Selepas ini, apa kata `Gagasan' ini merantau ke Perak berjumpa Harussani dan nasihatkan Mufti tersebut agar Kerajaan Umno Perak juga menutup kesemua Pusat Hiburan dan maksiat sepanjang Bulan Ramadhan nanti. Lepas Ramadhan nanti, bolehlah sambung semula maksiat itu kerana itulah yang diajar oleh Apco gamaknya./ wfauzdin.blogspot.com | |||||
| TUTUP PUSAT HIBURAN, BINI MEREKA `TELANJANG' Posted: 07 Aug 2010 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NSSEMPENA bulan Ramadhan ini nanti, apa kata kita cadangkan kepada semua isteri pemimpin Umno agar menutup aurat mereka masing-masing? Aku bukan apa, cuba nak tiru sikit kempen oleh sekumpulan anak muda yang baru-baru ini berhimpun meminta Kerajaan Selangor menutup semua Pusat Hiburan dan Rumah Urut di Selangor sepanjang Ramadhan ini nanti. Lojiknya, sebelum kesemua itu ditutup lebih baik tutup dulu `kemaluan' isteri pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku Islam itu. Tidak malukah kita bangunan atau Pusat Hiburan dan Rumah Urut ditutup, sedangkan `kemaluan' atau aurat isteri kita `telanjang'. Jika sudah isteri sendiri pun tidak dapat kita kawal, apa cerita mahu kawal yang di luar sana. Itu cadangan sahaja. Sebenarnya itu kewajipan bukan di Bulan Ramadhan sahaja mahu menutup aurat. Tetapi, sekadar mahu melatih bini-bini mereka yang suka `bertelanjang' ini eloklah bermula di Bulan Ramadhan. Gamaknya, Rosmah dan Shahrizat setuju tak? Dan, apa kata Harussani pula gamaknya ye?/wfauzdin.blogspot.com | |||||
| TUDUH PAS - CHUA SOI LEK TOLAK AGAMA ? Posted: 07 Aug 2010 12:33 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KENYATAAN Presiden MCA yang pernah terlibat di dalam skandal seks, Chua Soi Lek di dalam Malaysiakini hari ini yang menuduh Umno dan PAS menggunakan Islam untuk meraih sokongan orang-orang Melayu memperlihatkan Presiden MCA itu seperti tidak percaya kepada agama. Mungkin sebab itu, beliau memandang remeh perbuatan seks tanpa nikah yang pernah beliau lakukan. Jika beliau menuding jari kepada Umno, mungkin ada lojiknya kerana Umno sebuah parti sekular yang bukan sahaja tidak berjuang untuk mendaulatkan Islam, bahkan gagal membela nasib Melayu. Tetapi PAS, sebuah parti yang memperjuangkan Islam bukan parti yang ekstrim terhadap Melayu, telah menunjukkan rekod bahawa dengan Islam maka keadilan semua kaum dapat ditegakkan. Chua Soi Lek boleh bertanya kepada kaum Cina di Kelantan di bawah pentadbiran PAS selama 20 tahun. Mengapa majoriti kaum Cina di Kelantan masih kekal menyokong PAS tidak MCA jauh sekali Umno? Presiden MCA itu patut menilai mengapa MCA gagal memberi keadilan kepada kaum Cina selama beliau bersekutu dengan Umno. Mengapa kaum Cina tidak lagi percaya kepada MCA mahu pun gerakan, sebaliknya mereka lebih yakin kepada PR termasuk PAS? Adakah kerana PAS menggunakan agama maka sekarang ini kaum Cina mulai yakin dengan PAS? Sewajarnya MCA dan Gerakan mendekati PAS dan memahami tujuan perjuangannya. Chua Soi Lek jangan cuba untuk melindungi kelemahan MCA dengan menuding jari kepada PAS. Beliau juga jangan mengajar rakyat melupakan agama sekiranya beliau tidak berugama. Chua Soi Lek patut berasa beruntung kerana MCA masih mahukan pemimpin yang `berzina' untuk memimpin parti terbesar kaum Cina itu. /wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan